Nuffnang

Monday, September 19, 2011

Sungguh emosi ada jiran macam ni..

Bila ada tetamu pastinya banyak kereta yang terpakir di depan rumah. Waktu tetamu sibuk-sibuk nak balik, dia pun sibuk-sibuk nak keluar. Tak kisahlah kan. Dia pun ada urusan juga. Kalau betullah ada kecemasan, takkanlah berat sangat mulut tu nak cakap secara baik minta diberi laluan dulu. Bukannya jiran sebelah ni perangai macam awak juga yang langsung tak consider orang lain. Tapi tidak. Dengan selambanya reverse jugak keretanya untuk keluar juga waktu tu. Lepas tu hadang jalan sebab dia nak tutup pintu pagar rumahnya dulu. Okey fine. Depan rumah dia suka hati dialah dia nak buat apa. Yang itu memang semua orang tak masuk campur.

Bila dia dah hadang jalan macam tu, orang lain nak lalu pun tak boleh. Kalau boleh memang semua orang nak bagi laluan padanya dahulu. Namun lorong sempit sesempit fikirannya yang tak peduli hal orang lain membuatkan laluan untuknya pun tidak dapat di beri. Orang sedang susah payah nak keluar dari parking pun jadi tambah payah sebab tak boleh nak gerak. Sudahnya semua orang jadi tersekat. Dia yang di dalam kereta sudah buat muka tak puas hati. Tanpa langsung menyedari yang dia juga menyumbangkan masalah di situ. 

Bila laluan pulih seperti biasa setelah seketika waktu berlalu, boleh pula dia menekan minyak di depan kami yang masih lagi berada di depan rumah. Tentunya nak tunjuk rasa tak puas hati. Kalau sekadar di depan aku dan en.asben takpelah juga. Ini di depan mertuaku juga. Mertuaku yang juga jirannya yang selama ini melayannya dengan begitu baik sekali. Jiran yang selalu ambil berat tentang dia dan keluarganya. Jiran yang turut susah payah kalau suaminya sakit. Jiran yang tak pernah nak balas balik walaupun hati mereka selalu saja disakiti.

Memang dia selalu moody begitu. Tapi mertuaku tetap juga melayannya dengan  begitu baik. Orang tua kan. Mana pandai nak gaduh-gaduh. Sebab kata mertuaku, memang begitu perangainya. Memang kalau ada buat makan-makan atau majlis jiran yang ini susah benar nak nampak muka. Katanya segan. Kalau aku ada perangai macam tu, aku pun segan (okey, aku memang sedang emo). Kalau nak bertegur sapa ikut mood dia saja. Takpelah. Semua orang ada mood masing-masing. Kalau datang baik tu memang baik bebenar. Tapi kalau nak sentap tu, memang sentap bebenarlah juga. 

Aku yang tengok sikap dan perangainya jadi sakit hati sangat. Kalau sesekali takpe juga, Bila dah selalu memang boleh jadi sakit jiwa juga dibuatnya. Pada aku orang sebegitu sungguh kurang ajar. Tak padan langsung dengan profesionnya sebagai guru. Tak tahu kenapa, aku bukan orang yang suka-suka nak cakap yang buruk-buruk tentang orang lain. Kalau boleh simpan memang aku simpan. Tapi kisah yang ini aku tak boleh nak pendam. Rasa tak puas hati bila dia kurang ajar dengan mertuaku.

Sungguh, aku betul-betul rasa tak puas hati semalam. Tambah-tambah bila ianya berlaku di depan mata. Kalau sekadar mendengar di telinga memang aku jarang ambil port. Aku nak bercerita di sini agar ianya diambil iktibar oleh orang lain. Kalau anda rasa jiran itu watak yang tak penting dalam hidup anda. Saya cuba nak betulkan yang pandangan anda itu salah. Watak yang tak penting itu juga punya hati dan perasaan. Watak tak penting itu juga mungkin orang pertama yang akan menolong anda suatu masa dan ketika nanti. 

