Nuffnang

Thursday, March 31, 2011

"ENTRY INILAH YANG PALING AKU SUKA"


Aku ni jarang-jarang dapat join contest. Tag pun selalu kecundang nak siapkan. Bukannya tak sudi. Tapi tak sempat. Sekarang ni pula kat ofis tak boleh nak create entry. Entah kenapa lambat benar nak loading new post. Kadang tu dari pagi sampai ke petang tak boleh juga. Itu yang semangat terus merundum tu. Okey-okey kita stop dulu pasal alasan aku. Kita cerita pasal segmen pula.

Segmen ni adalah segmen kedua anjuran Kak Liza@Adzriel AB. Yang pertama hari tu tak sempat nak join. Jadinya untuk segmen kali ni memang bersungguh aku nak join demi untuk support kawan-kawan. Seperti tajuknya, aku perlu memilih satu entry yang paling aku suka dari blog kesayangan aku ni. Dan entry pilihan aku ialah Itulah Sayang.

Tarikh tutup untuk segmen ini ialah pada 1 April 2011 jam 9 pagi (which is esok). So kalau ada yang berminat untuk join bolehlah ke link ini.

*Alhamdulillah.. dapat juga join (sambil senyum hingga ke pipi)..

Wednesday, March 30, 2011

Cemburulah pulak..

Kata orang cemburu itu tandanya sayang. Harap-harap begitulah. Ini kerana anak-anak aku kuat benar cemburunya sesama mereka. (Aku dan adik-adik aku pun macam tu juga kecik-kecik dulu.. he..he..) Pantang ada yang lebih mesti ada yang tidak senang hati. Pantang ada yang tak disuruh mesti ada saja yang puas hati. Contohnya macam situasi ini.

Me : Alah, tak cantiklah Az pakai macam tu.. (Sajalah aku nak mengacau)
Az : Abang ma??? (Dia langsung tak kisah tentang dia. Tapi dia risau kot-kot aku puji abangnya)

Me : Abang, nanti abang tolong mama masukkan kain dalam mesin. (Biasalah, aku kan emak, mestilah bagi arahan.. he..he..)
Is : Ok, Han kena buat kerja apa pulak ma??? (Dia tak membantah, tapi dia risau kot-kot dia sorang kena buat kerja).

Me : Kenapa lukis tak cantik? (Emak-emak kan suka perfect dan cantik-cantik).
Han : Lukisan Is cantik ke ma??? (Dia tak kisah kalau lukisan dia tak cantik, tapi lukisan Is tak boleh lebih cantik)

Selalu benar ada situasi macam ni. Kadang tu aku rasa lawak juga. Ada masanya aku rasa risau juga. Takut-takut lekat sampai dewasa. Tapi harap-harap tidaklah. Sebab dalam sesetengah perkara tu masih lagi nampak mereka nak ambil berat sesama sendiri. Masih lagi bersatu hati. Macam aku dan adik beradik juga. Bila dah besar ni takde nak cemburu-cemburu lagi. Masa kecik-kecik aje emosi. He..he..

Curang itu cukuplah sekali...

Kesabaran ada batasnya. Sekali terkena memang pahitnya tak boleh lupa. Tapi memikirkan anak-anak yang sedang membesar, hati terus dikuatkan juga. Biarlah kecurangan itu membayangi kehidupan. Kasih sayang dan kebahagian yang sekian lama dibaja harus terus dipertahankan. Agar ianya terus subur mengikat dua hati yang pernah saling mencintai. Kemaafan diberi. Pastinya dengan doa dan harapan agar ianya tidak berulang lagi.

Namun bila ianya terus berulang, apa lagi yang mahu dipertahankan. Janji hanya tinggal janji. Mengekalkan kebahagiaan  bukan peranan sebelah pihak. Tapi peranan kedua belah pihak. Sekukuh mana pun tiang yang satu itu, tidak mungkin ianya akan terus bertahan tanpa satu lagi tiang yang turut menyokongnya. Anak-anak harus terus bahagia. Namun perasaan dan hati sendiri harus juga di ambil kira. 

Kemaafan boleh saja diberi. Namun untuk terus bersama, mungkin sudah tiada harapan lagi. Hati yang luka terus dilukai. Apa gunanya mengharapkan bahagia andai hati dan perasaan terus menderita. Kalau bahagia lain yang di cari, maka pergilah bersama bahagia itu...  

Semoga temanku terus tabah menghadapi hidupnya bersama 5 permata hati. Apa yang aku lihat, temanku lebih kuat berbanding dulu.

Tuesday, March 29, 2011

Moody di pagi hari..

Bila bangun pagi-pagi aku jarang moody. Pada aku pagi itu sangat indah untuk aku memasamkan muka. En.asben juga selalunya begitu. Kalau moody pun andai kelewatan sekali sekala. Anak-anak pula berubah-rubah mengikut moodnya. Kalau ada agenda taknak pergi sekolah tu memang selalu mood sentaplah pagi-pagi. Si kecikku yang dah besar tu pula selalunya sebelum tidur akan moody sikit. Tapi bila bangun dari tidur jarang benar dia moody. Walau agak susah untuk dia terus bangun, tapi bila kita kejut selalunya dia akan tersenyum. Dan senyumannya selalu membuatkan pagiku lebih ceria.  

Teringat masa zaman sekolah dulu. Aku dan adikku Fid selalu pergi sekolah bersama. Sejak dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Tapi adik aku ni jenis moody pagi-pagi. Selama bertahun tu, korang bayangkan. Memang takde interaksi pagi antara aku dan dia. Kalau keluar rumah menonong aje dia berjalan. Sepatah aku tanya sepatah dia jawab. Kadang tu langsung tak berjawab. Kadang tu kalau aku kelewatan, bila bas datang takdenya dia nak cakap dengan pakcik bas tu suruh tunggu. Apalagi, pecutlah aku berlari mengejar bas. Bila naik bas, selamba saja muka dia tanpa riak bersalah. Bagus betul adik aku melayan moodynya. He..he.. Itu cerita adik aku dulu-dulu. Sekarang ni aku nampak dia dah okey. Mungkin kedewasaan mematangkan fikiran.

Selain adik aku, rasanya ada juga orang yang masih selalu moody pagi-pagikan. Oleh itu kalau pagi-pagi ni, elakkanlah dari kita mencari pasal. Nak bergurau pun tunggulah nanti. Bukannya apa, elok-elok kita mood ceria, bila berdepan dengan orang yang moody tak hengat tu mahunya sampai petang kita pula yang mood sentap. Hiasi muka dengan senyuman. Kalau nak beri salam dan ucapan selamat pagi boleh saja. Cumanya kurangkan interaksi pagi. Jadinya moody orang di pagi hari tidaklah berjangkit kepada kita pula.

*Aku sangat suka pagi. Good morning sunshines.

Monday, March 28, 2011

Bila umur hanyalah angka..

Hadiah dari Han, Is & Az..

Semalam sempena harijadiku, aku dan en.asben keluar lunch berdua. Walaupun seronok makan berdua tetapi setiap kali menyuap makanan kepala kami tetap teringat anak-anak juga. Mulut kami tetap menyebut nama anak-anak juga. He..he.. keluar dating pun anak-anak tetap tak boleh lupa. Itulah hati dan perasaan seorang mama dan ayahkan. Anak-anak tetap paling utama di hatinya. 

Dik tumpang lalu sikit.. Tegur seorang pemuda kepada en.asben. En.asben masih terleka berborak denganku. Aku pula tersentak sambil memandang muka en.asben. Selepas pemuda itu sekali lagi menegur barulah en.asben berganjak dari kedudukannya sambil mengucapkan kata maaf. I ingat dia cakap dengan orang lain. Jelas en.asben. Serius aku pun menyangkakan yang sama. Iyelah, pemuda itu nampak muda lagi. Aku rasa umurnya tak lebih dari 30 tahun. Dan bila dia memanggil dik untuk en.asben yang nak masuk 40 tahun tu tentu saja kami jadi macam eh.. dia cakap dengan kami ke??? En.asben awet muda kot. Tapi memang selalunya orang tak sangka en.asben sudah ada anak tiga. Mungkin kerana wajahnya tak makan tua.

