Wednesday, February 7, 2018

Cuti-cuti di laman Darwisyah Chalet, Sungai Udang

Assalamualaikum..

Semalam dengar kat tv, Ustazah Norhafizah Musa ingatkan untuk selalu berzikir. Jadi sebelum nak mula cerita jom kita berzikir dulu sama-sama.

Laillahaillallah.. 
Subhanallah.. 
Alhamdulillah.. 
Allahuakbar.. 
Lahaulawalaquwataillabillahillaliyiladzim..

Bismillahirahmanirrahim.. Okey kita sambung cerita.

Alhamdulillah.. hari sabtu lepas, kami seisi keluarga ke Sungai Udang bersama kesemua keluarga mertua. Gerak 3 kereta dari Bangi dalam pukul 12 tengah hari. Alhamdulillah.. perjalanan lancar. Lepas dah singgah isi minyak, singgah toilet semua dalam pukul 2 lebih kami sampai di Sungai Udang. Untuk hari sabtu dan ahad itu kami menginap di Laman Darwisyah Chalet. Kakak ipar yang buat booking semua. Pada mulanya macam tak dapat nak bercuti di situ. Sebab chalet yang baru 3 minggu dibuka itu sudah penuh dan tak cukup bilik untuk kami. Tapi Alhamdulillah.. Ada juga rezeki kami sekeluarga untuk menginap di situ. Kakak ipar dapat booking 2 family room dan 2 superior room. Alhamdulillah.. 4 bilik itu cukup untuk menempatkan kami yang seramai 20 orang. Terima kasih banyak buat kakak iparku yang menaja penginapan kami semua. Semoga terus dimurahkan rezeki hendaknya.. in shaa ALLAH.

Waktu kami sampai owner chalet yang ramah dah sedia menunggu kami. Sempatlah dia membawa kami meronda sekeliling chalet sebelum yang lain sampai. Bila yang lain dah sampai, dah buat payment dan dah dapat kunci bilik masing-masing, lepas dah keluarkan beg dari kereta terus siapkan tempat untuk lunch kat depan porch bilik. Susun meja untuk letak makanan dan bentang tikar. Bekalan makanan pun dibuka. Macam-macam yang emak mertua dan kakak iparkku bawa. Ada nasi impit, kuah kacang, sambal ayam, kuah lodeh, sandwich, karipap, lepat cendol dan buah-buahan. Aku cuma bawak pasta dan sambal ikan bilis saja. Kat kawasan tu berangin. Jadi seronok sangat makan-makan kat luar waktu tu. Owner chalet siap bagi beberapa biji buah kelapa untuk kami. Alhamdulillah.. dapatlah minum air kelapa fresh.

Chalet tu cuma ada 6 bilik sahaja. 4 bilik dah dipenuhi oleh kami sekeluarga. 2 bilik lagi disewa oleh orang dari sabah. Tapi lewat petang baru sampai. Malam dia orang keluar dan awal pagi dah check out. Jadi sepanjang petang dan malam itu hanya kami aje yang memenuhi kawasan tu he..he.. Jadi selesalah pergerakan kami sekeluarga. Lepas makan aje anak-anak terus mandi kolam. Kolamnya kecil tapi itupun dah buat anak-anak seronok. Kolamnya sedalam 3 kaki dan ada pancutan air. Jadi walaupun kecil kolamnya masih menarik untuk anak-anak. Berulang juga mandi kolam sepanjang dua hari kami berada di situ. Yang anak-anak dara pun seronok berendam sampai pukul sebelas malam. Rasa privacy sebab takde orang lain.

Petang tu hujan sekejap. Lepas tu cuaca terus cantik. Seronok aje nak lepak-lepak dan borak-borak ramai-ramai kat luar tu. Selalu aku suka tidur petang. Tapi kat situ masuk bilik pun tak rasa nak tidur. Lepak dan borak-borak sambil tengok anak-anak mandi kolam lagi best. Sebelum pergi kakak ipar dah plan nak buat BBQ dan nak celebrate birthday MIL. Kat situ memang ada disediakan tempat untuk BBQ. Kakak ipar perap kambing dan daging. Aku perap ayam dan sosej. Konon nak buat BBQ waktu malam. Tapi petang tu rasa macam nak terus aje bakar bbq. Sebab kat situ takde peti ais. Jadi takut rosak pulak ayam dan daging tu kalau tunggu sampai malam. Jadi kami tunggu kawasan BBQ tu redup sikit. Dah redup aje terus anak-anak buah yang bujang hidupkan bara.

