Nuffnang

Wednesday, October 30, 2013

Solat sunat fajar...

Assalamualaikum...

Adakalanya sesuatu hikmah itu datang dari pelbagai perkara. Bila kita dapat sesuatu ilmu atau perkara, banyak ilmu dan perkara yang berkaitan tentangnya mula saling berkait. Baru-baru ini aku tahu tentang solat sunat fajar. Sebelum ini memang pernah dengar. Namun bila tidak  mengambil berat terasa tidak begitu mahu ambil peduli. Bila mula tersedar tentang kepentingan solat sunat fajar, ditakdirkan banyak pula peringatan yang baik-baik tentang solat fajar yang diberitahu kepadaku. Ianya seperti berturutan. (SUBHANALLAH.. petunjuk dari Allah itu memang datang dalam pelbagai cara.. ALLAHUAKBAR.).

Mulanya aku bertanya pada en.asben, solat apa yang dia dirikan sebelum solat fardu subuh. Katanya solat sunat fajar. Bukan tak pernah melihat en.asben solat. Tapi hari itu aku terdetik untuk bertanya. ALHAMDULILLAH.. Dari situ aku juga mahu turut mendirikannya. Sewaktu ke kelas agama di surau, ustaz ada menyebut  juga tentang kelebihan solat sunat fajar.  Sewaktu di rumah mertua, MIL juga bercerita tentang tuntutan menunaikan solat sunat fajar. Rasanya orang lain sudah tahu tentangnya. Tapi di sini aku ingin kongsikan juga sedikit tentang solat sunat fajar yang aku dapat di Tazkirah Solat Fajar di FB). Semoga kita semua dapat manfaatnya bersama, insyaAllah.

Solat Fajar

Solat sunat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh dikenali sebagai Solat Fajar atau Solat Qabliyah Subuh atau Solat Sunat Subuh.

Ia dikerjakan selepas azan Subuh dan sebelum solat fardhu Subuh.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Solat fajar 2 rakaat lebih baik dari dunia dan segala isinya.” (HR. Muslim)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dua rakaat solat fajar lebih aku cintai daripada dunia seluruhnya.” (HR. Muslim)

Dari Aisyah ra. bahawa beliau berkata, "Tiada solat sunat yang paling Rasulullah SAW menjaganya melebihi dua rakaat solat fajar.” (HR. Muslim)

“Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ketika solat fajar, surah Al-Kafirun dan surah Al-Ikhlas.” (HR. Muslim)

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

Monday, October 28, 2013

Khamis nanti yang dinanti...

Assalamualaikum semua.. 

Alhamdulillah.. hari ini kita sudah memasuki minggu terakhir di bulan oktober. Seminggu dua lagi cuti sekolah akan bermula. Sejak awal tahun lagi, aku dan rakanku dari tempat kerja lama sudah merancang untuk pergi bercuti bersama. Sejak beberapa tahun lepas boleh dikatakan setiap tahun kami pergi bercuti bersama. Seronok bila pergi bercuti ramai-ramai ni. Lebih seronok bila semuanya sekepala. Bila dah ramai-ramai macam-macam aktiviti boleh dibuat.

Percutian pertama kami ke Melaka, kemudian ke Pulau Pinang, selepas itu ke Langkawi dan akhir sekali kami bercuti bersama ke Terenganu pula. Tahun ini, InsyaAllah jika ada rezeki kami akan ke Hatyai dan Krabi. Ada rezeki cadangnya nak ke Phuket sekali. Semuanya bergantung pada keadaan. Sejak dari waktu merancang aku sudah tidak sabar-sabar untuk pergi sebenarnya. Dari beberapa keluarga yang pergi bersama, akhirnya hanya tinggal 3 keluarga yang dapat turut serta. Dari 3 tu akhirnya tinggal 2 keluarga saja yang boleh meneruskan perancangan. 

Alhamdulillah, ada saudara temanku yang mahu ikut serta dalam trip kali ini. Ianya menjadikan 4 keluarga yang akan pergi bercuti bersama. Semalam, 1 lagi keluarga dikatakan mahu turut serta. Jadinya untuk percutian kali ini kami akan pergi bersama 5 keluarga. Semoga segala perancangan kami akan berjalan dengan lancar hendaknya. Semoga kami selamat dalam setiap perjalanan. Semoga kami dan keluarga sentiasa dilindungi dari sebarang kemalangan dan musibah. Semoga keadaan cuaca juga akan berbaik-baik dengan kami hendaknya. InsyaALLAH... 

