Assalamualaikum..
Hai 2020. Alhamdulillah.. Hari yang cerah. Permulaan tahun baru yang indah. Semoga hari-hari kita semua akan dipenuhi dengan keindahan sepanjang tahun 2020 ini. Walaubagaimanapun, 2019 tetap di hati. Jadi di awal tahun 2020 ni aku masih nak bercerita tentang 2019 lagi hehe.. Mana boleh tak abadikan kisah percutian kami sekeluarga di penghujung tahun lepas. Bukan selalu dapat ke negara orang. Semoga diberikan kerajinan dan kegigihan untuk menyiapkan entry ini.. in shaa ALLAH.
Tahun-tahun sebelumnya, bulan 4 atau bulan 5 kami sekeluarga ataupun hanya aku dan en.asben dah pergi bercuti. Tapi tahun 2019 sampai dah nak penghujung tahun kami masih krik krik lagi hehe.. Bukanlah langsung takde rancangan tapi macam sekadar menyebut di mulut saja. Kemudian habis di situ. Sampailah dah nak masuk bulan November, en.asban dah rasa tak best sebab tahun dah nak habis tapi belum lagi bawa anak-anaknya bercuti ke mana-mana. Allahu.. Terima kasih sayang. Semoga rezeki you terus berkat dan melimpah ruah sebab selalu nak merai anak-anak.
Bila en.asben nampak bersungguh-sungguh nak bawa anak-anak berjalan, aku pun mulalah bersungguh merancang. Sebab rancangannya memang nak merai anak-anak jadi kami pilihlah tempat yang anak-anak suka nak pergi. Kalau sebelum ini Korea tak langsung menjadi pilihan en.asben untuk kami pergi bercuti. Tapi kali ini demi anak-anak en.asben bersetuju. So ke Korealah kami sekeluarga pada tahun ini. Alhamdulillah.. dapatlah mama merasa ke Korea juga. Sinar mentari oh Korea hahaha.. Mama tak minat KPop or K-Drama. Tapi dulu minatlah cerita Winter Sonata. Kena pulak nak pergi musim winter. Itu yang waktu kemas beg pun mulut nyanyi lagu winter sonata. En.asben pun layankan aje ikut duet sama-sama siap slow dance sekali haha.. Tqsm sayang.
Syukur Ya ALLAH atas rezekiMU mengizinkan kami untuk bermusafir melihat alam indah ciptaanMU. Maha Suci ALLAH.. sangat indah setiap ciptaanMU.
Syukur Ya ALLAH atas rezekiMU mengizinkan kami untuk bermusafir melihat alam indah ciptaanMU. Maha Suci ALLAH.. sangat indah setiap ciptaanMU.
Cuti Han dan Is yang tak sama tarikh sekarang menjadi sebab rancangan percutian tertangguh. Alhamdulillah.. Han dan Is ada cuti yang tarikhnya sama di akhir tahun. Han actually in study week. Semoga cemerlang hendaknya dalam exam nanti. Bila dah tahu tarikh cuti anak-anak aku terus cari travel agent. Itu memang pilihan pertama untuk orang yang tak adventures nak berjalan sendiri seperti kami hehe.. Last minute booking bukan kerja yang mudah sebenarnya. Sebabnya kebanyakan pakej selalunya dah penuh. 2 atau 3 travel agent menolak booking kami huhu.. Alhamdulillah.. masih ada seat kosong untuk kami sekeluarga under Arba Travel. Syukur. Tapi dalam pada tu kalutlah juga sebab masa dah singkat. Hari buat booking dah kena settlekan deposit. Selang sehari dah kena settlekan full payment sebab tarikh percutian dah dekat sangat.
Alhamdulillah.. segalanya dipermudahkan untuk kami. Dalam masa sebulan lebih tu dapatlah kami buat persiapan apa yang patut. Belanja persiapan untuk bercuti di musim sejuk untuk satu keluarga boleh tahan juga. Lebih-lebih lagi untuk orang yang tak tahan sejuk macam aku. Jadi semua benda aku fikirkan keperluannya. Ianya bagi memastikan kami sekeluarga selesa dengan kelengkapan yang sesuai untuk menahan suhu sejuk di musim sejuk. Segalanya aku siapkan dengan teliti agar tiada yang kesejukan di sana. Sampaikan en.asben sendiri kagum bila persiapan yang aku sediakan cukup lengkap untuk kami sekeluarga hehe.. Travel insurans pun aku dah beli siap-siap. Barulah boleh bercuti dengan tenang. Sebagai isteri dan ibu, pastinya aku mahu pastikan segala yang terbaik buat suami dan anak-anak. Alhamdulillah.. segalanya dengan izin ALLAH.. Syukur. Thank you ALLAH.
23/12/2019
Flight kami pukul 1.05 pagi 24/12/2019. Jadi pergerakan kami bermula awal sehari. Hari isnin tu aku kerja. Balik kerja terus buat last packing. Sebelum balik kerja tu dah minta tolong en.asben arahkan anak-anak suruh buat last packing juga. Masa aku sampai rumah ada beg dah siap bersarung tanda packing selesai. Alhamdulillah.. Good job semua. Siap packing semua mama turun masak. Aku dengan en.asben puasa. Jadi lebih senang berbuka kat rumah dulu sebelum keluar. Senang nak solat dulu. Aku masak nasi goreng udang dan goreng drummet dan nugget. Siap makan, apa yang balance aku tapaukan untuk kami makan kat airport. Flight tengah malam. Jadi prepare siap-siap takut en.asben dan anak-anak lapar. Alhamdulillah.. clear bekal yang dibawa waktu tunggu nak naik flight. Eh.. Nak berjalan pun masih masak dan bawa bekal lagi? Iyalah.. Apa yang boleh jimat kita jimatlah. Kalau perlu kita beli, kita beli tak perlu nak sekat-sekat. Ada rezeki tahun depan boleh bawa anak berjalan tengok tempat orang lagi.. in shaa ALLAH.
Alhamdulillah.. Kami selamat sampai di KLIA 2
3 beg baju, 1 beg jajan (mama yang risau anak dan suami kelaparan gitulah persediaannya hahaha..) dan 1 beg winter jaket. Kami bawa 3 beg pack juga. 1 beg isi jajan and makanan untuk makan kat airport dan waktu sampai nanti. 1 beg isi glove, face mask, extra socks, neck warmer dan beanies. 1 beg isi hankerchief, ubat-ubatan, heat pack body and hand warmer juga telekung.
Flight kami Air Asia X. Kami pergi 6 orang termasuk anak arwah adik aku, Fareez. Jadi kami bawa kereta sendiri dan parking di KLIA 2. Lagi berbaloi dari kami kena naik 2 biji cab untuk waktu pergi dan waktu balik. Harga parking di KLIA2 untuk sehari ialah RM46. Selepas hari ketiga RM20. Total harga parking kami dari 23/12/2019 malam hingga 28/12/2019 petang adalah RM178. Pada aku harganya berpatutan dan rasa selamat parking di situ.
Settle urusan parking kami berkumpul dengan peserta dari Arba Travel yang lain. Tour guide kami Naza dan seorang lagi wakil dari Arba travel dah tunggu kami di tempat yang dijanjikan. Sebelum check in bag kami dengar taklimat ringkas. Selepas check in bag, terus gerak ikut haluan masing-masing. Sebelum tunggu di gate kami solat isyak, solat sunat musafir dan solat witir dulu. Kumpulan kami seramai 40 orang semuanya. Nampak macam ramai kan? Alhamdulillah.. walaupun ramai tapi tiada masalah langsung dengan grup ni. Semuanya saling tahu menghormati masa orang lain. Semuanya peramah dan boleh nak bergaul antara satu sama lain. Jadi sepanjang percutian ke Korea ini kami rasa selesa. Syukur.
Dalam flight kami tidur. Tak berapa lena tapi dapatlah juga merehatkan diri. Bangun pukul 5++ pagi ambil wuduk siap-siap dan kejutkan en.asben dan anak-anak. Dalam pukul 6++ tunaikan solat subuh dalam flight. Waktu solat wakil Arba dah beritahu siap-siap. Jadi senang. Selesai solat kami makan pagi. Memang dah pre-order nasi lemak Pak Nasir. Masa awal pramugari hantar hidangan dia dah tanya nak makan terus or later. Kami pilih nak makan later. Siap makan aku dan en.asben isi arrival form. Alhamdulillah.. Perjalanan kami selamat dan dilindungi. Thank you ALLAH.
Dalam flight kami tidur. Tak berapa lena tapi dapatlah juga merehatkan diri. Bangun pukul 5++ pagi ambil wuduk siap-siap dan kejutkan en.asben dan anak-anak. Dalam pukul 6++ tunaikan solat subuh dalam flight. Waktu solat wakil Arba dah beritahu siap-siap. Jadi senang. Selesai solat kami makan pagi. Memang dah pre-order nasi lemak Pak Nasir. Masa awal pramugari hantar hidangan dia dah tanya nak makan terus or later. Kami pilih nak makan later. Siap makan aku dan en.asben isi arrival form. Alhamdulillah.. Perjalanan kami selamat dan dilindungi. Thank you ALLAH.
