Nuffnang

Thursday, September 30, 2010

Typing error...

Salam semua. Nak tanya, korang pernah tak tersilap ataupun tertinggal taip huruf bila nak create perkataan?? Contohnya macam nak taip kamu jadi kami, nak taip hanis jadi hamis, nak taip hari jadi haru. Dan macam-macam lagi benda yang simple-simple macam tu. Aku memang tak pernah. (eh..eh sesaja cari dosa kering nak menipu konon perfect pulak.) Oklah aku ngaku, aku selalu jugak tersilap taip. Lebih-lebih lagi bila time nak cepat ataupun tengah excited sangat nak menaip. Kadang kat komen orang. Kadang kat shout mix orang. Kat sms pun selalu juga. Lepas tu tak peka nak check terus submit atau tekan enter. Sudahnya maksud di hati lain. Ayat yang ditaip bertukar maksudnya hanya kerana satu huruf yang silap mahupun tertinggal...

Contohnya nak taip ayat ini.. I wish you were here
Tapi apa yang di taip jadi gini... I wish you were her

Bayangkan kalau message seperti ini dihantar oleh suami yang keluar outstation ataupun lover yang bercinta jarak jauh. Tak ke haru. Yang salahnya satu huruf tapi kesannya boleh membawa erti yang berbeza benar dari maksud sebenar. Isteri manalah yang tak simpan curiga. Awek manalah yang tak tersentap giler bila terima message seperti itu kan... hu..hu..

Aku create entry ni bukanlah sebab en.asben dah tersilap hantar message yang buatkan aku tersentap macam kat atas tu. Tapi disebabkan sejak kebelakangan ini, banyak benar typing error yang aku buat semasa berblog walking mahupun masa memberi komen. Rasa macam tak best pula bila jadi macam tu. So lepas ni kena berhati-hati lagilah nampaknya. Agar tiada kata yang tersalah ertinya.

Wednesday, September 29, 2010

Terlajak perahu...

Seorang kawan ni memang agak lantang bersuara. Kiranya kalau ada benda yang tak kena, dia tidak akan segan-segan memberikan komennya. Memang langsung tak bertangguh. Waktu tu juga dia akan condem benda yang tak betul tu. Itu bab yang positif padanya. Kiranya memang semua orang puji sikap dia tu. Sifat berani bersuaranya. Kiranya kalau kita terkemut-kemut nak meluahkan ketidakpuasan hati kita tentang sesuatu perkara, dia pula yang akan tolong menyampaikan ketidakpuasan hati kita itu. Walaupun dia lantang bersuara tapi nada suaranya memang cukup lembut. Jadi memang jaranglah ada orang yang terasa hati dengan tegurannya.

Ada suatu hari tu dia keluar naik teksi. Nak dijadikan cerita, harga teksi yang dinaikinya itu lebih mahal dari harga teksi yang biasa. Jadinya tak fikir malu dan tahu dia dipihak yang benar maka terjadilah tawar menawar dipihaknya. Tapi pakcik teksi tu langsung tidak mahu mengalah. Maka si sahabat pun apa lagi. Tak puas hati dan rasa teraniaya punya pasal, time itu juga dia buat aduan pada pihak yang bertanggungjawab seperti yang tertera di dalam teksi itu melalui sms.

Ketika sms selamat di hantar, si sahabat pun selamat sampai juga ke tempat yang ingin ditujunya. Ketika mahu membuat pembayaran tetiba ajer pakcik teksi tu dengan baik hatinya mengurangkan harga. Terkulat-kulatlah member tu. SMS sudah selamat di hantar. Aduan sudah dibuat. Sudahnya rasa bersalah dan kasihan mula menghantui hatinya. Apa nak buat kan. Perahu sudah terlajak...

ps.. ni citer dari mulut ke mulut yer.. so jangan tanya aku apa kesudahannya kes itu sebab aku pun tak tahu..he..he.. well setiap perkara itu memang ada pro and cons nyer kan..

Tuesday, September 28, 2010

Kantoi dengan anak sendiri...

Hu... hu.. tajuk entry bukan main lg. Saja bikin gempak.

Hari tu kan aku bawak anak-anak ikut aku pergi pusat ilmu kat tempat keje aku. Masa on the way tu adalah aku terlanggar batu divider jalan. Sebenarnya aku bukan sesaja nak langgar divider batu tu yer. Aku terlanggar batu tu sebab nak elak kereta yang tetiba mencilok rapat kat sebelah aku. Memang gedegang kuat bunyinya bila tayar kereta merempuh batu tu. Iyelah waktu tu kereta tengah laju. Dah tentu-tentulah kuat benar bunyinya bila tayar berlanggar dengan objek yang keras. Sampaikan aku pun naik saspen jugak. Tapi alhamdullillah bila sampai ofis aku check tayar semua takde apa-apa. Fuhh lega. Dan cerita itu pun berakhir di situ.

