Wednesday, July 16, 2014

Hong Kong Disneyland 2014

Assalamualaikum..

Salam ramadhan untuk semua. Salam Nuzul Quran juga. Dah masuk 18 ramadhan baru nak wish. Sebenarnya nak wish awal tapi takde mood sesangat nak update blog hu..hu.. Mood menulis dah lari entah ke manalah agaknya beberapa minggu ni. Hari ni pun sebenarnya masih malas lagi. Tapi gagahkan juga diri untuk update cerita di Hong Kong Disneyland untuk buat kenangan  diri sendiri dan keluarga. Kalau tak update nanti takut terlupa pula. Lagipun bukan selalu dapat pergi bercuti ke sana. Dah dapat pergi tu kenalah update sikit untuk bacaan kami nanti-nanti. So.. demi kerana itu aku gagahkan jua jari jemariku ini. 

Family Photo.. 
Orang Disneyland yang suruh buat thumbs up tu.. So kami follow ajelah.

Waktu subuh awal di Hong Kong. So lepas solat subuh, en-asben dan anak-anak sambung tidur. Pagi tu pula hujan di Hong Kong. So memang bestlah nak tarik selimut. Mama? Holiday pun tetap kena buat kerja mak-mak. Sediakan breakfast dan kemas beg. Kalau sambung tidur juga nanti entah pukul berapa kami nak gerak. Pukul 8 pagi macam tu kejut semua orang bangun. Lepas mandi dan sarapan kita orang check out dari Loi-loi Hostel di Mirador Mansion. Dalam hujan renyai tarik beg pergi MTR Station. Tapi sebelum tu sempat juga singgah beli souvenir untuk keluarga kat kedai di Mirador Mansion tu. Garang auntie yang jual tu. Tapi sebab semalamnya dah ada pengalaman dengan sikap orang HK jadi aku takdelah nak takut sangat. Aku gunakan juga hak aku sebagai pembeli. Macam nak beli t-shirt dia bersungguh taknak buka plastik. Tapi aku tak confident nak beli kalau tak tengok saiz t-shirt tu betul-betul. So, minta juga auntie tu buka plastik. Sambil ngomel-ngomel auntie tu buka juga. Ha..ha.. yeay aku menang. Tapi auntie tu pun menang juga sebab aku memang shopping souvenir kat kedai dia aje. Habis jugalah HKD 600 - 700 kat situ.

Habis shopping souvenir kami pun berjalan menuju ke MTR Station. Dari Mirador Mansion cuma perlu belok ke kanan. Jalan dalam 100 - 200 meter dah sampai stesen. Itu yang bestnya Hong Kong. Stesen MTRnya banyak dan kebanyakannya memang walking distance aje. Penat aje aku bawak payung sebab dah tengok ramalan cuaca memang Hong Kong hujan waktu kami pergi tu. Tapi en.asben dan anak-anak tak selesa nak tarik beg sambil berpayung. So aku seorang aje berpayung. Dia orang sanggup nak redah aje. Lagipun jaraknya bukan jauh sangat. Sampai kat MTR station kena turun tangga sikit. Lepas tu cari lane laluan train yang betul. Touch optupus kad untuk masuk area train. Tak sampai seminit train dah sampai. Siap eh.. kejap-kejap, kita baca nota dulu takut tersalah. So biarkan aje train tu lepas. Sekejap lepas tu dah ada train yang lain pula sampai. Aku macam wah.. bagusnya. Efficent betullah public transport di HK ni. Saya suka! saya suka! Eh.. mei-mei ikut kami ke HK ke? he..he. 

Alhamdulillah.. dah naik train.. Takdelah susah sangat walaupun kena heret beg. Sebab masih rasa okey. So kalau nak pergi Hong Kong, pergi sendiri tanpa travel agent bukan satu masalah. Malah ianya pilihan yang baik!

Naik aje train terus tengok map laluan kat dalam tu. Bila dah betul baru boleh posing he..he.. Dalam train kami jumpa dengan seorang kakak dari Indonesia. Baik dan ramah orangnya. Dia kerja sebagai pemandu di Hong Kong. Masa aku teliti map dengan tengok-tengok nota dia pun tegur, tanya dari mana. Nak pergi mana. Dia pun confirmkan yang kami dah naik train yang betul (agaknya muka aku cuak sangat kut masa tu ha..ha..). Cerita kakak tu, dulu dia pernah juga tinggal di Malaysia. Katanya dulu dia kerja dengan Dato' Effendi dan Datin Tiara Jacquelina. Jaga emak Datin Tiara. 

 Kakak Indonesia yang baik tu.. TQ kak..


