Assalamualaikum.
Alhamdulillah.. Dengan izin ALLAH, Hari Keluarga Haji Miskun kali ke 7 (family MIL ku) telah selamat berlangsung pada 27 sehingga 29 Julai 2018. Kali ini tempat berhimpunnya di D'Qnut Chalet, Kuala Sungai Baru, Linggi. Syukur bila segalanya berjalan dengan selamat, teratur dan berlangsung dengan penuh meriah dalam ikatan silaturahim yang indah. Pengalaman mengadakan hari keluarga untuk 6 kali sebelumnya membuatkan perjalanan aktiviti hari keluarga kali ini menjadi lebih lancar.
Kami sekeluarga bertolak dari rumah selepas solat jumaat dalam pukul 3.30 petang. Aku ambil half day (TQ teman-teman ofis). En. Asben memang dah awal-awal apply cuti. Anak-anak yang sekolah pagi semua pergi sekolah. Yang sekolah petang tak pergi sekolah hehe.. Sementara orang lelaki pergi solat jumaat aku settlekan packing mana yang tak siap lagi. Balik solat jumaat, lunch dan rehat kejap barulah kami bertolak ke Linggi. Tak jauh pun perjalanan dari Bangi ke Linggi. Dalam sejam lebih aje. Perjalanan pun lancar tanpa kesesakan. Syukur.
Dari dalam kereta lagi aku dah excited. Aku memang suka kalau ada majlis-majlis keluarga. Lagi excited sebab tempat tu ada laut. ALLAH.. seronoknya hati hanya ALLAH yang tahu. Anak-anak pun sejak naik kereta dah bertanya berapa jauh perjalanan. Han sengaja mengusik adik-adik kata perjalanan sejauh 5 jam haha.. Dah kata 5 jam memang semuannya pulun tidurlah dalam kereta. Tepat pukul 5 kami sampai di D'Qnut Chalet. Tempatnya cantik. Waktu kami sampai dah ramai juga ahli keluarga yang lain dah sampai. Penuh meja makanan yang dibawa oleh ahli keluarga. Siap dengan buah-buahan lagi. Semoga ALLAH terus memberikan kemurahan rezeki kepada ahli keluarga Haji Miskun.
Bilik di D'Qnut ni jenis kontena. Nak kata selesa sangat tu tidaklah. Tapi tidaklah tak selesa. Lena aje kami sekeluarga tidur. Bilik yang kami ambil tu ada satu katil queen di dalamnya. Muat juga nak bentang toto kat sebelah katil tu. Untuk aku dan keluarga kami okey aje. Janji dapat berkumpul dengan harga yang mampu untuk semua orang itu dah lebih dari baik. Kami sekeluarga ambil 2 bilik. Malam tu kami adakan solat maghrib dan isyak berjemaah. Buat majlis tahlil dan solat hajat berjemaah juga untuk anak saudara yang tidak sihat dan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan besar pada tahun ini. Semoga perkara baik yang kami hajatkan dimakbulkan oleh ALLAH.. in shaa ALLAH.
Alhamdulillah.. keluarga Haji Miskun Solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat Hajat berjemaah. Semoga kita semua dan seluruh keturunan kita terdiri dari hamba-hamba ALLAH yang menjaga solat.. in shaa ALLAH.
Selepas selesai solat berjemaah dan majlis tahlil kami semua makan malam. Alhamdulillah.. makanannya sedap. Cuma tak tahu kenapa dia kena letak portion tu sikit-sikit. Nanti kalau lauk tu habis kena tunggu pulak untuk lauk di top-up semula. Kesian kat orang yang belakang-belakanglah sebab terpaksa menunggu makanan di top up sebelum dapat makan huhu.. Selepas makan, semuanya berbual-bual sesama sendiri. Agihan t-shirt pun dibuat untuk dipakai keesokan paginya. Sambil-sambil tu ada yang berkaraoke suka-suka. Keluarga MIL aku ni ramai yang berbakat menyanyi. Jadi sedap aje telinga mendengar pakcik-pakcik dan sepupu-sepupu menyanyi. Seorang sepupu pulak memang DJ. Jadi lebih meriahlah suasana jadinya. Sampai ke tengah malam mereka menyanyi. Set karaoke pakcik en.asben bawa sendiri. Jadi bolehlah berkaraoke ikut masa sendiri. Sebelum masuk tidur malam tu kami jalan-jalan tepi pantai. Seronok dengar deruan ombak laut.
