Monday, April 27, 2015

Tak mahu.. bukan tak boleh!

Assalamualaikum..

Adakalanya.. keadaan membuatkan kita perlu menjadi seseorang yang bukan diri kita. Dalam erti kata lain, perlu melakukan sesuatu perkara di luar kemahuan kita. Walaupun bukan dipaksa tapi kita 'diperlukan' untuk melakukannya. Aku dah mencuba.  Malah berusaha juga (walaupun tak sepenuh jiwa he..he..). Sejujurnya.. aku ditahap memaksa diri untuk melakukannya. Tapi yang pastinya aku tak boleh. Actually boleh kut.. kalau aku mahu. Errrr..  mungkinlah kut? Hmm..  entah?

Apa yang pasti masalahku ialah aku memang tak mahu. Bukan tak boleh! Jiwaku bukan begitu. Habis tu bagaimana? Perlu berundur? Eh.. Taknaklah. Aku belum mahu mengundur. Ini kerana perkara itu menjadi perkara yang sangat aku senangi. Cuma.. hal sampingannya  yang membuatkan aku jadi lemas. Lemas kerana perlu menjadi seseorang yang bukan diri sendiri. Oh...  kenapalah dua perkara yang aku suka dan tidak suka perlu saling berkait?

p/s : Ianya cuma masalah kecil. Tak langsung berkait dengan hal keluarga atau yang berkaitan periuk nasiku. Tapi ianya sangat menganggu.

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah..

3 comments:

Izwa Kamaruddin said...

semoga dipermudahkan semua urusan akak..

Latifah said...

Salam perkenalan. Jika ianya mendatangkan manfaat & kebaikkan tak salah jika ianya diteruskan walaupun ada segelintir perkara yang menjengkelkan. Semoga dipermudahkan segala urusan.. aminnn..

LatifahFazri

Unknown said...

macam saya la kak..saya nak jadi blogger,tapi tak mau jadi popular..tak mau orang kenal tapi tu la..tak boleh nak elak..orang kenal jugak..naik rimas la pulak..ececeh.bajet popular pulak.hahha,,..ada la 3,4 kali keluar lepas tu orang tegur..hehhe

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...