Nuffnang

Tuesday, August 27, 2013

Nasi arab Smarty meow-meow..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. hari yang ceria. Kenapa ceria? Sebab semalam berjaya masak nasi arab untuk en.asben dan anak-anak untuk pertama kalinya he..he.. So excited tu masih terlebih ha..ha.. Waktu Is tahu aku tengah masak nasi arab terus dia cakap, akhirnya.. En.asben pulak, masuk aje rumah waktu balik kerja tu dah puji siap-siap sebab bau sedap. Dah makan untuk berbuka, lepas solat isyak turun makan lagi. Untuk bersahur pun makan lagi. Han dan Az pun dok puji-puji. He..he.. satu rumah memang tahu yang mamanya tak terror masak. So bila masak yang lain sikit memang satu rumah ambil effort untuk memuji. Bila dah macam tu mahunya aku tak ceria. Alhamdulillah.. 

Sampai sekarang aku masih takut kucing. Tapi en.asben dan anak-anak memang suka kucing. Sebelum ramadhan hari tu, adalah seekor kucing ni, suka sangat melepak kat depan rumah kita orang. Anak-anak pulak rajin melayan. Suka nak bagi makan semua. Bila dah macam tu, kucing tu pun jadi suka nak terus melepak kat depan rumah. Mula-mula cuma bagi lebihan makanan kita orang. Lama-lama tu siap belikan makanan kucing pulak khas untuk kucing tu. Bila dia orang nampak aku tak kisah nak layan kucing tu lebih-lebih dia orang pun mula bawa kucing tu masuk dalam rumah. Siap bagi nama Smarty lagi kat kucing tu. 

Mulanya aku rasa macam tak seronok sebab asyik-asyik terkejut dan menjerit bila kucing tu cuba nak dekat-dekat dengan aku. Lebih tak seronok bila kucing tu mula cakar sofa, cakar carpet, cakar alas kaki. Paling tak seronok bila kucing tu cakar alas meja aku sampai koyak. Hu..hu.. itu alas meja untuk raya jugak tu. Tapi sebab anak-anak dah sayang, aku tak sampai hati pulak untuk tak bagi dia orang terus bawa masuk smarty ke dalam rumah. Setelah 15 tahun berkahwin, dapatlah en.asben kembali layan kucing dalam rumah. Anak-anak pun beria melayan. Smarty pun dah manja dengan anak-anak dan en.asben. Mana tak manja. Dia orang tu suka sangat membelai Smarty.

Mengambil keberkatan ramadhan aku pun membuka hati untuk biarkan anak-anak terus menjaga haiwan kesayangan Rasulullah saw tu. Tak kisahlah walaupun aku masih takut dengan kucing. 

Sekarang Smarty dah boleh landing kat dalam rumah. Kadang-kadang bila aku tidur kat lantai, selamba aje dia tidur dekat-dekat aku. Mula-mula dulu aku memang jerit-jerit. Sekarang ni dah cool sikit. Selagi dia tak mengesel kat aku, aku masih boleh terima he..he..

Smarty jalan-jalan cari makan kat dapur. Entah kucing siapa agaknya Smarty ni. Nak buang air dia pandai masuk toilet sendiri. Sebab rasa mungkin Smarty masih ada tuan, makanya waktu kami keluar dan waktu malam, kami letakkan smarty di luar rumah. Pagi-pagi, dia akan datang semula ke rumah kami. 

He..he.. bila aku tinggal seorang kat rumah, Smarty tak boleh masuk rumah. Pandai dia bawak diri duduk kat luar grill.. he..he.. Good girllah smarty ni. I love you smarty. Walaupun aku takut kucing tapi aku masih sayang juga pada kucing. Sebab pada aku kucing adalah sangat comel. Sayang seribu kali sayang, aku tak boleh nak pegang dan belai-belai kucing macam anak-anak dan en.asben. Takpelah... Dah takut nak buat macam mana kan. 

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

Monday, August 26, 2013

Bermacam dan berjenis..

Assalamualaikum..

Seperti minggu lepas, minggu ini pun jadual hujung minggu kami dipenuhi dengan majlis hari raya. Ditambah lagi dengan majlis kesyukuran, majlis harijadi dan gathering keluarga. Ianya membuatkan badan jadi lebih penat dalam usaha untuk memenuhi semua undangan kerana yang menjemput rata-ratanya dari saudara dan teman-teman yang rapat. Dalam pada ingin cuba memenuhi setiap undangan, ada juga jemputan yang tidak sempat untuk kami penuhi. 

