Nuffnang

Monday, July 30, 2012

Kuah yang tumpah..

Assalamualaikum..

Kuah apa pulak yang tumpah tu?? He..he.. sebenarnya bukan nak cerita pasal lauk iftar atau lauk sahur. Tapi nak cerita pasal pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. (First time sebenarnya guna perkataan iftar sebab sebelum ni guna berbuka puasa aje hu..hu.. so ada excited di situ he..he..). Aku ni memang bukan jenis yang berdikari. Kebanyakan  masa memang sentiasa mahukan ada orang lain yang ada bersama-samaku. Sampaikan en.asben pun perasaan. Selalu sangat kena tegur. Benda yang you pun boleh buat sorang tapi nak juga nak I terlibat sama kan.. He..he.. betul sangatlah tu. Sampaikan aku pun tak boleh nak nafikan.

Ada satu hari emak minta Han tolong buangkan sampah ke dalam tong sampah di luar. Waktu Han, ke dapur dia dah siap-siap pesan pada Is suruh tolong bukakan pintu grill. Sekali bila Han dah sampai depan semula pintu grill masih belum Is buka. Apalagi membebel-bebellah Han. Is yang tak puas hati pun mulalah mengomel. Eleh, selalu tu kalau adik buang sampah, boleh aje buka pintu grill tu sendiri.Tak payah pun suruh orang lain bukakan pintu. Kecoh aje lebih. Aku yang mendengar perbualan dua beradik tu kat atas terus tersedak-sedak sambil ketawa sendiri. Kalau en.asben dengar mesti dia dah jeling-jeling kat aku sebab anak dia pun dah terikut perangai aku.

Aduhai.. ke manalah tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan. Ke mana lagilah nak turun perangai kita kalau tidak pada anak-anak. Nampaknya perangai mama yang suka depending pada orang lain dah turun pada Han lah. Perangai ayah yang tak puas hati dengan perangai tersebut pula dah turun pada Is.. he..he..

Salam hormat buat semua. Take care.

Friday, July 27, 2012

Menyelamatkan keadaan..

Assalamualaikum...

Hari ini kita berpuasa untuk hari yang ke-7. Semoga dipermudahkan dan diterima semua amalan kita, insyaAllah. Alhamdulillah anak-anakku masih bersemangat. Cuma Az ada sedikit masalah. Masalahnya ketika di sekolah. Rasanya dah 2 tahun dia berpuasa penuh. Tapi tahun ni, awal-awal lagi dah lompong 2 hari. Lompong dengan alasan 'ter' ketika di sekolah. Tahun lepas ada kakak dan abangnya di sessi yang sama. Tahun ini sudah berlainan sekolah dan sessi jadinya tiada siapa yang boleh memantaunya ketika di sekolah dan ketika balik dari sekolah.

Kali pertama tu, hari isnin pertama berpuasa di sekolah. Katanya dia terkorek hidung. Mungkin bertanyakan pada kawan-kawan dan mereka mengatakan puasanya dah terbatal. Makanya dia pun terus beli air di kantin dan minum. Memang cari peluang pun agaknya he..he.. (Aku memang bekalkan duit juga ke sekolah waktu bulan ramadhan ni sebab takut-takut anak-anak tak terlarat bolehlah membeli makanan dan minuman di sekolah).

Kali keduanya, semalam. Az cakap dia puasa tapi tengok baju dan kasut sekolahnya basah macam kena tumpahan minuman. Neneknya tanya kenapa, dia kata air yang dia beli untuk berbuka penuh sangat dan nak tumpah. Bila tanya mana air yang dibeli tu? Az kata dah habis. Jadinya kami tanyalah, dia puasa ke tidak. Dia kata dia puasa. Ceritanya, untuk menyelamatkan air yang penuh tu dari tertumpah, dia terpaksa sedut sikit air itu biar tak terus tumpah. Tapi mungkin sebab air tu masih terus tumpah dan dia rasa puasanya masih belum terbatal jadinya dia bagi kawan-kawannya yang tak puasa tolong habiskan air tersebut. 

Aku pun tak tahu nak cakap macam mana dengan dia. Nak cakap puasanya dah batal kesian pulak bila dia masih bersemangat meneruskan puasanya sampai waktu berbuka. (Sebab bagi  dia perkara tu macam perkara yang tak sengaja).  Lepas tu siap bagi kawan-kawannya habiskan airnya sebab air yang dibeli tu terus tumpah sampai kasut sekolah pun lencun. Nak straight sangat pun takut hilang pula semangat puasa dia. Sudahnya  kami cuma cakap ,lain kali tak boleh minum walau sedikit pun. Walaupun nak menyelamatkan keadaan he..he..

