Nuffnang

Wednesday, February 29, 2012

Tiada lagi termenung mahupun bermenung..

Bila kerja-kerja membasuh baju selalu dibantu oleh mesin basuh, bila nak membasuh guna tangan terasa bercinta. Setiap pagi memang termenung dulu sebelum membasuh baju. Maklumlah, yang hendak dihadap bukannya sehelai dua. Tapi sebakul penuh siap bertimbun lagi. Tapi dalam pada dok termenung-menung tu, dekat 3 bulan lebih juga aku bertahan dengan mencuci pakaian secara manual. Mesin yang lama buat hal elok saja kami berura-ura nak buat dapur baru. Bukannya tak boleh dibaiki tapi sebelum ni mesin basuh tu letakknya di luar. Jadinya bahagian luarnya dah jadi kusam. Sudahlah dindingnya pun dah senget benget juga sebab dah banyak kali dok pindahkan tempat. Kejap ke tengah. Kejap ke tepi. Kejap di dalam. Kejap di luar. Itu yang aku pun bertangguh-tangguh nak membeli mesin yang baru. Pertama sebab takut mesin baru tu akan kusam juga bila diletakkan diluar sebelum dapur siap. Kedua kalau boleh taknaklah barang baru asyik beralih tempat lagi sementara nak tunggu dapur siap. Biasalah barang baru kan. Sayang lebihlah.

Sebulan lepas aku dah pergi cari mesin basuh yang baru. Dah booking siap-siap. Ahad lepas bila dapur dah hampir siap sepenuhnya kami pergi buat full payment. Bila tengok balik macam gedabak pulak mesin tu. Sebelum ni beria nak yang besar sikit. Macam kan muatan tujuh lapan kilo tu  tak cukup. Itu yang ambil muatan sebelas kilo. Tapi bila nak tukar en.asben kata tak payahlah. Sebab anak-anak pun dah makin besar. Betul juga tu.   Memang perlu pun ambil yang besar. So tak jadilah nak tukar. Semalam, kesabaran dan kesungguhan aku berbalas. (Macam selama ni basuh kat sungai pulak kan). Mesin basuh baru dah sampai. Sebab tahu mesin basuh nak sampai makanya dua hari aku tak basuh baju. Dan semalam, baju dua hari tu dah selamat aku cuci dengan satu load saja. Terus rasa pilihan membeli mesin yang besar sikit adalah pilihan yang tepat untuk keluarga kami. Malam tadi tidur pun senyum, sebab tahu bangun pagi dah tak payah termenung lagi macam selalu.
Tiada lagi sesi termenung pagi-pagi selepas ada yang ini. Hitachi Sparkle Beat yang mengantikan National Niagaraku yang sudah 13 tahun memberikan perkhidmatannya dengan cemerlang. Dulu masa kerja Hitachi tak heran nak beli barangan Hitachi walaupun dapatlah sikit diskaun untuk staf. Bila dah tak kerja Hitachi barangan Hitachi juga yang dicari. Gambar masih nak pinjam kat en.google walaupun boleh aje ambil sendiri kat rumah he..he.. Terima kasih banyak dari Puan Tukang Pilih kepada Encik Tukang Bayar. Lembutlah balik tapak tangan I yang memang tak berapa nak lembut ni.

p/s : Selamat hari jadi buat sesiapa yang lahir pada tarikh 29 Februari ni. Lepas ni, 4 tahun lagilah dapat wish on the dot macam ni. Have a nice day.

Tuesday, February 28, 2012

Emak suka, aku bahagia...

Lepas arwah ayah meninggal, kami berpindah dari Batu Pahat ke Bangi. Di Bangi kami tinggal di rumah sewa. Rumah sewa itu milik pakcikku. Suami kepada makcikku, adik arwah ayah. (Dulu arwah ayah berkerja dengan pakcikku juga). Ada 14 biji rumah sewanya di kawasan itu. Rumah teres yang kampung-kampung tu. Rumah dua bilik yang bersambung panjang. Pakcikku memberikan kami tinggal di situ secara percuma. Mungkin sebagai upah emak menjaga rumah-rumah sewanya. Setiap bulan memang emak tolong ambilkan duit sewa rumah. Urusan keluar masuk penyewa dan kebersihan kawasan rumah juga emak yang tolong jaga. Hal ehwal lain termasuklah bil air semua emak yang tolong uruskan.

Berbelas tahun juga kami tinggal di situ. Bila aku dah berkerja memang aku mahu membayar duit sewa rumah itu. Tapi pakcikku menolaknya juga. Tak terbalas rasanya jasa pakcikku itu. Semoga Allah memberkati hidupnya dan diberikan kesihatan yang baik juga kemurahan rezeki. Selepas berkahwin aku juga menyewa di rumah sewa itu sebelum rumah yang kami beli siap dibina. Selang sebuah rumah dari rumah emak. Waktu itu emak tinggal seorang. Adikku yang kedua sudah berkahwin. Yang bongsu tinggal di kolej. Bila rumah yang kami beli siap terasa berat hati pula nak tinggal jauh dari emak. Rasa tak sedap juga untuk biar emak tinggal di situ seorang bila kami sudah miliki rumah sendiri. Tambah pula pakcikku masih tidak mahu mengambil duit sewanya.