Untuk ke Disneyland dari Tsim Tsa Tsui Station kena naik MTR Tsuen Wan line sampai ke stesen Lai King (interchange station). Keluar je pintu MTR tak perlu susah-susah naik tangga atau nak berjalan ke tempat lain. Tengok depan dah ada MTR Tung Chung line. Naik MTR tu  sampai ke Sunny Bay (interchange station). Kat situ nanti ada train khas untuk bawa kita pergi ke Disneyland. Tambang train adalah HKD19 untuk dewasa, dan HKD8. (Walaupun kena tukar-tukar train sampai 3 kali, tapi ianya sangat tak menyusahkan tau. Sebelum ni aku risau juga. Tapi bila dah laluinya memang tak susah langsung).



Ni dalam train Disney. Orang ramai waktu tu.. so tak dapat nak posing-posing he..he..  Naik aje train ni hati anak-anak dah rasa berbunga-bunga.. aku rasalah ha..ha.. sebab aku pun gitu.

Disneyland park terletak betul-betul depan stesen keretapi tu. Tapi kena jalan sikitlah untuk ke entrance. Waktu kami sampai di Disneyland hujan turun dengan lebatnya. Tapi kami dah bersiap sedia dengan baju hujan dan payung bagi. Jadinya takdelah kalut sangat. Dengan berpayung kami tarik beg pergi ke tempat shuttle bas sebab kami nak check in di Disney Holywood Hotel dulu. Basnya tak perlu nak tunggu lama pun. Baru tunggu dah sampai. Duduk dalam bas sekejap bas dah bergerak ke Hotel. Check in pukul 3 petang. Waktu kami sampai tu dalam pukul 11 lebih. Lepas dah check in siap-siap dan simpan beg kat tempat simpan semua, kami bergerak semula ke Disneyland. Pihak hotel juga sudah sediakan payung kaki untuk dipinjam. So payung lipat-lipat sendiri kami tinggalkan saja dalam beg. 

Happy faces.. 
Bila seronok, mama tak suruh senyum pun pandai senyum sendiri.. 
Cuaca pada hari tu sekejap hujan lebat, sekejap renyai, sekejap kang panas, sekejap nanti hujan balik.. Tapi menjelang petang cuaca terus baik.. ALHAMDULILLAH..

Lagi happy faces..  ALHAMDULILLAH..

Ni main tembak-tembak.. Kena tembak point-point yang ada huruf Z..  best jugak.. kereta yang kita naik tu siap boleh pusing-pusing lagi untuk cari point Z tu.. Jangan tak tahu, score  ayah dengan mama memang beat score anak-anak.. Score en.asben paling power.. Jauh kami ketinggalan..  hmmm.. siapa lagi excited sebenarnya ni??? ha..ha.. Confuse aku..

Untuk puaskan hati semua orang, semua game kami layan..  Tak layan nanti ada pulak yang muncung hu..hu..

Paling lama lepak kat toy story land.. Citer tu pulak memang favourite anak-anak.. So dia orang memang enjoylah kat situ..  

Kamera full.. So kenalah delete gambar lama-lama..  

Han..

Az and Andy.. 
Lepas makan kami berulang ke Toy Story land semula.. Semua lapar.. so takde maknanya nak share-share makan.. seorang ambil satu set makanan.. Makanannya cuma nasi ayam, nasi goreng, nasi lemak dengan apa entah satu set lagi.. Tapi harganya RM200 untuk 5 orang.. Rasa makanan biasa-biasa aje.. Yang penting halal.. 

 Han.. Is.. Az and crayon..

ANDY.. 

Kami seronok di situ..

Souvenir Shop..  

 Enjoy layan semua ride.. 

Ada rezeki nanti kita bawa anak-anak jalan-jalan lagi ya sayang.. Semoga ALLAH murahkan rezeki kita sekeluarga hendaknya.. insyaALLAH.. amin.. 

Lion King Show.. Gempak dan menarik! 

Excited hero-hero aku..  

Mama pun excited..  

Best.. best show lion king tu..  

Kalau nak solat boleh tumpang solat kat Town Hall.. Bangunannya dekat dengan entrance.. Minta izin dari staff di situ.. So dia orang akan dengan baik hatinya bagi kita pinjam bilik.. Dia orang pun dah faham.. Dia minta kita berwuduk dulu, bila dah settle baru di berikan bilik tu.. so takdelah orang lain perlu menunggu.. dan kita boleh gunakan bilik tu khas untuk family kita aje.. 

 
ALHAMDULILLAH.. tanggungjawab pada ALLAH dapat kami tunaikan.. 
Semoga kita semua dan seluruh keturunan kita terdiri dari orang-orang yang sentiasa menjaga solat.. insyaALLAH.. 

Kat Disneyland, semua tempat pun cute.. Macam nak bergambar kat setiap ceruk aje.. Tapi takde orang nak melayan he..he..  

