Wednesday, March 16, 2016

Kau fikir engkau siapa?

Assalamualaikum..

Kau fikir kau siapa? Fikir engkau siapa?? Fikir engkau siapa??? Boleh blah!!!!

Pernah dengar lirik lagu tu tak? Lagu dari Nanasheme. Best juga lagu tu. Selalu dengar kat radio dan ikut menyanyi sekali. Lirik dia catchy dan sangat direct meluahkan rasa hati. Setiap kali ikut menyanyi lagu tu selalu juga terfikir sendiri. Bestnya kalau boleh cakap ayat tu pada orang yang  buat kita terasa. Tapiiiiiiii.. menjaga hati orang adalah lebih dituntut. Jadi dapat menyanyi ajelah dengan lirik lagu tu sambil dalam hati tujukan pada orang yang buat kita terasa  tu tanpa kita menyakiti hatinya kembali he..he.. Sebab kalau kita pun suka nak buatkan orang terasa balik dengan kata-kata dan pelakuan kita yang serupa seperti dia, apalah beza kita dengan orang itu, kan? Tak dapat jadi yang terbaik, jadilah yang lebih baik aje.

Aku mengaku yang aku memang jenis yang mudah terasa. Kiranya hati taklah kental bila orang memperlakukan kita macam apa. Tak kiralah dari kata-kata mahupun perbuatan. Lebih-lebih lagi dalam usia yang semakin berumur ini. Tapi walaupun terasa, selalu juga cuba buat biasa-biasa aje. Tunjuk muka macam takde apa-apa. (Situasi biasa setelah hati dan perasaan terasa sedikit reda). Sebab aku jenis yang cepat sejuk dan agak mudah untuk  memaafkan serta cepat mengalah sebab malas nak panjangkan cerita. (Tapi melupakan pastinya sangat-sangat tidak mudah!). Malah setiap kali terasa aku akan berasa kesal sendiri sebab aku ada rasa tak puas hati dengan orang lain.  Rasa yang sangat tak perlu aku layani sebenarnya huhu.. Adakalanya bila hilang sabar, selepas beberapa ketika terasa menyesal sendiri juga. Patutnya kena lebih bersabar. Tapi apa yang berlaku adalah disebaliknya. Lepas tu rasa tak best dan risau sangat kalau-kalau kata-kata dan perlakuan kita dah mengecilkan hati orang. Sedangkan hati kita yang lebih dulu terguris olehnya.

Sejak aku kecil, arwah ayah dan emak selalu mengajar tentang kepentingan menjaga hubungan silaturahim dengan orang lain. Ajaran  secara tak langsung melalui contoh perbuatan baik yang mereka tunjukkan. Alhamdulillah.. cara mereka menjadi ikutanku untuk turut menjaga hubungan silaturahim  dengan sebaiknya. Disebabkan itu, agar silaturahim terus berpanjangan, hati yang terasa selalu aku pujuk sendiri. Tak kiralah walaupun hati  sudah tercalar dengan kata-kata dan perlakuan buruk orang lain terhadapku. Walaupun aku bukanlah orang yang sabar, aku tetap tahu yang sabar itu indah. Aku juga tahu yang tiada salahnya untuk mengalah agar silaturahim tidak terputus. Walau bagaimana terasa sekali pun, aku akan pastikan silaturahim itu terus bersambung. Kalau perlu mengalah, usaha untuk mengalah. Kalau perlu memaafkan, cuba maafkan walaupun susah. Kalau perlu berdamai, pujuk juga hati biar dapat berdamai tanpa sebarang dendam.

Waktu zaman sekolah dulu, entah kenapa budak sekolah-sekolah lain selalu pandang rendah pada sekolah kami. Bagi aku dan teman-teman persekolahan, sekolah kami tiada cacat celanya. Sama aje dengan sekolah yang lain. Ada juga pelajar cemerlangnya. Tapi sekolah kami selalu dikutuk. Mungkin waktu itu budak-budak sekolah lain menilai sekolah kami begitu kerana pemikiran mereka yang cetek. Kata orang budak belum berakal sempurna. Mungkin mereka  merasa diri lebih hebat dan lebih elit  dari orang lain.  Hmmm... itu kisah dulu-dulu. Kisah baru-baru ini pula,  selepas lebih 20 tahun, pandangan bekas pelajar sekolah lain pada sekolah kami masih lagi sama. Sebagai bekas pelajar, tentulah aku dan kami semua berasa tak puas hati. Bukanlah nak join sama aktiviti ex-pelajar sekolah-sekolah lain yang konon-kononnya elit itu. Tak berminat pun! Tapi terasa betapa tak matang dan kebudak-budakan pemikiran mereka-mereka itu Kalau dulu bolehlah terima yang pemikiran mereka cetek sebab mereka masih budak-budak lagi. Tapi sekarang ini??? Hmmm..