Alhamdulillah.. Bangun pagi tu kami solat subuh berjemaah. Lepas tu kami sekeluarga sambung tidur balik. Sedar-sedar semula dah pukul lapan. Kat luar pun dah dengar bising-bising. Intai kat luar, dah ramai ahli keluarga yang lain dah cantik-cantik pakai baju purple. Ada yang sedang bersarapan. Ada yang dah siap bersarapan. Apalagi.. kalutlah kejut semua orang bangun dan take turn mandi dan bersiap. Main kejut guna ketuk dinding aje sebab bilik anak-anak bujang kat sebelah aje hehe.. Alhamdulillah.. dalam pukul 8.30 tu kami dah keluar bersarapan. Selepas sarapan kami bergambar beramai-ramai dengan t-shirt purple cantik kami. Alhamdulillah.. T-shirt Family Day Haji Miskun kali telah disponser oleh kakak iparku untuk kesemua ahli keluarga. Syukur. TQSM Kak li. Semoga Kak Li sekeluarga terus dimurahkan rezeki dan terus diberikan kesihatan yang baik.. in shaa ALLAH.
Kita free style pulak..
Ceria-ceria semuanya.
Semoga kesemuanya terus diberikan umur yang berkat, kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang berpanjangan di dunia dan di akhirat.. Aamiin.
Anak-anak arwah Haji Miskun dan arwah Hajah Aton.
Semoga roh arwah embah lanang dan arwah embah wedok ditempatkan
di kalangan orang-orang yang beriman... Aaamiin.
Deejay kami, Black dan juara karaoke kami, Cik Razak.
Mama ayah with the boys.
Family photo untuk kenangan.
Kat belakang tu bentuk depan rumah kontena D Qnut Chalet.
Keseluruhan ahli keluarga Haji Miskun yang dapat sama-sama menyertai Program Hari Keluarga Haji Miskun untuk kali yang ke-7.
Alhamdulillah.. syukur.
Kita free style pulak..
Ceria-ceria semuanya.
Semoga kesemuanya terus diberikan umur yang berkat, kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang berpanjangan di dunia dan di akhirat.. Aamiin.
Anak-anak arwah Haji Miskun dan arwah Hajah Aton.
Semoga roh arwah embah lanang dan arwah embah wedok ditempatkan
di kalangan orang-orang yang beriman... Aaamiin.
Selepas sesi bergambar, tibalah acara yang paling ditunggu-tunggu oleh ahli keluarga Haji Miskun yang semuanya aktif-aktif belaka iaitu acara sukaneka. Acara diadakan di kawasan lapang di tepi laut. Setiap keluarga akan menganjurkan satu acara. Suasana jadi sangat ceria sepanjang acara berlangsung. Setiap acara berjalan dengan penuh meriah, penuh kelucuan dan penuh semangat kesukanan. Semuanya nampak sangat seronok. Saling sokong menyokong dan saling memberi kata-kata perangsang. Saling sakat menyakat dan saling membahan juga hahahah.. barulah fun kan.
Sebelum bersukaneka kita ambil gambar kenangan dulu.
Cantik sangat kawasan tepi laut di D Qnut chalet ni. Aku suka.
Acara pagi tu dimulakan dengan acara Running Man.
Acara ni dianjurkan oleh anak buah aku Irfan.
