Nuffnang

Monday, December 30, 2013

Memori 2013..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. 2013 sudah hampir tiba ke penghujungnya. 2014 akan menjelang tiba dengan warna warni kehidupan baru yang akan dilalui. Di hari-hari terakhir tahun 2013 ini terasa mahu mengenang semula peristiwa-peristiwa yang terjadi dalam hidupku. Seperti tahun-tahun lain, 2013 juga punya makna tersendiri buat aku dan keluarga. Syukur, Allah memberi peluang dan rezeki-NYA untuk kita merasai 2013 sehingga ke penghujung. Semoga keberkatan umur dan kesihatan akan terus dapat dinikmati lagi di tahun-tahun seterusnya.. insyaAllah. 

Awal tahun 2013 dimulai dengan keadaan kesihatan adik-adikku yang tidak berapa baik. Serentak dan bergilir keduanya keluar masuk ke hospital. Sebulan pertama di tahun 2013 rutin kami sekeluarga ialah berulang ke hospital. Enam bulan seterusnya perkara itu terus berulang. Syukur, kesihatan adik-adikku sudah kembali baik sekarang. Nikmat sihat itu sangat besar maknanya. Terima kasih Allah. Dugaan sakit itu juga telah mendekatkan dan mengeratkan lagi hubungan kami. Memang ada  hikmah dalam setiap ujian kan.

Tahun 2013 juga merupakan tahun untuk aku menguruskan anak-anak dan tugasan rumah tangga sendiri tanpa bantuan dari emak. Sejak adikku sakit, emak tidak lagi sepenuhnya tinggal bersama kami. Selama 10 tahun emak tinggal bersama kami aku memang jadi 'manja'. Alhamdulillah, sejak emak tidak tinggal sekali, memasak sudah menjadi perkara biasa untukku. Banyak menu-menu baru yang aku sudah boleh memasaknya sendiri. Kesempatan itu juga menjadikan aku lebih cekap menguruskan hal anak-anak dan rumahtangga sendiri. Benarlah, tiada kerumitan yang tiada jalan penyelesaiannya. Dalam setiap ujian ada peluang di dalamnya. Terima kasih Allah. Syukur.

Tahun 2013 ialah tahun yang aku sibuk dengan Is dan UPSRnya. Kemerosotannya dalam pelajaran sejak 2012 telah membuatkan aku jadi lebih peka untuk memantau prestasi pelajarannya. Selain tuisyen, beberapa bulan juga kami semua terpaksa ikut menonton Astro Tutor TV sebagai sokongan kepada Is. Sehinggalah akhirnya kami terpaksa membeli dekorder Astro yang kedua dan tv baru untuk membolehkan kami menonton rancangan lain pula he..he.. Alhamdulillah.. prestasi Is mula meningkat dan dia berjaya untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Syukur.. memang setiap kejayaan itu memerlukan usaha dan pengorbanan. Seterusnya, kita serahkan urusan rezeki kepada Allah. 

Tahun 2013 juga menjadi detik pertama untuk aku dalam mengacarakan majlis. Walaupun masih gugup namun keyakinan itu sudah mula ada. Bermula dengan majlis perkahwinan sepupuku, majlis ceramah agama  diikuti dengan perhimpunan bulanan dan kemudian majlis syarahan perdana di tempat kerja. Yang terakhir untuk tahun ini ialah mengacarakan majlis perkahwinan anak pengarah beberapa minggu yang lalu. Syukur, segalanya dipermudahkan untukku. Ketakutan memang akan menjadi musuh kita pada setiap masa. Asalkan kita mahu mencuba dan mengambil peluang, insyaAllah ketakutan akan bertukar jadi keyakinan. Jujurnya, aku masih lagi gugup. Takut juga masih ada. Seram sejuk, berpeluh dan mengigil, itu semua masih aku rasa setiap kali mahu mengacarakan majlis. Namun setiap tugasan aku ambil sebagai latihan. Alhamdulillah, aku mula rasa selesa melakukannya. Terima kasih Allah. Terima kasih juga pada mereka-mereka yang memberikan peluang untuk aku meningkatkan potensi diri. 