Kawan aku kirim Mini Mouse untuk anak buah dia.. So sweetlah Pak Yus..  

Waktu tunggu bunga api..  

Barulah betul-betul feeling berada di Disneyland.. Persembahan bunga api tu macam yang selalu tengok kat Putrajaya.. Tapi suasananya yang buatkan ianya jadi lebih special.. 

Te ne ne ne ne ne ne ne.. 
Ha..ha.. lagu Disneyland yang aku selalu dengar sejak kecil terdengar-dengar di telinga time tengok bunga api ni..  


Habis bunga api kami pun berjalan ke tempat Shuttle Bus untuk pulang ke Hotel..   

Muka penat, kaki penat..   tapi masih teruja nak datang lagi esok.. Alhamdulillah.. sangat berbaloi kami beli 2 days tiket..  Balik hotel, semua tak mandi.. Letih sangat.. Lepas solat dan makan terus tidur..

Pukul 6 pagi dah seterang ni.. Aku selak langsir nampak cuaca sangat baik.. Kejut anak-anak suruh tengok luar.. Selak langsir lagi sekali dah hujan.. Nampak tak yang warna oren kat hujung gambar sebelah kanan tu.. Yang tu RC racer kat Disneyland park.. Tinggi kan.. Kami semua tak naik kecuali IS.. Tak sangka dia berani nak naik seorang.. Duduk yang paling atas pulak tu.. Day 2 tu siap nak repeat.. Tapi sebab ramai orang tak jadi nak naik lagi.. 

Lepas mandi dan breakfast kami jalan-jalan sekitar hotel.. Waktu tu hujan pun dah berhenti.. Az sibuk nak mandi pool.. Dia mandi sorang-sorang pun tetap enjoy.. Bagusnya kat Hollywood Disney Hotel tu, swimming poolnya disediakan dengan pelampung.. Tak payah gaduh nak bawak.. Keselamatan anak pun lebih terjamin..

Sakan Az mandi..  

 Slide lagi.. 

Cantik view sekitar hotel..  

Pantang lalu souvenir shop mesti nak singgah.. Bila singgah mesti nak beli.. He..he.. buat kenangan.. Lepas Az dah puas mandi, kami semua naik bilik dah bersiap untuk check out.. Lepas tinggalkan beg kat tempat simpan barang kita orang pun ke Disneyland Park untuk Day 2..

Alhamdulillah.. ada rezeki dapat bawa anak-anak ke sini..  

Ramai sangat orang.. Padahal hari tu hari isnin.. Nak masuk park memang dia orang akan check beg.. Boleh aje bawa jajan-jajan.. Cakap aje junk food.. dia orang tak tahan pun.. 

 Sampai awal, so bolehlah nak bergambar kenangan dengan lebih selesa..

Nak bergambar dengan princess-princess ni pun tak payah queue.. Yang bestnya dia orang ni betul-betul bawa watak princess.. dahlah cantik.. cakap pun lembut, sopan santun, manis dan ramah..  

Dah kata nak naik semua ride kan.. Kuda ni pun kami layan..  

Kami naik parachute ni.. Tinggi jugak.. Aku dahlah gayat.. Sampai atas boleh nampak seluruh kawasan Disneyland.. Nak merasa punya pasal gayat pun tolak tepi..  Kiranya semua ride kat Disneyland kami try kecuali RC Racer.. Yang tu Is seorang yang naik.. Sebab masuk Disneyland dua hari, ada juga ride yang kami layan sampai 2 kali.. Best!

Seronok lagi di Toy Story Land..  


Alhamdulillah.. seronok bila tengok anak-anak happy..

Roller coster kat sini  best.. Mula-mula slow aje.. Tengah mengah-mengah keretapi panjat bukit yang kita rasa dia akan menjunam ke depan lepas tu.. Tapi itu tak terjadi.. Keretapi tertarik ke belakang dengan laju rupanya.. Boleh bayangkan tak? Kita fikir lain yang jadinya lain.. Lepas tu dia slow balik.. ingatkan dah nak habis.. masa kita tengah rileks-rileks rasa macam eleh.. biasa-biasa aje keretapi tu boleh pulah dia laju balik giler-giler.. Fuhh semangat.. Anyway sangat fun.. Kami seronok.. 

 Ada show kat perkampungan tu.. Very classic kampung tu.. I like..  

 Ini laluan roller coster.. 

Macam real aje dia orang buat jambatan patah..  

First round aku tak naik sebab seram.. bila dia orang kata seronok aku pun teruja nak join.. sebab menunggu sorang-sorang kat luar tu jadi boring pulak..  
Iya-iya nak ambil gambar en-asben dengan anak-anak.. tapi sibuk juga nak melambai.. Sudahnya gambar dia orang tertutup dengan tangan aku.. Aiyoo APTB ha..ha..  


