Tuesday, November 26, 2013

Percutian ke Hatyai dan Krabi Part 6.. Elephant Trekking!

Assalamualaikum..

Hari ni nak bercerita mengenai Elephant Trekking pula. Mengikut perancanganku, kami mahu ambil pakej Elephant Trekking dan Emerald pool pada hari ketiga kami di Krabi. Sepatutnya, kami booking trip ni  seawal kami sampai ketika booking trip untuk island hopping. Tapi kami terlepas untuk booking dengan lebih awal. Sudahnya ketika kami cuba booking selepas pulang dari island hopping, tiada trip yang masih kosong untuk kumpulan kami. Hu..hu.. sedih. Orang lain nampak tidak kisah. Tapi aku memang frust sebab aku berhajat sangat nak bagi anak-anak merasa pengalaman menaiki gajah. Jadinya gigih juga aku bertanyakan single pakej untuk Elephant Trekking saja. Alhamdulillah ada juga trip yang masih kosong untuk Elephant Trekking dan Elephant show di sebelah pagi berserta dengan pengangkutan. Bertanyakan kepada yang lain, hanya 1 keluarga lagi yang turut berminat. Harga trip tu RM 410  setelah ditawar. Jadinya harga untuk kami sekeluarga ialah RM205 setelah dibahagi dua dengan keluarga kawanku. Pada aku harga tu sudah berpatutan juga. Alhamdulillah.

Pagi-pagi selepas sarapan, sebuah Toyota Komuter sudah menunggu kami di hadapan hotel. Alhamdulillah, kenderaan yang besar ini cukup selesa untuk kami 2 keluarga yang seramai 12 orang. 

Jauh juga perjalanannya. Dalam 40 minit rasanya. Sepanjang perjalanan memang banyak melalui ladang-ladang getah dan kawasan-kawasan hutan. 

Sampai aje kat kawasan tu semua orang dah excited. Tapi keluar aje dari van semua dok komplen bau yang tak best. Al-maklumlah, dah tempat kawasan gajah, tentulah tempat tu berbau gajah dan najis-najisnya he..he..

Banyak betul gajah di situ. Leka juga kami menengok gajah yang lalu lalang di hadapan kami. 

Seronok tengok telatah anak gajah yang comel ni. Anak-anak memang suka. Alhamdulillah.. 

Ini pelantar untuk menaiki gajah. Kalau nak panjat gajah tu memang tidaklah aku he..he.. takut. Gajah-gajah dah mula queue untuk mengambil penumpang.. (penumpang ke bahasa yang betulnya? he..he..)

Tempat duduk tu boleh memuatkan seramai 3 orang. 4 gajah untuk kami yang seramai 12 orang. Setiap gajah memang ada seorang penjaganya yang akan menemani kami sepanjang lebih kurang 1 jam perjalanan.


Aku, Is dan Luqman (anak kawanku) menaiki gajah yang pertama. Tinggi worrrrr.. mula-mula memang rasa gayat juga he..he.. Dah lama sikit baru cool.

Splash.. splash.. bila gajah melalui kawasan tanah yang berlumpur. Memang tengelam kaki gajah tu dalam lumpur. Kami yang duduk di atasnya mulalah rasa tak stabil..

Tapak kaki gajah. Terus becak kawasan tu dibuatnya. Aku ingatkan naik gajah tu cuma melalui jalan biasa. Tapi rupanya masuk hutan, naik bukit, turun bukit. Sangat mencabar rupanya. Satu pengalaman baru yang cukup best. Anak-anak memang seronok. Alhamdulillah.  

Tengok tu laluannya sewaktu menuruni bukit. Memang terjerit-jerit kami dibuatnya bila terasa macam nak terjatuh. Tapi Alhamdulillah.. memang tiada siapa pun yang terjatuh. 

En.asben pun enjoy dengan trip ni. Tak sia-sia aku beria-ia nak masukkan trip ni dalam agenda. 

Laluan turun bukit yang nampak licin. Tapi rileks aje gajah tu seimbangkan badan.

 Dari kawasan hutan nak menurun bukit pula..

Beratur-beratur.. jangan rebut-rebut.. jangan tolak-tolak he..he..  

Gajah hanya mendengar arahan dari penjaganya saja. Macam hu--hu... hiii...hiii.. haa..haa.. saja bunyinya tapi gajah tu dah boleh faham. Clever! 

Pemandangan sepanjang perjalanan naik gajah tu memang sangat best. Kehijauan di sana sini.. Indahnya.. Subhanallah..

Sesekali gajah akan berhenti meragut daun-daun pokok. Memang bergoyang-goyang juga kami dibuatnya he..he.. 