Sepanjang waktu berbuka dan bersahur semalam, kami dok ulang-ulang ingatan yang sama biar ianya tidak terjadi lagi. Semua orang cuma berani senggih-senggih aje sebab kalau gelakkan dia nanti hilang pulak mood Az kesayangan kami tu nak terus berpuasa. Dahlah dia yang paling semangat nak puasa. Bangun sahur pun tak payah kejut. Waktu aku panaskan lauk dia dah bangun sendiri dan dah terconggok kat meja makan. Semangat tak semangat kalau dah macam tu kan. Semoga terus penuh puasanya sehingga ke hujung ramadhan.

Salam hormat buat semua. Have a nice day.

Wednesday, July 25, 2012

34 dari 36 hu..hu....

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat semua..

Pagi tadi dalam perjalanan untuk ke tempat kerja, aku dengar radio Hot FM. Topik pagi ini berkisar tentang ranking Malaysia di kedudukan ke-34 dari 36 negara untuk tahap kesopanan hu..hu.. Sedihnya. Tapi memang itulah realitinya. Kita sebagai rakyat Malaysia sendiri pun susah untuk menafikan kenyataan itu. Sedangkan soal kesopanan dah masuk dalam prinsip rukun negara. Agak-agaknya ramai yang terlupa mengenainya kut. Kan???

Tak perlu tengok jauh. Di jalanraya saja sudah cukup. Susah sangat para pemandu kita nak bertimbang rasa. Nak beri laluan bagaikan satu jenayah sehinggakan ramai yang mengelak dari melakukannya. Aku  pernah dihon sebab bagi laluan pada  kereta di hadapanku. Subhanallah.. macamkan satu kesalahan pula sedangkan laluan di depan langsung tak bergerak. Beri laluan pun masih ada yang tak puas hati. Aku pernah beri laluan kepada kereta yang mahu keluar dari parking atas rasa perihatin bila kereta lain bagaikan tidak peduli sebab laluannya sempit bila ada yang tak peka parking kereta di laluan kenderaan. Tambah-tambah bila laluanku sendiri tersekat. Tapi boleh pula tanpa rasa bersalah aku yang diminta ke tepi untuk beri laluan untuk dia lalu selepas dia dah selamat keluar. Astaghfirullahalazim. Mana sifat sopan dan sifat berterima kasih dia pergi agaknya ekkk?? Aku tenung juga kut-kutlah orang itu mat hitam. Kut-kutlah juga orang tu anak-anak muda yang baru nak faham erti kesopanan. Tapi... orang itu adalah orang kita yang yang dah berumur. Apa kes ni pakcik? Macam mana nak jadi contoh buat anak muda.

Kes ambil parking orang lain pun pernah terkena juga. Kita ni punyalah sabar menunggu sambil bagi signal nak masuk parking yang baru kosong. Tup-tup orang lain pula yang masuk dari laluan bertentangan. Sudahlah tak ikut peraturan, curi tempat parking orang pulak tu. Lepas tu boleh buat muka tak bersalah. Kalaulah aku ikut tak sopan tentu dah calar-calarkan keretanya. Tapi sebab tahu kepentingan bersopan, mampu mengomel dalam hati saja. Dalam tren pun begitu juga. Sampaikan en.asben yang tiap-tiap hari naik tren pun selalu mengeluh. Orang perempuan sendiri takde rasa kasihan dengan sesama sendiri. Boleh buat tak tahu aje bila ada perempuan mengandung berdiri di hadapannya. Itu baru satu contoh. Kalau nak sebutkan contoh-contoh lain  terasa malu sendiri. Sudahlah tak sopan. Peka pun tidak.

Aku sebagai rakyat Malaysia memang berasa sangat malu dan sedih. Come on lah Rakyat Malaysia sekalian. Tolonglah ambil berat mengenai hal kesopanan. Kita selalu nak memperbaiki kedudukan yang corot-corot tu. Jadinya, marilah kita sama-sama menaikkan ranking kesopanan kita agar tak terus corot. Malaysia Boleh kan... 

Salam hormat buat semua. Have a nice day. 

Thursday, July 19, 2012

Kasihnya ayah..

Assalamualaikum..

