Nuffnang

Tuesday, November 30, 2010

Aku buat baik sebab nak menunjuk...

Sabtu lepas kami sekeluarga pergi ke MAHA. Siap bawak mak dan mertua aku sekali. Jadinya bila dah bawak orang tua ni tak bolehlah nak ikut cara kita saja. Kenalah mengikut kemampuan mereka juga. Mak aku sakit kaki, mak mertua pun begitu juga. Jadi kami antara orang-orang yang menggunakan perkhidmatan Tram yang disediakan kat MAHA tu. Ada kemudahan jadi gunakanlah sepenuhnya. Bukan kena bayaran pun. Percuma lagi.

Tram memang penuh. Masa pergi tu kami anak beranak kena berdiri. Tak kisahlah asalkan mak dan mertua aku dapat duduk. Itu pun dah buat aku rasa lega. Kalau tidak kesian juga nak tengok mereka kena bergayut kat palang. Takut2 terjatuh pula nanti. Sebab kami yang bawa jadi rasa bertanggungjawab juga kalau ada apa-apa yang jadi.

Masa balik tu Tram penuh juga. Alhamdulillah, kali ini kami sekeluarga dapat tempat duduk. Jalan keliling MAHA tu dah tentu buat kita rasa penat. Bawah panas terik pula tu. Tangan pula berat menjinjing barang-barang yang dibeli. Jadi bila dapat duduk tentu rasa lega sangat-sangat.

Dalam tram yang dah penuh dan mula bergerak tu adalah wanita yang kena berdiri. Sudahlah berdiri berhampiran dengan pitu. Dukung anak pula tu. Jadi, walau pun dah rasa selesa dengan tempat duduk aku, namun aku tetap bangun juga untuk memberi tempatku kepadanya. Nak suruh en.asben bangun, ribannya sudah penuh dengan barang-barang yang dibeli. Tentu nanti akan melambatkan pergerakan. Jadinya aku mengalah saja. Penuh ikhlas aku mempelawanya duduk ditempatku.

Tengok siap cerita kat blog lagi. Punyalah nak menunjuk baik perempuan ni kan. Betul ke ikhlas tu??? Iyelah, dah tajuknya pun nak menunjuk kan.. Ha..ha.. terang-terang buat pengakuan. Tapi sungguh, itulah yang aku rasa masa buat baik hari tu. Tapi semuanya bersebab dan ada tujuannya aku nak menunjuk tu. Bukan nak riak dengan niat untuk dapat pujian. Tidak ya.

Sebenarnya dalam ikhlas, aku juga mahu tunjukkan pada anak-anak aku sikap yang sepatutnya bila dalam situasi sebegitu. Aku mahu mereka peka dengan persekitaran. Aku mahu mereka tidak mementingkan diri sendiri. Dan aku mahu mereka consider orang lain dalam setiap perkara. Sebagai parent tentulah aku mahu tunjukkan contoh yang baik pada anak-anakku. Dan kalau orang lain pun turut dapat kesedaran daripada tindakan aku itu tentulah lebih baik.

Jadinya pada aku tak salah kalau aku nak menunjuk. Ke korang rasa aku sangat tak patut?

Monday, November 29, 2010

Mengadalah u ni...

Masa kat Bandung hari tu aku memang susah sikit nak makan. Tak tahu kenapa. Kalau orang lain sibuk cari nasi padang kat sana aku pulak seboleh-boleh nak elak masuk kedai makan tu. Lepas itu, ini taknak. Itu tak mahu. Nasib baik en.asben & wawa sepupuku rajin nak layan kerenah aku. Kalau tidak mahu kebuluranlah aku kat sana. Siap ada yang dah masuk restoran tu boleh pulak keluar balik sebab aku tak tahu nak makan apa. Punyalah mengada. Tapi bukan mengada yang dibuat-buat. Tetiba pulak jadi macam tu. So aku nak share apa yang aku boleh makan kat sana.

Air ni sedap.. macam kat pizza hut tu.

pancake yang marvelous...

baked potato with cheese & tuna baguette with cheese..

Sapi black peper.. (sapi = lembu)


yang dua ni rice set with chicken & beef

Yang ni semua aku boleh makan tanpa masalah dan semuanya aku yakin halal. Harga pun resonable. Nyum.. nyum... Untung juga aku mengada. Dapat makan semua ni... ha..ha.. (gelak jahat). Oh yer aku nak selitkan cerita pasal bunga jugaklah. Selalu kat sini kalau ada ocassion tentu harga bunga mahal. Tapi kat sana untuk sejambang tu bunga baru dalam RM9. Murah kan.

Ini bunga yang aku bagi kat sepupu aku...

Ini pulak bunga yang sepupu aku bagi kat aku masa nak balik KL.

So masa kat airport aku pegang ajelah bunga tu. Takkan nak sumbat dalam beg yang dah padat kan. Walaupun segan buat-buat tak segan. Siap pegawai imegresen kat sana pun tanya.

Baru kahwin yer mbak??? Ngak ah.. Balasku.

Sangkanya pengantin baru..

ha.. ha.. macam orang balik honeymoon pulak siap bawak bunga. Dahlah jalan berdua-duaan. Dah 12 tahun dah kami kahwin. Anak pun dah ada tiga orang.

Saturday, November 27, 2010

Jangan pernah lupakan mereka...

Majlis angkat sumpah doktor sudah hampir ke penghujungnya. Para ibu bapa dan kaum keluarga seperti sudah tidak sabar untuk meninggalkan dewan. Pagi di dewan konvo, petang di dewan angkat sumpah, pastilah memenatkan. Ada ibu bapa dan kaum keluarga sudah berdiri menunggu giliran untuk keluar dari dewan. Namun cepat pula dihalang dan diminta duduk kembali oleh AJK majlis yang sedia berjaga di situ. Keluhan kedengaran. Tapi tiada siapa yang terus keluar demi menghormati majlis yang diadakan khas untuk merai anak-anak mereka yang sudah bergelar doktor.

Para doktor baru diminta untuk menanggalkan topi ijazah mereka. Semua melakukannya tanpa keluahan. Dengan terus berwajah ceria mereka bagaikan sudah bersedia untuk membalingkan topi itu ke udara sebagai lambang tamatnya pengajian mereka. Sebagai tanda tamatnya penderitaan bertahun-tahun mereka untuk mengengam ijazah yang memberi gelaran buat mereka hingga ke tua. Kaum keluarga dan ibu bapa sudah bersedia dengan kamera ditangan untuk merakamkan detik-detik itu. Wajah ceria terpamer di wajah sekalian yang ada di situ. Tapi itu semua tidak berlaku...
Wajah ceria para siswazah selepas diminta menanggalkan topi ijazah mereka...