Khamis nanti ialah hari yang dinanti. Sejak semalam, beg pakaian  sudah selesai aku kemas. Hanya tinggal beberapa keperluan lain saja yang akan aku kemas menjelang harinya. (Nampak tak keterujaan aku di situ he..he..) Harapnya tiada apa yang akan tertinggal nanti. Dalam keterujaan untuk bertolak pada malam khamis nanti, sebenarnya ada getar juga dalam diri. InsyaAllah, pagi khamis ni aku kena jadi MC untuk program syarahan perdana di tempat kerjaku. Jadinya selagi program tu belum selesai, feel nak bercuti tak sepenuhnya datang. Ha..ha.. gabra betul. Harap-harap segalanya akan dipermudahkan untukku dan semoga majlis akan berjalan dengan lancar.


Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

Tuesday, October 22, 2013

Bangun pagi..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. pagi ini terasa cukup segar. Padahal sejak pukul 4.30 pagi lagi aku sudah terjaga. Alhamdulillah.. sekarang ini aku kembali gigih menulis di awal pagi. Pada waktu malam dan di hujung minggu juga aku akan meluangkan masa untuk mengulit manuskrip. Alhamdulillah.. idea dan semangat untuk menulis manuskrip ketiga semakin meningkat dari hari ke hari. Sebelum-sebelum ini entah kenapa semangat itu sedikit merudum. Idea dan kerajinan juga bagaikan hilang. Alhamdulillah.. ada kisah manis yang tidak terjangka di sebaliknya yang membuatkan semangat menulisku jadi naik semula. Semoga segala yang aku lakukan dipermudahkan hendaknya, insyaALLAH.

Bercerita tentang bangun pagi, mengingatkan aku tentang pesanan seorang ustaz ketika mengikuti kelas agama di surau. Kata ustaz, kita selalu tersedar dengan sendirinya di awal pagi pada waktu sebelum subuh untuk pelbagai perkara. Bukan semua orang ada rezeki untuk bangun pada waktu yang begitu. Adakalanya  kita tersedar untuk bangun ke bilik air. Adakalanya kita bangun untuk menonton perlawanan bola. Tidakkah kita sedar kenapa Allah buatkan kita terjaga pada waktu itu? Pastinya ada sebab mengapa Allah kejutkan kita dari tidur pada waktu semua orang sedang enak tidur dan diulit mimpi. 

Sejak umur semakin meningkat, masa tidurku juga sudah tidak seperti dulu. Sekarang ini, mudah benar aku terjaga pada jam 4 atau 5 pagi. Adakalanya aku sudah tidak lagi boleh menyambung tidur selepas itu. Adakalanya aku terjaga sekadar untuk tengok jam sebelum menyambung tidurku kembali. Kadang-kadang tu jenuh nak paksa mata untuk tidur agar tidak mengantuk ketika di pejabat. Gigih nak kembali tidur sedangkan aku boleh gunakan waktu itu untuk lakukan perkara manfaat yang lebih dituntut. Teguran dan pesanan dari ustaz sedikit sebanyak telah memberi kesedaran buat diriku. 

Jika kita boleh bangun untuk ke bilik air pada waktu itu kenapa kita tidak boleh bangun untuk bertahajud? Apalah salahnya kita terus mengambil wuduk dan bersolat tahajud sebelum menyambung tidur. Jika boleh terus menunggu sehingga masuknya waktu subuh adalah lebih baik. Subhanallah.. peringatan itu sangat baik untuk aku memperbaiki diri yang selalu lalai. Daripada mengigihkan diri memaksa mata untuk menyambung tidur, lebih baiklah jika aku gigih untuk bangun dan bertahajud. Alhamdulillah.. teguran dari ustaz benar-benar memberikan kesedaran untukku. Semoga dengan perkongsian kecil ini kita dapat sama-sama mempertingkatkan amalan kita..  insyaAllah.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

Thursday, October 17, 2013

Anak Tina Turner di Australia..

