Nuffnang

Tuesday, January 10, 2017

Zoo Melaka, BBQ & Melaka River Cruise..

Assalamualaikum..

Selamat Tahun Baru 2017.

Entry pertama tahun ni kita bercerita pasal cuti-cuti hujung tahun 2016. 
Cuti sekolah hujung tahun lepas memang aktivitinya penuh dengan acara berkumpul bersama keluarga aje.  Berkumpul dengan keluarga di sebelah aku dan juga berkumpul dengan keluarga di sebelah en.asben. Walaupun tak ke mana, dapat berkumpul-kumpul pun dah memberi seribu satu kenangan yang indah. Alhamdulillah.. syukur. Mana ada keluarga yang sempurna. Tapi bila kita saling cuba  melengkapi, itu pun dah cukup sempurna untuk dihargai. Semoga silaturrahim itu tambah erat dan terus diberkati dan dirahmati ALLAH. Aamiin.

Awal bulan december, sepupu aku ada buat birthday anak dia. Jadi kami sekeluarga ke Melaka. Kesian sebab tak bawa anak-anak  bercuti ke mana-mana, sengaja aku atur jadual agar kami dapat singgah di Zoo Melaka. Tak tahu kenapa, aku selalu excited nak ke zoo. Anak-anak lebihlah lagi sebab anak-anak aku jenis yang suka dan sayangkan binatang. Tapi dah lama sangat tak pergi. Kalau ke rumah makcik aku di Ayer Keroh memang kami akan lalu depan zoo melaka. Anak-anak riuh ajak singgah. Tapi selalu tak dapat sebab kesuntukan masa. Jadi bila ada masa waktu tu, bolehlah aku bawa anak-anak ke zoo tu. 

Kami di Zoo Melaka.

Syukur, Alhamdulillah. Anak-anak seronok. Aku dan en.asben pun seronok melayan anak-anak dalam zoo tu. Emak pun seronok. Tiket masuk dalam RM15 untuk dewasa dan RM7 untuk kanak-kanak dan warga emak. (Sori aku terlupa figure sebenar. Tapi lebih kurang itulah harga tiketnya). Masuk aje zoo, kami siap-siap belikan tiket tram untuk emak. Emak kan sakit kaki. Jadi tentulah lebih selesa kalau naik tram aje. Harga tiket tram RM5 untuk dewasa. Yang lain silalah berjalan kaki saja. Barulah puas nak explore zoo bila berjalan kaki kan. Boleh tengok dekat-dekat binatang yang ada di zoo tu. Boleh baca info tentang binatang-binatang yang ada di situ. Tapi letihlah juga nak habiskan pusing satu zoo tu ha..ha.. Bagi aku zoo melaka tu menarik. Silalah bawak anak-anak ke sana.

 Untuk bergambar dengan burung ni kena bayar RM5 aje. Jadi bolehlah kami sekeluarga pose dengan burung-burung yang jinak tu. Dengan muka yang berminyak-minyak juga selepas puas meronda sekeliling zoo. 

Anak-anak bujang yang dah berpeluh-peluh nak menghabiskan tour de zoo.

Kami yang excited dapat pergi zoo. 
Gambar banyak. Tapi yang dalam phone aku ada ciput aje. 
Jadilah apa yang ada ni.  

Kami masuk ke  zoo dalam pukul 11. Itupun setelah pusing-pusing mencari parking. Selesai menjelajah dalam zoo dalam pukul 1 lebih. Alhamdulillah.. Lepas tu boleh pergi berkumpul-kumpul dengan family makcik aku. Sepupu aku ada sewa homestay untuk kami buat BBQ dan lepak-lepak di sana. Jadi lebih meriahlah suasananya bila dah berkumpul ramai-ramai.

Waktu kami sampai, sepupu-sepupu tengah membakar BBQ. Makanan lain pun dah penuh meja. Memang gendang gendut tali kecapilah kami.
Kenyang perut, buncit sendiri ha..ha.. Eh..taklah. Tentulah senang hati. 
Syukur Alhamdulillah. 

Lepas makan-makan, potong kek semua,  ada acara indoor yang cukup meriah. Family kami aje yang tahu apa  acara yang meriah tu. Memang pecah perut gelak. Riuh rendah jadinya. Alhamdulillah.. anak cucu, sepupu sepapat, makcik pakcik semua join..

