Debar-debar nak kembali mencoret di sini hahahaha.. Ini semua poyo!
Bulan lepas ke bulan sebelum ni aku dah tak ingat. Adalah kena handle satu perkara ni. Memang penat, kalut dan ada masalahnya. Tapi di akhirnya semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Ianya berlangsung dengan cukup berjaya dan aku berasa sangat seronok tentangnya. Syukur.. Alhamdulillah. Bila urusan pertama dah bermula dan berjalan lancar, masuk pula bab kedua. Waktu nak buat bab kedua tu, pada mulanya beria aku menolak (dengan alasan yang bagiku kukuh begitu juga di mata beberapa orang yang lain). Dipendekkan cerita, aku terpaksa juga kena buat. Jadi aku buka hati, terus positif dan buat ianya sehabis baik.
Apa yang sangat aku tak sangka, perkara yang aku beria menolak pada awalnya rupanya menjadi hal yang sangat-sangat baik untukku di akhirnya. Masya ALLAH. Tergamam aku bila ingat semula. Rasa kerdil sangat diri pada waktu tu. ALLAHUAKBAR. Begitulahkan.. Kadang-kadang hal yang kita rasa tak baik untuk kita rupa-rupanya tanpa kita sangka itulah hal yang terbaik untuk kita. Subhanallah. Allah dah aturkan segalanya dengan baik dan cukup cantik untuk kita. Tak perlu kita ragui. Apa yang perlu, terima dengan hati terbuka dan terus positif. ALLAH.. aku mendapat pengajaran yang sangat baik dari hal itu. Terima kasih ALLAH.
Adakalanya, hubungan kita dengan seseorang menjadi renggang. Puas kita fikir di mana silapnya? Apa salah kita? Kenapa boleh jadi begitu? Dah usaha jalan untuk berdamai tapi ianya nampak tidak berhasil. Bila fikir-fikir balik barulah terfikir semula. Mungkin ianya berlaku kerana ALLAH nak jauhkan orang itu dari kita agar kehidupan kita menjadi lebih baik lagi. Atau mungkin kita sendiri tak baik untuk terus berada dengan orang itu. Jadi jangan terlalu rungsing bila orang menjauhkan diri dari kita. Terus fikir positif, perbaiki diri dan terus berbuat baik dengan orang lain. Sebab kalau ianya baik untuk kita, tentu ianya akan kembali pada kita. Jika tidak, ALLAH lebih tahu apa yang terbaik buat kita.
Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.
2 comments:
Alhamdulillah, setuju sangat part apa yang kita benci belum tentu buruk bagi kita.
apa yang kita suka, belum tentu baik utk kita. Allah knows more than us.
As-salam Puan Wawa..
Betul. ALLAH Maha Tahu. Terima kasih yang :)
Post a Comment