Hari minggu tu kami sekeluarga pergi open house kat rumah kawan aku yang tinggal di area ofis aku. Jadi, dah tentu-tentu melalui jalan yang sama juga. Masa on the way pergi tu tiada siapa pun bunyi. Aku pun sebenarnya dah lupa. Iyelah benda tak ada apa-apa. Malaslah nak kecoh kan. Tapi on the way balik tu tetiba ajer Is terbukak cerita.

Ma, kat tempat ni yang mama langgar hari tu kan???

Aduhai... boleh pulak dia teringat balik pasal citer tu. En.asben dah start jeling-jeling kat aku. Dah tentu-tentu minta penjelasan aku lah kan. Disebabkan memang semuanya bukan salah aku maka beria2 lah aku mempertahankan diri bukak citer sebenar. Takde tokok tambah punya.

Hmm.. iyelah tu. Kalau betul nape u tak citer dari hari tu lagi?? Sajalah tu nak sorok. Kalau anak I tak bukak citer tentu sampai sudah I tak tahu. Lepas tu bila ada calar ke, lekuk ke kat kete tu boleh pulak dia tanya kat orang balik. Padahal dia yang bawak kete tu...
(walaupun en.asben cakap gelak-gelak tapi nadanya cukup sinis di telinga aku ok)

Aduh. Aku sudah kantoi dengan anakku sendiri. Tapi betullah. Mana aku pernah calarkan kete tu. Lekukkan pun tak pernah. Kete yang parking kat sebelah kete aku yang lekukkan kete aku bila dia bukak pintu kete dia lebar-lebar. Mana ada aku yang buat pun.

Eeeiii.. rosak reputasi aku. Lepas ni kalau ada yang tak kena dengan keta tu dah tentu-tentu en.asben ingat aku yang buat. Lepas tu buat-buat senyap. Tapi mana ada. Aku tak buat tau...

Persoalannya sekarang : Agak2 dengan reputasi aku tu ada can tak en.asben belikan aku kete macam ni ???

Monday, September 27, 2010

Bila hati sudah hitam..

Semalam masa dok menikmati makanan yang sedap-sedap kat open house opismate lama, terdengarlah citer yang agak menyedihkan menimpa seorang sahabat ni. Dalam sihat-sihat tetiba ajer esoknya badan dia jadi lembik lesu tak boleh nak bangun masa hari raya ketiga hari tu. Terus terbaring aje dan sakit-sakit seluruh badan bila kena sentuh sehingga sekarang. Kesiannya kat dia. Menurut ceritanya, dah bawak pi hospital tapi doktor kata takde apa-apa yang tak kena. Semuanya Ok. Aduh.. kalau dah doktor kata gitu automatiklah otak kita akan fikir benda yang lagi satu tu kan. Hmm... angkara siapalah yer. Orangnya baik tapi tak tahulah siapa yang tergamak nak buat dia sampai jadi macam tu. Bila kengkawan pi melawat, meleleh air mata dia sambil minta maaf kat semua. Sampaikan semua yang melawat jadi sebak melihatnya. Sedih kan... Sekarang ini katanya tengah berubat menggunakan alternatif lain dengan ustaz-ustaz pula. Mudah-mudahan sahabatku itu akan cepat sembuh sepenuhnya. Iyelah, sebagai ketua keluarga, dia ada tanggungan yang perlu di tanggung. Kalau dah sakit terbaring macam tu, macam mana nak kerja. Kalau dah tak boleh kerja macam mana nak dapat duit untuk menyara keluarga. Aduhai, kesian anak dan isteri dia.

Itu nasib dia. Nasib kita tak tahu lagi. Hari ni kita sihat, hari esok?? Minta-minta dijauhkanlah semua perkara yang buruk seperti itu mengenai diri kita, keluarga dan orang-orang di sekeliling kita. Kadang-kadang kita rasa kita tak usik orang, tapi ada pula orang rasa nak usik kita. Kita ni sedaya upaya tak nak kacau hidup orang, tapi ada pula orang yang teringin nak kacau hidup kita. Rasanya kita dah cukup baik dengan semua orang, tapi ada juga orang lain rasa kita ni tak cukup baik lagi. Susahkan nak senangkan dan puaskan hati orang lain tanpa ada yang rasa tak puas hati dengan kita. Atau setidak-tidaknya merasa tidak peduli dengan apa yang kita ada. Semoga Allah membersihkan hati kita-kita ini dari kehitaman yang akan menganiaya hidup orang lain yang tak pernah terniat untuk menyakiti dan menganiaya kita sebegitu rupa.

