Nuffnang

Monday, August 30, 2010

Orang pelik...

Citer ni pasal chewing gum..

Sebenarnya aku memang jarang nak kasi anak-anak aku makan gula2 getah ni. Selain faktor takut tertelan, faktor yang tidak kurang pentingnya juga ialah takut mereka buang gula2 getah itu ikut dan mereka. (Benda ni pernah terjadi 2~3 kali so lepas tu aku beringat sikitlah). Jadinya mengelak dari benda alah tu melekat kat kasut, baju, kereta dan sebagainya, maka lebih baiklah aku elakkan terus anak2 aku makan benda alah tu.

Hari sabtu masa aku bawak dia orang keluar beli baju raya, kita orang singgah kat satu kedai jual jajan ni. Walaupun bulan puasa tapi bila dia orang nak jugak singgah beli jajan kat situ maka aku ikutkan sajalah. Iyelah bulan puasa kan, semuanya nampak sedap di mata budak-budak tu. Untuk tidak menghampakan hati mereka maka aku suruh mereka pilih jajan apa yang mereka berkenan. Jadi mereka bertiga mulalah membuat pilihan. Masa itulah Is gunakan kuasa 'puasanya' untuk minta aku belikan chewing gum yang dah lama dia tak dapat makan tu. Nak reject rasa kesian pulak. Mana tidaknya bila aku suruh pilih benda lain terus dia kata taknak apa-apa... Jadinya aku belikan ajelah gula2 getah tu. (Sambil buat bayaran, sesi sampaikan peringatan do & don't pasal chewing gum ni tetap juga berjalan seiring. Biasalah, aku kan mak...he..he.. mulut kena sentiasa buat kerja)

Malam semalam balik dari rumah mertua Is menyerbu ke peti ais dulu. Aku ingatkan nak ambil apa kat situ. Jadinya aku biarkan ajerlah. Rupa-rupanya dia nak ambil chewing gum yang dia simpan kat situ. Hahhhh????

Mama, abang makan eh chewing gum ni... sambil tangannya menghulurkan chewing gum yang sejuk dan keras itu padaku. (Anak aku yang sorang ni memang suka minta izin aku atau en.asben bila nak buat apa-apa pun.) Aku nak tergelak pun ada tapi dok tahan jugalah taknak gelak depan dia. Cuba terus selamba sambil terangkan pada dia yang gula2 getah sepatutnya tak perlu di simpan dalam peti ais seperti gula2 atau coklat. Apalagi, dengan muka frust tak hengat, mengomel-gomel mulutnya marahkan Han yang rupanya berikan cadangan untuk dia menyimpan gula2 getah itu di dalam peti ais.

Alahai, mana ada orang simpan chewing gum dalam fridge sayang ooooiii....

Sambil tersenyum simpul depa berdua reply camni.
Tak sangkakan, kita ni orang pelik rupanya... he..he..

Sunday, August 29, 2010

Janji boleh cium..

Subuh-subuh macam ni rasa terhibur hati ni bila dengar anak-anak yg tengah lepak kat bawah tu berborak sesama sendiri sambil layan dvd x-men untuk kali yg ke entah berapa kali. Tadi masa kejut bangun sahur sumanya cakap ngantuk sangat. Tapi lepas sahur dan solat subuh terus segar ajer mata depa. Rasa cam comel ajer perbualan mereka itu. Topik pun macam best. (Biasalah, naluri seorang ibu kan, anak-anaknyalah sentiasa yang terbaik, tercomel, terpandai dan segala macam 'ter' yang best-best lagi.) Rasa cam nak cencium ajer muka depa tu walaupun sumanya tak mandi lagi. Tapi takpe anak-anak aku tetap yang terwangi... he..he..

Terfikir tentang cium ni, teringat pula pasal seorang teman di zaman sekolah dulu. Waktu tu topik cerita kita orang ialah bagaimana andainya kita di paksa kawen oleh parent kita dengan orang yang kita tak kenali. Dalam erti kata lain kena kawen dengan orang bukan boifren or gefren kita. Bermacam-macam jawapanlah yang kedengaran. Antara jawapan feveret dah tentulah jawapan yang macam2 ni.

Ini yang positif : Aku tak kesah...
janji orang tu beriman.... (Ini antara jawapan yang paling feveret)
asalkan loaded, ada keta, rumah... (Ini jawapan dari yg ala2 materialistik)
Janji ada iras SRK... (Ini yang giler hindustan)
bercinta lepas kawen pun boleh bahagia... (Ini jawapan dari yg blm ada boifren lg masa tu)
kalau dah jodoh, ikut ajerlah... (Ini jawapan dari calon anak mithali)

Ini pulak yang negatif : Ishhh...
jangan harap aku nak ikut... ( Ini jawapan dari yang dah lama ada boifren)
aku mogok lapar arr... (Ini jawapan dari yang baru ada boifren)
kang, aku lari dari rumah kang... (Ini pula dari yang suka memberontak. Tlg jangan contohi)

Tapi antara jawapan yang paling sempoi ialah dari kawan aku yang sorang ni.

Janji bila aku pandang muka dia aku rasa boleh kiss kira okeylah tu....

Amboi, senangnyalah jawapan ko. Tapi bila difikirkan balik, ada juga betulnya kan. Kalau dah boleh cium tu kiranya tentulah boleh nak sayang juga...
Korang agak-agak yang mana satu agaknya jawapan aku dulu ekkkk???
Ini bukan gambar anak aku. En.asben mmg berkulit putih tapi dia bukan orang puteh.
Jadi anak aku takder yang putih melepak cam gini. Ini anak en.google.

Friday, August 27, 2010

Addicted blog award...


