Nuffnang

Monday, October 31, 2011

Itu ini aje..

Bila demam permandangan indah jadi suram. Badan cergas jadi lesu. Kepala ringan jadi berat.. Bila demam nafsu makan jadi hilang. Tekak pahit rasa kelat. Apa dihidang semuanya tak lalu. Bila demam rumah berselerak bukan masalah. Kain baju berkecah dah tak ambil kisah.. Bila demam nak sangat sihat semula. Bila dah sihat Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Indahnya nikmat sihat.. Semoga terus sihat hendaknya badan ni.

Rasa tak seronok bila asyik tak sihat. Terpaksa nak cuti bila badan dah tak larat sangat. Tapi nak buat macam mana kan. Dah itu ujian untuk kita. Dah jaga kesihatan dengan baik pun, bila sakit nak datang bukannya boleh di elak-elak. Bila ianya bukan pilihan makanya kenalah terima juga.

Dah baik demam ni selera makan jadi menjadi-jadi. Menjadi-jadi tu kiranya memang back to normal sebab memang selalu pun macam tu. He..he.. Teringin itulah, teringin inilah. Semuanya macam nak cover balik selera makan yang takde beberapa hari tu. Walaupun tahu, selera makan bukan boleh di layan sangat. Nanti berat jadi bertambah-tambah. Tapi bila nak makan tu, berat badan selalu letak tepi dulu. Bilalah nak kurus kalau macam ni.

Itu cerita minggu lepas. Minggu ini harap-harap semuanya baik-baik saja. Pagi yang indah dimulakan dengan membasuh kain secara manual. Mesin basuh kat rumah dah seminggu rosak selepas 13 tahun menabur baktinya. Kalau ikutkan en.asben, waktu rosak tu terus beli yang baru. Tapi entah kenapa aku pula yang mahu bertangguh-tangguh (Jarang benar berlaku tu he..he..) Rasa seronok pula bangun pagi-pagi basuh kain guna tangan. Memberus menyental pun bukan beria sangat sebab bukannya kotor benar pun baju-baju tu semua. Nantilah, bila rasa dah tak larat nanti boleh pergi beli. Lagipun sekarang ni nak beli barangan elektrik dah mudah benar. Pergi kedai, pilih barang, bayar. Kejap lagi sampailah barang tu kat rumah.

Monday, October 24, 2011

Minta tolong doakan sama yer...

Sebentar tadi ada seseorang tinggalkan pesanan di kotak komen. Entah siapa hamba Allah itu. Tapi pesanannya mencuit rasa.

ASSALAMMUALAIKUM..

MAAF MENGGANGU,MINTA JASABAIK SAUDARI UNTUK MENDOAKAN KESEJAHTERAAN SAHABAT KITA DARI SINAR RAUDAH YANG SEKARANG SEDANG BERTARUNG NYAWA AKIBAT DEMAM DENGGI YANG KRITIS.. MOGA DENGAN DOA SEMUA ALLAH MEMAKBULKANNYA.AMIN

MINTA KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN.MUDAH2AN ALLAH MENDENGAR SALAH SATU DOA DARIPADA KITA.TERIMA KASIH HANYA ALLAH SAJA YANG DAPAT MEMBALAS JASA BAIK SAUDARI.

Aku sempat menjengguk ke blog Sinar Raudah tadi. Memang tiada update terbaru. Yang terakhir pada khamis lalu. Di shoutbox juga ramai yang mendokan kesihatannya. Jadinya di kesempatan ini, aku ingin memohon agar teman-teman yang mengenali teman blogger kita Amy Shaquena dan yang tidak mengenalinya untuk sama-sama berdoa untuk kesihatannya. Semoga Allah menerima doa-doa kita dan semoga sahabat kita cepat sembuh hendaknya InsyaAllah. Terima kasih buat semua.

Semalam yang indah bersama Bloggers......

