Monday, September 30, 2019

Percutian ke Banting pun best tau!

Assalamualaikum..

Hujung minggu lepas kami sekeluarga bersama keluarga mertua cuti-cuti. Percutian dekat-dekat aje. Sebab tujuannya untuk berkumpul meraikan harijadi atuk dan Is. Birthday Is dengan atuk sama tarikh. Is pulak minggu tu tak boleh balik rumah. Jadi kamilah yang ke Banting untuk celebrate birthdaynya. Cuti-cuti Bantinglah kami sekeluarga minggu lepas hehe.. Walaupun percutian yang singkat dan dekat, bersama insan-insan kesayangan ianya terasa cukup indah untuk dikenang. Alhamdulillah. Terima kasih ALLAH.

Jumaat malam aku mula perap ayam untuk BBQ. Pagi sabtu kemas-kemas beg.  Ambil emak kat Kajang. Lepas tu masak nasi dan buat sambal udang untuk bekalan lunch. Emak buat karipap. Pukul 12 tengah hari kami sekeluarga bergerak ke Banting 3 kereta. Siap dengan bekalan potluck untuk makan tengah hari sekali. 1 jam dah sampai Banting. Alhamdulillah.. walaupun selang 3 minggu memang akan ke Banting dan 3 minggu sebelumnya memang setiap minggu kami ke Banting untuk hantar Is balik kolej, tapi kali ini rasa seronok nak ke Banting tu lain macam. Asal dapat berjalan aje suka lebih aku ni haha.. 

Kami menginap di SAHA Homestay. Terbaik!!!
15 minit aje dari kolej Is. 

Rumah yang cantik dan comel. Dalam suasana kampung yang best.
Paling penting sangat bersih dan kelengkapannya lengkap. Walaupun 3 bilik, tapi cukup selesa untuk kami sekeluarga. Thank you so much Kak Li belanja kami homestay yang best ni.

Banyak rupanya homestay yang menarik kat area Banting. Pilihan kami sekeluarga semestinyalah yang ada pool. Pool kat SAHA Homestay ni best sebab tertutup. Jadi sangat selesa kami nak mandi manda. Gegirl dan Hafiy punyalah seronok. Solat awal waktu. Lepas zohor, lepas asar, lepas maghrib, lepas isyak, lepas subuh dia orang pulun mandi. Alhamdulillah.. seronok tengok dia orang happy. Ni.. sampai-sampai, lepas solat zohor orang lain makan, layan movie dan nak rehat-rehat. Gegirl dan Hafiy terjah kolam terus he..he..

Seperti biasa, makanan yang dibawa penuh meja. Kakak ipar siap bawa roti home made satu kotak besar. Pagi esoknya settle. Sementara Hafiy dan gegirl syok mandi kolam, kami yang dah kenyang makan lunch layan movie. Anak buah connect laptop kat tv dan pasang nettflix. Baru suku movie mata mama dah layu. Terus masuk bilik join ayah, nenek dan anak-anak bujang tidur hehe.. Waktu asar emak kejut kata emak dan ayah nak ke Pantai Morib sebab dah lama tak pergi. Dah alang-alang sampai Banting kita jalan-jalanlah sekali. So lepas solat asar kami bawa emak dan ayah ke Morib. Anak-anak semua taknak join. So kami pergi satu kereta aje bawa nenek, atuk, ibu dan mak long.

Walaupun masa ni masih jerebu tapi ramai aje orang yang lepak-lepak kat pantai Morib ni. Ada basikal sewa dan busker juga. Agak menariklah untuk lepak-lepak ambil angin pantai. 

Kita minum air kelapa, cendol dan ABC kat gerai kat situ untuk hilangkan dahaga.

Balik dari Morib, anak-anak buah dah mula bakar BBQ. Mama buat instant whipped potato brand bestari tu. Lepas tu potong-potong kobis dan carrot untuk buat coleslaw. Siap semua kita tolong bakar BBQ pulak. Alhamdulillah.. selepas isyak semua orang dah boleh makan. 

