Nuffnang

Friday, April 29, 2011

Dugaan sebelum bahagia..

Hari ini mood bercerita tentang perkahwinan. Semua ini kerana dari malam tadi dok melayan rancangan tentang perkahwinan diraja yang popular tu. Pagi tadi juga kat HotFM bercerita tentang perkahwinan juga. Oh, ye hari ini juga merupakan hari ulangtahun perkahwinan 2 teman blogger Yus & Ati Masrif dan hari kelahiran ayah seorang teman blogger dr hanie . Kalau nak bagi wish bolehlah berkunjung ke blog mereka.

Tahun lepas,  di penghujung April, keluarga kami juga sibuk dengan urusan perkahwiann adik bongsuku. Tapi sebelum majlis berlangsung, bertimpa-timpa dugaan yang diterima. Semakin dekat tarikhnya semakin banyak pula yang terjadi sehinggakan ramai orang dah geleng kepala dengan dugaan yang kami hadapi. Lepas satu-satu datangnya dugaan.

Disebabkan arwah ayah sudah tiada, makanya pakcik kami yang menjadi wali untuk kami adik beradik. Untuk urusan di pejabat agama memang tak berjalan lancar kerana pakcik kami tidak beberapa sihat. Beberapa kali dia terpaksa dimasukkan ke hospital. Selepas beberapa kali temujanji bersama kadi tidak menjadi akhirnya kadi menawarkan diri untuk berjumpa dengan pakcik untuk urusan pengesahan wali. Makanya kami membawa kadi ke rumah pakcik untuk urusan itu. Alhamdulillah, kadi itu amat memahami masalah kami.

Dua minggu sebelum majlis, adikku yang nak jadi pengantin tu pengsan di rumahnya dan dibawa ke hospital. Sebelum itu dia mengadu sakit perut yang teruk. Selepas di diagnose doktor kata adik aku ada masalah fatty liver. Esok paginya pula doktor kata adik aku ada appendiks dan perlu di bedah segera. Naik bengkaklah mata adik aku menangis. Dengan majlis yang tak beberapa hari lagi berlangsungnya, dia pula perlu di bedah. Mahu tak sedih.

Dalam pada menunggu bilik pembedahan kosong, petang itu doktor maklumkan adik aku tiada masalah itu dan pembedahan tidak perlu dijalankan. Dia juga dibenarkan keluar dari hospital. Macam pelik kan. Tapi itulah yang terjadi. Bila tanya semula, doktor kata memang tiada apa masalah, jadinya perlu apa adik aku dibedah. Walaupun masih sakit tapi melompat kegembiraan jugalah adik aku. Kami pula memang bersyukur sangat-sangat.

Bila perubatan moden mengatakan tiada apa, kami cuba pula usaha dengan perubatan islam. Menurut ustaz yang merawat adik aku terkena buatan orang. Macam guna santau angin gitu. Punyalah kami takut. Tapi nampaknya selepas rawatan adik aku nampak lebih segar. Bila adik aku dah sihat kami jadi takut juga manalah timbul pula perkara yang tak diingini waktu majlis nanti.

Bila bab adik aku dah reda, aku pula kena samun beberapa hari selepas itu. Bayangkan, bila nak kenduri tentulah banyak nak pakai duit untuk majlis. Aku pula kehilangan barang-barang peribadi. Walaupun tidaklah sebanyak mana, tapi memang terasa jugalah nak beli barang-barang yang baru mengantikan barang-barang yang hilang itu. 

Bila bab aku dah setel, adik ipar aku pula dimasukkan ke hospital kerana suspected denggi. Waktu tu memang soal majlis dah takde dalam kepala kami. Sudahlah suami adik aku yang pertama meninggal kerana denggi berdarah. Bila suami dia yang baru ini kena denggi juga mahunya kami sekeluarga tak trauma. Alhamdulillah, adik iparku sihat sepenuhnya dua hari sebelum majlis.

Bila semuanya dah selamat barulah urusan majlis mendapat perhatian kami. Malam sebelum hari nikah kami buat majlis doa selamat sikit sebagai tanda kesyukuran semuanya sudah selamat dan semoga majlis yang akan berlangsung berjalan lancar. Alhamdulillah majlis akad nikah dan majlis di rumah berjalan dengan lancar.

Keesokkan harinya majlis di Dewan Perdana Felda pula. Sejak tengah hari aku sekeluarga sudah berkampung di sana untuk mengatur tempat duduk dan urusan yang lain. Ingatkan segala dugaan dah selesai. Rupanya tak juga. Bayangkan hampir pukul 6 petang adik aku masih tidak dapat masuk ke bilik persiapan untuk pengantin. Ini kerana pengantin yang mengadakan majlis pada siangnya di situ tidak keluar-keluar dari bilik itu hanya kerana mahu bergambar.

Punyalah pentingkan diri. Langsung tak mahu ambil kira urusan orang lain. Kalau mereka bayar berpuluh ribu untuk majlis di situ, kami juga membayar jumlah yang sama. Boleh pula pengantin perempuan tu buat muka bila diminta beri kerjasama untuk mengosongkan bilik. Memang tak patut betul. Kalau mereka mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan mereka, orang lain juga mahukan perkara yang sama. Sudahnya merosakkan mood bahagia di majlis perkahwinan sendiri dan orang lain.

Tapi mujur kelewatan itu tidak menjejaskan majlis pada malam itu. Kelam kabut adik aku bersiap. Mujur wedding plannernya pro. Semuanya berjalan lancar selepas itu. Majlis berjalan santai. Tiada yang terlalu formal kerana kami mahu tetamu yang terdiri dari saudara mara dan rakan-rakan terdekat merasa selesa. Dan en.asben have done a good job ketika menyampaikan speech untuk pengantin dan para tetamu bagi pihak keluarga kami. Thanks sayang.

Sudah setahun rupanya semua itu berlalu. Alhamdulillah.. Happy anniversary untuk adikku Rit & J. Semoga kalian cepat dikurniakan dengan cahaya mata. Dan semoga rumahtangga kalian sentiasa dirahmati dan diberkati olehNYA.

Thursday, April 28, 2011

Bunjut dari kampung..

Tadi ketika ke blog yana rasa best sangat bila membaca ceritanya tentang dusun buah-buahan di belakang rumah emaknya. Seronoknya. Aku, walaupun selalu balik kampung, tapi kampung aku hanyalah rumah di kawasan perumahan. Jadinya takdelah dusun-dusun bagai. Kiranya nak bawak balik buah-buahan dari kampung memang kena beli di sepanjang perjalananlah nampaknya. 

Teringat pula cerita makcikku. Makcikku ini berkahwin dengan orang Portugis Melaka. Kami semua panggil Uncle Ray. Pakcik aku ni memang kuat melawak. Yang selalu jadi mangsa bahan lawaknya sudah semestinya makcik aku tu. Makcik dan pakcik aku ni tinggal di rumah flat. Jadinya kalau dari atas rumah memang selalulah dapat meninjau apa yang di bawah. Kadang tu bila orang balik dari kampung memang dapat lihatlah isi bonet kereta orang.

Satu hari ada jiran mereka balik dari kampung. Waktu itu memang mereka sedang melepak di luar. Jadinya dapatlah meninjau apa yang ada dalam bonet kereta jiran mereka. Dengan gaya nak mengusik pakcik aku pun mulalah nak menyakat.

P : You tengok, orang lain setiap kali balik kampung mesti bonet kereta penuh dengan buah. Penuh dengan bunjut-bunjut dari kampung. Kelapalah, pisanglah, durianlah... Balik kampung you dan dekat 30 tahun apa pun takde nak bawak balik.

M : Eh, you jangan banyak komplen yer. Apa pulak takde bawak balik apa-apa bunjut dari kampung I? Kan selalu bawak balik bunjut juga.

P : Mana ada bunjut?

M : Itu, bunjut kain baju kotor. Kan penuh kereta juga.

P : Ini orang aaaahhh... bunjut itu mahu buat apa.

Ha..ha.. selalu tu makcik aku yang terkena. Sekali tu pakcik aku punya turn pula.

Serba salah yang bawa masalah..

Bila dengan keluarga aku boleh cakap apa yang aku rasa. Tapi bila dengan orang luar aku ni jenis tak pandai nak cakap direct dengan orang. Kalau dah cakap sekali tu tapi masih tiada respond aku bagi klu pula. Bila dah bagi klu tetap tak jalan juga memang aku takkan tegur lagi.  Sebabnya aku takde kekuatan untuk buatkan orang terasa dengan tindakan dan kata-kataku.

Kadang tu pelik juga dengan orang yang tak mahu faham masalah orang lain. Takkanlah setiap kali kita nak ulang cakap perkara yang sama. Nak menegur selalu, sama-sama dah besar panjang. Patutnya bila dah cakap sekali tentunya dah boleh faham sendiri. 

Kadang tu sikap orang buat kita jadi serba salah. Sikap orang juga buatkan kita terbabit untuk dapat masalah. Mungkin pada mereka masalah orang lain bukan masalah mereka walaupun mereka turut menyumbang kepada masalah itu. Aku selalu rasa dalam dilema bila berhadapan dengan perkara macam ni.