Minta ditanggalkan topi kalian para wisudawan (siswazah) semua. Kalian semua sudah bergelar doktor pada saat ini. Minta direndahkan kehormatan anda buat seketika saat ini. Saya mahu kalian mengenang kembali saat-saat waktu pertama kali kalian menjejakan kaki kalian untuk belajar di sini. Ingatkan kembali kesusahan, kepayahan dan kejerihan yang kalian alami saat mahu mengengam segulung ijazah yang bergelaran ini. Fikirkan, ingatkan dan kenangkan kembali saat-saat itu. Semua siswazah terdiam. Masing-masing mula mengenang nostalgia mereka sewaktu menuntut ilmu.

Sekarang saya mahu kalian ingatkan pula wajah insan yang sama-sama susahnya bersama kalian untuk melihat kalian memegang ijazah dan gelaran ini. Ingatkan wajah ibumu yang sudah tua itu. Ingatkan kembali wajah tua yang sudah banyak kedutnya itu kerana selalu memikirkan tentang kamu yang sedang sulit belajar di sini. Yang selalu lebih susah bila kamu dalam kesusahan menuntut ilmu. Yang sama-sama tidak tidur malam semata-mata untuk berdoa demi kejayaanmu. Demi untuk kamu lulus peperiksaan kamu yang sememangnya tiak mudah itu.

Sekarang, ingatkan pula wajah ayahmu. Ayah yang sudah tidak kuat tapi masih terus kuat berkerja demi untuk kalian membereskan kuliah kalian. Demi untuk melunaskan yuran pengajian yang bukan murah harganya. Yang bersusah payah demi untuk melihat kalian mengengam ijazah dan memiliki gelaran ini. Yang mungkin pernah ambil rasuah semata-mata mahu melunaskan biaya pembelajaran kalian. Fikirkan, ingatkan dan kenangkan kembali wajah-wajah itu. Pada saat ini para siswazah sudah mula sedih dan sebak. Ramai yang menunduk. Ramai yang menangkup muka. Ramai yang mencebek menahan sedih. Malah lebih ramai lagi yang sudah menitiskan airmata.

Sekarang, saya mohon kalian terus rendahkan diri anda. Pergi berlari, peluk, cium dan usap wajah-wajah insan yang banyak berjasa pada kalian itu. Bilang jumlah kedut di wajah mereka. Dan saya mohon jangan pernah sekali-sekali kalian melupai mereka-mereka ini. Kerana merekalah kamu berjaya hari ini. Ayuh pergi cepat sebelum kamu terlambat untuk melakukan semua itu kepada mereka. Semua siswazah berlari mendapatkan ibu bapa dan kaum keluarga mereka. Dewan yang padat menjadi sesak. Airmata di sini sana. Tiada siapa yang mengeluh tentang kepadatan ruang. Menoleh ke kiri ada yang sedang berpelukan. Menoleh ke kanan ada yang sedang mengucup wajah ibu bapa tercinta. Menoleh ke depan ada yang sedang menekupkan muka ke paha ibu bapa mereka memohon restu. Berterima kasih dengan setulus hati.

Sungguh aku turut terharu meyaksikan detik-detik itu. En.asben juga turut merasakannya. Bagus betul upacara sebegitu. Ianya cukup berkesan di hatiku dan mungkin di hati semua yang berada di situ. Begitu murni sekali tujuan diadakan acara sebegitu. Iaitu agar mereka tidak akan pernah lupa akan insan yang banyak berjasa kepada mereka bagi mengecap sebuah permulaan kejayaan dalam kehidupan mereka. Dan yang paling penting untuk mereka menyedari yang bukan hanya mereka saja yang bersusah payah untuk mendapatkan kejayaan itu. Untuk mereka mengenang orang yang lebih bersusah payah bersama mereka semua sehingga sampai ke tahap itu. Merekalah ibu dan ayah kita. So jangan sesekali kita lupakan jasa mereka apa lagi diri mereka yang semakin tua dan akan tidak berdaya suatu hari nanti.

* kata-kata italic itu aku kutip dari ceramah motivasi yang diberikan khas untuk para siswazah selepas majlis angkat sumpah doktor sepupuku hari tu. Gaya bahasa dan ayat dalam penulisan ini adalah dari penerimaan dan fahaman aku sendiri tentang apa yang disampaikan.

Me & my cousin yang sama-sama sebak dan menangis kesedihan...

Thursday, November 25, 2010

Urusan di Bandung..

Dah sampai Bandung..

Undangan untuk majlis konvokesyen dan angkat sumpah doktor..


Tempat majlis konvokesyen..

The banner...


Wisudawan = Siswazah dalam bahasa malaysia
Dewan untuk majlis konvokesyen..

Dewan untuk majlis angkat sumpah..

Badan masih letih tapi nak juga update blog ni. Iyelah, dah berapa hari takde entry baru kan. Malam tadi baru sampai. Hari ni dah start kerja balik. Jadinya uploadlah sikit gambar-gambar sekitar majlis konvokesyen sepupuku itu. Untuk sepupuku Wawa, tahniah di ucapkan. Takziah juga kerana kehilangan I-phone kesayangan yang tercicir di dalam angkot (Angkutan Kota). Nanti dah kerja boleh beli yang baru yer.

Sunday, November 21, 2010

Best ke pi jalan tak bawak anak???

Masa planning nak bercuti:
Rasa macam seronok sangat. Teruja pun ada jugak. Iyelah selalu kan jalan berlima. Jadinya lebih banyak berkepit dan berulit dengan anak-anak. Memimpin tangan anak-anak off course lebih banyak daripada dipimpin oleh tangan pasangan kita. So bila dapat pergi bercuti berdua tentu-tentulah rasa syok yang amat. Inilah masa nak berpimpinan tangan sepanjang masa... ha..ha.. sape tak sukakan...