Tahun 2013 merupakan tahun aku mula sibuk dengan tugasan-tugasan dan kursus-kursus di luar pejabat. Selain yang dekat-dekat, aku juga Ke Terengganu,  ke Kedah dan ke Johor bersama teman-teman sejabatan. Ianya memberikan ilmu dan pengalaman baru buatku. Syukur, setiap perkara ada pelajaran yang boleh kita perolehi darinya. 

Tahun 2013 juga diisi  dengan percutian keluarga yang pada aku sangat indah untuk menjadi kenangan kami. Bukan kata dapat menjelajah ke Hatyai dan Krabi saja yang mengasyikkan. Dapat ke Kuala Linggi dan Port Dickson bersama seisi keluarga juga menjadi kenangan terindah buat kami.  Padaku, bukan destinasi yang menjadikan percutian itu indah tapi hubungan kekeluargaan itu yang lebih mengindahkan setiap percutian. Syukur.. keluarga itu adalah harta yang paling besar dan tidak ternilai. Semoga aku tahu untuk terus menghargainya sebaiknya.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga tahun 2014 akan menjadi tahun yang indah dan lebih baik untuk kita semua. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita. Take care and have a nice day!

Friday, December 27, 2013

Dua muka..

Assalamualaikum..

Malam tadi aku kembali dengan manuskripku. Sejak sebulan hurmmm.. atau mungkin lebih.. ianya terus tersekat di muka surat 208. Ada idea namun tiada kesungguhan mahu menggarapnya. Bila kemalasan melanda memang tiada apa yang boleh dilakukan selain dari cuba merajinkan diri. Sebelum subuh tadi aku kembali mengetuk keyboard lappy kesayangan. Rasa cukup bersyukur bila jari jemari terus laju menekan abjad-abjad yang sedia teratur di depan mata tanpa tersekat-sekat seperti selalu. Perkataan dieja, ayat diatur, idea disusun. Perasaanku jadi indah biarpun hanya dua muka yang bertambah. Rasa puas bila muka surat manuskripku mula beralih ke angka 210.

Kenaikan sebegini memang selalu membuatkan aku jadi teruja. Namun sejak akhir-akhir ini, banyak kenaikan yang mula memeningkan kepala. Semuanya perlu dihadapi dalam paksarela. Dengan hati yang tidak senang, ada senyum kelat menahan pahit mahu menelan kenyataan tentang kenaikan banyak harga. Sekadar mampu memikir memang tiada apa yang akan berubah dengan harga baru yang telah ditetapkan. Terlalu memikir akan menganggu rutin harian mungkin juga perasaan dan juga kesihatan. Sudahnya aku cuba mengingatkan diri sendiri. Rezeki itu sudah ALLAH aturkan. Pendapatan sedia ada perlu bijak diuruskan mengikut kebijaksanaan. Perbelanjaan tambahan mahu tidak mahu perlu juga dilunaskan atau lebih tepat lagi dicukupkan.

Kenaikan dua muka surat manuskripku setidak-tidaknya menjadi penyedap rasa menghadapi kenaikan 100% harga pengangkutan anak-anak ke sekolah. Bila ianya satu keperluan senyuman kelat perlu juga dimaniskan. Lebih-lebih lagi bila memikirkan tentang kebajikan anak-anak yang memang menjadi tanggungjawab. Maka isu itu tidak perlu terlalu  aku persoalkan. Sekadar meluah rasa adakalanya dapat jadi penenang yang mujarab juga.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

Monday, December 23, 2013

Dia ingat pesan mama..

Assalamualaikum..

Lama tak menulis. Minggu sebelum ni ada kursus di JB. Minggu lepas ada kursus lagi di pejabat. Disebabkan itu terpaksalah melupakan blog untuk seketika. Alhamdulillah.. setiap kali berkursus banyak ilmu yang diperolehi. Banyak perkara baru yang dapat dipelajari. Syukur! Hari ni terasa sedikit segar selepas semalam puas berehat di rumah. Hari sabtu tu ada buat majlis khatam quran di rumah mertua. Jadinya badan memang sedikit letih. Walaupun letih tapi hati tetap rasa seronok. Lebih seronok bila anakku Is ikut serta dalam khatam Al-quran bersama sepupu-sepupunya. 

