Nuffnang

Thursday, June 18, 2015

Hadiah hari jadi yang ke 39..

Assalamualaikum..

1 Ramadhan datang lagi. Salam Ramadhan buat semua!! Alhamdulillah.. ALLAH panjangkan lagi umur kita untuk dapat bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Ramadhan Kareem. Terasa sebak dan syahdu ketika nak menunaikan solat tarawikh malam tadi. Terasa sangat bersyukur bila ALLAH masih beri peluang untuk dapat menikmati kemuliaan dan keberkatan Ramadhan.  Semoga puasa dan segala amalan kita diterima oleh ALLAH hendaknya. Semoga iman dan amal kita akan terus mantap dan bertambah.. insyaALLAH.

Hari ni nak cerita pasal hadiah hari jadi. Tahun ni special sikit hadiahnya sebab apa yang aku minta dari en.asben semuanya adalah untuk rumah. Sebenarnya..  kalau bab rumah, aku dengan en.asben selalu tak sependapat. Aku nak macam ni, dia nak macam tu. Aku suka macam ni, dia suka macam tu. Apa yang aku suka mesti dia tak suka. Tapi selalunya kalau bab rumah, aku memang terpaksa  beralah. Sebabnya.. aku kena ikut juga apa yang suami suka pasal rumah sebab nanti kalau dia tak suka lagi parah. Takut  tak nak balik rumah pulak dia nanti he..he.. Tak naklah gitu, kan? Jadi disebabkan itu aku lebih sanggup tunggu en.asben bagi green light aje kalau nak buat apa-apa untuk rumah. Dalam erti kata lain tunggu masa untuk en.asben mengalah pulak.

Macam sebelum ni, setiap tahun aku cakap nak sambung dapur. Tapi en.asben buat tak tahu aje sebab bagi dia macam takde keperluan. Satu hal lagi, en.asben tak suka kalau ampaian baju ada kat depan rumah. Jadi dia sanggup reserve belakang rumah untuk buat tempat sidai kain. Siap buatkan bumbung lagi biar dapat sidai kain bawah bumbung. Tapi akhirnya, en.asben mengalah juga bila aku asyiklah cakap pasal nak sambung dapur. Beberapa tahun lepas dapatlah aku dapur baru. Sekarang ni terpaksalah sidai kain kat depan rumah sebab kat belakang rumah dah takde tempat. Memanglah buruk sikit pandangan bila sidai kain kat depan rumah. Tapi aku redha asalkan dapat sambung dapur he..he..

 Demi dapur, tempat sidai kain aku korbankan..
Adalah lagi projek kat rumah yang en.asben tak setuju dengan proposal aku. Kalau setuju pun ikut cara dia. Maksudnya ikut apa yang dia nak. Hmmm.. okeylah.. okeylah.. ikutlah cara dia dan apa yang dia nak asalkan apa yang aku sendiri nak tu dapat. Bila dah macam tu, sekarang ni kalau nak buat apa-apa untuk rumah aku kena ada strategi kah..kah..kah.. (gelak jahat). Dari hujung tahun lepas aku asyik cakap apa yang aku nak. Tapi en.asben saja aje buat nahiiii. Tapi aku pun asyik cakap juga lagi. (kental tak kental???) Sampailah birthday aku pada 27 Mac lepas, aku minta apa yang aku nak tu sebagai hadiah hari jadi. (Beruntung juga sebenarnya bila jarang meminta-minta hadiah dari suami. Jadi bila sekali-sekala kita minta, tentulah dia susah nak tolak he..he..) Ada dua benda yang aku minta dan ALHAMDULILLAH.. ALLAH bagi rezeki untuk en.asben dapat tunaikan. Syukur.. (Sebenarnya ada 3. Tapi satu lagi en.asben reject.. Hmm.. pasrah ajelah).
 