Day 1 - 24/12/2019
Flight ke Korea dari KLIA2 6 jam setengah macam tu. Dalam pukul 8++ kami sampai Incheon Airport, Seoul. Korea awal 1 jam dari Malaysia. Alhamdulillah. Pemeriksaan Imigresen lancar walaupun barisannya panjang. Suhu waktu tu -2 rasanya. Sejukkkkk. Tapi kami sekeluarga memang dah pakai long john dan sweater siap-siap dari rumah. Jadi takdelah menggigil sangat. Lepas collect beg kami sarung winter jaket pulak. Maka bermulalah episod pakai baju 4 lapis dan seluar 2,3 lapis hehe.. Keluar dari airport nak naik bas rasa seronok dapat rasa udara sejuk beku. Seronok bila bercakap atau bernafas aje mulut keluar asap. Seronok kan sejuk? Tunggu babak seterusnya pulak hahaha..
Perjalanan dari Incheon Airport ke Seoul dalam 1 jam ++ macam tu. Lepas dengar sedikit penerangan dari Ms. Libby - our Tour Leader from Korea dapatlah lelapkan mata sekejap. Destinasi pertama kami di Seoul ialah Itaewon.
Annyeonghaseyo.. Greeting from Seoul with love.
Alhamdulillah.. Our first lunch in Korea.
Kami makan di Turkey Restaurant. Sedap kebab dia. Nampak sikit tapi jenuh nak menghabiskan. Aku makan separuh pun dah kenyang. Selebihnya pass pada anak-anak. Sebelum flight ke Korea kami dah pilih menu makanan masing-masing di restoran ni. Jadi semua pilih makanan idaman hati.
Makan dah include dalam pakej. So untuk breakfast, lunch dan dinner semuanya sudah tersedia untuk kami. Syukur atas rezekiMU ALLAH.
Makan dah include dalam pakej. So untuk breakfast, lunch dan dinner semuanya sudah tersedia untuk kami. Syukur atas rezekiMU ALLAH.
Kami makan di restoran ni. Kervan.
Mulalah mama ayah teringat makanan waktu di Istanbul dulu.
Mulalah mama ayah teringat makanan waktu di Istanbul dulu.
Alhamdulillah.. Ada rezeki kami bercuti satu keluarga lagi.
Tiada apa yang berlaku tanpa izin dari ALLAH.
Tiada apa yang berlaku tanpa izin dari ALLAH.
Thank you ALLAH.
Alhamdulillah.. Masa ni kami sekeluarga begitu seronok menikmati suhu musim sejuk. ALLAHU.. Nikmatnya. Syukur atas rezekiMU ALLAH.
Alhamdulillah.. selesai makan kami dibawa untuk solat di Masjid Itaewon. Kan kami tak mandi pagi hari tu hehe.. Jadi rasa segarnya dapat berwuduk dengan air sejuk. Selesai solat kami sempat ambil gambar kenangan di sekitar Masjib Itaewon tu.
ALLAHUAKBAR
Ya ALLAH, anugerahkanlah cintaku dan suami dengan cinta hanya keranaMU. Satukan hati juga cintaku dan suami hingga ke Jannah.. Ya ALLAH Anugerahkanlah kebahagiaan yang berpanjangan buat kami hingga ke Jannah.. Aamiin Ya Mujib. Aku doakan kalian dan pasangan juga dianugerahkan kebahagiaan yang berpanjangan till Jannah.
Konkonon tengah honeymoon ke Seoul berdua. Kasi chanlah hehe..
Cantik persekitaran masjid.
Tapi kena mendaki untuk naik ke masjid sebab kedudukannya yang berbukit.
Alhamdulillah.. Ada rezeki kami sekeluarga solat di Masjid Itaewon ni.
Ramai pelancong yang singgah solat di sini.
Makan sudah. Solat pun sudah. Alhamdulillah. Seterusnya kami di bawa ke N Seoul Tower atau nama lamanya Namsan Tower.
N Seoul Tower
Kami dan N Seoul Tower.
Cantik tempatnya. Kena mendaki juga. Tapi sejuk-sejuk takdelah rasa penat sangat cuma termenggahlah juga hehe..
Nice view kan.. Walaupun pokok-pokok dah togel. Subhanallah.
Mama and N Seoul Tower.
Cerun tu macam 60 darjah. So nak posing kat situ pun susah hehe..
Ayah and anak-anak di N Seoul Tower.
Anak-anak bujang and padlock cinta..
Mama and love padlock.
Mama and ayah tak letak padlock cinta kat situ ke?
Tak payahlah. Biar ALLAH saja yang kunci cinta kami till Jannah.. In shaa ALLAH
Cerun tu macam 60 darjah. So nak posing kat situ pun susah hehe..
Ayah and anak-anak di N Seoul Tower.
Anak-anak bujang and padlock cinta..
Mama and love padlock.
Mama and ayah tak letak padlock cinta kat situ ke?
Tak payahlah. Biar ALLAH saja yang kunci cinta kami till Jannah.. In shaa ALLAH
Selesai di N Seoul Tower kami dibawa singgah ke Myeongdong. Jalan-jalan cuci mata tengok jualan street food. Belilah juga roti telur yang famous tu. Beli kuih ikan. Beli ice cream panjang yang 32 cm tu. Beli dragon beard candy. For me rasanya semua biasa-biasa aje. Takde yang wow sangat. Tapi selera setiap orang tak sama kan? Kalau you all pergi bolehlah try. Then kami masuk Etude House sekejap. Han nak beli barang dia. Mama beli losyen Etude House untuk souvenir. 6 kotak RM 190 macam tu. Tak tahulah mahal ke murah. Lepas tu mama beli strawberry. Gemuk dan manis. ALLAHU.. sedapnya. Dari Malaysia memang dah aim nak beli strawbery tu. Sebab teringat-teringat strawbery waktu kat Japan last year. Harga dalam 8000 - 15000 won sebekas.
Selepas tu kami dibawa ke Restoran Kampungku untuk dinner. Alhamdulillah.. makanan sedap. Siap makan kat luar pun dah gelap walaupun baru pukul 6 petang. Kami terus di bawa ke Hotel penginapan kami, Travel Lodge, Euljiro, Myeongdong. Lega rasanya sebab aku dah gigil-gigil kesejukan dah masa tu. Badan pun dah mula rasa lesu. Alhamdulillah.. Hotel selesa. 3 bilik untuk kami. Mama memang dah request 2 bilik 2 single bed dan 1 bilik queen bed. Beg pun memang dah siap asingkan untuk setiap bilik. Alhamdulillah.. Dapat bilik seperti yang diminta. Bilik anak-anak sebelah menyebelah dan ada connecting door. Bilik mama ayah jauh sikit tapi di level yang sama. Jauh pun cuma beberapa langkah aje hehe.. So no worries.
Selepas tu kami dibawa ke Restoran Kampungku untuk dinner. Alhamdulillah.. makanan sedap. Siap makan kat luar pun dah gelap walaupun baru pukul 6 petang. Kami terus di bawa ke Hotel penginapan kami, Travel Lodge, Euljiro, Myeongdong. Lega rasanya sebab aku dah gigil-gigil kesejukan dah masa tu. Badan pun dah mula rasa lesu. Alhamdulillah.. Hotel selesa. 3 bilik untuk kami. Mama memang dah request 2 bilik 2 single bed dan 1 bilik queen bed. Beg pun memang dah siap asingkan untuk setiap bilik. Alhamdulillah.. Dapat bilik seperti yang diminta. Bilik anak-anak sebelah menyebelah dan ada connecting door. Bilik mama ayah jauh sikit tapi di level yang sama. Jauh pun cuma beberapa langkah aje hehe.. So no worries.
Masuk bilik aku still rasa sejuk. Rupanya tingkap bilik kami tak ditutup dengan betul waktu housekeeping mengemas bilik. So udara sejuk dah masuk ke dalam bilik. Baring atas katil pun rasa sejuk sangat sebab tilam, cadar, selimut semua dah sejuk beku rasa. Apalagi.. Terus sarung winter jacket dan sarung stokin semula. Ingat nak terus tidur dulu sebab dah kesejukan. Tapi bertahan juga sebab nak keluarkan dan kemas barang dulu. Senang nanti en.asben nak cari keperluan dia. Anak-anak pun kejap-kejap datang ketuk pintu tanya itu ini. Jadi sementara nak landing rehat tu empat, lima kali jugaklah kena bangun semula. Waktu tu pun baru pukul 7 malam. Kalau waktu Malaysia baru pukul 6 petang hahaha.. Taknaklah tunjuk lembik sangat. Baru day 1 kut. Jadi mama stay strong sekejap hehe.. Untung-untung tahun depan ayah bawa jalan-jalan lagi kan haha..