Hari sabtu dan ahad memang aku jumpa dengan bermacam-macam jenis makanan. Semuanya, Alhamdulillah.. sedap-sedap belaka. Sekarang ini di setiap majlis, menghidangkan makanan terkini dengan rasa yang marvelous macam dah jadi satu trend. Jadinya, minggu ini semua makanan yang terkini aku dapat jumpa. Dari pavlova, cupcakes, brownies, kek karamel semuanya aku dapat rasa rasa di majlis rumah terbuka dan hari jadi. Itu baru yang sampingan. Hidangan utama seperti lemang, ketupat, laksa, nasi bariani, spagetti, nasi ayam, kambing bakar pastinya lebih membuka selera.

Makanan manis-manis dan sedap-sedap memang penyumbang kepada kenaikan berat badan. Itu aku tahu. Tapi bila makanan dah di depan mata, aku jadi terlupa tentang itu. Hari ini bila berat badan naik barulah aku terbuka mata he..he.. Selalunya bila ke majlis hari raya, memang biasa orang menyediakan juadah yang pelbagai. Tapi biasanya hanya 2 atau 3 menu utama saja yang disediakan di samping menu-menu tambahan sebagai pencuci mulut. Namun di rumah seorang sahabat semalam, aku jadi kagum dengan juadah yang disediakan. Banyak sungguh menunya ok.

Ada sate, ada ayam golek, ada nasi bariani, ada nasi putih, ada ketupat dan lemang, ada meehoon sup, ada kueyteow sup, ada putu mayam, ada roti john dan ada beberapa lagi menu yang aku pun dah terlupa. Juadah pencuci mulutnya pun bagaikan menu buffet di hotel. Macam-macam ada dan berjenis-jenis. Sampaikan anak-anak aku kata tak tahu nak ambil yang mana he..he.. Malam minggu makcik aku anak beranak datang beraya. Bila dah berkumpul kami buat sekali majlis hari jadi untuk emak yang ke-62 tahun di rumah adik. Malam itu menu utamanya bbq. So aku pun merajinkan diri buat coleslaw, buat kentang putar, buat sos mushroom blackpaper, buat cheesy wedges dan kek. Semuanya menyumbang kepada kenaikan berat badan dengan jayanya.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

Friday, August 23, 2013

Bila bahan cukup..

Assalamualaikum..

Musim-musim raya ni, stok bahan basah untuk masak insyaAllah sentiasa ada kat rumah. Mee, meehoon, kuey-teow semuanya ada. Tauhu, fishball, fish cake pun lengkap kat dalam fridge. Daging dan ayam pun aku dah potong kecil siap-siap.  Sotong dan udang pun ada stok kat dalam fridge. Sayur, telur, bawang, halia, cili dan bahan keperluan lain pun insyaAllah ada. Jadi senang sikit bila ada tetamu yang datang. Dapatlah hidangkan juadah ringkas untuk tetamu selain kuih raya. Tak payah nak kelam kabut pergi kedai. Itu yang aku lebih suka. 

Bila bahan cukup, nak masak untuk makan sendiri pun rasa lebih seronok. Macam semalam, takde mood sangat nak masak. Tapi bila tengok peti ais penuh terus rasa bersemangat nak masak. Siap boleh hidangkan sambal udang, sotong lada hitam dan pecal untuk en.asben dan anak-anak. (Kuah pecal mestilah yang ready made. Bila ada stok kuah pecal hari-hari pun boleh buat pecal he..he.. best-best) Hari ni pulak anak-anak kena bawa makanan untuk jamuan hari raya di sekolah. Is kena bawak mee goreng. Az pula kena bawak meehoon goreng. Alamak.. lain-lain jenislah pulak!

Kalau ikutkan diri yang tak berapa rajin ni memang rasa nak pergi membeli aje di gerai. Tapi rasa tak best pulak sebab anak-anak lebih prefer untuk bawa makanan yang mamanya masak. Bila bahan untuk masak semuanya ada dan cukup, rasa malas  pun boleh bertukar jadi rajin. So pagi ni dapatlah masakkan Is dan Az mee goreng dan meehon goreng untuk dibawa ke sekolah... Alhamdulillah.  Terus rasa macam nak buat majlis hari jadi sebab masak 2 menu pagi ni. (Nampak sangat jarang benar masak banyak-banyak jenis kan he..he..) Lepas ni memang dah tanam azam nak sentiasa pastikan bahan untuk masak sentiasa ada kat rumah. Jadinya nanti kuranglah sikit alasan malas nak masak yang keluar dari mulut ni he..he..