Alhamdulillah.. BBQ kami pada malam itu. Nyum.. Nyummmm

Anak-anak bujang yang rajin.

Emak yang rajin. Hahaha.. Sila jangan percaya. 
Kakak ipar dah sediakan semuanya. Carrot dengan kobis dan parut dari rumah. Tinggal nak campur dengan mayo aje. Whipped potato pun bawa dari rumah. Kakak ipar beli yang instant jenama bestari. Siap dengan gravynya sekali. Rasanya sedap juga. Semua kakak ipar dan anak buah yang buat.
 Aku cuma potong epal hijau untuk buat fruit salad. Lepas tu join membakar pulak. Seronok main bakar-bakar ni. Mata masuk asap aje yang tak best he..he..

Sambil bakar sambil kita makan. Gilir-gilir take turn.  

Bersungguh ada orang tu makan kan hahaha.. 
(Baik aku cakap sendiri. Kalau orang lain cakap kang nanti sentap pulak hehe..).
Orang kata kalau nak nampak kurus pakai baju warna gelap.
Takde maknanya.. kalau dah gemmsss tu gemmsslah jugak huhu..
Bilalah nak kurus kalau makan pun bersungguh macam tu kan. Aduhaiiii.

Sambil-sambil membakar dan makan-makan tu owner chalet ada sediakan game memanah. Menarik juga. Adalah aktiviti untuk mengisi masa.

Ada yang berbakat. 
Ada yang terlebih bakat sampaikan arrow termasuk ke kebun sebelah he..he..  

Owner chalet sedang memberi tunjuk ajar. Acara memanah ni sebenarnya di charge RM10. Tapi hari tu acara memanah complimentary dari owner chalet. Alhamdulillah.. Terima kasih En. Wan. Semoga bisnes chalet terus success.. 
In shaa ALLAH.. Seronok tengok orang kita berjaya kan.

 Anak buah aku Irfan dan Fareez antara yang cemerlang.

Yang ni cemerlang memanah hatiku ecececeh he..he..  

Yang kecil pun nak memanah juga. Alang-alang owner chalet dah bagi peluang. Kita gunakanlah peluang tu sebaiknya.  

 Try jangan tak try.

 Emak aku pun tak lepaskan peluang untuk memanah.

Giliran MIL pula tunjuk bakat. 

Lepas memanah, kami sambung aktiviti makan-makan dan membakar. Alhamdulillah.. waktu maghrib tu dah settle dah membakar semuanya. Lepas solat jamak maghrib dan isyak sambung makan-makan lagi. Anak-anak sambung mandi kolam.

Seronok korang main air kan. 
Terima kasih ibu booking tempat yang best ni untuk kami semua.
Semoga terus murah rezeki ibu sekeluarga.. in shaa ALLAH.

Kita pause mandi kejap sebab nak celebrate birthday nenek munah.
Happy Birthday Emak. Birthday emak pada 4 Februari. 
Alhamdulillah.. MIL masih sihat. Semoga emak terus diberikan kesihatan yang baik, memperolehi keberkatan umur dan kebahagiaan yang berpanjangan di dunia dan di akhirat.. in shaa ALLAH.
Az dan Firhan pun join celebrate sekali sebab birthday bulan Februari.
Tengah lencun pun kita celebrate jugak he..he.. Apa ada hal.

Dah potong kek kita makan kek pulak. Sedap kek tiramisu secret recipe. Anak-anak sambung mandi lagi lepas tu. Yang lain duduk borak-borak sambil main game teka lagu he..he.. Saja nak isi masa buat seronok-seronok. Dah settle semua kita kemas tempat makan. Anak-anak dara pulak ambil turn mandi kolam. Malam tu banyak bintang bertaburan. Subhanallah.. Sangat cantik. Dah lama dah rasanya tak dapat tengok bintang yang banyak-banyak macam tu kat langit. Masya ALLAH.. indahnya. Thank you ALLAH. 