Dapat Addicted Blog Award ni dari Hana Nabihah. Thank you Hana. Appreciate it so much dear. Am I addicted to blog??? As of now my answer is definately YES. (In terms of : addicted to my own blog and addicted to blog walking to others wonderful, adorable, interesting blog.)

Hmm... mungkin sebab I ni orang baru dalam dunia blogging. Jadi sudah menjadi kebiasaanlah kita akan giler sikit dengan perkara baru. Lebih-lebih lagi bila perkara itu ialah sesuatu yang menarik. Bagi I kalau perkara itu sesuatu yang baik dan tidak memudaratkan diri kita, tak salah rasanya kalau kita addicted to it... asalkan tidak berlebih-lebihan sudahlah.
(Kenapa macam susah nak gunakan perkataan ketagihan ni??? Sedangkan maksudnya tetap sama jugak kan. 'Say no to Dadah.' Sebab dadahlah menjadikan perkataan ketagihan itu sesuatu yang negatif pada I... Serius, I memang tak puas hati dengan najis itu yang telah banyak merosakkan hidup anak bangsa kita.... sedihnyalah tengok hidup mereka yang telah dikuasai oleh najis yang hina itu... Lagi sekali 'Say no to Dadah'... sori ek, I emo jap
... but tolonglah ambil serius dengan Pesanan Khidmat Masyarakat dari I ni)

Biasalah, bila dapat award tentulah ada tugasan yang perlu kita lakukan. Jadi seperti apa yang Hana dah buat, I pun kena buat benda yang sama jugalah. Ianya sesuatu yang mudah. Tak menyusahkan langsung pun. Tugasan itu adalah seperti berikut :

5 perkara yang disukai tentang pemberi award:
1. Hana rajin singgah ke blog saya yang serba kekurangan ini
(down to earth kejap...)
2. Hana dah follow saya.. (thank you)
3. Hana comel... (pujian ini sungguh ikhlas yer)
4. Blog Hana cantik, menarik dan tertarik (mmg d'boom)
5. Hana seorang yang pemurah (sbb itu dia bagi award tu pada saya)

Ucapan kepada pemberi award :
Semoga Hana berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Semoga terus berbahagia dengan pelajaran, keluarga, kawan2, geng blogger dan insan tersayang...

Tag orang yang blognya selalu ketagih nak lawat : (ohh yang ini sangat banyak sebenarnya tapi saya tag randomly saja yer)
Anda (Ya, anda yang lain pun boleh ambil award ni. Silalah, dan kalau rajin buatlah tugasan itu.)

Selamat menerima award dan selamat menyambut Nuzul Al-Quran.

Wednesday, August 25, 2010

Kena smash di pagi hari...

Semalam ada sorang pegawai dari cawangan lain yang bergelar daten datang ke ofis aku. Masuk kali ini sudah beberapa kali kami bersua. Oleh kerana itu, semalam kami sudah mula bertegur sapa dengan sedikit mesra. Orangnya sudah berumur di awal 50 an. Penampilannya biasa saja. Selalu berbaju kurung dan bertudung bawal. Gayanya juga sederhana. Tetapi apa yang menarik perhatianku tentang wanita itu ialah kasut-kasutnya. Setiap kali dia datang aku pasti akan tertarik melihat kasutnya.

Biasanya orang yang di usia begitu lebih selesa memakai wedges ataupun kasut tutup bertumit rata ataupun sekadar 1 atau 1 setengah inci. Tetapi wanita itu selalu mengenakan kasut tutup bertumit setinggi 2 setengah ~ 3 inci. Kasut-kasutnya pula cantik-cantik belaka. Selalu cukup padan dengan baju-bajunya. Kenalah dengan statusnya itu. Setakat yang dia datang ke sini, aku perhatikan semua kasut-kasutnya sangat cantik dan juga comel. Tapi semalam paling aku berkenan kerana ada reben di depannya. Sangat bergaya. Aku memang berkenan dengan kasutnya.

Pagi ini, semasa bersiap untuk ke tempat kerja aku bercerita kepada en.asben tentang pekara itu. Memandangkan pernah ada insiden antara aku dan wanita itu sebelum ini yang pernah aku ceritaka pada en. asben maka hanya dengan mengimbas balik sedikit mukadimah tentang cerita dulu en.asben sudah mengingati gerangan orangnya. Aku pun terus bercerita tentang kasutnya yang cantik itu.

Yang, jelesnya I tengok kasut dia. Bestnyalah. Dah berusia macam tu tapi masih boleh bergaya dengan kasut-kasut cantik macam tu...

Sambil menyikat rambut en.asben menjawab begini :

Ma, tentu lebih elok kalau u jeles dengan iman yang ada pada dia...

Errrkkk... aku nak sanggah pun dah tak boleh. Sebabnya memang betullah apa yang en.asben cakap tu. Jadinya aku diam ajelah sambil jeling2 tengok senyuman sinis en.asben. Eeiii .. Ingatkan en.asben akan cakap macam ni :

Alah ma, nanti u belilah kasut macam tu buat kasut raya tahun ni...

Lagi best kalau en.asben cakap macam ni :

Takpe ma, nanti weekend i bawak u pi shopping. Nnt i belikan kasut cam tu untuk u...

Tapi takde pun. In my dreams lah tu... hmmm menci tau pagi2 dah kena sebijik.

Ini bukan kasut I yer. I x pernah pun ada kasut kaler merah cam ni.
Ini kasut kat en. googles...

Tuesday, August 24, 2010

The Socrates Triple Filter Test

Photo by Googles...

In ancient Greece, Socrates was reputed to hold knowledge in high esteem. One day an acquaintance met the great philosopher and said, "Do you know what I just heard about your friend?"

"Hold on a minute," Socrates replied.. "Before telling me anything, I'd like you to pass a little test. It's called the Triple Filter Test."

"Triple filter?"
"That's right,"
Socrates continued.