Dah siapkan minuman panas untuk en.asben dan en.asben pun dah masuk mandi, anak-anak pun dah tak datang bilik lagi, mama pun terus tarik selimut. Sedar semula dah pukul 11 malam. Alhamdulillah.. dah tak rasa sejuk sangat. Padahal dah tidur pakai winter jacket haha.. Letih pun dah hilang. Barulah bangun mandi dan solat. Terus segar rasa badan. Seronok dapat mengaji sambil duduk tepi tingkat. Tak sangka dah sampai Seoul. Walaupun sejuk tapi kami memang mandi macam biasa pagi malam setiap hari. Cuma hasilnya kulit jadi keringlah. So kena sapu vaselin dan losyen lebih sikit. Alhamdulillah.. selesai sudah cerita day 1 in Korea.
Dah siapkan minuman panas untuk en.asben dan en.asben pun dah masuk mandi, anak-anak pun dah tak datang bilik lagi, mama pun terus tarik selimut. Sedar semula dah pukul 11 malam. Alhamdulillah.. dah tak rasa sejuk sangat. Padahal dah tidur pakai winter jacket haha.. Letih pun dah hilang. Barulah bangun mandi dan solat. Terus segar rasa badan. Seronok dapat mengaji sambil duduk tepi tingkat. Tak sangka dah sampai Seoul. Walaupun sejuk tapi kami memang mandi macam biasa pagi malam setiap hari. Cuma hasilnya kulit jadi keringlah. So kena sapu vaselin dan losyen lebih sikit. Alhamdulillah.. selesai sudah cerita day 1 in Korea.
Day 2 - 25/12/2019
Pukul 6 dah kejut anak-anak bangun. Selepas solat subuh kami terus bersiap. Pukul 6.45 macam tu kami turun breakfast. Makan roti dan cereal aje semua. Dah selesai makan terus berkumpul di lobi hotel. Pukul 7.30 pagi kami naik bas. Pagi ini kami dijadualkan untuk ke Nami Island. Mulalah lagu winter sonata berlagu dalam kepala ada seorang perempuan tu hahaha.. Perjalanan ke Nami Island dengan bas dalam 1 jam++ macam tu. Dalam bas our tour guide, Libby bercerita serba sedikit tentang dirinya dan juga tentang Korea. Selepas tu kami layan mata hehe.. Dekat nak sampai Nami Island, lagu winter sonata versi Hazami berkumandang dalam bas mengejutkan kami dari lena. Saja aje Libby pasang untuk menimbulkan mood romantis dan mood Nami Island. Turun bas dah rasa sejuk sangat. Sementara Libby pergi beli tiket feri kami yang lain beratur untuk menaiki feri. Perjalanan dengan Feri dalam 5-6 minit saja. Sekejap sangat. Tapi legalah dapat panaskan diri sekejap dalam feri.
Kami sekeluarga dalam feri nak ke Nami Island
Mama ayah dah feeling Jung Sang Yoo Jin hehe..
Waktu kami sampai orang tak ramai sangat lagi. Jadi sangat selesa nak berjalan-jalan. Nak masuk toilet pun best sebab takde orang.
2020 is my year.. in shaa ALLAH.
Seronok nak bergambar dengan the giant book ni.
Waktu kami sampai orang tak ramai sangat lagi. Jadi sangat selesa nak berjalan-jalan. Nak masuk toilet pun best sebab takde orang.
2020 is my year.. in shaa ALLAH.
Seronok nak bergambar dengan the giant book ni.
Hari tu aku pakai 5 lapis baju dan 3 lapis seluar. Tapi masih rasa sejuk sangat. Jadi semua persiapan yang aku sediakan sangat berguna di sini untuk kami yang tak tahan sejuk. Alhamdulillah.. Terima kasih atas perkongsian orang lain yang buatkan aku lebih bersedia.
Semua pun dah minta nak pakai neck warmer dan face mask.
Muka kena tutup. Kalau tak beku rasa.
Tapi bila bergambar kami tarik face mask tu. Tapi adakala terlupa juga nak buka muka hehe..
Takpe. Kita ambil gambar lain hehe..
Ayah dan anak-anak.
Kami jalan santai-santai aje kat Nami Island.
Anak-anak sepuluh kali sekejap singgah toilet mencari heater hehe..
Bila ada tempat menarik kami singgah bergambar.
Banyak sangat tempat yang menarik untuk bergambar di Nami Island ni.
Anak-anak pun sampai tak lalu bila diajak bergambar haha..
Mama and Olaf.
Kami terus berjalan santai. Sampai tempat basikal ingat nak sewakan basikal untuk anak-anak. Sekali hati tertarik dengan sky cycle pulak. Hari tu pulak ada diskaun tiket 30% ke 40%. Eh.. 50% kut. Eh.. entahlah. Lupa! hahaha.. Tak kisahlah janji diskaun kan. Sempena krismas. Teruslah lagi rasa tertarik. Lagipun tiada orang lain pun yang naik. So tak payah nak queue semua. Tanpa fikir panjang aku beli tiket untuk 6 orang. Tak sedar diri tu gayat. Anak-anak pulak bila mamanya dah beli tiket naik jugalah tak cakap banyak.
Pasrah aje anak-anak mengayuh sky cycle ni dalam kesejukan hehe..
Tapi fun juga sebenarnya mengayuh sky cycle ni. Is dengan Han tukang ambil gambar mama ayah dan adik-adik. Jadi gambar dia orang sendiri takde.
Mama muka macam rileks kan. Tapi sebenarnya aku tengah gayat waktu ni.
Dengan sejuknya lagi. Nak mengadu lebih-lebih takut en.asben bising sebab aku yang beria ajak semua orang naik hahaha.. Terus kayuh aje laju-laju pandang depan. Tak toleh kiri kanan langsung haha.. Rugi betul tak dapat menikmati pemandangan dari atas tu. Nasib anak-anak ada ambilkan gambar ni. Dapatlah mama tengok pemandangan dalam gambar ni aje.
Sebenarnya kan.. selain gayat dan sejuk beku ada cerita lain juga kat sini.
Waktu ni mama tengah mengelabah sangat. En.asben pujuk suruh cool aje.
Apa yang jadi?
Phone mama jatuh ke tanah. Terlupa nak keluarkan phone dari poket jaket huhu.. Itu mama dengan ayah tengah mencari phone tu jatuh kat mana.
Jom sayang kita kayuh lagi laju.
Risau sangat apa jadi dengan phone aku. Turun aje dari sky cycle, Is terus laju-laju pergi lari cari phone mama. Tqsm abang. Alhamdulillah.. phone mama selamat. Cuma skrin protector aje calar sikit. Syukur Ya ALLAH.
Lepas sky cycle kami jalan-jalan lagi. Jumpa kedai kami singgah beli banana uyu. Anak-anak pulak nak makan pancake korea ke apa entah. So bagi duit suruh anak-anak pergi beli. Anak-anak pun macam dah malas nak berjalan-jalan lagi. Mama pun sama sebenarnya. Tapi tiba-tiba Is tunjuk kat satu objek tu. Eh.. terus hilang rasa malas mama hahaha.. Terus laju-laju ajak en.asben dan Is pergi kat tempat tu untuk bergambar.
Wajiblah ada gambar kat sini kalau ke Nami Island. Kan?
Maka berkeping-kepinglah kami bergambar di sini sebelum bangun bagi turn kat orang lain pulak hahaha.. kita letak 2 keping cukuplah sebagai kenangan.
Ayah dan Is. Allahu.. dah nampak sama sangat dah dua hero mama ni.
Semoga dalam rahmat ALLAH sentiasa keduanya.
Sementara Is ikut kami jalan-jalan tu, ambillah peluang bergambar berdua lagi.
Saatku merindukan dirimu.. Jiwa meronta kau ku damba..
Oh gerhanalah seluruh pancaindera..
(Maaf dengan gambar tu. Sila jaga pancaindera ya hehe..)
Ku hilang dalam memori cinta.. Membakar seluruh jiwa raga..
Hanya kau untukku.. Kau tiada dua..
In shaa ALLAH.
In shaa ALLAH.
Nak juga tiru pose Jun Sang dan Yoo Jin tu.
Barulah winter sonata hahaha..
Bagaikan syurga tanpa bidadari.. Kau ibarat hembusan nafas terakhir..
Bagaikan syurga tanpa bidadari.. Kau ibarat hembusan nafas terakhir..
Bagaikan siang tiada mentari.. Bagai malam tiada cahaya purnama..
Tanpamu tiada erti hidup berdua.. Ke akhir masa kau ku cinta..
Dari Malaysia kut kita nyanyi lagu tu. Bagilah chan kita nyanyi lagu winter sonata kat Nami Island pulak hahaha..