Jadinya aku mengajak emak untuk tinggal bersama kami. Sekarang ini sudah 8 tahun juga emak tinggal bersama kami. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat kerana diberikan seorang suami yang boleh terima emak untuk tinggal bersama kami. Bersyukur juga kerana diberikan mertua yang sangat memahami keadaan kami. Baru-baru ni ada rezeki sikit untuk sambung bilik emak. Tak besar mana tapi lebih selesa berbanding saiz lama. Bilik air lebih dekat. En.asben memang kalau boleh mahu emak rasa selesa tinggal bersama kami. Bilik air yang baru ni pada emak lebih cantik lagi. (Sebenarnya biasa saja). Hari ahad lepas, emak dah boleh masuk semula ke biliknya sebab dah siap sepenuhya. Bilik air pun dah boleh guna. Dengan nada sebak emak cakap terima kasih sebab buatkan bilik dan bilik air yang cantik untuknya.

Aku tersentuh sangat. Aku tak mampu nak buatkan emak istana. Tapi cukup bersyukur dapat buatkan emak rasa selesa dan gembira. Kalau emak suka aku lagi bahagia. Alhamdulillah.

Monday, February 27, 2012

Sangat tak peka..

Sudah sebulan lebih rumah di bahagian dapur di renovate. Anak-anak memang semua maklum. Kalau Han dan Is, setiap petang lepas pekerja kontrak tu balik, mereka akan ikut belek-belek sama macam aku dan en.asben. Tak kiralah walau kena jalan jingkit-jingkit pun sebab lantai tak siap lagi. Tapi Az memang selalu buat tak reti. Dahlah taknak join sama, ambil port pun tidak. Bukan kata tak masuk kawasan dapur, menjenggah kat tepi dapur pun tidak. Langsung tak heran apa yang jadi kat dapur. Malam sabtu tu, Alhamdulillah, tiles sudah di pasang di bahagian dapur. Jadinya memang dah bolehlah nak masuk dapur dengan selesa walaupun ada beberapa bahagian yang masih belum siap sempurna. Jadinya kalau selalu nak makan cuci tangan di porch depan, hari tu dah boleh basuh tangan di sinki dapur untuk makan. Masuk aje dapur dia macam terperanjat. Macam panik sekejap sebab bilik air di dapur dah hilang.

Mama, bilik air kita mana? Aduhai anak aku sorang ni. Langsung tak tahu yang bilik air sudah diubah kedudukannya. Padahal orang lain semua dah guna bilik air yang baru tu. Bila dah macam tu barulah nampak dia berminat nak explore bahagian lain pula. Mama ini pintu bilik apa?  Nak tergelak aku dengar soalannya. Macam kan dapur tu besar sangat sampaikan boleh tambah bilik lagi. Itu pintu dapurlah sayang. Bila dah cakap macam tu dia macam tak percaya. Siap suruh aku buka pintu tu nak tengok kat luar. Dah tengok luar barulah dia puas hati. Ini bilik apa? Dia bertanya bilik air pula. Aku cakap  bilik air. Dia macam tak percaya sebab dulu kan bilik air kat tempat lain. Aku suruh dia buka pintu tu. Dah buka barulah percaya. Aku suruh masuk tengok, tapi dia malu. Dia intai sikit-sikit aje. Nantilah.. Katanya he..he.. Lepas tu, emak panggil tengok bilik emak pula. Dah besarkan sikit bilik emak aku memang buatkan pintu satu lagi belah belakang biar senang untuk ke bilik air. Jadinya bila dia masuk bilik emak dan nampak ada pintu di belah belakang dia tertanya-tanya lagi. Pintu ni nak pergi mana? He..he.. emak suruh di buka pintu tu. Bila dia buka dan nampak kami di dapur lagilah malu muka dia. 

Aduhai anak. Tak peka sungguh. Bukannya rumah jiran sebelah yang diubahsuai. Kat rumah sendiri pun dia langsung tak ambil tahu. Yang best tu, rumah kami bukannya besar sangat sampaikan dia tak tahu cerita. Jalan beberapa langkah dah sampai dapur. Balik dinding dah nampak dapur cinonet kami. Tapi itu pun dia tak perasaan. He..he.. comel aje  budak kecik ni tau. Tapi kalau dah besar nanti tak peka langsung macam ni memang tak comel lagilah. Anak oh anak..

Friday, February 24, 2012

Semua nak cerita...