Gambar-gambar kenangan..  

 Ni naik rakit nak pergi rumah tarzan.. 

 Inilah rumah tarzan.. 

Seronok mamat ni.. waktu kat USS ada ride yang dia tak lepas nak naik sebab ketinggian tak cukup.. Kat Disneyland semua ride dia dapat naik.. itu yang dia seronok sangat tu..  

My boys..  

 Memang letih berjalan dalam tu.. Walaupun Disneyland Hong Kong ni  Disneyland terkecil.. Terkecil pun aku sampai sakit-sakit kaki jalan.. 

Cantikkan Castle tu..  

Layan brader-brader ni punya show..  



En.asben with anak-anak..  


                                                          M.I.C.K.E.Y  M.O.U.S.E


Show kat parade pun menarik.. We have so much fun!

Dalam pukul 4.30 petang kami keluar dari Disneyland. Pergi hotel ambil beg dulu sebelum terus bergerak ke airport naik teksi. Harga teksi dari Disneyland ke Airport dalam RM 60-70 gitu. Tak jauh pun jaraknya. Sampai airport, kami makan dulu di Popeye Restoran. Kemudian check in baggage. Lepas tu pulangkan Octupus card dan ambil balance dan deposit kat MTR Station. Dah settle semua kami ke terus tunggu dalam Departure Hall. Waktu tu tak tahu lagi kena tunggu kat gate mana. So jalan-jalan kat kedai-kedai dalam tu. Masuk maghrib pergi solat jamak maghrib dan isyak dulu. Aku risau juga kut-kut takde surau kat dalam departure hall tu. Tapi Alhamdulillah ada. Tapi punyalah jauh. Nak pergi surau kena turun bawah. Lepas tu naik tren pulak. Then baru sampai. (Sori.. aku terlupa dah surau tu letak kat area gate berapa. Tanya kat information counter dia orang akan beritahu). Alhamdulillah, gate kami betul-betul berdepan dengan surau tu. Keluar aje surau kami terus tengok info kat skrin untuk cari gate kami. Sekali gate tu kat depan mata.. Alhamdulillah.. tak perlu nak berjalan jauh-jauh lagi..

Surau kat dalam departure hall, HKIA. Besar juga. 
Siap ada sejadah dan telekung di dalamnya. Tempat berwuduk pun ada sekali kat dalam tu. Cuma tempat solatnya untuk lelaki dan perempuan sekali. Waktu kami masuk surau tu ada family dari Singapore baru sudah solat. Selepas itu hanya kami sekeluarga saja. Jadi keadaanya masih lagi selesa.. Alhamdulillah..  

Prayer Room.. Berdepan aje dengan gate kami.. ALHAMDULILLAH.. 

Oh ye.. Waktu aku cari-cari souvenir dari Disneyland untuk anak buah aku dalam Souvenir shop kat Toy Storyland  tu dia orang ada buat promotion beg tarik yang sangat comel ni. Quality pun nampak bagus juga. Besar pun dalam 22 inci panjangnya. Harga asal dalam HKD 348 kalau tak silap. Tapi dia jual dengan harga HKD 99 aje. Terbuka kepada 5 pembeli aje. Aku pun apalagi.. belilah beg ni sebagai souvenir untuk gegirl. Alhamdulillah.. rezeki gegirl. Suka sangat dia. Dah siap-siap isi baju raya dia untuk bawak balik raya. En.asben pun suka. Siap suruh beli dua. Aduhai.. nak buat apa.. Nak bawak satu ni pun dah satu bab. Nak tarik roda tu rasa tak best pulak sebab nak bagi souvenir.. Taknaklah ada defect. Siap naik roller coster pun aku bawak naik sekali letak kat kaki he..he.. Tapi sampai airport terpaksa tarik juga beg tu. Dah tak larat nak pegang he..he.. 

Sampai sini saja kisah kami di Hong Kong Disneyland. Alhamdulillah.. we have so much fun. Terima kasih ALLAH. Semoga ada rezeki kami ke tempat orang lagi, insyaALLAH. 

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

Thursday, June 26, 2014

Percutian ke Hong Kong 2014 - Day 1

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. percutian kami yang tertangguh pada bulan mei yang lepas telah tertunai pada minggu lepas. Best ke Hong Kong? Pada aku BEST. Mungkin sebab Hong Kong adalah salah satu tempat percutian impian aku. Alhamdulillah.. segala urusan kami dipermudahkan. Pertama kali sebenarnya untuk kami sekeluarga berjalan ke luar negara sendirian tanpa menggunakan perkhidmatan travel agent. Alhamdulillah.. percubaan pertama kami berjaya.. Syukur.. Tak kisahlah walaupun kebanyakan masa aku terpaksa memegang kertas nota di tangan, tercanggak-canggak baca papan tanda, terpusing-pusing cari jalan dan tempat serta tersenyum-senyum sendiri bila dah jumpa papan tanda, jalan dan tempat yang dicari. Terus rasa macam eh.. senangnya he..he.. Padahal sebelum tu cuak dan berpeluh jugak ha..ha..