Serba salah jadinya. Nak cakap salah. Tapi kalau tak cakap aku pula yang ditimpa masalah. Sedangkan segala cara yang terbaik untuk aku mengelak masalah itu sudah aku lakukan sebaiknya. Ataupun cara aku tak cukup baik lagi selagi aku tak mampu bertegas dengan kata-kataku terhadap mereka.  Aduh.. tak terluah rasanya untuk aku cakap direct. Tapi kalau dah terpaksa nampaknya aku terpaksa lakukan juga.

Wednesday, April 27, 2011

Dah ada pendahuluan...

Hari tu aku ada cerita yang bulan depan ialah bulan untuk renew road tax dan insurance kedua-dua kereta kami. Tak sangka pula yang sebelum itu dah ada upacara pembukaan. He..he.. semalam bateri kereta aku kong. Betul-betul 2 tahun servisnya selepas beli kereta. Betul-betul juga kat depan rumah lepas balik kerja. Alhamdulillah.. mujur dah sampai rumah. Kalau tidak muak juga aku nak uruskan.

Aku stop depan rumah nak buka pagar. Bila nak on enjin balik dah langsung tak boleh start. Remote pun dah tak function. Sebelum tu tak perasan pulak yang ada tanda-tanda weak. Punyalah pengguna kereta yang peka kan he..he.. Makanya tersengkanglah kereta aku kat tengah-tengah. Separuh kat area depan pagar rumah. Separuh lagi kat area jalan. Aduhai. Terganggulah sedikit lalu lintas sebab kereta aku menghadang jalan sebelum adik aku balik kerja dan bawak aku pergi kedai servis kereta depan rumah. Nak tunggu en.asben, dia balik lambat pula semalam. Jadinya terpaksalah handle sendiri.

Makanya semalam, sebelum duit  keluar untuk road tax dan insurance, dah keluar dulu wang pendahuluan 3 ratus. Merasalah kereta aku duit gaji baru en.asben yang aku pun tak rasa lagi tu.. hu..hu..

PS : Sekarang ini aku memang matikan enjin dan lock kereta setiap kali nak buka pintu pagar rumah. Pengalaman setahun lalu kena samun depan pagar rumah buatkan aku lebih beringat. Peringatan untuk semua juga ni. Sebab kadang tu kat depan pagar rumah pun masih tak selamat lagi. Makanya kena lebih berhati-hati, berwaspada dan beringat. Biar susah sikit asalkan tak mengundang bahaya dan perompak durjana. Yang penting diri dan harta kita selamat. Take care yer semua.

Tuesday, April 26, 2011

HANIS AZLA

Apa yang ada di dalam minda saya sekarang???  

Semestinya..


 HAN  


IS

AZ

&

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

 LA

(...maaf saya tak dapat izin nak letak gambar LA.. he..he.)

Monday, April 25, 2011

Masih ada negatif dalam positif itu..

Alhamdulillah.. malam ni sejuk hati ini tengok Is. Manakan tidak, tak payah suruh dia dah cakap, ma abang nak baca quran ye. Lepas baca quran tu aku tengok dia dok menghafal. Aku tanyalah abang hafaz apa? Dia kata hafaz ayat kursi.  Sebaik lepas menghafaz tu tak payah suruh lagi dah tahu nak terus solat isyak. Habis solat sebelum ajak Az masuk tidur dia dah suruh Az solat juga. Nampaklah tanggungjawabnya sebagai abang. Nak tidur pun tak payah panggil dah datang salam dan cium aku dulu. Sekarang ni dah ada kat atas katil aku dengar dia baca bermacam doa. Itu bab yang positif.

Tapi yang aku kena kawal dan ambil perhatian tu ialah bab berangin dia. Aduhai, memang tak sabar juga melihatnya. Pantang betul kita kata tak boleh, mesti dia nak terus sentap. Buat muka benggang dengan muncung panjang. Kadang tu mengamuk dan mengomel juga. Ada masa siap hentak-hentak kaki lagi. Macam tadi dah elok-elok nak mengaji, bila aku suruh ambil wuduk dulu dia macam memberontak. Sentaplah kejap. Tapi dia buatlah juga apa yang kita suruh tu. Lepas tu dia cool balik.  

Selalu macam tu. Aku tak tahu cara mana yang lebih elok. Kena bertegas atau terus cool layan sikap berangin dia tu. Bukannya apa, aku takut sikap beranginnya itu berterusan kalau tak ditangani dengan baik. Kalau boleh aku tak mahulah macam tu. Selalu juga aku cakap baik-baik. Bila cakap tu dia dengarlah juga. Tapi lepas tu datang angin dia jadi balik. U all ada cara terbaik tak untuk menanganinya? Kalau ada bolehlah berkongsi denganku. Mana tahu sikap yang negatif tu boleh terus menjadi positif. Aku tahu mesti ada jalan untuk mengatasinya. Tapi buat setakat ini aku tak jumpa jalan yang terbaik itu lagi.


Bukan cerita pasal murtabak..

Salam untuk semua.

U all suka makan murtabak tak? Aku suka sangat. Kalau kat pasar malam, murtabak tu selalu jual dalam lori kecil yang comel tu. Sebab dapur dia semua ada dalam lori tu. Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal murtabak. Tapi aku nak cerita pasal lori kecil comel tu. Sebab aku ada pengalaman dengan lori tu. Errr.. aku bukan penjual murtabak yer. Sebab nak buat murtabak untuk makan sendiri pun aku tak tahu. Jadinya nak jual apatah lagi. Nak minta resepi pun aku tak boleh bagi.. he..he..

Waktu dulu pakcik aku ada juga lori macam tu. Sebab pakcik aku tu pun peniaga makanan. Masa kecik-kecik dulu kalau nak pergi berjalan memang kena ikut pakcik dan makcik. Sebabnya arwah ayah meninggal waktu kami adik beradik masih kecil lagi. Jadinya kami memang tiada kenderaan sendiri. Kalau nak pergi mana-mana tu memang kena menumpang orang. Makanya Kalau pergi berjalan tu memang padatlah kereta makcik dan pakcikku jadinya sebab kami saja sudah empat orang.

Ada satu malam tu, kami sekeluarga melepak kat rumah makcik. Duduk rumah pun dah seronok tapi makcik aku dok kata kalau keluar tentu lagi seronok. So makcik aku ajak kami pergi KL. Nak tengok acara macam warna-warna Malaysia kat Dataran Merdeka. Bila dah kata nak berjalan tu, makanya semualah nak mengikut. Tapi kalau nak pergi semua memang tak muatlah kalau nak naik kereta. Walaupun kereta ada dua tapi yang boleh drive ke KL cuma pakcik aku sorang.

Jadinya fikir punya fikir makcik aku pun dapat satu idea. Bagus juga ideanya. Iaitu kami pergi menaiki lori comel lote tu. Nak berjalan punya pasal makanya memanjatlah kami naik lori. Duduk pun siap boleh belunjur kat belakang lori. Rasanya sepanjang perjalanan tu kerja kami ialah ketawa. Mana taknya, rasa macam lawak betul. Punyalah nak berjalan, sampaikan naik lori pun sanggup. Nasib baik lori tu comel. So terasa macam cutelah juga (ni statement nak sedapkan hati yer.. ha..ha..)

Sampai KL, pakcik aku park kat area Semua House. Masa nak turun tu kami teragak-agak juga sebab memikirkan malu. Sebabnya semua orang dah pandang-pandang. Bukannya sorang dua yang turun, Tapi segerombolan. Ada juga yang tersenggih-senggih memandang kami. Jadinya kami pun berbalas sengihan demi untuk menunjukkan kami cool. Sampaikan jadi hilang malu kami. Lagipun masa tu aku masih sekolah rendah lagi. Jadinya rasa malu pun tak berapa nak ada sangat.

Memang kami seronok tengok persembahan malam tu. Lagi seronok sebab kami dapat pergi beramai-ramai. Masa nak balik tu dah tak rasa malu dah nak panjat lori. Selamba aje kami panjat lori sampaikan dah tak perasan dah ada orang pandang ke tidak.

Eh, kenapa aku teringat pasal cerita ini yer? Agaknya sebab aku teringin nak makan murtabak kot. Jadinya teringatkan lorinya pun jadi he..he..  

Friday, April 22, 2011

Rezeki kau, kau makan.. Rezeki aku, aku makan..

Salam petang untuk semua. Minta maaflah yer. Agak kasar sikit tajuk entry ni. Tapi itulah kata-kata yang membuatkan hatiku selalu hilang rasa cemburu dengan rezeki milik orang lain. Kata-kata ni sebenarnya selalu keluar dari mulut seorang teman. Temanku ini setiap kali lepas keluar bonus atau increment, jarang benar nak compare-compare dengan orang lain. Orang dapat banyak ke, dia dapat sikit ke atau sebaliknya dia tetap cool. Takde nak banyak bunyi. Kalau orang lain ada barang baru pun begitu juga reaksinya. Dia sibuk merai. Takde nak kisah walau dia tak punya barang baru. Nak kutuk dan perli pun jauh sekali. Yang keluar dari mulutnya selalu hanyalah rezeki kau, kau makan.. rezeki aku, aku makan.. Apa ada hal.

