Bismillahirahmaninrrahim..
Assalamualaikum..
Bulan julai dah hampir tiba di penghujungnya. Baru tersedar tiada entry langsung di bulan julai ini. Macamkan busy sangat hehe.. padahal mood menulis tu tak berapa nak ada. Sementara bulan julai masih berbaki 3 hari lagi jadi aku cuba manfaatkan masa yang ada ini untuk menulis perkara-perkara yang berlaku dalam keluarga kami di bulan Julai 2020. Sebulan ini, banyak peristiwa yang berlaku. Jadi aku mahu simpan di sini sebagai kenangan kami sekeluarga.
Alhamdulillah.. Malam semalam pakai seluar nampak macam peha dah kecil sikit. Sikit aje pun he..he.. Tapi rasa happylah jugak. Baru teringat since Jun sebaik selepas PKP memang aku kembali buat brisk walking kat taman. Selepas sebulan lebih ni baru perasan hasilnya. Berat masih maintain dalam 59-61kg. 62kg adalah alarm aku. Kalau cecah 62kg aku akan lebih jaga makan dan tambah aktiviti harian sikit. Alhamdulillah.. dapatlah kembali maintain di angka 59-61kg. Setakat ni berat dah tak turun lagi. Takpelah.. dapat maintain pun aku dah bersyukur sangat.
Sekarang setiap pagi sabtu dan ahad memang rajin nak berjalan di taman. Dari golek-golek aje sementara nak buat sarapan atau nak keluar beli sarapan lebih baiklah buat aktiviti yang lebih berfaedah. Yang bestnya sekarang en.asben suka nak temankan. Kalau kata nak pergi taman aje dia akan temankan. I teman untuk support you ma, katanya. Allahu.. Alhamdulillah.. Jadi lagi semangat bila berteman. Kalau dengan en.asben mesti buat warm up dulu sebelum mula jalan. Kalau buat sorang-sorang dulu, aku terus jalan aje. Hehe.. itu yang sakit-sakit badan selepas tu. Dah sebulan lebih ni macam bosan pulak pusing kat tempat sama aje. Nak pergi taman yang lebih jauh rasa macam buang masa pulak. Sabtu lepas kami tukar route. Rasa lebih fresh bila pusing kat tempat baru. Selesai berjalan kami beli air kelapa muda fresh yang ada dijual di situ. Semoga kami dapat istiqamah menjaga kesihatan hendaknya. Bantu kami Ya ALLAH.
7/7/2020 - Pagi itu dapat berita yang keadaan makcikku yang telah dipotong kakinya pada februari 2020 akibat kencing manis tidak berapa baik. Menjelang petang keadaannya semakin kritikal. Lebih kurang jam 8 malam makcikku telah kembali ke rahmatullah. Entry sebelum ni aku bercerita tentang makcikku yang mewakilkan kami sekeluarga juga pakcik makcikku untuk rombongan bagi pertunangan anak sulungnya. Sepuluh hari kemudiannya, di Hospital Taiping makcikku pulang ke negeri abadi. Esoknya jam 5 pagi kami bertolak pulang ke Taiping. Aku, en.asben, emak, Gegirl dan Hafiy. Anak-anak yang lain tinggal. Han sedang final exam. Ada construction yang masih tak selesai di rumah. Jadi anak-anak lelaki yang besar-besar juga kena tinggal di rumah. Pakcik, makcik, anaknya serta seorang lagi sepupu serta anaknya naik kereta kami sekali.
Alhamdulillah.. perjalanan lancar. Hujan turun di beberapa tempat. Jam 8.30 pagi kami selamat tiba di Taiping. Jenazah arwah makcikku di bawa ke rumah pakcikku. Alhamdulillah.. kami sempat memandikan dan mengkafankan jenazah arwah makcikku bersama anak-anak arwah makcikku. Rasa sangat bersyukur kerana hubungan keluarga sebelah emak memang sangat-sangat rapat semuanya. Dulu setiap kali berkumpul kami berada bersama-sama. Waktu memandikan dan mengkafankan jenazah arwah kami juga buat bersama-sama. Allahu.. semoga kami dapat terus jaga hubungan ini sebaiknya. Semoga kami dan kita semua direzekikan untuk dapat masuk syurga bersama seluruh ahli keluarga dan orang-orang yang kita sayang.. Aamiin ya Mujib. In shaa ALLAH.
