Tuesday, September 30, 2014

Novel yang boleh buat mood membaca kembali..

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak bercerita mengenai novel. Alhamdulillah.. perjalanan manuskrip ketiga nampaknya mula bertambah baik. Semalam, berjaya juga manuskrip ketigaku memasuki 302 muka surat. Seronoknya aku rasa. Walaupun merangkak-rangkak namun ada juga peningkatan. Pertambahan seperti inilah yang selalunya  akan lebih menaikkan semangat. Mood menulis juga semakin baik sekarang ini. Bila mood baik, mudah benar idea yang terilham di fikiran dapat aku susun menjadi ayat seperti mana yang aku mahukan. Jalan cerita juga terasa lebih mudah  untuk digarap mengikut jalan cerita yang sudah diatur. Rasa teruja untuk menyiapkan manuskrip ketiga. Ini kerana idea untuk manuskrip keempat sudah mula menjelma. ALHAMDULILLAH.. terima kasih ALLAH. Semoga aku ada lebih kesungguhan untuk meneruskan dan menjayakan minatku dalam bidang penulisan. Semoga aku akan dapat menyiapkan manuskrip ketigaku dengan sebaik mungkin insyaALLAH. Tolong doa-doakan sama ya kawan-kawan. Terima kasih.

Bercerita mengenai mood, aku teringatkan komen dari pembaca novelku, Imaniah Fajaya di Facebook. Terima kasih ya Iman. Katanya, mood membacanya kembali kerana novel keduaku Dia Sayang Aku. Tersenyum panjang aku dibuatnya. Aku juga pembaca novel. Adakalanya memang mood membaca menurun. Nak membaca pun jadi hilang minat. Tumpuan jadi lari. Tapi bila jumpa novel yang kena dengan jiwa, mood membaca memang akan kembali. Jadi kepada sesiapa yang sedang hilang mood membaca novel, bolehlah cuba dapatkan dan membaca novel keduaku Dia Sayang Aku terbitan Buku Prima, Karangkraf (Iklan dan promosi ni he..he..). Harap-harap kalian yang membaca akan berpuas hati. Alhamdulillah.. Setakat ni banyak komen-komen yang positif aku terima untuk novel keduaku seperti mana novel pertamaku Takdir Fitrah Terindah juga. Rasa cukup berbesar hati dengan komen-komen baik yang aku terima. Terima kasih banyak aku ucapkan kepada pembaca atas sokongan. Jazakallahukhoiran..

Thumb drive dan isi perutnya.. 
Hari tu aku ada bercerita yang thumb drive aku yang isinya latest edited manuskripku dah berkecai kan. Waktu tu memang hilang sekejap semangat aku. Waktu tu aku berdoa sangat agar ianya dapat diselamatkan. Alhamdulillah.. dengan izin ALLAH juga berkat kesungguhan aku meminta tolong dari teman-teman dari bahagian IT, akhirnya dapat juga ianya diperbaiki. Terima kasih banyak geng IT! Tapi thumb drive dah tak rupa thumb drive dah. Togel tinggal PCB aje he..he.. Tapi takpelah. Yang penting bukan rupa. Isinya lebih bermakna. Yang penting manuskrip ketiga dengan kisah yang insyaALLAH terbaik dan menarik akan dapat diteruskan sebaiknya. 

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

6 comments:

Izwa Kamaruddin said...

hehehe..teringat kes baca Takdir Fitrah Terindah tu..asal baca nangis..asal baca nangis lagi..hahaa..dah kenapa teruk sgt penghayatan ku ini..hehee..

Unknown said...

kak fea kena ada solder la kat rumah..senang nak baiki apa2 barang yang kecik2 gini..

JunAina said...

Alhamdulillah...bila kita redha tidak berkeluh kesah atas malang yg menimpa ada kemanisan di penghujungnya. Lega ye Fea bila mnuskrip tu selamat dan terasa bahagia ada kawan2 yang boleh membantu.

Lydia Miza said...

Kak fea.. Merangkak2 pun xpe janji hasilnya umphh. Saya tunggu novel ketiga akak

munna said...

Mood membaca munna mmg hilang tah kemana Kak.... Membeli rajin Sgt..... Bacanya malas

Anonymous said...

Kedua-dua novel pun best... boleh buat mood membaca meningkat...
boleh buat sesi ulangan lagi ...
Tapi kalau di buat drama macam tak best la...

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...