Penuh khusyuk para peserta mendengar taklimat.
Penganjur dan peserta Running Man.
Sticker ditampal di belakang baju mengikut warna setiap kumpulan.
Acara ni orang muda-muda yang banyak join sebab kena berlari dan kejar-mengejar. Lepas tu kena baling dengan air yang diisi dalam plastik. Havoc jadinya sepanjang acara ini berlangsung.
Ada yang kuyup bila kena baling dengan plastik air tu hahaha..
Ada yang kuyup bila kena baling dengan plastik air tu hahaha..
Yang tak main jadi penonton kemeriahan acara.
Lepas tu ada acara lain pula.
Yang ni acara kutip gula-gula kanak-kanak bawah 4 tahun.
Acara ini dianjurkan oleh family Cik Adam dan Cik Nina.
Anak-anak kecil mula bersiap sedia.
Masing-masing mula pasang strategi untuk kutip sebanyak mana gula-gula he..he..
Sila ambil tempat masing-masing.
Sedia.
Mula.
Yeayyyy.. Acara yang paling banyak supporter he..he..
Kita ke acara seterusnya pula. Jom cari ahli kumpulan masing-masing.
Kali ni kita main permainan alihkan gelang getah menggunakan straw.
Game ni dianjurkan oleh Family Wak Yunus dari Bukit Gambir, Muor.
Sedia.. sedia.. he..he..
Sebelum tu kita tengok demo cara permainan dulu.
Tapi kan.. dalam setiap acara nak dengar demo rasa macam lama nak fahamkan syarat-syarat permainan. Tapi setiap games tu berlangsung dengan cepat sangat. Tahu-tahu dah ada kumpulan pemenang hahaha.. Hebat-hebat betullah Family Haji Miskun ni hehehe..
Next acara pong-pong pulak.
Acara ni dianjurkan oleh Family Cik Sahak dari Kg. Parit Baru.
Acara ni kena tranfer tepung dari orang pertama kepada orang terakhir.
Kumpulan yang berjaya kumpul paling banyak tepung dalam cawan dalam masa terpantas itulah pemenangnya.
Acara ni sangat fun sebab berjaya mengubah keseluruhan suasana majlis hari keluarga ni. Dari kejelitaan dan keanggunan ini bertukar kepada..
INI.
Hah.. Tepung!!!! Hahahah..
Bertepung semuanya. Apa ada hal kan?
Ada nampak mummy angry????? Takde kan???
Ada nampak mummy happy??? Haruslah happy kan hehehe..
Siap peace lagi. Sporting aje semua. Iya.. itu yang kita mahu!
Memutih semua kat belakang tu hahaha...
Wat lek wat peace je.. Hahaha..
Kat D Qnut chalet ni ada banyak hammock dan buaian. So semua orang boleh bergilir menggunakannya sambil menikmati pemandangan pantai. Syok sangat.
Tengok ni.. Seronok aje boleh naik buaian.
Kawasannya pun redup sebab banyak pokok-pokok besar.
Ini acara tic tac toe yang dianjurkan oleh keluarga Cik Leman dari Setapak.
Ini tak ingat acara apa hehehe..
Ini acara easy puzzle yang dianjurkan oleh keluarga Cik Razak.
Buat simple games biar semua orang boleh menyertai sukaneka. Good idea!!
Easy-easy pun susah juga nak menyusun puzzle tu bila dalam tekanan hehe..
Ini acara rebut kerusi yang dianjurkan oleh keluarga MIL ku.
Acara ni ada untuk kategori kanak-kanak.
Acara ni ada untuk kategori wanita dan lelaki juga.
Muka hampa peserta yang terkeluar awal.
Muzik berjalan peserta kena bergerak.
Muzik berhenti peserta kena rebut kerusi.
Games yang simple-simple macam ni pun tetap menarik juga.
Keluarga yang menganjurkan acara akan memberikan taklimat permainan.