Thank you abang jadi photographer mama ayah berwinter sonata hahaha..
Ada orang jeles bila mama sibuk nak bergambar dengan Jun Sang.
So mama simpan sinilah sebagai kenangan ;)
Alhamdulillah.. Memori di Nami Island.
Tak sangka dapat juga sampai sini. Begitu juga dengan setiap apa yang berlaku dalam kehidupan. Semuanya sudah ALLAH takdirkan dan sudah ALLAH aturkan dengan sebaik dan secantiknya. ALLAHU.. Tiada apa yang berlaku tanpa izin dari ALLAH. HambaMU bersyukur Ya ALLAH. Thank you ALLAH.
Kami terus berjalan berdua. Biarlah anak-anak buat hal masing-masing dulu.
Ada masa aku yang terlalu risaukan anak-anak. Ada masa en.asben pulak.
Semoga ALLAH sentiasa lindungi dan rahmati anak-anak kami pada setiap masa.. Aamiin Ya Mujib.
Ada masa aku yang terlalu risaukan anak-anak. Ada masa en.asben pulak.
Semoga ALLAH sentiasa lindungi dan rahmati anak-anak kami pada setiap masa.. Aamiin Ya Mujib.
Kita simpan kenangan indah di Korea. In shaa ALLAH.. Semoga ada rezeki kita ke tempat lain pula selepas ini.. Aamiin Ya Mujib.
Bila dah kesejukan kita singgah sekejap kat tepi bara api untuk memanaskan badan. Jumpa family dari Malaysia kita bertegur sapalah sekejap.
Dah hampir pukul 12 kami kembali semula kat tempat anak-anak melepak tadi. Tengok semuanya dah tiada kat situ. Kami pun terus ke restoran yang telah diberitahu untuk makan tengah hari. Elok aje sampai depan restoran anak-anak dah melambai dari dalam kedai. Bagus.. Pandai bawa diri masing-masing. Selesanya dapat masuk dalam bangunan yang ada heater.
Bestnya bila pergi dengan Pakej Arba ni, waktu makan dan tempat makan semua dah ditetapkan. Alhamdulillah.. Di Nami Island kami lunch di Asean Cuisine. Menu dah dipilih dari awal. Jadi anak-anak dah siap-siap pilih makanan yang dia orang nak. Alhamdulillah.. makanan pun sedap.
Muka aku dah start kering sangat dah waktu ni.
Muka aku dah start kering sangat dah waktu ni.
Besar portion dia. Seperti biasa, anak-anak bujang tolong habiskan.
Kami tukar-tukar merasa makanan antara kami anak beranak.
Jadi dapatlah merasa makanan yang lain juga.
Jadi dapatlah merasa makanan yang lain juga.
Siap makan kami menunaikan solat di tingkat atas kedai Asian Cuisine tu. Jumpa orang Bangi kat surau. Bertanya khabarlah masing-masing. Memang kat Korea ramai sangat orang Malaysia yang bercuti ke sana. So tak payahlah kita nak menyombong sangat waktu kat sana. Bukan kita seorang saja yang sampai sana. Orang lain pun mampu juga. Tak salah bertukar-tukar senyuman dan bertegur siapa. Tak jatuh standard pun. Selesai solat kami terus berjalan semula ke pintu masuk Nami Island. Berkumpul di tempat yang dah dijanjikan sebelum naik feri. Dalam bas, kami dengar celoteh dari Libby sekejap. Kemudian melayan mata serta badan yang keletihan dan kesejukan. Jalan raya sesak sikit petang tu sebab hari cuti krismas. Tak kisah sangat pun sebab masa untuk tidur dalam bas bertambahlah sikit hehe..
Sampai di Seoul semula kami terus di bawa ke Cheonggae Stream. Melihat sungai yang bersih dan sudah dibaik pulih kawasannya menjadi kawasan tempat rehat yang cantik dan meriah. Sebab jalan sesak tadi jadi kami tak banyak masa di sini. Tapi sempatlah kami bergambar kenangan. Lepas tu sempat juga jalan-jalan melihat jualan street food.
Cheonggae Stream..
Orang sangat ramai dan agak sesak waktu tu. Tapi sebab sejuk dan suasananya indah dengan bunyian air yang mengalir tetap rasa best aje kat situ.
Orang sangat ramai dan agak sesak waktu tu. Tapi sebab sejuk dan suasananya indah dengan bunyian air yang mengalir tetap rasa best aje kat situ.
Maka lupakan ajelah nak bergambar tanpa background orang lain.
Dapat tempat untuk berdiri bergambar pun dah bersyukur.
Dapat tempat untuk berdiri bergambar pun dah bersyukur.
Kita pose sambil duduklah pulak. Geram nak celup kaki dalam air tu sebab air jernih sangat. Cita-cita macamkan diri tu tahan sejuk sangat kan hahaha..
Kalau malam lebih cantik lagi sebab banyak lampu-lampu. Ada juga kami dibawa lalu di kawasan tu pada waktu malam. Memang cantik.
Waktu ni krismas. Jadi deko-deko krismaslah kat situ. So colourful.
I Seoul U gitewww..
Ayah and anak-anak di Seoul.. Alhamdulillah.
Alhamdulillah.. Kami di Seoul.
Elok tengah ambilkan gambar en.asben dan anak-anak our travel guide lalu kat situ. So dia offer nak tolong ambilkan gambar kami. Syukur. TQSM Naza.
Selepas selesai di Cheonggae Stream kami dibawa ke Dongdaemun pula. Semua orang diberikan masa untuk berjalan sendiri. So kami jalan-jalan cuci mata kat situ. Sejuk sangat dah waktu tu. Jadi banyak habis masa tunggu sorang-sorang pergi toilet hehe.. Takpelah. Kami bukan nak cari apa sangat pun kat situ. Sempat juga kami jalan-jalan kat area Dongdaemun Design Plaza (DDP) yang sangat unik rekabentuk bangunannya.
Mama dengan Han cuma beli neck warmer aje. Actually I love my neck warmer yang aku pakai tu so much. Beli online aje. Sangat best pakai. Tapi bulu-bulu dia asyik melekat kat glove and jaket. Terus rasa tak selesa. Terpaksa beli neck warmer yang lain. Waktu balik Malaysia aku lipat neck warmer tu elok-elok dan tinggalkan di hotel. Bye neck warmer.
Mama dengan Han cuma beli neck warmer aje. Actually I love my neck warmer yang aku pakai tu so much. Beli online aje. Sangat best pakai. Tapi bulu-bulu dia asyik melekat kat glove and jaket. Terus rasa tak selesa. Terpaksa beli neck warmer yang lain. Waktu balik Malaysia aku lipat neck warmer tu elok-elok dan tinggalkan di hotel. Bye neck warmer.
Kami di Dongdaemun Design Plaza.
Makin gelap makin sejuk pulak rasanya kat situ. Lega bila sampai masa dapat naik bas semula. Masa ni aku dah start rasa nak cepat-cepat balik Malaysia. Tak tahan sejuk huhu.. Selepas itu kami dibawa untuk makan Tteokbokki Steamboat Dinner. Sejuk-sejuk makan makanan panas-panas memang terbaiklah jawapan dia. Alhamdulillah.. Syukur. Kedainya penuh sangat dengan pelanggan. Tapi ada tempat duduk untuk kami.
Tteokbokki Steamboat Dinner.
1 pot ni untuk 4 orang makan. Alhamdulillah.. cukup kenyang. Anak-anak suka.
Selesai makan kami terus dibawa pulang ke hotel. Masih awal lagi waktu tu. Baru pukul 7 malam. Nak tidur pun tak rasa nak tidur lagi. Nak berehat dalam bilik aje rasa rugi pulak. Han pulak memang mengajak untuk ke Myeongdong. So lepas mandi dan solat kami keluar ke Myeongdong bertiga. Anak-anak bujang taknak ikut. Mulanya plan nak naik tren. Tapi nak memahamkan laluan pun macam ambil masa walaupun cuma 1 atau 2 stesyen aje hehe.. Sudahnya kami pilih untuk jalan kaki aje. Lagipun Libby our tour guide memang dah bagi direction untuk ke Myeongdong dengan serba lengkap. So kami rasa yakin aje nak berjalan. 10 minit dah sampai Myeongdong guna direction yang Libby bagi tu. TQSM Libby. Tak penat pun berjalan sebab dekat aje. Rasa sejuk tu aku cuba lawan.
Kami singgah di hadapan Cathederal di Myeongdong sekejap nak tengok lampu bunga-bunga yang cantik ni. Malam krismas. So meriahlah area tu.
Ehem.. Mama dengan neck warmer baru hahaha..
BTW yang lama tetap menjadi pujaan hatiku.
Ayah dan Han kesayangan.
Ayah teringin nak makan clam bakar with cheese. So kami singgah beli.
Makan duduk kat tangga kedai.