Sunday, September 26, 2010

Adat Kita..

Biasalah... bulan syawal manalah yang tak sibuk.. Masa inilah waktu kita berkunjung-kunjungan dan berbalas kunjungan. Kalau semalam jadual harian penuh sesak, jadual hari ini pun tak kurang juga... dah beratur juga list rumah yang perlu di kunjungi sebagai memenuhi undangan open house mereka.

Semalam memang letih betul.. 4 open house, 1 wedding and campur pulak dengan celebrate birthday abang kat rumah adik I... lagi berganda letihnya bila kena mengadap jalan yang jem di sini sana.. nak pergi jem. Nak balik pun sama juga. Sudahnya sampai rumah pukul 10.30 malam. Kain baju yang dijemur jangan cakaplah, habis lencun semuanya sebab kan hujan lebat petang semalam. Jadinya tiada apa yang boleh diselamatkan sebab satu hari takde kat rumah semalam. Malam tadi jemurkan bawah kipas kat dalam rumah.. he..he.. iyelah kalau tidak mana pulak nak sidai kain hari ni..

Tengoklah.. punyalah penat.. Dah bangun dari katil boleh tertido balik atas sofa teman mama layan blog pagi-pagi ni. Nak salin baju tido pun dah tak larat malam tadi. Cuma tukar t-shirt lain dengan jeans dari siang dia balun buat tido.. Siannyer.. Nak kejut pun tak sampai hati. Untuk anak-anak, hari ni pun kita akan kepenatan lagi. Jangan komplen yer. Sebab inilah adat orang kita. Adat kunjung-mengunjung sempena hari raya..

Saturday, September 25, 2010

Cake anak I..

Short entry... nak show off sikit besday cake yang i buat untuk my abang Is..
Nyum..nyummm...colourful sgt ker??... utk bdk2 oklah kot..
kena bake 2 kek sbb besday my nephew berselang hari dengan is.. so boleh celebrate sesama..


Hari ni jadual harian akan penuh sesak dengan undangan hari raya open house dan juga majlis perkahwinan... Aduh sempat ke tidak nak pergi semua rumah yekk... Ok nak siap2 dah. Untuk semua selamat berhujung minggu. Take care..

Wednesday, September 22, 2010

Apa ada dengan 22 September???

Awal-awal lagi kalendar dalam bilik aku sudah di tanda oleh Is, anak lelaki keduaku. Walaupun pastinya aku dan en.asben takkan punya akan melupakan tarikh ini tapi tetap juga dia mahu mengingatkan kami tentang tarikh harijadinya dengan caranya tersendiri.


Jadinya awal pagi juga masa dia belum bangun tido kami empat beranak sudah berdiri di tepi katilnya. Masa dia sedang terpisat-pisat waktu dikejutkan untuk solat subuh, kami semua pun telah 'menyumbangkan' lagu hepi besday untuknya terlebih dahulu.
Kad harijadi hasil kerastangan Han menyusul pula di tengah hari. Anak dara aku sorang ni memang suka buat kad sendiri untuk segala sambutan istimewa ni. Lepas tu suka pula main sorok2 kad tu kat mana2 untuk buat surprise. So tengah hari tadi lepas pura2 suruh Is naik atas kemas bilik terjumpalah oleh Is kad harijadnya itu di bawah bantal... (tempat febret sorok dia)





Pasal Flash & dash yang disebut-sebut dalam kad tu , serius aku pun tak tahu apa ke benda tu. Tapi katanya sejenis kete remote control. So malam tu kami kuar bawak depa pi Toy r us untuk belikan mende alah tu... Opps aku berangan.. mana ada toy r us dekat bbbangi ni. So aku cuma bawak pergi billion ajer. (tolong jangan gelakkan tempat shopping aku tu. Ok apa billion tu.. err ye ke ok??? he..he..)

Hah kan betul aku kata... billion tu ok... sebab flash and dash tu pun ada di jual di situ. Tapi dah sampai sana depa lebih berminat nak beli hok yang ini pula. Besar sikit katanya dan remote dan kete boleh letak dalam kotaknya untuk senang nak bawak ke mana-mana.. katanya.. Memandangkan harganya lebih kurang sama maka aku dan en.asben pun ikutkan ajerlah...

Amboi... sampai 2 hadiah besdaynya....
Oh tidak. Anak lelaki aku ada 2 orang. Jadi kalau beli satu alamatnya akan terjadinya perebutan. Makanya untuk mengelakkan kepeningan kepala aku melayan perebutan itu nanti terpaksalah kami membelikan untuk kedua-duanya..

