Nuffnang

Friday, September 30, 2011

Panic attack..

Pagi jumaat yang indah. Alhamdulillah, diberikan Allah peluang untuk terus bernafas lagi. Semalam tak sihat. Pukul 5.45 pagi dah terjaga dikejutkan alarm handphone. Sebab telefon tertinggal di bawah, maka terpaksalah turun untuk mengambilnya dan mematikan alarm yang berbunyi tu. Naik ke atas terasa semacam. Cuba berbaring semula tapi rasa tak selesa. Macam tak puas nak bernafas. Terasa sesak sikit di dada. Jantung pula bukan main laju. Padahal cuma naik  tangga saja tadi. Cepat-cepat kejutkan en.asben. En. asben bangun dan suruh bertenang. Bila dah panik memang susah nak bertenang. Terus ajak en.asben ke klinik. Sebelum tu sempat juga bersihkan diri ala kadar, berwuduk dan solat subuh dulu. Tapi rasa tak lega juga.

Alhamdulillah klinik masih lenggang. Jadinya lepas mendaftar terus masuk jumpa doktor dan mengadu masalah yang melanda. Rasa macam tak cukup nafas dan rasa macam seolah-olah nak mati kan? Soal doktor. Aku mengiakan sebab itulah yang aku rasa. Doktor check tekanan darah dan kata ianya normal. Check nadi memang laju. Doktor minta aku bertenang. Doktor cadangkan aku bernafas dalam paperbag. Aku terus bertanya itu dan ini. Sebab tak pernah kena jadi memang takut sangat. Doktor memberikan penerangannya. Barulah terasa lega sikit. Doktor kata aku kena Panic Attack. Doktor cadangkan aku bernafas dalam paperbag. Doktor beri ubat juga MC untuk aku berehat.

Ada masalah atau tekanan ke sekarang ini? tanya doktor. Aku jawab takde. Memang takde apa-apa masalah pun sekarang ini. Penat sangat ke? tambah doktor. Kalau penat tu adalah. Tapi takdelah penat sangat. Memang dalam bulan ni aktivitinya memang lebih dari biasa. Hujung minggu memang tak sempat langsung nak berehat. Penuh padat jadualnya. Hari biasa pun penuh dengan agendanya. Mana dengan Han periksa UPSR & PSRA. Mana dengan pakcik meninggal. Mana dengan kena balik kampung ada kenduri. Menjamu tetamu yang datang dan pergi menziarah raya juga.  Doktor kata kadang-kadang perkara yang kita rasa biasa boleh juga jadi tekanan untuk kita. Kita tak rasa ianya tekanan tapi badan kita dapat rasa. Mungkin itulah penyebabnya.

Sebenarnya inilah pertama kali aku tahu dan dengar pasal panic attack ni. Itu yang nak berkongsi di sini. Jadinya kalau ada yang rasa perkara yang sama, tak perlu rasa panik sangat. Bawa bertenang, itulah yang sebaiknya. Semoga kita semua terus diberikan kesihatan yang baik hendaknya.

Tuesday, September 27, 2011

Janji jangan tinggal janji...

Anak-anak dengan soalan memang jarang dapat di pisahkan. Begitu juga dengan anak-anakku. Sentiasa ada saja soalan yang mahu diajukan untuk aku mahupun en. asben.

IS : VVIP tu very very important person kan mama?
Me & en. asben : Iye.
IS : Jadinya IP tu important personlah ye?
Me & en.asben : Iye.
IS : Okey..
Me : Kalau macam tu, mama dengan ayah ni VVIP ke IP saja kat hati abang?
IS : Mama dengan ayah mestilah VVVVVVVIIIIIIIIIIIIIIP untuk abang.