"Before you talk to me about my friend, it might be a good idea to take a moment and filter what you're going to say. That's why I call it the triple filter test."

"The first filter is TRUTH. Have you made absolutely sure that what you are about to tell me is true?"
"No,"
the man said. "Actually I just heard about it and..."

"All right," said Socrates. "So you don't really know if it's true or not. Now let's try the second filter, the filter of GOODNESS. Is what you are about to tell me about my friend something good?"
"No, on the contrary...."

"So," Socrates continued, "You want to tell me something bad about him, but you're not certain it's true. You may still pass the test though, because there's one filter left: the filter of USEFULNESS. Is what you want to tell me about my friend going to be useful to me?"
"No, not really."

"Well," concluded Socrates, "if what you want to tell me is neither true nor good nor even useful, why tell it to me at all?"


Good people use this triple filter each time they hear loose talk about anyone in other words … When you have nothing nice to say about someone, say nothing..

Monday, August 23, 2010

Perhatian!

Baru sampai lagi dah buat muka boring
Han pun nak merasa gak scooter baru adik2nyer
Az, Is & Han
Gaya itu penting!!!


Malam minggu sebelum rabunya start puasa tu, kita orang bawak anak-anak main kat luar. Sesaja macam orang lain gak, ada outing terakhir sebelum masuknya bulan pose (tak pasal2 nak kaitkan orang lain dalam post aku... entah2 aku ajer kot yang buat gitu. Macam nanti2 dah tak boleh buat dah outing tu..)
Walaupun zaman scooter dah habis dah zaman kegemilangannya tapi anak bujang aku baru ajer dapat mende alah tu sebulan lepas. Sebabnya aku memang tak ajar anak2 aku bila minta gitu2 ajer terus dapat dengan senangnya. Jadinya lambat sikitlah dia orang dapat apa yang dia orang mintak tu. Tapi kalau benda2 reward untuk dia orang tu cepatlah aku gi belikan. Sebabnya dah janjikan, kenalah penuhi dengan kadar segera.

Malam tu kita orang sefamily pun pi lepak kat Putrajaya. Ingatkan nak lepak kat depan Masjid Putra tu, tapi separuh kawasan tu dah di tutup sebab ada construction apa tah. Jadinya kawasan yang tinggal tu agak packlah juga. So aku ckp dengan en.asben suruh drive terus ajer menghala ke area yang byk2 bangunan kementerian tu. Tapi sebab tak familiar sangat dengan kawasan tu, kita orang pun tak tahu nak lepak kat mana. Pusing2 last2 kita orang lepak kat area berdekatan dengan tapak floria aritu. Park keta tepi tu, kita orang pun duduk ambil angin sambil tengok anak2 main scooter dia orang kat situ.
Takde orang pun kat situ. Yang ada cuma satu kapel dating yang duduk agak jauh dari kita orang (orang datingkan, kenalah duduk jauh sikit dari orang). So aku ingat anak2 aku syok arr main kat situ. Sebab kawasannya lapang & lenggang. Nak main pun senang. Tak yah pikir nak terlanggar2 orang. Tapi kejap ajer anak2 aku main. Lepas tu depa dok join kita orang duduk kat bangku. Muka nampak tak seronok ajer. Jadi aku pun tanyalah nape taknak main lagi?

Alah, kat sini takde orang tengok. Mana best main kat sini...

Dengan selambanya Az menjawab begitu. Panas aje telinga aku. Oh, nak show off rerupanya. Wah2.. aku beli benda tu bukannya nak suruh korang berlagak depan orang. Aku suruh korang main. Maka apalagi, aku kan mak. Jadi macam mak-mak lain aku pun kenalah berleter jugak (eh..eh.. nape aku kena kaitkan orang sekali lagi ni. Agaknya sebab follower aku tak ramai lagi maka aku cenderung untuk cari geng kot. He.he... takdelah aku cakap ajer.. ececeh.. memalu lak)
Tapi bila difikirkan balik dan dipandang dari sudut positif kata-kata si kecik tu barulah aku dapat memahami apa sebenarnya yang ada dalam fikiran mereka. Kiranya, kalau sekadar nak bawak dia orang main kat tempat takde orang macam tu lebih baiklah depa dok main depan rumah. Main ajer tiga beradik kat situ. Ini dah main kat luar pun depa kena main bertiga jugak. Tentulah tak seronok. Baik takyah main kat luar kalau macam tu kan.
Hmm... betullah jugak. Setiap orang mahukan perhatian. Bukannya tujuannya nak berlagak atau pun menunjuk pun. Tapi kalau dapat perhatian, saingan, pujian tentulah lebih seronok dan bersemangat.

Macam kita tulis blog jugalah. Kalau ada perhatian dari orang tentunya lagi seronok. Ada orang nak baca, ada orang sedia nak komen, ada orang rajin nak tegur dan ada orang sudi nak follow tentu lagi seronok. Walaupun kebanyakkannya adalah cerita tentang kita, tapi kalau cerita itu dapat dikongsi dengan orang lain tentunya perkara itu akan jadi lebih seronok. Betul tak???

Sunday, August 22, 2010

Aircond oh aircond...

Dulu...
Masa kat ruang tamu takde aircond lagi, mulut aku yang asyik dok komplen panas manjang. Cik Asben cakap apa pun aku dok bantai selitkan citer pasal aircond. Jadinya dua tahun sudah Cik Asben dengan baik hatinya ajak aku pi beli aircond. OK dah puas hati...