Hmm.... semua puas hati. Happy birthday Abang. Mama, ayah, kakak & baby loves u so much sayang.. Semoga anakku menjadi anak yang soleh dan mendapat kebahagian hidup di dunia dan akhirat.. Aminnnn.

Tuesday, September 21, 2010

Saya kerja dengan Professor Klon...

Jumaat lepas aku bawak anak-anak aku yang bertiga tu ikut balik ke pejabat lepas waktu rehat tengah hari. Dah terlanjur sekolah pun tak buka lagi. Bukannya apa, dah bising sangat budak-budak tu nak ajak pi perpustakaan tapi aku tak sempat2 nak pi bawak. Udahnya aku bawak depa pi pusat ilmu kat tempat kerja aku saja. Dapatlah juga dia orang penuhkan buku nilam masing-masing kat situ sementara aku membuat kerja-kerjaku seperti biasa.

Untuk masuk ke pusat ilmu, aku melakukan prosedur biasa di pejabat iaitu menyentuhkan smart card dan memasukkan no akses milikku sebelum pintu boleh di buka. Memandangkan inilah kali pertama anak-anak mengikut aku ke pejabat, jadinya mereka nampak teruja melihat kecanggihan itu yang sebenarnya sudah menjadi perkara biasa di mana-mana pejabat sekarang ini. Sibuk benar mereka bertanya itu dan ini pasal smart card dan no aksesnya.

Perkara itu tidak habis di situ saja, bila ada rakan-rakan sekerja yang melakukan perkara sama sepertiku untuk masuk ke ruang pejabat, mereka bertiga mula tercuit-cuit sesama sendiri sambil mengangkat kening masing2 tanda kagum. Tentunya mereka ingat mereka sedang berada di Metro Fulus waktu itu. He..he.. tersenyum sendiri juga melihat reaksi mereka itu.

Kalau di pejabat tempat kerja lamaku dulu, prosedurnya lebih canggih lagi. Selepas memasukkan no akses, aku perlu meletakkan jari di tempat imbasan sebelum pintu boleh di buka. Kalaulah anak-anak aku melihat prosedur itu, tentunya mereka akan ingat mama mereka ni bekerja dengan professor klon pula.. he..he.. tidak syak lagi pengaruh dari citer Cicak-Man lah ni...

Profesor Klon aka boss baru aku.

Sunday, September 19, 2010

Raya beraya... Best..best..best

Best..best..best...

Itulah perkataan yang dapat aku luahkan malam ini. Memang seronok sangat hari ini. Ramai tetamu datang beraya ke rumah walaupun kami tak buat pun open house. Keluar tetamu pertama masuk pula tetamu kedua, ketiga dan seterusnya. Ada yang datang setelah menelefon terlebih dahulu. Ada yang datang serbu terus aje pun ada. Bestnya bila orang datang ke rumah kita. Aku memang suka. Excited sangat bila ada orang yang sudi datang berkunjung. Sehinggakan tak terasa pun penatnya. Tangan yang tak sempat kering pun langsung tidak menjadi masalah. Masak aje apa yang ada. Cukup tak cukup belakang kira. Tapi dah tentu2 musim raya. Makanya segala stok untuk bahan masakan yang ringkas2 memang sudah tersedia. Lebih seronok sebenarnya bila tetamu datang dengan cara begini dari tunggu kita buat open house. Bukannya apa, kalau datang macam ni, adalah masa untuk kita berborak dan melayan tetamu yang datang dengan rasa yang lebih selesa. Banyak cerita yang sempat dikongsi. Itu yang lagi lagi super best sebenarnya.

Best..best..best...

Malam ini, lebih tepat lagi sebentar tadi kami sekeluarga juga telah pergi beraya ke rumah dua orang rakan tanpa perlu menunggu mereka membuat rumah terbuka. Memang seronok cara begini. Aku suka. Tuan rumah pun nampak teruja dengan kesudian kita menerjah rumah mereka tanpa perlunya menunggu undangan mereka. Lagipun memang target aku raya tahun ini untuk pergi menziarahi teman-teman dan sanak saudara yang rapat di musim raya ini secara begini. Ialah pada hari-hari biasa macam tak kena pula mahu menerjah ke rumah orang tak kira masa. Tapi bila musim raya ni, dengan alasan beraya, orang pun tentu boleh menerima kita sebagai tetamu dengan hati terbuka. (ini pandangan aku yer.. kalau ada tuan rumah yang tak suka tu minta maaflah yer.. he..he..) Cukuplah sekadar dijamu dengan kuih raya. Ini kerana kita pun bukannya nak kejar makan kat rumah orang pun. Niat kita memang nak beraya. Ada makanan special kita makan. Kalau takde kuih pun dah OK. Namanya pun raya, rumah manalah yang takde kuih raya kan...

