Thursday, December 9, 2010

Memang best... Cuti-cuti Malaysia Terengganu..


Musim bercuti dah selesai. Alhamdulillah. Anak-anak memang enjoy. Aku dengan en.asben pun enjoy juga tengok anak-anak seronok dapat pergi bercuti ke pantai timur. First time anak-anak sampai ke Terengganu. So excited dia memang lain macam sikit. Dalam kereta dari masa nak pergi sampailah masa nak balik asyiklah dok guna bahasa Terengganu yang tak menjadi ha..ha..

Makan pun sedap. Nasi dagang dia memang superb. Nasi lemak dengan sambal ikan tongkol instead of sambal ikan bilis buat anak-anak tercenggang kejap. Ais krim goreng memang marvelous. Ikan celup tepung pun best jugak. Sata pun I like. Air gelas besar memang buat perut penuh. Tapi sebab jus tu sedap siap bungkus lagi bawak balik hotel. Lagi apa yer??? Hmm.. keropok lekor Terengganu lagilah best. Shopping??? Oh, selain beli keropok kering, keropok lekor & keropok segera untuk dibawa balik, aku tak beli apa-apa pun walaupun batik and songket dia cantik-cantik. Memang plan nak habiskan masa dengan berjalan, berehat dan makan-makan aje. Tapi duit habis juga. hu..hu..

Penginapan pun menarik. Kita orang stay kat Kenyir Lake Resort & SPA untuk satu malam. Memang best kat sini. Bilik dia besar. Suasananya tenang dan cukup mendamaikan. Sejuk pun yang amat. Aircond langsung tak on. Itu pun dah cukup buat kita orang mengigil. Tempat ni memang sesuai sangat untuk berehat dan merehatkan minda. Nak ke mana-mana dalam resort tu memang kena guna perkhidmatan buggy yang disediakan. So anak-anak memang syoklah dapat naik buggy tu berulang-ulang kali.

Lepas tu untuk dua malam berikutnya kami stay kat Primula Beach Resort. Hotel ni hotel lama. Tapi aku suka sebab Hotel ni mengadap pantai Batu Buruk yang cantik. Memang best dapat lepak petang -petang kat sini. Boleh main bola tampar, bola jaring dan bola sepak kat pantainya. Kami pergi empat kereta dengan geng-geng ofis lama. So banyaklah aktiviti yang boleh di buat kat sana nun. Tapi kita orang langsung tak jijak tepi-tepi laut tu sebab takut tengok ombaknya yang kuat. Tapi bunyi ombak memukul pantai tu memang feel. Malam-malam pun kita orang seronok lepak kat situ.

Masjid Kristal pun cantik. Selalu dapat tengok dalam gambar aje. Kebetulan pula ada Monsoon Cup kat K.Terengganu. So singgahlah kejap. Sebab kalau sesaja nak pergi tengok Monsoon Cup ni memang takkan adalah kan. Dapatlah juga naik bot penambang percuma yang disediakan khas untuk pengunjung selain dapat kipas tangan dan baju hujan masa kat entrance tu. TQ..TQ.. penuh bag aku dengan free gift.

Kalau ada peluang aku nak bawa anak-anak bercuti lagi ke Terengganu. Sekian dulu catatan aku untuk program Cuti-Cuti Malaysia ke Terengganu yang menarik. Pada sesiapa yang tak pernah sampai, bolehlah masukkan Terengganu dalam agenda perancangan percutian korang yer. Wah siap promote lagi... ha..ha.. Nanti kalau rajin aku upload gambar kat sana tu yer.

25 comments:

Mek Rose said...

waaa...bess...

glad to hear that all of you enjoy to the fullest..

datangla lagi ye..:-)

Kayun said...

heee..bestnya kak...sya cuti x p mana pn blk kg ja..ayah keja..huhu.dlu tme kecik2 mak ngan ayah slalu la bwk jln2..hehe..tp la ni kerap balik kg sbb tokwan sakit..huhu

ha..kak..pasai bloglarian tu kan..kak buleh tgk kat link ni klau nk tau lebih lanjut..

http://bloglarian.blogspot.com/

untuk join tu kak kena buat entry jgak pasai depa tuh. bubuh banner depa. pastu lengkapkan slogan depa. pastu tag 3 orang kawan2. pastu inform kat kwn2. pastu kak daftar kat ruangan komen depa tu.

kira mcm list untuk blogwalking jugak la kot kan.
hehe

Hanis Azla said...