Bila keluar, aku selalu guna handphone en.asben untuk layan blog, FB dan lain-lain capaian internet. Telefon sendiri cuma boleh guna kat rumah dan tempat ada wifi saja. Orang lain, hari-hari suka baca blog isteri sendiri. Tapi en.asben jarang-jarang nak baca blog aku. Tapi kalau en.asben baca blog aku, komen dia selalu pasal ejaan salah. Adooi. Mulalah dok kutuk aku, kata tulis novel, tapi ejaan pun salah. He..he.. saja menyakat biar aku sentap. En.asben lebih suka layan blog pasal jam. Sampaikan macam dah jadi pakar jam dah sekarang ni. Tanyalah movement apa, brand apa, semuanya dia tahu. 

Semalam bila nak guna handphone en.asben, dia tolong bukakan blog aku siap-siap. Dia baca-bacalah sikit-sikit entry-entry aku. Lepas tu terbaca entry If tomorrow never comes.  Eh, ini pun you nak cerita  komennya. He..he.. I cerita sebab tak boleh nak simpan sendiri dah rasa happy dan touching tu. Beberapa bulan lepas aku keluar jumpa kawan lamaku Nari di Alamanda. Baru nak bercerita dia cakap oh, aku tahu. Aku dah baca pasal tu kat blog kau. Balik rumah aku bercerita pada en. asben. Komennya, iyelah, semuanya you dah cerita dalam blog, kalau dia baca memanglah semuanya dia tahu. He..he.. betullah tu.

Entahlah, sejak ada blog memang aku suka nak cerita semuanya kat sini. Sebenarnya tulis untuk bacaan sendiri nanti-nanti (ya, aku memang sangat suka baca blog sendiri. Sampaikan en.asben pun perasan. Tulis sendiri baca sendiri.. he..he..) Takpelah aku suka baca tulisan sendiri. Juga untuk anak-anak aku membacanya. (Han suka juga baca blog aku). Tapi dalam nak cerita semua, aku masih tetap bertapis-tapis lagi. Walaupun nampak macam semua aku nak cerita, tapi sebenarnya cuma 40% saja yang aku kongsikan di sini. Yang lain masih aku simpan sendiri.

Kalau ikutkan hati memang semuanya aku nak cerita. Tapi setiap apa yang kita lakukan perlu ada limit. Sensitiviti orang lain perlu kita jaga. Kalau rasa semuanya kita boleh luahkan, takut-takut ianya tidak baik untuk diri kita sendiri. Macam aku, kalau nak menulis dan berkongsi sesuatu selalunya aku tak terus menulis. Sebelum tulis aku fikirkan dulu buruk baiknya. Bila rasa macam okey barulah aku menulisnya. Kalau boleh aku cuba bersederhana dalam bercerita. Mengelak dari berlebih-lebihan meluahkan perasaan gembira dan duka. Memanglah ini blog aku. Tapi bila orang lain pun membacanya sama, aku kena fikirkan juga apa yang orang lain rasa. Pada aku pandangan dan penilaian orang perlu aku ambil kira juga biar sama-sama rasa selesa.  

Thursday, February 23, 2012

Rindu-rinduan...

Anak emak semuanya perempuan. Bila dapat cucu ramai lelaki pula. Selepas 11 tahun, hanya Han seorang cucu perempuan emak. 5 yang lain cucu lelaki. Tahun lepas barulah bertambah seorang lagi cucu perempuan. Jadinya tak kira anak-anak adikku sendiri yang sebelum ini semuanya lelaki dan anak-anakku yang bertiga tu memang berialah melayan si gegirl tu. Kiranya si gegirl ni memang kesayangan semualah. 

Sebelum ini adikku menghantar anaknya ke rumah kami untuk dijaga oleh emak. Tapi mulai tahun ini tidak lagi. Ini kerana anak-anaknya sudah di hantar ke taska dan nursery. Selalunya balik rumah memang meriah di sambut oleh si comel seorang tu. Anak-anak aku pun nak pergi sekolah melayan si gegirl dulu. Balik sekolah terpa gegirl dulu juga. Tapi sejak dua bulan ni takdelah lagi. 

Kelmarin adik aku call kata ada urusan di KL dan nak tinggalkan anak-anaknya sekejap. Semua orang macam excited sangat sebab gegirl nak datang. Anak-anakku tertunggu-tunggu. Sekejap-sekejap tanya, bila gegirl nak datang ni. Tapi adik aku tak jadi ke KL pula. Jadinya takdelah gegirl datang. Frustlah  anak-anak aku. Aku pun sama sebab dah terbau-bau dah si gegirl tu.

Semalam anak-anak berangan sangat biar gegirl datang. Si Az pula buat gempak kata gegirl nak datang. Apa lagi excitedlah semua. Padahal mana ada.   Jadinya dia orang pun frust lagi. Hari kerja memang jaranglah dapat jumpa. Kalau weekend tu memang selalu jumpa. Punyalah semua orang merindukan gegirl. Sampaikan macam tak boleh tunggu weekend.

Inilah gegirl yang kami rindui..