Semalam yang indah. Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga impian untuk berjumpa dengan blogger-blogger yang selama ini hanya kenal namanya saja. Pertemuan yang diatur berjalan dengan cukup lancar dan sempurna. Seronok dapat jumpa dengan teman-teman yang selama ini hanya bertegur sapa di alam maya. Seronok juga dapat mengenali teman-teman yang baru. Sebenarnya, ramai yang aku baru pertama kali kenal. Tapi semuanya sangat friendly dan mahu bertegur sapa.  Semuanya sangat best. Teruja sangat.

Terima kasih banyak buat tuan rumah, Kak Cik Seroja yang sudi menerima kami sebagai tetamu. Layanan yang diberi cukup baik. Terasa macam dah lama kenal walaupun baru pertama kali bertemu. Terima kasih juga buat co-host dan penyambut tetamu, Kak Azie dan Acu. Bestlah u all ni. Sangat peramah dan juga sangat rajin. Memang orang kuat untuk majlis semalam. Terasa segan juga sebab asyik berborak dan tidak membantu.

Potluck memang superb semuanya. Penuh meja sampaikan tak tahu mana yang nak di makan dulu. Alhamdulillah, memang sedap-sedap belaka. Semoga ada rezeki untuk kita berjumpa lagi. Gambar?? Hmm.. semalam belek-belek gambar dalam kamera, semuanya ada gambar sendiri. Tapi.. en.asben dah izinkan untuk upload di sini. Tapi.. gambarnya tak sempat nak upload lagi he..he.. Jadinya esoklah yer kita share-share (for few hours ke), InsyaAllah. 

*Anak-anak dan en.asben pun seronok semalam. Itu yang rasa lagi best tu..  

Wednesday, October 19, 2011

My resepi selalu menjadi pilihan...

Dari entry semalam, nampaknya ramai yang berminat nak tahu resepi roti lapis daging tu. Nampak menyelerakan ye. Tapi rasanya memang sedap. Resepinya pun mudah saja. Bahan-bahannya juga ringkas. Itu yang aku suka. Bila nak cuba resepi baru, memang aku suka cari resepi yang mudah-mudah ni. Kalau yang susah-susah tu memang alamatnya terbantutlah mood aku nak membuatnya. Untuk resepi roti lapis daging tu, boleh dapatkannya di sini. Tapi untuk intinya aku ubah ikut citarasa kesukaan en.asben dan anak-anak.

Bila mencari resepi-resepi baru memang web site My resepi.com menjadi pilihan utamaku. Rasanya percubaan dari resepi-resepi di web site itu tidak pernahnya tidak menjadi. Alhamdulillah. Memang i like berpuluh ratus kalilah.

Ada juga yang berminat nak tahu resepi untuk butter prawn tu. Resepi tu aku dapat dari link kakak iparku di FB. Thanks Kak Li. Memang menjadi resepi tu. Mudah pula untuk disediakan. So kalau berminat bolehlah mencubanya dengan resepi di sini. Memang mudah dan ringkas cara penyediaannya. Yang best tu, siap ada ditunjukkan cara-cara penyediaannya sekali secara bergambar. Memang mudah sangat nak faham. Bagus betul blog hairul.com tu.

Thumbs up untuk kedua-duanya. My Resepi.com dan Hairul.com. Terima kasih juga. Untuk kawan-kawan semua yang rajin-rajin tu, selamat mencuba yer.

Dahhhhhh... ;)

Bila rajin datang menjengah..

Salam semua,

Wanita dengan masakan memang tak dapat dipisahkan. Walau tak pandai masak sekali pun, untuk suami dan anak-anak memang beria juga nak belajar resepi baru. Senyuman mereka jadi penghargaan yang paling bermakna. Itu yang buatkan hati ini gigih juga nak masak menu baru untuk mereka walaupun baru nak asah bakat memasak (dasar anak yang emaknya tinggal sekali kan he..he..) dan rajin pun ada kurang (tak berapa nak rajin bukan malas ha..ha.).

Roti lapis daging

Puding Roti

Butter Prawn

Nyum.. nyumm

Apa yang bau best ni mama? He.. he..