57 comments:

NM02 said...

cikgu?

ish ish ish....

Aku Ibu Muda said...

kalo citer pasal jiran ni...44 hari pon tak habis....jiran2 wani lg byk yg sengal.

*review TFT akan menyusul....mmg terbaik!

Kayun Asza said...

boleh rasa ketidakpuasan hati akak sekarang. mesti si jiran tu dah melampau sgt sbb selalunya akak akan cool. ni akak bunyi mcm betul2 marah ni. semoga satu hri nnti dia sedar balik apa yg dia buat tu menyakiti orang. nnti dia akan malu balik. huhu

missbby said...

ada jugaklah jiran yang perangai cam gitu walaupun tak kritikal kan..Tapi sabar jelah..

:: Mrs.Eady :: said...

mmg sgt sakit hati dgn org mcm nie...hurm..sabar?ye sabar tapi ade had nyer...

.: iEyLa :. said...

dapat jiran yg xbertimbang rase camni mau je rasenye g simbah minyak kat umah die...
tapi tu lah..kite ni masih waras kan sis.. ;)

~Nana 귀여운~ said...

nyampah tau dakk kalau dapat jiran mcm 2....hishhh..

fazrulnoor said...

mgada jugak dia ek

whitecappuccino said...

jiran akak pun sama perangai..malas nak kisah dah.

Fitri Senin said...

jiran ni MELAYU ye kak..???

Maya Mayana said...

emmm...mcm2..sakit hati juga membacanya,kdg2 kedewasaan tu tk mengira jawatan kan?

munna said...

alhamdulillah....setakat ni jiran2 munna ok aje..tak tahulah akan dtg...

saniah said...

hanis..orang gini selalunya dalaman dia kurang happy..tu la agaknya tak ikhlas dlm hidup..emm..sekadar pandangan

♥MAMASYAZA♥ said...

yup betul, sesama jiran kita kena berbaik. jiran akak pun ada gak. lalu depan umah kita, kot le nak senyum, kita bukan soh dia menyembah kita. senyum le ckit, tak rugi pun. time laki or anak masuk hospital, sakit, pandai lak malam2 buta cari umah kita mintak tolong.

-Sara- said...

ragam jiran ni mmg mcm2 kan kak hanis..klo kene yg sombong tu lg menyakitkan hati..

Sz said...

sama2 kita doakan moga dibukakn pintu hatinya ke arah kebaikan...

HappyIrfa said...

mmg sakit ati la dapat jiran camni.saya pun tgh sakit hati dgn karenah anak2 jiran setaman.malas nak citer la..lagiiiiii sakit ati

sisdee said...

jiran mmg mcm2 perangai..ada yg emo camtu gak kat sini tapi bila kita berbahasa angkat tangan dia gak yg termalu sndiri..

selalunya i buat2 bodo jek ngan org camni...mmg perangai manusia mcm2..

Ummiross said...

tension jugak nak menghadapi jiran macam tu setiap hari kan Hanis...

Citarasa Rinduan said...

memang akan tertekan ada jiran seperti itu..
alahai

Amy Syaquena said...

sabarrr ye sis , memang sakit hati sangat dengan orang macam nie...

Ati Masrif said...

masalah dgn jiran ni rasanya
ramai yg punya masalah dan
begitu juga kita nih dan
faham sangat bila jadi macam ni
hanis...luahkan jadi lega sikitkan

Suara Kalbu said...

Cikgu pun perangai macam tu ? Adoilaaaaaa....macam mana nak beri teladan yang baik pada masyarakat

Eye_nee said...