Rose : mmg best ganu tu. InsyaAllah, klu ada rezeki mmg nak gi lagi nnt.

Kayun : takpe, dah besar ni boleh pergi jalan2 sendiri klu mak ayah sibuk. Semoga tokwan kayun cepat sembuh. Thanks yer bagi info psl tag bloglarian tu. Barulah akak faham..

♥MAMASYAZA♥ said...

wahhh sedap tu nasi dagang n sata. sebelum ni akak tak penah rasa sata, tp bila dah makan, fuhhhh sedapp sgtttt.
teringin gak nak bwk anak2 ke t'ganu, tp ntah bila

Unknown said...

selamat kembali..
sakan no bercuti..
shopping sakan la ye??
hehhe

Hanis Azla said...

mamasyaza : mmg sedap.. nyum..nyum..

diana : haah, bercuti sakan.. tp x shopping pun.. beli kepok ganu jer.

Pala Maldini said...

kalau ke Ganu... makanan memang best.

Aku memang suka Losong (kg losong)& Sata (kemaman)..

faryzh said...

akak..dtg tganu tak bagitau,hehehehe..
kalo tak leh faryzh jadi tourist guard.tapi rugi la dtg musim hujan.kalo tak banyak lagi tempat yang menarik akak leh pergi.

No name said...

wah best nya.. penuh detail dari makan hingga ke krooooccchhh.. tiba- tiba mcm nak pasang mood bercuti jer.. hehehe

Hanis Azla said...

Pala Maldini : yup, makanan dia mmg terbaik..

Faryzh : Oh, Faryzh org ganu yer.. Nasib baik juga masa hari pergi and balik ajer hujan. So, dapatlah juga berjalan-jalan kat sana tu walaupun x dpt pergi semua tmpt.

Lizzie Yasmin : Jom bercuti jom.. he..he..

pN.rOs said...

akak bestnya bercutiiiiii

-Sara- said...

wow! bestnye bercuti! bangga saya as org terengganu!hehe :)

Hanis Azla said...

Pn.ros : bercuti mmg best..

Sara : bangga juga sbb dpt pi terengganu.

As Radzi said...

terengganu = kopok lekor..lapar pulak.hehe

Tepoh Dock said...

xsabor nak balik ganu...kopok!...yosh!..

Hanis Azla said...

kopok ganu mmg best kan..

haidi takeAfoto said...

wahh beznye..g tganu xbgtau pn..nak g gak..heheh

bape lame kt sane?ade souvenir tuk sy x?heheh

sarah-najwan said...

gi tganu mmmg best..saya bercuti kat sana dr 27 - 30 nov bru2 ni..

tapi kat sna..kul 8mlm..kedai da ttup..hehe

Hanis Azla said...

haidi : 4D3N kat sana.. souvenir keychain & kepok adalah.. nak ker??? ha..ha..

Sarah : oh ye ke.. klu sama date blh jumpa kat pasar payang kan.. he..he..

sud@is said...

cadang juga nak ketganu cuti2 ni... nak tanya tak hujan ke kat sana...

EzzEddin said...

salam..
last month pegi kemaman downtown..
ade course kat NIOSH,
memang best n segar udara kat tepi pantai, but the most important things is keropok lekor memang best..
beli yang rebus jer terus makan..xsempat bawak balik rumah pon..
ihihih

Hanis Azla said...

sud@is : Klu nak diikutkan mmg hari2 hujan sepanjang hari.. tp alhamdulillah. masa kami pergi masa pergi dan balik aje hujan. Dua hari kat sana mmg langgit cerah.

Ezzadin : Masa lalu kat kemaman aritu mmg perasan NIOSH tu.. Keropok lekor dia mmg best kan. Kita org pun suka juga yg rebus tu.. rasa lg fresh..

Suara Kalbu said...

Dalam entry Kak Hanis ni..part yang tak boleh tahan bila akak brief pasal makan ..huhuhuhuhuhuhu... nak pegi Terengganu skrg juga

Hanis Azla said...

psl makan mmg akak detail sikit.. ha..ha..

Anonymous said...

trg memang banyak makanan - sama macam kelantan cuma kelantan banyak yang manis.

kalau ada masa lagi nanti pergilah pasar cabang tiga. kat situ ada bermacam2 kueh yang boleh buat anak2 tercengang juga..kihkih.

trg banyak makanan berasaskan ikan. nasi lemak + ikan tongkol juga best.otak2(ikan).karipap ikan.

sebab tu kalau pergi trg boleh lupa untuk makan ayam..haha.

kueh

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...