Ayah dengan Han aje yang makan. Mama rasa sikit aje. Okeylah sedaplah juga.
Harga 10000 ke 15000 won macam tu.
Kami jalan cuci-cuci mata aje kat situ. Orang sangatlah ramai. Singgah juga kat area bawah stesyen Myeongdong. Banyak sangat kedai kat bawah tu. Tapi sebab dah lewat banyak kedai dah tutup. Kami jalan pusing-pusing aje kat situ sebelum balik hotel. Sampai hotel dekat pukul 11 malam.
Day 3 - 26/12/2019
Bangun pagi seperti biasa kejutkan anak-anak dulu. Risau kalau anak-anak terlewat bangun dan lambat bersiap. Pergi dengan grup kan. Kalau boleh taknaklah kita menyebabkan kelewatan orang lain. Lepas solat subuh kami terus bersiap dan turun sarapan. Pukul 7.30 pagi naik bas. Pagi tu Az tak sedap perut pulak. Dia dah cakap nak duduk hotel aje taknak ikut keluar hari ini. ALLAHU. Kalau boleh taknaklah macam tu. Nanti kami pun jadi tak sedap hati nak tinggalkan dia sorang kat hotel. Alhamdulillah.. pujuk-pujuk dia nak ikut juga. Tapi sebelum tu suruh dia pergi toilet dulu. Orang semua dah mula jalan ke bas Az tak keluar toilet lagi. Aku dengan en.asben tunggu depan toilet temankan dia. Minta 5 minit dari Tour guide. Syukur.. semuanya dipermudahkan. Thank you ALLAH.
Hari ni kami akan ke Vivaldi Ski Resort. Sebelum keluar tu tengok whether forecast macam mendung. Suhu pun macam lebih rendah. Tapi tak mahu nak terlalu mengharap. Naik bas dengar cerita dari Libby. Ada sesi mengenalkan diri juga oleh wakil keluarga masing-masing. Selepas tu semua orang diberi own sweet time hahaha.. Boleh tidurlah maknanya tu. Sekali dalam perjalanan tu terdengar Libby kembali bersuara. The snow is falling. You all are so lucky. Terus terbangun aku dibuatnya. ALLAHU.. Syukur.. Alhamdulillah. Besarnya kuasaMU Ya ALLAH. Sebelum pergi Seoul memang aku berdoa dalam sujud semoga ada rezeki kami dapat menikmati turunnya salji. Check wheather forecast macam takde peluang. Cuaca dua tiga hari di sini pun cerah. Esok lusa kami dah nak balik. Ingatkan tak dapat merasa. Alhamdulillah.. Hari ni ada rezeki kami merasa turunnya salji. Thank you ALLAH.
Turun aje bas kami semua menikmati salji yang turun dengan penuh rasa kesyukuran. Rasa nak menitik airmata. Mengenangnya kembali pun hati rasa sebak. ALLAHU.. ALLAH Maha Baik. Pertama kali untuk kami sekeluarga merasainya. Seronok sangat dapat menikmati salji yang turun. Syukur. Alhamdulillah.. Dan nikmat Allah yang mana mahu kamu dustakan? Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..
Layan tengok orang main ski dari atas ni.
Then rasa ruginya tak main salji kat bawah tu. So ajak semua orang turun main salji.
Turun aje bas kami semua menikmati salji yang turun dengan penuh rasa kesyukuran. Rasa nak menitik airmata. Mengenangnya kembali pun hati rasa sebak. ALLAHU.. ALLAH Maha Baik. Pertama kali untuk kami sekeluarga merasainya. Seronok sangat dapat menikmati salji yang turun. Syukur. Alhamdulillah.. Dan nikmat Allah yang mana mahu kamu dustakan? Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..
Selepas diberikan pek lunch untuk setiap keluarga kami dibawa berkumpul di bawah bangunan oleh Naza sementara Libby menguruskan tiket.
Han dan salji. Rintik saljinya halus. Dalam gambar tak nampak.
Mama, Is, Fareez, Han dan Az.
Sementara menunggu tu kami bergambar kenangan dulu.
Ayah dan anak-anak pulak.
Vivaldi plaza. Jalan terus dah nampak orang main ski kat belakang tu.
Naik tangga tu untuk menaiki cable car. Kat atas tu ada 2 cable car.
1 ke tempat ski. 1 lagi untuk ke Snowyland. Kami naik ke tempat ski. Yang lain semuanya ke Snowyland. Anak-anak dah besar. Tak minat nak main kat Snowyland tu. Last year masa kat Jepun pun main slide 2,3 kali aje. Lepas tu dah taknak main. So tahun ni bila tanya nak main tak? Semua cakap taknak.
Jadi tak perlulah kami ke Snowyland.
Kami dalam cable car di Vivaldi Ski Resort.
Sampai kat atas kami blur kejap. Ada masa 4-5 jam. Kami nak buat apa kat atas ni lama-lama hahaha... Okey takpe. Kita rileks-rileks kat atas ni dulu. Layan pemandangan. Lepas tu kita lepak tengok orang main ski pulak.Best tengok orang main ski. Leka kami memerhati dia orang dari turun ski lift sampailah meluncur semula turun dari bukit tinggi. Eh.. Seronoklah..
Kita ambil gambar dululah.
Bawa anak-anak ke ski resort memang menjadi doa dan impian aku.
Alhamdulillah.. ALLAH izinkan impian aku tercapai. Syukur Ya ALLAH.
Tiada apa yang berlaku tanpa izin dariMU.
Tiada apa yang berlaku tanpa izin dariMU.
ALLAHU.. Kerdil rasa diri. Besar sungguh kuasa doa. Kuasa meminta hanya kepada ALLAH Yang Maha Besar. Hambamu bersyukur Ya ALLAH.
Tahun lepas dapat bawa anak-anak ke Gala Yuzawa, Japan.
Tahun lepas dapat bawa anak-anak ke Gala Yuzawa, Japan.
Tahun ni Ke Vivaldi, Korea. Dapat merasa salji turun juga. ALLAHU..
Alhamdulillah.. Thank you ALLAH.
Bestnya kalau dapat tengok dari pelantar kat belakang tu kan.
Hehe.. Cita-cita seorang yang gayat.
Hehe.. Cita-cita seorang yang gayat.
Puas tengok orang main ski serta menikmati salji yang turun dan dah kesejukan semuanya, kami masuk ke dalam bangunan untuk memanaskan badan. Kat dalam bangunan tu ada cafe. Bekalan lunch memang kami dah ada. Nak menumpang makan saja-saja kat cafe tu rasa tak best pulak. So kami orderlah air. Bolehlah makan dengan tenang tanpa rasa segan dan seperti menumpang.
Alhamdulillah.. Sedapnya dapat minum minuman panas saat kesejukan.
Airnya pun pekat dan sedap. Manis pun ngam-ngam. Kami order 1 green tea,
1 vanila latte dan 4 hot chocolate. Total dalam RM140 macam tu. Memang harga lunch betul kan hehe..
Our lunch pack from Arba Travel. Alhamdulillah.. sedap.
Menikmati lunch kami dengan penuh selera.
Alhamdulillah.. Ada selera makan pun rezeki juga kan. Syukur.
Hampir sejam kami duduk di cafe ni.
Selepas makan kami lepak kat luar ni semula. Menikmati salji yang turun.
Buat video call dengan emak dan adik aku. Teruja sangat nak share snow falling moment tu. First timelah katakan. Sejujurnya aku memang sangat excited. Syukur Ya ALLAH.
Then rasa ruginya tak main salji kat bawah tu. So ajak semua orang turun main salji.
Seronok anak-anak main baling-baling salji.
Yang bestnya orang yang main ski tak kisah pun dengan kami yang main-main kat situ. So anak-anak boleh main salji dengan senang hati.
Fareez tanya, mama boleh tak saya nak baring atas salji?
Silakanlah anak.
Alhamdulillah.. Rezeki anak-anak dapat main salji sambil menikmati turunnya salji hari tu. Syukur Ya ALLAH.
Salji yang turun sangat halus.
So anak-anak baling salji untuk nampakkan salji dalam gambar hahaha..
Macam-macam style anak-anak nak bergambar.
Alhamdulillah.. bila anak-anak seronok mama rasa lebih seronok.
Tangga berbumbung hijau belah kanan tu untuk naik ke tempat cable car.
Hujung belah kiri tu dah curam untuk peluncur ski turun ke bawah.
Hujung belah kiri tu dah curam untuk peluncur ski turun ke bawah.
Baling salji depan kamera phone dapatlah hasil gambar begini.
Alhamdulillah.. Mama yang seronok dapat menikmati salji. TQ ALLAH.
Sambil tengok anak-anak, tengok orang main ski kita tengok cable car yang lalu juga.
Nikmatilah masa kita di sini anak-anak.
Aku tanya, next nak pergi tempat salji lagi tak? Semua jawab cukuplah. Sebab tak tahan sejuk. Tapi kalau ada rezeki nanti-nanti kami tidak menolaknya. Semoga ALLAH permudahkan segalanya buat kami sekeluarga.