Selalu dia cakap macam tu sampaikan aku pun dah naik hafal. Tapi aku rasa betul juga apa yang dikatakan tu. Buat apa nak cemburu dengan rezeki orang lain. Kalau kita dapat lebih kita bersyukur. Kalau kita dapat kurang pun, kita kena bersyukur juga. Sekurang-kurangnya tetap ada rezeki untuk kita. Sebabnya bila time kita dapat rezeki lebih dari orang lain tidak pula kita nak cemburu dengan orang yang dapat rezeki kurang tu. Tak pernah kan. Kalau kita tak dapat langsung, tak perlulah berduka nestapa. Mungkin lain kali ada rezeki untuk kita pula. Banyakkan berdoa. InsyaAllah, lepas ini giliran kita pula.

Alhamdulillah.. semalam ada rezeki untuk anak-anak. En.asben dapat salary adjustment. Bertambahlah sikit gajinya. Dapatlah dalam separuh gajiku. Wah separuh gajiku. Dengar macam banyak yer. Tapi sebenarnya tidaklah banyak mana sebab gajiku kecik saja. Tapi aku tetap bersyukur dengan gaji kecikku ini. Aku juga tetap bersyukur dan tersenyum lebar dengan pertambahan gaji yang diperolehi itu. Dalam pada itu aku tak rasa cemburu dengan gaji orang lain yang banyak. Malah aku suka dengar orang yang bergaji besar ni. Selalu seronok memikirkan bagaimana mereka nak membelanjakan gaji mereka yang banyak tu. Berangan guna duit gaji orang lain. Boleh? Boleh kot. Sebab aku tak usik pun duit orang. Aku tolong berangankan saja.. he..he..

Pada aku, rezeki itu satu nikmat yang perlu disyukuri. Bukannya untuk di bandingkan. Rezeki itu milik Allah. Kalau Allah beri kita terima. Sebab kalau Allah nak tarik balik. Bila-bila masa saja kita akan kehilangan rezeki yang kita perolehi. Tak kiralah dapat banyak ke. Dapat sikit ke. Yang penting kena pandai bersyukur. Cemburu jangan sekali. Serius. Cara temanku itu banyak mengajar aku untuk menghargai rezeki sendiri tanpa mengambil kisah rezeki yang diperolehi oleh orang lain. Kata orang perjalanan hidup kita seharian berdepan dengan orang lain itu satu pembelajaran. Aku mendapat pelajaran yang berguna dari temanku ini.  Dan rasanya pelajaran yang berguna itu tak salah kalau aku kongsikan bersama. Semoga ianya ada manfaat untuk orang lain juga.

Have a nice weekend.

Our wonderful Gift..

GOD granted my wish for having you,
and now through you GOD will give me another Gift...
Our wonderful Gift.. Thank you Allah.

Ayat yang di atas tu adalah sebahagian dari ayat dalam kad yang aku terima dari en.asben semasa aku mengandungkan anak sulungku Han. Kalau aku, selalunya lebih suka memilih kad yang penuh dengan kata-kata yang mengambarkan perasaanku. En. asben pula sukakan kad yang kosong. Makanya, kad dari en.asben untukku akan penuh dengan kata-katanya sendiri. Dan kata-kata yang ini sangat bermakna untukku dan sangat aku ingati sehingga kini. Thanks sayang.

Alhamdulillah, pada tanggal 22 April 1999, jam 9.05 minit pagi, aku selamat melahirkan bayi sulungku di Pusrawi Kajang. Kelahiran Han merupakan hadiah yang tak ternilai buat kami. Sekarang ini, Han lah satu-satunya anak perempuan kesayangan kami. Terima kasih Allah untuk anugerah yang indah ini. Hari ini genaplah 12 tahun umur Han. Terasa cepat  benar masa berlalu. (Tahun ini anakku akan mempunyai kad pengenalan sendiri).

Han suka sangat dengan tarikh hari lahirnya kerana ianya sama dengan tarikh Earth Day. Waktu dulu ada kempen satu kelahiran satu pokok oleh WWF. (Sekarang ada lagi ke? Aku tak pastilah pula). So, en. asben ada membelikan satu pokok untuk Han untuk ditanam sempena kempen itu di Bukit Jalil. Ianya merupakan hadiah hari lahir dan hari bumi untuknya. Ianya juga salah satu usaha untuk menyelamatkan bumi agar ianya kekal hijau. 

Happy "Bearthday" Han dari mama, ayah, adik & baby. Kami mendoakan segala yang terbaik buat Han. Semoga Han menjadi anak soleh yang beriman dan mendapat kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Semoga Han mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti. All the best to you my dear darling. We all love u so much.

PS : Selamat Hari Bumi untuk semua juga.

Thursday, April 21, 2011

Cerita hari Ahad...

Ahad lepas kami sekeluarga ke Taman Botani Putrajaya untuk sukan sekolah agama anak-anak aku. Selalunya sukan dibuat di area Bangi. Kiranya inilah first time sukan dibuat di luar Bangi. Dengarnya ada parents yang cadangkan dan aturkan semuanya untuk sukan itu di buat di Taman Botani tu. Baguskan macam tu. Aku, kalau sukan sekolah agama ni memang suka nak pergi. Sebabnya, anak aku sekolah kafa depan rumah. Makanya yang bersekolah di situ kebanyakkannya adalah jiran-jiran setaman juga. Jadinya kalau nak jumpa teman setaman, inilah masanya. Hari-hari tu asyiklah dapat angkat tangan say hi. Bila jumpa kat sukan dapatlah bertanya khabar dan berkongsi cerita.

So beramai-ramailah kami semua ke Putrajaya pagi ahad tu. Meriah sukannya. Guru-guru dan ibu bapa saling berkerjasama untuk meraikan anak-anak. Awal-awal lagi ustazah dah minta tolong aku untuk jadi pengadil bersama 2 orang ibu bapa yang lain. Bila orang dah minta tolong, takkan pula hendak menolak kan. Makanya berjemurlah aku kat tengah padang dari pukul 9 pagi sampai 12.30 tengah hari. Naik rentung jugalah kulit muka kena sun burn. Tapi takpe, semua tu takde hal. Bila lagi nak dapat pipi dan hidung merah macam clown.. he..he.. 

Selalu tu bila tengok dari tepi padang pandai aje mulut ni nak komen pengadil. Dok kata tak tengok betul-betullah. Orang lain patut menang orang lain pula yang dikatakan menang. Tapi bila diri sendiri yang kena tunggu di garisan penamat memang tak terkawal juga mata ni nak perhatikan semua. Hendak-hendak bila barisan paling hujung sana dan paling hujung sini sama saja lajunya menuju garisan penamat. Mencabar juga tugas tu. Dalam dok perhati pun boleh tersilap penilaian juga.

Lagi-lagi pula bila anak-anak ini minta nombor pada kita sebab mereka rasa mereka menang. Sedangkan tiga pemenang sudah ada. Iyelahkan budak-budak. Bila mereka sudah berusaha dengan bersungguh-sunguh, tentu saja mereka mengharapkan kemenangan. Sedih aje muka mereka bila kita kata ada orang lain yang dah sampai dulu. Ish.. itu yang aku tak sampai hati tu. Lain kali memang aku taknak jadi pengadil lagi. Tugas tu macam tak sesuai dengan aku.

Ada juga ibu bapa yang bersunggut bila anak-anak mereka tak menang. Mulanya aku ingatkan ibu bapa itu marahkan kami yang mengadil. Manalah tahu kalau penilaian kami tersilap atau terlepas pandang. Rupanya marahkan anak-anak mereka yang tak buat betul-betul. Aduhai.. rasa tak patut betul buat macam tu. Janganlah down kan anak. Kalau menang boleh sorak. Kalau  kalah pun patutnya kena supportlah juga kan.

Anak-anak aku, sebelum turun kereta en.asben dah warning awal-awal. Siapa yang buat hal kalau kalah memang kena. Kalau tak mahu kalah tak payah join sukan. Sebab dalam sukan mesti ada yang kalah dan ada yang menang. Jadinya kalau tak boleh nak terima kenyataan jangan masuk apa-apa acara. So, bila dah warning, takde siapalah yang berani buat hal. Alhamdulillah, Is menang untuk 2 acara. Han pula menang untuk 1 acara. Az tak menang apa-apa. Tapi dia dah suka sangat bila dapat goodies bag. Mamat tu memang macam tu. Dia relaks sokmo. Menang suka. Kalau kalah selamba.

Aku dapat lucky draw dan cenderahati jadi pengadil. Alhamdulillah. First time rasanya nama naik untuk lucky draw selepas 6 tahun. Jadilah, walaupun hadiah kecil, aku dah suka dah.

Wednesday, April 20, 2011

Bila orang memberi...