Masa bercuti :
Tumpuan akan sepenuhnya jatuh kepada kita. Walaupun bukan sepanjang masa tapi tentulah lebih banyak dari biasa. (Ha.. ha.. biasalah yang bergelar suami itukan lelaki. So memang tipulah kalau kata sepanjang waktu bercuti mata dia tidak pernah sekali pun mengerling pada perempuan lain...) Tapi kalau kebiasaannya perhatian terbahagi kepada empat, bila berdua tentulah perhatian hanya kepada kita saja. Kasih sayangnya pun tentulah lebih dirasai.

Situasi sebenarnya :
Situasi sepuluh kali cium, sepuluh kali peluk and sepuluh kali pesan pada anak-anak itu akan jadi berulang, ulang, ulang dan ulang sehinggalah waktu nak pergi. Dalam kereta nak pi airport air mata memang menakung. Pantang dengar lagu syahdu sikit akan berguguran air jernih itu di pipi. Dalam perjalanan ceritanya hanya berkisar tentang anak, anak dan anak. Kenakalan anak-anak yang selalunya bisa menaikkan darah akan menjadi perkara yang paling melucukan. Rindu mula bertandang. Pantang nampak public phone, mesti nak singgah. (Walaupun bawak handphone tapi buat apa coins yang penuh kat dalam poket kalau tak digunakan untuk call anak kan. Lagipun money changer selalu taknaknya terima kalau kita nak tukar coins tu. So habiskan ajelah buat telefon anak-anak sehari berkali-kali.)

Kenapa aku buat post ni :
Petang ni aku dengan en.asben nak pergi bercuti berdua. Bukanlah bercuti sesaja. Tapi sebab ada urusan sikit. Kami ke sana kerana menemani sepupuku yang akan menghadiri majlis konvokesyennya di Universiti Padjajaran, Bandung. Makcik aku tak dapat nak pergi atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan. So aku and en.asbenlah yang akan menjadi wakilnya. Sebenarnya inilah kali kedua kami pergi bercuti tanpa anak-anak atas sebab yang sama iaitu menghadiri majlis konvokesyen. Empat tahun lepas kami pergi berjalan berdua untuk majlis konvokesyen en.asben. So memang susah sikitlah nak angkut anak-anak semua. Siapa yang nak tengok-tengokkan anak-anak masa kami masuk dewan. So terpaksalah meninggalkan anak-anak di sini.

Perasaan aku saat ini :
I dah mula sedih you. Rindu dah mula terasa. Walaupun cuma 4 hari tapi aku tahu yang kami akan begitu merindui anak-anak kami. Doakan perjalanan kami yer. Semoga segala urusan kami berjalan dengan lancar.

Thursday, November 18, 2010

Terengganu & Ayah Pin vs Anakku..

Korang tengok tak rancangan KES di TV3 malam tadi. Kes yang diketengahkan pada minggu ini ialah kisah Ayah Pin. Naik kembang tekak ni bila ditunjukkan aksi lakonan semula para pengikutnya yang sanggup minum air kaki Ayah Pin ni. Yukkksss.. Kononnya dengan tujuan untuk mendapatkan keberkatan. Bagaikan raja dia dirai. (MasyaAllah.. Minta dijauhkan hati ini dari terpesong dari agamaMU YA ALLAH.)

Gambar bukan dari album peribadi.. gambar dari album en.google.. he..he..

Ramai betul pengikutnya. Dari berbagai bangsa pulak tu. Sampaikan mat salleh pun ada yang menjadi pengikutnya. Aduh, apa ilmu yang dia pakai agaknya sehingga ramai betul yang terpengaruh dengan kerajaan langgitnya itu. Pelikkan bila masih ada yang mempercayai perkara-perkara sebegini. Tapi kalau hati sudah hitam apa-apa pun boleh jadi... Nauzubillah.

Mengikut perancangan, Disember ni kami sekeluarga akan pergi bercuti ke Terengganu sempena cuti sekolah. Hotel semua sudah ditempah. Hanya tunggu masa dan ketikanya saja untuk bertolak. Tapi malam tadi, tetiba pula Is bercakap begini pada en.asben.

Ayah, apa kata kita tak payah pergi Terengganu nanti. Kita pergi Pulau Pinang ke, Taiping ke, mana-manalah asalkan bukan Terengganu..
Walaupun dah jangka apa sebabnya dia menukar fikirannya tiba-tiba, tetapi tetap juga kami bertanyakan alasannya. Is cuma tersenggih sambil beria-ia ajak tukar destinasi juga.

Nak tahu apa sebabnya? Sebabnya ialah dia takut kat Terengganu tu ada Ayah Pin dan kerajaan langgitnya lah tu. Ha..ha.. Anak oo anak. Semua tu dah takde lagilah sayang. So kita ke Terengganu jugaklah yer nanti... ganu kitalah kejap.

Monday, November 15, 2010

Nak anak rajin solat tak???

Dapat e-mail yang cukup menarik ini dari en.asben. Bagus sekali isinya sehingga membuatkan saya rasa perlu untuk berkongsi di sini untuk dijadikan amalan kita bersama. So inilah kisahnya..

My Daughter was 12 years old and prayer was like heavy burden on her , So I told her to pray one day and I monitored her. She took the carpet and threw it on the ground. I asked her have you prayed - she said yes - Believe me, without feeling I slapped her face - I know I made a mistake. The situation has troubled me and I cried and I repent to God to forgive me The slap, the talk , the reminders did not benefit with my child.

One day A friend told me story. She went to one of her friends for a visit. Her friend was not that of a religious person, but when the Adhan prayer was called, her children rushed for prayers without reminders or quarrel. I said to her how does your children pray on themselves without quarrel or a reminder? !!!!! - She said I have nothing to tell you, but before I got married I supplicate this Dua and until today .

After she advised me the supplication Dua – I began to recite it in every Sujud in my prayers before Tasleem and anytime I could . My Sisters and Brothers, since I began to recite the supplication Dua my daughter is now the first to prayer without reminders or quarrels . She got up in Fajr prayers without any alarms. And all her brothers are now eager in praying without any difficulties. Even my mother visited me once and went to sleep and I have to draw the attention to my daughter to wake us up.

Nak tahu doa apa yang di amalkan??? Doanya ialah Ayat 40 dalam Surah 14 (Surah Ibrahim). Maksud ayatnya : Ya Tuhanku, jadikanlah aku seorang yang mendirikan sembahyang, begitupun anak-anakku . Ya Tuhan kami, Dan perkenankanlah doaku.