Besar sungguh hatiku mendengarnya. Terasa sejuk perutku. En. asben juga pastinya merasakan perkara yang sama. Harap-harap sampai bila-bila aku dan en.asben menjadi insan penting dalam hati anak-anak kami. Rasanya, kebanyakan dari kita berjanji begitu dengan ibu bapa kita. Sewaktu kecil  memang ibu bapalah insan paling penting dalam hidup kita. Tapi bila besar ramai sekali yang melupakan insan yang paling penting itu. Semoga kita semua tidak menjadi orang yang lupa pada janji. Semoga janji tidak sekadar tinggal janji.

Thursday, September 22, 2011

Yang ke-10..

22 September 2011 - Hari ini harijadi anak keduaku Is. Anak yang paling kuat sentap dan kuat merajuk. Tapi dialah juga anak yang paling concern tentang orang lain dalam keluarga. Sangat perihatin. Juga sangat penyayang pada binatang. Dia juga antara yang paling peka di antara anak-anakku yang lain. Alhamdulillah, dah 10 tahun umurnya hari ni. Mama doakan abang jadi anak yang soleh dan semoga kehidupan abang akan di rahmati Allah di dunia dan akhirat. Semoga abang berjaya untuk kehidupan di dunia dan di akhirat.

 My abang (Is). Kesayangan mama, ayah, kakak & baby.

Semalam buat kek ni untuk dia. Is nak celebrate birthday di sekolah agama petang nanti. Sekali dengan ustazahnya yang sama tarikh harijadinya hari ini. Tak cantik mana pun tapi insyaAllah sedap. Mama memang tak tak terer bab masak-masak ni. Tak berseni pulak tu. Tapi abang suka sangat bila mama buatkan kek ni. Abang puji kata cantik juga. So terasa hilang juga penat mama. Jadilah kan bang. Tapi kalau abang tengok kek yang mak Hanis Zalikha buat, tentu abang nangis bang.. he..he..  

Mama buatkan yang ini juga semalam. Adunannya sama cuma dalam versi cup cake. Ingatkan untuk top-up kek yang sebiji tu. Tapi pagi tadi tiga beradik tu dah tapau bawak pergi sekolah kebangsaan. So tak banyak lagi yang tinggal. Nampaknya tak dapatlah nak bawak cup cakes ni ke sekolah petang nanti.

Hari ni juga merupakan hari jadi ayah mertuaku. Jadinya Is dan datuknya berkongsi tarikh yang sama. Selamat panjang umur untuk ayah. Semoga ayah terus diberikan kesihatan yang baik dan diberikan keberkatan umur hendaknya. Semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk ayah.  

Wednesday, September 21, 2011

Kata-kata dan nak berkata-kata..

Pengaruh dari kata-kata seseorang untuk kita itu sangat besar maknanya dalam hidup kita. Ada kata-kata yang buatkan hati kita terluka. Ada kata-kata yang buatkan hati kita ceria. Pagi ini terbaca kata-kata yang cukup simple. Kata-kata yang bukan memuji. Apatah lagi memuja. Sekadar kata-kata biasa. Namun efeknya membuatkan aku rasa sangat bahagia. Alhamdulillah.

Ingin berkongsi info di sini. Malam esok, 22 September 2011 akan diadakan Forum Perdana Ehwal Islam di Laman 1 Malaysia, Presint 2, Putrajaya. Kepada warga Putrajaya dan sekitarnya yang berkelapangan, bolehlah menghadirkan diri untuk sama-sama ke majlis ilmu yang diadakan bersempena dengan Karnival Usahawan Desa (KUD). Akan ada 2 slot untuk malam esok.

Slot 1  8.30 malam (Secara Rakaman) dengan Tajuk : Jangan Marah Nanti Kena Jual. Panelnya YBhg. Ustaz Badlishah bin Alauddin (Majlis Agama Islam Penang). YBhg.Ustazah Asni binti Abu Mansor (Pendakwah Bebas). Pengerusinya ialah YBhg.Dr. Ridhuan Tee bin Abdullah.

