Nuffnang

Thursday, May 30, 2013

Berkumpul dan berkenduri..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. dapat kembali menulis di sini setelah agak sibuk beberapa hari ini. Alhamdulillah.. Hari keluarga bersama keluarga sebelah ibu mertua berjalan dengan cukup lancar pada hujung minggu lepas. Kali ini, Hari Keluarga kami dibuat di Umang-umang Chalet, Kuala Linggi. Rasa cukup privacy bila hanya keluarga kami saja yang menginap di chalet tersebut memenuhi kesemua 24 bilik yang disewakan. Anak-anak seronok dapat mandi laut selama berjam-jam. Alhamdulillah, segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan cukup lancar.

Keseronokan pada minggu lepas disambung pula dengan kesibukan pada minggu ini. Beberapa malam ini memang aku berulang ke rumah makcik untuk membantu persiapan majlis perkahwinan anak tunggalnya pada hujung minggu ini. Malam tadi kami dah mula uruskan goodies untuk tetamu. Seronok sangat bila dapat bersama-sama melakukan  tugasan itu beramai-ramai sambil usik-mengusik dan bertukar cerita. Riuh rendah jadinya bila semua orang mahu bersuara. Suasana majlis juga sudah mula terasa bila pelamin yang indah sudah dipasang di ruang tamu. Bila keluarga yang rapat sudah mula datang untuk membantu.

Berkumpul bersama keluarga dan berkenduri memang menjadi perkara yang aku selalu nanti-nantikan. Biarlah penat, biarlah sibuk tapi aku jadi sangat seronok tentangnya. Esok, aku dah mula bercuti untuk menyibukan diri. Semoga majlis akan berjalan dengan lancar hendaknya, InsyaAllah.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

Thursday, May 23, 2013

Jealous...

Assalamualaikum..

InsyaAllah, esok cuti persekolahan akan bermula. Tentu ramai yang sudah merancang untuk bercuti ke mana-mana. Tahun lepas pada tarikh ini, aku sudah dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah umrah dan ziarah. Dalam banyak perkara, selalu terasa seperti terlalu cepat masa berlalu. Semacam baru semalam melaluinya tapi sudah setahun rupanya ianya berlaku. Tapi untuk ibadah umrah, walaupun baru setahun tapi terasa macam sudah lama benar peristiwa itu berlaku. Rindunya bukan kepalang. Perasaan ingin pergi lagi jadi memuncak-muncak kerana terasa sudah lama benar meninggalkannya. Walaupun kenangannya masih segar tapi kenangan dan realiti tetap dua perkara yang tidak sama. Alhamdulillah.. pada ketika ini, ramai teman-teman yang sedang dan akan pergi untuk menunaikan ibadah umrah. Subhanallah.. seronoknya. Dalam rasa seronok, terselit juga rasa cemburu. Bukan cemburu kerana mereka dapat pergi. Tapi cemburu kerana aku juga mahu pergi. Subhanallah.. benarlah kata orang yang Tanah Suci Mekah dan Madinah adalah tempat yang paling indah dan seronok untuk kita pergi. Bila sekali sudah pergi terasa ingin pergi lagi berkali-kali. Orang yang tidak pernah sampai pun hatinya sudah terasa rindu untuk ke tanah haram, orang yang pernah sampai tentulah terasa lebih rindu.

