Sunday, February 24, 2019

Surah untuk mendapat ketenangan dan kekuatan.

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Beberapa hari ini, malam indah diterangi Full Moon. Tak pasti ada kaitan atau tidak, tapi buat pertama kalinya juga dalam hidup aku datang bulan sepanjang 30 hari penuh. Full moon jugalah maknanya, kan? Sudah ke klinik untuk pemeriksaan. Menurut doktor tiada apa yang luar biasa dari ujian dan pemeriksaannya. Faktor umur barangkali. Semoga tiada apa-apa yang tidak kena dengan kesihatanku.. in shaa ALLAH.

Datang bulan pada kadar biasa pun selalunya emosiku tunggang langgang. Inikan pula bila datang bulan sepanjang sepenuh bulan. Maka bergandalah emosi tunggang langgangnya he..he.. Aku pula sejenis manusia yang masalah orang pun aku boleh ikut emosi. Inikah pula masalah sendiri huhu..

Tiada siapa boleh lari dari ujian ALLAH. Tiada apa yang boleh berlaku tanpa izin dari ALLAH. Bila ALLAH kata jadi, maka jadilah. Siapa kita untuk menolaknya. Sekecil perkara boleh menjadi penyebab kepada sesuatu yang besar. Segala 'ter' bisa terjadi tanpa disedari. Jika ALLAH boleh bagi ujian, ALLAH juga boleh bagi hikmah dan petunjukNYA. 

Badan bergetar sepanjang hari. Tangan mengigil tak henti. Hilang selera makan. Tak mampu untuk tidur. Untuk orang seperti aku yang kaki makan dan kaki tidur, semua itu petanda yang ujian untukku kali ini sangat hebat. Antara ujian besar paling sakit dan perit untuk aku kali ini. 

Benarlah setiap yang berlaku ada hikmahNYA. Janji ALLAH, setiap kesukaran disertai dengan kemudahan! Ujian yang besar disertai dengan hikmah yang cukup besar juga. Pilihan di tangan sendiri. Mahu bangkit dan perbetulkan segalanya atau terus jatuh mengenang nasib tanpa berusaha untuk memperbaikinya.

Aku pilih untuk bangkit. Aku bukan orang yang kuat. Tapi kali ini aku pilih untuk tidak mengalah. Aku perlu kuat. Tapi untuk menjadi kuat tidaklah semudah yang dikata. Pagi memasang tekad untuk kuat. Petangnya sudah cenderung untuk mengalah. Malamnya sudah bertekad untuk melupakan. Siangnya apa yang ingin dilupakan berulang-ulang dalam ingatan.

Payahnya untuk bangkit. Payahnya untuk move on. Tapi demi kelangsungan hidup, sesuatu harus dilakukan. Langkah pertama aku ambil. Tiada siapa yang dapat membantuku selain dari ALLAH. Dalam sujud, aku mohon keampunannya. Aku bertaubat kepada ALLAH atas setiap dosaku. Aku perlu perbaiki diri sebelum membetulkan perkara yang lain. 

Terus bersedih takkan boleh merubah segalanya. Apa guna mengharapkan simpati kalau simpati itu sendiri tak memberikan kebaikan apa-apa kepada diri kita sendiri. Sebelum kasihankan orang lain, kita perlu kasihankan diri sendiri terlebih dahulu. Untuk bangkit aku perlukan kata-kata perangsang yang boleh buat aku jadi kuat. Banyak tips-tips berguna yang aku jumpa. Lagi tajam ayat nasihatnya, lagi kuat hati untuk menerima di akhirnya.

Jangan cuba buat kerja orang lain. Jangan cuba untuk buat kerja ALLAH! Apa yang perlu ialah buat kerjaku sendiri. Itu tips yang aku temui. Cari salah sendiri dan perbaiki. Tak perlu cari salah orang lain dan cuba untuk perbetulkan. Sebab kita tak mampu mengubah orang lain. Kita tak mampu ubah takdir ALLAH. Tapi kita boleh mengubah diri kita sendiri. 

Dalam mencari tips untuk kuat dan tenang, aku jumpa ayat ALLAH yang cukup indah. Surah Al-Inshirah (Surah Alam Nashrah..) Tapi sebelum itu hati yang tak kuat tetap mahu mempertikainya. Mampukah  ayat itu memberikan aku kekuatan dan ketenangan? Syukur dalam mempertikai aku juga menemui jawapan. Jika ayat ini mampu memberi kekuatan dan ketenangan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang mempunyai masalah umat yang cukup besar. Takkanlah ayat itu tak mampu membantuku dengan masalah yang tidak sebesar mana untuk dibandingkan dengan masalah Rasulullah s.a.w.