Salam pagi untuk semua. Dah breakfast ke? Alhamdulillah.. aku dah kenyang. Pagi ni emak goreng nasi goreng ikan masin. So aku bawa bekal. Sampai ofis dah ada bekal di atas meja. Nasi goreng juga. Yang ini my officemate Ika yang bekalkan. (Ika ni my silent reader juga). Thanks Ika. Rajin dia bekalkan sarapan untuk kawan-kawan sama. Sedap nasi gorengnya. Terima kasih daun keladi yer ika.. he..he..

Minggu lepas ada award dari teman blogger. Semalam pun ada juga. Wah.. sukanya. So, aku cadang nak gabungkan kedua-duanya dalam satu entry. Ini kerana aku mendapat award itu kerana aku pengunjung setia blog mereka disamping menjadi antara teman yang rajin tinggalkan komen di entry-entry mereka. Blog mereka berdua juga memang antara blog kunjungan harianku. Tak sangka pula. Keikhlasan dalam membuat kunjungan dan memberi komen dihargai. Terharu rasanya.


Award ni dari Yus. Teman blogger sebaya. Yus kata dia seronok bila dapat tahu yang kami sebaya. Kebetulan pula aku pun merasakan yang sama bila dapat tahu yang kami dilahirkan pada tahun yang sama. Award ni untuk top 3 pengomen terbaik di blognya. Terima kasih banyak yer Yus untuk award ini. Terima kasih juga kerana selalu mengunjungi blog saya dan sudi tinggalkan komen di entry-entry saya. Terima kasih untuk persahabatan ini. Semoga Yus dan keluarga berbahagia selalu dan sentiasa mendapat rakmat dariNYA.


Award yang ini pula dari Yana. Thanks yana untuk award ini. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat dan sudi selalu berkunjung dan tinggalkan komen Yana di sini. Hari ini juga merupakan hari jadi Yana. Kebetulan pula sama tarikhnya dengan adikku Fid. Tapi umur Yana lebih muda. Jadinya di sini akak nak ambil kesempatan untuk ucapkan Selamar Hari Lahir untuk Yana. Semoga Yana sentiasa mendapat keberkatan hidup, umur, rezeki dan kebahagiaan hidup bersama keluarga tersayang.

Itulah adatnya kan. Bila orang memberi, kita pula menghargai. Terima kasih juga untuk teman-teman yang selalu sudi berkunjung ke sini. Minta maaf yer, tiada award pula untuk diberi. Tapi yang pasti, kunjungan anda amat saya hargai dan ianya membuatkan saya rasa amat berbesar hati. Have a nice day!




Tuesday, April 19, 2011

Begitulah hati emak...

Hari sabtu dan ahad lepas emak bermalam di rumah adikku. Ini kerana suaminya tiada di rumah kerana ada urusan di Terengganu. Jadinya tentulah dia mahu emak menemaninya dan anak-anak.  Semasa emakku di sana, adikku ada beli durian. Kata emak sedap benar duriannya. Iyelah kalau 3 biji harganya hampir 50 ringgit tentulah sedap.

Semalam semasa emak menemaniku untuk mengambil Han balik dari tuisyen, sibuk benar emak mengajak aku berhenti di gerai durian. Aku tanyalah siapa yang hendak makan sebab baru lagi emak makan durian. Biasalah orang tua, penyakit pun ada. Jadinya kalau perlu, aku memang mengawal sikit permakanan emak. Kalau emak teringin tu memang aku layankan juga. Emak kata dia pun tak mahu makan lagi.

Tapi beria juga emak mengajak aku singgah. Saja nak beli untuk kami katanya. Jadinya aku pun berhenti di satu gerai durian berhampiran kelas tuisyen Han. Waktu dah tengah malam, durian yang tinggal tentulah yang mahal-mahal saja. Aku cakap dengan emak, kalau mahal macam tu tak payahlah. Sebab kami tak rasa nak makan durian pun. Kalau kami nak makan dan kalau emak nak makan lagi nanti kami boleh belikan sendiri.

Emak pun kata okey. Dalam perjalanan menuju ke rumah, emak minta aku berhenti di satu gerai durian lagi untuk bertanya harganya. Aku ikutkan saja. Gerai yang ini harganya tidaklah semahal gerai yang pertama. Jadinya memang emak nak beli jugalah. Sebab emak nak belanja makanya aku kata beli sebiji pun cukuplah. Tak mahulah menyusahkan emak.  Lagipun emak dah kata emak tak mahu makan. Sebiji tu dah cukuplah untuk kami. Lagipun anakku Is memang tak makan durian. Han pun kata dia taknak banyak. Cuma nak makan seulas saja.

Balik rumah sibuk emak suruh aku panggil en.asben dan anak-anak makan. Memang sedap duriannya. Walaupun cuma 7 ulas isinya tapi memang puas kami makan sebab isinya tebal dan rasanya sangat sedap. Lemak, manis, pahit saling bersatu. Nampak puas wajah emak. Katanya masa makan durian yang sedap kat rumah adik emak teringatkan kami. Itu yang emak nak belikan sangat untuk kami. Biar kami dapat makan durian yang sedap juga.

Itulah hati seorang emakkan. Anak-anak sentiasa ada dalam ingatan. Makan yang sedap sikit pun masih teringat anak-anak. Sedangkan bukannya kami tak mampu nak beli sendiri. Tapi tetap juga emak nak belikan untuk menjamu kami. Terima kasih emak. Sayang emak sangat-sangat.

Saturday, April 16, 2011

Biar rapat menjadi erat..

Pagi tadi kami sekeluarga menghantar dan menemani sepupuku ke temuduga untuk pengajian TESL di UITM Shah Alam. Memang sekarang ini musim temuduga untuk kemasukan ke universiti kan.  Sepupuku ini dari Taiping. Ibunya sudah meninggal dunia. Ayahnya pula tidak dapat menghantarnya. Jadinya sebagai sepupu yang tua, menjadi tanggungjawab akulah untuk menemaninya. Tambahan pula kami tinggal di sekitar kawasan itu. Jadinya tidaklah berat sangat untuk kami menguruskannya.

Tiga empat orang juga yang bertanya kami menemani siapa. Iyelah, rasanya kami antara yang muda menemani bakal pelajar di situ. Jadinya tentulah nampak pelik kalau nak kata kami menemani anak sendiri.  Bila aku katakan yang aku menemani sepupu, mereka bagaikan tidak percaya. Ibu bapanya mana? Soal mereka.

Rasanya kalau aku katakan aku menemani adik sendiri, tentunya tiada yang pelik. Tapi bila kata sepupu macam jauh benar hubungannya. Tahun lepas bila aku dan en.asben menemani sepupuku untuk majlis konvokesyennya di Bandung, memang ramai juga ibu bapa lain yang tertanya-tanya. Kenapa kami yang menemaninya? Macam tak sesuai pula untuk menemani sepupu. Mungkin pada mereka, kalau menemani adik beradik sendiri takpe juga.

Sebenarnya, hubungan aku dan adik beradikku dengan sesetengah sepupu memang rapat. Kami bagaikan adik beradik sendiri. Jadinya kalau ibu bapa mereka tidak dapat menemani untuk majlis tertentu, memang kami adik beradiklah yang akan mengambil tanggungjawab itu. Mungkin kerana kami hanya bertiga. Jadinya bila boleh rapat dengan sepupu, terasa bagai kami mempunyai ramai adik beradik. Sepupu yang rapat itu pun ada yang dari sebelah ayah dan ada juga yang dari sebelah emak.   

Mungkin pada orang lain, sepupu tidak seperti adik beradik sendiri. Tapi pada kami pula, sepupu itu dah macam adik beradik kami juga. Mungkin kami sudah terikut dengan cara emak dan ayah kami. Emak dan ayah kami memang jenis yang rapat dengan sepupu. Memang kalau tak tahu, orang akan ingat sepupu emak dan ayah aku itu adik beradik mereka sendiri. Sebab kemesraan dan hubungan yang terjalin memang nampak rapat. Bila dah rapat tentulah hubungan menjadi semakin erat. Bila dah erat, yang jauh pun jadi dekat.

Friday, April 15, 2011

Alhamdulillah.. aku gembira sangat..

Salam hari jumaat yang mulia untuk semua. Alhamdulillah.. Syukur di atas kurnianNYA. Terima Kasih Allah. Hari ini hari yang ceria buatku. Sebenarnya sejak petang semalam lagi mood ceria itu bertandang. SMS yang diterima membuatkan aku tersenyum lebar. E-mail yang menyusul selepas itu menambahkan keserian senyuman lebarku.

Tahun lepas, diwaktu awal-awal aku berblogging, aku ada buat entry mengenai penantian satu penyiksaan yang ada kena mengena dengan perkara ini. Setelah berbulan-bulan berlalu, aku hampir terlupa tentang perkara yang aku tunggu itu. Tapi untuk seminggu dua ini aku kembali teringatkannya. Entah kenapa aku terfikirkannya kembali. Mungkin kerana gerak hati kot kerana berita yang aku nanti-nantikan itu aku terima dalam masa terdekat.