Alhamdulillah.. ada beberapa tempat yang aku sudah berpeluang untuk pergi. Tapi perasaannya tetap tidak sama dengan rasa ketika ke Madinah dan Mekah. Kalau destinasi lain, bila kita sudah pergi memang masih ada rasa ingin pergi lagi. Tapi bila mendengar cerita orang lain yang baru pergi tidak pula terasa cemburu. Selalu rasa macam, seronoknya. Bagusnya mereka dapat pergi. Tapi takpe, aku pun dah pernah pergi. Tak pergi lagi pun takpe. Jadinya terasa macam tiada hal. Tapi bila destinasinya adalah Tanah Suci Mekah dan Madinah, rasa cemburu itu memang cukup terasa. Ianya macam.. aku pun nak juga pergi.. aku mahu pergi lagi.. Subhanallah.. indahnya kalau dapat pergi lagi. Semoga ada rezeki untuk aku dan kita semua untuk menjejakkan kaki ke Madinah dan Tanah Haram. Semoga ada rezeki untuk aku dan kita semua untuk menjadi tetamu Allah. Subhanallah.. rindunya pada Rasulullah saw, pada kaabah, pada air zam-zam, pada masjidil haram, pada masjid nabawi, pada raudah dan pada segalanya yang ada di sana. Kepada teman-teman yang akan menunaikan ibadah umrah, semoga segalanya dipermudahkan. Untuk teman-teman yang sudah selamat menunaikan, semoga mendapat umrah yang makbullah, insyaAllah.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

Tuesday, May 21, 2013

Orang kuat...

Assalamualaikum..

Hari ni nak cerita pasal orang kuat. Bukanlah orang kuat dengan badan sasa dan berotot dan boleh angkat bebanan yang berat. Tapi sekadar orang kuat majlis he..he.. Untuk perkahwinan kedua-dua orang adikku, memang aku dan en.asben jadi orang kuat. Dah macam emak dan bapa pengantin pulak kami berdua. Dari persiapan awal sampailah ke hujung majlis kami terlibat secara langsung. Kata en.asben, dia ingat dia hanya akan handle majlis perkahwinan anak-anaknya 10 tahun lagi. Tapi bila kahwin dengan aku, kakak sulung dalam keluarga yang ayahnya dah takde, terus en.asben dah awal-awal merasa jadi bapa pengantin he..he.. TQ sayang.

Aku dah rasa macam mana peningnya nak uruskan majlis perkahwinan. Untuk perkahwinan sendiri pun aku tak sepening itu he..he.. Cukup tak makanan? Cukup tak tempat duduk? Cukup tak goodies? Cukup tak segalanya? Soalan-soalan itu memang sentiasa ada dalam kepala selagi majlis belum selesai. Bila dah selesai majlis memang rasa Fuuhhhhhh... lega. ALHAMDULILLAH.. barulah boleh tidur lena. Kalau tidak, tengah malam aje mesti rasa macam tak boleh tidur. Sibuk memikir itu tak siap, ini tak selesai, yang tu tak lengkap he..he..

Untuk majlis sepupuku hujung minggu hadapan, kami berdua akan jadi orang kuat lagi. Sebagai orang kuat majlis, baju kena sedondon. Kalau pengantin cantik menawan, orang kuat majlis pun kena bergaya sakan. He..he.. itu yang paling aku suka. Cumanya tak boleh lebih menyerlah dari pengantin aje. Kiranya, jangan mengada-ngada nak pakai cucuk sanggul atau veil. Pakai tudung Pareedah boleh. Tak payah pening-pening nak cari keris bagai. Pakai songkok dengan sampin dah cukup ha..ha.. Kelmarin baju yang ditempah dah siap. Semalam baju melayu en.asben dah dibeli. Baju anak-anak orang kuat majlis pun dan settle juga. Kelebihan untuk orang kuat majlis, baju raya tahun ni tak payah nak fikir lagi. Sebenarnya... itu aje point utama aku nak cerita ha..ha.. adios.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

Monday, May 20, 2013

Berkumpul..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. hujung minggu yang indah. Hari sabtu ada tetamu datang ke rumah. Walaupun kelam kabut nak siapkan juadah untuk makan tengah hari, tapi hati terasa cukup seronok dapat merai tetamu yang datang. Tetamu yang datang kan membawa rezeki untuk kita. Semoga rezeki untuk kami sekeluarga akan sentiasa diberkati hendaknya, insyaAllah.