Entah kenapa sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, aku pula terjangkit sama. Sedangkan waktu aku berumur 18 tahun, ramai orang menyangkakan yang aku sudah berumur 20 tahun lebih. Bayangkan, kita baru lepas SPM orang ingat kita dah kerja. Sedih betul jadinya. Matang sangat agaknya muka aku waktu itu. Jadinya aku tak merasalah nak rasa muda sangat di zaman muda dulu. Bagi teman-teman lama ramai yang mengatakan aku masih maintain macam dulu-dulu. Sedangkan selepas ada anak tiga berat badanku melonjak naik juga. Mungkin bertubuh sederhana sejak dulu membuatkan aku nampak biasa walaupun aku tidak pernah nampak kurus.

Sekarang ini bila umur sudah mencecah 35 tahun, ramai pula yang macam tak percaya. Sedangkan aku rasa wajah aku seiring dengan usia. Maksud aku, tidaklah nampak tua. Dan nampak muda pun tidak juga. Tapi bila aku mengenali orang baru pastinya mereka tidak menduga usiaku sudah sebegitu. Bila pergi berkursus memang selalunya aku antara golongan yang tua. Dan bila aku mengelarkan diriku akak soalan pertama yang mereka tanya ialah tentang umurku. Ini kerana mereka menyangkakan aku ini sebaya dengan mereka. Aduhai. Akak dah tua dan sudah ada anak tigalah dik..

Tipulah kalau aku kata aku tak suka dengan sangkaan mereka. Tapi bila umur makin bertambah, rasa bangga itu bukanlah sesuatu yang paling utama dalam hidup. Aku harap aku dapat jadi insan yang lebih cemerlang akhlaknya sejajar dengan usiaku yang semakin meningkat. Itu yang lebih penting. Kata-kata dan pujian aku jadikan pemangkin untuk aku terus bersyukur dengan anugerahnya. Pada aku kelihatan cantik, muda dan bergaya itu sesuatu yang subjektif dipandangan mata setiap orang. Dan ianya takkan kekal lama kalau kita tidak menjaganya. Apatah lagi andai kita tidak bersyukur dengan kurniaannya. Jadinya aku terima pujian yang diberi dengan rasa senang hati tanpa ada perasaan bangga diri. Syukur Alhamdulillah.  

*Ucapan Selamat Hari Jadi dari teman-teman di FB membuatkan aku  terpanggil untuk menulis entry ini. Usia hanyalah angka yang pastinya akan bertambah pada setiap tahun. Harap-harap iman dan amal dapat disempurnakan sebaiknya bersama umur yang terus meningkat. Kalau kelihatan cantik itu indah, berakhlak cantik itu pastinya lebih indah lagi.  

PS : Terima kasih untuk ucapan selamat dari teman-teman blogger. Appreciate it so much.

Sunday, March 27, 2011

thirty five..

27 Mac 2011..

Alhamdulillah.. Terima kasih Allah untuk 35 tahun yang terindah ini. Terima kasih untuk kebahagian yang dinikmati. Untuk nikmat iman yang dikurniakan. Untuk rezeki yang sentiasa mencukupi. Untuk kesihatan yang diberi. Untuk kasih sayangMU pada hambaMU ini.  

Alhamdulillah.. bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas di dunia yang sementara bersama insan-insan yang sangat istimewa. Bersyukur dikurniakan dengan seorang suami yang sangat mengasihi diri ini. Bersyukur dilahirkan dari rahim emak yang sangat dikasihi. Bersyukur pernah disayangi oleh arwah ayah yang sangat penyayang. Bersyukur dianugerahkan dengan 3 permata hati terindah yang menceriakan kehidupan ini. Bersyukur dikelilingi adik beradik, mertua, saudara mara, teman-teman dan kenalan yang baik budi.

Alhamdulillah.. Thank you Allah untuk 35 tahun yang terindah.. semoga terus di beri kesihatan yang baik, kemurahan rezeki, kebahagian hidup dan keberkatan umur hendaknya.. InsyaAllah.

Breakfast served by anak-anak pagi ini. Siap ada deco from bread & card lagi. Thanks sayang-sayang mama. Luv u all so much...

Friday, March 25, 2011

Jom support Earth Hour..

Anak-anakku - Earth Hour 2010..

Rasanya masuk tahun ni sudah 4 tahun kami sekeluarga menyokong Earth Hour. Teringat pula masa tahun pertama kami sama-sama menyokong Earth Hour ni. En.asben memang join WWF. Jadinya kami dapat info mengenai Earth Hour dari situ Mak aku tersenggih-senggih sambil risaukan kot-kot orang sangka kami tak bayar bil letrik sebab tiba-tiba saja rumah kami bergelap sedangkan rumah orang keliling terang benderang. He..he.. Waktu itu tiada publisiti lagi tentang Earth Hour di Malaysia seperti sekarang. Jadinya tak ramai yang ikut serta kerana tidak mendapat maklumat tentangnya. Adik aku yang datang ke rumah ketika itu pun tertanya-tanya. Eh.. kenapa ni?  Bila kami kata kami menyokong Earth Hour sebab tu bergelap selama sejam, dia macam blur saja sebab tak tahu apa-apa mengenainya. Tapi sekarang ni rasanya ramai yang sudah maklum tentang Earth Hour ini. Jadinya marilah kita sama-sama menyokongnya. 

Esok 26 Mac 2011, marilah kita sama-sama memadamkan lampu selama satu jam bermula dari 8.30 malam sehingga 9.30 malam. Harap-harap sumbangan kecil kita dalam program ini membantu menyelamatkan Bumi kita.  Bumi kita kan tanggungjawab kita. Jadi marilah sama-sama turut serta. Sambil duduk dalam gelap tu boleh tonton National Geographic Channel. Best juga bila lihat satu dunia menyokong Earth Hour ni. Di samping tu kita dapat info untuk menjaga alam sekitar juga. So jangan ketinggalan untuk jalankan tanggungjawab kita sebagai penduduk Bumi.

PS : bila lagi nak candle light dinner kat rumah dengan seisi keluargakan.. Inilah masanya..


Didikan yang ditinggalkan...

Ada seorang makcik pekerja indon di tempat kerjaku ini. Aku tidak mengenali secara dekat kerana dia berkerja di bangunan lain. Tetapi setiap petang time balik kerja dia akan melalui tempatku untuk punch card. Aku memang suka memerhati. Jadinya aku selalu perasan yang makcik ini begitu menghormati orang lain. Mulutnya tidak riuh seperti teman-temannya yang lain. Malah aku tidak pernah lihat dia berborak atau buat bising bila memasuki ruangan pejabat. Dia nampak begitu menghormati kawasan orang. Setiap kali melalui tempatku, pastinya dia akan menundukan kepala dan menundukkan sedikit badannya. Selalu juga aku nampak bila ada orang lain di sekitar itu,  dia akan menyerongkan laluannya agar tidak melalui depan kita secara tepat. Gayanya seperti cara yang mak-mak kita ajar sewaktu kecil dulu bila lalu di depan orang tua.

Kadang kala tingkahnya buatkan aku rasa segan pula. Iyelah, aku bukannya sesiapa. Bukan orang besar di situ. Pegawai atasan pun bukan. Jadinya penghormatan yang diberikan, dengan umurnya yang begitu membuatkan aku turut sama menundukkan kepala kembali kepadanya setiap kali dia lalu di depanku. Terasa perlu untuk aku menghormatinya kerana dia lebih berusia dariku.  Baguskan bila lihat orang yang pandai menghormati orang lain ni. Aku dapat rasakan yang makcik itu terdidik dengan baik.

Ingat tak waktu kita kecil-kecil dulu. Kita diajar agar berjalan tunduk bila melalui tetamu atau orang yang lebih tua. Kita diajar agar menyalami dan mencium tangan orang yang lebih tua. Kita diajar cara bersopan santun. Kita diajar tentang adab-adab yang sepatutnya. Kita ditegur, dijentik, dicubit dan dijeling untuk tujuan mendidik bila melanggar apa yang sudah diajarkan. Rasanya semua orang dididik secara begitu sejak kecil lagi.