Gelap sungguh pagi ni. Alhamdulillah, dah selamat sampai di pejabat baru hujan lebat turun mencurah. Pagi-pagi ni dah sebak bila tengok di surat khabar wajah bayi yang koma. Subhanallah.. sedihnya. Bagaimanalah hati ibu dan ayah bayi tersebut. Doaku agar bayi tersebut dapat pulih seperti biasa. Bercerita tentang anak, aku teringatkan en.asben. Sengaja aku nak bercerita di sini untuk bacaan anak-anakku. Biar mereka tahu bagaimana sayangnya ayah mereka kepada mereka. Biar mereka lebih menghargai kasih sayang dan jasa seorang lelaki yang bergelar ayah kepada mereka.

Beberapa hari lepas, Han membawa 40 bekas dadih ke sekolah untuk program hari usahawan di sekolahnya. Sebab banyak, terpaksalah dadih-dadih tersebut dimasukkan ke dalam bekas polisterin yang besar tu. Setiap pagi memang en.asben yang menghantar Han ke sekolah. Kiranya selepas menghantarkan Han ke sekolah, en.asben akan bergegas ke stesen komuter untuk menaiki tren ke pejabat. Jadinya setiap pagi memang kena cepat-cepat keluar sebab takut tak sempat nak kejar tren yang biasa dinaiki. Tapi bila anaknya perlu membawa bekas yang besar tu, sanggup saja dia terlambat sikit, hantarkan Han hingga ke dalam kawasan sekolah. Sempat ke? Soalku, sebab tahu selalunya en.asben memang tak berapa selesa bila lambat. Tapi sebab anak, dengan coolnya en.asben kata sempat.

Padahal kalau selalu tu, lambat sikit aje en.asben dah mula kata tak sempat. Begitulah juga kalau en.asben dah terlambat keluar dari rumah. Selepas kami bersalaman, cepat-cepat en.asben berlalu. Cium dahi pun macam kena tak kena aje. Tapi kadang-kadang tu, dalam dah terlambat, dalam dok kata tak sempat, boleh aje en.asben naik balik. Ingatkan tertinggal barang ke apa. Tapi rupanya, I terlupa nak cium anak-anak I. Aduhai.. kalau terlupa cium aku, rasanya takdenya dia nak naik balik he..he.. Tapi sebab terlupa cium anak-anak, takde hal pun dia nak naik balik. So, anak-anaku Han, Is dan Az, nilailah sendiri bagaimana ayah sayang pada kalian bertiga. Tolong hargai ayah sebaiknya. Tolong sayang ayah sepenuh hati.

Sabtu lepas, en.asben menghantarkan aku ke Shah Alam untuk Program Sehari bersama Penulis Buku Prima di Karangkraf. (Aku ni nama aje boleh memandu. Tapi memandu setakat lepas pergi kerja. Paling terror pun sekitar Bangi dan Kajang saja. Kalau kena bawak kat highway pun bila time en.asben mengantuk sangat. Lebih daripada tu, memang aku gigil ha..ha..). Cadangnya en.asben nak stay dengan anak-anak kat Shah Alam. Jadinya tak perlulah nak patah balik petangnya untuk ambil aku. Tapi sebab anak-anak ada kelas tambahan di sekolah, tak dapatlah nak stay kat Shah Alam. Kalau ikutkan aku, takpelah anak-anak tak pergi sekolah untuk sehari tu. Tapi sebab anak-anak beria juga nak ke sekolah, sanggup en.asben patah balik sebab nak urus anak-anak balik sekolah. Lepas tu petang datang balik Shah Alam untuk ambil aku.  Demi anak-anak semuanya sanggup.

Aku memang anak ayah. Sayangnya, aku cuma dapat merasai kasih sayang ayah cuma seketika. Ayah meninggal dunia ketika aku masih kecil. Jadinya bila anak-anakku mendapat kasih sayang dari en.asben, aku selalu rasa tersentuh. Rasa cukup seronok kerana anak-anak mendapat kasih sayang yang sama dari seorang ayah sama sepertiku juga. Alhamdulillah.. Untuk en.asben, Thank you for being the best father to our kids. May ALLAH bless you always.

Tuesday, July 17, 2012

Promo Novel Takdir Fitrah Terindah...

Assalamualaikum...

Hari Sabtu lepas aku mengikuti Program Sehari bersama Penulis Buku Prima di Pejabat Karangkraf, Shah Alam.  Seronok dapat bertemu dengan Editor, Pereka Grafik, Grup Penjualan dan Orang-orang kuat di Grup Buku Karangkraf. Ramai Novelis dan Penulis lama dan baru yang dikenali. Alhamdulillah, banyak ilmu yang diperolehi. Salah satunya ialah Movie Maker. Bila dah belajar, perlulah dipraktikkan agar ilmu yang diperolehi tidak menjadi sia-sia kan. Jadinya inilah percubaan pertamaku. (Harap-harap bolehlah upload video ni hendaknya sebab first time upload video he..he..). Tentu saja banyak kekurangannya. Jadinya, segala teguran dan kritikan yang membina sangat aku harapkan. Terima kasih.