~Hanis Azla~
Lauk bila bahan cukup... :P

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

Tuesday, August 20, 2013

3 kali salam..

Assalamualaikum..

Di tempat kerjaku, setiap pagi akan ada ustaz yang akan memimpin bacaan doa. Selepas bacaan doa akan dibacakan sedikit petikan hadith. Dari perkongsian yang singkat itu, banyak ilmu berguna dan peringatan baik yang aku perolehi. Alhamdulillah.. perkara yang bermanfaat itu dapat kita perolehi dalam pelbagai cara  dengan izin dari ALLAH. Perkongsian hadith pagi ini berkisar mengenai adab bertamu. Perkara itu mengingatkan aku pada kisah kami sekeluarga pada hari raya tempoh hari. Pada hari raya ketiga aku dan keluarga balik ke kampung en.asben di Sabak Bernam. Keesokan harinya sebelum berangkat pulang kami ambil peluang untuk pergi beraya ke rumah saudara mara en.asben yang terdekat.

Oleh kerana kami mahu pulang awal makanya awal pagi juga kami sudah pergi beraya. Tiba di rumah makcik saudara en.asben rumahnya nampak lengang. Tiada kereta juga di depan rumah. Pintu rumah kelihatan tertutup tapi tingkap rumah ada yang terbuka. Jadinya kami tidak pasti samaada ada orang atau tidak di dalam rumah.  Rumah makcik saudara tersebut adalah rumah wajib yang kami perlu pergi pada setiap tahun. Jadinya kami mesti pastikan yang mereka sekeluarga memang tiada di rumah sebelum kami boleh pulang. Di pintu rumah kami memberi salam. Selepas satu salam tiada jawapan kami memberi salam lagi. Selepas salam kedua masih juga tiada jawapan. Mama, dah dua kali kita beri salam ni. Kalau lagi sekali kita beri salam dan tiada balasan kita kena balik ni ma.. Kata Han mengingatkan aku tentang adab bertamu yang aku sendiri sudah cukup maklum. Okey.. kali ni kita beri salam lambat sikit.. balasku. Iyalah rumah makcik saudara en.asben tu besar. Kemungkinan untuk dia tidak mendengar salam kami adalah sangat besar he..he..

Sebelum memberi salam yang ketiga Han pergi ke pintu di sebelah dapur pula untuk memastikan ada orang yang akan mendengar salam kami. Tapi memang tiada sesiapa yang berada di rumah. (Mereka sekeluarga juga keluar pergi beraya pagi itu rupanya). Sebelum mengambil keputusan untuk terus pulang kami memberi salam yang ketiga. Bila masih tiada jawapan barulah kami berangkat pulang. Tiada rezeki untuk kami beraya di rumahnya pada hari raya tahun ini. InsyaAllah, ada rezeki di tahun hadapan kami akan berkunjung lagi ke rumahnya. Harap-harap, salam kami akan disambut. 

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat dan kasih sayang Allah akan sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day! 

Monday, August 19, 2013

Raya beraya..

Assalamualaikum.. 

Hujung minggu di bulan syawal memang jarang benar yang tidak dipenuhi dengan aktiviti ziarah menziarahi. Hari sabtu dan ahad baru ni begitulah juga. Bila nak pergi beraya selalu rasa tak seronok kalau sekadar kita anak beranak saja yang pergi. Kalau nak pergi beraya kena pergi beramai-ramai. Kurang-kurang pun 2 kereta. Bila dah ramai barulah suasananya jadi lebih meriah. Hari sabtu tu seawal 9 pagi lagi kami sudah keluar dari rumah. Lokasi pertama kami ke rumah nenek saudara en.asben di Rawang. 

Selepas beraya di Rawang dan hantar PIL balik ke rumah di Kajang kami sekeluarga pergi menghadiri majlis perkahwinan kawan en.asben di Bukit Jalil pula. Selepas dah kenyang makan nasi kenduri kami balik ke rumah untuk bersolat. Tak sempat rehat pun dah keluar semula untuk pergi open house rumah abang sepupu di USJ. Kali ini kami pergi konvoi 3 buah kereta dengan adik dan sepupuku. Agak lama juga kami melepak di sana. Lepas makan-makan dan borak-borak barulah berangkat balik. 