Selesai urusan pengkebumian kami ke rumah nenek saudara untuk sarapan pagi. Hubungan kami memang rapat. Jadi bila berjumpa suasana jadi sangat meriah. Selepas itu kami kembali ke rumah pakcikku untuk makan tengah hari. Siap makan nasi dijamu pula dengan laksa dan ABC. Semoga terus dimurahkan rezeki semuanya. Selesai solat kami ke rumah arwah makcikku pula. Melawat pakcikku lagi sebelum pulang. Alhamdulillah.. keadaan pakcikku yang stroke nampak semakin baik sekarang. Banyak urusan yang dapat dilakukan sendiri. Pakcikku dan anak-anaknya juga nampak kuat. Alhamdulillah. Semua milik kita hanya pinjaman kan. Bila reda dengan kehilangan hati jadi lebih tenang.
Sebelum balik ke Bangi kami singgah makan mee udang. Pakcik aku nak belanja makan. Sepupu yang di Taiping pun ada yang join sama. Selesai makan kami terus bertolak pulang. Selamat sampai rumah jam 11 malam. Alhamdulillah.. perjalanan kami selamat, urusan kami dipermudahkan dan ada rezeki dapat menjaga hubungan silaturahim. Syukur Ya ALLAH.

15/07/2020 dan 22/7/2020 - Anak-anak kembali ke sekolah selepas PKP. Semoga anak-anak kita dan kita semua terus dilindungi dan dijauhkan dari wabak Covid 19. Semoga wabak Corona Virus ini akan cepat-cepat pulih dan berakhir hendaknya.. Aamiin Ya Mujib.
18/7/2020 - Sejak petang hujan turun dengan lebatnya di sekitar Bangi dan Kajang. Hampir masuk waktu maghrib, kakak ipar telefon beritahu rumah mertua banjir. Air sungai naik akibat hujan. Selesai solat kami cepat-cepat ke rumah mertua. Hujan masih sangat lebat. Banyak kawasan yang dah mula naik air. Jalan sesak. Hampir setengah jam baru dapat sampai di rumah mertua. Waktu kami sampai air dah mula naik melepasi lutut. Waktu meredah air, air dah sampai peha. Risau sangat takut terpijak longkang. Alhamdulillah.. kami selamat sampai ke rumah mertua. Dalam rumah mertua air semakin naik lagi. Kami sama-sama alihkan barang-barang yang boleh dipindahkan ke tingkat atas. Dalam lima minit kemudiannya, rumah dah black out. Bergelaplah kami. Berbekalkan cahaya dari torch light phone kami pindahkan barang-barang meredah air sedalam paras pinggang.
Allahu.. Bila air makin naik barang-barang rumah mula terapung. Sofa dan jadi macam sampan. Fridge kat dapur pun tumbang satu-satu. Almari pun ada yang tumbang. Kereta yang ayah dah alihkan pun kena banjir bila tempat yang dialihkan pun naik air. Bila ada bas atau lori besar lalu memang dalam rumah air berombak macam kat laut tu. Alhamdulillah.. sekejap lepas tu jalan depan rumah dah ditutup. Takdelah air berombak lagi. Selesai alih-alihkan barang kami duduk aje kat tangga dalam gelap tu. Tak ada apa yang boleh dibuat pun. En. asben dan anak bujang duduk berborak di luar dengan jiran setaman. Kami yang di dalam rumah dah salin kain bersih dan masuk berehat dalam bilik. Hampir pukul 12 tengah malam en.asben dan anak-anak bujang masuk rumah semula. Hujan dah berhenti. Air dalam rumah baru surut sejengkal airnya. Kami ambil keputusan untuk balik rumah dahalu.
Esoknya sebaik selesai solat subuh kami terus ke rumah mertua untuk membantu kerja-kerja membersihkan rumah. Sebaknya tengok rumah mertua waktu tu. Lantai dan dinding berlumpur. Almari banyak yang rosak. Barang-barang rumah berselerakan. Bawang, kentang bertaburan di sekitar rumah. Allahu. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mula-mula kami jadi blur sekejap tak tahu nak mula dari mana. Perlahan-lahan mula nampak rentak dan kerja pencucian berjalan lancar. Anak cucu emak-ayah bersama-sama membantu membersihkan rumah. Alhamdulillah.. pagi tu abang ipar belikan sarapan. Emak aku juga ada masakkan nasi lemak untuk kami. Tengah hari kami makan KFC pula. Mengemas-mengemas juga. Perut tetap perlu diisi.