Flight kami pukul 9.05 pagi. Jadinya sesudah subuh kami bertolak dari rumah dengan menaiki teksi. Teksi dari Bangi ke KLIA2 - RM60.  Tiba di KLIA2 terus rasa kagum. Besar woooorrr.  Lepas check in baggage kami pergi sarapan dulu. Dah ronda-ronda KLIA2 sikit barulah pergi mencari gate.  Beratur nak masuk dan scan beg pun panjang.  Memang lengguh juga kaki nak berjalan kat dalam tu. Jauh juga nak sampai ke gate. Janganlah nak sampai ngam-ngam. Kang tak pasal-pasal tertinggal flight. 

Kami terbang dengan  Air Asia. RM 3K termasuk tax, seat, baggage dan makan untuk 5 orang pergi balik 4 Adult 1 Child. Masa aku booking  bulan mei hari tu RM 4k. Alhamdulillah.. rezeki.. tiket baru ni murah 1K dari yang sebelumnya. (Semalam Air Asia Insure dah bagi confirmation yang claim aku dah approved. Alhamdulillah.. dapat balik refund flt tiket yang lepas. Terima kasih ALLAH).  Kami booking seat yang RM10. Kalau hot seat RM30. So kita duduk belakang Hot Seat aje. Janji seat depan-depan jugak. Cepat sikit nak keluar he..he.. Perjalanan mengambil masa selama3 jam 45 minit untuk sampai ke Hong Kong. Waktu di Hong Kong sama dengan Malaysia. So senang nak tengok jam. Tak payah nak tukar-tukar dah.

Aku pernah terbaca entah di mana (aku lupa) katanya kalau nak cuba belajar bercuti sendiri tanpa travel agen, Hong Kong adalah tempat untuk membina keyakinan. Alhamdulillah.. ianya benar bagai dikata. Memang senang untuk berjalan sendiri di Hong Kong. Ini kerana papan tandanya lengkap, banyak dan sangat membantu. Orangnya boleh bertutur dalam bahasa english, jadi agak mudah untuk berkomunikasi. Pengangkutan awamnya bagus sekali. Paling best kita tak perlu menunggu! Memang aku jadi yakin untuk berjalan sendiri selepas mengutip pengalaman itu di Hong Kong. Terima kasih untuk perkongsian blogger-blogger lain tentang info percutian mereka di Hong Kong. Ianya benar-benar dapat membantuku. Alhamdulillah..

Soal budget, bila berjalan sendiri memang pastinya akan jadi lebih murah berbanding bila kita menggunakan agen. Banyak juga yang kami dapat berjimat bila berjalan sendiri. Harga public transport memang berpatutan. Kalau tak naik teksi lagi banyak dapat jimat. Kenapa nak cerita pasal nak murah dan nak jimat time bercuti ni??? Ini kerana Hotel di Hong Kong sangat mahal. Hotel harga RM 1K semalam pun cuma macam standard hotel RM 400 kat Malaysia. Tapi nak merasa punya pasal, gigil-gigil juga booking hotel tu. Makan pun mahal juga kat sana. Tapi senang juga nak cari makanan halal. RM 30 - RM 40 untuk satu set makanan untuk seorang. Kalau dah lima orang, kalau sehari  2 kali makan? Dah berapa kan. Jadinya bila boleh dapat berjimat untuk perkara yang kita boleh jimat, takdelah terasa sangat untuk membayar kos-kos lain yang mahal tu. Gitu he..he.. So, masih boleh bercuti dengan senang hati tanpa nak bercatu-catu makan di luar dan nak santai-santai di hotel mahal (bagi akulah).

Makan di Popeye Restoran kat tingkat 7 Terminal 1 HKIA. Restoran ni ada cop halal. So boleh makan tanpa was-was. Yang warna putih kat papan tanda sebelah kiri tu ada logo halal.  Kena flash langsung tak nampak apa huhu.. 

 Murah sikit makan di sini berbanding restoran lain. Rasa pun boleh tahan di tekakku. Yang penting kenyang. 