Rasanya sepanjang pemanduan pulang ke rumah semalam, aku banyak menghulurkan senyuman kepada pemandu yang memandu di sebelah. Iyelahkan, kalau tersenyum sorang-sorang tentulah nampak pelik. Sungguh, aku tidak dapat hendak sorokkan kegembiraanku itu. En.asben menyambut berita itu dengan gembira. Anak-anak juga begitu. Bila aku sebut mama dapat saja anak-anak sudah bersorak gembira. Mereka sudah dapat mengagak berita itu yang mahu aku kongsikan. Kami berkongsi rasa yang sama kerana mereka tahu berita itu merupakan salah satu daripada impian hidupku. Jadinya bila aku memperolehinya, tentu saja mereka juga turut bahagia.

PS: Perkara ini mungkin hanya perkara biasa bagi orang lain. Tapi buat aku, perkara ini amat bermakna. InsyaAllah, jika tiada aral melintang, jika ianya menjadi kenyataan, salah satu dari impianku telah tertunai. Andai ada rezeki, akan aku kongsikan perkara itu bersama anda semua.

Thursday, April 14, 2011

Siapa guna siapa..

Pernah rasa diri diambil kesempatan oleh orang lain atas kebaikan kita? Tentu saja pernah kan. Kalau tidak pernah tu beruntunglah. Pandai betul menjaga diri dari menjadi mangsa orang lain. Tapi kadang tu kita merelakan orang mengambil kesempatan ke atas kita kerana kita juga punya kepentingan. Dalam kata lain kita tak rugi apa-apapun malahan ada juga faedah untuk diri kita juga.

Bila terasa perlu untuk ambil kesempatan ke atas orang lain kita rasa bersalah tak? Selalunya kita jarang rasa bersalah bila kita merasakan kesempatan itu memberi faedah untuk orang lain juga. Bila yang mengambil kesempatan itu adalah diri kita sendiri tentu saja kita merasakan semua itu tiada salahnya. Seboleh mungkin mahu yakinkan diri yang bukan kita saja yang menerima manfaatnya. Tapi kedua-dua pihak juga menerima kebaikan yang sama.

Hidup ini saling perlu memerlukan. Kita tak boleh hidup sendiri tanpa bergantung dengan orang lain. Jadinya tak kiralah siapa guna siapa. Bila kita pernah gunakan orang lain untuk kepentingan kita. Janganlah pula kita rasa tak puas hati bila orang lain gunakan kita pula. Itukan adat dunia. Mana boleh kita saja yang boleh dan orang lain tidak. Semua orang seharusnya mendapat peluang yang sama.

Padaku, asalkan saja sesuatu itu tidak menyusahkan diri sendiri apatah lagi orang lain makanya tiada apa yang tidak kena. Yang penting orang lain tidak tertindas dengan tindakan kita. Dan bukan kita saja yang mendapat kebaikannya. Dalam dunia hari ini, kita perlu pandai mengambil kesempatan yang ada. Sebabnya kadang kala kesempatan yang ada bukannya sentiasa ada buat kita. Jadinya bila kesempatan itu datang, rebutlah sebaiknya. Dan bila kesempatan itu bukan untuk kita, maka terimalah dengan hati terbuka.



Wednesday, April 13, 2011

Teringinlah pulak..

Aku  ni bab-bab makan memang selalu benar teringin. Bila teringin tu pula memang rasa tak sempat-sempat lagi. Kalau tak dapat hari ni. Tunggu esok. Kalau tak dapat esok tunggu hujung minggu. Yang pastinya mesti nak dapatkan juga. Sejak berblog ni lebihlah lagi penyakit teringinnya. Bila sana-sini orang bercerita tentang makanan dan siap tempek gambar lagi semakin bertambah-tambahlah penyakit teringin aku tu. Pantang orang review tentang makanan atau restoran, mesti punya dalam banyak-banyak tu ada yang aku tergoda untuk teringin merasa sama.

Hari tu teringinkan Big Apple Donut. Macam tadi tengok soto kat blog mamalieyna, aku pun nak soto juga. Makanya pergilah mencari soto untuk makan tengah hari tadi. Macam sebelum ni semua orang sibuk dengan kek Red Velvet. Aku pun teringin juga nak merasa. Mujur ada isteri officemate aku ada buat jual kek itu. Jadinya bila dapat tahu aje dia boleh buat, aku pun tak bertangguh terus order. Siap officemate aku tu pun macam pelik. Tak tengok gambar, tak pilih design, baru dengar cerita aje aku dah terus order. Bila tanya nak yang macam mana pun aku cakap tak kisah. Yang penting aku dapat rasa kek Red Velvet tu. Punyalah teringin.

Bila fikir balik rasa bersyukur sangat-sangat. Alhamdulillah.. ada rezeki untuk menikmati apa yang aku hajati. Mujur penyakit teringin aku hanya kepada makanan yang mudah untuk mendapatkannya dengan kata lain jenis yang mampu milik. Kalau teringin aku kepada perkara yang aku tak mampu tentu susah juga jadinya. Dahlah selalu tu tak menyempat. Tentu jadi masalah kepada aku juga nanti.

Setakat ni untuk barang-barang branded aku tak pernah teringin. Ada kesedaran diri yang lebih agaknya. Tak mampu buat cara tak mampu kan. Tak perlu nak ikut rentak orang. Makanya bila orang ada barang branded yang mahal aku tumpang suka. Kalau memang barang tu aku rasa cantik boleh tumpang puji juga. Bila takde keinginan makanya rasa cemburu pun tiada. Secara tak langsung kuranglah penyakit hati.

Rasanya sejak sekian lama,  barang-barang yang aku benar-benar teringin selain dari makanan ialah Sony Handycam dengan Lappy aku. Memang untuk 2 barang tu aku memang tak bertangguh tarik tangan en.asben ajak pergi beli. Sebab memang teringin sangat, makanya keluar duit lebih sikit dari biasa untuk membeli sesuatu barang itu memang menjadi satu kepuasan. Nasib aku tak teringin DSLR bila Handycam dah out of trend. Kalau tak, duit gaji sikit siapalah yang susut agaknya. Aku jugak. (Ceh..ceh.. bunyi macam isteri yang tak menyusahkan suami kan padahal.. he..he..)

The Man Rules...

At last a guy has taken the time to write this all down. Finally, the guys' side of the story.  (I must admit, it's pretty good.) We always hear " the rules" From the female side. Now here are the rules from the male side.

These are our rules!
Please note.. these are all numbered "1 " ON PURPOSE!

1. Men are NOT mind readers. (FIRST & FOREMOST RULE)

1. Learn to work the toilet seat. You're a big girl. If it's up, put it down. We need it up, you need it down. You don't hear us complaining about you leaving it down.

1. Sunday sports or news, It's like the full moon or the changing of the tides. Let it be.

1. Crying is blackmail.

1. Ask for what you want. Let us be clear on this one: Subtle hints do not work! Strong hints do not work!
Obvious hints do not work! Just say it!

1. Yes and No are perfectly acceptable answers to almost every question.

1. Come to us with a problem only if you want help solving it. That's what we do. Sympathy is what your girlfriends are for.

1. Anything we said 6 months ago is inadmissible in an argument. In fact, all comments become Null and void after 7 Days.

1. If you think you're fat, you probably are. Don't ask us.

1. If something we said can be interpreted two ways and one of the ways makes you sad or angry, we meant the other one

1. You can either ask us to do something Or tell us how you want it done. Not both. If you already know best how to do it , just do it yourself.

1. Whenever possible, Please say whatever you have to say during commercials.

1. Captain Cook did NOT need directions and neither do we.

1. ALL men see in only 16 colors, like Windows default settings. Peach, for example, is a fruit, not A color. Pumpkin is also a fruit. We have no idea what mauve is. 

1. If it itches, it will be scratched. We do that.

1. If we ask what is wrong and you say "nothing," We will act like nothing's wrong. We know you are lying, but it is just not worth the hassle.

1. If you ask a question you don't want an answer to, Expect an answer you don't want to hear.

1. When we have to go somewhere, absolutely anything you wear is fine. Really .

1. Don't ask us what we're thinking about unless you are prepared to discuss such topics as Football or Cars.

1. You have enough clothes.
1. You have too many shoes.

1. I am in shape. Round IS a shape!

1. Thank you for reading this. Yes, I know, I have to sleep on the couch tonight; But did you know men really don't mind that? It's like camping.

Got this email from en.asben. I have a big laugh after reading this. Hope u all have a bigger laugh. Cheers.

PS : ada sesiapa yang nak menyokong atau menafikan ke? he..he..

Tuesday, April 12, 2011

Berderetlah pulak...

Rasa macam baru aje renew road tax dan insurance kereta. Ini dah tiba masanya untuk renew lagi. Minggu lepas dapat surat untuk renew yang pertama. Minggu ni dapat surat untuk renew yang kedua pula. Aduhai berderet-deretlah pulak. Awal bulan depan satu. Tengah bulan depan lagi satu. Nasib baik dua aje. Kalau lebih dari tu mahu pening juga kepala. Tapi bila dah ada komitmen untuk memiliki kereta hal road tax dan insurance memang kena ambil kira juga kan.