Alhamdulillah.. petang itu 1/3 bahagian rumah dah siap dibersihkan. Penat rasa badan. Tapi bila buat kerja sama-sama rasa penat jadi kurang. Kami balik sekejap untuk mandi dan solat. Selepas asar datang semula ke rumah mertua. Sebelum balik malam tu belikan dulu makanan untuk emak dan ayah. Beli sekali makanan untuk kami hehehe.. Ambil peluang guna alasan penat untuk dapat pelepasan tak masak hahaha.. Esoknya, isnin aku tak masuk ofis. Badan masih letih. Tapi rasa tak best pulak nak berehat di rumah sebab rumah mertua masih belum siap berkemas. Jadi selesai urusan di rumah kami ke rumah emak untuk menyambung kerja-kerja pembersihan. Banyak lagi pinggan mangkuk yang perlu dicuci. Banyak almari perlu dibuang. Semoga ALLAH mengantikan dengan sesuatu yang lebih baik buat mertuaku.. In shaa ALLAH. Setelah seminggu masih ada juga yang tak selesai dikemas. Hari ini pun anak-anak ke rumah mertua untuk membantu nenek mengalihkan almari. Tak mengapalah. Perlahan-lahan boleh cuba diselesaikan. Semoga ALLAH bantu.
25 Julai 2020 - Kenduri doa selamat di rumah kakak ipar. Esoknya anak ketiganya akan bernikah. Alhamdulillah.. dapatlah berkumpul dengan keluarga sebelah mertua. Seronoknya dapat kembali berjumpa setelah berbulan-bulan tak jumpa termasuk hari raya. Meriah sangat suasananya. Alhamdulillah.. Syukur. Hubungan keluarga mertuaku juga sangat-sangat rapat. Jadi bila berjumpa tu rasa seronok sangat. Banyak cerita yang mahu di kongsi. Rumah mertua juga baru ditimpa banjir jadi dapatlah berkongsi cerita tentang kenangan banjir. Makanan yang dihidang semua sedap-sedap belaka. Ada nasi campur, bihun sup tulang, laksam, beraneka kuih muih dan cheese cake, ada bubur, ada jagung rebus. Kami bawa fruit cocktail. Allahu.. kenyang sangat perut dibuatnya. Alhamdulillah.. syukur atas rezekiMU ALLAH.
26 Julai 2020 - Majlis pernikahan dan perkahwinan Ilman dan Marissa. Anak buah pertama yang melangsungkan perkahwinan dalam family en.asben. Alhamdulillah.. majlis pernikahan dan majlis persandingan di pihak perempuan berjalan dengan lancar dan mengikut SOP PKPP. Seramai 50 orang rombongan keluarga ke majlis di pihak perempuan. In shaa ALLAH majlis di sebelah kakak iparku akan diadakan pada bulan oktober nanti. Yeaaay.. Ada kenduri lagi. Aku kan suka kenduri kendara ni he..he.. Didoakan semoga Ilman dan Marissa sentiasa saling mencintai dan berkasih sayang kerana ALLAH, direzekikan dengan anak-anak soleh-solehah dan dilimpahkan dengan kebahagiaan yang berpanjangan till Jannah.. In shaa ALLAH.
29 Julai 2020 - Alhamdulillah.. Projek 2 loteng di rumah kami hampir siap sepenuhnya setelah sebulan. Terima kasih ALLAH. Tiada apa yang berlaku tanpa izin dari ALLAH. Hajat untuk membuat loteng menjadi kenyataan juga akhirnya. Rasa bersyukur sangat. Thank you ALLAH. Ada ruang tambahan buat kami sekeluarga di syurga dunia kami. Tak sabar nak susun barang dan mengemas rumah bersih-bersih sebaik projek ini siap sepenuhnya. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah. Semoga kehidupan kita semua akan sentiasa dirahmati dengan limpahan rahmat, limpahan kasih sayang dan limpahan perlindungan dariMU ya ALLAH. Aamiin Ya Mujib.
31 Julai 2020 - Hari Raya Aidiladha bagi tahun 2020. Semoga ibadah korban yang kita lakukan diterima oleh ALLAH. Semoga iman dan amal kita akan sentiasa terjaga.. Aamiin Ya Mujib. Hari ini ramai yang dah mula bercuti. Ada juga dah selamat balik kampung. Alhamdulillah.. Didoakan semoga semuanya sentiasa selamat dan dilindungi ALLAH sentiasa. Jaga diri dan jaga jarak kita ya. Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua!
Sekian dulu. Jom banyakkan berzikir dan berselawat.
Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada buat kita semua. Fi Amanillah.