Assalamualaikum...

Dah lamanya tak mencoret di sini. Sibuk sikit sekarang ni he..he.. asyik itu aje alasannya. Tapi memang sibuk pun.. Minggu lepas outstation ke Aloq Setaq. Penat pun tak hilang lagi. Lepas tu raya dan beraya. Oh ya, sebelum terlupa aku nak ucapkan Salam Aidiladha untuk semua  yang sudi berkunjung ke sini. Semoga segala ibadah kita diterima oleh ALLAH hendaknya, insyaALLAH.

Check e-mail pagi tadi terlihat e-mail dari teman lama yang mengucapkan Salam Aidiladha. Bagus betul kawan aku yang seorang ni. Walaupun dia bukan beragama islam, namun dia tidak lupa untuk mengucapkan ucap selamat pada setiap hari perayaan. Masih ingat dia pada kawan-kawan. Thank you Siva!

Siva ni kawan sekelas aku sejak dari darjah 4  sehingga ke darjah 6. Kiranya kawan masa sekolah rendah. Beberapa tahun lepas dia menegur aku di FB. Dia kenalkan dirinya sebagai anak murid Cikgu Musa, Guru Kelas aku waktu darjah 6. Are you Siva GP? tanyaku untuk kepastian berdasarkan gambar profailnya. Who is he? Dia tanya aku balik. Ok.. aku dah confuse. Siva mana pulak ni? Tapi aku describelah juga bagaimana Siva GP tu. Rupa-rupanya dia sengaja nak mengenakan aku. Adooii.. dulu waktu sekolah rendah pun dia selalu kenakan aku juga. Kiranya karektor dia masih tak berubah. Tapi aku pun memang balas balik dulu. Memang tak kasi can punya he..he..

Ingat lagi dulu, dia selalu cakap yang mak dia Tina Turner. Satu hari tu ada lori Pepsi datang ke sekolah. Kat lori tu ada tertampal gambar besar Tina Turner. Waktu tu Tina Turner jadi icon pepsi kut. Nampak aje gambar tu aku pun terus jerit. Siva, your mom datang! Terus pucat muka dia. Bengang aje dia bila aku tunjuk gambar kat lori tu ha..ha.. Sekarang ni Siva menetap dan bekerja di Australia. Termasuk Siva, 3 orang teman sekelasku waktu darjah 6 menetap dan berkerja di Australia sekarang ni. Hmm.. sampai 3 orang. Korang memang berjanji ke apa ni ya?? Anyway, Hi mate he..he.. nak jugak Aussie style kan. 

Alhamdulillah.. aku dah pernah ke Australia. Jadi bila dengar kawan-kawan stay kat sana takdelah rasa lain macam sangat. (Kadang-kadang kita memang ada perasaan tak boleh blah macam tu kan ha..ha... Ke aku seorang aje yang macam tu? Okeylah aku mengaku, aku manusia biasa yang punya banyak kekurangan).

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

Thursday, October 3, 2013

Boyfriend...

Assalamualaikum..

Dengarnya hari ni hari boyfriend. Itu yang aku dengar kat radio Era pagi tadi. Baru hari ini aku tahu tentang adanya hari boyfriend ni. Sebelum ni memang tak pernah tahu dan tak minat pun nak ambil tahu he..he.. Tapi bila hari ini ialah harinya, bolehlah juga aku buat entry mengenainya. Nampak sangat ketandusan idea nak tulis entry kan?? ha..ha..

Sebelum aku cerita pasal boyfriend, nak cerita sikit kisah semalam. Semalam kan.. ex-boyfriend kita yang sekarang ni dah jadi en.asben kita hantar lagu kat whatsapp kita. Siap tulis, khas untuk you. Memang kembang-kembanglah hati aku bila tiba-tiba en.asben hantar lagu. Lebih kembang lagi hati aku bila lirik lagu tu menyebut, separuh aku, dirimu...  Mungkin sebab tak selalu dia buat macam tu, bila sesekali dia buat memang aku rasa cukup istimewa. 

TQ sayang. Separuh diriku juga dirimu.. ececeh...