1001 mcm perangai manusia ni sis..profesion dia tidak melambangkan keperibadian dia...dia sebenarnya menjatuhkan air muka dia sendiri...memalukan diri sendiri di khalayak...semoga Allah berikan dia petunjuk agar menghormati sesama jiran...kerana Jiran ini adalah saudara yg paling hampir dgn kita...

ieja amieja said...

alhamdulillah jiran2 kat tmn sy ni majoritinyer baik2 belaka..x kira bangsa pun,sumenyer bertimbang rasa..klu cikgu pun peel cam tuh cam mana nak tunjuk teladan..sabar je lah ..

diana said...

belagak la tu...
dia susah nanti jangan tolong.
biarkan je..

Kakzakie said...

Kalaulah murid dia tahu perangai cikgu dia macam ini mesti malu kan... tak patut betul. Lebih malu sebangsa pulak tu kan....

aien said...

Aduhai jiran menyayat hati sungguh la mcm ini

nurkaloi said...

susah lau dapat jiran yang byk pening nie hehehe
sabar jer la yob hehehe
kaloi punn pernah alamai perkara yg same eghhhh

mamalieyna said...

sambil baca smbil membayangkan... mmg boleh buat kita rasa sakit hati ni..kalau org luar tu cerita lain la kan..ini jiran sebelah rumah..alahai..hrp2 ramai la buat pedoman, jgn ambil mudah soal2 mcm ni..

mamalieyna said...

sambil baca smbil membayangkan... mmg boleh buat kita rasa sakit hati ni..kalau org luar tu cerita lain la kan..ini jiran sebelah rumah..alahai..hrp2 ramai la buat pedoman, jgn ambil mudah soal2 mcm ni..

Pala Maldini said...

sabar... mungkin beliau ada kecemasan yang memerlukan beliau pergi dengan segera...

berbaik sangka lah...

kalau susah2, jiran lah yang terdekat untuk minta bantuan...

rapatkan silaturahim dengan selalu berkunjung dan bertegur sapa... biar orang tak tegur, kita mula kan... apa salah nya...

jangan lah kita pun ikut ego sama...

ewah! berceramah pulak aku...

Hanis Azla said...

pala maldini : thanks so much.. yup, mmg kena selalu bersangka baik. Agree, mmg klu susah insyaAllah dia org pertama yg akan tolong.. rapatkan silaturahim, Alhamdulillah, walaupun dia begitu, kami tetap terus berbaik wp she always refuse it .. jangan ego, my in law mmg tolak tepi ego mereka dgn jiran yg satu ini, Tp bila selalu sgt berulang, ulang dan berulang, ulang saya yg melihat rasa sgt tak puas hati.. sbb the way she treat my in law as a neighbour mmg sgt tak patut.. at least hormatlah org yg lebih tua..

qemaishak said...

Macam2 peel manusia ni kak..moga dia sedar satu hari nanti betapa pentingnya ada jiran yang baik & amik berat.

Alhamdulillah dapat jiran yang baik, kalau laluan menghalang siap ketuk pintu bagi salam bagitau elok2.

Dinas Aldi said...

Hiyer, cikgu hapa la macam tu, menjatuhkan martabat profesion perguruan saja. Akak pun malu bila baca. Tapi memang ada cikgu gitu, bukan saja dengan orang lain, sesama cikgu pun dia nak tunjuk eksen. Hapa yg dia nak eksen sangat pun tak tau la. Bila susah, mintak tolong kita jugak. Hampeh la eh.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam sis HA..sakit hati tu mmg sangat mendalam kan?profesion guru?jgn kita ungkit psl tu.sbb klu kita ckp mmg org akan kata bkn semua, ye mmg bkn semua.tp saya pun hadapi kes camni gak .cuma cara dan kisah je lain.tp mmg dia juga guru dan sangat teruk perangainya sebagai jiran.sangat sakit jiwa kak berjiran ngan orang camtu.