Wednesday, February 22, 2012

If tomorrow never comes..

Selalu saja en.asben menghantar e-mel kepadaku. Mengenai ilmu agama,  ilmu dunia, nasihat, maklumat juga lawak. Tapi hari ini dia menghantar lagu kepadaku. Muka memang rasa nak tak nak berhenti tersenyum. Dalam hati dah rasa penuh dengan taman bunga yang wangi. Macam sweet dan romantik sangat. Balas e-melnya. Romantiknya u. I love u. Call ucap terima kasih lagi. Lagu memang best. If tomorrow never comes by Ronan Keating.  Menghayati liriknya membuatkan aku sebak. Sampaikan beria aku menangis. Kalau itulah luahan hatinya, begitulah juga luahan hatiku. I love u sayang. Semoga kasih sayang dan kebahagiaan kami mendapat restuNYA sehingga ke syurga. Amin.

If tomorrow never comes

Sometimes late at night
I lie awake and watch her sleeping
She's lost in peaceful dreams
So I turn out the lights and lay there in the dark
And the thought crosses my mind
If I never wake up in the morning
Would she ever doubt the way I feel
About her in my heart

If tomorrow never comes
Will she know how much I loved her
Did I try in every way to show her every day
That she's my only one
And if my time on earth were through
And she must face the world without me
Is the love I gave her in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes

'Cause I've lost loved ones in my life
Who never knew how much I loved them
Now I live with the regret
That my true feelings for them never were revealed
So I made a promise to myself
To say each day how much she means to me
And avoid that circumstance
Where there's no second chance to tell her how I feel

So tell that someone that you love
Just what you're thinking of
If tomorrow never comes

So dear friends, tell someone that you love, just what you're thinking of if... tomorrow never comes...

Tuesday, February 21, 2012

Azure Fatahillah...

Itulah nama penuh Az. Anak bongsu kesayanganku. Hari ni sudah 8 tahun usianya. Ayahnya kata budak yang tak sabar-sabar nak keluar. Sebab kakak dan abangnya lahir pada tarikh 22. Dia pulak lahir pada tarikh 21 pukul 11.30 malam. Lagi setengah jam saja nak masuk 22 haribulan. Kalau tak, sama tiga-tiga beradik tarikh hari lahirnya. Bulan lain-lain. Rasa macam baru semalam melahirkannya. Macam baru semalam juga kaum keluarga macam susah nak menyebut namanya yang Azure tu.  Tapi sekarang ni semua dah lancar nak menyebutnya. Azure tu maknanya biru langit. Jadi sebutannya sama macam sebut warna biru langit azure tu lah juga. Ae-zi-or gitu. Atau A-zur pun boleh. Namanya sama makna dengan nama en.asben. Itu yang letak nama tu. Fatahillah pula nama salah seorang wali songgo yang menjadi raja. Fatah pun ada makna juga dari nama-nama Allah.

Setiap kali pergi klinik mesti nurse dan doktor tanya macam mana nak menyebut namanya. Guru-gurunya pun begitu. Jadinya lepas ni bolehlah aku minta mereka tengok cara sebutannya kat blog aku. Jadinya mereka tahulah macam mana nak menyebutnya dengan betul he..he.. (Poyo betul mamanya ni nak promote blog sendiri kan).

Pagi-pagi tadi bangun aje tidur aku dengar abangnya dah wish birthday. Lepas tu kakaknya pula. Alhamdulillah masing-masing peka tentang tarikh istimewa adik beradik. So pagi tadi kami nyanyikanlah ramai-ramai lagu selamat  hari jadi untuknya. Jadilah nak buatkan dia suka. Memang tersenyum-senyum malulah dia. Nak buat makan-makan pun tak boleh sebab rumah macam kapal karam lagi. Makan habuk bolehlah he..he.. Hadiah memang dah dapat dulu. Siap dengan abangnya pun dapat sekali.

Doaku agar anakku Azure Fatahillah terus diberikan kesihatan yang baik. Semoga Az dipanjangkan umur dan mendapat umur yang berkat. Semoga Az menjadi anak soleh yang bijak dan baik akhlaknya. Semoga anak-anakku sentiasa di lindungi olehNYA. Amin.

 Mereka yang paling comel dalam dunia di mataku dan en.asben...

Ambil gambar memang takdelah yang semenggah. Memang takde canlah nak ada gambar yang okey sikit kalau dengan budak sorang ni. Mesti ada aje spoilnya. Ini kira okeylah juga sebab tak masam mencuka. Tapi takpe, I like beribu-ribu kali juga. My one and only Azure Fatahillah tetap budak 8 tahun paling cute di hati mamanya.
I love you sayang. Happy 8th birthday.

Monday, February 20, 2012

Menggoda tak?