 Tarrraaaa.. 
ALHAMDULILLAH.. Terima kasih ALLAH.. Terima kasih en.asben.
Hadiah hari jadi aku yang ke 39 ialah wallpaper dan lagi satu sedang dalam proses (projek kecil-kecilan aje pun mengikut kemampuan kami).. Bertahun kut minta nak pasang wallpaper kat rumah. Tahun ni baru dapat. Tahun lepas aku pujuk-pujuk juga. Tapi masih tak jalan. Dia masih tak nak bagi pasang. Sanggup tau dia cat rumah tahun lepas (yang kosnya lebih kurang sama aje dengan harga pasang wall paper) sebab tak nak layan bila aku minta nak pasang wallpaper kat rumah. Tahun ni.. kerana ada strategi.. minta wall paper sebagai hadiah hari jadi, maka.. tertunailah hasrat aku nak pasang wall paper kat ruang tamu (Senyum lebar hingga ke telingalah aku :))

Hadiah harijadi aku katanya, kan? kan?
Tapi.. warna dan pattern masih ikut taste en.asben juga he..he.. Takpelah.. asalkan coraknya masih apa yang aku nak.. Paling penting aku dapat juga nak pasang wallpaper corak batu-bata.. Entah kenapa, aku suka sangat dengan corak ni..   Dalam banyak-banyak corak batu-bata yang aku suka, cuma corak ini yang en.asben suka.. Yang lain, dia pilih mana yang aku tak suka.  Saja tau biar aku ubah fikiran.. Nasib aku cekal ha..ha.. Dalam tercari-cari orang nak pasangkan wallpaper kat rumah, sekali nampak kawan arwah adik aku ada buat bisnes wallpaper ni kat FB. Memang pucuk dicita, ulam mendatanglah nampaknya.  Aku pun apa lagi, terus PM kat dia. ALHAMDULILLAH.. selain dapat apa yang dicita, dapat juga support bisnes kawan-kawan dan menyambung silaturrahim.. Alhamdulillah.. aku puas hati dengan kerjanya. Harganya pun berbaloi-baloi. Kalau ada sesiapa yang berminat nak pasang wall paper bolehlah jenguk-jenguk FB kawan arwah adik aku. Namanya  Alin. FBnya Tulip Putih.

Alhamdulillah.. Aku suka sangat.. Anak-anak suka juga.. Paling penting en.asben pun dah suka (Itu paling win.. Yeaay.. akhirnya).. Hari tu makcik aku datang. Dia kata feeling macam duduk dalam gua sebab nampak macam sejuk aje corak batu bata tu he..he.. Kira okeylah tu kan. Cantik tak cantik di mata orang itu belakang kira. Yang penting apa yang kami sekeluarga rasa. Rumahku, Syurgaku konsepnya.

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH..semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah..

Monday, June 15, 2015

Percutian ke Philea Resort and Spa Ayer Keroh Melaka 2015..

Assalamualaikum..

Penghujung  bulan Mei aku sibuk dengan kerja luar. Sampaikan tak sempat nak plan untuk bawak anak-anak berjalan ke mana untuk cuti sekolah. Terasa kesian juga pada anak-anak yang terpaksa terperuk di rumah sepanjang cuti. Tapi bila dah tak sempat nak plan dan aku sendiri sibuk dengan outstation dan kursus maka terpaksa pasrah ajelah. Alhamdulillah.. ALLAH sentiasa mengaturkan segalanya dengan baik. Pada hari ahad lepas en.asben ada seminar aikido di Melaka. Ada sensei aikido dari Jepun yang datang mengajar di MMU Melaka. Dah terlanjur nak pergi Melaka dan en.asben pun dah siap-siap apply cuti untuk hari isnin maka aku pun mencuba nasib untuk apply cuti juga pada hari isnin tu. Bercuti sehari sebelum tarikh aku perlu  berkursus 3 hari di Pulau Tioman. Alhamdulillah.. cuti aku diluluskan dan ada teman yang dapat ganti tugasanku di pejabat. (Terima kasih banyak bos dan teman-teman sepejabatku yang budiman).

Dah alang-alang dapat cuti dan dah memang  nak ke Melaka, aku pun apa lagi. Teruslah gigih mencari hotel. En.asben pulak demand ajak stay kat Philea. Aku pun okeykan saja walaupun tahu hotel tu hotel mahal dan tahu juga yang sekarang ni kalau nak booking hotel dah tentu-tentu kena booking bilik lebih dari satu sebab kami ramai. Sebelum ni setiap kali  aku survey mesti harga satu bilik di Philea dalam RM 500 ke atas. Memang telan liur jugalah. Itu kalau booking lebih awal. Ini lagi dua, tiga hari nak pergi baru sibuk nak booking, aku agak harganya pastilah lebih tinggi. Dalam waktu cuti sekolah pulak tu. Tapi tak salah nak survey dulu, kan? Lebih-lebih lagi bila en. asben sendiri  macam beria menyebut nak stay di situ. Alhamdulillah.. dah rezeki kami agaknya bila kami dapat harga yang cukup baik di Agoda. Satu bilik untuk semalam harganya RM 320. Campur tax harganya jadi RM380. Jadi kami booking untuk 2 bilik terakhir dari 3 bilik yang tinggal untuk harga promosi tu. Syukur.. Rezeki anak-anak agaknya. 

