Assalamualaikum..
Lama betul tak menulis di sini. Last entry cerita pasal result peperiksaan percubaan anak-anak. Kali ini nak cerita pasal result sebenarnya pulak. Tapi dapat cerita pasal keputusan UPSR dan PSRA Az ajelah dulu. Han masih belum selesai lagi 2 paper untuk peperiksaan SPMnya. Esok kertas Bio dan selesa minggu hadapan kertas kimia. Semoga segalanya dipermudahkan untuk anakku Han dan pelajar SPM lain.. in shaa ALLAH. Is pulak, in shaa ALLAH bulan depan baru dapat keputusan PT3nya. Waktu hari keputusan UPSR keluar aku memang cuti. Bukanlah cuti kerana semata-mata nak mengambil keputusannya. Sebab waktu Han, Is dan Fareez (anak arwah adikku) aku tak ambil cuti pun. Tapi bila bulan ni banyak hal yang memerlukan aku asyik keluar dengan izin pada waktu pejabat jadi rasa tak seronok pula untuk mohon keluar lagi. Lebih baiklah kalau aku terus ambil cuti. Pada hari yang sama, Han menduduki peperiksaan Add Math. Habis pukul 10 pagi untuk kertas 1 dan bersambung pula pada pukul 2 petang untuk kertas 2. Bila aku bercuti dapatlah aku uruskan Han sekali. Alhamdulillah.
Pagi itu sebelum Az ke sekolah, aku dan en.asben dah siap-siap pesan. Walau apapun keputusannya, mama dengan ayah tetap bangga. Kalau baik ucap ALHAMDULILLAH. Kalau kurang baik ucap ALHAMDULILLAH juga. Pukul 10 pagi aku dan Is sampai di sekolah Az. Is tak sekolah sebab semalamnya dia baru balik dari rombongan sekolahnya ke Legoland. Jadi sibuklah dia nak mengikut ke sekolah. Sekolah lama memang tempat yang ramai orang teruja nak pergi, kan? Waktu aku sampai, Az yang baru selesai menunaikan solat dhuha bersama pelajar-pelajar tahun 6 yang lain datang menyambut aku dan Is dengan wajah ceria. Sebelum keluar dari kereta aku dah hantar sms untuk periksa keputusan UPSR. Elok aje aku masuk ke dalam pagar sekolah, keputusan Az sudah aku ketahui. ALHAMDULILLAH.. Az memperolehi 3A3B. Waktu tu aku dah dapat rasa yang Az pasti akan sedih dengan keputusannya. Sebabnya waktu dapat keputusan UPKKnya sebelum ini, beria juga dia menangis bila dia tak dapat 8A dan hanya dapat 7A1B. Semalamnya waktu dapat keputusan PSRAnya pun dia dah sedih bila dia dapat Jayyid Jiddan. Aku kenal anak aku tu macam mana. Jadi aku dah dapat agak reaksi Az nanti.
Waktu aku sampai di sekolah, guru besarnya belum balik dari Pejabat Pendidikan untuk ambil keputusan UPSR. Jadi aku keluar dulu ambil Han di sekolahnya. Waktu kami sampai semula di sekolah Az, guru besarnya baru sampai. Aku beritahu pada Han dan Is yang aku dah tahu keputusan Az. Tapi aku tak beritahu berapa keputusannya. Biarlah Han dan Is tunggu keputusan yang Az sendiri dapat nanti. Tapi aku dah ingatkan agar dia orang raikan saja berapa pun yang Az dapat tanpa apa-apa komen. Banyak nama yang sudah di panggil. Tak mengikut urutan berapa A yang dapat pun. Tapi nama Az memang agak lambat dipanggil. Is dah menunggu adiknya di luar pintu dewan. Sekejap lepas tu Han pula menyusul. Bila nama Az dipanggil aku terus menunggu Az datang kepadaku. Dari jauh, Az dah menunduk dengan wajah yang muram. Is peluk aje adik dia. Han pun peluk adik dia. Bila sampai kat aku, Az hulur slip UPSR dia gaya nak tak nak dan terus duduk sebelah aku. Aku ucap tahniah pada Az. Beritahu dia dah bagus dah keputusan dia. Tapi Az terus tunduk aje. Aku tahu dia dah menangis dah waktu tu. Sebaknya bila tengok kehampaan dia. Aku peluk Az cakap aku bangga pada dia. Han dan Is pun cakap perkara yang sama pada Az dengan mata yang berkaca-kaca. Ikut sebak juga bila tengok adik dia orang sedih sangat macam tu.
Puas aku, Han dan Is pujuk Az. Tapi dia terus sedih. Terus menangis takde suara dan tak angkat muka. ALLAH.. sedih sangat agaknya. Terus aku ajak dia balik aje dan cakap happy-happy nak belanja makan. Tapi dia tak heran pun nak pergi makan. Dah sedih sangat. Sebelum balik tu sempat jumpa dengan cikgu-cikgunya nak ucap terima kasih sebab tahun depan dah takde anak-anak aku bersekolah di situ lagi. Semua cikgu pun ucap tahniah pada Az dan kata dah baik dah keputusan dia tu. Pujuk cakap jangan sedih sangat. Cikgu-cikgu yang kenal Han dan Is, cakap bisik-bisik dengan aku kata agaknya Az sedih sebab dia tak dapat sama macam abang dengan kakak dia. Mungkinlah juga. Padahal pada aku sendiri, semua itu tak jadi hal langsung. Takde perbandingan antara keputusan anak-anak aku sendiri mahupun anak-anak orang lain. Bagi aku Az sedih sebab dia tak mencapai targetnya sendiri. Keputusan Az dah meningkat dari yang sebelumnya pun dah cukup baik untuk aku. Bila Az terus sedih kami terus bawak dia balik walaupun ramai lagi pelajar dan ibu bapa terus berada di sekolah tu. Sebelum balik rumah aku bawak anak-anak pergi makan dulu. Bukan main baik lagi Han dengan Is layan adik dia yang sedih tu. Tapi Az terus diam. Tanya pun dia diam aje. Buat-buat lawak pun dia tak gelak. Aduhailah anak. Balik rumah aku suruh dia tidur kejap sebelum pergi sekolah agama biar tenang sikit perasaannya tu.