Sepanjang minggu memang aku minta Is lancarkan bacaannya. Di dalam kereta aku minta dia mengulang bacaannya lagi. Setiap ayat yang dibaca bukan main laju lagi bacaannya. Auzubillah memang tidak langsung dibaca. Tidak mahu dia terus tergopoh gapah setiap kali membaca aku mengingatkannya supaya membaca Auzubillah terlebih dahulu. Alhamdulillah, majlis khatam Al-quran berjalan dengan lancar. Para tetamu dihidang dengan nasi arab dan pelbagai jenis kek dan kuih muih yang dimasak sendiri. Selepas majlis khatam ada teman mertuaku  bertanyakan yang mana satu anakku. Aku pun menunjukkan Is kepadanya. Bagus betul anak awak ni. Auzubillah tak tinggal dalam setiap bacaannya. Pujian makcik itu membuatkan aku, Is dan Han yang mendengar tersenyum sesama sendiri. Alhamdulillah.. abang ingat pesan mama. 

Turn Aqila..

 Turn Is..

 Turn Rifhan..

Alhamdulillah.. dia ingat pesan mama!

 Aqila, Is dan Rifhan..
InsyaAllah ketiga-tiganya akan naik ke Tingkatan 1 pada  tahun 2014 ni. Alhamdulillah ketiga-tiganya memperolehi 5A dalam UPSR. Syukur. Semoga mereka menjadi anak-anak yang cemerlang di dunia dan akhirat.. insyaAllah.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

Thursday, December 5, 2013

Berkhatan..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. petang sabtu lepas anak bongsuku Az dah selamat berkhatan. Sekali berkhatan dengannya ialah anak-anak buahku Firhan dan Hafiy. Syukur segalanya dipermudahkan. Syukur juga bila dalam 3 hari mereka sudah sembuh. Hari ketiga dah ligat main kereta control ketiga-tiganya. Memang kalutlah neneknya bila ketiga-tiga cucunya berkhatan sekali. Tapi emak jugalah yang nampak paling seronok bila kesemua cucu-cucu lelakinya dah selamat berkhatan. Buat masa ni memang tiada lagi yang teringgal. Maklumlah, emak tiada anak lelaki, jadinya rasa teruja tu lebihlah sikit. 

Dalam ketiga-tiganya Az yang paling besar (9 tahun). Sepupunya Firhan 7 tahun dan adiknya Hafiy 5 tahun. Tapi Az juga yang jadi champion. Firhan dan Hafiy rileks aje bila keluar dari bilik doktor. Siap tersenyum-senyum lagi cakap tak sakit. Tapi Az, waktu dia keluar aje dari bilik doktor dah siap mencebik dengan mata dah bertakung dengan air mata he..he.. Anak bongsu agaknya. Jadi manjanya memang ada lebih sikit. Tapi kat situ ajelah dia sebak dan kata pedih sikit. Balik aje rumah terus rileks macam takde benda pun. Memang gubra lebihlah tu. Sakitnya sikit aje he..he..

Alhamdulillah, hari ahad tu adik aku ada buat sedikit kenduri kesyukuran. Jadinya lepas aje berkhatan memang bawa balik ke rumah adikku. Sajalah nak merai anak-anak yang berkhatan dan ada niat nak jemput orang datang makan-makan di rumah. Tak ramai pun jemputannya tapi tetap meriah. Dari tengah hari sampai ke malam tetamunya datang. Puas hati betul dengan makanan yang ditempah. Dari nasi, lauk pauk dan kuih-muihnya semuanya sedap. Paling penting, tiada pembaziran yang berlaku. Semua tetamu dapat makan. Dapat juga dibuat berkat untuk keluarga dan jiran-jiran terdekat. Syukur.. segalanya dipermudahkan untuk kami. 

Az, Hafiy dan Firhan kesayangan.. 

Wajah ceria sebelum ke klinik. Waktu ni memang kesemuanya dah excited.. 