So Shy Lady said...

t. sportingnya diaaaa. hanis, klau akak, lps ni mmng akak anggap t.wujud dh org sbgitu dlm hdup akak.....wlaupun lps ni dia thegeh2 nk baik ngan kita blik. biar dia rasa

Latifah said...

sabar banyak-banyak kak. manusia memang begitu~~~ huhuhu...
kalau Latifah la, dah tentu-tentu buat tunjuk perasaan kat jiran sebelah tu...
*teringat masa duduk kat sek 24 dulu... huhuuhuh

bunga said...

manusia ni sis berbagai kereneh yang kadang2 kita xdapat terima..

tapi bagus mertua sis..penyabar..

h4ni3 said...

dia jeles sbb takde orang beraya kat rumah dia kot? hehe

sabar lah kak.. btw, jiran kiri ker, jiran kanan tu? ;)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

jiran sy alhamdulillah semuanya ok tp jiran mak sy hish sy x tahu nk kata apa..sy malas nk citer tp mmg sy x penah jumpa manusia sikit punya teruk kat dunia ni..

MulutPayau said...

adoiiiii...sakit jiwa jugak punya jiran mcm ni....sabar jer lah ....

Hanis MY said...

pengsan dpt jiran mcm ni... mertua akak tu penyabar orangnya... ssh la kalau dia fikir cara dia aje yg betul mga2 dpt hidayah utk berubah huhu...

kueh bakar said...

tak payah buat baik dengan dia.ignore jer.kalo bleh tekan minyk depan umah, dia tekan jer.ada org memang kena ajar berbudi bahasa.

dia cikgu kpli tu.haha.

kalo kl..jiran = stranger yg kenal muka.kihkih

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Kalau BSB buat tak wujud jer pd jiran macam tue.

eB ezrin said...

mmg angen kalo dpt jiran yg hampeh. hu3

sahromnasrudin said...

jiran ohh..jiran..

mcm2 karenahnya kan huhuhhh

KELI OH KELI said...

agama mengajar kita untuk berbaik baik dengan jiran...kalau ada kecemasan ,jiran insan yg pertama ada dekat dgn kita...nk panggil saudara mara jauh la...semoga kita sentiasa dikelilingi jiran2 yg baik pekertinya...

suka saya membaca coretan ttg org tua mana reti bergaduh...iyalah....org tua ni kebanyakan akhlak mereka mulia...x suka gaduh2...semoga kita semua dapat mencontohi mereka...ayuh dunia...mari kita berdamai!

Papa Mifz said...

susah kan kalo dapek jiran yg xtau nak sensitip bab2 mcm nih...

exora said...

dapat jiran sebegini...memendam rasa la kite...

Myra Jay said...

Jiran memang banyak perangai yang macam2, ada yg ok dan ada yang tak ok..

L said...

banyak manusia banyak ragamnyaaa... biasa la tuh.. huhu

dah sembahyang belom??
http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/6-jahanam-1.html

Kamsiah said...

salam
saya ada jugak jiran,betul2 sblh umah...dah bertahun tak bertegur sapa dek kerana saya pernah menegurnya memasang lagu dgn kuat hingga bergegar rumah saya ni...
jiran mcm tu...buat tak wujud ja dlm hidup kita hehe..

Mama Gee said...

dlm dunia ni ada mcm2 perangai manusia...

g ni lg lah..tak pernah bersua muka dgn jiran depan umah ni...dia masuk g keluar..g keluar dia masuk... langsung tak tau siapakah gerangannyaa...

Aida said...

kak hanis, kurang sopan lah jiran tu .. cuba nanti kalau dia buat majlis, pastu tamu dia park kat rumah org .. dan ada plak jiran yg bengang dgn dia balas balik .. padannnnn muka .. susah kalau ada jiran mcm ni ..

Liza @ Adzriel AB said...

jiran yg kiri atau kanan tu hanis...amboi! kalau sakit pening, jiran jugak yg datang tolong dulu. bukannya aduk beradik.

akuzle said...

sy pon ada gaks jiran2 yg sengal. biasanyer india n melayu. cina ok lg takat neh. org zaman moden mmg pe'el mcm tuh kots? adoyai...