Nuffnang

Wednesday, August 10, 2016

Susun Atur Ruang Tamu Raya 2016

Assalamualaikum..

Lama tak bersiaran walaupun setiap hari ada banyak cerita yang nak dikongsikan di sini. Takpelah.. lupakan dulu tentang hal itu he..he..
Hari ni nak kongsi susun atur ruang tamuku untuk raya 2016. Bukan apa, aku jenis yang cepat jemu. Selalu asyik ada rasa nak tukar susunan susun atur setiap bahagian dalam rumah. Bila rumah tak besar mana,  kalau tukar susun atur pun masih gitu jugalah gayanya he..he.. Walaubagaimanapun, aku tetap sangat-sangat bersyurga. Rumah kecil itulah syurga buat aku dan keluarga.  Alhamdulillah.. sedikit perubahan dalam susun atur masih memberi kepuasan buatku. Rumah kita, kan. Ikutlah susunan gaya yang kita suka. Yang paling penting rumah bersih dan teratur. Sajalah nak simpan susun atur kali ini di dalam blog. Nanti-nanti kalau nak tukar susun atur lagi boleh bezakan susunan mana yang lebih kena dengan mata.


Tema coklat yang menjadi pilihan.. 
Untuk beberapa tahun ni tema coklat terpaksa menjadi pilihan sebab karpet coklat tu masih lagi elok untuk ditukar dengan yang baru. Alhamdulillah.. buat setakat ini, warna coklat masih serasi dengan mata.  

 Nak naikkan sikit warna coklat, aku tambahkan dengan kerusi maroon tu. Cadang nak beli sepasang. Tapi waktu nak beli kerusi tu hanya tinggal satu saja. Kalau nak beli dua, kena tunggu order baru masuk. Sebab dah berkenan kami beli satu dulu. Balik rumah bila letak di tepi meja tu nampak sesuai pulak dengan mata. Terus tak jadi nak beli pasangannya he..he..

Alhamdulillah.. buat masa ni berpuas hati dengan susun atur begini. 

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.