Hari sabtu lepas aku ke RTC Gopeng. Dalam perjalanan pergi, bas jabatan singgah ke R&R Tapah untuk makan. Biasanya bila berjalan naik bas ni, aku jadi takut sikit nak makan. Nak makan buah pun takut. Bukannya apa, sebab takut sakit perut he..he.. Nanti susah pula nak berhenti. Kalau naik kereta sendiri tu lain. Jadinya aku dan kawan-kawan memilih untuk makan ais krim goreng saja. Sedap. Tepung luarnya berbentuk love.  Tapi simple ajelah.

Teringat pula ais krim goreng kat Kuala Terengganu yang lebih sedap. Siap berhias cantik lagi. Siap ada jagung, daun salad dan hirisan limau. Sampai sekarang teringat-ingat. Nasib baik ada simpan gambarnya. Jadinya bolehlah juga dok tenung kalau teringin. Selalu makan yang plain. Bungkus dengan tisu atau tergolek-golek dengan tepung saja. Jadinya bila pesanan aiskrim goreng kami di KT tu berhias cantik, terus rasa macam wah.. bestnya. Sangat menggoda selera yang memang selalu berselera bila nampak aiskrim dan makanan lain yang boleh naikkan berat badan he..he..

Menggoda kan aiskrim goreng ni..

Friday, February 17, 2012

Bukan nak jadi orang lain, bukan juga nak bermuka-muka..

Komen Han kepadaku..
Mama selalu nampak lain. Bila dekat rumah lain. Dekat rumah nenek pun lain (rumah mertua). Dengan Auntie Jaja dengan Auntie Lin lagi lain (kawan baik aku). Dengan geng Cik Mamat macam lain (geng ofis lama yang sekepala). Dengan orang lain pun selalu lain.

Itulah pandangan anakku tentang perwatakkanku. Bila dia sentiasa ada bila aku bersama orang lain membuatkan dia perasaan perbezaan-perbezaan tersebut. Pandangan jujurnya membuatkan aku tersenyum. Iye, begitulah aku.
Kalau di rumah, keluarga aku dari belah mak dan ayah memang jenis havoc. Kalau bercakap orang ingat bergaduh. Sebab kami jenis yang cakap kuat. Kalau bercakap memang selalu nampak beria dan excited. Bila di rumah mertua, mereka jenis yang bercakap perlahan. Mak dan ayah mertuaku jenis yang bercakap lembut. Bila ramai-ramai berkumpul barulah kecoh juga sesekali. Tapi tidaklah sekecoh keluargaku sendiri. Jadinya kalau aku terlebih kecoh tentulah macam tak kena pula. Jadinya perlulah aku mengawal diri supaya sesuai dengan keadaan. Dia orang tenang aku ikut tenang. Dia orang kecoh, barulah aku pun ikut kecoh sama.

Bila dengan kawan-kawan baikku, memang kita orang akan huhahuha lebih. Sebab kami berkawan sejak sekolah. Jadinya kalau sesekali berjumpa, kepala pun kadang-kadang masih weng macam budak sekolah juga. Keluarlah balik  bahasa F kita orang. Kalau bercakap memang tak jaga-jaga. Semua main lepas dan berterus terang. Kalau nak kutuk pun tak berlapik. Memang takdelah nak control-control. Bila dengan geng ofis lama, kita orang macam keluarga. Maklumlah dah berbelas tahun berkawan. Bila dengan yang sebaya, main aku engkau saja. Bila yang lebih tua guna kita awak atau panggil guna kakak atau abang. Tapi dengan isteri-isteri dan suami-suami mereka cakap lebih sopan pula. 

Kalau dengan orang yang baru kenal, aku memang tak reti nak ber'aku engkau'. Walaupun dalam blog guna 'aku'. Tak reti juga nak berhuhahuha lebih dengan yang tidak berapa rapat. Kalau di tempat kerja, tugasanku memerlukan aku bercakap dengan penuh sopan dan lembut. Jadinya aku perlulah menggunakan bahasa yang lebih sopan. Cakap pun lebih lembut. Kalau aku ikut gaya seperti di rumah tentulah pelanggan rasa tak selesa.

Kalau diikutkan dari komen Han, kedengarannya macam aku bermuka-muka. Tapi bukan begitu sebenarnya. Tak pernah berniat untuk hipokrit. Aku cuma mahu membawa diri mengikut keadaan. Bagi aku, kita kena pandai sesuaikan diri mengikut keadaan dan tempat. Mungkin pada orang lain tak perlu jadi orang lain. Memang tak salah untuk jadi diri sendiri pada setiap masa. Tapi tentunya tak salah juga untuk menyesuaikan diri. Bukan untuk jadi orang lain. Tapi untuk buatkan orang lain selesa dengan kita. Bukan semua orang boleh terima kita sebagaimana kita. Tapi kita boleh cuba buat orang rasa selesa dengan kita. Kalau kita dah cuba tapi orang tetap rasa tak selesa memang kita tak boleh buat apa. Itu pandangan aku. Pandangan kawan-kawan pula bagaimana?