Bila dah settlekan road tax dan insurance untuk tahun tertentu, mulalah berazam. Bulan seterusnya nak buat tolakkan khas sikit-sikit setiap bulan bagi  bayaran untuk road tax dan insurance untuk tahun yang berikut. Maknanya adalah sedikit peruntukan untuk pembiayaan itu. Tapi selalunya tak menjadi. Bila nak bayar road tax dan insurance untuk tahun  depannya, kenalah juga membuat pengeluaran he..he..

Selalu juga orang kata, kalau nak beli kereta kena pandai merancang. Biar waktu untuk memperbaharui road tax dan insurance tidak membebankan. Contohnya jangan berderet tarikh pembelian kereta macam kes aku ni. Lagi satu lebih bagus kalau membeli kereta time bulan nak dapat bonus. Jadinya bila nak memperbaharui road tax dan insurance memang boleh guna duit bonus tu saja. Tak perlu nak pening-pening. 

Tapi selalunya bila time nak beli kereta baru, memang lupa semuanya. Yang penting cepat-cepat dapat kereta baru. Lepas tu bila time road tax dan insurance expired macam ni barulah teringat semula. Kenapalah tak ikut tips yang pernah diberikan tu.

*Budget untuk road tax dan insurance ni kalau buat budget untuk persiapan raya memang dah lebih dari cukup ni.. hu..hu.. Takpe-takpe. Utamakan yang lebih utama (Biarlah ku pujuk hatiku sendiri.. he..he..)

Monday, April 11, 2011

Keutamaan yang berbeza..

Terasa segan sendiri pula bila asyiklah bercerita pasal iron baju. Rasanya dah berapa kali dah aku buat entry mengenai iron baju ni. Sedangkan orang lain pun buat juga kerja tu. Takde pun nak kecoh macam aku. Tapi entahlah. Pada aku memang iron baju agenda penting dalam urusanku. Sebelum en.asben tegur lebih baik aku buat penerangan dulu (Kalau orang lain tegur aku takde hal. Tapi kalau en. asben yang tegur memang boleh sentap jadinya he..he..)

Setiap orang punya keutamaan pada sesuatu perkara kan. Macam aku off courselah iron baju tu paling utama. Kalau nak keluar, perkara pertama yang aku perlu ambil kira ialah baju yang perlu di iron dah settle ke belum. Hal yang lain-lain tu aku memang boleh kompromi. Teringat ada seorang teman di ofis lama. Keutamaannya ialah packing baju. Kalau dia mahu ambil cuti untuk balik kampung atau berpergian ke mana-mana, dia mesti akan ambil kira masa untuk packing juga sebab pada dia packing baju dan barang-barang itu penting. Sampaikan teman sepejabat semua dah arif. Kalau tahu dia hendak bercuti mesti ada mulut-mulut yang bertanya dah siap packing dah ke?

Kalau emak aku pula, basuh kain dan sidai kain paling utama. Kalau nak tinggalkan rumah, emak mesti make sure takde kain kotor yang berlambak ditinggalkan. Sebabnya emak tak mahu nanti bila balik berjalan kain baju yang tak berbasuh jadi menimbun pula. Jadinya bila nak berpergian, memang awal-awal lagi dah kutip baju kotor dulu untuk disettlekan. Lepas tu penuhlah kain bersidai dalam rumah. Balik berjalan pula memang masukkan kain dalam mesin menjadi perkara utama yang emak akan lakukan.

Makcik aku pula keutamaannya ialah menyapu rumah. Masuk rumah dia akan menyapu. Sebelum tinggalkan rumah dia akan menyapu. Kadang rasa nak tergelak juga sebab macam baru lagi menyapu dah menyapu lagi. Mulutnya pula akan riuh kalau penyapu dan pengautnya hilang. Sebab dia tak selesa kalau lantai tak bersih. Perkara lain memang dia tolak tepi. Asalkan saja  rumah dah siap di sapu.

Lain orang lain keutamaannya kan. Ada yang rasa memasak perkara utama.Ada yang rasa membasuh perkara utama. Banyak orang banyak ragam. Jadi  tak bolehlah kita nak kecilkan keutamaan orang hanya kerana pada kita perkara itu tak penting. Keutamaan kita kan berbeza-beza. U all pulak apa keutamaanya yer. Best juga kalau dapat berkongsi bersama.
  

Sunday, April 10, 2011

Appointment wajib di hujung minggu..

Hari jumaat tak berapa sihat. Semalam dah okey sikit tapi penuh pula aktivitinya disamping melayan mood tak sihat lagi. Alhamdulillah, hari ni dah sihat. Tapi aktiviti masih penuh juga. So sebelum aktiviti bermula ada perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum menjelang tengah hari. Dan perkara itu semestinya iron baju sekolah, baju kerja dan baju nak keluar nanti. Semalam dok melayan habuk dan sampah. Hari ni dok melayan baju dan seluar pula. Biasalah, aktiviti wajib di hujung minggu. Terpaksalah ambil takhta bibik he..he..

Minta maaf yer kawan-kawan. Tak sempat nak pergi melawat. InsyaAllah, nanti-nanti, esok-esok kalau free kita cover balik. Have a nice weekend. See you later. My appointment dengan mr. iron dan mrs. iron board dah due ni...    

Thursday, April 7, 2011

Kata-kata yang berulang..

Kenapa beg sekolah ni ada kat tengah pintu?
Kenapa songkok ni ada kat tangga?
Kenapa baju kotor tak masuk dalam bakul?
Kenapa towel bersepuk atas katil?
Kenapa dalam almari baju ni bersepah?
Kenapa sampah ada atas lantai?
Kenapa buku bersepah atas meja?
Kenapa katil berselerak?
Kenapa hanger ada kat merata tempat?

Rasanya setiap hari aku akan ulang sebut perkara yang sama. Bila balik kerja kat tingkat bawah memang dah sedia kemas dan teratur. Maklumlah emak aku kan tinggal sekali. Jadinya kalau rumah bersepah memang mulut neneknya akan riuh punya. Jadinya anak-anak memang jaga betul kalau kat bawah tu takut neneknya bising. Tapi emak aku jarang naik ke tingkat atas. Makanya kalau kat atas tu memang lintang pukang sebab tiada yang monitor time aku kerja. Selalunya memang aku dah tarik nafas panjang-panjang sebelum naik ke tingkat atas. Sebabnya elok aje aku naik level anak tangga yang tak dapat dilihat dari bawah memang mata aku dah tangkap permandangan yang menaikan darah. Pandai betul dia orang cover mata nenek. Aduhai anak. Agaknya selagi tak besar selagi itulah kena mengulang cakap perkara yang sama.

Aku tak campur..

Masa zaman sekolah, dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah aku memang tak ramai kawan. Aku cuma berkawan dengan kawan-kawan baik aku dan teman sekelas saja. Dengan orang lain cuma setakat senyum dan say hi macam tu saja. Takde nak rapat-rapat. Sudahya bila lepas sekolah waktu kawan-kawan baikku semua sibuk dengan urusan mereka masing-masing dan teman sekelas ramai yang lost contact aku terus jadi tiada kawan untuk keluar dan berkongsi cerita. Nasib baik waktu tu aku dah ada en.asben sebagai pakwe  he..he.. Tapi pengajaran yang aku dapat waktu itu ialah aku kena pandai berkawan dan bercampur dengan semua orang. Bukan dengan certain-certain orang saja. Dan sekarang ni Alhamdulillah. Aku dah mula ada ramai kawan yang rapat. Dan aku tak lagi hanya mengharapkan kawan-kawan baikku saja walaupun mereka tetap masih yang terbaik. Mempunyai ramai kawan sekarang ini merupakan sesuatu yang terbaik juga buatku. Terima kasih untuk semua yang sudi menjadi temanku. Aku sayang kalian semua.

Jadinya bila waktu tak punya ramai kawan, tentulah aku tak suka dan kalau boleh memang nak elakkan dari berbalah sesama sendiri. Dan bila teman-teman baikku ada perselisihan faham, tentu saja aku yang pertama angkat tangan kata aku tak campur. Bila mereka dah berbaik selalu saja mereka komen tentang sikapku yang begitu. Macam aku cuba nak lepaskan diri. Sebenarnya aku bukan nak lepaskan diri. Cumanya aku tak mahu memburukkan keadaan. Kalau aku join sama dah tentu aku terpaksa memilih salah seorang dari mereka untuk aku sokong. Dan bila aku tak tahu untuk menyebelahi siapa tentunya aku akan membuat penilaian yang tak betul yang boleh menguris hati mereka yang tidak disokong pula. Pastinya juga setiap mereka merasakan mereka di pihak yang betul. Maka sebab itulah aku tak mahu ikut campur.