Hmm.. dalam best..best..best ni, tengah tefikir-fikir juga.. Nak buat open house ke tidak tahun ni??? Ker nak tunggu orang datang raya bila-bila masa.. Mana yang lagi molek yek?? Any idea??

Friday, September 17, 2010

Tagged... yang tertangguh..

Satu lagi tugasan yang perlu saya selesaikan hari ini juga sebelum ianya tertangguh lebih lama lg. Sebelum raya tu Hana Nabihah ada tagged saya. Tapi tak sempat nak buat. Sori Hana... i'm late.

Rules & Regulations (sedikit pesanan penaja yang saya copy dari blog Hana)
Firstly: If you've been tagged, you must write your answers in your own blog and replace any question that you dislike with a new, original question.
Secondly: Tag eight people. Don't refuse to do that. Don't tag who tagged you.

1. Who sleeps in bed next to you?
En.asben off course... tapi kadang-kadang anak2 pun ada menyelit di sebelah saya juga..

2. Have you ever lied to a boyfriend to get out of something?
Tak pernah sbb skrg saya takde boyfriend..he..he.. Dengan en.asben ada kadang2.. sori yang..

3. What kind of kuih raya did you make?
kuih raya tak buat... but i'm baking choc. cake for raya.. nyum.. nyum

4. Best day of the week?
Everyday. Alhamdulillah syukur selagi masih boleh bernafas.

5. What's really creepy?
Kemalangan Jalan raya sangat menyeramkan dan mengerikan saya.

6. What's your current fandom/obsession/addiction?
Blogging dan menjaga penampilan diri dan menghiasi peribadi untuk suami tersayang.

7. What are the color of your baju raya?
Gold & purple

8. What did you eat for break fast today?
Nasi lemak... he..he.. sgt tidak sihat

9. What is your aim for this raya?
Menziarahi sanak saudara dan teman-teman rapat tanpa perlu tunggu open house...

10. What was the last thing you bought?
Pizza @ Pizza hut for lunch tadi... he..he.. lg tidak sihat

11. What was the cutest thing you've seen recently?
Bila dengar anak2 berlawan cakap sesama sendiri.. sgt comel.

12. Does the cute thing above affect your mood?
Off Course..

13. What is your zodiac sign?
Aries.

14. Do you want to learn other skills?
Off course.. siapa taknak kan??

15. 5 things you can't live without?
Suami, anak2, ibubapa, adik beradik, sanak saudara, sahabat handai, jiran ..eh..eh.. lebih plk.
(sungguh, selagi hidup, saya tak boleh hidup sempurna tanpa orang2 penting ini di sisi saya)

16. If you could meet anyone now, who would you meet?
rakan2 blogger yang cuma dikenali di alam maya ni kot...

17. What's something you'd like to say to someone right now?
I love you mak... Nak cakap direct segan..

18. What are you looking forward to?
Didik anak2 sesempurna yang saya mampu untuk berjaya di dunia dan akhirat.. InsyaAllah

19. Say something to the person who tagged you.
Terima kasih Hana. Nak duit raya jemputlah ke rumah saya yang kecil lagi serba sederhana.

20. Tag 8 bloggers.
Nenao
Mizza
Shiemah
Diana
Ayu Hashim
Yunkyuk
Ayie
Asy
(Saya letak 8 nama ni randomly. Kalau taknak buat pun takpe. Saya tak marah punya..)

Ok. Tugasan saya yang dah tertangguh tempoh hari dah selesai. Lega betul. Sekarang giliran anda yang berlapan pula..he..he.. (Serius tiada paksaan). Selamat menjalankan tugasan anda seperti saya..

Award lagi dari Lulu...


Terima kasih Lulu Caldina untuk award yang ke-2 ini. Minta maaf ye Lulu, lambat sikit nak buat tugasan sebab busy dengan hari raya, pergi beraya dan bercuti raya. Baru hari ini ada kelapangan sikit. Soalan-soalan untuk tugasan yang perlu dibuat adalah seperti yang berikut :

Nama Blog anda buat masa ini?
(semestinya..)

Anda rasa blog anda hebat?
Penuh positif saya menjawab YA.
(Takkan nak jawab tidak pulakkan...)