Aku meyakini yang ayat ini akan dapat membantuku. Sejak pagi aku membacanya berulang-ulang. Menjelang petang, aku mula dapat ketenangan dan kekuatan. Masya ALLAH.. Agongnya ayat ALLAH. Waktu ini, aku sendiri tak pasti samada masalahku sudah selesai atau belum. Tapi apa yang pasti, aku sudah punya kekuatan dan ketenangan untuk menghadapinya. Semoga segalanya dipermudahkan untukku.. in shaa ALLAH.

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

Thursday, February 7, 2019

Percutian dekat dan singkat.. Villa A Famosa.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Cuti panjang CNY sudah berakhir untukku. Hari ni aku dan en.asben sudah mula kerja. Anak-anak masih cuti sekolah sehingga hujung minggu nanti. Alhamdulillah.. cuti CNY kali ni dapat kami isi dengan percutian bersama seluruh keluarga mertua. Seronoknya rasa. Sungguhlah rasa bahagia itu satu nikmat. Bila bersama keluarga, percutian yang singkat dan dekat pun dah terasa cukup nikmat dan hebat! Alhamdulillah.. syukur. Terima kasih ALLAH.

Mula merancang cuma dalam 2 atau 3 minggu lepas aje. Cari-cari hotel kakak ipar jumpa Villa di A-Famosa. Teruslah booking sebelum dibooking oleh orang lain hehe.. Biasalah bila cuti panjang. Banyak hotel yang penuh. Cadangan asal nak ke Desaru pun tak menjadi sebab hotel kat area situ penuh. Tujuan utama percutian kali ini adalah untuk meraikan harijadi emak mertua. Alhamdulillah.. sambil meraikan emak dapat kami berkumpul bercuti bersama-sama satu keluarga. Semoga ALLAH memberkati dan merahmati kami dan kita semua.. in shaa ALLAH.

Hari sebelum kami buat karipap. Perap ayam dan sosej siap-siap untuk buat BBQ. Kakak ipar bawa kambing. Kami ke Melaka pada hari isnin 4 Februari. Aku dan en.asben sama-sama apply cuti. Kami bergerak dari rumah pukul 11 pagi. Berkumpul di rumah kakak ipar dulu. Dalam seronok nak berjalan, aku kena sakit perut pula sejak pagi. Jadi sebelum bertolak tu terpaksalah berhenti ke tandas 2 kali sebelum sampai ke destinasi. Alhamdulillah.. selepas itu keadaan perut terus baik. Syukur.

Sebelum keluar memang dah prepare bekalan untuk makan tengah hari sebab dah plan untuk berkelah tepi laut sebelum check in. Lagipun check in di Villa A Famosa pukul 4 petang. Jadi kami ada banyak masa lagi. Kami singgah ke Pantai Pengkalan Balak untuk lunch. Penuh tikar makanan yang di bawa. Kami bawa nasi, kari ayam, sayur, karipap dan keropok. Emak mertua dan kakak ipar bawa nasi impit, kuah kacang, sayur lodeh, ayam blackpaper, kacang kuda, brownies dan kuih muih. Siap dengan air oren lagi. Sedaplah dapat makan ramai-ramai tepi laut.

Image may contain: 2 people, people eating, people sitting, child, table, food and outdoor
Meriah kan makanan kami hehe.. Sorang sikit bawa potluck. Penuh tikar sudahnya.. Alhamdulillah.. 

Image may contain: one or more people, people eating, people sitting, table and food
Periuk nasi ada, periuk ada, termos air ada he..he.. Senang. Angkut semua. Nak panaskan nasi dan lauk pun nanti senang. Pinggan, sudu, senduk, cawan, pisau, tisu, plastik sampah semua lengkap. 

Image may contain: 1 person, standing, ocean, sky, child, shoes, outdoor, nature and water
Makanan dah sedap. Makan pulak tepi laut. ALLAH.. bertambah sedap jadinya.

Image may contain: 20 people, including Hanis Azla Rafeah Salim and Mona Salleh, people smiling, people sitting, tree, child, shoes and outdoor
Petanda perut kenyang senang hati hehe.. 
Mana yang mata tertutup tu bukan sebab mengantuk kena angin laut atau kekenyangan makan. Tapi sebab panas lit-lit waktu tu. Nak buka mata pun silau.

Image may contain: 20 people, including Hanis Azla Rafeah Salim and Ilman Bhrm, people smiling, people sitting, tree and outdoor
Kita abadikan gambar kenangan di Pengkalan Balak sebelum balik. 

