Friday, October 2, 2015

Biar dia jatuh tergolek tersemban depan mata..

Assalamualaikum..

Salam Jumaat yang mulia untuk semua.. Jom banyakkan menyebut nama ALLAH dan berselawat.

Adakalanya.. bila diri selalu terkena atau dah banyak kali dikenakan, sesekali ada juga rasa nak membalasnya. Mana boleh tahan kalau asyik-asyik kita saja yang jadi mangsa keadaan. Bila rasa tak sabar, hati meronta-ronta mahu membalas balik perbuatan orang lain kepada kita. Nak lupakan saja perbuatannya, sorry! Tapi.. apalah gunanya menurut kata hati bila memaafkan itu lebih mulia. Tapi.. memaafkan bukan perkara yang mudah bila  yang terkena dan dikenakan adalah kita dan lagi-lagi kita. Iya, betul. Tapi.. Memaafkan itu TETAP adalah yang lebih baik!

Aku tersenyum ketika membaca kata-kata seseorang yang aku tak ingat di mana. Katanya, jangan terlalu mengharap orang yang mengenakan kita akan jatuh tergolek tersembam depan kita. Sebab hal itu sangat-sangat jarang boleh berlaku. (Ha..ha.. bila hati sakit hal itulah yang selalu kita doakan untuk terjadi. Betul tak??? he..he..). Yang selalu dapat kita saksikan ialah orang itu akan boleh berjalan catwalk depan kita dengan megahnya hu..hu.. (Lagi rasa sakit hati kut ha..ha..). Semua itu adalah kata kiasan yang membawa maksud, tak perlulah mendoakan hal yang tidak baik berlaku kepada orang lain untuk kepentingan kepuasan hati kita. Ianya takkan berlaku kalau niat kita sendiri nak mengelakkannya kaw-kaw. Jadi jangan terlalu berharap.

Bila orang yang buat kita tu tak jatuh tersungkur tersembam depan kita, kita jadi tak puas hati juga. Rasa 'sakit pulak hati kita' bila kita terus asyik terkena dan dia boleh terus vouge. (Ini adalah kata kiasan juga ya!). Sesekali hati masih ada rasa nak balas balik perbuatannya kalau ada peluang. Biasalah kalau dah namanya manusia. Walaupun sudah memaafkan, tapi kita akan terus ingat hal buruk yang orang buat kat kita. Selalunya bila kita dah boleh memaafkan, pada waktu itulah peluang untuk membalas balik perbuatan orang lain itu terhadap kita terbuka di depan mata. Pada waktu itu adakah kita akan menggunakan peluang yang ada dan mengambil kesempatan yang datang?

Kalau tanya aku? Aku ada 2 jawapan. Kalau tanya aku di waktu peluang itu belum datang, aku akan jawab, mungkin! Tapi kalau tanya aku bila waktu peluang itu terbentang di depan mata, mulut dan hati aku akan sama-sama berkata, tidak! Aku tahu. Aku tak akan tergamak untuk melakukannya terhadap orang lain. Aku tak sampai hati. Walau berapa teruk pun aku dikenakan dan terkena, aku tetap tak sampai hati nak lakukan hal yang sama kepada orang lain. Walaupun aku  pernah mendoakan dia jatuh tergolek di hadapanku, tapi kalau dia betul-betul jatuh pun, rasanya aku juga yang akan membantunya bangun nanti. Tak perlu orang lain tolong.

Baik sangat! Hmmm.. itulah yang aku sendiri selalu rasa. Macam baik sangat! Asyik nak beralah pada orang yang dah selalu memperlakukan kita macam apa. Tapi entahlah?? Bukan nak kata baik sangat. (Mana ada baiknya kalau hati pernah ada rasa nak balas balik perbuatannya. Pernah juga mendoakan agar orang itu mendapat balasan yang setimpal. Kan???). Tapi.. itulah yang aku selalu rasa. Peluang yang terbuka untuk membalas balik perbuatan buruk orang lain tidak akan aku ambil. (At least buat setakat ini, begitulah aku). Yang pastinya, aku yakin  balasan baik yang akan diterima di sana nanti adalah lebih manis dan indah lagi.. In sya ALLAH. Itulah yang selalu menahan hati ini dari membalas perbuatan buruk orang lain walaupun peluang itu ada.

Salam hormat untuk semua. In sya ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Fi amanillah!

4 comments:

Izwa Kamaruddin said...

dulu mungkin saya mcm ni kak..doakan biar la sesuatu terjadi pada dia! tapi sekarang tidak..bila nampk muka saya cepat2 kalih dan doa ya allah jika dia baik utk aku dekatkanlah dia dengan aku tetpia jika dia bukanlah sesuatu yg baik untuk menjadi kawan aku jauhkanlah dia dari aku dari hidupku ini..

Hanis Azla said...

as-salam izwa,

memang itulah yang terbaik, kan. mendoakan yang baik untuk diri sendiri dan bukan mendoakan yang buruk untuk orang lain.. thanks izwa..

Unknown said...

saya kalau orang buat jahat kat saya saya buang je orang tu..nak mendoakan yang tak baik pada dia tu memang tak sebab saya tak de masa nak sebut nama orang yang saya meluat kat dalam doa saya..dah buang,biar hilang sampai bila2..tu je..

I am LZ said...

Assalamualaikum Haniz Azla,
Abaikan saja orang yang buat jahat dgn kita walau sakit hati hanya Allah sahaja yang tahu.. Doa banyak2 supaya diberikan ketenangan hati supaya tidak dihasut syaitan..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...