Nanti bolehlah semak semula ayat tersebut di dalam Al-quran untuk kita hafalkan. Kalau boleh biarlah jadi amalan. Mudah-mudahan ada kesannya untuk diri kita sendiri juga anak-anak kesayangan kita. Anak-anak yang akan menjadi generasi masa depan yang akan terus menegakkan agama Allah.... InsyaAllah...

photo by google

Sunday, November 14, 2010

Mari berenang...

Sekarang ni tiap petang hujung minggu kami sekeluarga akan dok melepak kat kolam renang Precint 16 Putrajaya. Anak-anak aku mengikuti kelas renang kat situ. So mama & ayahnya pun lepak jugalah kat situ walaupun kadang kala hilang jugak pi melawat alamanda kat belakang nun..

Dah berapa lama ambil kelas ni? Soal ayah salah seorang pelajar yang sama-sama mengikuti kelas tersebut. Aku jawab lebih kurang 6 ~ 7 minggu. Dia pula menyatakan yang anaknya sudah berbulan juga belajar. Ambil masa sikit sebab pada mulanya anaknya takutkan air. Semalam tu nampak dah boleh kawan dengan air dah sebab nampak selamba aje terjun dalam kolam tu.

Aku pun tak tahu berapa lama yang akan anak-anak aku ambil untuk pandai berenang. Prestasi ketiga-tiga mereka juga berbeza. Yang kakaknya dah boleh juga berenang tapi masih memerlukan tiub pelambung. Yang abang masih belum boleh berenang tapi sudah berani dengan air. Yang adiknya pula masih takut-takut lagi. Walau ada tiub pelampung pun masih tetap dia berpaut pada rel di tepi kolam. Tak kisahlah berapa lama pun. Yang penting nanti boleh berenang. Sebab kalau aku, setahun pun tak tentu lagi boleh sebab aku lagi takut air.

Teringat pula kata-kata yang aku dengar semasa pendaftaran. Nak belajar berenang ni kita kena biarkan air menguasai kita. Kalau kita nak kuasai air memang susahlah nak berenang... ni tips dari tenaga pengajarnya. Pada sesiapa yang tinggal kat area Putrajaya & Bandar Baru Bangi yang berminat nak ikuti kelas renang bolehlah datang belajar kat kolam Presint 16 ni. Waktunya setiap hari sabtu dan ahad. Ada 2 kelas iaitu pukul 3 ~ 4 dan pukul 4 ~ 5.

Wahhh, promote nampak. Nak dapat diskaunlah tu. Ha..ha.. takdelah. Tenaga pengajar kat sini memang bagus. Semua pelajar diberi peluang yang sama rata. Setiap pelajar mendapat perhatian dari mereka. So rasanya tak salah aku nak promote kelas yang anak-anak aku ikuti ini kan. Sebagai tanda aku berterima kasih di atas komitmen mereka. Walaupun kelas berbayar tapi ilmu tu lebih berharga untuk dihargai.




Belajar biar sampai pandai yer anak-anakku..

Tgk.. kan aku kata baby aku ni takut lg.. Bukan main kuat lg dia berpaut kat rel tu..

Hari tu aku google untuk cari kelas renang untuk anak-anak aku tu. Tapi hari ni aku tak jumpa pula link ez2swim ni. So tak bolehlah nak share kat sini. Share gambar ajelah yer.

Friday, November 12, 2010

Kanan ada kiri pun ada, Hati-hati yer..


Pagi yang mendung. Hujan mencurah-curah. Anak-anak selamat pergi sekolah. Aku pun selamat sampai ofis tepat pada masanya. Atau lebih tepat lagi tepat-tepat pada masa sebelum punch card bertukar warnanya. Call en.asben, beliau pun selamat sampai ke ofisnya juga. Alhamdulillah, Allah melindungi perjalanan dan urusan kami. Segalanya selamat. Syukur.

Bila hujan dah tentunya jalan agak licin sikit. Jadi, jika waktu biasa perlu hati-hati. Waktu hujan perlulah lebih berhati-hati lagi. Pagi tadi on the way ke ofis ada kereta yang terlibat dengan kemalangan. Bukan satu kemalangan tapi dua sekali. Di sebelah kanan dan di sebelah kiri jalan.

Di sebelah kanan melibatkan 4 buah kereta kalau tak silap aku. Nampak teruk jugalah remuknya kereta-kereta yang terlibat. Terangkat bonet depan belakang. Kesiannya. Dahlah nak raya. Tentu perasaan jadi remuk redam juga. Tercedera ke tidak mangsa-mangsanya aku tak pasti pula. Iyelah aku tengok sekali imbas saja. Takut sebenarnya. Kesian sudah semestinya.

Lebih kurang 3 ~ 4 meter ke hadapan ada kemalangan lagi di sebelah kiri pula. Memang dekat benar jaraknya. Yang ini melibatkan 2 atau 3 kereta juga. Remuk juga bonetnya. Teruklah juga walaupun tidak seteruk yang disebelah kanan tu. Patutlah jem. Ada dua eksiden sekali. Kalau satu eksiden pun ramai pemandu lain memperlahankan kereta untuk lihat apa yang berlaku. Kalau dah dua, lagi perlahanlah jadinya. Aku tak cakap orang. Aku pun sama. Walaupun tahu bukan itu tindakan kita sepatutnya.

So, untuk semua hati-hatilah yer. Biar lambat asal selamat. Pastikan jarak selamat. Memandu biarlah ikut had dan peraturan. Mudah-mudahan semuanya selamat. Take care!

Thursday, November 11, 2010

Pelangi itu bagaikan kamu..

Nak share gambar pelangi yang Az snap pagi tadi kat depan rumah. Originalnya memang lebih cantik sebab jalurnya lebar-lebar. Tapi dalam gambar yang diambil dari kamera yang bukan DSLR ni, hasilnya tak berapa nak nampaklah kelebaran jalur itu. Tapi kenyataannya memang cantik, indah dan menawan sangat pelangi tu. Tetiba saya dapat idea bila melihat keindahan ini.

Pelangi
Hadirnya mampu mengindahkan lagi hidup saya yang sudah indah.
Hadirnya menceriakan lagi hati saya yang sememangnya ceria.
Pelangi itu bagai KAMU..

