Monday, June 17, 2019

Cerita Raya 2019..

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Alhamdulillah.. Ramadan sudah berlalu. Semoga ada rezeki untuk kita semua bertemu dengan bulan Ramadan di tahun hadapan.. In shaa ALLAH. Salam 13 Syawal buat semua. Dah banyak pergi open house raya? Hehe.. Orang Malaysia raya kan sebulan. Seperti jalan sesak nak balik kampung beraya, waktu open house raya pun jalan sesak juga. Takpelah.. Bukan selalu kan. Niat pun untuk bersilaturrahim. Merai tuan rumah yang sudi mengundang. Semoga segala urusan kita semua diberkati dan dipermudahkan.. in shaa ALLAH.

Alhamdulillah.. Seperti Ramadan, Syawal kali ini dirai penuh indah juga penuh meriah bersama keluarga tercinta. Puji dan syukur ke atas ALLAH yang mengizinkan segalanya berlaku. Terima kasih ALLAH. Di penghujung Ramadan, seperti biasa kami sempat menziarahi pusara insan-insan tersayang yang telah lebih dulu meninggalkan kami. Menziarah kubur arwah ayah di Shah Alam, kubur arwah adik ipar di Gombak dan kubur arwah adik di Teras Jernang. Dua hari sebelum Ramadan kami dijemput berbuka puasa di rumah kakak ipar dan di rumah makcikku. Sehari sebelum raya aku dah bercuti. Orang lain kebanyakannya dah sampai kampung, aku baru sibuk nak packing beg balik kampung. Malam raya kami dah makan juadah raya nasi impit, ketupat palas, rendang ayam pedas emak yang mabeles, daging dendeng juga serunding ikan dan daging.
Image may contain: food
My daging dendeng. 
Alhamdulillah.. ada rezeki dapat buat 4 kg daging dendeng tahun ni. Selalu tu tak berapa rajin huhu.. Emak pun macam terperanjat bila aku sibuk kata nak buat hehe.. Tahun ni ada kerajinan sikit nak menumbuk daging tu. Memikirkan en.asben dan anak-anak suka makan daging dendeng jadi kerajinan tu datang sendiri. Bila buat dengan ikhlas dan niat nak raikan suami dan anak-anak, macam senang pulak buat masak daging dendeng kali ni.. Alhamdulillah.
3 hari sebelum raya daging dendeng dah siap dulu. Asingkan untuk mertua dan kakak ipar, selebihnya kita frozenkan.

Tahun ni kami sekeluarga beraya di Taiping. Kampung arwah Tok aku. Pagi-pagi raya selepas lengkap berbaju raya, sebelum subuh kami bertolak ke Taiping. Singgah solat subuh di RnR Sungai Buluh. Kemudian singgah solat sunat Aidilfitri di Simpang Pulai. Alhamdulillah.. perjalanan lancar. Cuma tak sangka kenderaan banyak di highway pagi-pagi raya tu. Rupanya ramai juga yang seperti kami balik kampung di pagi raya. Seronok tau balik kampung pagi raya. Sepanjang jalan boleh dengar takbir raya dan ikut sama-sama bertakbir sekali dalam kereta. Berselang dengan lagu-lagu raya menambah keindahan di pagi Syawal yang mulia.


Image may contain: 2 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people standing and outdoor
OOTD raya mama dan Han.
Orang lain pergi solat raya. Mama dan kakak yang ABC ambil kesempatan berOOTD dulu hehe.. Our kebaya from Jubah Souq. Baju raya tahun ni En. Asben yang pilihkan. Siap rajin melayan carikan baju raya online. Rajin juga nak temankan kami berdua ke Bangi Central untuk cari baju raya. End up kami sama-sama berkenan dengan kebaya dari Jubah Souq ni. Selesa sangat pakai. Thank you ayah belanja mama dan Han baju raya cantik ni.