Sekarang ini setelah berbelas tahun berlalu aku masih lagi begitu. Ada yang menegur kata aku ni selalu tak campur urusan orang. Kalau orang bercerita aku sekadar mendengar. Nama aku nak jadi nasi tambah semestinya tidak. Bukan kata tak menambah, menyampai-nyampaikan cerita pun rasanya aku tak pernah. Aku tak suka begitu. Hal orang lain memang tak pernah menjadi hal aku. Bukan tak mahu ambil tahu tapi aku rasa semua itu tidak perlu. Aku tak mahu campur tangan kita hanya akan memburukkan keadaan. Bukannya nak melepaskan diri dan mementingkan diri. Tapi aku rasa semua itu amat tak perlu. Lebih-lebih lagi bila kita tiada kaitan langsung dengan konflik antara mereka. Bukan apa, takut-takut bila mereka dah berdamai, kita pula yang dipinggir hanya kerana campur tangan kita tak membantu langsung untuk menyelesaikan masalah mereka.

Bila berdiam itu lebih baik, rasanya pilihlah untuk berdiam saja... Alamak kenapa rasa macam nak berpantun ni. U all layankan ajelah yer..

Persahabatan itu sesuatu yang indah,
Jangan rosakkannya hanya kerana sedikit sengketa;
Kalau berdamai itu boleh menyelesaikan masalah,
Maka, janganlah terus bermasam muka....

Peace...

Wednesday, April 6, 2011

SEGMEN 4 : ALAMAK! ENTRY DIA NI MEMANG BEST!

Join segmen lagi. Kali ni segmen ke 4 dari Liza@Adzriel AB. Dah 4 segmen dah Kak Liza buat. Tapi aku baru sempat join sekali.  Minta maaf yer kak. Takde kesempatan untuk join sama. Bukan tak berminat. Kalau boleh nak join semuanya tetapi apakan daya. Sebab Kak Liza merupakan teman blogger yang sangat rajin promote blog aku makanya untuk segmen yang ini aku memang nak join lagi. Thanks akak. Semoga akak terus success hendaknya.

 

Segmen ini hanya memerlukan kita letak 3 link entry yang kita suka sangat dari 3 blog yang berbeza ke dalam entry kita. Kalau nak di ikutkan banyak entry blogger lain yang aku suka. Jadinya agak sukar juga untuk membuat pilihan. Makanya aku senaraikan 3 entry yang aku baru baca hari ini dan aku menyukainya kerana ianya best dan menarik padaku.

Aku suka entry ni kerana ianya sangat bagus untuk aku memuhasabah diri.

Aku suka entry ni kerana tips yang diberikan sangat bagus untuk orang yang sering ketandusan idea untuk menulis macam aku.

Aku suka entry ni sebab ianya berkisar soal gemuk dan kurus.

Ini entry-entry pilihanku. Kalau u all nak join sama boleh klik sini untuk syarat-syaratnya. Tarikh tutup segmen : JUMAAT, 8 April 2011 @ pukul 10.00 pagi. Masih sempat lagi ni. So kalau ada kesempatan boleh join sama. Nak tahu juga entry-entry yang u all suka.

Tuesday, April 5, 2011

Sampai bila nak sampai..

Dah selalu benar jadi macam ni. Dah kerap sangat. Tak improve langsung servisnya. Macam mana nak galakkan orang gunakan perkhidmatan awam. Servis masih tak bertambah baik. Makin teruk tu adalah. Walaupun bukan aku yang kena tapi bila dah selalu dengar cerita, aku pun turut jadi tak puas hati juga.

Bayangkan, keluar ofis pukul 6 petang dari KL. Sampai rumah di Bangi pukul 8 malam kerana tren komuter yang bermasalah. Aduhai.. sangat buang masa tersadai dalam tren yang ada masalah dipertengahan jalan. Dengan panasnya. Dengan sesaknya dengan penumpang yang padat. Nak elakkan kesesakan jalanraya, naik tren pun tak boleh menyelamatkan keadaan. Makin lambat tu adalah. Perjalanan 40 minit menjadi sejam lebih.

Kalau sesekali mengalaminya bolehlah kita terima sebagai masalah teknikal. Tapi bila dah selalu berulang, bukan ke maknanya tiada penambahbaikan yang dilakukan. Sampai bila agaknya penumpang -penumpang komuter kena hadapi masalah ini.  Tentu jadi stress bila masalah macam ni terus berulang, berulang dan berulang.

Kesian en.asben. Sudahlah kalau naik tren tu lebih selalu berdiri dari duduk. Mana nak dengar bebelan yang berulang dari orang yang tak puas hati dengan servis. Sedangkan omelan itu diluahkan sesama mereka yang tak boleh nak membantu menyelesaikan masalah pun. Kalau komplen direct dengan pihak KTM takpe juga. Rasanya semua yang menggunakan perkhidmatan itu tidak puas hati. Jadinya kalau setakat menambahkan kebingitan, berdiam itu pastinya lebih baik.

*Harap-harap servis komuter akan bertambah baik dan meningkat mutunya. Bukan untuk keselesaan en.asbenku saja. Tapi untuk kesenangan dan kemudahan penumpang-penumpang lain juga.  Sampai bila nak terus begini. Sampai bila nak sampai destinasi kalau macam ni. Asyiklah rosak.. rosak.. rosak..

Kena sumpah dek baju..

Tiap kali raya, koleksi baju kurung mesti bertambah. Tiap kali keluar ke shopping complex kalau ada baju yang berkenan mesti beli punya walaupun takde occasion. Kononnya nak menambah koleksi baju kerja. Tapi tiap hari nak pergi kerja mesti menung juga depan almari. Tak tahu nak pakai baju apa. Kalau tak menung tu mesti pilih baju feveret. Jadinya asyiklah pakai baju yang sama berulang-ulang.

Emak aku selalu tegur kata asyik-asyik pakai baju yang sama. Kalau baju yang satu tu aku berkenan sangat, memanglah pergi kerja pakai baju tu. Pergi wedding atau kenduri pun pakai baju tu juga. Macamlah takde baju lain. Tapi almari dah penuh juga takde tempat nak gantung. So emak aku buat conclusion aku dah kena sumpah dengan baju. Asyik memilih dan asyik nak pakai baju yang sedap saja. Makanya baju-baju lain tu merajuk. Jadinya bila nak pakai baju, terus rasa macam takde baju. Bila nak tukar baju lain mesti terambil baju yang feveret tu juga.  

Ada-ada aje emak aku ni. Takkanlah baju boleh sumpah orang. He..he..

U all pulak ada masalah yang sama dengan aku tak? Ke koleksi baju u all memang banyak dan semuanya u all suka. Jadinya takdelah jadi macam aku yang selalu menung pagi-pagi nak pilih baju.

Monday, April 4, 2011

Dah ada kemajuan dah.. Alhamdulillah..

Sejak kebelakangan ini ada perubahan dan perkembangan yang positif pada my IS. Mungkin dah semakin besar ni makanya dia pun ada rasa untuk memajukan diri. Kalau tidak tu buat selamba dia saja. Takde langsung nak buat sesuatu tu dengan bersungguh. Asyik ala kadar saja usahanya. Kalau kita tak menegur tentang perkembangannya, dia pun statik aje kat satu-satu level tu. Takde kemajuan pun yang mahu ditunjukkan.

Main gitar sudah ada peningkatan. Kalau dulu bila suruh praktis kat rumah asyiklah treng.. treng.. treng aje bunyi yang kedengaran walaupun dia sudah kenal notes yang diajar. Sekarang ni ada jugalah bunyi lagu  yang kedengaran walaupun baru satu lagu yang dia sudah hafal notenya. Kiranya aku boleh senyumlah juga. Sebelum ni rasa macam aku hantar dia ke kelas tu setakat mengisi masanya saja. Sudahlah kat rumah liat nak praktis. Tapi bila tanya pada guru muziknya, cikgunya kata dia bagus dalam kelas dan antara pelajar yang cepat tangkap. Confuse juga aku sebab kontra benar prestasinya di rumah.

Untuk kelas renang pun setelah 4 bulan ni barulah dia menunjukkan kemajuan. Sekarang ini dia dah boleh berenang kuak dada tanpa bantuan pelampung. So bolehlah ke level seterusnya iaitu free style.  Confident pun dah ada. Takde lagi takut-takut dan kelam kabut. Main-main waktu cikgu mengajar pun dah kurang sikit. Jadinya nampaklah juga penumpuannya pada ajaran yang di beri. So time praktis tu nampaklah yang dia memang buat betul-betul.

IS, Az dan teman sekelas. Az pun dah ada perubahan. Dua gigi susu depannya dah tanggal. So dah jadi budak ronggaklah dia sekarang. Last time masa pergi kelas swimming google Az terputus talinya. So kenalah aku beli google yang baru dari cikgunya. Masa tu Is pun nak sama tapi sebab googlenya okey lagi makanya aku buat nahii sajalah. Tapi the next-next folowing weeks tu dia tertinggal pula googlenya kat rumah waktu kelas. Jadinya nak tak nak kenalah juga belikan google untuknya juga. So google hitam tu google barunya. Punyalah suka. Kat dalam kereta pun pakai google tu juga untuk cover mata. He..he..
Treng.. treng.. treng...

