Nuffnang

Wednesday, July 31, 2013

Romantiklah sangat...

Assalamualaikum.. 

Hari sabtu lepas kami keluar membeli barangan dapur dan sedikit lagi barangan untuk persiapan raya. Kononnya nak pergi Alamanda. Tapi rasa malas pulak.  Akhirnya cuma membeli belah di Bangi saja. Untuk barangan raya tak beli apa pun setakat beli sandal untuk anak-anak bujang aku. Tahun ni aku memang dah malas nak beli kasut raya untuk dia orang berdua. Dah dua tahun dah aku beli kasut raya tapi pakainya tidak. Setiap kali nak pergi beraya,  kasut raya memang dibawa sama. Tapi dok letak bawah kerusi kereta. Bila turun beraya sarung selipar atau sandal aje sebab semuanya tak kuasa nak menyarung kasut. Sudahnya kasut tu rosak sebab selalu sangat terperosok bawah kerusi.  Sayang betul!

Bila dah pusing-pusing dapatlah juga sandal yang aku suka dan dia orang pun suka. He..he.. sebab Is dengan Az cuma akan pakai sandal waktu raya nanti jadinya aku pun kena suka dengan sandal tu baru boleh beli.  Punyalah gila kuasa sampaikan nak beli sandal anak pun kena ada piawaian dari aku. Sampaikan en.asben pun pandang aku dengan pandangan tak kuasa. Sandal aje kot, biarlah dia orang pilih sendiri ha..ha.. tapi takkk, aku kene suka dulu baru boleh beli. Sambil mencari sandal adalah singgah ke sini sana juga. Masuk kedai bukulah. Masuk kedai hiasan rumahlah. Tapi belinya cuma book stand dengan empat tangkai ranting hiasan untuk letak dalam pasu bunga yang panjang-panjang tu (aku tak tahu orang panggil benda tu apa). Sebab ranting hiasan tu panjang asyiklah kayu tu terlanggar-langgar orang. He..he.. maaf ya. Saya tak sengaja. 

En.asben dah buat muka tak berkenan dah bila aku asyiklah terlanggar orang. Iyalah, dah tahu nak jalan-jalan nak juga beli kayu panjang tu. Waktu nak jalan pergi ke kereta en.asben berjalan rapat denganku. Lepas tu siap bisik-bisik lagi. Auww.. romantik you. Aku ingat apalah yang en.asben nak bisikkan. Rupa-rupanya.... Ma, tentu orang ingat i ni romantik kan ma.. ROMANTIK??? Soalku di dalam hati sambil menuntut penjelasan darinya. Iyalah, you jalan-jalan dalam shopping complex sambil bawa bunga. Tentulah orang ingat I yang bagi you bunga tu. Cis nak mengutuk aku rupanya. Ggrrrrr.. Romantiklah sangat kalau setakat bawak ranting kayu hiasan tu jalan-jalan. Dah tentu-tentu takde siapa yang nak ambil port pun. Nak ingat romantik??? lagilah tidak he..he.. 

Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua, insyaAllah. Take care and have a nice day.

Tuesday, July 30, 2013

10 malam terakhir..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. hari ini sudah masuk hari yang ke 21 ramadhan. Maknanya kita sudah memasuki fasa 10 hari terakhir ramadhan. Pastinya semua orang sudah tidak sabar untuk berhari raya. Namun dalam keghairahan mahu meyambut  hari raya yang mulia, jangan pula kita terlupa untuk menyambut malam-malam penting di akhir ramadhan ini. Pastinya semua orang sudah maklum yang dalam 10 malam terakhir ramadhan ini ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Subhanallah... ianya satu tawaran yang cukup menarik. Semoga kita semua berpeluang untuk bertemu dengan malam tersebut.