Image may contain: 2 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people standing, grass, hat, sky, outdoor and nature
Mama dan ayah di pagi raya. 
Sibuk Han bila baju raya mama dengan ayah tak sama kaler. Balik rumah terus matchkan baju raya mama dengan ayah. Bila nampak match baru dia puas hati hehe.. Untuk melegakan lagi hati anak dara ayah tu, mama pun carilah selendang yang betul-betul match dengan baju raya ayah. Sebelum keluar balik kampung pagi tu dah kalut-kalut semua tak sempat nak bersalam raya dulu. Sampai kat Masjid di Simpang Pulai mama buzy pakaikan sampin en.asben dan anak-anak bujang. Jadi tak sempat juga nak bersalam raya. Cuma sempat salam cium tangan aje sebelum ayah, anak-anak bujang dan emak melangkah ke masjid. Tapi sempat juga ayah cium dahi mama. ALLAHU.. terus rasa dalam hati ada taman di pagi raya dan takbir raya yang kedengaran menjadi lebih indah dan syahdu di pendengaran. Bukan tak pernah dapat. Tapi bila ianya diberi sebagai kejutan, perasaan itu hanya ALLAH yang tahu. Terasa diri cukup dihargai dan disayangi. Terima kasih ALLAH.


Image may contain: 6 people, people smiling, people standing, outdoor and nature
Ayah dan anak-anak bujang.. 
Baju melayu from Jakel. Alhamdulillah.. semua suka dan selesa dengan baju melayu jakel ni. Next year kalau ada rezeki boleh cari baju melayu di Jakel lagi. 


Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and outdoor
Sedondon.. Ayah awal-awal dah reject dengan idea sedondon tu hehe.. 
En.asben pilih untuk jadikan warna pastel untuk warna tema raya kami sekeluarga tahun ni. Kami semua ikut aje. So berpastellah kami semua. 


Image may contain: 6 people, people smiling, people standing, sky and outdoor
Emak dan cucu-cucu lelakinya. 
Emak dah nampak uzur sikit sekarang. Semoga ALLAH rezekikan emak dengan kesihatan yang baik serta umur yang berkat.. in shaa ALLAH.

Selesai solat raya kami meneruskan perjalanan ke Taiping. Pukul 10 pagi sampai di Taiping. Terus pergi ziarah kubur arwah tok. Jumpa dengan keluarga makcik aku di situ. Selepas itu kami sama-sama bergerak beraya ke rumah pakcik aku. Selesai rumah pakcik aku, kami ke rumah nenek saudara pula. Selepas itu ke rumah sepupu emak. Kat Taiping rumah keluarga dan saudara mara semua dekat-dekat. Jadi nak berjalan raya tu jadi senang sikit. Semua tu memang rumah wajib untuk dikunjungi di pagi raya kalau kami beraya di Taiping. Berkonvoilah kami ramai-ramai bersama keluarga adik beradik emak yang lain. Meriah!

Image may contain: 9 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people standing and outdoor
Kami sekeluarga bertema pastel di rumah kedua. 
Dulu aku memang nak sangat anak ramai. Tapi direzekikan dengan mabuk teruk waktu mengandung. Mabuk yang langsung tak boleh makan dan tak boleh minum. Setiap kali mengandung kena masuk hospital sebab mabuk teruk. Selepas melahirkan anak yang ketiga aku rasa takut nak mengandung lagi. Alhamdulillah.. sekarang ALLAH rezekikan aku dengan anak-anak yang ramai. Dari 3 orang bertambah lagi 4 orang dan kesemuanya menjadi 7 orang. ALLAH ambil arwah adikku dan dipinjamkan anak-anak adikku pula kepadaku.
Terima kasih ALLAH.

Image may contain: 2 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people sitting
Mama and ayah yang nak feeling pengantin baru.. 
Anak-anak duduk tepi sekejap. Bagi chancelah kan hehe.. Alhamdulillah.. Raya tahun ni ada rezeki dapat kembali pakai baju saiz S.Total weight lost sehingga pagi raya 12 kg. Penurunan untuk selama 5 bulan setengah mengawal pemakanan, puasa sunat, IF dan puasa Ramadan. Asalkan berat boleh turun, biarpun lambat dan tak banyak sangat aku dah rasa cukup bersyukur.  Semoga berat tak kembali naik lagi.. in shaa ALLAH.


Image may contain: 5 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people standing and outdoor
Kami sekeluarga. Mata mana mata?
Mata dah sedia kecil. Bergambar mengadap matahari pulak. Hah.. gitulah jadinya.


Image may contain: 5 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people standing and outdoor
Takpelah tak nampak mata pun. Janji dapat bergambar raya.


Image may contain: 5 people, including Hanis Azla Rafeah Salim and Mazila Wahab, people smiling, people standing and outdoor
Bertabah dengan si bongsu kisahnya. The struggle is real kata orang haha..


Image may contain: 5 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people sitting, people standing and outdoor
Amanah yang dipinjamkan. Syukur. Terima kasih ALLAH.
Semoga ALLAH rahmati kami sekeluarga dunia akhirat.. in shaa ALLAH.