Tuesday, October 18, 2011

Rezeki mereka, dia, kami dan aku..

Hari ahad tu, waktu aku di MPH, anak-anak en.asben bawa main di Starship Galactica. Seronok mama, main kat situ. Siap dapat stokin free sorang satu. Cerita Az. He..he.. Banyaklah stokin free. Masuk pun kena bayar 20 ringgit seorang. Kena tambah 4 ringgit lagi untuk stokin tu. Tapi asalkan anak-anak seronok dan  tak bosan menunggu kira okeylah juga. Lagi okey sebab en.asben yang belanja. Rezeki anak-anaklah dapat main kat situ.

Balik dari One Utama kami singgah ke Maeps, Serdang. Ada Big Bad Wolf Book Sales kat situ. Dah hari terakhir dah. Seronok tengok buku banyak-banyak kat situ. Harga pun sangat murah. Aku tak concentrate pun tengok buku-buku tu sebab mata ni lebih concentrate tengok anak-anak. Iyelah, dewan tu besar. Orang pulak ramai. Jadinya en.asben dan anak-anak saja yang sibuk memilih buku. Time nak bayar en.asben budget dalam 200. Tapi tak sampai pun 70 ringgit untuk 10 biji buku. Berbaloi sungguh. Rezeki en.asbenlah tu.

Balik dari Maeps tu, memang letih gila. Lepas makan malam memang dah tergolek. Dalam pukul 10.30 jiran sebelah ketuk pintu. Nak hantar makanan, kek dan goodies beg sebab petang tu dia buat birthday party untuk anak dia. Sebab kami takde kat rumah, makanya tak dapatlah nak turut serta. Waktu kami balik dia tak perasan. Dah malam baru perasan kami dah ada di rumah. Itu yang dia hantar lambat tu. Alhamdulillah, rezeki kami. 

Waktu hantar makanan tu, dia hulurkan purse padaku. Akak punya ke. Saya jumpa kat depan rumah. Ya Allah aku tak sedar langsung yang purse aku tercicir di situ. Tentunya terjatuh waktu aku turun untuk buka pagar rumah. Hampir 3 jam purseku berada di lantai kat luar pagar tu.  Alhamdulillah, tiada siapa yang mengambilnya. Memang masih rezeki aku.

Alhamdulillah, terima kasih Allah. 

Monday, October 17, 2011

Corat coret semalam..

Salam semua...

Seperti yang di janjikan (wah, budget macam orang nak tahu sangat kan he..he..) aku nak cerita mengenai Temumesra di MPH, One Utama semalam. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan cukup lancar. Pengalaman pertama yang sungguh bernilai. Terima kasih buat Encik Annas dari Grup Buku Karangkraf. Orang kuat yang memberi sepenuh sokongan dan peluang. Juga buat Liana, Kak Siti dan staf-staf MPH yang sangat peramah dan baik budi. Tidak ketinggalan buat Kak Mila Yusof, rakan penulis yang turut ada bersama semalam. Kalau berminat boleh dapatkan novel beliau yang menarik, Semerah Inai di Jari terbitan Alaf 21. Aku pun sudah mendapatkannya semalam.

Dalam risau-risau takde orang nak datang dekat, tak sangka ada juga yang berminat. Rasa seronok bila ada yang sudi memberi sokongan, minta tandatangan dan nak bergambar bersama. Tak kisahlah walau tak ramai. Yang penting ada juga buat semangat.  Ada juga si cilik-cilik nak minta autograf. Ibu bapanya kata sengaja nak bagi anak-anaknya berjumpa dengan penulis. Panggil pun kakak-kakak saja sedangkan mereka tu baya anak-anak aku. Dah patut panggil auntie pun. Perasan mudalah sekejap he..he.. Penghargaan buat Aina, Norhayati, Izwa, Suzana, Mona, Nan dan si cilik Aisya dan adik-adiknya yang comel (Tak ramai kan. Jadinya bolehlah ingat semua nama he..he..).