Slot 2 10.00 malam (Secara Langsung) @TV1. Tajuknya : Mee Kuning. Penelnya Dato' Kamaruddin bin Zakaria (Bekas Imam Besar Masjid Negara). YBhg.Tuan Haji Mohammad Sahar bin Mat Din (Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Islam Malaysia - DPIM). Pengerusinya YBhg.Dr. Ridhuan Tee bin Abdullah.

InsyaAllah, aku akan berada di sana malam esok. Ini kerana aku dan teman-teman sepejabat ditugaskan untuk menjadi usherette untuk malam itu. Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan hendaknya.

Monday, September 19, 2011

Sungguh emosi ada jiran macam ni..

Bila ada tetamu pastinya banyak kereta yang terpakir di depan rumah. Waktu tetamu sibuk-sibuk nak balik, dia pun sibuk-sibuk nak keluar. Tak kisahlah kan. Dia pun ada urusan juga. Kalau betullah ada kecemasan, takkanlah berat sangat mulut tu nak cakap secara baik minta diberi laluan dulu. Bukannya jiran sebelah ni perangai macam awak juga yang langsung tak consider orang lain. Tapi tidak. Dengan selambanya reverse jugak keretanya untuk keluar juga waktu tu. Lepas tu hadang jalan sebab dia nak tutup pintu pagar rumahnya dulu. Okey fine. Depan rumah dia suka hati dialah dia nak buat apa. Yang itu memang semua orang tak masuk campur.

Bila dia dah hadang jalan macam tu, orang lain nak lalu pun tak boleh. Kalau boleh memang semua orang nak bagi laluan padanya dahulu. Namun lorong sempit sesempit fikirannya yang tak peduli hal orang lain membuatkan laluan untuknya pun tidak dapat di beri. Orang sedang susah payah nak keluar dari parking pun jadi tambah payah sebab tak boleh nak gerak. Sudahnya semua orang jadi tersekat. Dia yang di dalam kereta sudah buat muka tak puas hati. Tanpa langsung menyedari yang dia juga menyumbangkan masalah di situ. 

Bila laluan pulih seperti biasa setelah seketika waktu berlalu, boleh pula dia menekan minyak di depan kami yang masih lagi berada di depan rumah. Tentunya nak tunjuk rasa tak puas hati. Kalau sekadar di depan aku dan en.asben takpelah juga. Ini di depan mertuaku juga. Mertuaku yang juga jirannya yang selama ini melayannya dengan begitu baik sekali. Jiran yang selalu ambil berat tentang dia dan keluarganya. Jiran yang turut susah payah kalau suaminya sakit. Jiran yang tak pernah nak balas balik walaupun hati mereka selalu saja disakiti.

Memang dia selalu moody begitu. Tapi mertuaku tetap juga melayannya dengan  begitu baik. Orang tua kan. Mana pandai nak gaduh-gaduh. Sebab kata mertuaku, memang begitu perangainya. Memang kalau ada buat makan-makan atau majlis jiran yang ini susah benar nak nampak muka. Katanya segan. Kalau aku ada perangai macam tu, aku pun segan (okey, aku memang sedang emo). Kalau nak bertegur sapa ikut mood dia saja. Takpelah. Semua orang ada mood masing-masing. Kalau datang baik tu memang baik bebenar. Tapi kalau nak sentap tu, memang sentap bebenarlah juga. 

Aku yang tengok sikap dan perangainya jadi sakit hati sangat. Kalau sesekali takpe juga, Bila dah selalu memang boleh jadi sakit jiwa juga dibuatnya. Pada aku orang sebegitu sungguh kurang ajar. Tak padan langsung dengan profesionnya sebagai guru. Tak tahu kenapa, aku bukan orang yang suka-suka nak cakap yang buruk-buruk tentang orang lain. Kalau boleh simpan memang aku simpan. Tapi kisah yang ini aku tak boleh nak pendam. Rasa tak puas hati bila dia kurang ajar dengan mertuaku.