Dulu gak...
Cik Asben memang tak boleh tido sejuk-sejuk. Tapi kat bilik tido kita org ni panas sbb rumah aku mengadap matahari petang. Jadi bila musim panas tu, malam memang berbahang. Kiranya kalau kipas bilik dah sama laju dengan kipas helikopter pun masih tak rasa apa lagi. Puaslah aku suruh pasang tapi dia tetap tak moh. Sebab katanya kalau ada pun nanti masa tido tak bukak membazir ajer. Tapi bila aku dok bantai komplen hari2 maka terpasanglah jugaklah aircond kat bilik aku ni.. Best..best... Yang peliknya, bila dah pasang aircond ni cik asben pulak yang lebih gila aircond dari aku. Balik keje on aircond, nak sembahyang on aircond, nak sikat rambut on aircond, nak tido lagilah kena pasang aircond..

Sekarang ni...
Sejak ofis aku dah pindah ke bangunan baru ni, hari-hari aku kesejukkan. Maklumkan barang baru. Sejuk ke main aircondnya. Sampai aku jadi fobia dengan aircond ni. Balik rumah tu rasa syok sgt bila dapat rasa udara panas kat rumah. Tapi masalahnya, Cik Asben dan anak-anak dah kena jangkit penyakit lama aku pulak. Pantang panas sikit on aircond, tengok tv on aircond, nak tido cari remote aircond dulu....

Sekarang ni gak...
aku nak lepak kat bawah depa dok pasang aircond... nak masuk bilik pun Cik Asben pasang aircond gak... dahlah la ni hidung aku ni sok sek sok sek kena selsema.

Waktu ni..
Nasib baiklah 2~3 bulan ni aku dah ada blog sendiri. Bolehlah jugak aku dok update blog & jenjalan blog orang kat hall atas ni yang takde aircond. Kalau idak aku nak lepak mana????

Kenyataannya...
Sebenarnya, citer kat atas tu cuma alasan aku nak layan blog ajer... Takde kena mengena pun dengan aircond kat rumah aku atau aircond kat rumah korang. Aircond kat kedai lagilah takde kena mengena sebab Cik Asben tak pergi belikan lagi untuk aku...he..he..

Friday, August 20, 2010

Misi menyelamat...

Lokasi : Lif kat ofis
Masa : lebih kurang 4.10 petang

Ini bukan gambar lif dan lokasi sebenar ye...

Waktu tu aku baru lepas bertegur sapa dengan sorang staff yang lalu kat situ. Sebaik staff tu berlalu aku terdengar ada suara yang memanggil namaku. Suaranya sayup tapi bunyinya kalut. Aku menoleh ke kiri kanan. Tapi tak nampak sesiapa pun. Ingatkan aku berkhayal. Tapi bila bunyi suara itu terus kedengaran aku pun jadi cuak juga. Terus saja mata ni terarah pada lif yang ada kat situ. Tanpa lenggah aku berlari ke situ untuk kepastian. Bila dah dekat baru terperasan yang satu pintu lif yang tertutup tu merenggang dalam 2~3 inci. Cukup untuk aku dan orang yang di dalam lif itu berkomunikasi. Cepat-cepat aku menekan punat lif yang di luar. Tapi pintu masih juga tidak terbuka. Alamak tak boleh. Nak buat cam mana ni???

Tarik tu, tarik tu!!

Katanya dengan penuh cemas memberi petunjuk. Tentunya dia mahukan aku lakukan sesuatu. Melihat keadaan itu dengan suara orang yang di dalam pun cemas semacam maka aku pun terikut panik sama. Sudahlah tiada orang lain yang lalu lalang waktu tu untuk menolong sama. Kiranya memang akulah satu-satunya orang harapan yang dapat membantu. Mengikut andaianku dia mahukan aku menarik pintu itu. Maka bagaikan kuat benar aku pun cuba menarik pintu lif yang merenggang itu dengan sekuat tenaga. Tapi sekuat manalah tenagaku untuk melawan kekuatan lif besi itu.

Tarik tu, tarik tu!!

Katanya sekali lagi. Dan sekali lagi juga aku melakukan benda yang sama sebelum aku menyedari rupanya ada alas kaki plastik bertulis welcome di depan pintu lif itu yang sudah terselit sikit di bawah pintu lif itu. Mungkin benda itulah yang orang di dalam tu minta aku tarikkan sejak tadi. Ya Allah malunya. Mujurlah memang pintu lif tu perlu di tolak sedikit sebelum dapat aku menarik alas kaki itu keluar dengan kaki. Kiranya itulah penyelamat untuk aku mengelak dari terasa malu kerana tindakan bodohku. Maka tidaklah orang yang di dalam tu perasan sangat yang aku dah buat kerja yang sia-sia sebentar tadi dalam misi untuk menyelamatkannya.

Ni cerita petang semalam. Tapi kalau teringat aje mesti aku tersenyum-senyum sendiri sampai la ni. Walaupun ini sesuatu yang kecemasan tapi tindakan pertamaku itu yang membuatkan perkara itu jadi sesuatu yang melucukan. Bukan niat untuk mentertawakan orang yang terperangkap itu. Tidak sama sekali. Sebabnya aku cukup bersimpati dan turut kalut sama.
Tapi aku mentertawakan diriku sendiri... eeiiii kenapalah aku boleh sekalut tu??? Ohhh... mungkin sebab puasa kot (ceh..ceh... ayat cover line tak hengat).

Bintang di hati...

Subuh tadi, selepas bersahur dan mengemas apa yang patut aku terus mengampai kain. Selalu tu time nak pergi kerja baru terhegeh-hegeh nak mengampai. Tapi bulan ramadhan ni rutinnya bertukar sedikit. Kiranya lagi best dapat berada di luar pada waktu2 macam ni. Suasananya tenang. Cuacanya nyaman dan sejuk. Terasa damai sangat perasaan ni. Lebih-lebih lagi bila dapat dengar sayup-sayup ayat Al-quran dialunkan dengan penuh merdu dari surau berdekatan. Memang meresap hingga ke hati.