Bila dah berangkat balik tak terus balik ke rumah juga. Terus saja kami menyambung perjalanan ke Melaka untuk memenuhi undangan rumah terbuka sepupuku di Ayer Keroh. Pukul 9 malam baru sampai ke rumahnya. Masa ni dah rasa lembik  dengan badan yang melekit-lekit. Tapi bila dah jumpa kaum kerabat, terus dapat tenaga tambahan he..he.. Tenaga makan pun meningkat-ningkat ha..ha.. Silaturahim punya kuasa agaknya, Alhamdulillah. Hampir tengah malam barulah kami berangkat balik. Adik-adikku semua bermalam di sana. Hanya kami sekeluarga yang balik. Pukul 1 lebih baru sampai ke rumah.

Semalam bangun pagi masih rasa letih sebab tidur lewat. Tapi gigih juga mengemas rumah dan memasak untuk tetamu yang kata nak datang. Lepas dah siap masak bersiap pulak untuk menghadiri wedding kawan en.asben di Sungai Buluh. Alhamdulillah jalan tak sesak. Balik rumah dapatlah berehat sekejap. Selepas asar kami keluar ke rumah PIL. Lepas dah makan nasi arab mak mentua yang sedap kami ke rumah makcik en.asben di Kajang. Layan mee rebus dengan pulut durian. Memang best betul. Hujan-hujan pulak tu.

Perut dah kenyang kami ke rumah pakcik en.asben di Setapak pulak. Kat sana layan pula kuay teow sup. Memang penuh perut kami semalam, Alhamdulillah.. Penat memang penat tapi rasa seronok kerana dapat mengunjungi saudara mara dan memenuhi undangan teman-teman. Itulah indahnya bulan syawal. Pada waktu inilah kita dapat melupakan kesibukan kita dengan urusan harian untuk aktiviti kunjung mengunjung. Semoga jalinan silaturahim yang kita jaga akan membuatkan kehidupan kita lebih diberkati oleh ALLAH.

Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

Thursday, August 15, 2013

Balik raya...

Assalamualaikum..

Hari ini dah hari khamis. Alhamdulillah, minggu lepas di hari khamis kita menyambut hari raya. Hari rabu sebelum tu kami bertolak balik Taiping untuk beraya. Kami bertolak pada awal pagi. Pukul 3 lebih dah bangun dan bersiap. Tapi selepas itu ini hampir pukul 5 pagi baru bertolak keluar dari rumah. Sebab dah pukul 5 terpaksalah singgah bersahur terlebih dahulu. Beratur kat McD drive thru dekat setengah jam. Dapat aje makanan cuma ada 10 minit yang tinggal untuk makan. Apalagi.. makan laju-laju. Minum laju-laju. Fries tak sempat makan he..he.. 

Kami singgah di R&R sungai Buluh untuk solat subuh. Sebaik lepas solat en.asben dah mengantuk. Mana tidaknya, malam nak bertolak tu en.asben sakit tekak yang teruk. Bila sakit tekak badan pun rasa nak demam. Kesian dia. Tidur pun tak lena. Aku cakap takpelah kalau kita bertolak lambat pun. Tapi nak juga bertolak pagi-pagi untuk mengelakkan jalan sesak. Sudahnya baru sampai Sungai Buluh mata dah mengantuk. So aku take over. Tapi aku pun hampas juga. Baru sampai Rawang mata aku pun mengantuk sama he..he.. Okey takpe. Kita berhenti lagi untuk tidur di R&R Rawang. 

Sedar-sedar dah pukul 8. Masa tu segan sendiri dengan orang yang lalu-lalang kat sebelah kereta. Tentu orang ingat kita orang ni dari JB agaknya sebab mengantuk sampai tertidur-tidur. Padahal dari Bangi aje ha..ha.. dekat bebenar. Bila mengantuk dah hilang aku kembali memandu. Alhamdulillah jalan lancar. Tapi sampai kat mana entah aku mengantuk balik. En.asben pulak take over sampai Taiping. Sampai Taiping pukul 10 pagi. Sampai-sampai emak, makcik, adik dan sepupu tengah sibuk memasak. Tolonglah sikit-sikit apa-apa yang patut sebelum mengantuk balik. Bangun pagi sangat kata he..he.. Semua orang pun faham. Tidurlah aku lagi dengan senang hati.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

Wednesday, August 14, 2013

Lebuhraya yang pendek..