BENDA yang anda sayang?
Rumah, kereta dan segala hak milik
(Kena sayang sebab dah susah payah bekerja untuk dapatkan semua tu)

Anda tengok waktu (jam) kat mana?
Off course Jam Tangan.. Kat dinding, lappy or PC pun ada juga sesekali
(Saya jenis orang yang sentiasa pakai jam tangan. Even waktu mandi & tidur pun pakai jam)

Web sesawang yang anda selalu jengguk?
Blog sendiri, blog rakan blogger yang hebat2 belaka serta en.google
(blog sendiri itu wajib.. he..he..)

Letak blogger-blogger yang anda rasa hebat..
(Pada adik2 blogger yg dah di tag, kalau sudi silalah ambil award anda pula yer)

Salam Raya,
Sis HA

Thursday, September 16, 2010

Integriti dan suka meniru..

Perbualan ini terjadi dalam perjalanan pulang ke kampungku dari kampung en.asben. Seperti biasa bila dah habis topik anak2 nak bercerita mulalah terkeluar cerita gosip kat sekolah memasing. Orang ni suka siapa, admirer kat siapa itu ini dan macam2 lagi. Dalam bercerita Az pun mulalah terkeluar citer pada kami yang rerupanya Is berkenan kat sorang classmate dia ni... Mula2 tu aku tak ambil port sangat citer2 dia orang tu. Iyelah malas nak respond lebih2 citer2 macam gitu takut nanti dia orang ingat aku approved depa dok nak belajar cintan cintun masa umur belum lepas lagi 2 angka.

Is : Tapi kan ma, abang dah tak suka dah kat dia tu.
(sebab tak fokus sangat masa memula tu aku pun dah lupa nama sebenar)
Aku : Nape abang dah tak suka kat dia lagi??
Is : Iyelah ma, dia tu suka meniru. Memula tu abang dapat markah paling tinggi. Tapi sebab dia tiru abang jadinya dia pun dapat sama markah dengan abang. Tapi bukannya dia buat sendiri pun. Meniru orang ajer. (masa ni nadanya memang dah tukar pada nada tak berkenan sungguh)

Aku/En.asben : errrkkkk...

En.asben : Oh... kiranya abang tak suka dia sebab dia takde integritilah ni??
(ceh2 sesaja ajer en.asben aku guna bahasa ilmiah popular tu dengan anak2)
Is : Apa yang ayah cakap ni?? Sepatah pun abang tak faham..
En. asben : Iyelah, maksudnya abang tak suka dia sebab dia tak bermoral lah ni??
Is : Hmm... betullah tu...

Cewah2 bukan main lagi anak bujang aku sorang ni.
Moral of the story : Jangan suka meniru. Nanti kena reject..

Wednesday, September 8, 2010

Hati sesuci lebaran...

Hari ni jalan dah mula lenggang. Kat ofis pun suasana dah jadi suram. Ramai yang dah bercuti untuk pulang ke kampung. Pagi tadi barulah kereta aku berpeluang untuk berada depan-depan dengan trafik light masa nak pergi kerja. Kalau tidak manjang kat hujung-hujung ajer. Selalu jugak sangkut untuk dua tiga kali trafik light. Pagi ini perjalanannya cukup lancar dan selesa.

InsyaAllah, tahun ni kami sekeluarga akan beraya di rumah mertua di Kajang terlebih dahulu. Kemudian pada tengah harinya barulah pulang bersama-sama ke kampung nenek en.asben di Sabak Bernam. Pada hari raya ketiga atau keempat kami akan pulang pula ke rumah nenekku di Taiping. Setakat ini tiada masalah tentang giliran balik raya untuk aku dan en.asben. Kami tak perlu gaduh-gaduh. Ikut saja giliran yang sedia ada. Kalau ada masa dan punya cukup cuti, makanya kedua-dua kampung akan kami kunjungi. Tak kisahlah yang mana satu dulu. Sini ke, sana ke bagi aku sama saja. Asalkan berada di samping suami dan anak-anak tercinta, raya di mana-mana pun sama sahaja. Tetap seronok walaupun kemeriahannya pastilah berbeza mengikut adat dan tempat. Pandai-pandai kitalah untuk membawa diri untuk memeriahkan suasana.

Sungguh aku tersentap mendengarnya bila ada orang yang begitu bermegah bila suaminya tidak kisah untuk beraya di kampungnya pada setiap tahun kerana suasana di kampungnya lebih meriah. Aduhai.. kalau iye pun suaminya tidak kisah, takkanlah dia yang sudah bergelar ibu tidak terkenangkan keluarga mertua yang beraya tanpa anaknya itu pada setiap tahun. Rasanya tak patut sungguh untuk gunakan alasan suami itu untuk kepentingan diri sendiri. Bukankah menjadi tanggungjawab isteri untuk mengingati suami agar menjadi anak yang dapat berbakti kepada orang tuanya. (Pada aku pulang berhari raya bersama ayah bonda juga merupakan satu bakti yang dapat mengembirakan hati mereka). Sungguh aku tak faham dengan orang-orang yang sebegini...