Selalunya pemandangan di luar kosong. Awan hitam. Langit kelihatan mendung. Maklumlah sejak seminggu ini hujan mula membasahi bumi sejak petang membawa hingga ke tengah malam. Maka suasannya jadi suram. Tapi pagi ini keadaannya amat berbeza. Langit nampak begitu cerah. Bintang-bintang bercahaya indah kelihatan bertaburan di atas sana. Cantik. Sungguh cantik sebenarnya. Teringat semasa kecil2 dulu. Kalau balik mengaji malam-malam tu suka sangat mendongak ke langgit. Seronok rasanya kalau dapat melihat bintang berderet tiga. Dan pagi ini aku berpeluang untuk melihatnya lagi. Kerana rasa teruja, aku turut memanggil emak untuk sama-sama melihatnya bersamaku. Seperti aku, emak juga nampak kagum dan teruja membilang bintang-bintang yang indah di langgit. Memikirkan Han, Is, Az dan En.Asben sudah naik ke atas untuk menyambung tidur maka aku rasa keberatan untuk mengajak mereka menyertaiku. Biarlah mereka melayani mimpi-mimpi mereka dalam tidur yang cuma beberapa minit sebelum masuknya waktu subuh. 
Bintang bertaburan itu adalah pemandangan di langit sebelah kananku. Di langit sebelah kiriku pula nampak kosong. Namun kelihatan sebutir bintang yang selama seminggu ini tetap berada di situ. Tidak berubah tempatnya. Mungkin planet atau mungkin bintang yang besar kerana tidak kira mendung, mahupun hujan, tetap juga cahayanya dapat aku lihat. Setiap hari selama seminggu ini aku dapat melihatnya. Bila awan mendung cahayanya menjadi sedikit suram kerana terlindung dek awam. Namun bila hari cerah seperti pagi tadi cahayanya bersinar tidak kalah seperti bintang-bintang yang di sebelah kanan tadi. Terang dan bercahaya.
Bintang yang satu itu bagaikan bintang di hatiku. Tidak kira bagaimana pun perasaanku. Apapun masalahku. Tanpa keceriaan dan kegembiraan lain pun hatiku tetap juga dipenuhi sinar cahaya keindahannya. I love you all bintang hatiku.... always.


Inilah bintang hatiku My love My Life yang tidak ternilai harganya buat diriku.

Thursday, August 19, 2010

Dapat award? Thanks Lulu...

Wahh, saya dapat award???

Selalu tu asyik tengok award kat dalam blog orang aje. Tak sempat lagi nak belajar tentang award2 tu tetiba Lulu Caldina dengan baik hatinya telah memberikan award kepadaku. Thanks Lulu... Appreaciate it so much babe. Best tau blog Lulu ni. Kiranya kalau tak sempat baca berita pun takpe sebab boleh baca berita sensasi kat blog Lulu ni. Serius best. Kalau tak caya nnt boleh pi singgah.

Jadi untuk membolehkan saya menerima award itu saya perlu melakukan beberapa perkara yang dilakukan oleh Lulu dan juga bloggers lain yang dah dapat award tu. Tujuannya adalah sangat murni (pinjam kata2 lulu) iaitu untuk sama-sama meningkatkan trafik. Jadi perkara pertama yang saya perlu buat ialah dengan menaip 5 nama bloggers yang tertera di bawah ni dulu.

3. Lynn

Setelah itu saya perlu mengalihkan nama di tempat yang kedua menjadi yang pertama dan seterusnya bagi mengisikan nama saya di tempat yang kelima pula :

1. Roshazzy Shag
2. Lynn
3. Makbed
4. Lulu
5. Hanis Azla

Sebelum itu saya perlu tag 5 orang untuk meramaikan dan memeriahkan lagi aktiviti ini. Jadi saya telah memilih 5 blogger yang di bawah ini saya sebagai tanda terima kasih kerana mereka sudi menjengah blog saya. Jomlah join sama untuk sama-sama dapat manfaat dan juga award.

1. Nilzaf Melati
2. NorShiemah
3. Ayu
4. Nenao
5. HanaBaharom

Jadi untuk 5 orang Blogger yang baik hati ni nak dapatkan award tu, kenalah buat seperti mana yang telah saya buat ni. Nanti bolehkan alihkan nama yang pertama tu dan masukkan nama anda di bawah nama saya pula. (Kejujuran adalah penting yer)

1. Lynn
2. Makbed
3. Lulu
4. Hanis Azla
5. ___ (Masukkan nama dan link anda)

Okey, ini pengalaman pertama jadi memang sangat teruja sebenarnya. Sebagai orang baru dalam dunia blogging ni try and error dengan tutorial yang di baca memang lumrahlah. Jadi sekarang saya nak try samada percubaan saya ini menjadi ataupun tidak.

Dengan lafaz Bismillah saya nak cuba dapatkan award saya.

Tuesday, August 17, 2010

Musim periksalah tu...

Sampai kat rumah petang tadi aku tak nampak pun batang hidung Han & Is kat depan tv. Lepas settle apa yang patut kat bawah aku pun terus meluru naik dan jengguk ke bilik anak dulu. Sebabnya aku dah dapat rasakan apa yang mereka berdua tengah buat time2 gini. Lebih-lebih lagi bila keadaan rumah jadi sunyi sepi buat seketika waktu.



Hmm... memang betul pun seperti yang aku sangkakan. Dia orang memang tengah mengadap buku teks sekolah. Sebenarnya situasi begini jarang benar berlaku tanpa perlunya aku buka mulut terlebih dahulu. Selalu tu pun bukannya kena buka mulut sekali terus jalan. Tapi setelah berkali2 jugalah barulah ada hasilnya. Jadi kalau situasi macam ini berlaku itu tandanya musim periksalah tu. Gambar kat atas tu gambar 3 bulan lepas. Masa tu tengah musim periksa penggal kedua. Jadi pandangan ini berulang lagi tadi. Disebabkan kertas jadual periksa memang dah di serahkan pada aku minggu lepas jadi situasi itu tidaklah menjadi kejutan buatku.