Lepas zohor waktu nak hantar Han ke sekolah, ada kotak KFC kat atas tembok pagar rumah. Rupanya cikgu yang bagi dan kirim pada kawan Az yang tinggal satu taman sebab Az dah balik awal. Terima kasih banyak buat gurunya yang prihatin. Itu pun tak buat Az senyum lagi. En.asben balik kerja pun dia sedih lagi. Bila ayah ucap tahniah dan peluk, Az menangis lagi. ALLAH. Sebelum balik kerja lagi en.asben dah ajak makan di luar untuk meraikan Az. Tapi bila tanya Az nak makan kat mana dia senyap aje. Jadi bagi dia masa untuk fikir dulu. Lepas maghrib kami baca yaasin sama-sama. Lepas tu en.asben hantar Az pergi kelas keyboard. Ambil dia dari kelas baru pergi makan. Itu pun dia tak cakap juga nak makan kat mana. Sudahnya pergi makan kat D'One Steak Bangi aje. Dekat dengan rumah sebab semua orang dah lapar he..he.. Hari jumaat tu pun sedih juga lagi. Tanya sepatah, jawab sepatah. Patah hati betul dia! Petang tu dapat kat WA tentang pengumuman dari Kementerian Pelajaran kata keputusan 3A3B pun layak untuk memohon ke sekolah asrama penuh. Aku tunjuk kat Az mesej tu. Tunjukkan juga graf pemarkahan yang naik untuk tahun ni. Barulah dia senyum sikit. Walaupun bukannya dia nak masuk asrama, tapi dia dah dapat terimalah yang keputusan dia masih lagi baik.
Hari sabtu ada hari konvokesyen di sekolah agama. Muka nampaklah ceria sikit. Pagi tu dia yang baca doa untuk majlis. Lepas tu masuk nasyid dia jadi penyanyi utama. Az memang berani bab public speaking ni. Kira dua tiga kali jugalah turun naik pentas. Tak disangka, dia dapat anugerah Tokoh Pelajar Cemerlang Aulad. ALHAMDULILLAH..Tapi Az ni memang lain sikit. Bila dia dapat apa-apa yang membuatkan dia happy, dia takkan tunjukkan rasa tu. Kita ucap tahniah pun dia buat selamba aje sebab dia malu. Tapi kalau dia frust tak dapat apa yang dia harapkan, mulalah sedih dan tunjuk perasaan tu he..he.. Walau apa pun aku tetap gembira dengan setiap pencapaian Az. Az pun nampak happy semula selepas majlis di sekolah agama tu. Takde dah diam dan sedih lagi. Kalau kita usik-usik dia pun dia dah senyum. Syukur. Petang tu dia datang cari apa entah kat bilik aku. Muka dah terus ceria seperti biasa. Bila tengok dia macam tu, aku pun panggil dia duduk dekat aku. Aku tanyalah, Bb dah okey ke? Dia senyum malu-malu. Lepas tu aku cakaplah kat dia. Inilah yang dinamakan kehidupan! Bukan semua yang kita nak kita dapat. Kita dah usaha, kita dah doa. Jadi apapun yang kita dapat itulah rezeki kita. Jadi kena bersyukur. Tak perlulah nak sedih sangat sebab ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
Az angguk aje bila aku cakap macam tu. Harap-harap dia benar-benar memahaminya. Semoga Az dapat pengajaran yang baik dari apa yang berlaku. Bila harapannya tak tercapai, tentulah dia sedih. Semua orang begitu. Yang membezakan hanyalah kadar kesedihan itu dan bagaimana setiap orang menerimanya. Bila tengah sedih, orang lain cakap apa pun, hati tetap sedih. Bila dah tak sedih barulah dapat berfikir dengan tenang. Waktu di majlis sekolah agama, aku jumpa ustazahnya. Tahun ni tahun terakhir juga anak-anak aku bersekolah di situ. Jadi aku nak ucapkan terima kasih buat ustazah-ustazahnya. Bila jumpa ustazah, ustazahnya cerita yang bila dia tanya Az dapat UPSR berapa mata Az bergenang bila beritahu keputusannya. Ustazah tanyalah, mama kamu marah ke? Dia cakap tak. Memang aku tak marah pun sebab aku memang bising time anak-anak taknak berusaha untuk belajar. Lepas dapat keputusan aku selalu cool aje. Ustazah ucap tahniah dan kata Az seorang yang baik akhlaknya. Patuh dan mendengar kata. ALHAMDULILLAH.. syukur. Terima kasih banyak buat semua guru-guru, ustaz dan ustazah anak-anakku yang baik budi dan banyak jasanya. Doaku semoga kesemua guru, ustaz dan ustazah mereka sentiasa di rahmati ALLAH. Semoga anak-anak kita semua cemerlang di dunia dan di akhirat.

Az dengan anugerah sekolah agama yang dia dapat
dan dengan mata bengkak yang dia dapat sebab sedih sangat sebelum tu..
Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.