Nuffnang

Wednesday, April 1, 2015

Takdir Fitrah Terindah dan Dia Sayang Aku di Sinar Harian..

Assalamualaikum..

Aku cuma penulis kecil yang baru bertatih. Namun impianku untuk menghasilkan karya yang baik tentunya sama tinggi dengan penulis besar yang sudah dikenali. Jutaan terima kasih buat semua yang menyokongku dalam bidang penulisan. Terima kasih juga buat Team Buku Prima, Karangkraf yang banyak membantu.  Sebagai penulis baru, setiap sokongan yang diterima mempunyai makna yang cukup besar buatku. ALHAMDULILLAH.. syukur Ya ALLAH. Sokongan yang membuatkan tulisan kecilku dapat diterima. Sokongan yang menjadi pendorong buatku untuk menulis dengan lebih baik lagi. Sokongan yang membuatkan novelku dari satu sudah menjadi dua. Jika ada rezeki insyaALLAH akan bertambah lagi kuantiti serta kualitinya. Terima kasih buat semua pembaca novelku, Takdir Fitrah Terindah dan Dia Sayang Aku. Komen-komen yang diberikan oleh pembaca sangat aku hargai. Yang baik semestinya dari ALLAH. Yang buruk pastinya dari kekurangan diriku sendiri. Semoga segala kekurangan akan dapat aku perbaiki dalam novel-novel yang seterusnya andai ada rezeki dan kesempatan, insyaALLAH.

 Sinar Harian, Ahad 29 Mac 2015

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

8 comments:

idzwa kamaruddin said...

sejujur nyer, Takdir Fitrah Terindah masih the best bagi saya..setiap kali baca masih lagi boleh buat saya menangis kak.. *malu*

idzwa kamaruddin said...

Apa pun all the best kak, smeoga terus berjaya dimasa hadapan ;)

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

semoga terus menulis dan dapat menghasilkan novel yg hebat.
all the best

azieazah said...

Motivasi yang sangat baik. Teruskan!

anakMommy said...

tahniah...and all the best

Hanis Azla said...

As-salam..

Terima kasih izwa, BSB, Kak Azie dan AnakMommy atas sokongan.. :)

Fauziah said...

Takdir Fitrah Terindah is definitely a keeper. Kadang-kadang kalau 'terbuang' masa 'terbaca' buku yang tak tentu arah isinya (selalu tak habis pun), I will go back to TFT to 'mengubat rindu' pada buku-buku yang 'berisi'.

Hanis Azla said...

As-salam Fauziah..

Alhamdulillah.. terima kasih ya atas komen yang cukup baik dan sangat membina.. Jadi bersemangat saya untuk meneruskan penulisan yang seterusnya.. TQ :)