Siapa KAMU itu???
KAMU itu ialah kamu semua.
Kamu semua yang sudi menceriakan blog saya.
Kamu semua yang sudi menjenggah ke blog saya.
Kamu semua yang sudi membaca entry saya yang tak seberapa.
Kamu semua yang sudi tinggalkan komen.
Kamu semua yang sudi tinggalkan jejak di Shoutmix saya.
Kamu semua yang sudi jadi kawan saya.
Kamu semua yang sangat saya hargai.

Terima kasih ye Kamu Semua.

Wednesday, November 10, 2010

Sejuk perut mama bang..

Mama, esok boleh ganti puasa tak? Abang tak ganti lagi puasa yang abang tinggal sehari sebab demam tu. Esok pagi mama kejut abang untuk bangun sahur eh.. Abang nak puasa..

Aduhai, sejuk perut aku mendengarnya. Terselit juga senyuman bangga diwajahku. (Biasalah naluri seorang ibu. Setiap perbuatan baik anak-anaknya memang sentiasa menjadi kebangaan. Tidak kiralah walau sekecil mana pun kebaikan dan pencapaian anak-anak itu) Itulah budak-budak sekarang kan. Kecil-kecil lagi sudah faham hukum agama. Is baru 9 tahun umurnya. Masa zaman kita dulu (lebih tepat lagi zaman aku) puasa dah tentu-tentu banyak yang tinggal. Untuk mengantinya pula memang tidaklah. Dah besar-besar ni baru pandai nak ganti balik apa yang pernah tertinggal dulu. Itupun ambil yang selepas cukup umur saja. Waktu yang sebelum tu memang tak pernah nak ambil kira. Kononnya sebab waktu tu belum cukup umur lagi.

Rasanya pengajaran yang diberikan di sekolah kebangsaan dengan kelas J-Qaf dan pendidikan di sekolah agama memang cukup baik sekarang ini. Lebih baik sebenarnya. Terhutang budi betul pada cikgu2, ustaz2 dan ustazah2 yang mengajar. Mudah-mudahan apa yang dipelajari dan apa yang dipraktikkan sekarang akan berterusan sehingga zaman mereka remaja dan dewasa nanti.

Okeylah bang, esok pagi mama buat sandwich telur yang abang request untuk sahur tu yer...

Anak-anakku


Tuesday, November 9, 2010

Jangan mandi malam...

Sewaktu di sekolah menengah dulu, ada seorang cikgu di sekolah aku ni yang mengalami masalah sakit tulang. Sakit tulang yang dialaminya itu rasanya dari pinggang ke bawah. Ini menyukarkan untuknya berjalan. Nampak terlalu payah untuk dia berjalan. Setapak-setapak dan terlalu perlahan langkahnya. Kadang-kadang sehingga perlu berpaut pada tiang dan dinding koridor. Tapi aku tahu semangatnya kuat kerana dia masih memilih untuk mengajar. Memberikan baktinya pada sekolah.

Memandangkan cikgu ini tidak pernah menjadi guru yang mengajar di dalam kelas aku sepanjang 5 tahun aku bersekolah di situ, maka aku tidak tahu apa nama penyakit yang dialaminya itu. Tapi dari cerita-cerita yang aku dengar dari cikgu-cikgu yang mengajar di kelas aku, penyakitnya berpunca dari amalannya yang terlalu kerap mandi malam. Dan memang kawan-kawan cikgunya yang lain turut menerima pesanan darinya iaitu elakkan mandi malam. Maka kami anak-anak murid yang lain ini turut menerima pesanan begitu.

Aku tidak mengenali cikgu ini dengan lebih dekat walaupun namanya masih aku ingat sehingga kini. Yang aku tahu aku bersimpati dengan kesakitan yang dialaminya. Aku kagum dengan semangatnya. Dan aku tidak lupa akan pesanannya untuk mengelakkan dari mandi malam. Bukanlah tak boleh langsung. Tapi janganlah terlalu kerap. Kalau boleh elakkan, cuba elakkan.

Awal tahun ni semasa berkursus aku tinggal sebilik dengan seorang teman ni. Hampir setiap malam dia mandi selepas habis kelas jam 10 malam. Mandinya bukan setakat siram-siram sikit-sikit saja. Tapi memang betul-betul mandi yang siap basuh rambut bagai. Ini kerana katanya dia sudah terbiasa begitu sejak bertahun-tahun lamanya.

Sebagai seorang sahabat yang pernah mendapat pesanan untuk mengelakkan dari mandi malam, maka aku pun menceritakan tentang cikgu di sekolah aku itu. Sejak dari malam pertama kami tinggal sebilik lagi aku sudah menegur amalannya itu berdasarkan cerita tentang cikguku itu. Tapi sehingga hari terakhir kursus dia masih meneruskan amalan mandi malamnya itu. Sudah terbiasa katanya. Aku faham. Sesuatu perkara yang rutin memang tidak mudah untuk kita tinggalkannya dalam waktu yang singkat dan tiba-tiba. Lebih-lebih lagi dengan fakta berdasarkan cerita yang tiada support dari sumber perubatan yang khusus tentang penyakit seperti itu.

Pagi tadi aku berjumpa dengannya. Dia berjalan perlahan dan nampak sedang menahan sakit. Aku tanya mengapa dia begitu? Katanya dia baru menjalani pembedahan untuk slip disc. Ya Allah, kesiannya. Umurnya kalau tidak silap aku baru 30 tahun. Tidak dengar pula cerita dia terjatuh atau sebagainya hingga membuatkan dia tercedera. Mungkin ada sebab lain agaknya.

Adakah puncanya sebab mandi malam seperti yang dialami oleh cikguku juga? Itu apa yang ada dalam fikiranku waktu itu. Dan aku tak tahu jawapan sebenarnya. Perlu lebih banyak research lagi pastinya. Dia juga mengatakan padaku bukan itu puncanya. Iyelah dia yang mengalaminya. Pastilah dia lebih tahu tentang penyakitnya. Mungkin tiada kena mengena langsung dengan mandi malam itu.

Maka aku pun google akibat dan kesan mandi malam. Tidak pula aku jumpa tentang risiko sakit tulang seperti yang dialami oleh cikguku itu. Yang aku jumpa kebanyakkannya adalah risiko paru-paru berair. Jadi aku tak berani nak cakap lebih-lebih. Tapi aku nak juga sampaikan pesanan yang aku dapat sejak 20 tahun yang lalu dari cikgu di sekolahku iaitu JANGAN MANDI MALAM.

