Friday, December 19, 2014

Hari Keluarga Kali ke-5 di Umang-Umang Chalet, Kuala Linggi..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pada hari Jumaat hingga Ahad minggu lepas, perancangan seluruh ahli keluarga emak mertuaku selama setahun untuk mengadakan Hari Keluarga telah terlaksana dengan jaya dan baiknya. Alhamdulillah.. rasa cukup bersyukur dan seronok sekali bila dapat sama-sama menyertainya. Hubungan kekeluargaan yang sememangnya erat terasa lebih erat lagi bila sesekali dapat berkumpul kesemuanya beramai-ramai. Bila dah ramai, banyak aktiviti yang dapat dijalankan. Paling best, bila  dapat bersama-sama bersolat jemaah pada waktu maghrib, isyak dan subuh. Diadakan juga bacaan yaasin dan doa selamat juga tazkirah ringkas. Semoga perhimpunan kami sekeluarga mendapat keberkatan ALLAH hendaknya. Seperti tahun lepas, Umang-umang Chalet, Kuala Linggi menjadi pilihan kami lagi sebagai lokasi. Kedudukannya ke atas sedikit dari pantai Port Dickson. Jumlah bilik yang banyak disamping kemudahan-kemudahan yang disediakan membuatkan kami sekeluarga yang besar jumlah ahlinya dapat berkumpul beramai-ramai dalam suasana yang cukup selesa dan meriah. Namun dalam kemeriahan, seluruh ahli keluarga terasa sebak juga bila mengenangkan arwah mbah yang telah pergi meninggalkan kami semua. Al-fatihah buat arwah.

Alhamdulillah.. tahun ini, penginapan untuk semua ahli keluarga sebanyak lebih kurang 22 bilik untuk 3 hari 2 malam telah ditaja sepenuhnya oleh mertuaku.  Semoga emak dan ayah terus diberikan kemurahan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan diberikan kebahagiaan dan kesejahteraan yang melimpah ruah di dunia dan di akhirat hendaknya, insyaALLAH. Ianya bersempena dengan hari ulangtahun perkahwinan emak dan ayah yang ke 50 tahun pada 31 Disember ini. Mudah-mudahan emak dan ayah akan dapat terus berkasih sayang hingga ke syurga. Doaku, semoga aku dan en.asben juga direzekikan dengan jodoh yang berpanjangan juga direzekikan untuk dapat membuat tajaan buat keluarga seperti itu. Dapat berbudi buat seluruh ahli keluarga pastinya membuatkan hati berasa cukup bahagia. Serius, aku rasa cukup teringin sekali. Semoga ALLAH memurahkan rezeki kami sekeluarga untuk dapat memenuhi hajat itu, insyaALLAH. Bercerita dan melalui sendiri pengalamannya pastilah tidak sama. Tapi aku mahu juga abadikan kisah itu di sini untuk bacaan aku sendiri nanti-nanti.

 Acara loading barang bawak masuk bilik. Best menginap di sini. Aku suka. Kawasannya lapang. Biliknya selesa untuk satu keluarga. Buka pintu dah nampak laut nun tak berapa jauh di sana. Tapi bab penyelenggaraan bilik nampaknya perlu dipertingkatkan lagi. Diharapkan pihak Umang-umang chalet dapat meningkatkan lagi tahap kebersihan bilik dan tandas. Tahun lepas ianya masih tip top. Tahun ini ada kurang sikit. Terasa  sayang kalau tempat sebaik ini tidak diuruskan dengan sebaiknya oleh pihak pengurusan chalet.

 Tahun ini, anak-anak buah aku pun dapat ikut sekali. Seronok dia orang bila dapat terlibat sama dalam setiap aktiviti keluarga sebab ianya yang pertama buat mereka. Sampai-sampai aje dia orang dulu yang landing atas katil. Macamkan dia orang berdua pulak yang penat sangat bawak kereta he..he..

Emak dan ayah mertua kesayangan..

