Assalamualaikum..
Amboi tajuk! Hahaha.. Padahal cuma nak bercerita pasal bertugas di negeri kelahiranku Johor Darul Takzim. Hujung bulan October aku out station ke Johor. Mengacarakan dua program jabatan di Persada Johor, JB dan di Kolej Vokasional, Tanjung Piai. Program selang sehari. Termasuk persiapan dan acara rehearsal, 4 hari juga tugasan luar di Johor.
Istimewanya tugasan luar kali ini adalah aku dapat kembali menyanyikan Lagu Negeri Johor. Kali terakhir dapat nyanyi lagu Negeri Johor waktu umur 9 tahun. Setelah 34 tahun, aku dapat kembali menyanyikan lagu tersebut. Alhamdulillah.. masih ingat lagi lagu tu.
Selesai rehearsal petang tu, malamnya ada masa sikit. Kami jalan-jalan ke Pasar Karat yang letaknya di belakang hotel. Punyalah banyak jualan. Aku cuma beli dua helai inner tudung aje he..he.. Sebab memang nak cuci-cuci mata aje pun disamping nak exercise dengan berjalan sebab makan kat hotel sedap.
Hari majlis. Alhamdulillah.. Semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya.
Syukur.. Ada team bekerja yang sangat best.
Sebelum majlis bermula kami posing-posing untuk kenangan.
Di hujung-hujung tahun ni macam berturut-turut kena mengacarakan majlis. Kalau sebelum ni mereka tanya dulu. Sekarang ni tahu-tahu nama dah masuk memo. Tak apalah. Kita mudahkan urusan orang. Semoga ALLAH permudahkan urusan kita pula. Bak kata mantan pengarahku, kalau orang tak percaya, orang tak beri tanggungjawab tu. In shaa ALLAH.. aku usahakan sebaiknya.
Puas dapat bergambar dengan bendera Johor. Ya.. Saya bangsa Johor.
Selesai tugasan di Persada JB, kami bergerak ke Tanjung Piai pula. Pertama kali aku ke sana. Kami menginap di Kukup Golf Resort. Petang masa sampai tu sempatlah juga berjalan-jalan sekitar Tanjung Piai. Dah sampai tempat orang kita tengok-tengoklah tempat orang.
Alhamdulillah.. Majlis di sini juga berjalan lancar dan dipermudahkan.
Terima kasih ALLAH.
Program di sini merupakan program terakhir Pengarah kami sebelum bersara. Kami raikan birthday Pengarah lebih awal. Alhamdulillah.. surprise yang dirancang menjadi. Selesai majlis kami bertolak balik ke Bangi. Jalan jem huhu.. Maghrib baru sampai rumah. Alhamdulillah.. perjalanan selamat. Selamat juga melepas rindu pada keluarga tersayang. XOXO
Balik ofis minggu hadapannya mengacarakan Majlis persaraan Pengarah dan pertukaran Timbalan Pengarah. Alhamdulillah.. dapat ketua yang baik dan hebat juga rezeki. Syukur Alhamdulillah.
Program jabatan minggu lepas. Alhamdulillah.. setiap kali program dapat kerjasama yang baik dari kawan-kawan. ALLAHU.. Terima kasih ALLAH yang mengizinkan segalanya.
Wajah ceria setelah majlis berjalan dengan lancar. Syukur Alhamdulillah.
Alhamdulillah.. Tugasan mengacara lagi.
Dulu aku tak bercerita pada emak aku mengacarakan majlis. Bila selalu kena outstation emak tertanya juga apa tugas aku. Waktu tu aku tak beritahu hehe.. Tak tahu kenapa? Macam segan haha.. Bila waktu mengacara banyak kali pula aku terpaksa reject call emak, terus rasa tak best pulak. Jadi sejak akhir-akhir ini aku beritahu emak aku mengacarakan majlis. Hari tu sebelum ke Johor emak tanya, tak takut ke Long cakap depan orang? Hehe..Takut memanglah takut. Tapi pengalaman itu memang guru terbaik. Sekarang pun setiap kali program masih ada lagi rasa takut dan gementar. Cumanya sekarang aku lebih berkeyakinan dan sudah mampu mengawal perasaan itu dengan lebih baik . Setiap kali itu, tarik nafas, selawat dan doa banyak-banyak. In shaa ALLAH.. Dengan izin ALLAH.. segalanya dipermudahkan. Terima kasih ALLAH.
Terima kasih en.asben dan terima kasih emak kerana selalu mendoakan.
Alhamdulillah.. Dalam kesibukan dengan pelbagai program ofis dapat kiriman belon dan coklat dari officemate lama yang merindui kami di sini. Surprise! Allahu.. Indahnya persahabatan. Jauh di mata tetap dekat di hati. Thank you so much Yus. Semoga rezeki Yus terus melinpah ruah dan dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan di dunia dan di akhirat.
Alhamdulillah.. Dalam kesibukan dengan pelbagai program ofis dapat kiriman belon dan coklat dari officemate lama yang merindui kami di sini. Surprise! Allahu.. Indahnya persahabatan. Jauh di mata tetap dekat di hati. Thank you so much Yus. Semoga rezeki Yus terus melinpah ruah dan dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan di dunia dan di akhirat.
Alhamdulillah.. siap juga entry ini. Lama betul ambil masa nak siapkan. Mood menulis tak berapa datang. Selain sibuk dengan program ofis, sibuk juga menguruskan perkara untuk keluarga yang mengembirakan. Jadi perhatian lebih tertumpu kepada perkara itu. Excited rasanya. Semoga ALLAH permudahkan segalanya. Sekian dulu. Sampai jumpa lagi.
Salam hormat buat semua tetamu di blogku ini. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada buat kita semua. Fi Amanillah.