Selesai makan, kami terus bertolak ke A-Famosa. Kami sampai di A-Famosa dalam pukul 3.30 petang. Alhamdulillah.. Villa dah boleh masuk. Gotong royong semua angkat barang masuk banglo 4 bilik. Alhamdulillah.. Rumah bersih, kawasan sekeliling rumah bersih. Kolam mandi pun bersih. Paling best bila kami dapat villa yang kolamnya di belakang rumah. Jadi kolam tu terlindung dari  perhatian orang yang lalu lalang. Jadi rasa lebih privasi untuk kami sekeluarga mandi kolam. Lepas solat jamak zohor dan asar baru beri izin anak-anak untuk terjun kolam. Alhamdulillah.. seronok semuanya dapat mandi kolam. Meriah berebut pelampung. Syukur teringat nak keluarkan pelampung dari stor malam sebelum tu. Lebih selamat bila anak-anak guna pelampung sebab air kolamnya dalam juga separas dada.

Image may contain: 2 people, people smiling, swimming, pool and outdoor
Anak-anak aku asalkan ada kolam mandi, percutian kat mana pun dia orang enjoy aje. Semuanya seronok mandi kolam. Termasuklah mamanya.

Image may contain: 3 people, swimming, pool, sky and outdoor
Agak besar kolamnya. Jadi nak masuk ramai-ramai pun tak crowded. 
Nenek seronok temankan cucu-cucu mandi. Sekejap lepas tu anak-anak dara pun turun join mandi kolam sekali. Barulah berbaloi-baloi booking villa ada pool bila ramai yang nak turun mandi. Alhamdulillah.. kami puas hati dengan kolam di sini. Kolam di belakang rumah terlindung dari pandangan orang lain buat kami rasa lebih provasi nak mandi manda bersuka ria satu keluarga.

Image may contain: one or more people, plant, tree, pool, outdoor and nature
Dalam pukul 6 petang kami mulakan bakar BBQ.

Image may contain: outdoor
Ayam bakar, kambing bakar, sosej bakar.
Alhamdulillah.. sedap semuanya.

Image may contain: one or more people, people sitting, child, table and food
Kita gilir-gilir membakar. Tapi anak-anak bujang tu setia dari awal hingga selesai. Baguslah Irfan dan Ilman.

Image may contain: 2 people, including Ilman Bhrm, people sitting, people eating, child, table, food and outdoor
 Telan liur bila tengok balik gambar ni hehe.. Waktu membakar pun dah terliur sebenarnya. Jadi semuanya seronok membakar sambil makan. Nak rasa okey ke tidak katanya hehe.. Alhamdulillah.. sebelum maghrib.. semua perapan yang dibawa selesai dibakar dengan jayanya.

Image may contain: one or more people and indoor
Malam tu kami solat maghrib dan isyak berjemaah.

Image may contain: one or more people, wedding and indoor
Semoga kita dan keturunan kita semua terdiri dari golongan yang menjaga solat.. in shaa ALLAH.

Image may contain: 4 people, including Zuraidah Miskun, people smiling, people sitting, food and indoor
Lepas solat kami celebrate birthday emak.
Tumpang sekali Az dan Firhan yang sambut harijadi dalam bulan Februari.

Image may contain: 2 people, including Zuraidah Miskun, people smiling, people sitting, people eating, table, food and indoor
Sama-sama potong pulut kuning dengan nenek. 
Kakak ipar buat pulut kuning dengan rendang. Sedap!
Mil buat Puff ayam. Mak Long buat cheese cake. Semua pun sedap. Diet??? Hancusss hehehe..

Image may contain: 4 people, including Zuraidah Miskun, people smiling, people sitting, living room, table and indoor
The paparazi hehehe..
Bagus bila ramai yang ambil gambar. Bila masing-masing upload gambar kat grup senang kita nak update blog hehe.. Nak update kat FB pun senang.

Image may contain: 11 people, including Zuraidah Miskun and Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, indoor
Gambar kenangan kami sebelum makan malam.
Banglo 4 bilik 2 bilik air ni sangat selesa buat kami yang seramai 21 orang.

Image may contain: 11 people, including Nahlia Salleh, Zuraidah Miskun and Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling
Kaum hawa yang manis.

Image may contain: 6 people, including Nahlia Salleh and Zuraidah Miskun, people standing and indoor
Majlis tak formal kan. Berbaju tidur aje semuanya walaupun nak meraikan majlis harijadi hehe..

Image may contain: 8 people, people sitting and indoor
Atuk, ayah, the boys and gegirl.

Image may contain: food
Juadah kami malam tu. BBQ ayam dan kambing, mashed potato,pulut kuning dan rendang plus balance makanan tengah hari yang tak habis lagi.
Alhamdulillah.. kenyang perut dengan makanan yang lazat.

Image may contain: table and food
Nyummm.. nyummm..

Malam tu elok aje dah letakkan kepala kat bantal atas katil, hujan turun dengan lebatnya. Maka dapatlah tidur dengan lena walaupun katil dan bantalnya rasa tak berasa selesa. Bangun pagi lepas solat subuh, anak-anak sambung tidur balik. Aku terus bangun. Tolong kakak ipar kat dapur untuk sediakan sarapan. Pagi tu kakak ipar buat nasi lemak. Sambal tumis, ikan bilis goreng dan kacang dah siap-siap masak dari rumah. Kakak ipar ada bawak fillet ayam dan keropok lekor juga. Jadi tinggal goreng aje. Aku buat nasi goreng dari nasi putih lebihan semalam. Panaskan juga lebihan makanan yang tinggal. Seperti makan tengah hari dan makan malam semalam, juadah untuk sarapan pun meriah juga. Syukur atas nikmatNYA. Selepas sarapan, aku pun join mandi kolam bersama anak-anak. Geram kut tengok kolam tu dari semalam he..he.. Ajak MIL join sekali. 

Image may contain: 1 person, swimming, pool, outdoor and nature
Bestnya dapat mandi kolam. Air pun tak sejuk. Berbaloi-baloi bawak pelampung banyak. Boleh mama jadi dugong hehe..

Image may contain: 3 people, pool, outdoor and water
Konsep dia. Pelampung kena share. Main sama-sama. Biar semua orang dapat rasa.

Image may contain: 1 person, swimming, pool, outdoor, nature and water
Alhamdulillah.. Nenek pun seronok mandi kolam. Dah lama sangat nenek tak berenang. Sebab kawasan kolamnya tersorok di belakang rumah dan kolam tak share dengan orang lain, dapatlah nenek join sama. En. asben pun sekejap lepas tu join mandi kolam jugak.

Selesai mandi kolam terus siap-siap mandi. Lepas tu kemas-kemas beg. Selesai kemas beg kita kemas dapur pulak. Pack makanan dan bekas makanan untuk dibawa balik. Tepat pukul 12 tengah hari kami check out dari banglo. Alhamdulillah.. percutian yang menarik di Villa A Famosa. Kami sekeluarga sangat berpuas hati. Ada rezeki boleh datang lagi.. in shaa ALLAH. Harga untuk semalam plus tax kakak ipar booking di Agoda dalam Rm750 macam tu. Sebelum bertolak balik kami singgah di Freeport A Famosa outlet. Dah alang-alang lalu kan. Terletak sebelum pintu masuk ke A Famosa. Parking penuh sampai ke hujung. Kami tak shopping apa-apa pun. Jalan-jalan cuci mata aje. Itupun tak lama sebab MIL tak larat nak jalan. So cepat-cepat kita habiskan tour. Kesian kat nenek.

Image may contain: 6 people, including Nahlia Salleh, Zuraidah Miskun and Mona Salleh, people smiling, people standing
Cantik dalam Freeport A Famosa tu. 
Jadi bolehlah ambil gambar kat sini buat kenangan.
Emak, ayah, kak li, kak mona dan anak buah Ana dan Ian.

Image may contain: 5 people, including Nahlia Salleh, Zuraidah Miskun and Mona Salleh, people standing
Emak, Kak Li, emak, mak long dan ayah.
Paling best bila berjalan dengan family mertua sebab emak dan anak-anak buah aku semuanya boleh join sekali. Tambah meriah jadinya bila ramai. Syukur.

Image may contain: 2 people, including Zuraidah Miskun, people smiling, people standing and outdoor
Emak dan Kak li. Much love.
Thank you Kak Li plan percutian untuk kami.

On the way balik Bangi kami lalu jalan lama. Singgah solat kat surau. Lepas tu singgah makan masakan salai kat Tampin. Alhamdulillah.. dapatlah semua orang merasa salai di Tampin walaupun lauknya tak banyak yang tinggal. Cukup-cukup aje untuk kami sekeluarga makan sikit seorang. Selepas makan kami terus bergerak balik Bangi. Alhamdulillah.. perjalan kami ke Melaka pergi dan balik sangat lancar tanpa menempuh sebarang kesesakan. Itu pun rezeki juga. Syukur. Kami selamat sampai di rumah dalam pukul 5 petang. Sebelum berpisah sempatlah agih-agihkan makanan. Jadi malam tu tak payah nak masak hehe.. Alhamdulillah.. percutian kami sekeluarga ke Villa A Famosa telah berakhir dengan selamat serta segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Terima kasih ALLAH. Semoga ada rezeki lagi untuk kami bercuti satu keluarga di lain kali.. in shaa ALLAH.

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Fi amanillah.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...