Ok.. dah cerita pasal ex-boyfriend tersayang baru boleh cerita pasal ex-boyfriend yang dah tak sayang pulak ha..ha.. Dulu, BFF aku ada boyfriend chinese. So bila dia dating, aku pun join sekali. BFF boyfriend dia pun join juga. Chineselah juga. Mamat tu pulak minat kat aku. So kami pun berkawanlah. Tapi memang cuma berkawan takde couple-couple pun sebab aku masa zaman sekolah memang tumpu pada pelajaran aje. Hal yang lain aku memang tak layan. (Silalah percaya kalau taknak aku kecil hati ha..ha..)

Mamat tu memang hensem. Kalau beratur dengan Leon Lai dan Leslie Cheung, dia tak kalah okey.  Tapi tak tahu kenapa masa tu aku tak boleh terima dia. So kami kawan ajelah. Bila birthday aku dia bagi kad, bagi bunga. Bila keluar makan KFC, dia belanja. Tapi bila keluar aku jarang cakap dengan dia. Banyak bercakap dalam surat aje sebab dia suka tulis surat kat aku. Walaupun kawan biasa, bila CNY gigih jugalah aku pergi cari kad CNY yang sepatah haram pun aku tak faham apa kata-kata yang tertulis dalam kad tu ha..ha.. kiranya ada effort jugalah nak hargai persahabatan dari dia yang baik hati tu.

Dalam dua tahun juga kot kita orang kawan. Selepas tu terus tak kawan sebab boyfriend BFF aku pergi US. So kita orang pun takde jumpa lagi. Sesekali ada juga terserempak kat kajang sebab aku dengan dia sama-sama sekolah kat Kajang. (Macam aku dengan en.asben juga. Masa zaman sekolah kami langsung tak pernah jumpa). Waktu tu memang tak pernah tegur dah. Cuma pandang-pandang aje. Masa form 5 kot boyfriend BFF aku balik Malaysia balik.  BFF aku pun dah tak couple dengan boyfriend dia lagi. Bila dah form 5 mamat ni dah jadi semakin hensem. Kiranya kalau dulu dia lalu aku boleh buat tak tahu. Masa form 5 tu bila dia lalu aku memang tolehlah ha..ha.. 

Satu hari tu lepas balik sekolah di penghujung form 5 aku dan kawan-kawan ikut BFF aku balik rumah. Dalam bas ada mamat tu juga sebab dia duduk satu taman dengan BFF aku ni. Masa aku naik bas dia memang pandang. Tapi tak tegur pun. Aku pun lagilah segan nak tegur so buat tak tahu aje. Aku ingat tentu dia pun dah lupa pasal aku. So, FINE ha..ha.. (Padahal dulu kau yang beria jual mahal kan.. he..he..) Sekali bila time dia nak turun bas dia tegur aku. Bye... Fea.. Masa tu rasa macam Ya ALLAH... mamat hensem ni ingat aku lagi!!! Turun aje dari bas, kawan-kawan aku semua jerit... wei.. dia tegur kau lah... ha..ha.. rupa-rupanya dia orang semua perasan. Memang sampai sekaranglah aku ingat saat tu sebab lepas tu memang terus kita orang tak jumpa dah.

4 tahun selepas tu nak di jadikan cerita, sebelum aku berkahwin dengan en.asben aku keluar lepak-lepak dengan BFF aku kat Kajang. Masa tengah makan nampak ayah mamat tu dalam restoran yang sama. Ayah dia dulu ada petrol pump kat Kajang. So memang selalulah nampak bila kat Kajang tu. BFF aku cadangkan aku jemput mamat tu datang wedding aku. Dah namanya kawan kan, apa salahnya kalau nak jemput. So, dah terlanjur nampak ayah dia, aku pun minta BFF aku passkan kad kahwin aku. Masa tu ayah dia kata mamat tu kat Australia. Further study kat sana. So takdelah dia datang wedding aku. Harap-harap masa dia dapat kad tu dia masih ingat kat aku. Yang paling penting dia ingat yang dia pernah minat kat aku ha..ha.. ini semua POYO.. Tak ingat pun takpe. Tak penting pun sebab aku dah ada en.asben yang kalau berdiri sebelah dia memang tak kalah juga he..he..

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!