Sungguh, aku betul-betul rasa tak puas hati semalam. Tambah-tambah bila ianya berlaku di depan mata. Kalau sekadar mendengar di telinga memang aku jarang ambil port. Aku nak bercerita di sini agar ianya diambil iktibar oleh orang lain. Kalau anda rasa jiran itu watak yang tak penting dalam hidup anda. Saya cuba nak betulkan yang pandangan anda itu salah. Watak yang tak penting itu juga punya hati dan perasaan. Watak tak penting itu juga mungkin orang pertama yang akan menolong anda suatu masa dan ketika nanti. 

Wednesday, September 14, 2011

Kehilangan wali kami, Acik tersayang..

Acik Mustapha, adik arwah ayah mempunyai 3 orang anak lelaki. Kalau diikutkan, tak merasalah Acik untuk menjadi wali untuk menikahkan anak-anaknya kerana kesemua anaknya lelaki. Namun sudah rezeki Acik, dengan ketiadaan arwah ayah, Acik mengambil alih tempat arwah ayah untuk menjadi wali kepada kami 3 beradik. Terima Kasih banyak Acik, orang penting dalam urusan pernikahan dan majlis perkahwinan kami.

Petang isnin, dapat berita yang Acik dimasukkan ke ICU, SJMC. Malam itu pula ada solat hajat untuk pelajar UPSR di surau kawasan rumah selepas solat maghrib. Makanya agak lambat juga baru kami ke hospital. Cadangnya mahu menunda sehingga esok, namun terasa berat sangat hati ini untuk bertangguh. Sudahlah adik-adikku tiada di sini kerana bercuti ke Langkawi. Jadinya terasa tanggungjawab untuk melawat Acik pada malam itu perlu aku tunaikan juga.

Penuh tempat menunggu ICU dengan tetamu yang ingin melawat Acik. Hampir ke 10 malam, tetamu masih tak berhenti datang. Dan aku masih tak dapat menjengguk Acik sebab terpaksa menunggu giliran untuk orang yang lebih awal masuk dahulu. Pukul 10 malam shift bertukar. Pelawat tidak di benarkan melawat waktu itu. Kalau diikutkan waktu melawat di ICU SJMC sehingga ke pukul 10 malam saja. Ada yang terus pulang. Namun aku masih terus menunggu.

Alhamdulillah,  ada juga rezeki aku untuk menjengguk Acik malam itu. Mungkin dengan kondisi Acik, kaum keluarga dan sahabat handai diberi perlepasan. Aku masuk bersama en.asben dan anak Acik. Emak sudah masuk dahulu sebelum itu. Sebaknya melihat Acik waktu itu. Acik nampak sakit dengan komplikasi jantung, buah pinggang dan hati. Aku cium tangan Acik. Alhamdulillah, dalam separa sedar dia masih mengenaliku. Along, Acik menyebut namaku. Hanya beberapa minit kami di dalam kerana mahu Acik berehat. Sepanjang malam sehingga ke pagi aku teringatkannya.

Tengah hari semalam dapat berita Acik sudah dijemput Ilahi. Bergegas kami pulang dari ofis. Kami ke rumahnya di Subang Jaya, ke masjid Al-Ehsan Subang untuk solat asar dan solat jenazah dan turut menghantar jenazah ke kubur di USJ22. Hari ini aku sudah kehilangan pakcik tersayang. (Acik ni pengasas JM Bariani dan francaisnya bersama anak-anaknya.) Adik beradik arwah ayah sudah tiada lagi kesemuanya. 

Semoga rahmat Allah sentiasa ada buat Acikku Allahyarham Mustapha Bin Abdul Karim. Semoga roh arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Semoga arwah dan kita semua terdiri dari golongan ahli syurga Allah hendaknya. Acik, damailah dikau di sana. Segala jasamu tetap akan aku dan adik-adik kenang sehingga ke akhir hayat kami.  