 Masa tunggu turn.. Hafiy dan Firhan terus cool. Tapi Az dah cuak he..he.. 

Alhamdulillah.. dah selesai dan otw balik rumah. Memang hebatlah hero-hero mama ni.. Terus rileks aje.. Anak lelaki kenalah berani kan he..he..

Sampai kat rumah nenak dah siap sedia dengan tali-tali gantung kain. So gantung ajelah kain pelikat semuanya. Tak payah nak dok pegang. 

ALHAMDULILLAH.. dah berkhatan semuanya..

Salam hormat semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

Monday, December 2, 2013

Percutian ke Hatyai dan Krabi Part 7.. Emerald Pool..

Assalamualaikum..

Selepas balik dari menaiki gajah, kami berjalan-jalan di kawasan Aonang. Geng lain ada mengajak juga untuk ke tempat lain. Tapi sebab sejak sampai kami belum sempat lagi meneroka di kawasan pekan Aonang tu, makanya kami memilih untuk berjalan-jalan di kawasan Aonang saja. Maka berjalanlah kami 5 beranak di sekitar pekan Aonang tu. Masuk kedai  keluar kedai tapi tak beli apa pun. Sudahnya pergi makan aje kat gerai-gerai yang banyak terdapat di situ. Waktu makan aku teringatkan Emerald pool lagi. Rasa ralat sangat kalau tak dapat pergi. Cadangkan  pada  en.asben untuk cari trip ke sana. Padahal boleh aje pergi sendiri bawa kereta. Tapi dah memang jenis suka pergi bercuti santai-santai kan. Takkan nak minta en.asben memandu sendiri ke sana. Dah tentu-tentu en.asben taknak. Takut sesat pun iya juga. Dapat lepas ke Krabi bawa kereta sendiri pun pada aku dah gempak habis dah ha..ha.. sebab kalau ikutkan en.asben memang taklah dia nak drive jauh-jauh untuk pergi bercuti. Alhamdulillah Allah bukakan hati en.asben untuk ikut serta trip by road yang sangat awesome ni. 

Lepas aje makan en.asben dah setuju nak mencari pakej untuk ke Emerald pool. Budget pun masih ada lagi berbaki so boleh sangatlah untuk kami cari trip ke sana. Lalu kat satu kawasan tu ada iklan untuk ke Emerald pool. Tanya harga RM 200 untuk satu kereta Toyota Fortuner. Rasa macam mahal, so kami jalan lagi untuk cari kat tempat lain. Sekali dapat harga lebih mahal. Nak patah balik ke tempat yang pertama dah malu he..he.. So cubalah buat penawaran. Alhamdulillah.. dapat harga yang sama juga. Sebelum pergi kami minta pemandu untuk singgah ke hotel kami dulu untuk bersolat jamak zuhur dan asar serta menukar pakaian dan mengambil pakaian untuk salin. Sangat selesa perjalanan kami 5 beranak untuk ke Emerald Pool selama sejam menaiki Toyota Fortuner tu. Drivernya pula ramah. Total harga untuk ke Emeral pool ialah RM 280. Kenderaan dan pemandu RM 200. Kami tambah lagi RM 20 sebagai tips untuk pemandu sebab sebelum menghantar kami pulang, pemandu dengan baik hatinya membawa kami singgah di pasar malam kat kawasan kampung-kampung. Bestlah juga pasar malamnya. Orang dah berbudi kita berbahasalah kan.  RM 60 lagi ialah bayaran masuk ke Emerald Pool untuk kami berlima. Dewasa RM 15. Kanak-kanak RM 10.

Alhamdulillah.. kami dah sampai.. Masa ni dah pukul 3 petang kut. Sebab nak sangat pergi tak kisahlah walaupun kami dapat sekejap saja berada di sini.

Masuk-masuk aje dah nampak air sungai yang sejernih ni. SUBHANALLAH.. terus rasa berbaloi-baloi dapat sampai ke sini.