Kami tiba di Hong Kong pada pukul 12.45 tengah hari. Lepas makan semua dalam pukul 2 lebih baru keluar dari airport. Cari terminal bas kat luar. Ikut aje papan tanda yang banyak terdapat di situ. Sekejap aje tunggu, bas dah sampai. Sebelum tu kena beli kad Optopus (macam kad touch and go untuk memudahkan pembayaran bila menaiki bas dan MTR). Kad Optopus boleh dibeli di Kaunter Tiket MTR di dalam Airport di Terminal 1. Ikut juga papan tanda. Harga kad Optopus tu HKD 150 untuk dewasa (50 deposit 100 nilai isian) dan HKD 70 untuk kanak-kanak (50 deposit dan 20 nilai isian). Setiap orang perlu memiliki satu kad sendiri. Jangan risau, nilai isian yang tidak habis akan di kembalikan bersama dengan deposit. Charge HKD 9 akan dikenakan untuk setiap kad waktu refund. Nak pulangkan untuk refund boleh dibuat di mana-mana kaunter tiket MTR. Untuk tambah nilai di 7 eleven pun boleh. Kad optopus juga boleh di gunakan di 7 eleven dan vending machine. So, memang sangat berguna kad optopus ni.

Lepas dah turun flight kena naik bas dulu untuk ke imegresen dan ambil baggage.  Signboard banyak. Baca dan ikut saja tanda arah. Nak senang ikut aje orang depan yang ramai-ramai tu he..he.. InsyaALLAH tak sesat.

Naik bas nombor A21 untuk ke Tsim Tsa Tsui. Perjalanan dalam 40 minit macam tu. Waktu naik kena sentuh kad optopus tu. Bas ni dua tingkat. Beg boleh diletakkan di tempat beg di tingkat bawah. Kalau di tingkat atas siap ada kamera tv untuk tengok beg di bawah. So akan rasa selamat. Kami duduk di tingkat bawah saja. Dalam bas ada skrin untuk beritahu route dan setiap perhentian. Basnya juga sangat selesa. Kami turun di perhentian No. 13, Nathan Road. Turun berdekatan dengan Masjid Kowloon. Nak turun dari bas kena tekan loceng. Selepas perhentian ke 12 bolehlah tunggu di tempat beg dan siap-siap tekan loceng.  

Turun dari bas kami berjalan terus ke depan mencari Mirador Mansion.  Kami menginap di Loi-loi Guest House untuk satu malam. Harganya RM200++ semalam untuk 4 katil yang kecil. Nak naik lif kena beratur ikut tingkat. Sebab lifnya cuma berhenti di tingkat-tingkat tertentu. Bangunannya agak usang. Tapi tempat penginapan itu sendiri masih selesa. Ownernya baik. TV, aircond, kipas, water heater, peti ais semua ada. Tapi biliknya sangat-sangat sempit. Kalau sekadar untuk mandi dan tidur memang boleh sangat. Untuk nak rasa selesa waktu bercuti memang tidaklah. Macam kami memang untuk mandi dan tidur saja malam tu jadinya masih berbaloilah juga walaupun rasanya kalau pergi lagi aku tak nak dah menginap di situ. Takut dah kena jeling dengan en.asben he..he.. Esoknya pagi-pagi lagi dah check out, so boleh sangatlah. Selepas solat jamak zohor dan asar kami terus keluar untuk ke Avenue of Star, Museum of Art dan Museum of space. 


Leon Lai Ming
Senang sangat nak cari jalan ke sana sebab papan tanda banyak. Laluannya pun lalu subway bawah bangunan. So tak panas. Waktu lalu kat subway menuju ke Avenue of Star, terjumpalah pulak gambar-gambar bintang-bintang Hong Kong. Aku pun apa lagi, laju-laju cari gambar Leon Lai.. Alolor.. hensemnya. Berbulu aje en.asben bila tengok aku excited sangat. Tapi aku paksa jugak suruh dia ambilkan gambar. Aku tak kira. Nak jugakkk ha..ha.. Rasa macam puas hati dan misi ke Hong Kong berjaya walaupun sekadar jumpa gambar ha..ha.. angau betul! Dah tu, dari sekolah lagi aku dah minat dia. Nak buat macam mana kan?? 

Cadangnya nak terus pergi ke Avenue of Star, tapi cuaca waktu tu masih panas. Ternampak pulak Muzium depan mata, apa lagi memang ke muzium dululah kami. Kita orang kan kaki muzium so nampak muzium aje suka he..he..  Best tau Hong Kong Museum of Art ni. Boleh tengok tembikar cina yang cantik-cantik tahun 1400, 1600 1700.. Kita orang memang rasa seronok.

 Harga tiket masuk pun tak mahal. HKD 10 untuk dewasa dan HKD 5 untuk kanak-kanak. 

Dari dalam bangunan muzium boleh nampak pemandangan Hong Kong yang cantik.  

 Terleka tengok laut dan  bangunan pencakar langitnya. Indah!

 Antara pameran yang terdapat di luar muzium. Di dalam muzium tak boleh nak ambil gambar. Macam street of Hong Kong gitu.

Lepas ke Museum of Art kami ke Museum of Space pulak. Anak-anak memang excited bila masuk ke sini. Bagi aku sendiri muzium ni sangat menarik. Boleh rasa berjalan di angkasa dengan aktiviti yang disediakan. 

 Keluar dari muzium kami terus ke Avenue of Star.. 

Pemandangannya cantik.. Aku suka.. 

Mama suka.. anak-anak muka terpaksa hu..hu.. susah sangat bila nak ajak bergambar..  Macam hari-hari kita boleh datang situ.. Berangin aje aku he..he..

En.asben dan anak bujangnya.. 

Cantik kan.. 


 Kapal star Cruise pun lalu kat situ. Terus teringat kenangan bulan madu naik star cruise eh..eh.. he..he..


Kapal Hong Kong yang famous. Gambar yang ok dalam kamera lain. Gambar ni aje yang aku boleh upload dulu.. Jadilah..

Nak ambil gambar memang backgroundnya orang sesaja. Jadinya kami melepak mengadap laut dan bangunan pencakar langit yang sangat cantik di kawasan Avenue of Star. Pukul 8 malam tengok Symphony of Light. Tak tunggu sampai habis pun. Orang sangatlah ramai. Kami terus berjalan kaki ke Masjid kowloon untuk solat jamak maghrib dan isyak. Ramai orang indonesia yang berkumpul di situ. Ramah mereka menegur. Siap turun ke bawah untuk tunjukkan kami tempat berwuduk. Siap bentangkan sejadah lagi. Alhamdulillah.. bertemu jiran negara yang baik-baik di sana. Lepas solat kami pergi makan malam. Malas nak masuk bilik yang sempit tu cepat-cepat. Sebelum balik singgah lagi kedai-kedai di kawasan sekitar hotel. Cari souvenir sikit-sikit buat kenangan. Pukul 10 lebih baru balik bilik. 

Pizza di Restoran Ziafat di Tsim Tsa Tsui. Sekeping RM 50. Nasib sedap. Banyak Olive yang muda-muda tu.  Senang juga nak mencari makanan halal di Hong Kong. Restoran arab, pakistan, yeman etc. Ramai pekerja-pekerja restoran yang mengedarkan pamphlet di sepanjang jalan. Kalau kat area Masjid kowloon lagi banyak. Kalau kita nak, mereka akan membawa kita ke restoran mereka. 


Alhamdulillah.. ada rezeki untuk kami ke Hong Kong. Macam mimpi, tapi itulah yang dinamakan rezeki kan. Terima kasih ALLAH atas rezeki yang dapat kami nikmati. SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR..

Beria aku nak cerita pasal orang Hong Kong semalam kan he..he.. Sebenarnya bukan apa pun cuma dia orang ni tak berapa nak friendly. Ada juga yang ramah, tapi ramah yang gitu-gitu aje. Orang Malaysia ni kan dah terbiasa dengan berbudi bahasa. Bila orang tak berbudi bahasa kita rasa lain macam sendiri. Tak sedar yang kita berada kat negara orang ha..ha.. Even penjualnya pun garang-garang. Mula-mula tu aku macam takut-takut bila dia orang garang-garang. Siap terasa lagi he..ha.. Bila kebanyakannya macam tu, aku dah tak takut dah. Cultural dia orang macam tu kut. Bab view, bab public transport, bab displin, bab kemajuan, bab ketepatan masa memang boleh puji. Bab peradaban fail sikit. Itu saja.  

Malam pertama tu, aku tidur dah sakit-sakit badan. Satu hari asyik berjalan aje kan. Dahlah KLIA2 tu besar. HKIA lagi besar. Dari terminal 1 kena ke terminal 2. Cari kaunter tiket. Cari kaunter bas. Berjalan cari guest house. Lepas tu berjalan kaki lagi dari Mirador Mansion ke Avenue of star. Berjalan pulak dalam muzium. Berjalan cari restoran. Ronda kedai-kedai kat area tu lagi. Mahu tak lengguh badan dan kaki. Tapi bangun pagi tetap bersemangat jugak sebab nak check in di Disney Hollywood Hotel dan  bawak anak-anak ke Disneyland. Nanti aku sambung cerita lagi, insyaALLAH. 

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

Tuesday, June 24, 2014

Hong Kong dan anak-anak..

Assalamualaikum..