Kalau korang ada info lain tentang kesan dan akibat mandi malam ni sudi-sudikanlah berkongsi dengan aku yer. Mana tahu ada manfaatnya untuk orang lain juga.

Bathtub en.google... rumah aku takde bathtub.

Am I beautiful???

Wah.. am I??? Off courselah saya akan kata saya cantik. Tak bersyukurlah namanya kalau kita sendiri kata diri kita ni tak cantik. Betul tak?? Cantik itu kan sesuatu yang subjektif. Jadi kalau orang lain kata sebaliknya, itu hak masing-masing. Yang penting apa pandangan kita sendiri.

Cerita pasal cantik tu sebenarnya cuma selingan saja. Sebenarnya saya nak cerita pasal Beautiful Blogger Award dari yang diberikan oleh Pn. Ros yang cantik manis berlesung pipit dalam tu. (Pujian ni ikhlas tau Ros..)


Seperti biasa bila dapat award kenalah jawab soalan yang diberikan dulu.

1. Thanks the person who gave you this award & link them (kiranya kena buat satu ucapan untuk insan baik hati yang give this award la kan?).
Terima kasih Pn. Ros sebab sudi bagi award tu pada akak. Seronok dapat teman blogger macam Ros. Harap-harap kita akan terus saling kunjung mengunjung dan komen mengomen sesama kita yer.

2) Spread the award to 15 bloggers who you like & you think their blogs are awesome!
Kalau nak diikutkan ada lebih dari 15 blogger yang saya suka dan saya rasa blog mereka sangat menarik.. jadi saya pilih randomly saja yer antara yang banyak-banyak itu. Sudi-sudikanlah yer.


3) Tell 7 hell things about yourself ?
1. Selalu berangin bila tengok rumah bersepah.
2. Kalau ada benda yang tak berkenan di hati mudah benar buat muka.
3. Cepat mengalah walaupun semangat berkobar-kobar.
4. Mudah berpuas hati sedangkan target masih jauh lagi.
5. Takut kucing walaupun tahu kucing itu takkan makan kita.
6. Ada parut jahit bawah dagu akibat terjatuh sebab takutkan katak...
7. Penakut tak hengat.

--FIN--

Sunday, November 7, 2010

Nak beli apa yer..???

Aku baru balik dari kedai beli barang runcit. Selalunya pergi dengan mak. Tapi sebab hari ni kaki mak sakit so aku pergi sorang. Sebab mak tak pergi sama maka banyaklah juga barang-barang yang minta dibelikan. Sambil mengambil pesanan aku teringat pula pesanan-pesanan yang biasa keluar dari mulut mak. Biasanya dengan mudah juga aku memahaminya tanpa bertanya apa-apa. Sebab ada juga sesetengahnya aku turut menyebutnya begitu. Dah terbiasa dan dah terikut-ikut. Sudah sedap dimulut agaknya. Jenama barang yang popular dah jadi nama khas untuk sesetengah produk walaupun bukan produk jenama itu yang mahu kita beli.

- Ridsect yang Shieldtox
- Colgate yang Sensodyne
- Sabun Fab yang Dobi
- Kotex yang Stay Free
- Listerine yang Colgate
- Anlene yang Omega
- Dutch lady yang HL
- Cadbury yang Van Houtan

Ha..ha.. aku dan mak aku selalu menyebutnya begitu. Korang pulak bagaimana yer? Sama macam aku jugak ker?

Friday, November 5, 2010

Gerak hati ini..

Aku bukanlah seorang yang punya gerak hati yang kuat. Tapi dengan dia, gerak hati aku selalu betul dan begitu kuat.. Siapa dia ni dalam hidup aku???

Aku mula mengenali dia sejak umurku 10 tahun. Melalui kenakalan zaman remaja bersama. Kami bersahabat baik sehingga ke hari ini. Walau jarang berjumpa, walau sesekali berhubungan namun hubungan kami tetap rapat. Masih erat dan gerak hatiku dengan dia memang masih kuat dan selalunya tepat. Sudah takdirNya..

Pernah suatu hari aku bermimpi dia menangis teresak-esak bagaikan sedang dalam kesedihan yang amat sangat. Esoknya aku terus menghubungi dia. Bertanya tentang keadaanya. Ternyata memang dia sedang dalam kesukaran menghadapi konflik kehidupannya. Aku tumpang sedih dan simpati. Sebagai kawan aku menyokong apa saja keputusannya kerana aku pasti dia lebih tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Dan aku selalu doakan yang terbaik untuknya.

Seminggu lepas hampir setiap hari aku teringat padanya. Entah mengapa aku terasa yang dia sudah jauh dariku. Untuk kepastian aku cuba menghubunginya. Hampir tiap hari juga sepanjang minggu itu. Namun dari nada taliannya aku dapat agak yang taliannya sedang berada di luar negara. Menurutku mungkin dia sedang bercuti. Ini kerana memang selalu dia bercuti ke luar negara. Sudah kebiasaannya. Maka aku tangguhkan dulu panggilan seterusnya.

Ma, ada sms untuk u... tidurku dikejutkan oleh en.asben. Ada message dari nombor panjang yang tentu sekali tidak aku kenali. Tanpa mengenalkan diri, aku tahu message itu dari dia. Dia yang memang sudah jauh dariku. Dia yang sudah berada di negara orang pada saat ini untuk tempoh yang mungkin agak lama. Dalam gembira ada sedihnya disebalik itu.

Doaku, semoga kau temui bahagiamu di sana. Pintaku, carilah aku andai kau pulang ke Malaysia nanti. Harapanku, moga persahabatan kita kekal abadi... Aku rindu kau juga sahabatku..


Thursday, November 4, 2010

Bila anak demam...

Bila badan sakit-sakit, bila malam tak cukup tidur, bila tidur tak boleh nak lena, bila perasaan jadi risau, bila tengok jadi sedih, bila 6 jam sekali tengok jam... itu tandanya anak tengah demam. Sekarang ni si bongsu Az tengah demam. On and off sejak sabtu lepas. Petang semalam suhu dia naik lagi. Melepek aje kat sofa masa aku balik kerja. Muka lesu. Kesian. So mama & ayah pun bawa lagi ke klinik untuk kali yang kedua untuk follow-up and check up.