Komen kawanku..
Akak ni selalu cakap lembut. Tentu kat rumah pun macam tu. Jawapannya, tentulah tak. Kat rumah akak cakap kuat. Tak percaya tanya anak-anak akak. He..he..

Thursday, February 16, 2012

Home sweet home...

Bila garam gula kat ruang tamu, fridge kat ruang tamu, almari kat ruang tamu, katil kat ruang tamu, itu tandanya apa? Itu tandanya orang teringin nak renovate rumahlah tu. He..he.. Wah renovate rumah yer. Cerita macam major renovation aje. Tapi sebenarnya cuma besarkan dapur yang comel jadi kecik aje, alihkan bilik air ke tempat yang lebih strategik dan besarkan sikit bilik emak yang kecik supaya selesa sikit. (Semuanya kecil-kecilan saja. Al- maklumlah, rumah pun tecik. Budget pun tecik ha..ha..).

Sekarang ni rumah berdebu-debu. Kat lantai tak perasan sangat sebab lantai putih. Tapi kat tangga memang tapak kaki memenuhi tangga.  Nak lalu kat ruang tamu pun kena senget-sengetkan badan sebab barang penuh susun kat situ. Walaupun rasa serabut bila balik rumah, tapi setiap hari rasa tak sabar nak balik rumah. Bukan sebab apa, sebabnya suka tengok progress tu. Dah sebulan dah ni. Harap-harap dalam dua tiga minggu lagi siaplah sepenuhnya.

Bila time nak balik rumah hati rasa berbunga-bunga. Macam orang nak pergi dating pulak. He..he.. dating dengan rumah comel lote akulah apa lagi. Biarlah tak besar macam rumah orang lain. Biarlah tak cantik macam rumah orang lain. Tapi itulah rumahku syurgaku. My home sweet home.

Wednesday, February 15, 2012

Good job..

Baru-baru ini en.asben dapat Most Healtiest and Good Planner award. Bukanlah langsung tidak pernah sakit. Tapi bila sakit yang sikit-sikit dan masih berkemampuan untuk ke tempat kerja memang en.asben selalu gagahkan juga. Tak pernah dia melayannya. MC yang menjadi kemudahan jarang menjadi keperluannya bila sakit itu tidak memerlukan dia berehat di rumah. Tentulah atas tanggungjawab sebagai pekerja. Lagipun ketua keluarga kan tanggungjawabnya lebih. Mencari nafkah keluarga paling utama. Alhamdulillah sepanjang tahun lepas tiada langsung MC yang diambil. Tiada juga hal-hal yang mengesa sehingga cuti kecemasan perlu diambil. Memang rekod kedatangan en.asben selalu cemerlang. Rasanya folder file sijilnya memang penuh dengan 100% attendance ni. Terima kasih Allah atas kesihatan yang baik yang telah diberikan buat suamiku. Juga kerana segala urusan kami dipermudahkan. Alhamdulillah. Tahniah buat en.asben.

Baru-baru ini juga adikku dapat Best Team Leader award. Alhamdulillah. Tahniah untuk adikku Rita. Dia memang komited dengan kerjanya. Tiap kali call memang memanjanglah tengah kerja. Orang lain cuti tapi dia kerja. Orang lain pergi kenduri, dia pergi kerja. He..he.. Harap-harap anugerah yang diperolehi menjadi pemangkin untuk dia terus cemerlang dalam kerjayanya. Baru dapat award dapat pula offer kerja di tempat baru. Alhamdulillah rezeki. Jadi berganda seronoknya. Semoga dia terus berjaya di tempat baru nanti.
 
Selain kenaikan gaji dan bonus, anugerah yang diterima juga menjadi inspirasi buat kita sebagai pekerja. Tapi, tidak kiralah dapat anugerah atau tidak, kerja yang dilakukan kenalah sentiasa ikhlas dan bersungguh. Kerana tugas kita merupakan amanah untuk kita yang merupakan satu ibadah juga.

Tuesday, February 14, 2012

Kehilangan dan kecurangan..

Semalam terbaca status di FB tentang kehilangan seorang teman sekolah. Arwah bukanlah seorang teman yang rapat denganku. Rasanya tiada kenangan pun bersamanya ketika di sekolah dulu. Selepas bertahun berlalu aku hanya ingat-ingat lupa wajah dan namanya. Namun bila mendapat berita yang dia telah tiada, terasa sebak dan sedih juga. Entah mengapa aku terasa akan kehilangannya. Kehilangan orang yang sebelum ini kewujudannya tidak pernah dirasa. Selepas maghrib aku kirimkan surah yaasin untuknya. Barulah perasaan itu sedikit lega. Semoga arwah tenang di sana. Semoga anak-anak yang ditinggalkan mendapat kasih sayang dan jagaan sempurna dari suami dan keluarganya.