Aku jeles??? Oh please. Aku memang pandai cemburu. Tapi cemburuku bukanlah kepada perkara-perkara sebegitu. Untuk perkara seperti itu, sumpah aku tak jeles. Rasa kesian adalah. Cuba letakkan diri kita di tempat ibu bapa yang anaknya tidak mahu beraya bersama mereka hanya kerana suasana yang katanya tidak meriah. Patut ke? Bagaimana pula jika anak-anak kita nanti memperlakukan kita sebegitu. Mahukah kita bermegah juga??? Kalau tak mahu, lebih eloklah kita 'mensucikan' hati kita sesuci lebaran kali ini. Agar tiada siapa yang terasa hati mahupun tersayu hati di saat kita menikmati meriahnya raya bersama keluarga sendiri.

Untuk semua rakan blogger yang sudi berkunjung ke sini, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Berhati-hati di jalan raya.. tak kiralah perjalanan ke rumah mertua ataupun ke rumah keluarga sendiri.. he.he.. nak jugak tambah lagi tu... ok..ok.. aku stop dulu. Adios..

Monday, September 6, 2010

Zakat Fitrah yang pertama...

Korang dah bayar zakat fitrah??

Petang semalam aku ikut en.asben ke PZS kat depan rumah tu. Bagusnyalah bila pusat zakat dibuka pada setiap hari. Jadinya orang ramai tiadalah alasan lagi untuk bertangguh ataupun buat-buat lupa untuk menunaikannya. Alhamdulillah, untuk family aku, en asben dah tunaikan zakat kami semalam. Lenggang ajer kat dalam PZS tu. Mungkin orang lain dah pi bayar masa awal-awal ramadhan lagi kot. Selalunya untuk tahun-tahun sudah, awal-awal lagi en.asben dah pi bayarkan. Tapi untuk tahun ni sengaja lewatkan sikit. Sebab pernah ada terbaca satu artikel ni. Katanya lebih lambat lagi elok. Maka kami pun melambatkanlah sedikit pembayarannya. Kalau ikutkan Han, dia minta ayahnya pi bayar zakat fitrah tu pepagi raya nanti sebelum solat aidilfitri. Sebab dia pun ada dengar ustazahnya cakap gitu jugak. Tapi aku seriau pulak. Manalah tahu kot-kot terlambat pulak bangun pagi raya tu. Buat pasal ajer tak sempat bayar zakat tahun ni... Makanya 26 ramadhan pun boleh kira lambat jugalah tu kan..

Nak tanya sikit, korang pernah bayar zakat pada amil wanita tak?

Semalam tu dekat PZS tu ada satu ajer kaunter yang buka masa kita orang datang. Pegawainya pulak perempuan. Aku ingat dia akan panggil pegawai lelaki untuk urusan pembayaran zakat tu. Tapi rupanya pegawai itu sendiri yang menjadi wakil untuk menerima zakat kami. Untuk seketika kami berpandangan tapi terus buat muka selamba. Takkan pulaklah aku yang nak buat pembayaran tu sedangkan ketua rumahnya ada bersama. Maka selepas dimaklumkan amaun yang perlu dibayar maka en.asben pun membaca akad sebelum pegawai wanita itu menerima zakat kami dan membacakan doa. Dalam perjalanan turun dari PZS itu, aku dan en.asben sama-sama tersenyum simpul sambil menyerlahkan wajah pelik masing-masing yang kami tahan sejak tadi. Iyelah, inilah kali pertama dalam sejarah hidup kami membayar zakat dengan amil wanita. Mungkin perkara ini pernah terjadi pada orang lain dan mungkin juga perkara biasa kepada orang lain. Tapi untuk kami, inilah yang pertama...

Saturday, September 4, 2010

Aktiviti hari jumaat & hujung minggu...

Aku anak yang bertuah hmmm... Walaupun dah berumah tangga tapi hari-hari masih dapat makan masakan emak aku. Ini kerana emak memang tinggal bersamaku sejak beberapa tahun ni. Jadinya hari-hari mesti ada masakan ibu di rumahku. Tapi untuk weekend aku terpaksa juga rajinkan diri untuk memasak pula. Iyelah, sebagai isteri yang cantik dan ibu yang baik, aku mesti kena tunjuk skill memasak dekat en.asben & anak-anak jugak. Nanti depa tak sayang kat i pulak..he...he.. (Sila abaikan perkataan cantik dan baik itu kalau ada yang rasa nak termuntah..)