Hari ahad tu lepas subuh kami dah bertolak ke Melaka sebab seminar Aikido en.asben bermula pada pukul 8 pagi. Pukul 8.30 lepas hantarkan en.asben di MMU, aku, emak dan anak-anak  dah melepak di rumah makcik aku di Ayer Keroh. Makcik aku lagi hebat. Dah tahu kami nak datang, pukul 4 pagi dah bangun masak. Ya ALLAH terharu sangat dengan sambutan dari makcik aku sekeluarga. Semoga ALLAH sentiasa murahkan rezeki mereka sekeluarga. Awal kami makan tengah hari dengan juadah penuh meja. Tengah hari aku pergi ambil en.asben dari seminar. Lepas tu keluar dengan makcik aku beli barang sikit. Jalan di Melaka biasalah. Jem teruk! Mengada sangat nak keluar sudahnya trap dalam jem huhu.. Dah siap beli barang nak  ke simpang Philea dari Ayer Keroh pun punyalah panjang queuenya. Alhamdulillah.. dalam pukul 4.30 petang kami selamat check-in di Philea. Sangat mesra dan ceria layanan di kaunter. Welcome drinknya sangatlah sedap. Air asam boi dengan mint ke apa entah. Tapi bila minum tengah panas dan airnya sangat sejuk pulak tu, memang jadi sedap tak ingatlah air tu he..he..

Nak ke bilik ada buggy yang disediakan. Tapi aku jalan kaki aje sebab bilik pun tak jauh sangat. Yang lain tetap nak naik buggy he..he.. Dalam booking memang aku dah request siap-siap yang aku nak bilik yang bersebelahan sebab aku bawa anak kecil dan orang tua. Alhamdulillah.. bilik yang disediakan untuk kami adalah bersebelahan. Buka aje pintu bilik memang hati rasa sangat seronok. Wahhhhh... Rasa macam duduk kat dalam kabin macam cerita koboi aje. Cantik! Bilik air pun cantik. Paling besttttttttt bila bilik kami betul-betul depan pool. Ya ALLAH.. rasa bersyukur sangat-sangat. Seronok sangatlah anak-anak aku nak main air. Dah kebetulan rumah makcik pun kat situ, jadi ajaklah sekali sepupu-sepupu aku bawak anak-anak dia orang join mandi sama. The more the merrier kata orang. Malam tu, sepupu aku keluar beli makanan untuk kami semua. Nasi goreng ayam Singapore. Sedap!! Maka berkendurilah kami beramai-ramai. Malam tidur kami cukup lena sebab suasana kat situ sangat tenang dan damai. Tilam dan bantalnya pun sangatlah empuk. 

 Katil yang sangat empuk..  ini aje gambar dalam bilik yang aku sempat ambil selain.. 

Gambar lampu bilik ni.. Cantik kan.. Malap aje suasananya.. memang sesuai untuk berehat..

2 bilik yang kami sewa di tingkat bawah. Sebelum ni bila booking bilik di agoda aku tak pernah isi apa-apa di column special request. Tapi untuk kali ni aku memang request nak bilik yang bersebelahan sebab aku ada anak-anak kecil dan bawa orang tua. Alhamdulillah.. permintaan aku dapat dipenuhi dengan baik. 2 bilik di tingkat atas disewa oleh keluarga cina. Alhamdulillah.. baik-baik  orangnya. Peramah juga nak bertegur sapa dan berbalas senyuman.

Apa-apa hal pool kena terjah dulu.. he..he.. Sekarang kalau nak bercuti ke mana-mana memang yang pertama aku tengok ialah ada pool ke tidak. Sebab anak-anak aku suka sangat main air. Jadi kalau bercuti dan tempat tu takde pool memang macam tak pergi bercuti aje bagi dia orang ni.