Semalam hari sukan sekolah agama Is dan Az. Sukan diadakan di taman permainan kawasan perumahan. Seronoknya bila dapat berkumpul bersama jiran-jiran dan kawan-kawan. Bila sesekali berjumpa, dapatlah bertanya khabar dan mengetahui perkembangan terkini masing-masing. Mana yang sekepala tu memang berborak panjanglah. Dalam kemeriahan anak-anak bersukan, emak-emak dan ayah-ayah pula meriah berborak sakan he..he..

Petang semalam, adik-adikku datang ke rumah. Walaupun sekejap, rasa seronok dapat berkumpul. Walaupun semuanya tinggal berdekatan, hanya pada hujung minggu kami dapat sesekali berjumpa. Bila dah berjumpa memang sakanlah berkongsi cerita. Malam pula, berkumpul di rumah mertua. Yang ini memang acara wajib setiap petang ahad. Bila dah berkumpul, rasa seronok dapat berjemaah bersama, makan bersama. Paling best dapat lepak-lepak dengan mertua, ipar dan anak-anak buah dengan pelbagai cerita.

InsyaAllah, hujung minggu ni kami akan berkumpul untuk hari keluarga belah ibu mertua. Lagi besar ahlinya, lagi seronok rasanya. Hujung  minggu hadapan pula sepupuku akan berkahwin. Walaupun sepupu yang berkahwin tapi dah rasa macam adik sendiri yang akan berkahwin. Sebab makcikku dah macam emak kami. Kami dengan sepupu itu pun dah macam adik beradik. Memang seronoklah dapat berkumpul dengan kaum keluarga dan saudara mara nanti. Semoga segalanya akan berjalan dengan lancar nanti.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

Thursday, May 16, 2013

Sayang.. sayang..

Assalamualaikum..

Rindunya nak mencoret di sini. Bila dah lama tak menulis di sini terasa mahu berhenti terus pun ada. Tapi rasa sayang mengatasi segalanya. Sayang-sayang.. Lebih-lebih lagi bila membaca entry-entry lama. Rasa seronok juga dapat mengimbas cerita yang pernah terjadi dalam hidup kita. Bila dah macam tu, rasa nak berhenti bertukar kepada misi menaip entry baru.

Kebelakangan ini aku agak sibuk. Macam-macam perkara yang disibukan. Walaupun aku sendiri tak tahu apa yang disibukan tu he..he.. Penyibuk agaknya aku ini ha..ha.. Oh ya, aku nak kongsi satu cerita. Walaupun ianya tak berapa relevan dengan waktu ini, aku tetap nak cerita juga. Walaupun raya lambat lagi aku tetap nak beritahu juga. Aku nak beritahu yang aku BARU PANDAI MENGANYAM KETUPAT he..he.. akhirnya selepas berusia 37 tahun.

Walaupun ianya satu hal yang biasa tapi entah mengapa aku rasa macam gempak habis. Mana taknya, dah berapa tahun aku belajar. Tapi baru tahun ni ilmu tu menjadi. Rasanya, bukan salah orang yang mengajar. Tapi salah aku sendiri yang tak masuk ajar. Mungkin sebelum ini, aku tak faham cara. Bila kita faham cara orang yang mengajar itu, memang proses pembelajaran menjadi cukup mudah.. Alhamdulillah..

Bercakap tentang proses belajar dan mengajar, insan yang paling terkait dalam situasi itu adalah GURU. Besar betul jasa seorang guru pada kita semua kan. Sempena Hari Guru pada hari ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru  pada semua guru-guruku, guru-guru ibu bapaku, guru-guru suamiku, guru-guru anak-anakku dan pada semua yang bergelar Guru. Terima kasih, Cikgu. Sayang, Cikgu. Semoga Allah memberikan ganjaran yang terbaik buat semua para guru.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

Thursday, May 9, 2013

15 tahun bersama..

Assalamualaikum..