Tetapi kenapa bila dewasa, amat ramai yang lupa untuk meneruskan amalan yang pernah dididik dulu. Menghormati orang lain, hanya untuk  yang punya kepentingan saja. Adab-adab tertentu selalu dilupakan dan hanya digunakan ketika di dalam majlis rasmi tertentu. Sopan santun bukan lag satu budaya. Sedihkan. Kalaulah semua orang masih kekal dengan didikan yang dibekalkan sejak kecil itu, tentunya kehidupan kita akan lebih bernilai lagi.

Thursday, March 24, 2011

Kereta sendiri juga yang lagi best..

Mulai semalam sampai hari sabtu, aku exchange kereta dengan adik aku. Kenapa? Sebabnya adik aku dan familynya pergi bercuti ke Penang. Emak, makcik dan sepupu aku pun ikut sekali. Jadinya kalau guna keretanya mereka kena naik 2 kereta. Jadinya untuk memudahkan perjalanan mereka pinjam kereta aku. Jadinya senang, semua boleh naik satu kereta saja. Adik aku ni brutal sikit. Orang jalan masa cuti sekolah. Dia pula jalan waktu sekolah buka. Selamba derk aje biar anak ponteng sekolah. Katanya baru tadika dan sekolah rendah. Jadinya takpe. He..he.. Banyaklah dia punya takpe.

Walaupun kereta adik aku ni up sikit dari kereta aku, tapi tetap juga aku rasa macam tak best bawak keretanya. Kaki rasa tak selesalah. Pandangan rasa tak puaslah. Itulah, inilah. Bukan aku sorang saja rasa begitu. Han pun cakap yang sama juga.  Itu yang rasa macam kereta sendiri lagi best. Walaupun dapat peluang drive kereta mahal sikit dari keretaku, tapi tetap juga rasa kereta sendiri yang biasa-biasa itu lebih baik.

Dalam dok bercerita ni aku terfikir pula. Aku yang bawak kereta up grade ni banyak betul komplennya. Adik aku yang bawak kereta down grade tu apa pulaklah rasanya. He..he.. nasiblah yer. Yang penting selamat pergi dan selamat balik. Semoga dilindungi sepanjang perjalanan dan dipermudahkan segalanya. Kalau bawak balik jeruk dari Penang pun best juga.

Wednesday, March 23, 2011

Cover line punya cerita.. versi SPM..

Hari ini keputusan SPM keluar. Tahniah untuk semua pelajar yang berjaya. Yang tidak berjaya tu, boleh usaha lagi. Tak perlu nak gundah gulana sangat. Perkara dah lepas pun. Dunia belum berakhir andai tidak berjaya dalam SPM. Banyak lagi cara untuk mencipta kejayaan. Pokok pangkalnya kita mahu terus berusaha. Jangan pula terus diulit kecewa. Teringat lagi waktu zaman SPM ku dulu. Ada juga teman-teman yang terpaksa mengulang SPM sekali lagi menjadi lebih berjaya kini. Malah ada juga yang lebih berjaya dari mereka-mereka yang cemerlang dahulu.

Bercerita tentang SPM ni teringat  pula zaman-zaman aku di tingkatan 5. Zaman sekolah dulu aku ada 3 orang kawan baik. Waktu itu untuk peperiksaan SPM kami boleh memilih samada Subjek Pendidikan Islam atau Lukisan untuk SPM. (Sekarang ni macam tu lagi ke?? Aku tak pastilah). Waktu itu aku dan seorang lagi temanku memilih subjek Pendidikan Islam. Manakala 2 orang temanku lagi memilih subjek Lukisan. Untuk pelajar beragama islam walaupun tidak mengambil subjek Pendidikan Islam dalam SPM,  wajib juga untuk masuk ke kelas untuk subjek itu. Jadinya bila waktu Pendidikan Islam memang kami berempat akan masuk belajar bersama juga.

Pada pertengahan tahun kami di tingkatan 5, kedua-dua temanku yang mengambil subjek Lukisan itu berkerja part time  di Mc D pada waktu malam. Jadinya kadang kala bila di dalam kelas, mereka berdua akan mengantuk. Untuk subjek lain mereka memang tidak boleh tidur kerana subjek lain masuk periksa. Maka dalam subjek Pendidikan Islam saja peluang untuk mereka melelapkan mata. Makanya tiap kali mereka berdua mengantuk, kami yang berdua inilah yang terpaksa cover. Selalunya kami akan pilih dua meja di depan dan dua meja di belakang. Kedudukannya  pula mestilah di barisan tengah kelas sebab pelajar-pelajar yang di depan atau di belakang selalu lebih di beri perhatian. Puaslah kami berdua duduk tegak sambil memberi sepenuh perhatian kepada pengajaran ustazah. (Kalau time tak cover kawan tak pula gitu.  Asyiklah sok sek sok sek aje dalam kelas he..he..).  

Manakan tidak, kami kena selalu peka dengan pergerakan ustazah agar kawan kami yang berdua di belakang tidak tertangkap.  Kalau ustazah bergerak, badan kami juga terpaksa bergerak agar melindungi teman yang di belakang. Ini juga memberi kami ruang untuk kami mengejutkan mereka pada waktu yang perlu. Berkat dari kesungguhan aku memberi "sepenuh tumpuan" pada ustazah itu dalam pengajarannya, aku dapat A1 untuk subjek Pendidikan Islam dalam SPM. Bukan setakat aku, ustazah pun tak sangka. Alhamdulillah. Terima kasih jugalah untuk teman-temanku yang berdua itu. Kalau tak disebabkan aku terpaksa cover mereka, tentunya aku tidak memberi tumpuan sebegitu di dalam kelas. Tanpa tumpuan memang susah juga aku nak score rasanya.

PS : Perbuatan ini bukan untuk di tiru yer..

Nak tunjuk pandai..

Ada orang bijak. Ada orang pandai. Ada juga orang yang sebaliknya. Selalunya bila orang bijak yang berkata-kata, cara penerimaan kita tentulah lebih baik daripada kata-kata orang yang sebaliknya. Dan bila kata-kata yang bijak keluar dari orang yang kurang bijak kadang-kadang kita jadi terkagum juga. Walaupun ada juga yang menganggapnya biasa-biasa saja. Tiada penghargaan. Malah mengiakan pun jarang. Kalau menafikan boleh pula diusahakan. Kenapa ye? Bukankah nilainya tetap sama. Yang betul tetap betul tak kiralah perkara itu dikatakan oleh siapa pun.

Bagaimana pula dengan orang yang nak tunjuk pandai. Jarang benar kita dapat terima kata-kata dari orang yang nak tunjuk pandai ni kan. Selalunya kita rasa mual untuk mendengarnya. Apatah lagi untuk menerimanya. Adakah kerana tanggapan kita yang  dia sedang cuba untuk menunjuk-nunjuk. Atau kita rasa dia sedang memandai-mandai.

Aduh.. jauhkanlah hati ini dari berprasangka buruk. Bila perkara yang kita sedia maklum ditegur oleh orang yang pada kita tak tahu apa-apa, selalu saja buat kita rasa tak puas hati. Dan perkara yang kita lebih arif mahu di tunjuk ajar dari orang yang hanya tahu sebahagian darinya selalu buat kita tak boleh terima. Aku tak suka perasaan ini bila aku rasa begitu. Cuba untuk terima secara positif tapi responnya masih lagi negatif. 

Kalau orang bijak yang berkata-kata boleh pula terima dengan hati terbuka. Tapi bila orang yang mahu tunjuk pandai berkata-kata, untuk terima tu boleh saja. Tapi selalunya dengan hati yang rasa dia menjengkelkan pula.

Tuesday, March 22, 2011

Anak teruja.. aku pun sama..