Assalamualaikum..

Salam Aidilfiti untuk semua. Maaf zahir dan batin setulus hati dari aku dan keluarga. Alhamdulillah.. hari ini kita sudah pun memasuki 7 syawal. Bagaimana dengan hari raya kawan-kawan? Pastinya meriah dan membahagiakan. Dah mula kerja ke ataupun masih bercuti?  Aku dah mula bekerja semalam. Seronok benar rasanya bila dapat pergi ke pejabat melalui jalan yang lengang. Hati pun rasa cukup tenang.

Bila hari-hari memandu sendiri ke tempat kerja melalui jalan yang sama pastinya kita sudah maklum di jalan mana kita perlu memperlahankan kenderaan. Di jalan mana kita boleh memotong. Di laluan mana kita perlu ambil dan di laluan mana ada lubang dan bonggol. Namun walaupun sudah sedia maklum akan keadaan jalan, berhati-hati itu masih sangat perlu. Mulakan pemanduan dengan Bismillah dan membaca doa menaiki kenderaan agar perjalanan kita sentiasa diberkati, insyaAllah.

Selama 4 tahun bekerja di tempat ini aku perlu melalui lebuhraya yang pendek untuk ke tempat kerja. Sangat pendek laluanku di lebuhraya. Hanya dalam 500 meter saja laluannya selepas melalui jalan biasa dan sebelum menyusur masuk semula ke jalan  biasa. Namun jarak yang pendek itu telah membuatkan aku lebih berkeyakinan untuk memandu. Jika sebelum ini walaupun boleh memandu, keberanianku untuk memandu hanyalah di kawasan Bangi dan Kajang saja. Di luar daripada kawasan tu aku gigil. He..he.. gigil sampai hilang keyakinan untuk memandu.

Tapi sekarang, Alhamdulillah. Lebuhraya pendek yang perlu aku tempuh pada setiap hari bekerja telah membuatkan aku boleh memandu di luar kawasan Bangi dan Kajang dengan penuh yakin. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Tanpa sedar, setiap perkara kecil yang kita lalui dalam hidup dapat memberikan perubahan yang besar buat diri kita. Ianya membuatkan aku mahu lebih menghargai setiap perkara yang terjadi dalam hidup. Tiada istilah besar atau kecil sesuatu perkara itu. Setiap yang berlaku dalam diri dan kehidupan kita pastinya ada hikmah yang terbaik untuk diri kita.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

Friday, August 2, 2013

Ceria dan berseri-seri wajahnya...

Assalamualaikum..

Subhanallah.. sangat indah bila mendengar berita tentang kematian seorang siak surau petang semalam. Tentu teman-teman juga ada mendengar tentang berita tersebut.   Alhamdulillah.. arwah antara insan terpilih. Kematiannya sangat indah. Meninggal dunia saat sedang bersujud di dalam solat, di dalam rumah ALLAH dan di dalam bulan ramadhan yang penuh mulia.. Allahuakbar.. Beruntungnya arwah. Semoga kematian kita semua juga dalam cara yang mulia seperti beliau.. InsyaAllah.. 

Tengah hari tadi, pada waktu rehat aku balik ke rumah. Bila dah balik rumah tentulah ambil peluang untuk tidur. Dalam tidurku aku termimpikan arwah ayah. Subhanallah.. arwah ayah nampak sungguh ceria dan wajahnya kelihatan berseri-seri. Setiap kali aku termimpikan arwah ayah, pastinya aku dalam keadaan yang cukup maklum bahawa ayah memang sudah tiada. Tapi aku selalu rasa sangat bersyukur kerana dapat bertemu dengan arwah ayah di dalam mimpi. Setelah 28 tahun arwah ayah meninggal dunia cuma beberapa kali saja aku dapat bermimpikan arwah ayah. Kali ini bila aku termimpikan arwah ayah pada petang jumaat  di dalam bulan ramadhan yang mulia,  aku rasa cukup bersyukur.. Alhamdulillah. Semoga arwah ayah tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, insyaAllah.

Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.