Kenangan ayah mama dan keindahan musim salji.
Nak bercuti lagi in winter? Masa kat sana memang mama kata NO.
Tapi dah balik Malaysia ni rasa teringin nak merasai pengalaman itu semula. Takpelah.. Biar takdir yang menentukan segalanya. Kita tengoklah apa rezeki yang menanti selepas ini. Semoga terus direzekikan dengan umur yang berkat serta kesihatan yang baik. Juga rezeki yang berkat dan melimpah ruah.. Aamiin.
Nak bercuti lagi in winter? Masa kat sana memang mama kata NO.
Tapi dah balik Malaysia ni rasa teringin nak merasai pengalaman itu semula. Takpelah.. Biar takdir yang menentukan segalanya. Kita tengoklah apa rezeki yang menanti selepas ini. Semoga terus direzekikan dengan umur yang berkat serta kesihatan yang baik. Juga rezeki yang berkat dan melimpah ruah.. Aamiin.
Fareez
Semoga keputusan SPMnya cemerlang dan dapat menyambung pelajaran dalam bidang yang baik dan di tempat yang terbaik. Berdebar mama nak tunggu keputusan keluar. Macam mama pulak yang ambil SPM.
Semoga keputusan SPMnya cemerlang dan dapat menyambung pelajaran dalam bidang yang baik dan di tempat yang terbaik. Berdebar mama nak tunggu keputusan keluar. Macam mama pulak yang ambil SPM.
Ayah dan Az. My Az and La.
Az ni paling sempoi. Dalam flight balik mama tanya next nak ke mana? Dia jawab taknak ke mana-mana. Duduk rumah aje. Sejenis yang mencintai rumah. Rumahku syurgaku ya nak.
Az ni paling sempoi. Dalam flight balik mama tanya next nak ke mana? Dia jawab taknak ke mana-mana. Duduk rumah aje. Sejenis yang mencintai rumah. Rumahku syurgaku ya nak.
LUNA
Mula-mula dah lorek salji guna ranting tapi tak jelas tulisannya. So ayah cadangkan kami kami guna daun pulak. Hasilnya nampak cantik. Tapi sementara nak ambil gambar puas juga nak kejar daun yang ditiup angin hahaha.. So dapat tulis nama Luna aje. Nama family yang lain walaupun sentiasa di hati tapi kami dah penat nak susun daun tulis nama hehe..
Mula-mula dah lorek salji guna ranting tapi tak jelas tulisannya. So ayah cadangkan kami kami guna daun pulak. Hasilnya nampak cantik. Tapi sementara nak ambil gambar puas juga nak kejar daun yang ditiup angin hahaha.. So dapat tulis nama Luna aje. Nama family yang lain walaupun sentiasa di hati tapi kami dah penat nak susun daun tulis nama hehe..
Alhamdulillah..Tiga lelaki yang ALLAH pinjamkan untuk mama.. TQ ALLAH.
Buaian ni kosong. Jadi tempat kami melepaklah.
Buaian ni kosong. Jadi tempat kami melepaklah.
Alhamdulillah.. Dapat habiskan masa di sini menikmati salji yang turun.
Daripada tempat duduk ni basah ditimpa salji.. lebih baiklah kami duduk di sini.
Cari apa tu ma?? Haha.. Suka sangat handbag ni. Sebab dia muat-muat untuk isi passport kami berenam, isi handphone, lipstik, compact powder, spec, dan towel.
Kakak dan Fareez dengan snowman mereka.
Yang paling banyak main dengan salji dua orang nilah.
I wanna build a snowman..
Nak buat kecik ni pun kebas tangan tau. Merata Fareez bawak snowman dia tu hehe.. Bangga dapat juga buat. Alhamdulillah.. Mama happy for you.
Semoga arwah mummy dan arwah daddy sentiasa happy di sana keranamu.
Alhamdulillah.. Kenangan manis kami sekeluarga di Vivaldi Ski Resort.
Tak sedar sejam lebih juga kami menikmati salji di kawasan ini.
Thank you ALLAH.
Bila nampak ramai dari grup kami yang dari Snowyland dah berada di sini barulah perasan yang lama betul kami lepak kat luar ni. Alhamdulillah.. dalam pada blur tak tahu nak buat apa kat sini pada mulanya, kami direzekikan dapat menikmati salji dengan penuh keseronokan. Syukur sangat.
Az and Mama. Baru perasan mata dan hidung dia sama macam mama.
Waktu kami nak naik cable car untuk turun ke bawah terasa suhu makin sejuk. Salji yang turun pun dah terasa lebih kasar.
Seronoknya tengok salji yang memutih dan orang ramai-ramai main ski.
Masya ALLAH.. Indahnya dapat menikmati pemandangan sebegini.
Queue panjang untuk menaiki ski lift.
Ralit kami menikmati pemandangan ini.
Bye Vivaldi Ski Park. Alhamdulillah.. We had a great time.
Turun ke bawah kami solat dulu. Kemudian lepak kat bawah bangunan sambil jalan-jalan kat supermarket cuci-cuci mata. Anak-anak main game juga kat situ sebelum kami bergerak berkumpul di tempat yang telah dijanjikan. Waktu tu salji dah berhenti turun. Alhamdulillah.. dah puas dapat main dengan salji sebelum tu. Tapi tetap rasa sedih juga tak dapat menikmati salji lagi. Semoga ada peluang lagi di lain kali.. in shaa ALLAH. Perjalanan balik jalanraya agak sesak juga. Seperti biasa kami ambil peluang melelapkan mata. Sampai Seoul dah gelap dah. Baru pukul 6 lebihlah tapi hehehe.. Kami terus dibawa makan di kedai makanan korea yang banyak lauk. Seperti makanan diraja korea katanya. Sejuk semakin mencengkam tulang. Nak berjalan ke kedai pun rasa mengigil-gigil dah. Orang lain selalunya masuk restoran aje buka jaket. Tapi aku memang pecah rekod. Winter jacket hanya buka waktu kat hotel aje huhu.. Punyalah tak tahan sejuk.
Alhamdulillah.. inilah makanan kami pada malam tu. Banyakkan lauknya. Ini untuk 4 orang makan. Aku cuma makan ikan dengan japchae (glass noodle) tu aje. Lauk yang lain tak pandai nak makan hehe.. Ikan tu sedap. Best meratah.
Selepas makan kami dibawa pulang ke hotel. Masa ni badan dah start naik rashes gatal-gatal kat kaki dan tangan huhu.. sangat tak selesa. Mungkin kulit dah kering sangat dan tak tahan dengan cuaca sejuk plus pakai baju dan seluar pun berlapis-lapis waktu tu. Lepas mandi, sapu krim, sapu losyen dan veselin rasa kuranglah sikit gatalnya. Seminggu lepas balik Malaysia gatal-gatal tak hilang lagi. Alhamdulillah.. sekarang dah okey. Syukur.. gatal-gatal tu baik sendiri. Tak pakai ubat apa-apa pun. Kalau gatal garu aje hehe.. tapi adalah parut sikit but now hilanglah dah parut tu. Alhamdulillah..
Day 4 - 27/12/2019
Hari ni kami keluar agak lambat sebab nak berjalan dekat-dekat aje. Pukul 8.30 ke 8.45 pagi baru keluar dari hotel naik bas. Jadinya lepas solat subuh kemas-kemaslah barang sikit-sikit. Esok dah nak balik. Turun sarapan lepas tu naik bilik balik. Seperti biasa sebelum keluar semua berkumpul di lobi dulu.
Our hotel Travelodge, Myeongdong, Euljiro
Mama dengan baju 4 lapis. Seluar 3 lapis. Kat Korea asyik makan aje. Sebab sejuk jadi perut asyik lapar. Walaupun waktu makan selalu makan tak habis dan pass pada anak-anak tapi jajan-jajan yang dibawa memang mama yang makan paling banyak rasanya. Syukur balik Malaysia berat masih maintain. Risau jugak sebab azam tahun 2019 target sampai hujung tahun nak berat 60kg. Kalau berat naik tak tercapailah azam aku huhu.. Alhamdulillah.. Berat turun 10kg di tahun 2019. Jan 2019 : 71.40 kg. Jun - 31 Dec 2019 : 60 kg. Simpan sini sebagai kenangan sebab perjalanan nak turunkan berat tu bukan sesuatu yang mudah. Semoga aku istiqamah menjaga kesihatan dan pemakanan. Semoga terus istiqamah puasa sunat isnin dan khamis kerana ALLAH. Semoga ALLAH bantu.. Aamiin. In shaa ALLAH.