Rasa best aje sebab semua keluarga sama-sama terlibat menjayakan acara.
Yang ni permainan bawa bola pingpong dengan sudu.
Rasa best aje bila boleh nampak laut.
Kuat! Bertahan!!
Boleh gelak-gelak sebab macam dah tahu nak kalah he..he..
Tapi mana boleh kalah sebelum berjuang kan???
Yang ni boleh agak tak siapa yang menang?
Supporters yang setia.
Emcee yang lebih memeriahkan suasana.
Sebelum main bola tampar dan mandi laut kita main buaian dulu. Syok tau!! hehehe..
Bukan main laju lagi kami main buaian. Mujur tali dan kayu pokok tu kuat menampung bebanan yang terlebih muatan hehehe.. Esoknya lepas solat subuh kami duduk atas buaian ni lagi. Dengan bertelekung lagi hehehe.. Tapi masa tu air tengah pasang. tahu-tahu air dah sampai bawah buaian tu. Cepat-cepat aku lari balik masuk bilik hahaha..
Juara bola tampar dan hadiahnya.
Acu.. penyeri suasana dengan telatah comelnya.
Family Cik Nor dan Cik Zuraidah.
Family Cik Sahak dan Cik Jariah.
Family Cik Adam dan Cik Nina.
Family Cik Razak dan Cik Wati.

Kat belakang tu rupa chalet yang mengadap laut. Chalet-chalet kami di belah belakang tu aje. Lebih banyak chalet di sebelah belakang tu.
Banyak lagi acaranya. Tapi gambar tak dapat nak download semua pulak. Takpelah.. kita masukkan apa yang ada ajelah. Selepas acara di padang berakhir, kami berhenti rehat sekejap untuk makan tengah hari. Selepas itu diadakan acara gusti lengan pula. Acara ni pun antara acara wajib setiap kali family day. Meriah sangat bila setiap kali acara ni diadakan. Masa letak nama peserta pun dah riuh. Bila tentukan siapa lawan siapa bertambah riuh. Waktu acara sebenar diadakan lebihlah riuh lagi. Gamat suasana dibuatnya.
Kuat! Bertahan!!
Boleh gelak-gelak sebab macam dah tahu nak kalah he..he..
Tapi mana boleh kalah sebelum berjuang kan???
Yang ni boleh agak tak siapa yang menang?
Supporters yang setia.
Emcee yang lebih memeriahkan suasana.
Selepas acara gusti lengan berakhir kami masuk berehat di bilik untuk mandi dan bersolat. Bagi yang kaki tidur macam aku kenalah tidur juga dulu he..he.. Solat dah. Tidur pun dah. Selepas minum petang kita ramai-ramai kembali berkumpul di tepi laut. Petang tu ada satu lagi acara iaitu acara bola tampar lelaki. Yang tak main bola tampar boleh mandi laut. Aku dan anak-anak memang tak lepaskan peluang untuk mandi laut. ALLAH.. seronoknya sebab dah lama sangat tak mandi laut.
Inilah tempat kami makan, tempat kami solat jemaah (di atas pentas tu), tempat berkumpul, tempat berkaraoke dan tempat penyampaian hadiah.
Bukan main laju lagi kami main buaian. Mujur tali dan kayu pokok tu kuat menampung bebanan yang terlebih muatan hehehe.. Esoknya lepas solat subuh kami duduk atas buaian ni lagi. Dengan bertelekung lagi hehehe.. Tapi masa tu air tengah pasang. tahu-tahu air dah sampai bawah buaian tu. Cepat-cepat aku lari balik masuk bilik hahaha..