Soalan pertama dari doktor ialah berapa liter dia minum dalam sehari waktu dia demam ni. Adakah sampai 1liter? Aku cakap iye kalau campur susu botol yang dia minum. Doktor kata no, no, susu tak boleh kira. Dia nak tahu air yang diminum saja. Tak kiralah air kosong ke, ribena ke, sarsi ke. So aku cakap kalau setakat air tu memang sikit sangatlah yang dia minum. 250 ml pun rasanya tak sampai.

Menurut doktor tu bila anak demam, kita kena pastikan anak kita minum air dengan jumlah yang banyak. Kalau boleh 1 liter air setiap hari. Katanya ubat tak boleh menghilangkan demam. Ubat cuma boleh menurunkan suhu pada waktu itu dan beberapa jam selepas itu saja. Katanya parent selalu depend on ubat bila anak demam. Sebab itu bila anak demam, agak lambat untuk demam tu surut. Sebenarnya peranan air lagi penting.

Bila tidak cukup air, tubuh anak yang demam itu terhidrat. Jadi suhu badannya akan naik. Parent pun pergilah lagi jumpa doktor and sibuk dok claim kata ubat yang diberi tidak elok. Kalau jumpa doktor lain pula doktor lain tu akan blame doktor sebelumnya. Advise pula untuk tambah antibiotik yang lebih tinggi dosnya tanpa sedikit pun memaklumkan pada kita tentang pentingnya pengambilan air yang banyak pada waktu anak kita demam.

Bila tak sembuh juga kita bawa anak kita pergi jumpa pakar pula. Pakar akan admit anak kita. Stay satu dua hari kat hospital. Bagi drip dua tiga bag air barulah anak kita kebah dari demam. Kita pun akan bagi pujian pada doktor pakar tu tanpa sedar yang air yang di masukkan ke dalam tubuh anak kita itulah penyembuh sebenarnya.

Bagus juga consultation yang doktor tu bagi pada kami. Thanks Doktor. Daripada biar tangan anak sakit, bengkak biru nak cucuk jarum untuk masukkan air, lebih baik kita usaha sikit pujuk anak kita untuk minum lebih banyak air. Balik dari klinik semalam singgah kedai beli air yang dia berkenan. (bukan milo yer.. 100 plus or air buah-buahan seeloknya) Beli dua tiga botol. Malam tadi pujuk + paksa dia minum.

Pagi ni nampak macam dah reda sikit. Umpan dengan buku upin & ipin minta dia minum air lebih sikit hari ni. Mudah-mudahan dengan izin Allah, malam ni biarlah sembuh sepenuhnya demamnya itu. Kami dah usaha dengan cara minum air yang banyak tu. Ubat pun bagi juga. Doaku biarlah anak aku segera sembuh. Jauhkanlah anak aku dari sebarang penyakit dan wabak. Aminn..

Wednesday, November 3, 2010

Tag oh tag..

Sejak seminggu lepas banyak betul aku kena tag. Untuk contest and GA pun ada juga. Jadinya mana yang sempat tu aku buatlah. Mana yang tak buat tu aku minta maaf yer. Bukan tak sudi tapi tak sempatlah. Jangan ambil hati yer. TQVM sebab sudi tag and invite aku. Lain kali kalau aku free, aku join yek.. But no promises (ceh..ceh..macam tajuk lagu shayne ward tu..)


Tag ni dari Eyka Elisha. Syaratnya macam kat bawah ni. (Mak aiii 25. Byk tu.. I cuba ye)

MENCARI IDENTITI BLOGGER
Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. If I tag you, its because I want to know more about you :D

1. suka senyum.. 2. takut kucing.. 3. bukan kidal.. 4. lahir bulan mac.. 5. zodiak aries.. 6. anak sulung.. 7. suka baca novel.. 8. suka kasut wedges.. 9. lahir kat JB.. 10. suka tengok awan.. 11. tak simpan kuku panjang 12. penyedih.. 13. mudah simpati.. 14. tak kurus.. 15. taklah gemuk juga.. (fakta kurus gemuk tu berdasarkan BMI yer.. bukan dari pandangan aku sendiri).. 16. tak tinggi.. 17. rendah pun tidak.. 18. family person.. 19. suka bercerita.. 20. minat menulis.. 21. suka shawl.. 22. boleh masak tapi tak pandai sangat.. 23. baju family iron sendiri.. kalau malas sangat baru hantar dobi.. 24. suka filem romantik.. 25. setia.. Fuhh dah cukup 25 perkara pasal aku..

Bab yang paling sukar.. nak kena tag 25 orang yang lain.. wah banyak tu.. Kalau tak tag boleh tag.. Bukan apa sebab kalau suka-suka tag takut ada orang yang tak suka. Kalau aku OK aje. So pada siapa yang berminat nak teruskan tag ini sudi-sudikanlah yer.

Tuesday, November 2, 2010

Lovingnya Seniman P.Ramlee tu...

Aku : Yang, kaki i terpercik minyak panas sikit masa goreng pisang tadi.

En.asben : Ye ke ma, takpelah, lepas ni u tak payah masak lagi yer. U duduk aje pakai lawa-lawa and ambil masa u untuk bernafas saja. Nanti i call Fid untuk masak untuk kita.

**FYI, Fid tu adik aku.


Korang tengok tak dokumentari P.Ramlee kat History Channel malam ahad lepas.

Seniwati Mariani : P.Ramlee tu dia suka kalau Saloma duduk cantik-cantik buat kerja yang senang-senang macam mengait atau buat beading saja. Untuk kerja-kerja yang susah-susah tu dia akan panggil orang lain buatkan. Contohnya kalau dia teringin nak makan apa-apa dia akan panggil saya untuk masakkan untuk dia... (lebih kurang macam tu lah bunyi dialognya..)

Itu cerita dari mulut iparnya sendiri. Lovingnya P.Ramlee tu kan. Dia mahu isterinya sentiasa cantik tanpa perlu buat kerja. Kalau nak masak dia akan suruh iparnya datang rumah tolong masakkan. Kalau sesiapa ada tengok dokumentari P.Ramlee di History channel malam ahad lepas tentu tahu pasal ni. Punyalah romantik dan sayangnya seniman itu pada isterinya. Sukanya.. Para suami kat luar sana tu boleh tiru ni. En.asben I tengah dalam percubaan tu..