Tempat pertama kami dibawa pagi tu ialah Gwangjang Market. Tak lama pun kami kat situ. Dalam 45 minit aje. Eloklah tak lama pun sebab tak tahan menahan rasa sejuk huhu. Kat situ kami membeli seaweed dan kacang gajus perisa honey dan perisa strawberry halal. Bila ada cop halal rasa yakin nak membeli. Nak bagi kat orang pun orang confident nak makan. Kat sini juga Mama dan Han beli kain cotton korea. Harga untuk 4 meter 10K won. Dalam RM 36. Rambang mata memilih kain. Semua corak nampak cantik. Balik sini nampak corak tu biasa-biasa aje pun hahaha.. Kami beli 5 pasang. Sepasang untuk MIL. En.asben pilih coraknya. Entah bilalah mama dan Han nak menempah kain-kain cotton tu nak buat baju. Kat situ mama beli strawberry lagi. Sebab geram gemuk sangat strawberrynya. Harga pun murah sikit dari kat Myeongdong. 8K won aje. Kita makan ramai-ramai dengan ahli grup.
Selepas itu kami di bawa ke Namdaemun Market. Kat sini lagilah tak tahan sejuk. Tapi sebab tak shopping apa pun lagi, kat sini banyak sikitlah kami membeli. Anak-anak bujang beli sweather. Belikan sweather untuk Hafiy, Gegirl dan Luna juga. Han beli mask muka 60 keping. Ayah belikan baju tshirt untuk atuk. Mama beli beg, beli losyen aloevera, beli nail clipper untuk souvenir. Az beli beg sekolah. Itu ajelah yang kami beli. Sejuk sangat. Mood nak membeli pun tak terasa sangat.
Selepas tu kami terus tunggu di tempat menunggu. Sementara tunggu yang lain sampai dan masa pun ada lagi jadi ayah, mama dan Hanum melintas jalan untuk ke Namdaemun Gate. Anak bujang dah kesejukan. Takde mood nak jalan.
Mama dan ayah di hadapan Namdaemun Gate.
Besar juga kawasan gate ni. Kami kesuntukan masa. Tak sempat nak berjalan sampai ke pintu gate tu.
Ayah dan Han.
Ada pengawal kat depan pintu gate ni.
Baru nak pergi ambil gambar pengawal kat depan pintu gate, pengawal-pengawal ni dah bergerak keluar. Tukar shift agaknya. Ingat nak suruh en.asben berjalan ikut belakang pengawal ni aku nak ambil gambar. En.asben cakap taknaklah. Dahlah pengawal tu pegang pedang, pegang senapang hahaha.. Fikir balik seram jugak. Sukahati aje nak jadikan pengawal tu prop untuk bergambar.
Sekejap di Namdaemun gate kami kembali ke tempat menunggu bas. Lega dapat naik bas. Anak-anak bujang yang menunggu dah keras kesejukan. Lepas ni kalau mama ajak pergi bercuti musim winter memang sah-sah takde siapa yang nak ikut hehe.. Ceh..ceh.. macam yang nak mengajak tu tahan sejuk benar, kan? Hari last tu rasanya seharian aku berzikir pada en.asben nak ajak balik Malaysia hahaha.. Memang tak tahan sangat sejuknya. Libby, our tour guide from Korea tu pun kata dia tak tahan dengan suhu sejuk tu. Inikan pulak kita yang memang tak biasa dengan suhu sejuk macam tu. Memang fikir nak balik Malaysia aje dah. ALLAHU.. bersyukur sangat dapat tinggal di Malaysia.
Naik bas, kami dibawa ke tempat lunch. Sekali lagi kami dibawa makan di Restoran Kampungku, Myeongdong. Menunya nasi ayam, ayah stim, ayam goreng, popia dan fruit cocktail. Makanannya sedap. Alhamdulillah.. kenyang. Selepas makan kami solat di tingkat atas kedai. Han yang ABC pergi berjalan ke Myeongdong sendiri. Selesai solat kami masuk ke Mini Mart halal Kampungku. Sebelah restoran tu aje. Kami nak mencari kimchi. Tapi takde stok pulak. Jadi kami beli banana uyu dan keledek uyu saja untuk stok bawak balik Malaysia. Dalam kedai aku jumpa YB Menteri Kementerian tempat kerja aku. So tegurlah kejap. Sebelum gerak ke tempat menunggu bas anak-anak beli air gong cha halal kat depan Restoran Kampungku tu. Sedap!
Restoran Kampungku.
Perut dah kenyang, kami dibawa ke Gwanghamun Square dan ke Sejeong Museum pula. Rasa sejuk semakin menjadi-jadi.
Kami di Gwanghamun Square.
Ini barulah Sinar Mentari oh Korea.. Siapa yang tahu lagu tu kita sezamanlah!
Sampai silau-silau mata.. Nampak macam panas kan. Tapi sejuk sebenarnya.
Allahu.. Indahnya langit biru yang cerah tu.
Alhamdulillah.. Dapat bergambar satu keluarga di sini. Thanks Naza.
Sebab semua keluarga nak ambil gambar di sini jadi kalut-kalut kita nak ambil kedudukan. Taknak orang menunggu. Yang mama terfikir nak susun, sana team seluar biru. Sini team seluar hitam aje hahaha.. Tak kisahlah ayah duduk kat tengah, mama duduk kat tepi. Yang penting gambar cantik.
Sekejap aje pun kami kat situ. Settle ambil gambar untuk semua keluarga kami di bawa ke Sejeong Museum pula. Museum ni letaknya di bawah Gwanghamun Square tu aje. Alhamdulillah.. Lega dapat masuk dalam bangunan. Kat museum tu kami diberi peluang untuk menulis nama sendiri dalam tulisan hangul.
Wow.. Serius nampaknya puan ni nak menulis nama hahaha..
Sebelum menulis nama, our tour guide Libby dah tuliskan nama kita kat kertas kecil. Jadi kita just ikut balik aje tulisan tu guna berus dan dakwat.
My Han and my Is. Itulah HanIs.
Az and Fareez.
Han dengan Fareez memang minat KPop dan KDrama. Jadi pandailah dia orang baca dan tulis hangul sikit-sikit. Konsert Kpop pun rajin juga dia orang pergi tengok kalau ada yang datang Malaysia. Tapi sekarang ayah dah tak kasi dah. Tiket mahal nau hahaha..
Azure, Ameer, Adira, Iskandar..
Eh.. Mama boleh baca hangul hahaha..
Nama ayah dan mama.
Orang lain semua tulis nama besar-besar. Mama seorang tulis nama kecil. So tulislah nama 2 kali. Takdelah kertas tu nampak kosong hahaha.. Ikut sukahati sendiri aje masing-masing.
My beautiful lovely family.
Tajuk citer korea kan selalu macam tu. Kita tirulah.. hehe..
My love, My life. Mama love you all fillah.
Photo made from sticky notes. Kalau tengok tak dapat pun lukisan tu. Tapi bila fokus guna kamera baru nampak gambar general tu.
Selesai di Sejeong Museum kami di bawa ke Gyeongbokgung Palace. Kat sini kami dipecahkan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan yang nak pakai hanbok. satu kumpulan yang nak melawat muzium aje. Aku dengan en.asben memang dah awal-awal dari Malaysia lagi dah cadang taknak pakai hanbok hahaha.. Entah.. tak rasa nak pakai. Tanya anak-anak bujang semua taknak. Han seorang aje yang nak pakai. Jadi kami berpecah. Kami ikut Libby. Han dengan family lain yang nak pakai hanbok ikut Naza. Sekali yang ikut Libby hanya family kami aje excluded Han. Terus anak-anak bujang kata, cuma kita lagi ke? hahaha..
Iyalah.. macam cuma kita orang aje yang asyik tak join. Waktu kat Snowyland Vivaldi, kami tak join. Pakai hanbok pun kami juga yang tak join. Dah tu, bila mama tanya semua taknak. Bila kita aje yang tak join pandai pulak dia orang berbunyi. Mama ayah memang taknak buat aktiviti yang kami tak mahu. Dah anak-anak pun taknak join siapa suruh hahaha.. Puas mama tanya, semua cakap taknak. Dah besar-besar ni malaslah nak paksa. Tapi kan, untungnya kami yang tak join pakai hanbok, kami dapat tour Gyeongbokgung Palace exclusive from Libby. Hahaha.. dah cuma kami aje yang ada, rasa macam exclusivelah penerangan Libby sepanjang tour dalam kawasan istana tu untuk family kami aje. TQSM Libby. TQSM juga untuk Naza yang bersama-sama Han dan family lain untuk pakai hanbok.
Iyalah.. macam cuma kita orang aje yang asyik tak join. Waktu kat Snowyland Vivaldi, kami tak join. Pakai hanbok pun kami juga yang tak join. Dah tu, bila mama tanya semua taknak. Bila kita aje yang tak join pandai pulak dia orang berbunyi. Mama ayah memang taknak buat aktiviti yang kami tak mahu. Dah anak-anak pun taknak join siapa suruh hahaha.. Puas mama tanya, semua cakap taknak. Dah besar-besar ni malaslah nak paksa. Tapi kan, untungnya kami yang tak join pakai hanbok, kami dapat tour Gyeongbokgung Palace exclusive from Libby. Hahaha.. dah cuma kami aje yang ada, rasa macam exclusivelah penerangan Libby sepanjang tour dalam kawasan istana tu untuk family kami aje. TQSM Libby. TQSM juga untuk Naza yang bersama-sama Han dan family lain untuk pakai hanbok.