Bangun pagi tu aku dengan en.asben keluar pergi cari sarapan. Sepatutnya boleh ada sarapan delivery. Tapi pagi tu restoran tu tutup pulak. Hmm.. takde rezeki. Padahal sebelum tu masing-masing dah set nak makan apa base on menu yang ada dalam bilik huhu.. Kami keluar ke pantai puteri. Dalam 5 minit aje dari chalet. Tapi pagi tu ada pesta memancing. Sepanjang pantai tu orang memancing. Nak singgah membeli makanan pun susah sebab takde tempat nak parking. Sudahnya singgah beli roti canai kat Warung Che Ta. Lama pulak nak tunggu roti canai siap. Iyalah orang pun ramai. Tunggu jugalah dalam rasa sabar tak sabar he..he.. Singgah beli nasi lemak kat gerai selepas tu cuma dapat beli 6 bungkus nasi lemak aje. Itu aje yang tinggal. Jadilah.. itu rezeki kami untuk sarapan pagi tu. Lepas sarapan anak-anak sambung mandi lagi. Dalam pukul 11 kami packing barang untuk balik.

Sebelum balik kita bergambar ramai-ramai dulu.

Ini kat area depan chalet. Berteduh di bawah pokok yang merendang. 

Bergambar depan pool dan depan bilik pulak. 


Cantik kan tempatnya? Alhamdulillah.. kami puas hati.
Kalau nak booking boleh pergi ke FB Laman Darwisyah Chalet.
Harga bilik Family untuk weekend RM 150 (1 Queen 1 Single)
Harga bilik biasa weekend RM 130 (1 Queen)
Setiap bilik ada cerek air panas dan ada ruang untuk bentang toto.
Towel juga disediakan. Bilik dan bilik air bersih.

Sebelum balik kami jalan-jalan ke Klebang nak cari coconut shake. Nak singgah makan banyak pulak kedai asam pedas yang tutup huhu. So kami berpatah balik arah ke Sungai Udang. Pun tak jumpa juga kedai makan. Sudahnya patah balik semula ke Ayer Keroh. Makan kat kedai asam pedas kat depan Mydin. Alhamdulillah.. sedap juga makan kat situ walaupun servisnya sangat lambat dan mengecewakan. Tapi rasanya boleh dipuji. Kami order asam pedas ikan jenahak. Baru aku tahu ikan jenahak tu RM45 sekilo. Ikan mahal kan sekarang. Tapi sedap ikannya. Makan ramai-ramai lagilah sedap. Alhamdulillah.. semua puas hati walaupun panas juga hati menunggu lama he..he.. 

Sebelum balik kami sekeluarga singgah melawat makcik aku yang tak berapa sihat di Ayer Keroh dan nak tumpang solat sekali. Keluarga MIL terus bertolak balik. Alang-alang dah ada kat Melaka kita pergilah eratkan silaturrahim. Kami singgah sekejap aje. Tapi itupun keluarga makcik aku hidang macam-macam. Pakcik aku siap keluar pergi belikan kuih keria viral dan mangga shake viral. Alhamdulillah.. semoga keluarga Cik Yang dan Uncle Raymond terus diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah dan kebahagiaan yang berpanjangan di dunia dan di akhirat.. in shaa ALLAH.

Dengan itu berakhirlah kisah percutian 2 hari kami sekeluarga. Percutian singkat dan dekat. Namun ianya dapat membuatkan hubungan kekeluargaan jadi bertambah erat. Syukur. Terima kasih ALLAH.

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Fi amanillah.

3 comments:

Unknown said...

Allah...gembira kami membaca coretan puan. Apatah lagi mention pasal laman darwisyah chalet...syukur pada Allah puan gembira menginap di laman darwisyah...kami sekeluarga sentiasa menanti kehadiran puan & keluarga kembali ke chalet kami yg sederhana ni...Insyallah. Syukur & kirim salam pada semua Terima kasih.

nahlia said...

Bila penulis mula mencoret...he he.alhamdulillah ...semoga yg baik baik utk kita semua

Hanis Azla said...

As-salam En. Ridzuan,

Alhamdulillah.. perkara yang baik seronok untuk dikongsi. Semoga Laman Darwisyah Chalet terus berjaya.. in shaa ALLAH.

As-salam Kak Li,

Alhamdulillah.. ada rezeki masa dan kerajinan untuk menulis he..he.. Aamiin.. semoga semuanya baik-baik untuk kita semua.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...