Sabtu yang lepas, kami ke zoo negara. Sebenarnya tiada dalam plan pun untuk jalan-jalan cuti sekolah ke zoo. Tapi disebabkan ofis en.asben ada CSR bersama anak-anak dari Kiwanis makanya kami pun ikut serta. Sebenarnya seperti anak-anak, aku pun selalu teruja bila pergi ke zoo. Seronok bila tengok aksi haiwan-haiwan yang dijaga sebaiknya di sana. Walau penat berjalan tapi memang rasa berbaloi. Bila penat barulah patah balik cari tram pula he..he..

Harga tiket untuk dewasa RM25. Harga tiket untuk kanak-kanak RM9. Agak mahal harganya kan. Tetapi memikirkan biaya penyelengaraan juga tentulah tinggi makanya harga itu mungkin berpatutan. Cuma yang tak puas hati tu bila harga makanan yang dijual jadi berganda-ganda. Kalau untuk pelancong mungkin tidak terasa. Tetapi untuk orang tempatan memang muak jugalah. RM20++ hanya dapat 4 ice cream cornetto dan sebotol air mineral. Yang anak-anak pulak time tu jugaklah dia orang nak makan cornetto. Haiiissshh.. Tapi bila fikir sekali sekala nak makan ice cream dalam zoo makanya layankan ajelah.

Sepanjang di zoo, walaupun kami sekeluarga pergi bersama tetapi kami tak join pun program CSR en.asben tu. Iyelah, en.asben pergi ke sana untuk buat amal. Kebetulan en.asben ditugaskan untuk jadi kid buddies. Takkanlah nak ganggu untuk jaga anak sendiri pula kan. Jadinya kami jalan asing-asing. Cuma waktu animal show  saja baru kami duduk di tempat yang sama.

Anak-anak Kiwanis ini ialah anak-anak sindrom down. Seronok tengok gelagat mereka yang nampak keletah. Simpati sudah semestinya walaupun bukan itu yang mereka harapkan. Apa yang aku lihat memang kena banyak sabar untuk melayan mereka. Bagus juga ada aktiviti CSR sebegini. Sekurang-kurangnya kita dapat maklum tentang sedikit sebanyak perkara yang kita tidak tahu sebelum ini. Walaupun program ini bukan program aku, tetapi dari cerita en.asben dapatlah aku dan anak-anak sedikit info tentang anak-anak ini.

Monday, March 21, 2011

Yang di cari sudah di temui..

Alhamdulillah.. Pencarian 5 yang bertuah untuk saya hadiahkan dengan FM dari Medah sudah saya temui. Terima kasih banyak-banyak untuk teman-teman yang sudi menyertainya. Minta maaf kepada sesiapa yang tidak sempat untuk ikut serta. Minta maaf juga untuk yang tidak berjaya meneka.

Jawapan yang tepat untuk soalan GA itu ialah 6 keluarga. Ianya terdiri dari keluarga saya sendiri, keluarga mertua, keluarga kakak ipar, keluarga makcik, keluarga pakcik dan keluarga sepupu. Dan 5 teman yang berjaya meneka jumlah yang betul terdiri dari Mamasyaza, Diana, Tice sha, Nick Irfan dan Life Kami.

Tahniah untuk teman-teman yang berjaya. Nanti saya akan poskan salah satu daripada FM tersebut kepada anda. Tapi sebelum tu nak minta jasa baik untuk berikan saya alamat e-mail untuk saya dapatkan alamat untuk kiriman. Nanti boleh tinggalkan di ruangan komen yer.

Terima kasih untuk semua kepada sokongan yang diberi. Ini merupakan GA pertama saya. Dan hadiahnya pun tidaklah seberapa. Sekadar tanda kenangan dari seorang sahabat. Kalau ada rezeki insyaAllah saya akan cuba untuk buat lagi.

FM untuk yang sudi meneka..

Salam untuk semua. Seperti yang di janjikan, saya nak buat ala-ala GA untuk hadiahkan FM untuk teman-teman blogger yang bertuah. Hajat di hati memang hendak memberikan ole-ole pada semua. Tetapi, oleh sebab tidak berkemampuan untuk melakukannya terpaksalah saya buat begini. First of all kita tengok FM dari Medan yang ingin saya berikan untuk teman-teman semua.


Ada 5 FM untuk yang bertuah. Salah satunya mungkin untuk anda. (Salah satu FM tu sebab ianya agak kecil, maka saya gandingkan dengan keychain Lake Toba juga). Tiada entry khas yang diperlukan. Tidak perlu juga untuk tag orang lain. Hanya 5 jawapan tepat dari teman-teman yang diperlukan untuk saya hadiahkan FM ini. Tarikh tutupnya pula bila 5 orang pertama dengan jawapan yang tepat telah saya temui. Itu saja.  Mudahkan. Jadinya,  kalau sudi, bolehlah join dengan meneka dan memberi jawapan anda kepada soalan di bawah ini. 

Dalam entry yang lepas saya ada sebutkan yang kami ke Medan seramai 20 lebih orang. Gambar meja makan untuk kami semua juga ada saya sertakan. Saya cuba mahu anda meneka, berapa keluargakah kami  ke sana??

All the best untuk semua.

PS : Satu jawapan untuk setiap blogger yer.. he..he..

Friday, March 18, 2011

Versi Han pula..

Sebenarnya memang sejak kecil kalau ke mana-mana Han mesti tak tinggal buku nota dan pen dalam begnya. Dia memang suka mencatat. Tapi bila dah besar ni dah kurang dah catatannya. Itu yang buatkan aku minta anak-anak tulis cerita mengenai percutian kami ni. Jadinya dapatlah aku lihat percutian itu from their point of view. So inilah pula cerita Han tentang percutian kami.

Perjalanan ke MEDAN.

12 Mac2011, Sabtu

Kami bertolak dari rumah ke LCCT, Sepang. Sampai disana, kami berkumpul sambil menunggu yang lain. Setelah selesai urusan membeli tiket, kami pergi ke ruang menunggu. (Tiket dah lama belilah sayang..) Kami menaiki kapal terbang kira-kira pada pukul 11.30 pagi dan tiba di Medan pada pukul 12.30 tengah hari. Kami menaiki bas yang ditempah ke restoran ACC atau ayam pop. Selepas makan, kami bertolak ke Parapat yang terletak di Danau Toba. Danau Toba ialah tasik terbesar di dunia hasil letusan gunung berapi. Perjalanan mengambil masa kira-kira lima jam. Akhirnya, kami tiba juga di 'Danau Toba International Cottage'. Kami makan di restoran hotel itu dan terus kembali ke bilik untuk berehat.

13 Mac 2011, Ahad

Selepas sarapan pagi, kami menaiki bot yang disediakan ke Pulau Samosir dan Tomok. Di Pulau Samosir, kami diberitahu bagaimana dan kepercayaan Orang Batak. Disana juga, kami diberitahu cara orang batak memancung kepala mereka yang bersalah. Di Tomok pula, kami ditunjukkan kubur-kubur raja di situ. Tetapi, sebelum masuk ke kawasan itu kami disuruh memakai 'ulos'. Selepas itu, kami menaiki bas dan bertolak ke Pasar Buah yang terletak di Berastagi. Disana, saya,adik dan beberapa orang saudara saya menaiki kuda mengelilingi pasar itu. Selepas membeli, kami pergi ke 'Danau Toba International Cottage' iaitu tempat penginapan kami yang berhadapan dengan gunung berapi. Disana, kawasannya sejuk seperti di Genting Highlands. Walaupun nama hotel tempat penginapan kami sama, tetapi tempatnya berlainan.

14 Mac 2011, Isnin

Kami bertolak dari hotel kami ke Pasar Ikan Lama yang terletak di bandar Medan. Pasar Ikan tidak menjual ikan tetapi hanya sejarah bahawa dahulu disitu tempat menjual ikan. Disitu, terdapat banyak barang-barang yang menarik dan murah. Selepas ke Pasar Ikan, kami ke Medan Mall yang terletak bersebelahan dengan Pasar Ikan. Kami pergi ke Garuda Plaza Hotel. Pada sebelah malamnya, kami pergi ke Pasaraya Yuki. Disana, kami menaiki ke tingkat atas untuk bermain. Banyak permainan yang kami naiki antaranya kereta langgar,permainan video dan banyak lagi.