Sejuk jugalah perut aku bila tengok anak2 ada kesedaran sendiri bila tiba time pekse ni. Kiranya adalah effort untuk diri sendiri walaupun pada saat2 akhir. Moga anak-anakku success dalam ujian mereka. Amin.

Dia buat dah..

Alhamdulillah, semalam dah 3 hari Az dapat menghabiskan puasanya. Walaupun puas jugak aku kena keraskan hati mendengar rayuannya untuk berbuka puasa. Bukannya tak kesian. Apatah lagi kejam sebab sanggup biarkan anak merayu-rayu macam tu. Sebenarnya tak tahan telinga ni nak dengar dia merenggek-renggek. Tak tahan mata ni nak tengok dia dok bergayut kat fridge sambil cencium cheese ataupun membelek-belek bekas-bekas biskut kat dalam kabinet dapur. Tapi aku terpaksa kerana mahu dia belajar berpuasa. Ini juga setelah mengambil kira betapa bertenaganya dia sebaik aku bagi green light untuk dia berbuka atau sebaik saja masuk waktu berbuka.

Bayangkan, semalam dari aku balik kerja tu dia dok merenggek. Bila abang dia balik sekolah boleh pulak dia orang main atomen2. Ralit bergumpal bagai. Lepas Is dah malas nak layan dia main, dia mula datang kat aku merenggek-renggek. Nasib baik ada hp aku. So dapatlah buatkan dia leka godek games dalam hp tu kejap. Boleh pulak bersemangat balik. Tapi tak sampai 10 minit, bateri hp aku kong pulak. Aduhai... mulalah dia menyambung renggekkannya semula. Memang tak sanggup betul nak dengar. Cakaplah apa pun semua tak lut. Pujuk bagai nak rak pun tak jalan jugak. Nasib baiklah aku mampu bertahan untuk cool kan dia sampai waktu buka . Kalau idak jadilah macam hari kedua puasa tu. Pukul 7.15 dia dah buka pose. Aku terpaksa jugak izinkan sebab tak sampai hati tengok dia.

Dengar azan aje terus dia lepak kat sofa layan susu dalam botol. Lepas tu aku ngan en.asben pun pujuk ajak makan sebab tadi nampak macam lapar sangat. Puas dok ajak tapi dia tak heran langsung. Padahal sebelum tu bagai nak rak kata lapar. Habis semua makanan diciumnya. Sudahnya aku sapu roti dengan planta + kaya. Dia pun hadap itu aje. Lepas tu paksa lagi, dia pun makanlah jugak cekodok udang 2 ketul. Sambil nyanyi-nyanyi lagi. Sampailah kita orang semua habis makan. Kena pulak kat luar hujan lebat. Astro pun dah tentu-tentu tak dapat siaran. Jadi adalah hiburan kita orang masa makan tu.Kejut sahur pagi tadi pulak langsung takde problem. Lega aku. Walaupun dia cuma nak makan cereals aje. Susu botol memang wajiblah.

Pagi ni sebab dia dah 3 hari dapat puasa jadi dia ingat apa yang dia minta akan aku tunaikanlah macam time2 nak buka tu. Kejut pagi tadi dia kata hidung dia selsema, jadi kak boleh nak pergi sekolah. Tapi sebenarnya tak pun. Saja cari akal. Bila aku kata dia tak selsema dan kejut jugak suruh bangun mandi dia mula buat muka cembeng. Tapi mandilah jugak. Lepas mandi dia buat muka lagi. Dah siap pakai baju dia buat muka lagi.
Dan masa pun terus berjalan. Aku pun dah tak boleh nak pujuk-pujuk lagi. Tak sempat dah.
Dengan suara lembut aku suruh dia turun tapi dia dok keras lagi kat situ. Dia cakap dia tak boleh pergi sekolah jugak. Aku tanya kenapa? Dia pun tunjuk kat pipi dia. Korang tahu apa yang dia tunjuk...
Parut melecet sikit kat pipi yang dah 3-4 hari ada kat situ sebab main atomen2 dengan Is...

Aku urut dada aje sambil dok jegil suruh dia pergi sekolah jugak. Hmmm... dia buat dah

Monday, August 16, 2010

Sikit punya haru...

Baju kurung cotton - checked
Selendang coklat sedondon dengan baju - checked
Compact powder, lipstick, lip gloss, blusher - checked
Jaket baru - CHECKED

Turun bawah terus bukak pagar. Start kereta, hantar Az ke tadika dulu sebelum terus ke ofis. Masa nak turunkan Az barulah tersedar ada benda yang tak kena. Patutlah kaki ni rasa lain macam aje sejuknya. Hmm.. lebih sejuk dari biasa. Masa tekan minyak pun rasa best semacam.

Rupa-rupanya : Alamak! Aku terlupa nak pakai kasut keje. Ya Allah tak perasan langsung. Tadi dengan selambanya aku sambar selipar bata masa nak bukak pagar. Lepas tu selamba badak pulak terus masuk keta. Aduhai. Nak pusing balik rumah ambik kasut dah tentu nnt lambat sampai ofis. Gagau2 bawah seat nasib baik ada sepasang sandal lama. Kira okeylah tu. Lebih eloklah sikit dari berselipar jepun ni masuk ofis. Walaupun tak dapat nak bergaya pakai jaket baru dengan high heels hari ni.. huhu.. Kejap tadi en.asben call guna line ofis. Mula-mula tu mmg tak cam sebab jarang benar dia call guna line ofis. Soalan pertamanya.