Petang semalam sewaktu balik dari tempat kerja aku mendengar IKIM FM. Pengisian dalam program tersebut adalah berkisar tentang malam lailatul qadar. Perihal mengenai malam lailatul qadar sangat memikat hatiku. Ianya membuatkan aku yang masih sangat kurang amalannya jadi lebih berazam untuk bertemu dengan malam tersebut. Semoga ada rezeki untuk aku dan kita semua untuk bertemu dengan malam lailatul qadar hendaknya. Semoga setiap amalan kita diterima. Semoga Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita insyaAllah.

Di sepuluh malam terakhir ini marilah kita meningkatkan lagi ibadah kita untuk bangun malam. Rasanya, semua orang boleh bangun untuk bersahur. Untuk hari-hari terakhir ini, apa kata kita kunci jam kita setengah jam lebih awal dari biasa. Sebelum bersiap-siap untuk bersahur, boleh kita ambil masa untuk menunaikan solat tahajud dan solat-solat sunat yang lain terlebih dahulu. Kejutkan sekali ahli-ahli keluarga kita untuk sama-sama beribadat. (Aku kongsikan cara yang disebutkan oleh ustaz semalam). Semoga amalan-amalan kita akan diterima oleh Allah hendaknya. 

Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day. 

Tuesday, July 16, 2013

Pilihan...

Assalamualaikum..

Waktu bersihkan sinki dapur selepas waktu sahur pagi tadi aku teringatkan kisah seorang blogger yang ada dilema dengan sinki dapurnya. Aku juga perempuan. Aku tahu apa yang dia rasa. Perempuan ni, masalah sinki dapur yang tidak sesuai pun boleh  buat dia jadi meroyan. Mampu juga buatkan perempuan tak tidur malam he..he.. Alhamdulillah.. walaupun bukan aku yang memilih sinki dapurku tapi ianya benar-benar kena dengan kehendak aku. Aku berpuas hati dengan sinki dapurku yang dibeli oleh en.asben. Saiznya sangat sesuai untuk aku membasuh periuk dan kuali dengan selesa. Kedua-dua besen sinki juga sama besar. Kiranya, sinki dapurku tidak membuatkan aku rasa tertekan kerana tidak berpuas hati dengannya.

Aku memang ada masalah untuk membuat pilihan. Aku tak suka sangat dengan hal berkaitan dengan pilihan. Bila dah tahu tentang masalah tu, selalunya aku sengaja tarik diri bila tiba bab nak memilih ni. Bab sinki dapur pun sama jugalah ceritanya dulu. Bila waktu nak pergi membeli sengaja aku minta en.asben yang pergi membeli sendirian. Jadinya bila bukan aku yang memilih, aku tak rasa stress sangat bila dah buat pilihan yang tidak menyenangkan hatiku sendiri. Sebab tak nak memilih, aku lebih sanggup terima pilihan orang lain dari kena pilih sendiri ha..ha... 

Teringat dulu waktu berkerja di tempat lama. Waktu tu syarikat ada keluarkan VSS (Voluntary Separation Scheme). Rasanya vss tu untuk yang kali yang ke-3 kut dikeluarkan. Tahun-tahun sebelumnya memang aku langsung tak terfikir untuk memilih skim itu. Surat yang dapat hanya tersimpan dalam laci tanpa aku mengambil kira untuk membuat pilihan. Tapi tahun itu aku jadi teringin pula untuk mengambilnya. Iyalah, setelah 13 tahun berkerja, ganjaran yang akan diterima kerana berhenti secara sukarela tentu saja lebih banyak nilainya dari tahun-tahun sebelumnya. Dalam hati dah bulat mahu memilih untuk berhenti dengan sukarela dari terus berkerja di syarikat itu tapi aku masih takut juga dengan pilihanku. 

