Tuesday, March 6, 2012

Nak ke mana?

Minggu ni minggu peperiksaan untuk anak-anak. Harap-harap anak-anak dapat buat yang terbaik untuk peperiksaan kali ini. Tapi biasalah, semuanya macam relaks aje. Asyik lagi main game. Bila suruh baca buku, pukul sepuluh dah tutup lampu. Tidur.. Minggu hadapan minggu cuti sekolah pula. Hujung minggu lepas Is bertanya padaku. Mama, cikgu kata minggu depan sekolah cuti seminggu. Cuti sekolah tu sempena apa? Ish.. ish dah 5 tahun sekolah pun dia masih tak maklum tentang cuti sekolah setiap hujung satu semester. Jadinya aku pun menerangkan mengenainya serba sedikit.

Oh, cuti sekolah. Habis tu kita nak pergi bercuti ke mana cuti ni? Spontan dia menyoal. Eh..eh... spontan juga aku dan En. Asben serentak membalasnya dengan nada yang sama. He..he.. Bagaikan pergi bercuti itu sesuatu yang wajib pula waktu cuti sekolah baginya. Aduhai.. Untuk cuti sekolah ni kami memang takde perancangan nak bercuti ke mana pun. Tapi bila anak dah menyebut tu mulalah kepala ni memikir-mikir nak pergi bercuti ke mana-mana. Paling tidak pun nak bawak anak-anak buat aktiviti yang menarik.

Tengoklah nanti. Ada rezeki kita pergilah jalan-jalan mana-mana. Tempat yang dekat-dekat ajelah. Kalau tak kita duduk rumah aje. Lagipun main basikal dan main kat taman permainan tepi rumah pun fun jugak kan? kan?? he..he.. (Ayat nak save budget lah tu ha..ha..) 

Lake Toba, Medan

Last year untuk cuti sekolah yang sama kami ke Medan. Kalau dapat ke situ lagi tentu best kan. Rasa tenang dan damai sangat tengok Lake Toba tu. Hmm... eh..eh.. anak ke mamanya yang nak sangat pergi bercuti ni??? he..he..

28 comments:

Izwa Kamaruddin said...

izwa dah ade jadual dah utk cuti sekolah nie..hehehe..

Anonymous said...

hehe selalu time cuti sekolah, parents pun ikut cuti sebab ambik peluang pergi holiday kan, tapi tina cuti seminggu ni tak ada plan ke mana pun, budjet tak cukup hehe

Hudalatip said...

saya dah ada plan dah..pegi rumah adik dan jumpa kawan-kawan lama kat shah alam je. Pastu bawak budak2 mandi swimming pool..dah tu jer.

Nini D.. said...

hahah...ni namanya emaknye yg nak bercuti..

Fieza79 said...

jgn kan anak2..mak ayah pun bila cuti sekolah mmg mula lah terpikir destinasi bercuti kan...

Kakcik Seroja said...

kakcik pun takde rancangan nak bawa anak2 ke mana2. Sibongsu tu dah sibuk kata 'dah lama Adik tak naik kapalterbang'. Eh! macamlah selalu sangat naik... hehehe...

a loqman said...

salam singgah sini

saniah said...

Laa akak baru pg td trsedar yg this coming friday dh start cuti..hihi tp anak ada class tmbhn upsr sampai rabu so..mmg tk dpt nk g mana2 kot..
Hanis dh sampai lake toba? Best kan? Tringin jgk nk pegi ni...ntah bila laa :)

amiey lee said...

wahh besttt nye nk g cuti2..kita plak anak2 masih bawah 4 tahun so ikut cuti mak bapak dulu..heeee

Unknown said...

cuti sekolah kali ni lia x dapat jalan ke mana2 pun kak sbb afiqah ada tuisyen dgn cikgunya...tp ada juga hajat nak bawa dia org naik beca..:) dah lama anak2 dok bising2 nak naik beca...

meh la kak dtg melaka..ala x jauh mana pun tu... :)

mamyharraz said...

dlm fikiran sy pun asyik fikirkan mahu bercuti je..

medan mmg best lagi2 lake toba tu sekali pegi mahu lg kesitu..ohh rindu..

atuk said...

Assalamualaikum Hanis

...belum habis periksa dah kira nak melancung...he he


moga anak2 Hanis berjaya dlm peperiksaan

Ce'gu JAERA said...

Mggu dpn cuti sekola lg kan. Mnfaatkan cuti brsama anak2 ya. ...

Eye_nee said...

anak2 hanya pemberi cadangan yg kita dapatlah tumpang semangkuk kalau "menteri keewangan" bersetuju..hahaha..

tim_fs said...

kak..samalah time cuti skola jer..mak2 pulak sibuk nak pikir jenjalan kemana..haha..tp cuti pon seminggu jer so kalau jenjalan pon dekat2 jer..

Izan Ishak said...

izan pun tgk si muhaimin ni rileks je wpun arini dgn esok ada exam.

kami plan nak balik kg cuti ni sbb dah lama tak balik umah mak izan kan...rindu ngan mak!

ummiross said...

hehe..mak pun excited jugak nak bercuti. Apa kata terbang ke Kuching je kali ni, jom jalan2 Sarawak!

Dr K said...

hahaha..saya kena bersedia dgn soalan yang sama bila anak anak saya masuk sekolah nanti " cuti sekolah nak gi mana?"

-Sara- said...

gaya ayat tu cam maknya lak yg terlebih nk gi bercuti..hehe

munna said...

anak2 blm ada yg bersekolah lagi... jadi rutinnya sama je kak...

Unknown said...

tak kisah pergi mana pun yg penting masa berkualiti dgn anak anak kan kak...

Unknown said...

Kak hanis, aida dah selamat bawak anak bercuti.. Jadi lepas ni turn mak dia plak bercuti.. Gegirl holiday.. Hahaha

Akak Kembang said...

bestnyer medan tapitak pernah pi sana lagi..hehehe

Unknown said...

maisara pun dah tanya cuti sekolah nak pergi mana..tapi laju je saya jawab "tak kemana2 sebab ibu nak ajaq hang macam mana nak tengok jam"

heheh

h4ni3 said...

jom join mandi kolam!
ekekeke

Dinas Aldi said...

Adoihhh lawak la soalan dia pasal cuti sekolah tu sempena apa, kahkahkah! Sweet la Is.

Rina Rahamat said...

HEHE..kalau sy bukan setakat risya jer yg galak nk berjalan bila cuti sekolah..sy pon sama..


penat rsnya uruskan anak sekolah..jd bila anak cuti sy pon nak cuti sama

Acik Erna said...

hanis mama lebih pun x pe..anak2 boleh bercuti sama..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...