Pada malam pertama, selepas solat isyak berjemaah dan makan malam, diadakan acara menyambut hari ulang tahun perkahwinan ke 50 emak dan ayah. Sweet sangat emak dan ayah mertuaku malam itu. Keduanya memakai pakaian sedondon. Paling manis bila keduanya saling menghargai pengorbanan antara satu sama lain melalui ucapan masing-masing. Tahniah buat anak-anak buahku yang sangat berbakat dalam menyediakan video khas yang cukup menarik pada malam itu.  Video tentang sejarah perkenalan, zaman percintaan hinggalah zaman perkahwinan dan kehidupan emak dan ayah yang seterusnya. Gambar-gambar yang dikongsi mengundang nostalgia lama. Tersenyum-senyum anak-anakku bila mengetahui kisah lama atuk dan nenek mereka. Liku-liku kehidupan mereka turut dikongsikan. Kepayahan hidup mereka sehingga dapat berada di kedudukan sekarang membuatkan kami semua jadi sebak. Kesungguhan ayah untuk meneruskan pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi (PhD) dalam kemiskinan dan kehidupan yang serba kekurangan menjadi satu kisah yang boleh dijadikan semangat buat anak cucu dan seluruh ahli keluarga. Ianya menjadi motivasi yang cukup bernilai buat kami semua. Mungkin Is dan Az sendiri baru malam itu tahu yang atuk mereka mampu belajar sehingga mendapat gelaran Prof. Madya Dr. Semoga ianya menjadi pemangkin untuk anak-anak lebih tekun belajar.

D.O.B on December..
Acara potong kek beramai-ramai untuk semua ahli keluarga yang lahir pada bulan disember. Kek dan pulut kuning tu emak mertuaku yang buat sendiri. Cantik kan. Malam tu tidur dengan perut kenyang lepas makan kek coklat yang sedap dan pulut kuning dan rendang daging yang sangat mengancam.
Telan liur bila teringat balik ni hu..hu.. ;)

 Family Photo.. 
Inilah kesemua ahli keluarga 9 orang adik beradik emak mertuaku. Hanya 2,3 keluarga sepupu en.asben saja yang tak dapat nak turut serta. Yang lainnya semua ada. Tahun ini kami sepakat untuk memilih warna hijau sebagai warna tema baju. Last year kuning. Tengok gambar ni terus teringat kemeriahan pada hari tersebut. Tak sabar nak tunggu hari keluarga yang seterusnya pada tahun depan. Semoga segala perancangan untuk tahun depan dan tahun-tahun berikutnya akan berjalan dengan lancar hendaknya, insyaALLAH. Semoga hubungan kekeluargaan yang sangat rapat ini akan berterusan hendaknya.

Free style pulak he.he.. 
Eh.. lepas tengok gambar ni betul-betul baru aku perasaan yang mertuaku pun sporting nak buat peace jugak he..he.. nampak cute aje.

Sebelum mulakan aktiviti, kita makan dulu..  
 
Selama 3 hari tu, dewan inilah tempat berkumpul semua orang. Selain tempat makan, solat jemaah pun kami dirikan di sini.  Aktiviti lain juga banyak yang kami buat di sini termasuk karaoke. Nampak tak bilik-bilik kami kat belakang tu aje. Sepuluh kali ulang alik pun takde hal sebab dekat sangat. Lepas tu kat kawasan tu cuma kami sekeluarga aje yang duduk. Chalet kat belakang-belakang tu baru ada orang lain. Berdepan dengan dewan makan ni adalah kawasan pantai dan laut. So, dari sini pun kami boleh memantau anak-anak yang nak bermain dengan pasir dan mandi laut.

Yang ni tempat hidangan buffet.
Makanan semua memang ditempah sekali dengan penginapan selama 3 hari 2 malam tu. Pada malam kedua ada BBQ juga. Makanannya boleh tahanlah juga. Yang tak boleh tahan kebersihan pinggan dan gelasnya. Tak tahu macam mana dia orang basuh. Ada yang tak bersih dengan kesan minyak lagi. Adooi.. rasa tak best sangat. Sudahnya tisu untuk lap tangan asyik habis aje sebab kami buat lap pinggan. Umang-umang chalet, sila ambil perhatian ya untuk penambahbaikan. Teguran ini bukan niatnya untuk menjatuhkan. Tapi kami mahu tempat sebaik ini dapat diuruskan dengan lebih baik lagi. Ini kerana kami sendiri masih berminat untuk menginap lagi di sini di lain kali kalau ada rezeki dan kesempatan. Pastinya dengan penambahbaikan.

Acara menghias cupcakes.
Lepas dah kenyang makan, dah settle family photo kami mulakan pula aktiviti keluarga. Tahun ini semua keluarga diminta untuk menganjurkan games sendiri juga hadiah sendiri untuk setiap acara. Disebabkan itu, aktiviti tahun ini jadi lebih banyak lagi. Ianya juga jadi lebih menarik dan lebih havoc. Macam acara cupcakes ni, dianjurkan oleh emak mertuaku. Acara ini sebenarnya untuk wanita saja. Tapi....

Yang lelaki pun ramai yang teringin nak join juga ha..ha.. sebab nampak macam best acara ni. Sudahnya acara ini menjadi acara campuran yang cukup meriah dan juga cukup bersepah sebab nak menghias sambil kejar masa hihi..