Sungguh teruja bila ada rakan blogger yang sudi meluangkan masa. Seronok dapat jumpa si cantik manis Izwa. Dalam gambar nampak comel. Bila tengok depan mata nampak lebih comel. Cantik dan menawan ibu muda kita ni. Anak-anaknya pun comel tahap nak cubit-cubit pipi. Terima kasih banyak Izwa. Akak hargai sangat-sangat kedatangan dan kesudian izwa. Siap sudi membeli buku lagi. Suka sangat tengok her sweet happy family. Nice.. nice.. nice.. seronok sangat dapat jumpa. Nanti ada rezeki kita jumpa lagi yer Izwa.

Peluang yang di beri sangat di syukuri,
Tetamu yang datang sangat dihargai;
Terasa seronok bila diri dirai,
Harap-harap ianya tidak buatkan aku lupa diri..

*Million thanks & love untuk en.asben dan anak-anak yang sudi menemani. Sakan menunggu di One Utama semalam sebab nak support mama. Love u all.

Friday, October 14, 2011

Campur aduk..

Salam semua..

Terasa ada banyak benda nak dikongsikan. Tapi beberapa hari ni rasa tak cukup masa pula untuk bercerita. Jadinya hari ni nak masukkan dalam satu entry saja. Boleh kut kan. Janji cover semua cerita. Kalau takde yang nak baca pun, aku boleh baca sendiri semula nanti-nanti.. he..he..

Malam tadi ke rumah arwah acik. Sudah sebulan arwah pergi. Jadinya semalam kami pergi melawat isterinya. Rasa puas bila dapat meluangkan masa melawat makcik yang masih lagi terasa kehilangan. Anak-anaknya nampak berbesar hati dengan kunjungan kami yang tak lupa untuk bertanya khabar ibu mereka. Alhamdulillah, kami tak lupa cara arwah ayah yang suka mencari dan merai saudara mara. Terasa kedatangan kami di rai pula bila mereka sekeluarga menemani kami sehingga ke kereta waktu kami hendak berangkat pulang.

Dalam berbual malam tadi terbuka cerita tentang saudara kami yang sekarang ini mengidap kanser di kepala. Sedih mendengarnya. Dari cerita makcikku, 3 tahun dahulu, saudaraku ini sudah sihat sepenuhnya dari kanser payudara. Bila dah sihat dia terlupa dan terleka pula untuk membuat pemeriksaan kesihatan tahunan. Bila buat pemeriksaan kesihatan semula sudah ada kanser baru pula. Tak sampai hati mendengar cerita tentang keadaanya waktu ini yang sudah di stage ke-4. Itu takdir Allah untuk dirinya. Tapi kita boleh ambil peringatan dari kisah ini. Pemeriksaan kesihatan itu penting. Harap-harap kita tidak mengabaikannya. Mati itu pasti. Tapi bila kita boleh kesan penyakit kita dari awal, dengan izin Allah, tentu ada jalan untuk mengubatinya. Mohon kawan-kawan semua dapat sama-sama doakan kesihatan saudaraku itu di hari yang mulia ini.

Minggu hadapan anak-anak akan menduduki peperiksaan akhir tahun. Tapi semuanya masih relaks saja. Aduhai, mamanya yang kecut perut. Harap-harap start malam ni ada kesungguhan sikit mereka nak mentelaah. Aku juga kena ambil peranan untuk membuat sesi pemantauan.

Untuk majlis Temumesra di MPH, One Utama ahad ini, sebenarnya terasa berdebar-debar juga.  Maklumlah pertama kali. Dalam kepala ni terfikir-fikir juga, bagaimanalah keadaan di sana tu nanti. Dalam hati ini tertanya-tanya juga ada ke yang nak datang jumpa. Malu, takut, seronok semua ada. Minggu hadapan, kalau ada rezeki aku akan cerita tentang kisah di sana yer.