Petang mandi kolam sampai puas..  Bangun pagi-pagi pun pergi mandi lagi..

Air terjun di sekeliling kolam menimbulkan suasana yang sangat nyaman.. Rasa macam mandi sungai aje..

Menarik kan kolamnya..

Sakan anak-anak sepupu aku mandi.. Lain kali kita pergi bercuti lagi.. 
Pool kat sini kena pakai swimming wear.. Kalau pakai t-shirt pekerja dia minta keluar dari kolam.. Tapi kat kolam budak-budak boleh aje kalau tak pakai baju mandi pun.. Untuk orang dewasa ada baju mandi disediakan kalau kita nak guna@pinjam. Siap ada baju mandi muslimah lagi. 


Keluarga besar kami.. ALHAMDULILLAH..

Kalau dapat jalan aje suka.. Lebih-lebih lagi mama dia he..he..

Family makcik aku pun join sekali.. Lagilah best bila ramai-ramai.. Meriah sangat..

Happy us.. ALHAMDULILLAH..

Seronok budak-budak ni dapat naik buggy..

Dah nak balik dah.. InsyaALLAH ada rezeki nanti kita datang lagi..

My kesayangan, bantal peluk, best friend dannnn kawan gaduh.. Much love..


Dah tengah hari pun berada di kawasan ini sentiasa berasa redup.. ALLAH.. best sangat..

Cool kan kawasan ni.. Nampak hijau aje.. Aku suka sangat.. 
Waktu ni dah pukul 1.. Check-out pukul 12. Tapi masa check-in petugas kaunter dah beritahu kata kalau nak keluar pukul 1 pun tak apa.. He..he.. memang pukul 1 lah kami keluar.. Bilik lain cleaner dah kemas dah. Tu nampak tak troley cleaner kat depan bilik sebelah.. dah siap-siap kemas dah.. kami rileks aje dok posing-posing lagi..

Okeylah.. baliklah.. boleh aje jalan kaki.. tapi nak jugak naik buggy he..he..

Posing kat lobi pulak.. Lobinya open air dengan bumbung kayu yang sangat tinggi.. Jadi ruangnya rasa luas dan lapang..


Aku dengan sepupu-sepupu aku memang cukup rapat.. Alhamdulillah.. anak-anak aku pun rapat juga dengan sepupu-sepupunya.. Alhamdulillah.. Semoga kami semua sentiasa dapat menjaga silaturahim dengan sesama keluarga sebaiknya.. InsyaALLAH..

Emak dan makcik aku.. Hazarul dan Fazarul..

Emak dan anak-anak arwah mummy..

Suasana pagi.. tenang aje.. Aku suka dengan gazebo-gazebo tu.. Nampak cantik sangat.. Teman anak-anak mandi boleh lepak kat gazebo tu.. 
Sangat selesa.. 
 Bangun pagi-pagi, lepas subuh aku dengan en.asben keluar berjalan-jalan keliling resort.. SUBHANALLAH.. sangat tenang, damai, segar dan nyaman suasananya.. Serius.. aku dengan en.asben benar-benar jatuh cinta dengan Philea Resort and Spa ni.. 
 
Yang ni bilik type villa. Untuk honeymoon lebih sesuai menginap di villa ni rasanya..

 Sepanjang aku berada di situ walaupun macam berada dalam hutan tapi takde pun nyamuk.. Waktu aku jalan-jalan pagi tu nampak dia orang tengah fogging.. Patut pun takde nyamuk.. 


 Inilah pandangan dari bilik kami.. Buka aje pintu bilik memang kami terus nampak pool.. ALHAMDULILLAH.. rezeki  kami dapat bilik depan pool..
suka.. suka.. suka..
 
 Hutan, hijau, kayu kayan.. Oh.. gabungan yang sangat alami.. SUBHANALLAH.. indah..

 Lanskap kolamnya juga sangat menarik..

 Leka melayani pemandangan kolam ini pagi-pagi itu..

 Aku suka sangat dengan suasana di sini..


Indah kan!



 Cantik.. 
Belakang  gazebo tulah bilik kami..
Nora bagi 5 bintang untuk Philea Resort and Spa, Ayer Keroh, Melaka..
;)
InsyaALLAH.. ada rezeki kami nak datang lagi!

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah..