Assalamualaikum..
Selamat tahun baru 2018 untuk semua.
Aci tak nak tulis kisah di hujung tahun 2017 di awal tahun baru ni? Aci boleh ajelah ya hehe..
Pada 24 Dec 2017, emak mertua ada buat majlis khatam Al-Quran di rumah untuk kumpulan mengajinya di surau. Dah terlanjur nak buat majlis tu, MIL ajak Az untuk join sekali sebab cucu-cucunya yang lain semua dah buat majlis khatam Quran. Tinggal Az seorang aje yang belum buat lagi. Mulanya nak ajak sekali Firhan, anak buah aku untuk join sekali. Tapi pada tarikh tu Firhan ikut papanya bercuti ke Kedah. Jadi Az seorang ajelah. Sebab Az seorang dan dia pun nampak tak confident nak mengaji seorang aku pujuklah abang-abangnya Is dan Fareez untuk temankan. Mulanya memang dia orang taknak. Segan agaknya. Alhamdulillah.. lepas dah pujuk-pujuk tu dia orang setuju nak temankan. Jadi bertigalah mereka mengaji bersama join kumpulan mengaji MIL untuk khatam Al-Quran. Alhamdulillah.. Majlis berjalan lancar. Seronok dengar alunan ayat-ayat Al-Quran bergema di baca beramai-ramai. Semoga majlis mendapat berkat dari ALLAH.
Is memulakan bacaan dengan Surah Ad-Dhuha.
Waktu majlis Khatam Quran Is pada tahun 2013.
Dulu, bukan main tembam lagi is. Sekarang dah kurus.
Khatam sekali dengan Ian dan Aqilah. Waktu ni semuanya baru habis UPSR. Alhamdulillah.. tiga-tiga orang dapat 5A. Tahun ni dah nak ambil SPM dah mereka. Semoga kesemuanya akan dapat keputusan yang cemerlang juga dalam SPM, menjadi anak-anak yang soleh dan cemerlang dunia akhirat..
In shaa Allah.
Waktu majlis Khatam Quran Is pada tahun 2013.
Dulu, bukan main tembam lagi is. Sekarang dah kurus.
Khatam sekali dengan Ian dan Aqilah. Waktu ni semuanya baru habis UPSR. Alhamdulillah.. tiga-tiga orang dapat 5A. Tahun ni dah nak ambil SPM dah mereka. Semoga kesemuanya akan dapat keputusan yang cemerlang juga dalam SPM, menjadi anak-anak yang soleh dan cemerlang dunia akhirat..
In shaa Allah.
Az mengaji penuh confident bila abang-abang sudi menjadi peneman.
MIL kata, bagus bacaan Az. Sebelum ni waktu trial merangkak-rangkak juga bacaan dia sebab dah lama khatam Quran dengan mengaji berguru. Dekat rumah mengaji sendiri-sendiri aje. Dia pulak memang ada pelat sikit-sikit untuk sebut ALLAH dan beberapa huruf jawi yang lain. Tapi seminggu sebelum tu memang aku minta dia baca surah-surah untuk khatam tu setiap kali lepas solat fardhu. Pada waktu aku kerja Az akan mengaji dengan Is. Untuk bacaan selepas solat maghrib dia akan mengaji dengan aku. Bila dah banyak kali mengulang jadi lancarlah bacaannya. Dua hari sebelum tu pun waktu kat Dash Box mengaji tak boleh tinggal. Sebelum terjun kolam dia mengaji dulu. Alhamdulillah.. waktu hari khatam Quran bacaan Az dah semakin baik. Abang-abang pulak asyik tergagap sebab nervous mengaji depan ustazah dan nenek-nenek senior.
Alhamdulillah.. Az dapat mengaji Quran dengan baik.
Oh.. Bunga-bunga pahar tu emak mertua aku buat sendiri tau. Cantik kan? Beg goodies kat belakang tu pun cantik. Emak mertua memang kreatif. Jadi apa yang dibuat dan dipilih untuk gubahan semua nampak menarik. Gubahan bunga kat rumah pun buat sendiri. Semua cantik-cantik. Rumah MIL aku memang penuh bunga. Semuanya berlainan gubahannya. Aku suka sangat.