 Salam Hormat buat semua.. Have a nice day..

Friday, July 13, 2012

Keselamatan kebakaran..

Assalamualaikum...

Semalam dan kelmarin aku mengikuti Kursus Keselamatan Kebakaran yang dikendalikan oleh Pihak Bomba dan Penyelamat Selangor di pejabat. Alhamdulillah, ianya satu kursus yang cukup baik. Banyak ilmu dan pengetahuan yang aku perolehi dari kursus itu. Banyak perkara yang sebelum ini diambil sambil lewa perlu diperbaiki agar keselamatan ketika di tempat kerja mahupun dirumah sentiasa terjaga sebaiknya.

Sebelum ini aku tidak pernah tahu yang rupanya, hanya lebih kurang 2 minit saja yang diperlukan untuk kebakaran yang kecil boleh bertukar kepada kebakaran besar dengan suhu yang boleh mencapai sehingga ke 500 dan 600 darjah celsius. Subhanallah. Ianya sangat menakutkan. Rupanya haba panas juga boleh mencetuskan api yang menyebabkan kebakaran boleh merebak dengan begitu cepat.

Pengetahuan untuk menyelamatkan diri dengan cepat juga sangat membantu. Kami diajar bagaimana untuk menyelamatkan diri bila terpaksa berjalan dalam gelap ketika asap tebal. Kami juga diajar cara untuk memadamkan kebakaran dengan menggunakan fire extinguisher, paip bomba, hose bomba dan pili bomba. Kalau sebelum ni cuma tengok dari jauh. Semalam dan kelmarin dapatlah pegang-pegang dan belajar menggunakan semua peralatan yang sangat penting ketika berlakunya kebakaran itu.

Di sini aku nak kongsikan sedikit pengetahun yang aku dapat dalam kursus keselamatan kebakaran tersebut :

- Jangan panik ketika berlakunya kebakaran.
- Cuba cari jalan keluar melalui pintu. Bukannya terus mencari tingkap.
- Pentingnya untuk semua rumah untuk mempunyai detector kebakaran. (Ini kerana bila kita tidur waktu kebakaran berlaku, waktu kita tersedar api sudahpun membesar).
- Di setiap rumah dan di dalam kereta perlu ada alat pemadam kebakaran.
- Jika boleh padamkan api, kita cuba untuk padamkannya terlebih dahulu. Jika tidak, lari dan menyelamatkan diri adalah tindakan yang lebih baik.
- Pentingnya untuk kita semua mempunyai nombor telefon balai bomba dan balai polis terdekat dengan kawasan rumah kita. (Seisi rumah juga patut tahu mengenainya). Balai Bomba Bandar Baru Bangi - 03-89254444.
- Jika di tempat kerja kita ada melakukan latihan kebakaran, di rumah pun patutnya ada untuk mengelakkan panik jika berlakunya kebakaran.
- Perlu ada Pelan Tindakan Kecemasan untuk rumah dan pastikan semua anak-anak dan is rumah juga tahu mengenainya.
- Seeloknya kita tahu, berapa tapak di dalam rumah yang perlu kita ambil untuk ke laluan keluar. (Misalnya dari katil ke pintu bilik, dari pintu bilik ke pintu utama jadinya bila dalam keadaan asap tebal, kita boleh mencari jalan keluar)
- Bila asap tebal, merangkak untuk keluar. Untuk merasa gunakan belakang tapak tangan kerana ianya lebih sensitif.
- Kunci rumah, kunci grill dan semua kunci-kunci penting jangan di simpan dalam satu bekas atau gugusan besar. Ini akan menyukarkan untuk kita mencari kunci yang betul ketika kebakaran.
- Tindakan segera adalah sangat penting untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda.
- Jangan buka pintu kalau terasa panas. Cuba tutup lubang yang boleh masuk asap.

Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi itu saja yang aku ingat setakat ini. Semoga perkongsian yang sedikit ini bermanfaat untuk orang lain.  Harap-harapnya kita semua dapat menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda kita. Minta dijauhkan dari sebarang musibah dan malapetaka. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh ALLAH hendaknya, insyaAllah.

Melalui kursus ini juga aku dapat tahu peranan dan tugas Ahli Bomba. Besar sungguh tanggungjawab dan tugas mereka. Barulah aku tahu yang mereka itu juga adalah HERO sebenarnya.

Salam hormat buat semua. Have a nice day.

Tuesday, July 10, 2012

RM1.80 untuk masuk tandas...

Assalamualaikum...

RM1.80 untuk masuk tandas??? Betul. Tak tipu ni. Tapi bukanlah di sini. Bayaran tu untuk masuk ke tandas di Istanbul. 1 Turkish Lira dikenakan untuk memasuki tandas di sana. Di Istanbul memang banyak sangat Masjid-masjid lama yang cantik-cantik. Tandasnya memang ada disediakan sekali tempat untuk mengambil wuduk. Ini kerana tempat berwuduk yang di luar, terbuka. Tidak sesuai untuk orang perempuan. Ada yang tempat wuduknya percuma. Ada yang perlu bayar. Mungkin sebagai upah untuk orang yang menjaga kebersihan di dalamnya. Tapi untuk membuang air memang dikenakan bayaran. Tandasnya bukanlah tandas yang canggih-canggih tu. Tapi tandas yang biasa saja. Tapi untuk masuk kena ada token yang dibayar dengan 1TL tu. Ada tandas tu siap ada pagar macam nak naik komuter tu kat dalamnya.

Satu yang aku perasan ketika di Istanbul, mereka sangat mengambil berat tentang penjimatan tenaga. Macam di dalam tandas pun siap ada lampu sensor. Masa nak masuk tandas gelap gelita. Bila dah masuk baru lampu menyala sendiri. Lepas tu bila kita duduk lama tak bergerak, lampu padam semula. Kenalah gerak-gerakkan sikit badan tu untuk buatkan lampu kembali menyala. He..he.. jadi satu kerja pulak. Di hotelnya pun kebanyakkannya begitu. Jadi takut juga nak lalu di coridornya sebab gelap dan suram aje. Sebab lampunya macam main cak-cak. Bila kita lalu baru lampu menyala. Kalau jalan seorang memang cuaklah juga he..he.. Waktu tunggu lif pun dalam terang-terang, tiba-tiba lampu terpadam. Kenalah salah seorang dari kami bergerak setapak untuk buatkan lampu kembali menyala. Kalau lama waktu menunggu tu, memang sangat eloklah buat shuffle aje depan lif tu biar lampu terus tak padam-padam he..he.. Tapi aku tak buatlah. Depan mertua tu. Karang tak pasal-pasal kena cubit dengan mak aku. Haruslah bersopan sikit. Setakat buat tarian mak inang aje yang mampu he..he..

Salam hormat buat semua. Take care..

Monday, July 9, 2012

Perasaan yang sama..

Assalamualaikum..

Tadi, teringatkan si dia (off course my en.asben) sambil buat kerja. Tiba-tiba telefon bimbit di dalam laci berbunyi...

EA : Hai ma, you tengah buat apa?

ME : Tengah kerjalah. Ya Allah sayang, I baru teringat kan you.

EA : Oh ya..

ME : Ada apa you call?

EA : Takde apa, rindu kat you.

ME : Oh ya, I miss u too.

EA : Okey, I nak buat kerja ni. Bye.

ME : Okey. I pun. Bye.

Sebenarnya cuma nak tanya. Tapi suka pulak nak tulis dialog-dialognya macam ni. Konon macam sweet he..he.. Kalau ada yang menyampah minta maaf yer. Rasanya kita semua selalu ada rasa yang sama dengan pasangan kita. Betul tak?  Rasanya sungguh indah kan?

Salam hormat buat semua. Have a nice day.

Thursday, July 5, 2012

Pengalaman Umrah dan Ziarah 2012 : Dugaan..

Assalamualaikum...

Dugaan... Hmm tak sangka pula, bila balik dari umrah ada juga yang bertanya, ada apa-apa dugaan tak? Errr.. Aku jawab Alhamdulillah takde. Walaupun sebenarnya aku sendiri tidak pasti dugaan yang dimaksudkan ialah dugaan yang bagaimana. Sebelum bertolak ramai yang bertanya, pergi nanti dengan siapa? Aku jawab pergi dengan suami, emak, emak mertua dan ayah mertua. Kebanyakkan respon yang aku terima dari orang-orang yang rapat denganku ialah, besar nanti dugaannya sebab pergi dengan kedua-dua emak. Nak bawa orang tua ni kena lebih banyak-banyak bersabar. Bila Allah nak duga, yang tak banyak kerenah pun akan jadi banyak kerenah ketika di sana. Aku menerimanya sebagai satu nasihat yang baik. Ini kerana aku yakin mereka bercakap melalui pengalaman mereka dan bukannya sekadar mahu menakut-nakutkan aku. Aku ambil berat nasihat yang mereka berikan. Pesan kawan baikku, layankan aje, kau jangan ambil port sangat. Tak payah nak kecil-kecil hati. Buat tak tahu aje. Tak payah nak layan sangat perasaan tu. Pesan makcikku, sabar banyak-banyak, berdoa banyak-banyak. Jadinya sebelum pergi lagi aku sudah memperbanyakkan berdoa agar aku diberikan kesabaran. Semoga aku dapat menangani segala dugaan dengan baik. Semoga aku dan en.asben dapat menjaga orang tua kami sebaik mungkin.  Semoga aku dapat menjaga hati dan mulutku dari berniat dan bercakap perkara yang tidak elok. Juga berdoa agar segalanya dipermudahkan buat kami semua.