Ada orang jenis yang hanya akan bertegur siapa dengan orang yang berkepentingan dengannya sahaja. Dengan orang yang dia kenal dan dia perlu, hanya orang itulah yang akan ditegur dan disapa. Orang lain watak dan kewujudannya hanyalah halimunan baginya. Tapi bila kita diperlukan olehnya, (selalunya nak ajak join bisnes nak minta tolong, nak tumpang tanya atau apa saja  yang berkepentingan untuknya) tiba-tiba saja watak kita hidup. Dari watak sampingan pun kita tak pernah dilihat di matanya, tiba-tiba saja watak kita terserlah di matanya. Dari langsung tak pernah nak menyapa boleh pulak berbual mesra dengan kita. Boleh pulak kita masuk list tetamu undangan dalam majlis yang akan mereka adakan.  Hmmm..

Ada orang kastanya memang lebih tinggi dalam masyarakat berbanding yang lain. Tapi untuk tidak terlalu menyerlahkan kastanya, dia masih mahu bergaul juga dengan kita. Tapi itupun mengikut keadaan yang diperlukan oleh mereka. Kalau dirasakan perlu, kita pun ditegur mesra.   Bila dirasakan tak perlu, jadi halimunanlah kita. Kalau hal itu berkaitan kepentingan  mereka, kita dulu yang dicarinya. Tapi bila waktu itu ada yang sekasta dengannya  memang kita dipandang sebelah mata. Bukanlah nak sangat berada di kalangan orang yang berkasta tinggi ni. Tak kisah pun sebab kita tahu diri dan selalunya mereka yang cari kita bila kita diperlukan. Tapi ada rasa tak puas hati bila kita dicari dan diabaikan sesuka hati mereka saja. Hmmm..

Dalam hal yang aku kisahkan seperti di atas tu, selalu buat kita jadi geram nak bahasakan balik orang-orang yang macam tu. Tapi apalah gunanya, kan? Ianya tak membawa sebarang kebaikan pun. Sekadar dapat memuaskan hati kita  untuk seketika. Hmmm.. Banyak orang, banyak ragam. Dalam banyak ragam tu, yang baik kita ambillah sebagai tauladan. Yang buruk kita jadikan sempadan dan tak perlu jadi ikutan. Jika mereka tak tahu nak jaga hati orang lain, kita pula cubalah jangan begitu. Terasa, tersinggung atau tersakit hati cubalah kita rawat sendiri.  Ataupun nyanyilah lagu Nanasheme tu --> Kau fikir kau siapa? Fikir engkau siapa?? Fikir engkau siapa??? Boleh blah!!!! He..he.. Rasa lega juga dapat nyanyikan lirik lagu tu walaupun tak dapat luahkan perasaan terasa hati kita secara direct he..he.. Sebab kalau kita cakap direct sebegitu kepada orang yang buat kita terasa, serupa sajalah kita dengan dia. Betul tak?

Salam hormat untuk semua. In sya ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi amanillah.

3 comments:

Izwa Kamaruddin said...

kita sama lagi la kak..

saya ni jenis cepat berangin tapi cepat memaafkan tapi nak melupakan memang tak lah..dan boleh je buat macam biase dgn org yg menyentapkan hati kita tu..

huhuu..siapalah kita nak dendam dendam nie kan kak...tapi tulah hati ni kannn..haishhh geram nyer dgn hati sendiri..kekeke..

Kakcik Seroja said...

Setinggi mana darjat di mata manusia, di sisi Allah Yang Satu tetap iman dan taqwa juga yang membezakan kita...

Qhaifa Nur said...

Mcm sya nmpk x byk ckp tp suka pendam dlm hati haha...ikut perangai mak..berangin..kadangkala haha

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...