Dengar cerita sekarang ini di Bali, Indonesia ada gempa bumi kan. Takut juga mendengarnya. Ada juga kawan-kawan yang sedang bercuti di sana. Harap-harap mereka semua selamat dan dilindungi Allah. Semoga dipermudahkan urusan mereka dan semoga mereka semua dapat pulang ke sini dengan selamat hendaknya.

Oh ye, pagi tadi terdengar kata-kata yang menarik ini di radio IKIM FM. Lebih kurang begini kata-katanya. Rasulullah saw tidak pernah memukul orang lain dengan tangan mahupun kata-katanya. Mulia sungguh akhlak Nabi saw. Harap-harap kita dapat mencontohinya.

Setakat ini dulu. Selamat berhujung minggu untuk semua. Take care! 

Thursday, October 13, 2011

40 tahun..

Selamat panjang umur buat suamiku yang tercinta, kekasihku, heroku, teman baikku, teman gaduhku, teman tidurku dan ayah kesayangan anak-anakku. Hari ini  sudah 40 tahun usia en.asben. Alhamdulillah. Doaku semoga en.asben sentiasa mendapat keberkatan umur, diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezekinya. Semoga en.asben terus menjadi suami terhebat untukku, ayah terbaik untuk anak-anaku juga anak yang sentiasa dapat berbakti untuk kedua ibu bapanya.  Terima kasih kerana bekerja keras untuk kami. Terima kasih kerana selalu mengutamakan kami. Terima kasih juga kerana kasih, sayang dan rindu yang sentiasa ada buat kami. Semoga rahmat Allah sentiasa ada buatmu. Semoga kasih sayang kita diberkati Allah selalu.

Tuesday, October 11, 2011

Ku bahagia..

Sayang,

I know you love me.. Thank you so much.. I love you too..

Ada orang kata, kalau kita sedang bahagia, jangan seronok sangat nak canang kat orang. Nanti bila waktu kita berduka, orang akan mengutuk kita kembali. Bagi aku tiada salahnya nak bercerita tentang kebahagian.Yang salahnya, kalau kita mendoakan yang tidak baik bila mendengar orang lain berbahagia...

Monday, October 10, 2011

Good bye SB...

Salam semua..

Sejak kebelakangan ini, kalau kat ofis memang tak boleh nak view shoutbox. So aku memang tak tahu apa aktivitinya di situ. Sekejap tadi waktu tengok bola Selangor vs Perak, aku dok belek HTC en.asben. Sambil-sambil tu buka blog nak tengok komen dan entry terbaru kawan-kawan. Sekali tengok kat shoutbox nampak meriah di situ. Bukan meriah yang biasa-biasa. Tapi meriah yang penuh dengan spam. Rasa sakit hati betul. Entah siapalah yang berminat nak buat perangai macam tu. Tak ada kerja betul.

Pertama, rajin benar nak tolong say hi pada tetamu yang tinggalkan message di shoutbox tu. Which is dah lama sangat aku tak buat. Sekarang ni komen-komen dari teman-teman pun kebanyakkannya aku hanya sempat nak baca saja tanpa sempat nak balas komen. Kedua siap tulis saya gay.. saya les.. etc yang buatkan aku rasa loya. Dan yang paling tak tahan tu, boleh pula laga-lagakan aku dengan blogger Lulu Caldina kat situ. Tapi guna bahasa yang aku tak pernah guna. Okey, sampai tahap itu aku rasa kena buat sesuatu. Maka dengan rasminya aku tutup shoutbox tu. Senang cerita, walaupun aku sayang sangat kat shoutbox tu. Bye-bye shoutbox.

Perasan tak?

Salam untuk semua..

Perasan tak?
Bila rezeki kita berlebihan, pastinya ada perkara yang memerlukan kita berbelanja lebih sikit dari kebiasaanya. Kereta rosaklah, bumbung rumah bocorlah dan perkara-perkara lain yang di luar budget perbelanjaan kita. Alhamdulillah, dengan rezeki yang berlebih itu dapatlah kita tampung untuk perbelanjaan yang di luar perancangan kita.