Beberapa hari sebelum ini mendapat cerita tentang masalah dalam hubungan orang lain. Orang yang agak rapat hubungannya. Rasa terkejut, sedih, kecewa, terkilan  dan macam-macam perasaan saling bersatu. Kecurangan berlaku. Kesetiaan dan pengorbanan bagaikan tiada harganya. Sampainya hati. Semuanya bagaikan tidak diduga. Aku maklum, masalah dalam sebuah hubungan rumahtangga hanya suami dan isteri itu saja yang tahu. Tentulah ada kekurangan di sini sana. Biasalah, asam garam rumahtangga. Kita sendiri mengalaminya. Terasa tidak puas hati pula walaupun itu bukan masalah rumahtanggaku. Ada rasa ralat juga walaupun ianya tiada kaitan denganku. Doaku agar kebahagiaan sentiasa menjadi milik mereka sekeluarga.

Dalam  setiap doa, aku tak pernah lupa untuk doakan beberapa orang yang kalau mahu diikutkan tiada kaitannya denganku. Namun aku rasa terpanggil untuk mendoakan mereka. Begitulah kan, setiap orang punya nilai dalam hati orang lain. Tak kira rapat atau renggang. Tak kira dekat atau jauh perhubungan itu. Ada masa-masanya, mereka terisi di hati kita.  Walaupun mereka itu bukannya siapa-siapa untuk kita. Dan mungkin kita sendiri tidak pernah berada dalam hati mereka. Juga bukan siapa-siapa untuk mereka.

Friday, February 10, 2012

Peluang yang dilepaskan dan peluang yang datang lagi..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah.

Beberapa tahun lepas, kami menerima satu peluang yang cukup baik. Yang tak termimpi namun selalu mengharapkannya. Namun ianya ditolak oleh en.asben dengan alasan yang cukup baik juga. Aku menerimanya dengan hati yang terbuka kerana alasannya sangat baik. Mahu memberi peluang kepada orang lain adalah alasan yang aku tidak boleh tolak tepi. Waktu itu tidak langsung terfikir yang kami akan memperolehi peluang yang sama sekali lagi. Tidak juga mengharapkan dan bermimpi yang peluang itu akan diterima semula dengan cara yang sama. Namun perancangan Allah itu sangat indah. Tanpa disangka, kami memperolehi peluang itu sekali lagi. Alhamdulillah, kali ini dengan rasa penuh kesyukuran, kami akan menerimanya nanti, insyaAllah. Sangat besar harga sebuah keikhlasan. Ianya bagaikan balasan yang cukup bermakna buat kami. Aku mula memahami erti sebuah keikhlasan itu.

Beberapa tahun lepas yang aku juga tidak pasti bila, en.asben memperolehi satu peluang yang berharga. Namun en.asben melepaskannya atas alasan yang cukup kukuh. Aku tidak maklum mengenainya kerana en.asben menyimpannya sendiri. Aku tahu, dia menyimpannya kerana tidak mahu sebarang keputusan yang diambil dipengaruhi oleh aku. Ianya baru aku ketahui selepas en.asben mendapat peluang yang sama sekali lagi baru-baru ini. Kali ini barulah en.asben berkongsi denganku.  Semalam, en.asben mengambil langkah pertama untuk memperolehi peluang itu. Doaku agar peluang ini adalah yang terbaik buatnya.

Peluang yang diberi itu kadangkala menjadi perkara yang paling indah buat kita. Namun menolaknya atas alasan yang sewajarnya juga menrupakan perkara yang paling indah juga. Tidak semua peluang akan kita perolehi kembali selepas menolaknya. Namun bila ianya diterima lagi untuk kali kedua, keindahannya sangat terasa. Itulah yang aku rasakan kini. Percaya pada diri sendiri serta sentiasa yakin dengan setiap keputusan yang diambil merupakan  satu peluang yang hanya kita boleh lakukan. Hanya kita yang dapat mengambil peluang yang diperolehi. Hanya kita juga boleh melepaskannya dengan alasan kita sendiri. Bukan orang lain dan tiada siapa boleh mempertikaikannya. Bila ianya memang rezeki kita, InsyaAllah, kita akan memperolehinya lagi. Kesimpulannya, tidak semua peluang perlu direbut. Adakalanya melepaskannya juga menjadi perkara yang sangat patut.

Friday, February 3, 2012

Cuti 4 hari..

Pagi-pagi ni dapat sms dari adikku. Dia dah sampai Guangzhou. Cuti-cuti China he..he.. Katanya sejukkk sangat. Dia minta tolong tengok-tengokkan anak-anaknya. Hmm... kalau jalan berdua tak bawak anak-anak memang begitulah. Kepala tu asyik ingat anak saja. Baru sampai dah mula risau. Rindu sudah tentu. Aku jawab, insyaAllah. Siap tambah minta dia jangan lupa bawak balik ole-ole sekali. Baik punya kakak kan he..he..
 