Ma, hp u mana?????

Errk... alahai hp pun tertinggal jugak. Punyalah sakan dok excited nak pakai jaket baru tu pagi ini. Sampaikan segala benda lain banyak yang lupa. Manakan tidak. Kat ofis ni sejuk sangat. So mmg harap sangat dapat pakai jaket baru yang cantik tu pagi ni..(cantik ke??? he...he..) Padahal kalau tertinggal jaket tu pun memang dah ada standby shawl pun kat ofis ni buat balut badan.
Kesudahannya, walaupun dah ada jaket baru tetap jugak aku kesejukkan sebab kaki tak tertutup. Dah namanya pun pakai sandal, tentulah 50 - 60% terbukakan. Sandal aku ni pulak lagilah. 80% terbuka. So... sejuk tak menahanlah jawabnya.

Agak-agak kalau aku balut kaki dengan shawl boleh tak??

Kisah masjid sujud di bulan puasa

Ni ada citer lawak sikit. Jom kita sama-sama ambil iktibarnya.

Selepas selesai bersahur, abah memandangku dengan tajam. "Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid." kata Abah separuh memerintah. Aku memandang kepada emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan. Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur. Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib. Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.
"Lailatuqadar" kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.
"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"
"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah
tu dorg angkat letak kat tanah.. Bodoh," sambung Abah memaki lagi.


Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini...heheheh...

moral of the story : rajin-rajinlah ke surau dan ke masjid yek.

Thursday, August 12, 2010

Kuku cawan vs kuku gelas....

Sebenarnya I baru tahu tentang adanya istilah tersebut. Ini kerana sebelum ini aku hanya menyebutnya sebagai kuku kontot dan kuku panjang2 saja... hu..hu...sian I. Mcm duduk dalam gua pulak sebab tak pernah tau tentang wujudnya istilah macam tu.

So inilah jari2 Hanis Azla. FYI jari I yg ada cincin tu ye..

Anak-anak semua ikut I, berkuku kontot...opppss kuku cawan ye. Hmm...betullah lagi sedap bunyinya. So dalam family cuma En.Asben sajalah yang berkuku gelas. Sebenarnya I suka tengok jari yang ada kuku gelas. (I bukan bodek u yer En. Asben. Bukan juga semata-mata untuk dapatkan kuota baju raya lebih tahun ni...ceh..ceh... tp serius kuku u mmg cantik.. eh..eh.. terpuji pulak. Hmmm... ada harapan dpt baju raya lebih tahun ni...Yessss)

Bercerita tentang cawan dan gelas ni, teringat pulak tentang pantun yang biasa kita baca dalam kad2 raya. Tentu u all juga pernah guna pantun femes ni macam I juga (he..he..cepat ngaku..) Okeylah-okeylah kalau tak pernah guna or tak pernah baca pun takpe. Biar I refresh balik pantun tu kat sini yek.

Pecah kaca, pecah cawan,
sudah baca, harap simpan.

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca harap balas.

Hah... kan dah tersenyum-senyum. Teringat balik nostalgia tulis dan ngator kad rayalah tu. Setakat hari kedua puasa ni anak-anak belum sibuk nak ajak pi beli kad raya lagi. Tengoklah minggu kedua or ketiga nnt. Tentu dok kalut ajak pi beli. Siapa kata orang la ni tak main kad raya lagi? Masih adalah. Mengikut pengalaman I untuk tahun-tahun sudah, anak-anak I masih lagi sibuk nak beli kad raya. Walaupun sebab utamanya adalah untuk membalas balik kad-kad yang dah terpamer pantun meminta balasan. Tapi adalah jugak kad yang memang dia orang nak bagi BFF depa. Yang ini memang depa sendiri nak tulis pantun minta balasan tu...he..he.. Iyelah, kat sekolah kan selalu dok ada pertandingan tak rasmi bila2 time nak raya ni, iaitu pertandingan siapa yang paling banyak dapat kad raya. Kiranya siapa yang paling banyak dapat kad tu kira paling femeslah dalam sekolah sebab ramai orang dok pulun bagi kad kat dia... tak kiralah kuku dia kuku cawan ke kuku gelas. Eh..eh...ada kena mengena ke???

U all pulak kuku apa? cawan ke gelas?

Wednesday, August 11, 2010

Sahur & puasa yang pertama

Apa juadah sahur pertama korang untuk ramadhan tahun ini pagi tadi?

Untuk aku dan family, hidangannya cuma biasa-biasa saja. Tiada yang istimewa sangat pun. Takde pun dok rajin pi cari daging mantai untuk dibuat rendang ataupun lemak cili padi macam orang lain di pejabat.

Hidangan biasa...Cereal saja???

Hmmm... walaupun tiada yang sepesel tapi idaklah setakat cereal saja. Kalau untuk aku dengan En. Asben takpelah juga. Untuk anak2 kalau setakat makan itu aje, tentu tak bertahan sampai ke petang. Sebenarnya tahun ini merupakan tahun pertama untuk Az yang dah berumur 6 tahun belajar berpuasa. Jadi untuk memanggil semangatnya untuk berpuasa hari ini, maka aku pun sengaja memilih menu yang menarik minatnya untuk bangun sahur pagi tadi. Mamat sorang ni memang payah sikit bab makan. Bukannya memilih makanana. Tapi jenis yang tak suka makan. Sanggup minum susu aje. Sebab itulah badannya kecik sikit. Selain cereal aku buatkan nasi goreng planta yang selalu bermain di mulutnya kerana terpengaruh dengan iklan di tv. Jadi adalah umpan untuk kejutkan dia bangun sahur pagi tadi. (untuk aku, en. asben and mak ada side dishes lain jgk iaitu serunding daging, acar buah dan sambal tumis ikan bilis, jadi seleralah kita org makan.) Mula-mula nampak liat juga dia nak bangun. Dah kejut, dia bangun. Tapi setakat beralih tempat aje. Baring balik dan sambung tidur. Aku pun mulalah memujuk dengan ayat :

Baby bangunlah sayang. Mama dah masak nasik goreng planta...