Perasan juga tak?
Bila kita rasa kesempitan wang, InsyaAllah akan ada rezeki untuk kita dari sumber yang kita tidak sangka-sangka datangnya. Alhamdulillah, dengan rezeki yang ada dapatlah kita gunakan untuk perbelanjaan yang kurang itu.

Allah itu Maha Pemurah. Perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita. Alhamdulillah, bersyukur dengan segala rezeki dariNYA. Dalam pada bersyukur itu, jangan lupa untuk berkongsi dan agihkan rezeki yang kita ada untuk orang lain sama. Bukan besar kecil nilainya yang menjadi ukuran. Tapi keikhlasan hati kita yang di ambil kira. Ini kerana, dalam rezeki kita masih ada hak orang lain di dalamnya. Dan dari kemurahan dan keikhlasan hati kita itu insyaAllah, dari situlah juga kita akan perolehi rezeki dari sumber yang kita tidak sangka-sangka itu. Maka, janganlah takut dan kedekut untuk bersedekah dan menderma. Peringatan untuk diri sendiri dan orang lain sama.

Friday, October 7, 2011

Tak ikut boleh tak..

Salam untuk semua..

Waktu anak-anak kecik-kecik dulu kalau nak keluar berjalan tu kalau boleh nak nyorok-nyorok sebab semuanya nak mengikut. Semuanya tak mahu kena tinggal. Kalau boleh nak mengekor aje ke mana kita pergi. Kalau keluar pergi kedai depan rumah pun semuanya sibuk nak ikut jugak. Tapi sekarang bila dah besar-besar sikit ni, bila ajak keluar laju aje semuanya mengelak. Macam-macam alasan yang keluar. Kalau nak keluar berjalan tu ada masa masih juga nak mengikut lagi. Tapi bila cakap nak pergi kenduri memang selalunya mesti semuanya mengeluh. Masa tu soalanrasmi yang keluar kalau tak ikut boleh tak mama? Siap merayu-rayu lagi.

Aduhai.. kadang tu bila dah taknak ikut sangat memang aku dan en.asben tak bawak pun. Lebih-lebih lagi kalau mak pun ada kat rumah. Tapi kalau mak takde kat rumah dan kami pergi kenduri yang jauh sikit dari Bangi memang kami angkut juga kesemuanya. Masa tu memang semuanya buat muka malas ajelah. Paling tak tahan tu, sampai kat kenduri dia orang langsung taknak makan. Muka pun buat muka innocent sangat. Diam aje semua. Waktu tu, orang yang tengok mesti tak tahu yang mereka ni sedang buat perangai.

Jadinya sekarang ini memang kami lebih banyak berjalan berdua dari berlima. Kalau nak ikutkan tentulah seronok dapat jalan berdua-duaan. Tapi tak juga seronoknya. Sebab bila jalan berdua tu takdenya nak menyinggah sini sana. Kalau boleh nak cepat-cepat balik rumah. Kalau dia orang ikut sekali ada juga peluang singgah tempat lain sama. Anak-anak kan. Waktu kecil lain perangainya. Dah besar lain pula caranya. Teringat kata-kata pakcikku. Ingatkan bila anak-anak dah besar senang sikit nak jaga. Tapi rupa-rupanya lagi susah nak jaga. Masa kecik kita boleh kawal segalanya. Dah besar-besar ni rasa macam lebih susah nak mengawalnya.


Thursday, October 6, 2011

Dah tahu sangat dah..

Salam semua..

Hari ini nak cerita kisah dengan emak. Petang semalam aku bawa mak ke kedai. Stok barang basah kat rumah dah habis. So kenalah top-up. Masa dalam kereta tu mak adalah cakap-cakap nak beli susu omega yang dalam iklannya kata boleh mengurangkan kolestrol. Aku pun terpengaruh juga dengan iklan tu. Tapi tak berkesempatan nak beli lagi. Jadinya bila mak cakap nak beli aku pun minta tolong emak untuk belikan untuk aku satu. Dengan muka tak puas hati mak cakap macam ni.