Suasana jadi havoc bila orang lelaki tak nak kalah dengan orang perempuan. Dia orang putar krim sampai ada yang tinggi macam aiskrim kon he..he.. Punyalah nak menghias kek kan. Sangat fun sampai sakit perut gelak.

Nampak tak yang dalam kotak kat tengah tu. Itu yang dah siap dihias oleh kami-kami semua yang excited. Macam-macam rupa dan gaya hiasan oleh para amatur yang baru pertama kali nak cuba menghias cupcakes.

Bukan main kusyuk lagi semua orang. Dengan tangan mengeletar lagi sebab tak biasa pegang paip ising tu he..he.. Tapi boleh dikatakan ramai juga yang berbakat. Hmmm.. Tahniah!!!!

 Ini pulak games yang dianjurkan oleh keluarga aku. Kita main susun-susun kayu siapa paling tinggi dalam masa 2 minit. Siapa yang susunannya terjatuh terkeluar dari permainan. Yang ni game untuk keluarga. Kan setiap keluarga kena anjurkan satu game, maka peninglah aku memikirkan game apa yang boleh kami anjurkan. Hadiah untuk game pun aku dah beli siap-siap tapi nak buat game apa kami tak decide lagi. Kebetulan masa kursus sebelum tu, ada diadakan aktiviti macam ni. So aku pun terilham untuk buat aktiviti ni untuk keluarga kami.

Nak buat game ni punya pasal, gigihlah aku pergi beli permainan Jenga ni sampai 3 kotak he..he.. Lepas ni anak-anak boleh main jenga kat rumah sampai lebam ha..ha.. Time ni en.asben tengah buat demo macam mana nak main. Kita tak ikut syle permainan jenga yang sebenar. Kita main susun kayu untuk tentukan siapa tinggi aje.
 
Susun jangan tak susun. Jangan bagi jatuh juga.

Acara gusti lengan antara yang paling riuh he..he.. Meriah sangat keadaan dibuatnya. Sampai sakit-sakit perut juga dok gelak. 

Pakcik-pakcik en. asben ni ialah juara dan naib juara untuk permainan ni.
Acara  gusti lengan ni ada kategori untuk lelaki dan perempuan. Siapa lawannya mengikut cabutan undi. Bak kata pakcik en.asben yang jadi emcee, ikut takdir. Nasiblah siapa lawannya. Mana yang lawannya kecik tu okeylah. Kalau yang sama besar tu usaha kena lebihlah kalau nak memang he..he..
 
Kebanyakan takdir untuk hari itu ialah abang lawan adik. Macam ni anak-anak buah aku yang ditakdirkan untuk bertanding berdua. He..he.. dua-dua sama kuat ni sebab dua-duanya jenis jaga badan. Jaga badan and siap pergi gym lagi. So tangan masing-masing memang kuatlah.

Acara kan banyak. Sampai dah masuk waktu makan tengah hari pun tak habis lagi. Jadi lepas makan kita orang stop kejap untuk solat zohor. Kemudian bagi semua orang rehat dulu. Sempatlah aku dengan en.asben tidur kejap he..he.. Panas-panas, masuk bilik aircond memang tidur pun lenalah he..he.. Pukul 3 bangun balik dan kami sambung game. Ada macam-macam game lagi yang disambung. Game kanak-kanak pun banyak. Siap ada game ala-ala running man lagi. Sangat happening. Tapi tak banyak gambar yang boleh dikongsi sebab phone aku problem waktu tu. Sekejap aje guna, bateri dah kong. Waktu tu pulak Tok aku masuk hospital di Taiping. Jadi banyak guna phone untuk whatsapp perkembangan tok. Sudahnya tak ada gambar pun yang aku ambil sendiri. Gambar-gambar yang aku upload kat sini semuanya aku ambil dari gambar yang dikongsi oleh ahli keluarga kat whatsapp. TQ semua.

   Acara boling guna buah kelapa. 
Susah sangat nak kena. Yang ni game untuk keluarga. Macam keluarga aku, dalam banyak kali baling, hanya seorang dan sekali aje yang mengena. Yang lain semua kantoi ha..ha.. Punyalah tak teror. Family lain adalah jugak yang teror ish.. jeles-jeles. Tapi sebab main pun for fun kan jadi yang kalah pun kena sorak yang menang pun lagi kena sorak ha..ha.. So takde hal. Siapa kalah siapa menang pun kita pulun sokong semua. Kita main untuk gelak-gelak bukan untuk kejarkan hadiah sangat.