Tempat wajib bergambar sebagai bahan bukti he..he.. Kat belakang kita orang tu semuanya orang Malaysia. Tapi dia orang dah nak balik dah. Kami baru aje sampai.
Aku dan en.asben memang suka kawasan-kawasan semula jadi macam ni. Jadinya bila dapat sampai ke sini memang kami seronok sangat. Anak-anak pun syok juga. Apa-apa yang melibatkan air, memang boleh buat anak-anak teruja.  

Hijau di sini sana. Aku suka... SUBHANALLAH.. ALHAMDULILLAH..

Korang tengok siapa yang paling excited di depan tu he..he.. Nak masuk ke Emerald Pool tu memang kena berjalan sikit. Ada dua trail untuk ke sana. Satu 800 meter. Satu lagi 1200 meter. Sebab excited aku tak perasan ada dua jalan masuknya. Yang ni kami lalu jalan yang jauh 1200 meter ha..ha.. Dah suku perjalanan anak-anak dan en.asben tanya kenapa aku nak pilih jalan yang jauh ni? Masa tu baru aku tahu ada jalan lain yang lebih pendek.

Ha..ha.. sudahnya aku yang pancit. Tertinggallah pulak aku di belakang. 


Tapi best juga ikut laluan tu.  Pemandangannya sangat indah bagi aku. Biarlah berlumut-lumut pun. Tapi pada aku ianya sangat menyegarkan.  

Jernih..

Segar..

Tenang..






Hijau dan lumut saling bersatu. Pada orang lain mungkin ianya Mual. Pada aku ianya Indah. 

Alhamdulillah.. kami dah tiba di Emerald Pool. SUBHANALLAH. Memang hijau kolamnya. Aku teruja.

Nak masuk ke dalam kolam tu memang licin sikit. Is belum apa-apa dah jatuh tergolek he..he.. So kena berhati-hati.

Masa ni kami tak sure kedalamannya. Jadi takut-takut nak turun. Tapi ada family dari Shah Alam tu  kata tak perlu takut sebab airnya cuma separas dada. Memang lepaslah untuk kami kecuali Az. Tapi masih tak berani juga nak masuk dalam air tu. Nak-nak lagi sebab kat-tepi-tepi tu licin. Bila en.asben dah masuk barulah kami semua ikut masuk dalam air yang hijau tu.  

Dah masuk dalam air terus rasa BEST sangat. Dahlah kolam tu warna hijau. Airnya pulak jernih. Pasirnya putih. Bila berdiri dalam air, boleh nampak terus sampai jari-jari kaki. Punyalah jernih airnya. Dari takut-takut semuanya jadi seronok kat situ.

 Riang..

Suka..

Ceria..

Seronok..

Pemandangan yang indah buatku..

Bila anak-anak seronok, mama dah ayah rasa sangat puas hati. ALHAMDULILLAH.

Wajah puas hati mama & ayah.. ALHAMDULILLAH..

Emerald pool yang cantik.

Happy faces. Ada rezeki kita pergi bercuti lagi.

Hijau kan. Ada orang kata kat bawah tu terpijak-pijak lumut yang mengelikan. Tapi aku dan keluarga takde pulak terpijak lumut yang sebegitu. Yang dapat kami pijak ialah pasir putih. Rasanya sekelling kolam juga kami pergi. Lain orang lain pengalamannya kan. Atau mungkin sebab excited kami tidak terperasankannya. Nampak hijau begini tapi bila masuk dalam air, jernih sangat airnya. SUBHANALLAH.

Jalan-jalan kat sekitar atas tu, laluan airnya hanya mendatar menuruni bukit seperti ini. 



Memang puas aku mandi di sini. Sekeliling kolam aku dan anak-anak terokai.. 


Best.. ALHAMDULILLAH.

Taknak balik..

Sedih nak tinggalkan kolam hijau ni. 

Laluan ke Blue Pool pula. Kami tak pergi pun. Ada yang kata kat Blue Pool tu tak boleh mandi. Tapi kolamnya memang berwarna biru.


Sebelum balik posing-posing dulu. 

Laluan yang lebih pendek. 800 meter untuk keluar.


ALHAMDULILLAH.. Kami seronok dapat ke Emerald Pool Krabi. Syukur!

Matahari mula tengelam saat kami mahu meninggalkan Emerald Pool.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!