Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum..
Salam jumaat yang mulia. Jom banyakkan berselawat.
Specialnya bulan Februari tahun 2020 ini sebab ada 29 hari. Ingatkan hari ni last, rupanya esok masih Februari. Jadi mama ambil kesempatan nak menulis tentang anak bongsu mama yang lahir pada bulan Februari. Alhamdulillah.. tahun ni dah 16 tahun dah usia Az. Dah 16 tahun juga kali terakhir mama merasa pengalaman bersalin. Alhamdulillah.. Terima kasih ALLAH atas segala rezeki dan pinjamanMU untukku. Syukur Ya ALLAH. Doa mama semoga Bb membesar dengan sihat, berbahagia dan cemerlang dunia akhirat. Jaga solat, jaga akhlak dan jangan tinggalkan AL-Quran ya sayang.
Malam birthday mama ayah belikan kek. Puas tanya nak kek apa. Sudahnya mama ayah belikan aje kek yang sedap untuk dia kat kedai Cheese U. Sempatlah mama ayah dating minum kat kedai tu sambil beli kek tu hehe.. Nak ajak keluar makan celebrate birthday dia pun susah sangat anak mama yang seorang ni. Tanya nak makan kat mana pun jawapan dia cuma entah. Sekali dah dalam kereta baru dia bersuara nak makan kat K-Fry. So jomlah kita. Alhamdulillah.. masa menunggu tak lama. Masa menunggu tu Han pergi cari barang dia. Az temankan. So lepas dah buat order mama terus arrange untuk minta orang K-Fry celebrate birthday Az sekali. Masa bingsu sampai, pekerja K-Fry pun nyanyi-nyanyilah lagu birthday. Tapi muka anak bertuah mama tu macam takde apa-apa pun. Langsung tak surprise hahaha.. Muka excited pun takde.
Aduhai.. Rileks sangat kamu ni anak. Sangat pendiam dan suka buat hal sendiri aje. Tapi kalau suruh buat apa-apa pun dia buat aje tanpa banyak soal. Rajin practice main keyboard sampai cikgunya pun selalu puji. Alhamdulillah.. Exam keyboard hari tu dapat distinction. Tapi punyalah slow dia buat volume keyboard tu time practice taknak mama ayah dengar hahaha.. Kalau ambil dia kat sekolah kena on time. Tak boleh lambat. Kalau lambat nanti dia moody. Setiap anak ada perangai masing-masing kan. Setiap satunya punya keistimewaan yang sangat dekat di hati mama ayah. Alhamdulillah.. Terima kasih ALLAH. Semoga anak-anak kita semua menjadi anak soleh solehah yang cemerlang dunia akhirat.. Sentiasa diredhai ALLAH dan dirahmati dengan limpahan rahmat dan kaasih sayang ALLAH. Aamiin Ya Mujib.
Mama ayah dengan anak bongsu kesayangan.
Sampai sekarang mama memang suka nak peluk dan cium bongsu mama ni.
Pasrah aje dia. Suka nak usik-usik dia walaupun dia selalu tak layan hahaha..
tapi nanti dia senyumlah sikit bila tak tahan nak gelak dengan lawak mama.
My AzLa and IsLa.
Alhamdulillah.. dah besar-besar dah bujang mama. Terima kasih ALLAH.
Kata kawan blogger, Diana.. Rasa macam dah tua bila tengok anak-anak ni dah besar sangat. Sebab dulu selalu update cerita dia orang masa kecil-kecil.
Alhamdulillah.. Ada rezeki mama simpan cerita anak-anak di blog ini.
Tiada daya dan kekuatan tanpa izin dari ALLAH. Thank you ALLAH.
Hari ahad, emak aku ada buat kenduri kecil di rumah. Orang taman dan orang surau nak buat majlis bacaan yaasin. Jadi emak offer diri sebagai tuan rumah. Alhamdulillah.. tercapai niat emak nak buat bacaan yaasin di rumah arwah adik aku. Semoga ada saham yang sampai buat arwah tuan-tuan rumah (arwah adik dan arwah suaminya) di sana. Aamin Ya ALLAH. Nenek masak nasi lemak dan lontong. Mama seperti biasa jadi penolong ajelah hehe.. Dah selesai tolong emak dan rumah pun dah siap berkemas, petang tu mama ayah hantar Is balik Kolej Matrik. Selepas tu kami ke rumah mertua pula. Mil nak celebrate birthday Az. Allahu.. besarnya rasa hati. Terima kasih banyak emak, ayah, maklong dan ibu. Selalu meraikan kami. Doaku semoga semuanya terus dilimpahi dengan kebahagiaan yang berpanjangan di dunia dan di akhirat.
Alhamdulillah.. Dapat makan kek lagi.
Sedap sangat cheesecake yang emak buat. Petang tu emak masak lontong juga. Terima kasih emak. Semoga emak dan ayah terus direzekikan dengan umur yang berkat dan kesihatan yang baik.
Dah tak ramai dah sekarang ni. Semua dah besar-besar. Belajar jauh.
Susah nak kumpul ramai-ramai hujung minggu macam dulu.
Alhamdulillah.. Happy tummy, happy us.
Terima kasih ALLAH atas rezekiMU.
Sekian dulu. Salam hormat untuk smeua. In shaa ALLAH semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada buat kita semua. Fi Amanillah.