Tak payahlah nak beli sampai dua. Kita share aje dulu. Dah habis nanti boleh beli lagi. Buat penuh bekas dalam almari aje. Bukannya tak tahu kau tu. Asyik beli aje. Lepas tu makan sekali dua lepas tu  takdenya nak habiskan. Dah tahu sangat dah..

Kan dah kena sebiji. Aku menyenggih aje. He..he.. mak dah faham sangat dengan perangai aku. Segala ubat dan makanan kesihatan kalau boleh aku nak beli bila dengar tentang khasiatnya. Tapi beli setakat beli ajelah. Nak menghabiskan tu memang selalunya tidak. Rasanya stok susu pun banyak yang mak tolong habiskan.

Lagi satu kalau dengan adik-adik aku yang kaki berbelanja tu. Sentiasa ada aje baju, kasut, tudung dan macam-macam yang serba baru. Mak aku memang selalu bising sebab tak mahu mereka membazir. Tapi adik-adik aku kalau tanya aje mesti cakap ala 9.90 aje. Tak pun ala 29.90 aje. Tak pernahnya cakap harga sebenar. Walaupun dah sah-sah tengok pun tahu harganya mesti tak kurang dari 50 ringgit. Sekarang ni sebelum adik-adik aku cakap harga mak aku dah perli dulu. Kalau tak 9.90 mesti 29.90 kan. Macamlah tak tahu. Dah tahu sangat dah. He..he..

Itulah emak kita kan. Faham sangat dengan perangai anak-anaknya. Sungguh peka.

Tuesday, October 4, 2011

Cetakan kedua.. Takdir Fitrah Terindah..

Hari yang mendung. Tapi hati tetap berbunga bahagia.

Minggu lepas dapat berita baik dari Buku Prima. Alhamdulillah, novel pertamaku di ulang cetak selepas dua bulan berada di pasaran. Sesuatu yang tak termimpi. Seperti juga aku tak pernah bermimpi untuk mempunyai novel sendiri. Terima kasih banyak pada en.asben yang bersungguh mencadangkan aku untuk menghantar manuskripku kepada syarikat penerbitan.

Sebenarnya ada cerita di sebaliknya. En. asben memang memberikan sepenuh sokongannya untuk aku menulis. Tapi bila cerita yang aku tulis siap sepenuhnya en.asben memang tak mahu nak baca. Puas aku minta dia baca dan tolong betulkan mana-mana yang di rasakan kurang. (En.asben dulu pelajar terbaik matapelajaran BM waktu SPM di sekolahnya. Jadinya tentulah tatabahasanya lebih baik dariku). Tapi memang dia tak mahu. Sebab en.asben memang tak minat nak baca novel cinta melayu. Tak kena dengan jiwanya, katanya.

Itu yang en.asben cadangkan aku untuk menghantarkan ke syarikat penerbitan. Ini kerana katanya, pihak penerbitan saja yang layak menilainya. Kalau en. asben kata cerita yang aku tulis itu menarik, tapi pendapat pihak penerbit pula tidak,tentunya cerita yang aku tulis itu tidak akan ke mana. Makanya dari cadangannya itu aku mula berkeyakinan untuk menghantarkan manuskrip itu ke syarikat penerbitan.


Bila sudah di terbitkan pun, en.asben  hanya baca sikit-sikit dan belek-belek gitu-gitu saja.  Tanpa membaca keseluruhannya. Namun sokongannya padaku tetap padu. Begitu juga dengan anak-anak. Terima kasih sayang-sayangku. (Jadinya pada yang tidak berminat dengan novel, aku faham sangat kalau anda tak berminat untuk membacanya. Dah bukan jiwa kan. Macam mana nak jatuh cinta dengan novel-novel ni semua.)

Alhamdulillah, atas rezeki dan berkat doa dari semua, novel Takdir Fitrah Terindah diterima oleh pembaca dan peminat novel. Setakat ini komen-komen yang di terima sangat memberangsangkan. Terima kasih atas komen-komen yang di beri. Aku sangat menghargainya. Semoga mana yang kurang dapat di perbaiki dan mana yang baik dapat ni mantapkan lagi. Ianya menjadi semangat untuk aku terus berkarya.