Pandangan hadapan chalet. 
Best tau sebab boleh main depan chalet aje. Last year kita main tepi pantai. Tahun ni tukar venue pulak. Keseronokannya masih sama.

Mengutuk ke menyokong ke gaya tetap sama he..he.. So kita orang semua boleh gelak-gelak aje sambil main. Kena tak kena belakang cerita ha..ha.. 
Oh ya, baju hijau kita orang yang plain tu ada tulisan di belakangnya.

Kat tepi laut memang ada pokok-pokon yang merimbun. So, kawasannya jadi sedikit redup. Budak-budak pun boleh melepak atas pangkin yang disediakan. Buaian pun ada juga kat situ. Lautnya pun boleh tahan juga untuk mandi. Sama macam di Port Dickson juga. Aku sempat mandi pada pagi-pagi ahad. Cadangnya nak jalan-jalan tepi laut aje. Sekali tengok makcik-makcik dan sepupu-sepupu en.asben tengah berendam dalam laut. Aku pun apa lagi, joinlah sekali. Bestnyalah sebab dah lama tak mandi laut.

Han dengan sepupu-sepupunya..

En.asben bersama emak dan ayah juga kakak-kakaknya. 
Yang belah kanan tu kakak ipar aku Kak Li. Untuk 5 tahun  ni memang Kak Li dengan cemerlangnya menjadi setiausaha untuk Hari Keluarga kami. So, memang banyak sangat jasa Kak Li dan keluarganya bagi memastikan program Hari Keluarga kami  mampu berjalan dengan baik dan jayanya pada setiap tahun. Untuk tahun depan Kak Li bagi laluan kepada ahli keluarga yang lain pula untuk menguruskannya. Atas menghargai jasa Kak Li yang terbaik tu, seluruh keluarga siap bagi standing ovation lagi untuknya.
For me she deserved it. TQ so much Kak Li!

Pagi ahad, ada satu lagi acara iaitu bola tampar. Selepas sarapan semuanya bersiap mengemas barang untuk check out. Sebelum tu ada acara penyampaian hadiah. Juga acara memilih setiausaha yang baru juga perbincangan untuk perancangan next family day di tahun depan. Acara pagi itu diakhiri dengan doa selamat, selawat nabi dan salam peluk cium sebelum pulang. Alhamdulillah.. apa yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Semuanya selamat sampai ke rumah dengan selamat. Syukur. Terima kasih ALLAH untuk segala kesempatan, kebahagiaan, keselamatan, kesejahteraan dan setiap perkara terbaik dariMU yang dapat kami sekeluarga nikmati.

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH, semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

8 comments:

Acik Erna said...

seronok acik baca dan tengok gambar ni hanis..acik nanti tak tau la panjang umur ke tidak untuk sampai ke sambutan ulangtahun yang ke 50..sekarang ni baru yang ke 32 tahun hanis

Kakzakie Purvit said...

Syabas keluarga Tn. Hj Miskon! Anak-cucu kena teruskan legasi beliau ini. Meriah betul kakak tengok - suka:)

Unknown said...

meriah nya kak fea..ramai betul ahli keluarga ye..Nak tengok hadiah2 nya kak??yang paling best hadiah apa??

Unknown said...

356256 wahhhh terbaik penulisan blog ni..thniah kak feah!! Sgt bermakna stiap kali pjumpaan spt ini stiap thn.moga akan berterusan komitmen smua ahli kluarga utk thn2 akn dtg.kngn tiap kali fmly day mmg terpahat d ati..lbih2 lg tatkala cik ajak menyanyikan lagu oh ibu..sedihnya teringatkan arwah embah.al fatihah

Anonymous said...

salam..nak tanya boleh ? makanan & minumannye ok ke ? lauk2 apa2 ye ? cukup tk ? kami pun nk buat family day juga ni..kalau dpt share menu..terima kasih...

Hanis Azla said...

As-salam anon..

Makan dan minumnya boleh tahan.. lauk th macam lauk2 biasa,, ada nasi ayam.. nasi putih lauk kari ayam, sayur sambal belacan, sambal ikan etc.. utk breakfast nasi lemak, meehoon dan kuih muih.. makanan dan minuman insyaALLAh memang cukup.. cuma yg tak berapa tu kebersihan pinggan mangkuknya.. yg lain tu masih ditaraf bolehlah.. takdelah teruk sangat.. harap2 perkongsian ini membantu.. :)

Anonymous said...

Kat mne beli jenga tu ?? Mcm seronok je main

Hanis Azla said...

As-salam anon,

Permainan Jenga tu boleh di beli di supermarket kat area permainan.. kat kedai buku pun ada di jual permainan jenga tu.. harap perkongsian ini dapat membantu..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...