15 Mac 2011, Selasa

Pada waktu pagi, saya,ibu,makcik dan nenek saya pergi ke Pasar Ikan sekali lagi untuk membeli barang lagi. Selepas pulang dari Pasar Ikan, kami menaiki beca sementara menunggn bas sampai untuk membawa kami ke lapangan terbang. Saya bersama adik saya berasa teruja kerana itulah kali pertama kami menaiki beca. Kami menaiki beca mengelilingi bandar Medan. Kami menaiki bas dan pergi ke lapangan terbang. Kami tiba di LCCT pada pukul 8.45 malam. Dan pada pukul 9.30 kami tiba di rumah. Saya berasa gembira dan berharap dapat pergi ke sana lagi.  

*Thanks Han, sebab tolong buatkan entry ni untuk mama. Luv u. 

Thursday, March 17, 2011

Meh datang tengok meh..

Salam untuk semua. Jom tengok gambar kat Medan. Sori gambar tak ikut susunan. Main upload ikut sempat aje ni.

 Hidangan untuk kami yang ramai itu..

 Is dalam beca di Kota Medan

 Ingatkan nak turun makan malam saja.. tapi terjebak pula merayap sampai ke Shopping Mall bersama yang lain. Nasiblah anak-anakku yang dah sarung baju tidur pun.. ha..ha.. Tak kuasa kami nak naik tukar baju. Redah aje dengan baju tu.  (Ini kat Fun Park Kat Pasaraya Yuki)

 Danau Toba International Cottage - Berastagi (Hotel kami mengadap ke Gunung Berapi yang baru saja meletus september yang lepas. Itu pun masih berasap-asap lagi. Gerun aje tengok. Kat sini sejuk macam kat Genting nun.)

 Sesi naik kuda di Pasar Buah, Berastagi. Kena naik 2 orang sebab semuanya takut nak naik sorang. (Han with her cousin)

 Cantik kan. Kalau hari-hari tengok kesegaran macam ni memang tenang sangat.

 Cantik juga ni. Rasanya snap dari dalam bas. Yang luas terbentang tu Lake Toba.

 My heroes yang sibuk nak beli shades itu untuk bergaya.. he..he..

 Di Pulau Tomok.. Kubur Raja Batak.. Lupa pulak namanya..

 Oh.. Okey ni ada namanya..

 Kusyuk tak kami dengar penerangan. Oh yer yang mat salleh tu bukan our family members yer.. Tapi dalam satu pakej tour yang sama dengan kami.

 Samosir Island.. Around 1 hour from Parapat.










Gambar-gambar keindahan Danau Toba yang membuatkan kami berhajat nak datang lagi ke sini kalau panjang umur murah rezeki.. InsyaAllah..

 Danau Toba International Cottage, Parapat. Hotel kami ni mengadap ke Danau Toba yang cantik itu. Memang rasa taknak balik dibuatnya.

 Beli tang-tang, ting-ting, tung-tung, teng-teng, ak-am (Ala jenis macam kacang bepang tu..) Memang puas makan sample kat sini.. Ha..ha..

 Yang ini Papan Ucapan kat Kota Medan. Cantik dari hiasan bunga yang diperbuat dari plastik. Kalau nak ucap tahniah untuk wedding ke, naik pangkat ke, ucap selamat ke  mereka akan tempah papan ni dan pamerkan kat tempat tu.

Ramaikan kami.. Sengaja letak dua kali sebab inilah klu untuk soalan GA tu nanti.. InsyaAllah.

PS : Jangan tanya mana gambar aku yer. Sebab en.asben tak beri greenlight lagi. Tapi sipi-sipi hujung tudung, hujung lengan, hujung kaki tu adalah.. he..he..

Wednesday, March 16, 2011

Pergi ke Medan - Versi Is & Az...

Malam tadi dalam cab on the way balik ke rumah aku minta anak-anak tulis cerita mengenai percutian kami. Balik kerja tadi cerita tersebut sudah tersedia di atas meja. Jadinya inilah cerita percutian kami versi anak-anakku. (Dah mamanya blogger jadi anak-anak pun dipaksa menulis juga he..he..)

Versi Is :
Pada hari sabtu 12/3/2011, saya dan keluarga pergi ke Medan Indonesia. Di sana saya menginap di hotel iaitu Danau Toba International Cottage. Kami menginap di sana hanya satu malam dan pada hari seterusnya saya pergi ke Samosir Island. Kami pergi membeli belah. Seterusnya saya ke Tomok. Di sana terdapat kubur raja dan askar. Saya, adik dan kakak menaiki kuda di pasar buah dan menginap di Hotel Danau Toba International Hotel cuma satu malam. Pada hari seterusnya saya menginap di Hotel Garuda Plaza. Pada malam itu saya ke Funfair (actually bukan funfair tapi fun park kat sebuah shopping complex). Pada hari selasa kami balik ke rumah. Kami rasa gembira dan jika ada rezeki lebih saya hendak pergi ke sana lagi.

Versi Az :
Pada hari sabtu saya pergi ke Medan dengan keluarga saya ke kedai songket. (kedai batiklah anakku) Pada hari ahad saya pergi ke Parapat dan naik bot ke Samosir dan Tomok. Pada hari isnin saya pergi ke Garuda. Pada malam saya pergi ke pusat beli belah. Lepas itu saya pergi ke tingkat atas sekali. Lepas itu saya bermain permainan video. Lepas itu saya naik roller coaster.

PS : Aku salin bulat-bulat ni. Kalau tak faham minta maaflah yer. Sebab inikan karangan budak sekolah rendah. InsyaAllah, nanti aku update versi Han yang lebih details sikit ceritanya.

Suka shopping tapi bukan kaki shopping..

Alhamdulillah, percutian sudah berakhir. InsyaAllah, panjang umur murah rezeki boleh pergi lagi. Bila bercuti bersama keluarga ni, tak kiralah ke mana destinasi pun, hati ini memang rasa happy sangat. Bila lihat anak-anak bergembira lagilah kita rasa seronok. Seronok bila ada peluang untuk menikmati pengalaman baru dan keindahan alam di tempat orang bersama insan tersayang. Bila bercuti ni kalau agenda membeli belah takde sekali memang tak sah. Awal-awal lagi kepala ni memang ingat shopping saja. Selalunya aku ingat aku ni kaki shopping. Tapi bila pergi beramai-ramai barulah aku sedar yang aku ni tak masuk list lagi sebagai seorang yang kaki shopping. Setakat suka shopping saja titlenya.

Iyelah, manakan tidak, mak mertuaku borong telekung, aku cuma membeli beberapa pasang. Itupun ada termasuk kiriman orang dan buah tangan untuk keluarga. Kakak ipar borong kain pasang, aku cuma tolong tengok dan tolong pilihkan mana yang sesuai. Mak mertua dan makcik-makcik join the club pun aku tolong pilihkan juga. Bila fikir kain yang sedia ada pun masih tak bertempah, semangat nak membeli lagi pun rasa kurang. Makcik dan pakcik membeli berbagai-bagai kraftangan, aku pula sekadar membeli satu saja buat kenangan. Orang beli sampai penuh tangan, aku juga penuh tangan. Tapi selalunya yang penuh tangan itu kebanyakkannya buah tangan untuk emak, adik beradik, ipar duai dan anak-anak buah. Maklumlah, keluarga tak besar, jadinya mana boleh ada yang terlepas untuk menerima buah tangan. Sebabnya kalau mereka, pergi bercuti, kami anak-beranak pun pasti tidak akan terlepas untuk menerima buah tangan juga.

Konklusinya, di Medan aku cuma membeli sepasang telekung untuk Han, sepasang kasut untukku dan sepasang kasut untuk Han. Sepasang seluar dan shawl untukku. Sehelai baju kemeja batik untuk En.asben, Is dan Az. Sehelai t-shirt untuk En.asben dan Han. Sekotak kek ambon dan kek lapis. Beberapa jenis makanan dan satu hiasan rumah. Yang lain-lain semuanya buah tangan untuk keluarga dan saudara mara. Bukan kaki shopping kan kalau macam tu. he..he.. Oh yer, ada FM Medan juga untuk teman-teman blogger. Tapi tidaklah sebanyak mana. Nak jadikan hadiah GA bolehlah kot..