Harga yang di bayar oleh pembaca dan pembeli adalah satu nilai yang tanggungjawab kepuasannya ada padaku. Jadinya bila kebanyakkan komen yang di terima mengatakan ianya boleh di terima oleh pembaca, pastinya aku berasa cukup lega. Bila ada yang begitu menyukainya tentunya aku berasa sangat berpuas hati. Terima kasih atas entry-entry review. Juga komen-komen yang membina di forum-forum. Terima kasih untuk kalian yang aku kenali juga yang tidak aku kenali. Ianya sangat bermakna untuk penulis baru sepertiku.

Aku juga pembaca novel. Ada novel yang bagus padaku dirasakan tidak bagus pada orang lain. Begitu juga sebaliknya. Jiwa kita kan lain-lain. Sudah pastinya pendapat dan selera kita berbeza. Jadinya, jika novelku ada yang tidak kena pada jiwa dan selera anda,  aku minta maaf banyak-banyak. InsyaAllah, aku cuba memperbaiki untuk karya yang akan datang andainya ada rezeki dan kesempatan. Aku manusia biasa yang punya banyak kekurangan. Kelebihan yang ada terlalu sedikit untuk dibanggakan. Tapi ianya cukup perlu untuk buatkan aku bersyukur dengan pemberianNYA. Terima kasih ALLAH.

Monday, October 3, 2011

"Racun" di rumah pengantin..

Salam untuk semua.

Hari sabtu lepas, aku dan keluarga ke rumah seorang teman untuk meraikan hari perkahwinannya. Pengantinnya sama cantik dan sama padan. Ibu bapa pengantin begitu ceria dan mesra menyambut tetamu yang datang. Khemahnya panjang. Pelaminnya cantik. Makanan yang di hidang sedap-sedap belaka. Doorgift yang diberi juga menarik. Memang majlis yang sempurna di mataku.

Namun kesempurnaan majlis di cacatkan dengan satu insiden ini. Pada hari itu tetamu kecil diberikan lolipop bulat besar. Aku takde masalah dengan lolipop itu. Tetapi tetamu yang berkongsi meja dengan kami nampaknya tidak berapa berkenan dengan lolipop itu. Makanya sepanjang waktu kami berkongsi meja dia asyik mengulang cakap kepada anak-anaknya yang masih kecil yang nampak begitu suka menikmati lolipop itu.

Eh, dah-dah. Rasa sikit aje. Itu racun tu. Racun!! Pewarna tu tak elok. Jangan makan banyak-banyak. Tak elok. Lagi pun manis. Nanti kena kencing manis. Kena potong kaki nanti.. Berulang-ulang kali sampaikan aku naik hafal. Dari kami start makan sampailah kami selesai makan. Aku, en.asben dan anak-anak hanya saling pandang memandang. Kalau cuma bercakap begitu hanya sekali aku memang tak kisah sangat. Takde salahnya dia nak mengawal pemakanan anak-anaknya yang aku rasa dalam linkungan umur 2 - 4 tahun. Mungkin anak-anaknya allergic dengan makanan itu.

Tapi bila ianya terus diulang-ulang dalam keadaan anak-anaknya yang kecil-kecil itu nampak tak hirau atau mungkin tak faham  pun buat aku rasa sangat tak selesa. Lebih-lebih lagi bila perkataan racun itu terus-terusan di ulang-ulang. Perkataan itu sungguh tidak menyenangkan di telingaku. Rasa macam tak patut pula berkata begitu pada pemberian orang. Lebih-lebih lagi di majlis orang. Macam mengaibkan tuan rumah pula. Kalau nak cakap begitu di rumah sendiri lainlah pula ceritanya.

Bagi aku, menjaga permakanan anak itu perlu. Tapi menjaga adab dan tingkah laku kita di majlis orang juga sangat perlu.

Yang di katakan "racun" itu..