Kumpulan mengaji dari Surau Al-Amin, Seksyen 8.
Kumpulan ni dari Surau kawasan perumahan aku. MIL mengaji kat situ. Jadi kenallah kebanyakan ahli kumpulan ni. Dulu waktu hari sabtu selalu juga join ikut kelas agama kat surau tu. Tapi bila-anak-anak dah ada aktiviti waktu hari sabtu dan hari sabtu juga nak uruskan emak dan anak-anak arwah adik aku kat rumah Kajang, jadi tak dapat nak join lagi. Nak pergi selang-selang aku sendiri yang segan. Sebab sibuk nak uruskan hal mengambil dan menghantar anak-anak. Kalau hari sabtu tu kadang-kadang en.asben pun mengajar kelas aikido. Jadi memang akulah kena uruskan semua tu. Eh.. panjang pulak perempuan ni punya alasan tak pergi kelas mengaji kan hehehe..
Turn Fareez pulak mengaji.
Lepas Fareez semua ahli kumpulan akan mengaji surah seterusnya bersama-sama. Lepas tu ulang balik turn dari Is.
Alhamdulillah.. Khatam Quran selesai.
Gambar beramai-ramai buat kenangan.
Terima kasih Nenek Munah dan Kumpulan Mengaji Surau Al-Amin.
Terima kasih Nenek Munah dan Kumpulan Mengaji Surau Al-Amin.
Mama mana mama? Hehehe.. Mama tengah sibuk atur-atur makanan kat luar sebelum orang keluar makan. Makanan untuk hari tu emak mertua tempah dari caterer. Nasi bariani, ayam goreng berempah dan dalca. MIL top up yang masak sendiri dengan daging masak hitam, fruit and veggie salad, spagatthi bolognese, pulut kuning dan kuih-muih. Kuih muih banyak. Yang disediakan dah sedia banyak, yang orang bawa pun banyak juga sampai tak muat meja. Alhamdulillah.
Candy Buffet pun ada juga.
Cup cake semua home made. Tapi bukan made by me lah hahaha..
Ada carrot cheese, red velvet dan coklat kek. Semua MIL, kakak ipar dan anak buah yang buat. Pulut kuning dan serunding tu sedap sangat.
Ada mashmallow, gula-gula dan lolipop juga untuk budak-budak.
Ada mashmallow, gula-gula dan lolipop juga untuk budak-budak.
Happy birthday Kak Mona and Raudah.
Birthday Kak Mona 21 Dec. Jadi kita celebrate birthday kakak ipar sekali. Cantik, slim dan awet muda aje Mak Long. Anak sepupu pun join sekali sebab birthdaynya pun tarikh dekat-dekat.
Petang hari sebelum tu, kakak ipar dan anak-anak buah gigih decorate candy buffet ni. Buat simple-simple pun dah menarik.
Majlis bermula awal. Pukul 10 pagi dah mula majlis khatam Quran. Jadi by 11 lebih tu dah selesai. Sementara nak tunggu katerer hantar makanan para tetamu di jemput makan hidangan ringan dulu (spagetti, pulut kuning dan kuih muih). By the time makanan sampai tetamu pun dah kenyang. Jadi kami bungkuskan nasi dan lauk untuk kumpulan dari surau. Dalam pukul 12 orang lelaki di taman MIL pula datang untuk bacaan doa selamat. Buat kat bawah khemah di luar saja.
Acara bacaan doa selamat.
Me and my SIL.
Mama dan Ibu pun nak posing dengan prop sebelum mengemas petang tu.
Alhamdulillah.. Majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada keluarga mertua untuk majlis khatam Quran ni. Terima kasih juga buat semua tetamu yang hadir. Seronok dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. Ada rezeki kita kumpul-kumpul lagi. Semoga majlis tersebut diberkati ALLAH.
Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua.. In shaa ALLAH.