Sejak dari awal aku dan en.asben memang berazam mahu melakukan sebanyak mana ibadah yang kami mampu. Tapi kami juga sudah setkan yang hal orang tua kami akan sentiasa menjadi keutamaan. Lebih-lebih lagi soal keselamatan, kesihatan dan kemampuan mereka. Tambah-tambah lagi, emak dan ayah mertuaku yang membawa kami bersama untuk ke Tanah Suci. Perkara itu tentulah kerana mereka mahu ada anak-anak yang dapat menjaga mereka ketika di sana. Alhamdulillah, bila aku dan en.asben sudah berbincang dengan baik sebelum pergi, di sana kami tidak ada masalah untuk mengutamakan mana yang lebih utama. Jadinya, ketika di sana kami sudah tahu sendiri mana yang akan lebih menjadi keutamaan kami. Bila ada kesempatan baru kami melakukan ibadah bersama. Jika tidak, kami lebih selesa mengutamakan orang tua kami. Di Mekah, selepas solat maghrib, kami selalunya akan tunggu di Masjidil Haram sehingga masuk waktu isyak. Tapi kesihatan ayah mertuaku tidak mengizinkan beliau menunggu di masjid kerana perlu ke bilik air. Jadinya selepas waktu maghrib, en.asben akan menemankan ayahnya balik ke hotel sebelum berpatah balik ke Masjidil Haram semula. Jadinya dalam waktu itu, jika aku mahu buat tawaf sunat, aku akan pergi sendirian saja. Itupun setelah dapat keizinan dari emak dan emak mertuaku. Tapi selalunya aku sentiasa duduk bersama mereka. Bangun untuk ambilkan air zam-zam. Bangun untuk ambilkan al-quran.

Ayat yang paling kerap keluar dari mulut kami juga ialah, ayah mana? Where's ur mom. Where's my mom. (sebab kedua-duanya kami panggil emak jadi bila cakap ur mom, my mom jadi lebih senang untuk kami walaupun kedua-duanya emak kami). Kami  juga saling ingat mengingatkan. Pimpin mak tu. Tengok ayah tu. Pegang emak tu. Teman ayah tu. Perkara ini juga dapat mengelakkan kami dari keadaan seandainya ada yang akan merasa terlebih atau terpinggir. (Jika tidak pun, setidak-tidaknya kami sudah cuba yang terbaik). Bila berjalan, aku memimpin emakku. En.asben akan memimpin emak mertuaku. (Subhanallah, seronok sangat bila lihat suami sendiri dapat berbakti pada orang tuanya. Semoga anak-anakku nanti akan jadi sebegitu juga, insyaAllah.) Bila di tempat perempuan, emak dan emak mertuaku berpimpinan tangan berdua dan aku akan mengikut rapat di belakang mereka berdua. Aku tahu aku bukannya anak yang begitu baik. Bukan juga menantu yang begitu budiman. Tapi aku mengambil peluang ketika di sana untuk menjadi anak yang lebih baik untuk emakku. Untuk menjadi menantu yang lebih budiman buat mertuaku. Biasalah hati manusia. Kadang-kadang perkara yang kecil-kecil pun boleh terasa. Lebih-lebih lagi hati orang tua kita. Jadinya perkara begitu cuba aku elakkan. Harap-harap aku telah berjaya melakukan sebaiknya.