Acara rebut kerusi untuk anak-anak pulak. 

Selesai semua, kita sama-sama mengemas. Lepas tu makan-makan lagi sambil borak-borak dan rancang aktiviti untuk malam pulak. Dengan sepupu-sepupu Melaka ni, kami rapat  macam adik beradik sendiri. Anak-anak aku dengan anak-anak sepupu aku pun rapat kesemuanya. Adik beradik emak aku pun memang jenis yang rapat dengan sepupu macam adik beradik sendiri. Kami jadi terikut juga macam tu. Kami sendiri pun memang rapat dengan pakcik makcik kami. Makcik aku pun anggap kami macam anak sendiri. Waktu arwah adik aku sakit dulu, setiap minggu makcik aku berulang datang ke KL. Ditakdirkan, waktu arwah adik aku koma, anak makcik aku pun accident. Parah juga keadaannya. Kiranya adik aku di ICU Ampang Puteri, sepupu aku di ICU Hospital Melaka. Dalam waktu macam tu,  makcik aku dan sepupu aku yang lain tetap berulang juga datang ke KL. Begitulah macam mana rapatnya hubungan kami. ALLAH.

Bergambar dulu sebelum keluar rumah.  
Sori yang belakang-belakang tak nampak muka.. he..he..
Lepas maghrib, kami keluar beramai-ramai. Dah macam rombongan menghantar pengantin pulak bila kami keluar berkonvoi 5 kereta 
ke Bandar Melaka. 

Tak cukup satu, kena pose lagi he..he.. 


Posing lagi waktu menunggu nak beli tiket. Alhamdulillah.. kawan makcik aku ada kerja bawak bot. Jadi kami yang ramai-ramai ni dapat naik satu bot kesemuanya. Dapat juga harga diskaun. Alhamdulillah.. Rezeki.

Alhamdulillah.. semua satu hati. Semoga ALLAH merahmati dan memberkati persaudaraan kami.. In shaa ALLAH.

 Sebelum naik bot, kita posing dulu. Agak lama juga menunggu sebab kami nak naik satu bot dan nak naik bot kawan makcik aku tu. Alhamdulillah.. makanan waktu majlis tu banyak lagi lebihnya. Jadi yang kuih muih tu dah siap-siap tapau dari rumah. Kenyang perut suka hati lagilah kami he..he..

Alhamdulillah.. dah naik cruise. Seronok!
Alhamdulillah.. muat semua dalam 1 bot.

Dah settle naik cruise, kami ke Dataran 1 Malaysia pula. Itu pun dah dekat pukul 11 dah waktu tu. Meriah rupanya malam kat situ. Puaslah kami naik basikal 3, basikal 2 dan basikal motor kat situ. Anak-anak pun sakan. Kejap naik kereta, kejap naik motor, kejap naik basikal. Siap tukar-tukar pemandu dan penumpangnya. Emak aku. makcik aku, pakcik aku semua pun join naik basikal juga. Seronok sangat bila semua orang have fun. Syukur ya ALLAH. Alhamdulillah.

Sampai lampu kat dataran tu tutup baru kami balik he..he.. Sampai rumah dekat pukul 2 pagi. Sebab semua makan yang ringan-ringan aje waktu keluar tu, balik rumah apa lagi. Sambunglah makan lagi. Baru rasa lapar waktu tu. Sambil makan sambil layan movie cerita hantu. Pukul 3 pagi baru tidur semuanya. Memang quality time bersama keluarga betul. Syukur. Terima kasih ALLAH. Sekian dulu cerita hujung tahun 2016 aku dan keluarga. Ada rezeki dan kerajinan nanti aku update cerita di tahun  2017 pula.

Salam  hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

4 comments:

Diana Rashid said...

meriahnya..buat semua aktiviti sama2 macam ni memang best kak..Hilang penat sebab seronok..

Hanis Azla said...

As-salam Diana,

Alhamdulillah.. memang seronok bila buat aktiviti bersama keluarga sendiri.. Terima kasih Diana :)

idzwa kamaruddin said...

Seronok nyer tgk family akak tau..ramai meriahhhhhh

Hanis Azla said...

As-salam Izwa..

Alhamdulillah.. Meriah bila dah ramai-ramai tu..
Terima kasih Izwa.