Tuesday, March 15, 2011

From Medan with luv..

Little update from Medan..

Alhamdulillah.. ke Lake Toba sudah, ke Pasar Ikan pun sudah. InsyaAllah, petang ni kami sekeluarga akan pulang. Okey have to go. Pak supirnya sudah sampai untuk membawa kami ke Pasar Ikan lagi.. he..he..

Sampai jumpa lagi... dahhhh

Friday, March 11, 2011

Itulah namanya rezeki..

Salam hari jumaat untuk semua. 

Esok, cuti sekolah datang lagi. Anak-anak pun dah selesai dengan periksa. Anak-anak dah lega. Mak ayah pun gitu juga. Tunggu result keluar aje nanti nak tahu boleh terus lega ke tidak. Seperti biasa, bila musim cuti sekolah ni, musim pergi bercuti pun datang lagi. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, esok kami sekeluarga akan bercuti ke Medan. Punyalah tak menyempat yer. Hari pertama sekolah cuti terus ambil peluang untuk pergi bercuti.

Alhamdulillah, percutian kami sekeluarga kali ini ditaja oleh ayah mertuaku.  Sebenarnya bukan kami sekeluarga saja yang menerimanya. Tapi kesemua 15 orang ahli keluarga en.asben juga. Terima kasih untuk ayah dan mak. Semoga semakin murah rezeki mertuaku. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan mendapat keberkatan dan kebahagian hidup di dunia dan di akhirat. Selain kami yang 15 orang tu, keluarga pakcik dan makcik en.asben juga akan ikut serta. Jadinya dalam 20 orang lebih jugalah ahli rombongan kami esok. Orang kata the more the merrier kan.

Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Minta dijauhkan dari sebarang kesulitan. Baju-baju semua dah siap packing. Passport dan dokumen lain pun semua dah ready dalam beg. Duit rupiah pun dah tukar juga. Jadinya tinggal tunggu untuk bertolak sajalah esok. Doakan perjalanan kami yer. Semoga kami selamat pergi dan selamat pulang dengan selamat.

Selamat berangkat untuk menunaikan umrah buat temanku Ika. Semoga dipermudahkan segalanya di sana. Alhamdulillah, Ika juga mendapat tajaan dari mertuanya yang baik hati. Itulah rezeki namanya kan. Thank you Allah.

Have a nice weekend untuk semua.

Thursday, March 10, 2011

Bila hitam bertukar putih..

Bila hitam bertukar putih tu aku nak cerita tentang uban di kepala.
 
Seorang teman pernah bercerita tentang ceramah agama yang dihadirinya mengenai uban. Menurut ustaz, salah satu tanda ajal sudah menghampiri kita ialah bila uban sudah ada di kepala. Jadinya bila dah ada uban tu banyak-banyakkanlah melakukan amal ibadah secukupnya. Sebab tanda-tanda awal tu sudah ada. Walaupun ustaz tu bercakap secara berseloroh, tapi kebenaranya tetap ada. Bila uban sudah di kepala dan kita masih terus leka. Jadinya bila lagilah kita mahu memperbaiki amal perbuatan kita.
 
Seorang teman pula memberitahu, kalau kita ada uban setakat dua tiga helai tu. Elakkan dari mencabutnya. Katanya kerana air rambut putih itu akan terpercik mengenai rambut-rambut lain yang menyebabkan rambut yang lain pun akan beruban juga. Iye ke? Entahlah, aku tak pasti pula kebenarannya.
 
Kalau en.asben, rambut putih yang mula kelihatan di kepalanya memang tidak disebut uban.  Ha..ha.. punyalah taknak mengaku yang rambut tu dah mula ada yang bertukar warna. Jadinya bila en.asben minta tolong untuk mencabut ubannya, tentu dia akan kata Ma, tolong cabut rambut I yang tak hitam ni.. he..he..
 
Pernah juga aku bertanya padanya Yang, nanti kalau rambut I dah ada uban, nak ke you tolong cabutkan macam I cabut rambut you ni. Selalu saja dia jawab dengan melawak hmmm.. tengoklah. Eeeiii.. Tapi masa zaman bercinta dulu, en.asben ada beri satu notes ni padaku.
 
And when there's silver in you hair, you don't have to ask if I still care..
 
Nampaknya macam takdelah tu dia nak tolong cabutkan ubanku. Sebabnya dia kan awal-awal lagi dah kata dia tak kisah kalau rambut aku putih pun. Ha..ha..
 
*Sampai sekarang I masih simpan notes tu..

Wednesday, March 9, 2011

Kalau takde harta tiada orang nak mengata, tapi...

Sesi perbualan telefon...

Aku : Hello, selamat pagi...bla..bla..bla..
Dia : Pass dekat Faeza.
Aku : Minta maaf yer Puan, dekat sini tiada nama tu.
Dia : Habis tu siapa yang fax ke ofis I tadi dari fax no. dot..dot..dot..
Aku : Minta maaf, saya tak pasti pula. Atas urusan apa yer Puan?
Dia : I tak pasti, pass ajelah.. (Dengan nada tidak puas hati.)

Nak pass kat siapa pula ni? Tiada nama tu. Urusan pun tak tahu.

Aku : Mungkin Farida ke Puan? Sebab kalau Faeza, takde nama tu. Farida adalah. (Masih cuba ingin membantu dengan mencari nama yang dekat-dekat sama dari no fax tersebut)
Dia : I tak tahu. Pass ajelah (Dengan nada bosan)
Aku : Sebentar yer.. (Aku pass talian pada Farida. Harap betullah orangnya.)

Kata orang kalau takde harta orang tak mengata. Tapi kalau takde budi bahasa.. ada harta, ada rupa, dan ada segalanya pun orang tak pandang juga.

PS : Sungguh aku tiada niat untuk mengata. Tapi terpanggil untuk bercerita. Mana tahu boleh dijadikan renungan bersama agar sentiasa berbudi bahasa.

Tuesday, March 8, 2011

Entry buat semangat...

Dari balik kerja tadi dah plan nak iron baju sekolah anak. Tapi sangkut aje lagi. Petang tadi dah nak start iron teringat nak menyental uniform anak-anak dulu. Lepas settle tu teringat yang en.asben ada kelas aikido malam ni. Jadinya iron baju aikidonya dulu. Siap iron baju tu dah nak masuk maghrib pula. Turun bawah panas-panaskan lauk sambil masuk baju dalam mesin basuh. Lepas berbuka puasa dan kemas sikit-sikit naik atas balik. Lepas solat maghrib dok lepak teman anak-anak baca buku untuk exam esok sampai waktu isyak. Lepas isyak tak jadi juga sebab packing baju dulu. (Citer packing baju ni nanti sambung next entry).

Sekarang ni dah pukul 10.30 malam. Tak juga iron baju sekolah anak lagi. Kalau iron esok pagi pun boleh sebenarnya. Tapi sekarang ni taknak lambat keluar rumah. Jadinya kalau prepare semua awal-awal lagi senang. Dah nak start iron tadi mengada pula nak layan blog kejap. Jadinya tersangkut jugalah lagi. Oklah lepas ni nak terus start iron baju. Oppsss.. sebelum tu nak bawak masuk kereta dalam pagar dulu. Tadi park kat luar. Tapi en.asben dah balik, jadinya en.asben dah tolong bawa masuk kereta. Alhamdulillah..  Tak payah keluar dah. So lepas ni boleh terus start iron baju anak-anak lepas jengguk en.asben dulu.

He..he..  post entry ni dulu buat semangat..  

Meneka dalam kesamaran...

Perbualan di majlis perkahwinan.

A : Pengantin ni sama tempat kerja ke.
B : Ish.. sama tempat kerja apa. Pengantin lelaki tu kan bawa lori.