9 Mei 2013.. Alhamdulillah.. hari ini genap 15 tahun perkahwinanku dengan en.asben. Alhamdulillah.. untuk 15 tahun yang indah dan bahagia. Alhamdulillah.. kerana Allah meminjamkan pasangan yang cukup baik buatku. Juga ayah yang terbaik buat anak-anakku. Syukur Alhamdulillah.. Sebagai manusia biasa, kekurangan diri pastinya ada. Tapi kelebihannya cukup banyak untuk dikira. Bergaduh dan berbeza pendapat memang selalu. Tapi dengan bergaduh dan berselisih pendapat itulah kami dapat kenal diri masing-masing dengan lebih baik lagi. Dengan bergaduh juga hubungan kami menjadi lebih erat dari hari ke hari. Doaku, semoga hubungan kami kekal hingga ke akhirnya. Semoga kami dapat bersama dan terus berkasih sayang hingga ke Syurga.. InsyaAllah.. Buat en.asben, thank you MY LUV..

Untuk ulang tahun ke 15 tahun ini kami dah beli Macbook Air sebagai hadiah buat kami. Subhanallah.. ianya sangat nipis. Yang bestnya, kami dapat Macbook Air tu dengan harga yang cukup menarik.. wink-wink.. Suka-suka.. Terima kasih untuk adikku. Rezekinya telah menjadi rezeki untuk kami dapat Macbook Air dengan harga yang rendah. Dia dapat Macbook Air tu sebagai team performance incentive di tempat kerjanya untuk bulan Mac kut. Alhamdulillah, untuk bulan april, team dia dapat pulak gandakan lagi  pencapaian  dia orang.  So, dapat lagi incentive yang sama. Bila dia tanya aku nak tak Macbook Air tu aku terus tanya en.asben. Tak perlu berfikir panjang en.asben cakap nakkkkkk..

Hari isnin baru ni adik aku hantar ke rumah kami siap dengan kotak dan plastik yang belum berusik lagi. Buka aje kotak memang aku dan en.asben dah tertawan dengan Macbook Air tu. Adik aku pun siap sayang pulak nak jual he..he.. jangan nak mengada. Bila lagi kami nak beli Macbook Air dengan harga yang sangat best tu. Sebenarnya aku berangan-angan nak beli pakej bulan madu ke Bali. Disebabkan banyak agenda untuk beberapa bulan ni jadinya terpaksalah aku tangguhkan dulu impian tu. Tapi aku tak sedih sebab dengan harga pakej bulan madu tu kami dapat Macbook Air pula. Best bangat deh. Alhamdulillah..

Our honeymoon package.. oppps our lovely MACBOOK AIR...
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

Wednesday, May 8, 2013

Aikido...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. hari sabtu lepas Az dah join kelas aikido. Itu pun selepas kami bertegas. Kalau ikutkan dia, semua kelas dia tak nak join. Balik rumah hari sabtu tu dah siap pakai gi (baju) aikido. Terus nampak macam mini en.asben.  Jadinya sekarang ni en.asben dah ada geng nak praktis aikido kat rumah. Seronok juga tengok dia orang praktis. Az pun tengah gigih nak belajar rolling dengan ayah dia. Nampaklah yang dia berminat dengan aikido tu.  Sebelum ni belajar muzik separuh jalan. Belajar berenang pun separuh jalan. Kakak dan abang boleh aje teruskan. Tapi dia, asyiklah cakap tak nak teruskan. Harap-harap Az akan berminat untuk teruskan kelas aikido ni. Kalau ada warga Bangi atau Putrajaya yang berminat untuk join kelas aikido atau menghantar anak ke kelas aikido, bolehlah ke Bandar Baru Bangi Dojo (HQ) : My Aikido Dojo, Lot 907G, Kompleks Diamond, Bangi Business Park, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor D. Ehsan Contact: Dojo Cho : Yusof Kushairi (0123919372)(yusof138@gmail.com)

Jom join Aikido..

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

Tuesday, May 7, 2013

Bila redha..

Assalamualaikum..