Monday, September 12, 2011

Debaran mula terasa..

InsyaAllah, esok anak sulongku Han akan menduduki peperiksaan UPSRnya. Sebagai ibu yang baru kali pertama nak melalui anak nak ambil peperiksaan besar memang terasa juga debarannya. Sedangkan Han sungguh rileks. Harap-harap segalanya dipermudahkan buatnya juga untuk anak-anak buahku dan sepupu-sepupuku yang akan mengambil ujian yang sama bermula esok. Semoga diterangkan hati mereka dan semoga mereka dapat buat yang terbaik.

Waktu percubaan dulu Han dapat 3A2B. Memang kalau nak diikutkan sejak awal tahun sehingga peperiksaan percubaan tu memang keputusannya tak pernah berubah. Peperiksaaan yang terakhir ujian peringkat daerah tempoh hari barulah untuk pertama kalinya Han merasa dapat 5A. Aku doakan yang terbaik untuknya. Aku tahu dia sudah berusaha. Apa saja keputusan yang diperolehi memang aku dan en.asben akan terima dengan hati yang terbuka.

Doakan Han dan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR esok yer..

All the best sayang.(Ini gambar candid semalam.. Sungguh rileks kan...)

Friday, September 9, 2011

Berkongsi rasa di hari yang mulia...

Tersenyum bila membaca update di FB Buku Prima petang semalam. Ianya sesuatu yang sungguh tak terduga. Alhamdulillah, syukur Ya ALLAH. Pastinya berkat doa dan sokongan dari keluarga dan teman-teman juga. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang menyokong novel Takdir Fitrah Terindah~Hanis Azla terbitan Buku Prima. Terima kasih juga buat editor Tn.Hj Mohd. Ali dan Pn.Norhawanis serta semua Team Buku Prima yang di hormati.

Top 10 Ogos (Copy from FB Buku Prima)

1. TAKDIR FITRAH TERINDAH
2. BETULKAH?
3. DIARI CINTAKU
4. EPISOD CINTA
5. CINTA KAU DAN AKU
6. ANDAI ITU TAKDIRNYA
7. TAKKAN MELUPAKANMU
8. JANGAN SEBUT NAMAKU
9. MELANKOLIK CINTA
10. CUCUR BAWANG & KOPI 'O'
 

Tak sempurna.. bukan juga yang terbaik.. seadanya.. Yang baik itu dari ALLAH, yang buruk itu pastinya dari saya sendiri. Terima kasih semua.

Thursday, September 8, 2011

Jawab dengan senyum ajelah..

Masa anak kecik, orang bertanya. Anak dah besar pun orang bertanya juga. Masa anak sorang orang bertanya. Anak dah tiga pun orang tanya juga.

Orang : Anak yang kecik dah umur berapa?
Me : 7 tahun, darjah 1.
Orang : Oh, dah boleh sangat kalau nak tambah lagi. Bila lagi?
Me : Senyum...

Agak-agak kalau aku cakap anak yang kecik umur 17 tahun ada orang tanya nak suruh tambah lagi tak? he..he.. Kalau tak mabuk teruk agaknya asyik menambah anak juga. Nanti pun orang akan tanya juga kot. Aihh.. tambah lagi ke?  Jadi kesimpulannya, orang akan bertanya dan akan terus bertanya. Kadang-kadang kita pun 'tertanya' soalan yang sama juga bila takde benda lain yang nak ditanya pada orang. Maka tak perlulah marah-marah atau nak terasa. Kalau ada jawapan berikan saja. Kalau rasa taknak beri jawapan senyum ajelah. Dapat juga pahala sedekah. Alhamdulillah.

Wednesday, September 7, 2011

Kami layan yang ni pulak sekarang..