Image may contain: 5 people, including Nor Huda Juhari, Hanis Azla Rafeah Salim, Nur Atikah Yasmin and Hazirah Jiah, people smiling, people sitting
 'The kepala' bersama dengan sepupu dan anak-anak saudara yang sekepala.

Selesai rumah ketiga kami terus ke homestay kami. Sejak arwah tok meninggal setiap kali balik Taiping memang kami menginap di hotel atau di homestay. Tak kisahlah menginap di mana, balik tetap balik sebab Taiping selalu di hati. Masuk homestay, selepas solat semuanya ambil peluang berehat dan tidur sekejap. Dalam pukul 3 adik aku sampai dari KL. Terus ajak beraya ke rumah pakcik aku pulak. Siap ajak untuk agenda seterusnya selepas itu. Jadi kami pun bersiap sarung kembali baju raya. Sebelum keluar barulah kami sempat bersalam raya satu keluarga dengan proper. Alhamdulillah.. Maaf zahir dan batin tulus ikhlas dari hati. 

Dah beraya dengan pakcik aku dan keluarganya kami ke agenda seterusnya. Melayan adik aku sebab selepas itu dia dan keluarga akan terus balik beraya di kampung tok suaminya di Kedah. Maka kami sekeluarga pun bergerak ke Taman Tasik Taiping. Tak sangka, meriah betul Taman Tasik Taiping yang indah tu di petang raya. Suasana jadi lebih indah dengan kunjungan ramai keluarga yang lengkap berbaju raya berwarna warni mengikut tema setiap keluarga. 


Image may contain: one or more people, people standing, tree, wedding, grass, plant, sky, outdoor and nature
Kami sekeluarga di Taman Tasik Taiping.
Tahun ni memang en.asben beria dengan raya kami sekeluarga lebih sedikit daripada aku. Beria dengan baju raya, tema raya dan beberapa perkara tentang raya. Alhamdulillah.. ada rezeki juga untuk kami sekeluarga berphotoshoot raya. Terima kasih ALLAH yang mempermudahkan segalanya untuk kami.


Image may contain: one or more people, people standing, tree, grass, plant, outdoor and nature
Di Tapak Highlander kononnya hehe.. 
Cantik sangat Taman Tasik Taiping ni. Kami sekeluarga suka sangat. 


Image may contain: one or more people, tree, plant, grass, outdoor and nature
Free style everyone!


Image may contain: one or more people, people standing, wedding, tree, child and outdoor
Anak gadis dan emak gadis.


Image may contain: 6 people, people smiling, people standing, tree, outdoor and nature
Anak bujang dengan ayah dan Paksu.

Image may contain: 1 person, standing, tree, sky, plant, outdoor and nature
Riang ria di hari raya. 


Image may contain: 2 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people standing, tree, plant, sky, outdoor and nature
Cinta hati dunia akhirat.. Till Jannah.. In shaa ALLAH.

KISAH CINTA KITA

Kan ku cerita pada semua
Kisah cinta antara kau dan aku
Agar semua tahu
Dan tak akan dekati dirimu

Andainya mampu kan ku ukir
Namamu dan namaku di bulan
Agar satu dunia
Melihat restui cinta kita

Aku selalu tersenyum
Bayangkan kita hidup berdua
Berjalan berpegangan tangan
Takkan kau lepaskan

Tiba waktunya nanti
Kan ku cerita pada dunia
Yang telah kau pun jadi milikku
Buat selamanya

Ku pernah rasa
Kau kan pergi
Tinggalkan diriku sendiri
Kan ku seru dunia
Berdoa kau kembali pada diriku

Aku selalu tersenyum
Bayangkan kita hidup berdua
Berjalan berpegangan tangan
Takkan kau lepaskan

Lagu Nyanyian : Hafiz Suip   Lirik Indah : A. Aida
(Suka sangat dengan lagu ni. So saja nak buat jadi caption gambar)

Image may contain: 4 people, including Rita Zaid, people smiling, people sitting and outdoor
Emak dan cik aku pun ikut kami ke Taman Tasik Taiping juga. Tapi tak kuasa emak dan cik ikut melayan kami bergambar hehe.. Luna tidur, jadi ami dan abi ajelah yang dapat bergambar raya di Taman Tasik Taiping. 

Image may contain: one or more people, people standing, tree, grass, plant, outdoor and nature
Image may contain: one or more people, people standing, tree, plant, outdoor and nature
F.A.M.I.L.Y.. Much Love.

Image may contain: tree, grass, outdoor and nature
Ami dan Abi Luna. Much Love. 

Image may contain: 3 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people standing, tree, grass, outdoor and nature
Mama, ayah dan gegirl.

Malam raya emak ada buat kenduri tahlil di rumah pakcik. Menunya nasi lemak dan mee rebus. Family pakcik aku buat BBQ juga. Meriahlah perut kami seharian tu dengan pelbagai menu yang sangat mengoda jiwa raga hehe.. Raya kedua, selepas subuh anak-anak sambung tidur. Aku keluar dengan en.asben cari sarapan. Pergi ke taman perumahan lama arwah tok semata-mata nak lepaskan rindu disamping mencari sarapan di 'market' taman tu yang selalunya kami makan setiap kali balik ke Taiping dulu-dulu. Selepas itu aku dan en.asben terus berdating berdua ke Kuala Sepetang. Sekejap ajepun di Kuala Sepetang.

Balik homestay, sementara anak-anak bersarapan kami layan mata sekejap. Selepas zohor, pergi ke rumah pakcikku lagi sebab mereka menjamu makan tengah hari pulak. Makcik dan sepupuku memang ada bisnes katering. Jadi bila kami ada, mereka masak lebih untuk hidangan kami juga. Alhamdulillah.. semoga terus murah dan berkat rezeki pakcikku sekeluarga. Selepas makan tengah hari kami beraya di rumah kawan UiTM en.asben pula. Tak dapat duduk lama pun sebab dah ada agenda seterusnya selepas itu bersama keluarga emak. 

Image may contain: 5 people, including Nor Huda Juhari, people smiling
Main bowling satu keluarga di Hari Raya kedua. 
Selepas main bowling 2 round kami beramai-ramai pergi makan Yong Tau Fu Famous di belakang Bomba Taiping. Sedap.. tapi masa menunggu tu yang sedikit azab huhu.. 

Selepas makan malam kami balik ke homestay. Esok pagi-paginya kami bersiap untuk balik ke Bangi. Alhamdulillah.. walaupun kereta banyak tapi perjalanan kami sekeluarga terselamat dari jem yang teruk. Mungkin kerana kami bergerak awal. Dapatlah singgah beraya di rumah adik beradik emak di Ipoh. Sebab tahu RnR sure padat, jadi sebelum keluar dari Ipoh kami tapau Mc D siap-siap dan makan dalam perjalanan. Selepas tu singgah beraya sambil menziarah makcik yang tak sihat di Rawang. Sampai Bangi sebelum balik rumah kami singgah ke pasaraya terus sebab ada keluarga yang dah awal-awal kata nak datang beraya di rumah esoknya. Alhamdulillah.. sebelum maghrib kami sekeluarga sampai di home sweet home. Alhamdulillah.. rumah kami dilindungi sepanjang ketiadaan kami. Syukur. Terima kasih ALLAH.

Malam tu papa anak-anak buah datang ambil anak-anaknya untuk beraya bersama keluarga mereka pula. Nak keluar makan kat luar semua dah malas. Jadi mama masak nasi goreng aje. Settle nasi goreng sekuali. Sempatlah anak-anak buahku makan sebelum papa dia orang sampai. Kata gegirl nasi goreng mama sedap sangat sampai rasa macam nak tapau hehe.. Bangun pagi esoknya sibuk-sibuk tolong emak memasak. Keluarga dari Taiping dan Kajang nak datang beraya. Jemput sekali keluarga mertua dan beberapa orang keluarga dan kawan-kawan. Menu hari tu ialah laksa johor, nasi minyak, ayam masak merah Johor style dan daging dendeng. 

Penat balik kampung tak hilang lagi, tapi bila orang nak datang rumah terus hilang rasa penat. Seronok nak menyambut tetamu yang datang dengan hidangan yang paling sedap yang dapat dihidangkan. Alhamdulillah.. en.asben dan anak-anak rajin sangat menolong. Thank you ayah, Han, Is dan Az. Sepupu aku yang datang beraya pun rajin menolong. Thanks Yan! Bila sama-sama buat kerja tak terasa pun badan penat. Tapi esoknya emak demam. Kesian emak. Badan orang tua kan. Mana boleh nak lasak-lasak lagi.

Image may contain: 8 people, including Hanis Azla Rafeah Salim and Nahlia Salleh, people sitting, table and indoor

Family mertua dan emak.