Anak yang soleh awak dan suami  sebab jaga emak dan ayah dengan baik. Tegur seorang makcik dalam kumpulan kami ketika di Masjidil Haram pada satu hari sebelum kami melakukan umrah sunat. Allahuakbar, kata-kata yang baik yang diucapkan di tempat yang mulia itu aku aminkan sepenuh hati. Mudah-mudahan begitulah hendaknya. Emak yang mendengar turut mengaminkan. Semoga apa yang makcik itu ucapkan benar belaka. Ini kerana, itulah juga impian aku dan en.asben. Subhanallah.. Allah itu Maha Penyayang. Allah itu Maha Mengetahui. Allah itu Maha Pengasih. Perkara yang dikatakan dugaan itu rupanya adalah sesuatu yang sangat indah bila kita bersedia untuk menerimanya dengan baik. Perkara yang dikatakan dugaan itu dapat kita lalui dengan baik dengan memperbanyakkan berdoa dan meminta pertolongan dariNYA. Dugaan yang diberi bukanlah hanya sebagai satu ujian untuk kita. Namun ianya juga satu jalan untuk kita mengumpul pahala. Satu jalan untuk kita memperbaiki diri yang terlalu banyak kekurangan. Satu jalan untuk kita lebih mengharap, lebih bersyukur dan lebih bertakwa kepadaNYA. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..

Entry ini sudah dua, tiga hari aku taip. Tapi masih terfikir-fikir mahu post ataupun tidak. Begitu juga dengan cerita-cerita lain ketika di sana yang mahu aku ceritakan. Aku jadi takut sendiri. Adakah aku berlebih-lebihan mahu bercerita. Pengalaman setiap orang berbeza-beza. Begitu juga dengan pengalamanku sendiri. Kalau boleh, aku mahu coretkan semuanya untuk kenangan diriku.  Juga untuk teman-teman yang mahu membacanya. Please, please, please kawan-kawan semua, tegurlah aku kalau ada yang merasakan aku berlebih-lebihan dalam bercerita. Atau cara aku bercerita tak kena gaya. Aku selalu berdoa agar dijauhkan dari sikap riak dan takbur. Jadinya, jika ada yang merasakan aku sebegitu, harap-harap dapatlah menegur agar aku dapat memperbaiki diri, insyaAllah. Yang baik itu dari ALLAH dan yang tidak baik itu pastinya dari diriku sendiri yang serba kekurangan dan masih terlalu cetek ilmunya. Mana yang boleh aku perbaiki akan aku cuba untuk memperbaikinya.

Teringat lagi kata ustaz yang memberi ceramah waktu kursus umrah dulu. Bila balik nanti, ceritakan yang baik-baik. Ceritakan yang indah-indah. Beritahu pada semua orang, seronok sangat dapat ke sana. Pergilah. Itu jugalah yang mahu aku sampaikan pada semua. Aku yakin, semua yang pernah ke sana ada cerita tersendiri yang mahu dikongsikan. Pastinya yang baik-baik dan yang indah-indah. (Kisah pengajaran yang katanya seperti rakaman ulangan itu, kita ambil sebagai iktibar. Ianya membawa banyak kebaikkan pada diri kita untuk sentiasa beringat. Juga untuk sentiasa memperbanyakkan doa, memohon pertolongan dan perlindungan dari Allah.) Bukannya kerana mahu bercerita pada semua tentang seronoknya ketika di sana kerana mahu memberitahu pada semua orang yang I dah sampai sana. U belum lagi. Tapi kerana mahu semua orang dapat merasa keadaan yang sama, keseronokan itu yang bagaimana, kebaikkan itu yang bagaimana, keindahan itu yang bagaimana. Bila ada yang bertanya, macam mana pergi umrah. Seronok tak? Jawapan aku ialah Alhamdulillah, seronok sangat. Aku tak dapat ceritakan secara terperinci kepada setiap orang. Tapi yang aku tahu, segala keindahan, kebaikkan, keseronokan itu membuatkan aku mahu semua orang dapat peluang dan jemputan untuk ke sana agar dapat merasainya sendiri.

Hari ini kita semua memulakan buku catatan baru. Semoga ianya dimulakan dengan segala yang baik-baik dan akan dipenuhi dengan segala kebaikkan. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita dan keluarga. Selamat berpuasa buat yang berpuasa. Semoga segala amalan kita diterima olehNYA. Salam hormat buat semua. Take care.

Monday, July 2, 2012

Umrah dan Ziarah 2012 : Tanah Suci Mekah & Kaabah

Assalamualaikum..

Waktu di Mekah, kami ada mengikuti tazkirah di Hotel yang  disampaikan oleh Mutawwif Andalusia. Aku nak kongsikan perkara-perkara yang sempat aku catatkan untuk makluman kita bersama.