Surat setuju berhenti  dah siap tandatangan tapi aku masih takut nak hantar pada bos. Dah melangkah ke meja boss aku boleh berpatah balik. Telefon en.asben minta semangat. Telefon kawan aku yang dah ambil vss sebelum ni untuk minta semangat juga. Akhirnya dapat juga aku kekuatan untuk hantar surat tu pada bos. Elok saja aku hantar surat tu memang beria aku menangis. Bukan menangis sebab sayang nak berhenti kerja. Tapi menangis sebab tak sangka aku berani membuat pilihan. Dah beria menangis sebab berani buat pilihan tapi permohonan aku untuk ambil vss ditolak pula oleh syarikat sebab bos tak lepas. Hmm.. tak dapatlah aku berhenti secara sukarela he..he.. Tapi pengalaman membuat pilihan tu takkan dapat aku lupakan sampai bila-bila.

Dua tahun selepas itu ada lagi vss yang dikeluarkan. Pada waktu tu aku dah kembali takut nak buat pilihan walaupun kali ini syarikat dah beri jaminan setiap permohonan memang tidak akan ditolak. Dalam tak mahu membuat pilihan aku saja-saja apply kerja di tempat baru ni. Siap dah pergi interview lagi. Memang vss bukan rezeki aku agaknya. Sehari selepas tarikh vss ditutup aku dapat surat panggilan kerja di tempat baru. Ironinya, aku berhenti dari syarikat lama sama tarikh dengan hari terakhir rakan-rakan yang mengambil vss. Bezanya, mereka berhenti dengan mendapat ganjaran yang lumayan. Aku pula berhenti begitu saja kerana takut dengan pilihan. 

Alhamdulillah.. kerana takut dengan pilihan aku kenal dengan solat istikharah. Dari situ aku dapat memilih untuk melepaskan jawatan di syarikat lama dan berkhidmat di tempat baru. Solat istikharah membuatkan aku dapat membuat pilihan yang terbaik dengan hati yang redha. Dengan perkhidmatan selama 15 tahun ganjaran vss yang aku terlepas memang cukup untuk aku membeli sebuah kereta secara tunai. Namun ianya tentu saja tidak setanding dengan apa yang aku nikmati sekarang. Di mana-mana tempat pun pastinya ada lebih dan ada kurang. Tapi bila pilihan yang kita ambil tidak membuatkan kita rasa menyesal, pada aku ianya adalah sesuatu yang cukup baik untuk diri kita. 

Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua, insyaAllah. Take care and have a nice day!

Monday, July 15, 2013

Hebatnya doa seorang ibu...

Assalamualaikum..

Beberapa hari yang lepas aku terbaca di FB tentang betapa hebatnya doa seorang ibu. Sampai hari ini aku masih teringat-ingatkannya lagi. Mungkin teman-teman juga ada membacanya. Ianya mengenai seorang imam di Masjidil Haram. Menurut cerita imam tersebut, beliau menjadi imam disebabkan oleh doa ibunya ketika marah. Ceritanya, waktu beliau kecil-kecil dahulu, beliau sangat nakal. Disebabkan itu, ibu beliau selalu marah padanya. Bila marah ibunya akan berkata, semoga engkau akan menjadi imam di kaabah satu hari nanti. Subhanallah.. kata-kata itu menjadi satu doa rupanya. Doa ibunya pula terkabul sehingga anaknya benar-benar menjadi imam di Masjidil Haram. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..

Kisah itu membuatkan aku berazam sendiri. Aku berharap sangat agar aku juga dapat selalu berkata-kata tentang perkara yang baik-baik untuk anak-anak pada ketika aku tenang ataupun ketika marah. Ini kerana, aku takut jika aku terlepas kata perkara yang buruk. Aku tidak mahu kata-kata itu menjadi doa yang tidak baik buat anak-anak.  Nauzubillah.. Aku juga berazam untuk lebih menjaga hati ibuku. Dengan itu, hanya kata-kata dan doa yang baik-baik saja yang akan keluar dari mulutnya. Semoga setiap kata-kata dan  doa yang baik-baik dari ibuku akan dikabulkan oleh Allah hendaknya, insyaAllah.

Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

Thursday, July 11, 2013

Pringles punya cerita..

Assalamualaikum..

Pagi ni nak cerita tentang hari pertama puasa. Semalam selepas Az balik dari sekolah, dia membuka cerita yang dia 'termakan' pringles pagi-pagi tu. Aku dengan en.asben dah saling pandang-pandang. Betul ke dia terlupa ni? Sebab pagi tu dia memang bangun sahur. Takkanlah pagi-pagi lagi dah terlupa. Lepas tu bila tanya banyak ke sikit yang dia makan, dia jawab dia dah makan banyak juga kentang tu sebelum tersedar yang dia sedang berpuasa. Bila dia beria mengatakan yang dia memang benar-benar terlupa, aku pun terimalah cerita dia tu.

Waktu berbuka puasa, Han juga membuka cerita yang dia pun 'termakan' pringles juga pagi tu. Apalagi, memang gelak besarlah kami semua mendengar cerita tu. Manakan tidak, boleh pulak dua beradik tu berjemaah 'termakan'. Kami sangkakan adiknya saja. Rupa-rupanya si kakak pun sama. Han cerita waktu dia sidai kain pagi tu, dia nampak Az makan pringles kat luar sambil bagi kucing makan. Han pun ambillah beberapa keping dan makan sambil sidai kain. (Patutlah banyak kucing suka datang kat rumah aku. Apa yang anak-anak makan, itu juga yang dia orang bagi kucing makan he..he..).

Aduhailah anak. Dahlah terlupa. Siap makan kat luar rumah lagi kan. Bila dah begitu aku jadi yakin yang mereka memang betul-betul terlupa. Kalau ada jiran yang nampak, tentu dia orang ingat, apa hal lah dua beradik ni tak puasa. Hmm.. hari pertama kan. Yang teringat pun boleh terlupa. Yang berpuasa pun boleh termakan. Harap-harap ibadah puasa kami sekeluarga dan kita semua diterima oleh ALLAH.  

Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

Wednesday, July 10, 2013

Percubaan pertama...

Assalamualaikum...                                        

Salam Ramadhan untuk semua. Alhamdulillah... dapat lagi kita bertemu dengan ramadhan kali ini. Semoga ramadhan kita kali ini akan lebih cemerlang mutunya.... insyaAllah....          

Alhamdulillah... hujung bulan lepas sudah genap 4 tahun aku berhijrah ke tempat baru. Alhamdulillah. dalam tempoh 4 tahun itu banyak ilmu dan pengalaman berharga yang aku perolehi di sini. Ianya sangat berharga untuk aku.                                    

Alhamdulillah... isnin lepas aku telah diberi peluang untuk mengacarakan majlis. Sekadar membuat hebahan di PA sistem memang menjadi tugas hakikiku. Tapi untuk mengacarakan majlis menjadi tugas yang besar untukku.                          

Walaupun majlis itu cuma acara dalaman tapi berdebar jugalah untuk berdiri dan mengacarakan majlis di dalam auditorium yang besar.                                

Alhamdulillah... berkat tunjuk ajar dan perkongsian pengalaman dari ramai orang aku dapat melakukan tugasan itu.   Alhamdulillah... peluang yang diberi memberikan aku pengalaman yang cukup bernilai. Jika sebelum ini aku rasa cukup tidak berani sekarang ini keyakinan itu sudah sedikit ada dalam diri.. Alhamdulillah.                                                

Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

Tuesday, July 2, 2013

Calazite Lotion..

Assalamualaikum..

Minggu lepas aku ada bercerita mengenai Calazite Lotion. Tapi tak boleh nak upload gambar. Alhamdulillah hari ni baru berkesempatan untuk upload gambar. Buat teman-teman yang bertanya macam mana rupanya, inilah dia. Bolehlah cari di farmasi berdekatan rumah anda.

Calazite Roll-on Bottle 60ml

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua.Take care and have a nice day.