Malam tu kami solat jemaah maghrib dan isyak lagi. Selepas tu ada BBQ. Sambil menikmati makanan kami menikmati pertandingan karaoke. Ramai yang berbakat. Seronok kami melayan. Habis karaoke layan dengar pakcik-pakcik dan sepupu-sepupu sambung berkaraoke. Malam tu aku dan kakak ipar pun menyanyi juga hahaha.. Seperti biasa aku memang terer men'sumbang'kan lagu. Kakak ipar kata memang hujan ributlah malam ni. Sekali malam tu memang hujan ribut betul pun hahaha..
Bangun pagi kami solat subuh berjemaah. Lepas berbuai tepi laut dengan en.asben kami sambung tidur semula. Sedar-sedar dah pukul 8.30 pagi. Sekali lagi seperti semalam kalut mengejutkan anak-anak untuk mandi dan bersiap. Pukul 8.45 kami keluar bersarapan. Selepas bersarapan diadakan acara penyampaian hadiah dan cabutan nombor bertuah.
Waktu ni sedang siapkan nombor bertuah.
Terima kasih banyak buat Kak Li dan keluarga yang uruskan hadiah untuk permainan dan cabutan nombor bertuah. Untuk permainan ada juga keluarga yang menganjurkan turut menyediakan hadiah. Semoga kesemuanya terus dimurahkan rezeki in shaa ALLAH.
Our Emcee yang sangat bijak menceriakan suasana. Good job Ani!
Juga our pencatat markah untuk acara permainan semalamnya.
Naib juara bola tampar dan hadiahnya.
Yang menang siap selfie di atas pentas bak artis hahaha..
Ada yang dapat naik pentas berkali-kali sebab banyak menang hadiah permainan dan menang cabutan bertuah. Alhamdulillah.. Rezeki.. rezeki..
Ada juga yang naik pentas sebab dah buat persembahan menarik dan sedikit pelik waktu karaoke hehehe..
Si comel pun dapat hadiah juga.
Ada yang naik pentas kerana kreativiti.
Berbakat kesemuanya.
Bagus sebab boleh buat kerja berkumpulan dengan baik.
Ada tit bits untuk si kecil juga.
Ada yang menang cabutan bertuah. Yang ni dapat ketuhar. Tahniah!!
Alhamdulillah.. Fareez dapat cabutan bertuah hadiah kipas.
Warga emas pun dapat hadiah juga.
Anak-anak muda pun dapat cenderahati.
My Sil. Orang kuat dan orang yang sangat berpengalaman mengendalikan
Program Hari Keluarga Haji Miskun. TQSM kak Li from all of us.
Kemeriahan. Syukur.
Majlis diakhiri dengan selawat nabi dan bersalaman.
Selesai bersalaman kami bergambar bersama keluarga masing-masing juga bersama hadiah-hadiah yang dimenangi.
Inilah family kami. Family Wak Salleh dan Wak Munah.

Family Wak Yunus dan Wak Leha.
Family Wak Leman dan Cik Faridah.
Family Cik Akub dan Cik Eton.
Family Cik Nor dan Cik Zuraidah.
Family Cik Sahak dan Cik Jariah.
Family Cik Mail.
Family Cik Adam dan Cik Nina.
Family Cik Razak dan Cik Wati.
Selesai dengan sesi bergambar, kami kembali ke bilik masing-masing untuk mengemas barang pula. Alhamdulillah.. dalam pukul 12 lebih kami dah bertolak pulang ke destinasi masing-masing. Alhamdulillah.. semuanya selamat sampai. Syukur. Dengan izin ALLAH, Hari Keluarga Haji Miskun kali ke-7 telah berakhir dengan jayanya. Semoga ada rezeki untuk kami mengadakan hari keluarga untuk kali ke 8 pula nanti. Alhamdulillah.. ada rezeki dapat buat sedikit catatan di blog untuk jadi kenangan.
Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.
3 comments:
Visit our website for more tips about fmly
www.irdinnabeauty.com
Nice sharing. Visit our website for more sharing about relationship of fmly
www.irdinnabeauty.com
Great rread thank you
Post a Comment