Jadi inilah aktiviti kebiasaan aku untuk hari jumaat.

Kumpul resepi yang berlainan dari masakan emak yang biasa...

Untuk aktiviti hujung minggu pula, inilah hasilnya.

hmm.. nyum..nyum.... siakap 3 rasa & telur bungkus..

Setakat hari ni semua resepi yang aku try menjadi. Alhamdulillah. Bukannya sebab i pandai masak sangat. Tapi sebab resepi yang diberi tu cukup lengkap. Kiranya tak sia2 jugalah aku dok mengadap blog mencari resepi di internet ni. Nak upload semua masakan yang dah di cuba macam tak sesuai pulak untuk siang hari di bulan ramadhan ini. Jadinya cukuplah gambar tu dulu ye. Okeylah nak kemas rumah pulak. Raya nak dekat ni....

Wednesday, September 1, 2010

Nak jugak..

Subhanallah... Ada kalimah Allah di langit.

Gambar ini telah di tag oleh seorang sahabat karibku dalam facebook beberapa hari yang lalu. Alhamdullillah, sudah rezekinya. Dia berpeluang untuk melihat sendiri kejadian yang indah itu dengan mata kepalanya dalam bulan ramadhan yang mulia ini. Kagum, sungguh aku kagum dengan kebesaranNya.
Maka sejak hari itu aku pun semakin kerap mendonggak ke langit. Manalah tahu kot-kot aku ada rezeki yang sama seperti sahabatku itu. Tentu seronok andai kita dapat melihat kejadian indah seperti itu dengan mata kepala kita sendiri. Begitulah kita kan... (kita??? ok kalau bukan korang pun macam tu kiranya aku soranglah tu..)Bila ada perkara2 yang best terjadi kepada orang lain kita juga turut teringin perkara itu terjadi pada kita juga.

Kalau tengok orang menang cabutan bertuah cam pakcik menang motor ke, kita pun nak jugak menang cam tu. Puaslah masuk peraduan sini sana tapi tak jugak menang2 (Takpe2 boleh cuba lagi. Don't give up. Belum rezeki kita lagilah tu..) Kalau tengok movie or rancangan tv pun sama juga perasaannya. Kalau hero/heroin itu seorang saintis yang bijak, kita pun dan2 rasa macam nak jadi saintis jugak. Kalau hero/heroin berjaya dalam misi selamatkan dunia, kita pun nak jadi penyelamat dunia jugak. Semuanya taknak kalah. Apa orang dapat atau buat atau miliki atau alami dan segala benda yang best2 tu, kita pun nak macam tu jugak. (Sebab itu aku tulis blog sbb aku nak juga ada blog sendiri macam orang lain..he..he..)

Kalau dulu tengok movie pretty woman, pernah jugaklah aku pun nak jadi cam gitu....opppsss aku bukan citer pasal nak buat pekerjaan yang begitu ye. Tidak terlintas sama sekali. Yang itu tak pernah teringin pun. Minta dijauhkan simpang 44. Tapi masa tu teringinlah kalau ada mamat yang tersangatlah kaya, handsome, romantik, comel, pandai dan segala2 yang perfectlah ada kat dia tu.. dah tu taraaaaa.... fall in love pulak kat kita. Tentu seronok kan??? kan? kan? (eh..eh.. korang tak pernah rasa cam gitu ker???)

Tapi itukan harapan, impian dan anganan. Tak semestinya kita dapat segala apa yang kita mahukan tu. Allah itukan maha mengetahui. Allah itu maha tahu siapa yang lebih sesuai dan paling layak untuk bersama dengan kita. Dan pasangan kita itu :

Tak semestinya terlalu kaya.. banyak duit sikit pun dah cukup..
Tak semestinya terlalu kacak/cantik.. good looking pun dah cukup...
Tak semestinya terlalu sempurna.. perfect sikit pun dah ok...
Tak semestinya terlalu bijak.. pandai pun jadilah..
He..he.. tetap jugak nak demand lak tu kan.

Jadinya bersyukurlah dengan apa yang akan ataupun yang sudah kita miliki. Kita pun bukanlah serba sempurna... betul tak? Syukur Alhamdulillah, En.asben dan anak2 sudah cukup sempurna untuk aku miliki. Mereka adalah yang terindah, terbaik dan tersempurna untuk diriku.

Untuk en.asben yang bertugas di perantauan (walaupun en.asben cuma gi seminar 3 hari kat singapore jer... boleh di kira bertugas di perantauan jugakkan) You had me at hello... (he..he.. macam poyo tak pinjam dialog citer Jerry Maquire)..