He..he.. biasalah kan. Kita lebih suka meneka dari bertanya. Kadang-kadang memang mengena. Tapi selalu juga kita yang terkena. Kadang tu memang sah-sah kita tak pasti. Tapi bila nak keluarkan pertanyaan dalam bentuk soalan yang direct kita jadi segan pula. Jadinya keluarlah soalan yang ada unsur-unsur teka teki.

Monday, March 7, 2011

Lian Hoe, Sum dan Foh Hup...

Oppps.. walaupun dulu ada pakwe cina tapi tajuk entry ni bukanlah nama-nama mereka. Lian Hoe, Sum dan Foh Hup tu ialah nama syarikat bas tambang yang aku pernah naik masa dulu-dulu. Tetiba pula teringat nama-nama bas itu. Rasanya sejak bertunang, dah tak pernah lagi naik bas tambang ni. Kalau tidak, perkhidmatan bas inilah yang digunakan setiap hari. Siapkan dah hafal dah waktu perjalanan untuk setiap jam tu.

Masa kecil dulu memang biasa naik bas tambang ni bila mengikut emak ke bandar. Tapi mula-mula naik bas tambang sendiri ialah pada usia 9 tahun. Masa tu ayah kerja jauh jadinya balik sekolah terpaksalah naik bas tambang ni. Takut memang takut juga. Tapi sebab terpaksa, makanya kenalah jadi berani. Dengan badan yang masih tak tinggi, memang berjingkit jugalah untuk memicit loceng bas bila sampai ke destinasi. Memang berdebar-debar saja dadanya sepanjang perjalanan untuk sampai ke rumah.

Masa sekolah menengah pun naik bas tambang juga untuk ke sekolah. Masa ni perasaan takut tu dah kurang sikit. Bila hari-hari dah naik bas ni terus hilang perasaan takut tu. Siapa yang pernah naik bas tambang tu tentu masih ingat lagi tiket bas yang di ketip-ketip oleh konduktor bas tu. Tiket-tiketnya pula berwarna-warna mengikut tambang. Entah apa yang di ketipnya. Mungkin tarikh dan masa kot sebab ada dua tiga lubang juga yang di tebuk. Tiket itu pula perlu di simpan sehinggalah bas sampai ke destinasi. Sebabnya takut-takut di pertengahan jalan ada inspektor bas yang naik bas dan akan memeriksa tiket penumpang. Aku pun tak tahu apa tujuan inspektor tu. Untuk periksa penumpang yang naik bas free atau untuk periksa konduktor bas tu buat kerja ke tidak.

Masa zaman sekolah menengah juga setiap bulan memang beli pas bulanan. Kiranya dapatlah diskaun sikit bila guna pas tersebut. Teringat lagi ajaran sesat yang dapat dari kawan-kawan. Kalau ada kelas kokurikulom pada waktu petang dan masa tu mengada sangat nak balik rumah untuk tukar baju, jadinya pada waktu sesi pagi tu cakaplah kat konduktor bas yang pas tertinggal kat rumah. Bila sesi petang baru keluarkan pas tu. Ha..ha.. yang ini pernahlah juga buat. Tapi bila dapat konduktor yang familiar dengan muka kita tu, kenalah juga bayar seperti biasa.

Anak-anak aku tak pernahnya merasa naik bas tambang ni sendiri. Rasanya naik dengan aku pun tak pernah juga. Kesian juga sebab mereka tak pernah merasa pengalaman yang sebegitu. Bukan setakat naik bas tambang sendiri. Anak sulongku yang dah berumur 12 tahun tu, pergi kedai depan rumah sendiri pun tak pernah. Masa memang merubah segalanya kan. Kalau dulu kita bebas ke mana-mana sendirian sebab kadar jenayah tak seteruk sekarang. Jadinya ibu bapa tidaklah merasa takut untuk melepaskan anak-anak. Sekarang ni nak lepaskan anak bermain depan rumah pun dah buatkan kita rasa tak selamat.

Eh.. eh.. lari topik pulak. Sekarang ni agaknya kalau suruh aku naik bas tambang sorang-sorang memang aku tak berani kot. Tentu rasa cuak macam mula-mula naik bas tambang ni jugak agaknya. He..he.. Oh yer, apa nama bas tambang yang u all naik dulu yer? Ke u all semua memang naik kereta untuk ke mana-mana sejak dari dulu lagi.

Saturday, March 5, 2011

Bila tak peka..

Bila tak peka, inilah jadinya.

IS : Mama, abang sakit perutlah.
ME : Hmm.. Takpe ubat Han ada.
IS : Ubat apa?
ME : Ubat sakit tekak tu.
IS : Diam sambil memandang mukaku.
ME : Nape.
IS : Abang sakit perutlah.
Me : Oooooh..

See.. kalau tak peka itulah jadinya. Nasib baik anaknya peka. Kalau tidak tak baik-baiklah sakit perut tu sebab terpaksa makan ubat sakit tekak untuk melegakan sakit perut. Selalunya aku yang selalu pesan kat anak-anak supaya selalu peka. Tapi hari ni aku yang tak peka. Kiranya berbaloi jugalah ingatan aku setiap hari kepada mereka. Kesannya mereka sudah semakin peka sekarang. Dan aku pula kena lebih peka lagi selepas ini. Aku pasti, bila en.asben baca entry ni dia pasti akan menjelingku dan kata Itulah tak peka lagi. Berani u nak bagi ubat yang tak betul pada anak I... Ampunnnnnn..

Notes : Ini cuma masalah komunikasi yer. Aku dok ingat Is sakit tekak sebab masa dia cakap dengan aku tu dia tengah makan dan sedang letak tangan di lehernya. Teruslah aku dok ingat dia sakit tekak kerana berjangkit dengan kakaknya. (Kebetulan pula Han sedang sakit tekak sekarang ini). Jadinya bila kata-kata dan bahasa badan tak selari, kita pun cuba cari mana yang lebih bertepatan dengan keadaan. Teruslah buat andaian walaupun apa yang didengar tidak sama langsung dengan apa yang diucapkan.

Friday, March 4, 2011

Kongsi yang tak berkongsi...

Hari tu ada terbaca entry di blog Critera 5S milik =SZ= dengan tajuk rumah kongsi. Jadinya teringat pula pengalaman sewaktu kecil dulu. Waktu tu arwah ayah berkerja dengan pakcikku seorang kontraktor binaan. Kiranya ayahku macam supervisor kat sitelah. Selalunya setiap kali ada projek yang jauh-jauh dan urusan pembinaan mengambil masa yang lama, kami sekeluarga akan turut berpindah ke tempat itu. Kiranya masa kecil-kecil dulu kerap jugalah berpindah mengikut projek di mana ayahku ditugaskan.

Ada satu masa tu kami tinggal di Batu Pahat. Ayah pula kena jaga site di Skudai. Waktu itu pembinaan Sekolah Agama Skudai. Agak jauh juga untuk ayah berulang alik setiap hari. Kalau ikut kebiasaannya kami sekeluarga akan turut berpindah. Tapi oleh kerana waktu itu aku dan adik sudah bersekolah, jadinya agak menyusahkan juga jika perlu berpindah lagi. Sudahnya ayahlah yang terpaksa berulang alik selang 2,3 hari. Jadinya untuk kemudahan, ayah tinggal di rumah kongsi pada waktu ayah tidak pulang ke rumah. U all tahu tak apa itu rumah kongsi. Rumah kongsi tu ialah rumah yang selalu pekerja kontrak tinggal di site projek ketika pembinaan sedang di jalankan. Yang selalu pekerja PATI kena rush tu kat rumah kongsi jugalah.

Kalau pekerja lain kena tinggal beramai-ramai dalam 1 rumah kongsi tu, ayah pula hanya tinggal seorang di rumah itu. Mandorlah katakan. Tentulah dapat lebih keistimewaan walaupun masih terpaksa tinggal di rumah kongsi juga. Ha..ha.. Jadinya kalau cuti hujung minggu, kami pula yang datang ke Skudai untuk menemani ayah di sana. Best juga tinggal di rumah kongsi ni. Tidur di pangkin kayu beralaskan tilam nipis. Sebab rumah tu tidak sebesar mana jadinya akan berhimpitlah kami tidur. Untuk memasak emak akan guna peralatan yang terhad. Tapi tetap sedap juga. Kadang tu bila masak lauk banyak, terpaksalah kami makan beralaskan daun pisang. He..he.. ini kes tak cukup pinggan. Tapi sebenarnya bila lagi nak merasa makan atas daun pisang kan. Maklumlah, ayah kan tinggal seorang. Manalah cukup peralatannya.