Ha..ha.. Takdelah dialog di atas tu hanya gurauan kami di pagi hari. Aku masih lagi buat kerja rumah macam biasa. Tapi perlukah aku komplen bila dalam sibuk dengan urusan rumahtangga aku masih punya masa untuk berblogging dengan keizinan en.asben? Rasanya tak perlukan.

Award yang cantik dari Lulu..


Wah.. suka..suka.. dapat award lagi dari Lulu. Ini merupakan award yang ke-empat dari Blog Lulu Caldina ni. Tapi kali ini lagi excited sebab award ini memang pure dari Lulu sendiri. Cantik award dari Lulu ni kan. Colourful flowers lagi. Cantik, manis, ayu macam orangnya juga.

Syarat-syaratnya untuk menerima award ni pula adalah seperti berikut :

1. Blog Lulu Caldina di mata kalian. (belum tengok sila BW... Kliklah link Lulu tu yer)
Di mata saya blog Lulu ni memang padat dengan berita terkini. Kiranya kalau tak baca paper or tak tengok berita pun kita akan dapat latest news dari blog Lulu ni. Itu yang saya suka sangat. Rajin betul Lulu update blog dia. Satu hari entah berapa news yang dia cover. Memang terbaiklah.

2. Nama blog anda dan kenapa letak nama itu?
Nama blog saya HanisAzla@Blog. Itu gabungan nama insan-insan kesayangan dalam hidup saya. Sebab itu saya letak nama itu yang mengambarkan diri saya keseluruhannya.

3. Nama url anda dan dari mana datangnya idea itu?
Url saya http://hanisazla.blogspot.com/ . Pasal idea tu sama seperti jawapan di atas tadi..

4. Apakah method dalam penulisan blog anda?
Methodnya adalah tentang diri saya, pendapat saya, pandangan saya dan segala yang berkaitan dengan diri dan dunia saya serta apa yang menarik minat saya untuk bercerita.

5. Apa perasaan anda bila tengok blog orang lain cantik dan kreatif sedangkan blog anda tidak (kadang-kadang tu blok sendiri cantik tapi rendah diri)..
Saya suka dan kagum bila tengok blog orang lain yang cantik dan kreatif. Tapi dalam masa yang sama saya sukakan blog saya yang serba sederhana mengikut cara dan kemahuan saya tanpa perlu mengikut orang lain. Sebab apa yang penting kepuasan diri sendiri.

6. Bila blog anda ditubuhkan?
Blog saya ditubuhkan pada 25 June 2010... Orang baru dalam dunia blogging ni..

7. Siapa orang pertama yang tahu dan menjadi follower blog anda?
En. asben orang pertama yang tahu. Anak-anak saya pula follower pertama saya..

8. Sila tag 5 orang dan forward sekali syarat di atas.
Ok saya akan tag 5 kenalan baru yang sudi follow blog saya sebagai salam perkenalan untuk menerima award ini. Diharapkan anda-anda semua sudi menerima award ini.

Monday, November 1, 2010

Tuisyen dan ceritanya..

Tak senang rupanya untuk mendaftar masuk ke pusat-pusat tuisyen sekarang ini. Sangkaku bila-bila masa saja kita boleh daftarkan anak kita untuk mengikuti kelas tambahan di mana-mana pusat tuisyen yang kita suka. Rupanya tak semudah itu. Lebih menyukarkan keadaan bila kita mahu daftarkah di pusat tuisyen yang sudah ada nama dengan rekod yang baik. Mendaftar pula untuk tahun-tahun tertentu saja. Maklumlah jumlah tempat terhad untuk satu-satu kelas. Pelajar yang sedia ada dari tahun sebelum juga sudah pasti menjadi keutamaan mereka. Prestasi pelajar juga mahu diambil kira bagi menjaga reputasi sedia ada. Kiranya kuantiti dan kualiti memang terjaga di sesetengah pusat tuisyen ni. Bukan berdasarkan keuntungan semata.
Tahun depan anak sulungku Han akan mengambil peperiksaan UPSR. Jadinya aku mula memikirkan keperluan untuknya mengikuti kelas tambahan pada tahun hadapan. Sebenarnya sejak dua tahun lepas aku ingin anakku mengikuti kelas tuisyen. Tapi en.asben tidak bersetuju dengan alasan dia tidak mahu jadual anaknya terlalu padat dengan berbagai kelas. Tapi rasanya untuk tahun hadapan mahu tak mahu kami terpaksa juga menghantar Han ke kelas tambahan sebagai persediaan dia menghadapai peperiksaan besar pertama untuknya (kalau peperiksaan itu tidak dimansuhkanlah).

Mujur seorang sahabatku memaklumkan tentang perkara itu lebih awal. Makanya awal-awal jugalah aku memulakan langkah untuk mendaftar anak aku. Tiga minggu lepas aku sudah menghubungi pemilik pusat tuisyen. Pada mulanya nampak berat untuk dia menerima permohonanku atas sebab-sebab seperti yang aku nyatakan di atas tadi. Menurutnya juga, ramai ibubapa yang menghantar anak mereka khususnya yang di dalam tahun 6 ke pusat tuisyen itu dengan harapan anak mereka mendapat peningkatan yang mendadak sedangkan ada diantara anak-anak mereka yang langsung tidak dapat menguasai pelajaran mereka sebelum ini. (Sempat jugalah aku mendengar luahan hatinya).Tentulah susah bagi pihak tuisyen untuk melaksanakannya. Walaupun tidak mustahil tetapi tentulah tidak senang untuk jadikan seorang pelajar itu from zero to hero.
Disebabkan perkara itu, sekarang ini untuk kemasukan pelajar tahun 6, pihak pusat tuisyen itu hanya mengambil pelajar yang mempunyai markah ujian 60% ke atas saja. Kiranya yang terlalu lemah tu memang mereka tidak akan mengambilnya. Mujur prestasi Han melepasi had itu. Kalau tidak terpaksalah aku jadi guru tuisyennya untuk tahun depan. Bukanlah tiada pusat tuisyen lain. Tapi kalau boleh biarlah pusat tuisyen yang kita hantar tu berbaloi untuk anak kita meningkatkan pencapaian pelajaran mereka iye tak. So malam ni aku dengan en.asben akan pergi mendaftar tempat untuk Han mengikuti kelas tuisyen tahun hadapan yang akan dibuka pendaftarannya bermula malam ini. Bersunguh betul kan...