Sunday, April 3, 2011

Big Apple yang berharga RM50..

Tengah hari semalam kami menghadiri majlis kenduri kahwin teman sepejabat en. asben di Putrajaya. Selepas itu terus ke kelas renang anak-anak pula. Lepas kenyang makan nasi minyak tekak ini teringinlah pula nak makan donut Big Apple yang super sedap di Alamanda. So on the way balik rumah lepas habis kelas tu paksa juga en.asben untuk singgah Alamanda dulu.

He.. he.. paksaan berjaya. So dapatlah makan donut yang sedap tu sebab terperngaruh dengan review di blog siapa entah yang aku tak ingat. Yang pastinya memang sedap. Mula-mula beli 6 pax dulu sebab nak try. Makan kat situ juga. Then macam tak cukup tambah lagi 6 untuk bawa balik pulak. So beli beli 2 kotak yang 6 pax tu harganya RM25. Eh..eh  kenapa pula aku kata harganya RM50 pulak kat tajuk entry tu yer??

RM50 tu sebab kami terpaksa bayar RM25 untuk tiket parking yang tercicir entah di mana. Tak pernah-pernah dalam sejarah kami tercicir parking tiket. Semalamlah pula nak jadi cerita sebab aku beria nak ke Alamanda untuk Big Apple. So kesalahan terus terbahagi dua antara aku dan en.asben. So sama-sama boleh senyum. Takde marah-marah walaupun RM25 tu boleh dapat 2 kotak lagi Big Apple donut untuk 6 pax. Hu..hu..

Takpelah. Takde rezeki. Selalunya memang selit dalam wallet parking tiket tu. Semalam pula selit kat poket. Nak jadi cerita  kan. Kalau tak, takde cerita hilang tiket pula. Jadinya adalah pengalaman pergi mencari parking ofis kat Alamanda tu untuk dapatkan parking tiket yang berharga RM25 untuk kami keluar dari situ sebagai denda. Katanya kalau jumpa balik dalam masa 24 jam boleh refund semula duit tu. Tapi takdelah kuasa kami nak mencari semula parking tiket yang tercicir tu.

*Jokes untuk hari ini dan semalam di rumah kami asyiklah berkisar parking tiket. Masuk cerita apa pun mesti terselit cerita tu. ha..ha.. saja nak cari punca gurau-gurau manja.  

Friday, April 1, 2011

Jom.. jom.. jom..

Wau alif sim sabdu di atas WAS, Sim di atas SA, Lam alif di atas LA, Mim di depan MU... WASALAMU..

Itu cara aku mengaji dulu-dulu. Tiap-tiap ayat perlu dieja satu persatu. Waktu itu time mengaji muqaddam. Ingat lagi guru mengaji aku yang pertama namanya Kak Idah. Kak Idah ni anak Wak Tahir. Wak Tahir ni guru mengaji di surau tempat tinggalku. Sebab arwah ayah risau nak lepaskan aku mengaji kat surau, makanya aku dan adik di hantar mengaji di rumah Wak Tahir saja. Tapi sebab Wak Tahir sibuk menguruskan wakil posnya dan kerja-kerja di kebun, makanya aku belajar mengaji dengan anaknya saja.

Setelah beberapa ketika mengaji dengan Kak Idah, aku terpaksa mengaji dengan Wak Tahir juga di surau. Ini kerana Kak Idah sudah berkahwin dan mengikut suaminya berpindah ke tempat lain. Zaman mengaji dengan Wak Tahir ni memang best. Sebabnya kawan-kawan ramai. Balik ngaji boleh lagi singgah kedai cina jual jajan kat seberang jalan depan surau. Bab yang lain tu memang best. Tapi bab mengaji tu ada kecut perut sikit. Sebabnya Wak Tahir ni strict orangnya. Bacaan kena betul dan kuat. Lidi penunjuk pula perlu bergerak mengikut setiap huruf dan baris. Kalau tidak memang zassss lah  rotannya. Tapi bukanlah kena direct kat kita. Tapi dia zasss kat lantai kayu surau. Tapi angin hayunannya boleh buat mengigil jugalah kaki tangan. Bila sekali dia zasss tu memang lepas tu semua orang tak berani nak angkat muka. Takut beb..

Lepas arwah ayah meninggal kami berpindah ke Bangi. Waktu itu aku mengaji dengan Makcik Kiah pula. Makcik Kiah ni peniaga kuih di gerai. Jadinya rumahnya selalu penuh dengan barangan gerainya setiap kali aku dan adik datang mengaji di rumahnya. Jadinya aku dan adik terpaksalah alih-alih sikit-sikit barang-barangnya untuk duduk mengaji. Selalunya kami mengaji waktu lepas maghrib. Waktu Makcik Kiah lepas balik berniaga. Mengaji sekali dengan anak-anaknya. Kadang tu kalau Makcik Kiah penat sambil baring dia mengajar kami mengaji. Kadang tu sambil buai anaknya. Punyalah dia bersemangat nak mengajar. Penat-penat pun dia tetap mengajar. Alhamdulillah, dengan Makcik Kiahlah aku dan adikku khatam Al-Quran.

Lepas khatam Al-quran mulalah kurang membacanya lagi. Kalau buka pun seminggu sekali untuk baca surah yaasin di malam jumaat. Selalu macam tu kan. Belajar mengaji untuk khatam saja. Lepas tu terus jarang-jarang buka. Waktu di ofis lama, aku kembali belajar tajwid. Kali ini kelas setiap hari jumaat waktu rehat tengah hari. Ustazah selalu mengingatkan kami agar tidak melupakan Al-quran. Katanya dalam satu hari tu cubalah untuk buka Al-quran. Janganlah Al-quran itu disimpan buat perhiasan. Katanya kalau kita amalkan setiap hari, InsyaAllah, kita rasa tak lengkap hidup ni kalau kita tidak membacanya. Cubalah membacanya walau satu huruf pun. Kalau sempat bacalah satu muka. Lebih banyak, tentulah lebih baik lagi.  Waktu belajar dengan ustazah inilah aku mula membaca Al-quran kembali setiap hari andai ada kelapangan. Alhamdulillah. Seboleh-bolehnya memang cuba mencari masa untuk membacanya. Dan benarlah kata ustazah, bila kita jadikan amalan, memang kalau tak baca sehari memang terasa ada yang kurang.

Sebenarnya aku bukan nak cerita tentang aku. Tapi aku nak ajak kawan-kawan semua agar sama-sama membaca Al-quran. Cubalah cari masa. Sama-samalah kita mencari pahalaNYA. Jom mengaji semula jom.. Kalau memang sudah jadi amalan, syukur Alhamdulillah. Sama-samalah kita meneruskannya, memperbaiki bacaan dan memahami maksudnya juga. Selamat beramal.

*Aku tak reti nak berdakwah. Tapi aku benar-benar mahu sampaikan perkara ini.

Blog Review Assignment 4 oleh Jejaka Terhangat..

Salam pagi untuk semua. Demi untuk support teman-teman, makanya saya nak join segmen lagi. Semalam saya telah di tag oleh Sarah-Najwan. Disebabkan nama saya seorang saja yang di tag wajib oleh Kakak Cikgu makanya dengan gigih saya berusaha untuk join segmen ini. Segmen ini adalah anjuran Jejaka Terhangat. Untuk join sama bolehlah klik ke sini.


Cantikkan bannernya. Sebenarnya saya tak reti nak review blog orang. Tapi oleh kerana nak join segmen ni terpaksalah saya cari idea juga untuk buat review. Mujur blog yang mahu di review ini merupakan antara blog wajib yang akan saya terjah setiap hari. Makanya mudahlah sedikit untuk saya cari idea untuk membuat ulasan mengenainya.

Assigmentnya ialah untuk review blog Diana - SenyumSenyum.

Yang best tentang blog ni ialah :

1. Entry yang terkandung di dalamnya - Entrynya selalu tentang kisah biasa, tapi kita langsung tak terfikirkannya. Dengan cara olahannya, cerita yang biasa pun jadi menarik dan boleh jadi isu untuk difikirkan bersama.

2. Direct - Entrynya sangat berani tanpa nak cover-cover. Maksud saya, memang secara direct dia menegur. Memang tepat mengena untuk apa yang ingin disampaikan dengan gaya bahasanya yang tersendiri.

3. Up date - Seorang blogger yang rajin update blog. Satu hari pun ada beberapa entry. Bagus..bagus.

4. Relation - Sentiasa ada perhubungan dua hala dengan blogger lain. Maksudnya dia rajin datang BW ke blog orang lain dan rajin komen entry orang lain juga.

 
Yang perlu diperbaiki :
Opppsss.. selain dari headernya yang tak siap lagi, saya rasa blognya sudah cukup baik untuk setakat ini.

Saya perlu tag seorang. Dan orang itu ialah http://adzriel.blogspot.com/ yang rajin join segmen. Tarikh tutupnya pula ialah pada jam 10 malam ini.