Adik aku dah pergi bercuti. Esok kami sekeluarga juga nak pergi bercuti. Tak jauh pun. Cuma ke PD saja untuk 3 hari 2 malam. Tapi tetap rasa teruja sebab ada Family Day belah keluarga ibu mentuaku di sana. Mak mentua aku ada 9 orang adik beradik. Dengan Mbah lagi. Dengan anak, cucu, menantu semua. Memang ramailah. Sewa dalam 9 apartment kot. Banyak aktiviti yang telah dirancang. Yang paling best aktiviti makan-makanlah kan. Sukaneka pun ada juga. Kami sekeluarga rasa seronok dan tak sabar. Anak-anak dah asyik bertanya. Harap-harap segala yang dirancang berjalan lancar nanti, insyaAllah.
   **Guangzhou.. Adik aku bercuti ke sini...  

 **Corus Paradise, PD.. Kami nak bercuti ke sini...

Kawan-kawan semua bercuti ke mana untuk cuti 4 hari ni? Balik kampung ke? Kalau duduk rumah pun best juga. Masa cuti CNY, kami sekeluarga duduk di rumah saja. Tak berjalan ke mana. Tapi tetap seronok juga. Semoga cuti ni bermanfaat untuk kita semua. Take care.

**Gambar pinjam dari en.google.

Thursday, February 2, 2012

Gemersik Kalbuku eh..eh.. versiku..

Setiap isnin hingga khamis petang sekarang ini memang aku menunggu di depan tv. Dah tentu-tentunya sebab nak tengok Gemersik Kalbu. Sesekali terlepas juga. Tapi tak kisah sangat sebab dah tahu endingnya. Waktu baca novelnya aku membayangkan macam lain. Bila jadi drama tentulah macam lain juga. Tidak seperti yang dibayangkan. Jadinya bila menonton drama atau filem dari novel yang pernah dibaca aku jadi tak berapa nak feel sangat. Lebih-lebih lagi bila jalan cerita ada yang bertukar sedikit.

Aku memang meminati novelis Anis Ayuni, penulis novel Gemersik Kalbu ni. Kiranya semua novelnya sudah aku miliki. Gemersik kalbu antara novel yang paling aku minati. Berapa kali juga aku ulang baca. Teringat lagi waktu dulu bersama kawan-kawan yang kaki novel. Bila ada novel baru yang keluar dari novelis kegemaran kami, memang kami akan membelinya seorang satu. Takde kongsi-kongsi atau pinjam-pinjam. Lepas baca kami akan berkongsi cerita babak-babak yang menarik di dalamnya.

Begitu jugalah dengan novel Gemersik Kalbu ni. Sampaikan watak Raihana dan Sufian terbawa-bawa dalam perbualan kami. Punyalah suka dengan novel Gemersik Kalbu tu. Sampaikan aku hantar e-mail kepada penulisnya Pn. Anis Ayuni untuk mengucapkan tahniah padanya. Untuk menyatakan betapa aku dan kawan-kawan  menyukai karyanya. Bila Pn. Anis Ayuni membalas e-mail tu rasa suka  bukan main. Rasa macam nak buat lompat bintang he..he.. Macam tak sangka sangat novelis terkenal nak balas e-mail kita. Waktu tu di ofis lama memang e-mail peribadi disekat masuk. Tapi sebab nak sangat baca balasan e-mail tu, sanggup call Bahagian MIS minta tolong releasekan e-mail tersebut. Buat muka tebal aje.

Itulah yang pertama dan terakhir aku buat macam tu kerana sukakan novel dan novelis ni. Sebelum ini memang tak pernah. Sesudah itu pun tak buat lagi dah. Pertama kali aku teruja dengan novel dan novelisnya. Itu yang membuatkan aku mempunyai kenangan sendiri dengan Gemersik Kalbu. Itu yang jadi Gemersik Kalbu versiku tu he..he.. Waktu mula-mula drama tu bersiaran, ramai yang rasa macam lagu Aqasha masa ending tu tak best. Tapi aku suka. Sebelum ni memang dah lama en.asben download lagu tu sebab dia memang minat lagu-lagu dan suara Aqasha. Mula-mula memang aku pun rasa semacam dengan liriknya. Dah lama-lama rasa okey dan unik.

Wednesday, February 1, 2012

satu dua dua belas..

Hari ini jalan menuju ke pejabat sedikit lenggang. Maklumlah orang yang bekerja di Putrajaya dan Kuala Lumpur bercuti. En asben pun bercuti. Buat semua yang bercuti, selamat memanfaatkan cuti dengan sebaiknya.

Rasanya macam baru saja menyambut tahun baru 2012. Hari ini sudah masuk bulan Februari. Teringat lagi kata-kata seorang teman, bila umur melepasi angka 30, masa seperti terlalu cepat berlalu. Begitulah yang aku rasa sekarang ini. Hari yang berlalu terasa begitu singkat.

Harap-harap kita semua sentiasa mendapat keberkatan umur hendaknya.