Cakap macam tu aje, dia pun mula membuka matanya. Tapi tak bangun juga. So aku sambung lagi ayat aku.

Baby cepatlah bangun. Nanti abang dengan kakak habiskan cornflakes dengan koko krunch tu...

Bila aku cakap macam tu aje, apalagi terus dia bangun. Lepas tu Han & Is yang dah familiar bab bangun sahur ni pun bawak dia pi basuh muka dan gosok gigi. Sekejap lepas tu tersenggih-senggih depa 3 beradik dok turun tangga. Az ni makan nasi goreng planta sesenduk aje tapi lama benar nak menghabiskannya. Apa tidaknya, mata dok merenung cornflakes dengan koko krunch tu. Gaya cam tak sabar-sabar nak makan cereals tu. Tapi aku paksa dia habiskan nasinya dulu. Habis makan nasi terus dia makan cereal dua kali tambah. Lepas tu aku tanya dia nak susu jugak ke. Manalah tau kot2 dah kenyang. Laju aje dia mengangguk. (Dah 6 tahun tapi masih minum dalam botol lagi).

Tak tahulah dapat ke tidak Az habiskan percubaan puasanya hari ini. Walaupun bukan pertama kali aku ajar anak2 berpuasa, tapi untuk Az ni memang special sikit treatment untuk dia. Bukannya apa, dia ni manja sikit. Badan pun agak kecil sikit berbanding Han dan Is. He is still a baby in a family walaupun dah berumur 6 tahun. Jadi takpelah, kita orang sekeluarga beralah sikit bab menu sahur tadi dengan menikmati makanan yang menjadi kesukaannya bagi meraikan hari pertama Az bersahur dan berpuasa.

Tuesday, August 10, 2010

Selamat datang Ramdhan Al-mubarak

Terasa cepat betul masa berlalu. Esok dah masuk 1 Ramadhan. Malam ni dah start tarawikh. InsyaAllah, panjang umur dapat lagi kita menikmati bulan mulia penuh keberkatan ini. (YaAllah ya Tuhanku, semoga kami dapat menikmati Ramadhan tahun ini lagi YaAllah, amin amin ya rabbal alamin).

Last weekend aku berkesempatan ke surau Al-Amin di kawasan rumahku untuk majlis ilmu yang diadakan pada setiap hari sabtu. Diadakan pada setiap hari sabtu, tapi sekali sekala aje dapat meluangkan masa ke situ. Mudah-mudahan selepas ini akan keraplah aku dapat ke surau untuk menuntut ilmu. Bukannya lama benar pun 1 setengah jam ajer. Tapi...banyak benda agenda dunia yg lain... hmmm alasan, alasan...
Minggu ini ustaz yang sepatutnya menyampaikan ilmu tidak dapat hadir, maka seorang ustazah yang mengantikan tempatnya. Sangat seronok dapat menimba ilmu dengan ustazah yang nampak begitu keibuan ini. Pengajarannya cukup santai dan menarik. Dalam mengajar diselitkan pengajaran2 dan contoh teladan. Dalam lembut dia menyuntik semangat untuk kaum wanita agar mencari waktu untuk menuntut ilmu. Menurutnya ada hadith sahih tentang menuntut ilmu ni. Salah satunya ialah :

Menuntut 1 ilmu itu lebih baik dari solat sunat 100 rakaat.

Begitu lumayan kelebihan menuntut ilmu inikan. Sedangkan untuk membuat solat sunat 2 rakaat pun kebanyakkan dari kita payah untuk melakukannya (aku termasuk dalam kiraan ye). Inikan pula untuk solat sunat 100 rakaat. Menurut ustazah lagi, menuntut ilmu juga satu-satunya amalan yang hasil/kebaikannya dapat terus untuk diri kita sendiri. Jadi di sini aku ingin memanjangkan pesanan darinya, marilah kita meluangkan masa untuk menuntut ilmu agama yang kebaikannya adalah untuk diri kita juga. Jom sama-sama kita cari masa...
Satu lagi topik yang di ketengahkan ialah isu bakhil. Menurut ustazah, bakhil itu bukan hanya kedekut dari segi wang ringgit saja. Tapi termasuk juga dengan kedekut ilmu, kedekut nak menegur, kedekut nak senyum. Semua itu pun termasuk dalam kategori itu. Jadi mulai sekarang rajin2 lah menegur sesama kita. Jangan kedekut untuk menghulurkan senyuman manismu. (Teguran di blog juga mungkin boleh di ambil kira kot. Sebab di situ kita juga dapat membina ikatan silaturrahim kan... Itu pendapat aku ye. Ustazah tu takde pun cakap macam tu)

Di petang yang mulia ini, dengan penuh senyuman dan keramahan, aku ingin mengucapkan "Selamat menyambut Ramdhan Al Mubarak. Selamat berpuasa, bertarawikh dan beramal. Semoga amalan ibadat kita diterima olehNya. InsyaAllah".

Monday, August 9, 2010

Monday, August 2, 2010

Bila saat itu datang...

Alahai... tak sukanya bila saat masa macam ni datang...
Tetiba saja badan rasa nak deman,
Dada rasa sebak, hati rasa hiba.
Rindu mula bertandang, rasa girang bertukar walang,
Eeiii memang tak suka betullah.
Selalu saja rasa macam ni datang,
Tiap kali Cik Abang...

kena pergi OUTSTATION....

Huwaaaa..... sayang, I dah start rindu kat u ni...
walaupun dua hari lagi baru u nak pergi...