Alhamdulillah, tahun ini anak-anak berpuasa penuh. Memang setiap tahun kami tidak pernah menjanjikan apa-apa ganjaran bila anak-anak berpuasa. Jadinya, anak-anak pun tak pernah menuntut. Tapi mengenang kesungguhan anak-anak en.asben terfikir untuk reward anak-anak sebab berpuasa penuh tahun ni. Kami sepakat untuk top up lebih sikit duit raya anak-anak tahun ini ke dalam akaun.

Hari ahad tu masa keluar membeli barang dapur,  aku nampak permainan ni. Nampak macam best juga sebagai reward untuk anak-anak di samping duit raya. Harga pun boleh tahan. So masa di Toys r Us Bangi tu aku pun belikan mainan untuk anak-anak. (orang Bangi jangan terperanjat yer Bangi dah ada Toys r Us. Sebab memang takde pun. Aku beli kat Billion aje he..he..)

Memang anak-anak seronok sangat dengan permainan tu. Sebab kalau pergi bercuti nampak aje permaianan yang sama dalam versi besar memang anak-anak serbu dulu. Jangan tak tahu, aku dengan en.asben pun suka juga dengan permainan yang kami beli tu. Sama naik dengan anak-anak godek permainan tu. Kami anak beranak memang layan benda ni pulak sekarang. Nak tahu apa tu? Jom tengok gambarnya. Tapi yang dalam gambar tu  en. google punyalah. 
Soccerboard....

Yang kami punya pun saiznya lebih kurang sama dan siap ada kaki lagi. Ada scoreboard juga dan goal yang push button  bola terus masuk padang. Memang layan. (Gambar raya sendiri pun aku tak letak, gambar permainan apatah lagi kan he..he.. jangan marah ye).



P/S to en.asben : Yang, malam ni kita lawan lagi ye he..he.. adios.

Tuesday, September 6, 2011

Guna duit sendiri pandai pula nak berjimat..

Musim raya ni anak-anaklah paling seronok. Waktu inilah mereka nak merasa pegang duit sendiri banyak-banyak kan. Anak-anak aku pun begitu juga. Setakat ni  selepas 6 syawal dah lebih seratus ringgit juga tiap seorang duit rayanya. Alhamdulillah.  Terima kasih untuk semua yang bermurah hati tu. Bertambah lagi tabungan anak-anakku.

Setiap tahun memang aku akan masukkan duit raya mereka ke dalam akaun. Sebelum tu aku akan beri mereka perlepasan untuk berbelanja terlebih dahulu duit yang mereka dapat tu. (Lepas tu aku top-up balik jumlah tu sebenarnya). Memang seronok benarlah mereka bila sesekali dapat berbelanja menggunakan duit sendiri.

Kebetulan pula rumah Tok di Taiping berdekatan betul dengan pasar. Memang area depan rumah saja. Jalan kaki dalam 2-3 minit dah sampai. Pasar kat kampung kan macam lagi best barangannya. (Buat orang yang bukan kaki branded macam aku). Harganya pun macam lagi murah berbanding di sini. Jadinya setiap pagi bila di sana tu mesti nak meronda ke pasar.

Bila anak-anak nak ikut aku cakap okey saja. Tapi nak beli apa-apa aku minta guna duit sendiri. Hari pertama tu mereka giat membeli. Hari kedua tu agak kurang sikit. Tapi masih seronok nak membeli. Sampai hari ketiga dah langsung taknak membeli. Mainan pun dah tak heran dah nak pandang. Macam tak berminat saja. Mana taknya, duit dah mula susut. Itu yang beringat tu.

Bijak betul kan. Bila guna duit sendiri baru pandai tahu nak berjimat. Kalau guna duit mama dengan ayah tu, langsung tak ingat. Hari-hari kalau boleh nak minta beli barang atau mainan. He..he.. Bagus juga kan bagi mereka pegang duit sendiri. Bolehlah berjimat sikit lepas ni.