Itu baru bab tidur dan bab makan. Belum masuk lagi bab mandi, bab lantai tanah dan bab tingkap tolak. Tapi walau apa pun pengalaman tinggal sesekali di rumah kongsi itu memang takkan dapat aku lupakan sampai bila-bila. Iyelah, bukan semua orang ada pengalaman sebegitu. Tambah-tambah lagi kenangan itu merupakan kenangan di tahun-tahun terakhir hayat arwah ayah bersama kami sekeluarga. Lagilah aku rasa pengalaman itu cukup indah sekali sehingga aku terpanggil untuk berkongsi di sini.

Thursday, March 3, 2011

Rezeki secupak takkan jadi segantang..

Alhamdulillah, hari ni satu harta dah jadi hak milik sendiri. Senang cerita bukan hak bank lagi selepas buat full settlement tengah hari tadi. Leganya rasa. Maknanya bulan hadapan akan berkuranganlah komitmen bulanan kami. Tapi entahkan dapat entahkan tidak kami menyimpan wang yang tidak perlu dikeluarkan itu. Kalau ikut pengalaman yang sudah-sudah memang takdelah. Kalau ada pun sebahagian saja, tidaklah sepenuhnya. Ada saja perkara lain yang menunggu untuk masuk senarai komitmen baru.

Pendapatan sekarang berkurang melebihi 1K sebulan bila aku berhijrah ke tempat baru ini. Tapi sekarang ini perbelanjaannya tetap juga sama tanpa ada yang berkurang. Kalau ikut logik, bila sudah begitu caranya, dengan pendapatan dulu aku boleh menyimpan sebanyak itu sebulan. Tapi tidak juga. Separuh dari jumlah itu adalah. Begitulah kan, kalau lebih ada saja salurannya. Semua yang berkehendak menjadi keperluan. Kalau berkurang tu pandai pula berbelanja dengan berhemah sehingga yang perlu pun boleh dianggap bukan keperluan.

Teringat pula kata-kata makcikku. Biasalah rezeki secupak takkan jadi segantang. Iyelah, kalau ada lebih tu, pasti ada saja perkara yang memerlukan perhatian dari wang lebihan itu. Tapi elok juga macam tu kan. Walau tak berlebih, tapi tetap juga tak berkurang. Yang penting cukup tanpa perlu meminjam dan boleh pula menyimpan.

Wednesday, March 2, 2011

Geng Baju Hujan (GBH)..

Pagi semalam hujan lebat waktu anak-anak mahu ke sekolah. Jadinya aku pun mengeluarkan baju hujan yang kami dapat semasa ke Moonsoon Cup di Terengganu tahun lepas dari simpanan. Sebab hujan lebat jalan di depan rumah sudah dipenuh dengan air. Jadinya bila van sampai, terpaksalah en.asben mendukung anak-anaknya yang sudah lengkap berbaju hujan tu ke dalam van sekolah. Punyalah taknak anak-anak kebasahan. Harap-harapnya bila sampai sekolah taklah basah sangat sebab dah lengkap berbaju hujan siap cover beg sekolah sekali. Tapi bila check semula balik sekolah semalam mereka kata mereka kebasahan juga. Pelik juga. Rupanya baju hujan tu mereka pakai sehingga dalam van sekolah saja. Bila tanya kenapa mereka kata baju hujan dah basah takkan nak terus pakai. He..he.. Itulah jadinya bila tak pernah pakai baju hujan.

ps : to en.asben thank you very much sebab sanggup kebasahan sebab dukung anak-anak dalam hujan semalam. Sayang u sangat. Kepada anak-anak pula ingat yer. Punyalah sayang ayah kat u all. So jangan lupa, kalau dah besar nanti belikan ayah kereta Aston Martin. Eh..eh.. jadi anak-anak yang soleh dan beriman pun dah cukup membahagiakan hati kami berdua.

Tuesday, March 1, 2011

Nak tegur serba salah.. tak tegur terasa bersalah..

Hujung minggu sudah, hari sabtu dan ahad kami ada jemputan majlis perkahwinan. Alhamdulillah, dua hari berturut-turut dapat makan nasi minyak. Tahniah untuk pasangan pengantin. Semoga kehidupan baru mereka ini sentiasa diberkati Allah. Hari sabtu itu kami memenuhi undangan perkahwinan adik jiran sebelah rumah di rumah keluarganya di Ampang. Hampir 1.30 th juga kami keluar dari rumah kerana menunggu Han yang ada Kem di sekolah sehingga tengah hari. Selepas melalui kesesakan sejak melepasi tol Sg. Besi akhirnya hampir pukul 3 ptg kami tiba di rumah pengantin.

Waktu itu tetamu masih ramai memenuhi khemah. Barisan untuk mengambil makanan juga masih tetap panjang lagi. Seketika kami menunggu untuk tempat kosong sebelum mengambil makanan. Sebab kami ramai makanya terpisahlah tempat duduk antara aku dan en.asben dan sebahagian dari anak-anak kami. Takpelah. Kami bukannya pengantin untuk makan semeja untuk majlis makan beradap pun. Jadinya semua itu kiranya no hal. Sejak sampai sehinggalah mendapat tempat duduk keadaan di dalam khemah agak binggit dek satu kumpulan yang duduk semeja betul-betul bersebelahan dengan mejaku. Gelak bukan main kuat. Berborak pula bagaikan mereka mahu seisi majlis itu mendengar cerita mereka. Aku, mak dan anak-anakku yang duduk semeja hanya berpandangan sesama sendiri melihat aksi mereka. Menoleh ke sebelah, tetamu lain yang duduk semeja juga bereaksi yang sama. Sempat juga aku mendengar dia menasihati anak-anaknya agar tidak berkelakuan sedemikian di majlis orang. Setelah seketika keadaan tetap juga sama. Orang yang sudah mengambil makanan masih ramai yang tidak lagi mendapat tempat duduk.

Terpanggil untuk menegur, tetamu yang duduk semeja itu mengamit keluarga tuan rumah. Mintalah mereka bangun dan beri tempat pada orang lain. Dah lama benar mereka tak bangun-bangun. Sudahlah keadaannya bising. Kasihan pada orang lain. Tapi mungkin kerana menghormati tetamu makanya pihak keluarga tuan rumah menunjukkan kengganan untuk berbuat begitu. Segan mungkin kerana bimbang tetamu yang merupakan teman-teman pengantin itu terasa hati pula. Selepas tetamu yang duduk di meja yang sama bangun en.asben mengambil tempat di sebelahku. Pada waktu itu meja di sebelah masih lagi dengan keriuhannya. Kali ini aku dan en.asben pula saling berpandangan. Sempat juga aku menceritakan tentang teguran tetamu yang duduk semejaku tadi., En.asben memaklumkan yang pakcik-pakcik yang duduk semeja dengannya pun ada yang mengeluh dengan tingkah mereka yang tidak menghormati majlis orang.

Kadang-kadang pelik juga dengan tingkah sesetengah orang kita ni kan. Hendak menegur kita segan takut menjatuhkan air muka mereka. Tapi mereka sendiri tidak segan untuk menjatuhkan air muka sendiri. Langsung tidak ambil kisah untuk menjaga perlakuan untuk menjaga tingkah di majlis orang. Kalau tidak menghormati tuan rumah pun, hormatilah tetamu yang lain. Kalau budak kecik bolehlah kita jentik dan jegilkan mata. Kalau dah dewasa ni patutnya sendiri mahu ingatlah kan. Tak ditegur semakin menjadi-jadi. Kalau ditegur nanti pandai pula nak terasa hati. Silap-silap kita pula yang di kata tiada budi pekerti.