Menurut mutawwif, bila kita datang ke Tanah Suci, ianya sama dengan kita menjawab panggilan Nabi Ibrahim untuk datang ke Mekah 6000 tahun yang lalu. Nabi Ibrahim memanggil dan Allah yang menyampaikan panggilan itu. Menurut cerita mutawwif, bila Kaabah siap di bina oleh Nabi Ibrahim, Allah menyeru kepada Nabi Ibrahim untuk memanggil semua umat manusia untuk datang mengelilingi Kaabah. Nabi Ibrahim berkata, Ya Allah, suara aku tak kuat, bagaimana aku boleh memanggil semua umat manusia untuk datang ke sini. Jawapan dari ALLAH :  Kau hanya perlu memanggil dan AKU (ALLAH) yang akan menyampaikan panggilan itu.

Subhanallah, sangat indah bila kita dapat menerima panggilan itu. Jadinya, bila kita ada peluang untuk ke sana, janganlah kita mensia-siakan waktu yang kita ada ketika di sana. Ini kerana kita tidak tahu sama ada kita ada rezeki dan kesempatan untuk menerima panggilan ke Tanah Suci lagi. Berdoalah dan berusaha untuk ke Tanah Suci. Tapi jika tidak kesampaian, nanti di akhirat, akan dapat pahala haji dan umrah juga asbab dari doa dan usaha kita itu.

KAABAH
- Binaan pertama atas muka bumi ialah Kaabah. Sebelum lautan, bukit bukau. Nabi Adam yang membina Kaabah dan yang pertama mengelilingi Kaabah ialah para Malaikat.
- Kaabah (Baitullah) ialah Rumah ALLAH kerana kemuliaannya.
- Setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat di Masjidil Haram.
  60 rahmat untuk yang tawaf Kaabah 7 pusingan
  40 rahmat untuk yang bersolat di Masjidil Haram.
  20 rahmat untuk yang memandang Kaabah. (Nota tambahan : 3 pandangan yang dapat pahala dan rahmat Allah ialah, pandang wajah ibu bapa kita, pandang Al-Quran dan pandang Kaabah)

AMALAN YANG PALING AFDHAL DI TANAH SUCI MEKAH
- Memperbanyakkan tawaf sunat kerana Malaikat juga tawaf di Baitullah semenjak Kaabah dibina sehingga ke hari kiamat. (Jangan hina orang walaupun dalam lintasan hati. Mungkin orang itu adalah Malaikat). Semua Rasul tawaf di kaabah sebagaimana kita. Begitu juga dengan para Aulia dan Anbia.
-  Tawaf sunat atau tawaf wajib dapat 120 rahmat.
   Habis tawaf 7 pusingan - 60 rahmat.
   Solat sunat tawaf - 40 rahmat.
   Doa mengadap Kaabah - 20 rahmat.
-  Memperbanyakkan umrah sunat dapat menghapuskan segala dosa.
-  Ganjaran pahala di kota Mekah, Solat di Masjid Nabawi dapat 1,000 kali ganda berbanding di masjid lain. Kecuali di Masjidil Haram mendapat 100,000 kali ganda. Bukan setakat solat tapi untuk semua amalan seperti membaca Al-Quran, Selawat untuk Rasulullah, Tasbih, Tahlil dan lain-lain.
-  Usahakan untuk solat jemaah di Masjidil Haram.
-  Berbuat dosa dan berniat Jahat di Tanah Haram akan mendapat siksa yang paling berat.
-   Tempat mustajab berdoa. Berdoalah, pasti Allah akan perkenankan dengan syarat iman dan yakin. Jangan ragu-ragu. Doa akan di kabulkan dengan 3 cara.
   1. Pada masa itu juga.
   2. Ditangguhkan - Untuk menguji keimanan dan kesabaran. Juga untuk menambahkan pahala kita kerana dengan berdoa kita dapat pahala.
   3. Dikabulkan di akhirat.
-  Minum air zam-zam (Air dari syurga). Banyakkan meminum air zam-zam kerana air zam-zam tiada di tempat lain.
-  Berdoa waktu minum air zam-zam. Doa Nabi Muhammad s.a.w ketika minum air zam-zam ialah agar diberikan ilmu yang bermanfaat, agar dimurahkan rezeki dan agar dapat mengubati segala penyakit. 

Catatan ini adalah berdasarkan tazkirah yang disampaikan melalui serba sedikit catitan yang aku buat ketika itu. Jika ada yang tidak betul harap dapat diperbetulkan agar kita dapat sama-sama memperolehi pengetahun yang berguna. Semoga dengannya kita dapat sama-sama memperbaiki diri untuk mencari keredhaan Allah. Salam hormat buat semua. Have a nice day.