Minggu lepas, aku ada tugasan luar di Kuala Terengganu untuk majlis Anugerah Desa Cemerlang. Pertama kali dapat bertugas di luar dengan hampir keseluruhan ahli bahagianku adalah sangat menyeronokkan. Perjalanan yang panjang jadi cukup meriah. Penat dan bosan hampir tidak terasa. Maklumlah, sepanjang jalan ada saja cerita dan lawak yang dikongsi. Kami di KT hanya 2 hari saja. Pergi pada pagi rabu dan balik pada petang khamis. Check-in di hotel pada waktu hampir senja dan check-out hotel seawal pukul 6 pagi sesudah solat subuh kerana ada tugasan yang perlu kami uruskan di tapak majlis. Pagi itu, selepas hampir separuh perjalanan ke tapak majlis, barulah aku tersedar yang aku tertinggal cardiganku di bilik hotel. Memang silapku juga kerana tidak memastikan tiada barangan yang tertinggal sebelum keluar. Kelam kabut sangat takut terlambat sehingga aku terlepas pandang cardigan yang aku sangkutkan di kerusi.

Aduhai.. nak minta pemandu utuk berpatah balik tentu saja tidak boleh kerana kami harus tiba awal di tapak majlis. Hendak menelefon pihak hotel juga, tiada seorang di antara kami yang menyimpan nombor telefon hotel tersebut. Untuk mendapatkan nombor telefon dari google pula, line internet agak slow di kawasan itu. Sudahnya aku terpaksa pujuk hati sendiri dengan memikirkan yang cardigan itu mungkin sudah bukan rezekiku lagi. Dalam memujuk hati, dalam kepala tetap terbayangkan cardigan itu. Cardigan itu bukanlah mahal, tapi aku sayangkan cardigan itu. Cardigan itu cuma cardigan yang biasa-biasa saja, tapi aku sangat sukakan cardigan itu. Boleh saja aku membeli cardigan yang baru, tapi rasanya tentulah tidak sama dengan cardigan yang aku suka dan sayang. Tapi bila terpujuk dengan ayat mungkin sudah bukan rezekiku lagi, aku tahu aku perlu redha.

Alhamdulillah... bila redha, hatiku rasa lebih tenang dan tidak lagi memikirkan tentang cardigan itu. Alhamdulillah.. bila kita redha, segalanya akan jadi lebih baik. Ditakdirkan, ada jalan untuk aku mendapatkan cardigan kesayangan dan kesukaanku semula setelah aku sendiri yang  cuai meninggalkannya sebelum itu. Subhanallah.. sungguh lain rasanya bila kita redha berbanding dengan tidak redha. Alhamdulillah.. cardigan kesayangan dan kesukaanku sudah menjadi milikku semula. Walaupun ianya sekadar berkisar tentang cardigan murah yang biasa, tapi pengajaran yang aku dapat dari keredhaan bila aku kehilangan cardigan itu menjadi sesuatu yang sangat bernilai buatku. Setiap perkara itu tentu saja ada hikmahnya. Perkara itu menyedarkan aku betapa perlunya kita redha dengan takdir Allah untuk setiap perkara yang berlaku pada diri kita. Kalau sesuatu itu memang rezeki kita, pastinya kita akan mendapatnya. Tapi bila ianya bukan rezeki kita, pastinya Allah itu lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Redha dengan kehilangan adalah lebih baik dari kita meratapi sebuah kehilangan. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

Friday, May 3, 2013

Selamat mengundi...

Assalamualaikum..

Dapat e-mail yang comel ni dari en.asben semalam. Tergelak sorang aku dibuatnya. Hari ni aku nak share dengan orang lain biar dapat gelak sama-sama he..he.. Untuk semua yang dah cukup umur dan sudah mendaftar sebagai pengundi, Selamat Mengundi ya. Untuk yang balik kampung untuk mengundi, semoga selamat dalam setiap perjalanan. Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat Allah sentiasa ada utnuk kita semua. Take care and have a nice day..

Tengok gambar rasa kelakar. Tapi kalau jadi betul-betul memang tak kelakar langsung ha..ha..