Hijau di sana sini. Waktu ni aku dah jauh ke depan. Bila meragut daun pokok, ada yang gajah berhenti lama. Ada yang berhenti sekejap. 

Selepas itu melalui kawasan paya ni pulak. Ohh..ohh.. gajah nak sejukkan badan pula. 


Masa ni suspen juga. Kut-kutlah gajah tu nak masukkan seluruh badannya dalam air he..he..  habislah lencun kami.

Pegang kuat-kuat he..he..  

 Masih selamat. 

Selamat lagi.  

He..he.. gajah tu memang tak rendam kesemua badan dia. Tapi penjaga tu suruh gajah semburkan air pada kami. Semburan pertama cuma kena sipi-sipi aje.

Semburan kedua.. lencun ha..ha.. Alhamdulillah aku terselamat. Tapi en.asben dah separuh kuyup. Tapi sebab sporting gelak masih kuat lagi ha..ha.. apa ada hal.. sesekali have fun dengan gajah kan. Bukan hari-hari dapat merasa.

Lepas masuk paya kita masuk dalam kebun kelapa sawit pula.  



Masa ni penjaga tu turun untuk ambilkan gambar kami. Sedangkan kami tak minta pun. Tapi apa-apa pun jasamu dikenanglah. Lebih dikenang sebab berkeping-keping gambar yang diambilnya he..he.. thank you.

 Lagi..

 Dan lagi..

Bila penjaga nak naik atas gajah, gajah tu akan turunkan belalinya. So penjaga   akan pijak atas belalai untuk naik badan gajah yang tinggi tu.. 

Dan lagi.. 

Dan lagi.. (he..he.. nampak tak ketandusan idea nak tulis caption).

Selepas dah puas menaiki gajah kami diberikan pilihan untuk memberi gajah makan. Tapi makanannya kenalah beli. RM5 untuk sebakul pisang. Salah satu cara untuk menderma kepada gajah tu juga.  

 Anak-anak seronok nak beri gajah makan. 

 Aku pun nak try.. he..he.. 

 Selepas tu ada persembahan anak gajah..

Kedua-duanya sangat bijak. Seorang bijak melatih. Seekor bijak terlatih. Jadi kagum dengan kebijakan gajah tu. 

 Terer betul anak gajah tu bermain dengan hoola hoop. 

Sambil duduk pun boleh..  

Sambil berdiri dengan 2 kaki pun boleh. Seriusly.. kami memang terhibur. 

Yeahh.. aksi ni pun anak gajah tu mampu.. hebat kan. 

Menari sambil bermain harmonika ya. Bagus betullah. Pujian untuk pengajarnya yang bagi aku sangat ohsem. 

Bagi makan pisang lagi sambil menderma. kalau ikutkan anak-anak berbakul-bakul pisang pun masih tak cukup. Tapi budget mama tak besar nak he..he.. 

Posing time bersama si cute yang pintar! 

Lagi pose dari si pintar yang cute.. Suka gambar ni sebab Is dengan en.asben nampak loving sangat.  Dah boleh jadi geng dah en.asben dengan anak bujangnya. Selalu berkepit dengan anak daranya aje he..he..

Acara bermesra bersama gajah.. Keras betul rupanya kulit gajah tu. Aku ingatkan, lembut-lembut, lembik-lembik. Tapi rupanya keras dan padat. macam pegang batang pokok.. takdelah geli sangat nak pegang.

Fun time.. Keseronokan dan kepuasan aku jelas terpancar dalam gambar ni kan.. ha..ha.. Seronok dan puas dapat bawa anak-anak merasai pengalaman sebegini. Biarlah tak mahal mana pun aktivitinya. Yang penting pengalamannya cukup berharga. 

Sebelum pulang kami disajikan dengan buah nenas yang manis bersama mineral water sebagai penghilang dahaga. Alhamdulillah. 

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

Monday, November 25, 2013

Percutian ke Hatyai dan Krabi Part 5... Snorkeling!

Assalamualaikum..

Sewaktu island hopping kami dibawa untuk snorkeling sebanyak 2 kali. Sebelum pergi aku ada bertanya pada anak-anak, nanti nak snorkeling tak? Semuanya kata taknak sebab cakap tak berani. Sekali bila time nak snorkeling tu, tak payah aku tanya, anak-anak dulu yang dah siap-siap pakai alat snorkeling. Dia orang juga yang dulu terjun dalam laut he..he.. Bila nampak anak-anak enjoy aku yang penakut ni tiba-tiba jadi sedikit berani untuk turun. Excited anak-anak bila akhirnya aku pun join sekali. 