Mancis takde hehe.. Dia orang BBQ guna electric pan dulu sementara tunggu kami bali dari Morib. 

BBQ of the day. Kami bawa ayam 4 ekor dan sosej. Kakak ipar bawak kambing.
Alhamdulillah..  

Allahu.. telan liur pulak tengok gambar ni.

Anak buah yang rajin. TQ Irfan.

Alhamdulillah.. Rezeki kami malam tu.

Sebelum makan acara potong kek dan pulut kuning dulu.  
Semoga ayah, Is dan Fareez terus direzekikan dengan umur yang berkat serta direzekikan dengan kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.. Aamiin.
Birthday Fareez hujung minggu ni. So kita celebrate sekali. Sedap sangat kek berries disaluti pavlova dan pulut kuning yang MIL buat. Terima kasih emak.

 Family photo. 
Eh.. Birthday boy yang share birthday sama-sama tutup mata pulak.

Ya ALLAH.. Rezekikan kami sekeluarga untuk menjadi ahli Syurga FirdausMU.. Aamin.

Emak dan ayah. Sweet loving couple. Till Jannah.. In shaa ALLAH.

 Malam tu anak-anak sambung mandi kolam. Riuh rendah sebab ramai yang mandi.

Sampai pukul 10 malam pun tak habis mandi lagi. Mandilah puas-puas anak-anak.

Yang tak mandi layan movie. Seperti biasa separuh movie mama dah gone memburu mimpi haha.. Alhamdulillah.. Lena semuanya tidur malam tu. Aircond sejuk. Semua bilik ada aircond. Anak-anak bujang tidur kat hall. Bangun pagi kita siapkan breakfast. Nasi putih satu periuk tak berusik semalamnya. Aku pula memang ada bawa serbuk nasi goreng adabi. Minyak masak dan bawang ada balance sikit. Memang cukup-cukup aje pun. So aku masak nasi goreng pagi tu. Rencahnya kakak ipar carik balance ayam BBQ dengan  balance ikan goreng semalam. Kebetulan aku memang bawa pes nasi goreng kampung dengan nasi goreng ayam. Kenalah dengan rencah yang ada. Dua kuali nasi goreng siap untuk sarapan keluarga. Alhamdulilah.. Nenek-nenek, atuk, mama ayah, ibu abah dan maklong dah settle breakfast, anak-anak sambung tidur lagi lepas subuh. Kolam kosong. So mama ayahlah conquer the pool pulak.  

Kawasan kolam tertutup. Tempat pun teduh. Rasa privacy sangat.

 Mula-mula aje rasa sejuk. Dah berendam tak rasa sejuk pun. Turn mama ayah pulak mandi kolam sambil main bola. 

Gegirl join the team. Lepas tu anak-anak dara pun join mandi. Riuh rendahlah kembali. Meriah sangat suasana. 

Kalau ada rezeki dan rumah ada kawasan boleh beli pool macam ni kat rumah. 

Lepas mandi atuk ajak nak ke Istana Bandar dan Muzium Jugra. Orang lain taknak ikut. So mama ayah bawak atuk, nenek dengan mak long aje. Berlimalah kami melawat ke Istana Bandar dan Muzium Jugra. Aku memang suka lawatan ke istana lama dan muzium ni. So memang seronoklah dengan idea atuk.

Istana Bandar, Banting. 
Istana yang mempunyai 40 bilik. Baca sejarah tentang istana ni pun aku dah rasa menarik. Dapat menjelajah ke sekeliling istana lama ni lagilah rasa seronok. Alhamdulillah. 

Walaupun kelihatan uzur tapi istana ini tetap indah dipandangan mataku.
Aku dahlah suka courtyard yang tertutup macam ni sebab memang suka all in. Mulalah berangan nak courtyard macam ni kat rumah sendiri. Ada kawasan lapang tapi dalam compound rumah lagi. Tak sedar yang ini istana ha..ha..
Mampu berangan pun seronok juga. Berkemampuan juga tu kan.