Monday, September 5, 2011

Summary raya...

Salam Aidilfitri untuk semua..

Masih dalam mood raya? Off courselah kan. Raya kan sebulan. Hari ini ada yang masih sambung cuti. Ada yang sudah mula bekerja. Aku masuk dalam kategori kedua tu. Dah start kerja walaupun ofis masih sunyi he..he.. Raya kawan-kawan semua macam mana? Raya aku seperti biasa. Tetap meriah dikelilingi keluarga tercinta juga sanak saudara yang tersayang. Alhamdulillah, perjalanan lancar. Segala urusan dipermudahkan. Sebelum sibuk dengan majlis-majlis open house selepas ini,  aku nak update sikit summary raya kami tahun ini.

1. Plan balik kampung Tok di Taiping hari isnin terpaksa diawalkan sehari sebab makcikku di masukkan ke hospital kerana serangan jantung. Jadinya pagi-pagi ahad tu kalutlah berkemas beg bagai sebelum bertolak pulang pada tengah harinya. Hujan sepanjang perjalanan tapi perjalanan lancar.

2. Sehari sebelum raya mengharungi jem di bandar Penang untuk ke Hospital Pulau Pinang melawat makcik yang masih tidak sedarkan diri. (Alhamdulillah, makcik sudah sedar dan beransur sembuh sekarang ini). Balik dari Penang terus sinsing lengan bersama emak dan makcik untuk masak juadah hari raya. Sudahnya, untuk berbuka puasa tu  pun makan lauk hari raya juga.

3. Pagi raya selepas sembahyang raya berkumpul bersama keluarga besar emak di Taiping. Walaupun tak semeriah tahun-tahun yang lepas kerana kekurangan ahli, tapi suasana hari raya tetap terasa. Sempat juga bergambar beramai-ramai anak, cucu, cicit, nenek, moyang semua. Yang best tu siap pegang bendera sempena merdeka sekali. Havoc jadinya dengan macam-macam ragam dan kerenah.

4. Beraya beramai-ramai ke rumah saudara mara sampai ke malam.

5. Sambung pula menonton Cars di pawagam bersama anak-anak, adik-adik dan sepupu-sepupu. Dua row kami conquer di Pawagam Taiping Sentral.

6. 31 hb Ogos - Hari Merdeka. Berborak dengan Tok tentang salasilahnya. Tok bercerita tentang kisahnya yang terpaksa berhenti kerja dari menjadi guru waktu zaman jepun dulu. Memang kena betul dengan Hari Merdeka. Alhamdulillah, dalam umur 89 tahun, ingatan Tok masih kuat lagi.

7. Raya ketiga balik ke kampung en.asben di Sabak Bernam. Meriah juga dengan keluarga besar ibu mertuaku. Pergi jalan beraya beramai-ramai ke rumah saudara mara di sekitar rumah embah.

8. Malamnya bergegar jantung dengan dentuman meriam batang kelapa dan batang besi. Berlawan-lawan bunyinya. Terasa rumah pun ikut bergegar sama. Tapi suasana itu memang indah dan susah nak jumpa walaupun  keadaan itu menjadi gangguan untuk melelapkan mata.

9. Persiapan untuk Majlis Hari Keluarga belah ibu mertua. Seronok bergotong royong menyiapkan juadah. Lepas solat jemaah dan tahlil layan ikan bakar, ayam bakar, air asam dan tomyam yang memang cukup superb malam tu. Lagi feel makan dengan diiringi alunan lagu raya sepanjang majlis.

10. Sebelum balik Bangi sempat singgah beraya rumah keluarga ayah mertua di Kuala Selangor. Sampai rumah sehingga semalam memang layan kain baju yang menimbun pula. Lepas basuh, sidai. Lepas sidai, angkat. Lepas angkat, lipat. Lepas lipat, gosok he..he.. lepas tu angin sebab penat ha..ha..