Bila bercuti, tak kiralah ke mana pun destinasinya pastinya ianya menjadi hal yang sangat menyeronokan. Tapi yang lebih seronok ialah bila kita lihat senyuman di wajah anak-anak. Yang itu tak terbanding perasaannya. Allahukabar, rasa sangat puas bila dapat lihat senyuman itu. Senyuman yang mempamerkan perasaan dan keterujaan mereka. Anak-anak orang lain aku tak tahu. Tapi anak-anak aku memang bukan jenis yang akan cakap.. mama, ayah bestnyaaaaaaa.. Bukan juga yang kalau bercuti ke mana-mana suka kalau kita nak ajak ambil-ambil gambar dengan muka riang ria. Kalau sekeping dua tu dia orang layanlah lagi. Lebih dari tu memang hmmm.. takde maknanya nak tunjuk muka riang ria sangat. Tak kiralah walau bagaimana riang pun hati mereka. Boleh buat hilang mood kalau paksa-paksa juga. Sebab selalunya memang mamanya yang lebih-lebih kalau bab-bab yang itu he..he.. Jadinya memang kena lebih redha ajelah bila gambar-gambar kenangan tak banyak mana. Kalau banyak pun yang okeynya boleh dikira pakai jari aje hu..hu.. En.asben kata, nak buat kenangan cukuplah sekeping dua ha..ha.. (Memang geng anak-anak betul tau!). Takpelah.. kenangan dalam hati dan ingatan pun dah cukuplah.. (Ayat pasrah dah ni ha..ha.. sambil feeling diri ini adalah izzah ombak rindu).

Bawa pergi Hong Kong anak-anak aku biasa-biasa aje. Suruh tengok view Hong Kong yang cantik pun anak-anak aku biasa-biasa aje. Macam takde perasaan walaupun aku dah bukan main super teruja. Maklumlah.. masa zaman sekolah-sekolah dulu memang layan drama Hong Kong setiap petang. Jadinya perasaan teringin nak ke Hong Kong tu memang dah ada sejak hati ini jatuh cinta dengan Leon Lai ha..ha.. Kalau suruh pilih Korea dengan Hong Kong pastinya aku akan memilih Hong Kong. Sebab tu aku pergi Hong Kong he..he.. Sebenarnya memang ada hajat nak bawak anak-anak ke Disneyland. Alhamdulillah ada rezeki. Dalam pada selamba dekkk aje bila sampai Hong Kong, reaksi anak-anak memang bertukar bila sampai ke Hong Kong Disneyland. Az bukan main ceria dapat main banyak permainan yang kena dengan jiwa kanak-kanaknya. Asyik senyum aje sampai muka aku pun ikut tersenyum-senyum. Dia nampak sangat enjoy. Is dan Han pun begitu. Muka en.asben pun nampak puas bila anak-anak nampak seronok. Bila anak-anak nampak teruja, aku dan en.asben akan berbalas pandangan. Kami akan sama-sama tahu yang anak-anak memang sedang gembira. Memang berbaloi-baloi kami beli pass masuk ke Disneyland untuk dua hari. Puas anak-anak dapat main. 

Kami di Hong Kong hanya tiga hari. 2 hari kami di Disneyland Resort. Jadinya memang tak dapat ke tempat-tempat lain pun. Sehari tu dapat habiskan di sekitar Kowloon dan Tsim Tsa Tsui saja. Alhamdulillah.. sempat juga kami ke Museum of Art dan Museum of Space. En.asben dengan anak-anak memang suka muzium. Puaslah hati dia orang bila dapat masuk ke kedua-dua muzium tu. Aku pun enjoy juga. Memang percutian ini untuk habiskan tiket 2 hari di Disneyland tu. Dengan reaksi anak-anak yang macam tu, kira okeylah walau tak ke tempat-tempat lain pun. Sebab nanti yang excitednya aku seorang he..he.. Kan yang sentapnya aku jugak ha..ha.. Shopping.. aku hanya shopping souvenir aje. Sebahagian di Tsim Ts Tsui. Sebahagian lagi di Disneyland. Selain dari tu memang takde. Nanti aku kongsikan info-info yang boleh kawan-kawan ambil. Walaupun 3 hari saja kami di sana, adalah juga perkara yang boleh dikongsi. Nak kongsi gambar pun dah tentu gambar tak banyak kan he..he..

Tengok.. Az dah tunjuk muka bosan. Padahal baru sampai HK. Dalam bas dari airport ke Tsim Tsa Tsui.

Hong Kong yang cantik.. 

Space Muzeum.. Muka ada sedikit ceria he..he..  

Ada cerita di sebalik gambar ni. Nanti aku cerita. Masa ni dah tahu sedikit the colour of people of Hong Kong (sebahagiannya) hu..hu.. Pengajaran untukku.. 

Walau bagaimana pun, Hong Kong tetap indah.. 

Cepat senyum.. mama nak ambil gambar tu.. 
Ha..ha.. En.Asben asyik kutuk aku aje tau bila aku suruh dia orang pose! 

Happy faces dapat bermalam di Hollywood Disney Hotel..  

CERIA dapat jumpa PAKWE LAMA di Hong Kong.. 
walaupun hanya gambar aku tetap ceria ha..ha..

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...