Nice kan. Kami jadikan frame untuk tempat bergambar.
Aku dapat bayangkan betapa indahnya istana lama ni dulu. Kalau dapat masuk dalam time machine yang boleh lihat macam mana keadaannya pada waktu dulu tentu lagi best. 

Us with emak dan ayah.
Balik dari Banting tu En.Asben cakap thank you so much ma sebab ikut my family outing. Aku balas balik ucap terima kasih sebab bawa family aku outing. Alhamdulillah.. Semuanya dengan izin ALLAH. Semoga kita semua direzekikan untuk menikmati bahagia dan dapat membahagiakan orang lain.. 
in shaa ALLAH.

Aku bersama emak, syurga en.asben.

Cantik sangatlah istana ni dan persekitarannya. 

Ayah, emak, atuk dan maklong serta istana lama yang cantik.

Selesai menjelajah Istana Bandar, Banting kami ke Muzium Jugra pula. Muzium Jugra ni dulu adalah bekas balai polis. Sebelum ini bangunannya tertimbus. Setelah dijumpai, mereka jadikan balai polis lama tersebut sebagai muzium. 

Kami di hadapan Muzium Jugra.

Selesai melawat Muzium Jugra kami terus kembali ke homestay. Sampai homestay terus kemas-kemas barang dan baju. Dah siap semua mama ayah hantar Is balik kolej dulu. Selepas tu balik semula ke homestay.  Selepas solat zohor baru kami check out dari homestay. 

Sebelum pulangkan kunci, kita bergambar ramai-ramai dulu.

Bye-bye Saha Homestay, Banting yang comel. 

Sebelum balik kami singgah membeli kerepek di Faz, Banting. Alhamdulillah.. Seronok bila dapat bawak balik rumah banyak stok kunyah-kunyah. En.Asben tengok TV sambil ditemani dua,tiga balang kerepek dan kacang lepas tu hehe..  Selesai membeli belah berbagai jenis kerepek kami singgah makan nasi arab pulak. Selesai makan kami meneruskan perjalanan pulang ke pangkal jalan eh ha..ha.. Pulang ke rumahku syurgaku.  

Kita makan nasi arab kat sini.

Alhamdulillah.. percutian ke Banting dah berakhir. Dekat dan singkat. Tapi cukup untuk membuatkan hubungan keluarga jadi erat. Syukur Ya ALLAH. Segalanya dipermudahkan dengan baik dan selamat. Semoga ada rezeki kami bercuti satu keluarga lagi.. in shaa ALLAH.

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

7 comments:

Atikah Mat said...

Wahhh, terkejut..baru tahu kat Banting ada Istana, huwaa rupanya banyak tempat lagi tak tahu kat Banting. Ika duduk Banting 5 tahun gak, my bad tak tahu tempat sejarah cantik cemtu😅

Hanis Azla said...

As-salam Atikah Mat,

Oh iya ke. Nanti bolehlah melawat ke Istana Bandar dan Muzium Jugra. Cantik dan menarik untuk dilawati. TQ sudi singgah ke blog saya.

Suria Amanda said...

Seronoknya family gathering macam ni...lama dah SA tak berkumpul satu family jenjalan macam ni...

Hanis Azla said...

As-salam Suria Amanda,

Alhamdulillah.. Seronok. Dengan izin ALLAH. In shaa ALLAH.. selepas ni giliran SA dan family pula berjalan dan berkumpul satu keluarga. TQ ya :)

Susan said...

Awesome article with astounding idea!Thank you for such an important article. I truly acknowledge for this awesome data..Enjoy the power to create and control people in a virtual world where there are no rules with sims 4 news– On Xbox One, PS4 and PC.

Reem Doorgift said...

nice sharing :)

Hanis Azla said...

As-salam Reem Doorgift,

Alhamdulillah.. Terima kasih.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...