Image may contain: 9 people, including Hanis Azla Rafeah Salim and Nahlia Salleh, people smiling, people sitting and indoor
Kakak Han masuk sekali. 


Image may contain: food
Menu kami. Laksa Johor, nasi minyak, ayam masak merah johor style dan daging dendeng. Alhamdulillah.. seronok tengok tetamu bertambah-tambah makan. Orang dalam rumah pun berulang-ulang makan. Menu ni memang menjadi pujaan en.asben dan anak-anak. 

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor
Jemput makan semua. (Gambar credit to SIL).
Tak boleh pulak nak masukkan gambar family Taiping dan tetamu yang lain. Anyway terima kasih buat semua tetamu yang sudi datang beraya ke rumah kami. Kami sekeluarga sangat berbesar hati.

Malam tu selepas tetamu yang terakhir balik kami sama-sama anak-beranak kemas rumah. Bagi emak rehat dan makan ubat. Pagi tu adik aku singgah selepas berbelas jam terperangkap dalam jem perjalanan dari Kedah ke KL. Makcik aku dan BFF adik aku pun datang sekali. Selepas adik aku balik kami pun bersiap untuk keluar beraya dengan keluarga mertua. Beraya di rumah pakcik en.asben di Setapak. 

Image may contain: 13 people, including Nahlia Salleh and Nina Yusoff, people smiling, people sitting and indoor
Bersama keluarga en.asben dan  makcik-makcik dan sepupu-sepupunya tersayang.

Image may contain: 7 people, including Shafiq Ahmad Nor and Eirna Syanina Ahmad Nor, people smiling, people sitting, table and indoor
Pakcik dan sepupu en.asben yang datang beraya sekali. Cantik manis semuanya. Hubungan pun sangat-sangat rapat. Alhamdulillah.. silaturahim yang indah.

Image may contain: 3 people, including Nahlia Salleh, people sitting, people eating, table, food and indoor
Auummm.. Beria menyuap kan hehe.. Mula-mula macam tak suka gambar ni. Sekali bila nampak gambar kat bawah ni rasa suka pula nak pairkan. 

Image may contain: 5 people, people sitting, child and indoor
Aumm.. Kita seri sayang! 
Sama-sama ada gambar tengah menyuap dan menghayati makanan hehe..

Image may contain: 14 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling
Gambar raya vs gambar beraya anak-anak. 
Amanah yang ALLAH pinjamkan untuk mama ayah. 
Semoga anak-anak sentiasa cemerlang dunia akhirat.. in shaa ALLAH.

Hari sabtu bawa mertua pergi kenduri kahwin di Klang. Selepas tu terus stay kat rumah mertua sampai malam sebab MIL ada buat makan-makan raya untuk adik beradik dan kawan-kawan anak buah. Banyak MIL masak. Ada nasi bariani, daging masak ceylon, butter chicken, spageti cabonara, pecal, puding, kek dan kuih muih. Aku cuma bawak puding karamel dan takoyaki buat tambah. Semalam banyak jemputan open house. Tapi tak dapat penuhi semua sebab ada orang nak datang rumah juga. Dapat pergi ke 2 open house saja. Tengah hari ke rumah jiran depan rumah. Petang sepupu dari Melaka datang beraya 2 kereta. Mama buat mee hailam dan order takoyaki. En.asben dan anak-anak kata sedap mee hailam mama. Anak sepupu pun baru makan sesuap terus toleh kat emak ayah dia.. hmmmm.. sedap katanya. Alhamdulillah.. Semuanya dengan izin ALLAH. Kita buat dengan ikhlas, hasilnya dapat mengembirakan hati kita sendiri juga. Syukur.  Malam selepas solat maghrib kami ke open house kawan ofis. Alhamdulillah.. siap juga cerita raya kami sekeluarga tahun ini selepas beberapa hari. Syukur dapat buat catatan kenangan. Sampai jumpa lagi.. in shaa ALLAH.

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

4 comments:

juls julie80 said...

selamat hari raya sis..awet muda mamanya :)

Hanis Azla said...

As-salam Juls Julie80,

Selamat Hari Raya juga.. Alhamdulillah.. Dengan izin ALLAH.. Terima kasih ya :)

None said...

Meriahnya raya😍

Hanis Azla said...

As-salam Atikah Mat,

Alhamdulillah.. Meriah dengan izin ALLAH.. Terima kasih ya!

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...