Subhanallah.. Air laut yang berwarna hijau dan sejernih ini membuatkan hati yang takut jadi sedikit berani.. Tapi time orang lain dah turun aku masih terfikir-fikir lagi.. he..he.. sibuk nak layan cuak dulu.

Sekali bila tengok ke bawah nampak Is cukup confident di situ. Terus rasa.. eh.. anak aku ke tu? Bila nampak Is macam rileks aje berada kat dalam air tu terus aku pun rasa semangat  nak ikut turun juga.. Alhamdulillah.. anak-anak seronok dapat merasa peluang tu.. Aku pun begitu juga.. Terima kasih Allah.. 

Geng-geng ni mula-mula aje duduk dekat dengan tangga.. Sekejap lepas tu semuanya  dah berani nak pergi jauh sikit.. cayalah.. Keberanian dia orang jadi keyakinan juga untuk aku.. Dari atas bot lagi dah nampak dasar laut tu. Terus hati rasa melonjak-lonjak nak turun.

Alhamdulillah.. dah berjaya turun. Bukan main lagi Az menyambut aku di bawah tu. Seronok bila mama join sekali. Tapi yang geram tu bila aku dah turun dia asyik nak berpaut aje. Padahal sebelum tu rileks aje dia tak payah berpaut pada sesiapa. Mulalah aku nak gubra balik he..he.. 

Yezzaa... aku kan gelabah. Jadi kena stay dekat-dekat dengan tangga.. Lepas tangan kejap, lepas tu pegang tangga balik lama-lama he..he.. Iyelah.. cuak kut bila tak dapat pegang apa-apa. Dahlah kaki tak boleh jejak kat bawah. Nampak macam cetek. Sekali bila tengok kat dalam laut dengan goggle... makkkkkk.. seram betul. Jauh betul dasarnya. Terus lagi cuak kalau tak dapat pegang tangga he..he.. Bila sekali terlepas tangga memang ombak akan tolak kita jauh dari bot. Masa tu memang gelabah tapi cuba set dalam kepala selagi life jaket tu ada, insyaAllah masih selamat. Tapi bila Az buat kalut berpaut kat aku, memang aku jadi gelabah juga. Terus minta orang tarik bawa pergi tangga balik ha..ha.. 

Subhanallah.. Kehijauannya sangat mendamaikan. Terus lupa semua masalah. Waktu ni panas terik. Tapi entah kenapa langsung tak terasa. Rasa best sangat berada di laut yang indah itu.
Masa ni semua orang tengah enjoy bersnorkeling. Seronok bila tengok Han, Is dan Az enjoy that moment. Ada rezeki nanti kita pergi lagi.. insyaAllah..

Az menjadi teman setia mama. Sampai ke belakang-belakang tudung aku dia asyik dok tarik. Adooiiilah anak..  

Sekejap jauh.. sekejap dekat dengan bot semula sebab ombak tolak. Alhamdulillah.. masa tu ombak tak berapa kuat. Jadi takdelah takut sangat.



Tali yang dicampak sangat membantu. Bila dah jauh sikit dari bot boleh tarik tali tu untuk kembali dekat dengan bot. 

Masa untuk naik bot. Aku antara yang last naik. Kenapa? Sebab kalau duduk dalam bot yang tak bergerak kepala akan rasa pening. So bila bot dah nak bergerak barulah aku naik. Alhamdulillah.. aku tak kena mabuk laut.

Seterusnya kami di bawa ke Phi-Phi Island. Kat sini kami singgah makan. Makan tengah hari memang tak termasuk dalam pakej kami. Jadi kami memang bawa bekal siap-siap. (Waktu beli sarapan, kami beli sekali sarapan untuk makan tengah hari). Alhamdulillah kenyang. Lepas tu layan aiskrim sambil berehat di bawah pokok yang redup. Memang best rasanya. Sebab best duit beli aiskrim pun sampai berpuluh ringgit sebab habis satu beli lagi, habis satu beli lagi ha..ha.. sesekali layan aiskrim tengah panas memang syok. 

Kemudian lepas perut dah kenyang kami jalan-jalan kat pulau tu. Jumpa port best singgah posing dulu ha..ha.. dah namanya perempuan kan.. 




Posing-posing mana cukup sekeping kan.. Haruslah berkeping-keping baru puas hati ha..ha.. 
 
 Okey.. gambar pemandangan.. sekeping cukup he..he.. 

Lepas dah lepak-lepak kat pulau kita pergi snorkeling lagi. Syok betul rasanya. Pengalaman pertama yang sangat mengujakan. Alhamdulillah.

Enjoy... Alhamdulillah.. 

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...