Sementara Libby pergi beli tiket, kami bergambar dulu kat luar palace ni.
Kalau pakai hanbok masuk istana ni percuma.
Mama and the boys.
Nampak macam tak sejuk sangat kan. Macam rileks aje semua.
Kenyataannya suhu sangatlah sejuk. Aku dah macam serba serbi tak kena nak menahan sejuk. Neck warmer aku pakai sampai dua. Yang satu tu cover sampai muka. Heat pack sentiasa digengaman. Pun sejukkkkk juga.
Anak-anak bujang mama ayah. Semoga kalian membesar dengan sihat dan cemerlang dunia akhirat. Jaga solat, jaga iman, jaga akhlak. Al-quran jangan tinggal. Mama takde harta yang dapat ditinggalkan. Hanya doa dan pesanan yang mampu mama bekalkan untuk kalian.
Alhamdulillah.. Jauh perjalanan, luas pemandangan.
Dapat lihat dan belajar tentang budaya orang lain juga rezeki.
Nice spot for photo kata Libby. So here we are. Thanks Libby.
Cantikkan ukikran kat bumbung tu. Itu yang Libby minta kami beratur macam tu untuk ambil gambar. Nak nampakkan bumbung yang cantik tu.
Mama suka gambar ni. So letak dua kalilah. Why suka?
Sebab manis wajah anak bongsu mama tu senyum. I love it so much.
Beza dengan gambar ni yang cuma mata dia aje yang nampak hahaha..
Cantik sangat persekitaran istana ni.
Kenangan kami di Gyeongbokgung Palace.
Hajat di hati nak meninjau seluruh kawasan istana yang cantik ni.
Tapi apakan daya. Tak tahan sejuk sangat dah. Kebetulan Libby pun ada jumpa kawan dia kat sini. So, kami minta excuse. Jalan keluar, pergi toilet dulu dan terus naik bas. Masa ni memang tak sabarnya nak balik Malaysia. Nak balik.. nak balik.. huhu.. Itu aje yang keluar dari mulut aku waktu tu. Orang tak tahan sejuk macam aku sesuai berjalan pada musim bunga aje kut. Next kita pergi musim bunga ajelah ya sayang. Eh.. Ada pesanan penaja pulak. Hahaha..
My Korean Princess.
Alhamdulillah.. Han sangat happy dengan trip ke Korea ni.
Semoga anak mama ni sentiasa berbahagia dan berjaya dunia akhirat.
Setelah dalam setengah jam kami naik bas, orang lain yang pakai hanbok pun kembali ke bas. Kami kemudiannya di bawa ke tempat makan. Nak berjalan ke tempat makan tu rasa macam jauh sangat sebab tak tahan dengan sejuk. Sebenarnya dekat aje pun. Syukur esok dah nak balik. Kalau tak mahunya esok tu aku request duduk kat hotel aje taknak keluar ke mana-mana huhu.. Alhamdulillah.. sedap sangat makan malam tu. Our last dinner in Korea. Makanan panas-panas. Dapatlah memanaskan badan yang kesejukan. Bila dapat mangkuk nasi ramai yang happy dapat panaskan tangan dengan mangkuk nasi yang panas tu hehe..
Our last dinner in Korea. Semua sedap. Terbaiklah.
Sup tofu telur, makeral bakar, sotong pedas, kimchi dan ikan bilis manis.
ALLAHU.. telan liur dibuatnya. Tadi nak balik Malaysia sangat hahaha..
Kami makan kat kedai ni. Aku bagi 5 bintang.
Selesai makan, kami berjalan balik tunggu bas. Hari terakhir ni barulah semua dalam grup nampak lebih mesra. Anak-anak aku pun dah seronok melayan adik-adik kecil dalam grup kami. Alhamdulillah.. dapat berkenalan dengan orang yang baik-baik. Salam kenal dari kami sekeluarga untuk semua. Mohon maaf andai ada tersilap kata, terguris rasa. Sampai hotel, seperti biasa mandi dan solat dulu. Anak-anak memang dah plan nak keluar ke Myeongdong Shopping Street. Mulanya en.asben nak ikut temankan juga. Aku memang awal-awal dah surrender. Minta maaf. Aku memang taknak ikut keluar dah sebab tak tahan sejuk. Sekali ada pulak yang dari grup kami nak ikut ke Myeongdong juga sebab tak tahu jalan. Rasa selamatlah sikit kalau kami tak ikut pun. Terus en.asben pun tarik diri juga. Jadi malam tu Han bawa adik-adik ke Myeongdong sambil tunjukkan jalan untuk orang lain juga. TQSM kakak.
Lepas solat, mama kemas beg semua. Anak-anak balik dari Myeongdong mama pesan suruh kemas beg siap-siap juga sebab esoknya awal pagi kami dah kena gerak ke airport. Esoknya pukul 4 pagi kami dah terjaga. Terus mandi dan buat last packing. Pukul 4.30 wake-up call. Pukul 5.15 kami turun bersama semua beg-beg kami bawa naik bas. Pukul 5.30 bas bergerak meninggalkan Travelodge Hotel. Dalam bas kami diberikan pack breakfast. Sandwich dengan air kotak seorang satu. Sedap tuna sandwichnya. Sampai airport terus ke kaunter untuk drop beg. Settle semua kami terus masuk ke dalam. Tak boleh lengah sebab nak solat subuh. Kami naik solat di tingkat 3 ke 4. Sorry tak ingat. Tapi kat level yang paling atas. Kat situ lengang. Ada banyak area dengan kerusi yang sangat selesa untuk tidur. Jadi kalau korang yang tunggu lama di Incheon Airport tu boleh naik ke level tu untuk berehat. Bagi aku tempat tu sangat selesa.
Siap solat kami breakfast dulu. Makan bekalan yang diberi oleh Arba tu. Kemudian kami berjalan ke gate. Sebelum sampai gate singgah beli kimchi dan seaweed yang ada cop halal. Kat depan kedai tu kami terjumpa dengan jiran sebelah rumah. ALLAHU kecilnya dunia. Pagi-pagi sama-sama buka pagar nak ke tempat kerja. Sekali sama-sama bercuti di tempat yang sama juga. Tapi masing-masing tak tahu pun sama-sama ke Korea hehe.. Kami balik naik flight yang sama. Flight kami pagi tu pukul 9.50 pagi. Alhamdulillah.. perjalanan lancar dan selamat. Dalam flight kami makan nasi lemak pak nasir. Dah siap pre-order juga. Kami selamat sampai di KLIA2 dalam pukul 3++ petang. Syukur. Ambil bagasi, solat dulu, kemudian ambil kereta dan bertolak pulang ke rumah. Sempat singgah drive thru Mc D sebab anak-anak dah lama. Mama ayah pun dah lapar juga hehe.. Hujan lebat sepanjang perjalanan kami pulang ke Bangi. Alhamdulillah.. home sweet home. Maka berakhirlah percutian kami sekeluarga ke Korea. Alhamdulillah.. percutian yang menarik dan indah buatku.
Thank you so much winter. You are awesome. Tapi aku yang tak tahan sejuk. Alhamdulillah.. ALLAH izinkan aku untuk menikmati pengalaman berharga ini. Syukur. Thank you ALLAH. Review tentang travel agent, pada aku Arba Travel bagus. Tempat tinggal best. Makan best. Pengurusan masa bagus. Tour guide kami Naza from Malaysia dan Libby from Korea kedua-duanya bagus dan sangat membantu. Alhamdulillah.. Kami sekeluarga berpuas hati. Thank you Arba Travel. Sekian dulu coretan dari aku. In shaa ALLAH.. semoga ALLAH izinkan aku untuk menulis lagi. Terima kasih buat semua yang sudi membacanya.
Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada buat kita semua. Fi Amanillah.
4 comments:
Boleh jadikan rujukan kalau nak ke Korea nanti :)
As-salam Cik Darling Pya,
Alhamdulillah.. Syukur dapat berkongsi. In shaa ALLAH. Have a nice day!
seronok dapat bercuti 1 family macam nie, adalah kenangan bersama kemudian hari..anak dara cantik macam ibunya, semoga sentiasa berbahagia sekeluarga..
As-salam Anon,
Alhamdulillah.. Syukur.. Dengan izin ALLAH. Allahu.. Terima kasih atas pujian dan doa. Aamiin Ya Mujib. Semoga segala yang baik-baik berbalik kepada yang mendoakan. TQSM.
Post a Comment