Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum..
Salam PKP hari ke 34 untuk semua. Allahu.. Sedar tak sedar dah PKP peringkat ketiga dah sekarang. Alhamdulillah.. Sepanjang tempoh PKP ini aku hanya stay at home. Cuma ketua keluarga (en.asben) yang keluar untuk membeli barangan keperluan. Itupun sepanjang 34 hari ni baru 5 kali aje en.asben keluar. Yang lain kami order delivery saja.
Alhamdulillah.. Walaupun dah 34 hari hanya stay at home, aku tak rasa boring langsung duduk di rumah. Nak bosan apa kalau suami, anak-anak dan emak sentiasa berada di depan mata. Nak bosan apa bila dapat duduk di rumah yang menjadi syurga buatku di dunia yang sementara ini. Alhamdulillah.. Syukur atas segala pinjamanMU Ya ALLAH. Banyak yang Allah dah beri jadi aku perlu belajar untuk lebih bersyukur dari hanya mahu berkeluh kesah. Aku pulak memang homely person. Jadi stay at home memang jiwa aku. Tapi masih tetap nak kerja juga walaupun duduk rumah sangat aku suka. Belum ada rasa nak jadi suri rumah sepenuh masa.
Alhamdulillah.. Sepanjang PKP ni En. Asben work from home. Syukur.. Ada work station yang selesa di rumah walaupun line internet adakala tak beri kerjasama untuk urusan kerja. Banyak-banyak bersabar ya sayang. Kalau hari kerja memang en.asben bangun awal macam biasa. Jadi aku pun terikut sama bangun awal, mandi dan bersiap. Suami ada di rumah, isteri kenalah sentiasa bersiap. Walaupun cuma nak duduk rumah dan buat kerja rumah sepanjang hari tetap kena cantik-cantik dan wangi sentiasa. Ada banyak masa di rumah, rumah pun dapat sentiasa terjaga kemas dan bersih. Bila bilik sendiri, bilik air, bilik anak-anak, ruang tamu, dapur dan porch sentiasa bersih dan kemas, muka memang selalu senyumlah jawabnya. Dah sepanjang masa berada di rumah, takkan nak guna alasan takde masa nak bersihkan rumah kan.
Anak-anak pun sepanjang PKP ni kalau weekdays memang ada online class. Anak-anak aku pun memang homely person. Kalau nak ajak keluar memang susah sangat. Jadi peluang stay at home sepanjang PKP ni memang jadi idaman hati sangat. Tiada yang mengeluh or even mengadu bosan. Yang penting ada makanan dan boleh buat hal sendiri takde siapa yang merunggut. Aku tengok anak-anak semua rileks dan enjoy aje sepanjang PKP. Alhamdulillah.. Syukur. Oh.. Harijadi di musim PKP pun tetap meriah rupanya. Bangun pagi menyambut usiaku yang ke-44 ada kek yang anak-anak buat sendiri tersedia di meja makan. Allahu.. Tqsm anak-anak mama. Semoga Allah sentiasa merahmati anak-anakku, suamiku dan kedua ibu bapaku di dunia dan di akhirat. Aamiin Ya Mujib.
Alhamdulillah.. Bila semua ada di rumah dapatlah solat jemaah satu keluarga sama-sama. Bila berjemaah semua dapat solat di awal waktu. Syukur. Kesempatan yang ada kita gunakanlah sebaiknya. Kalau hubungan kekeluargaan mahu kita jaga, hubungan dengan Yang Maha Pencipta yang Maha Agung lebihlah lagi perlu dijaga. Kalau sebelum ni selalu lalai dan leka, saat musibah melanda ini sama-samalah kita memperbaiki diri dan meningkatkan amalan. Semoga Allah menerima segala amalan dan mengampuni segala dosa-dosa kita. Aamiin Ya Mujib.
Sarapan setiap hari memang wajib. Paling lewat by 9am tu memang atas meja makan dah siap ada sarapan. Lunch pun masak, then buat menu tea time and dinner. Alhamdulillah.. Skill memasak pun makin improve waktu PKP ni. Home made donut, popia, karipap, cakoi, churos, roti, kek, caramel yang sebelum ni tak pernah buat pun mama dah boleh buat dengan jaya dan bergaya hehe.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah atas izinNYA. Allahu.. Seronok dapat memasak untuk insan-insan kesayangan. Paling best semuanya puji sedap dan makanan semuanya habis. Syukur, dalam waktu PKP ni masih cukup makan. Ada masa, membeli juga makanan luar untuk support peniaga or kawan-kawan yang berniaga. Kita pun dapat pelepasan memasak untuk satu dua meals hehe.. Jadi sama-sama dapat untung.
Alhamdulillah.. Walaupun duduk rumah tak habis dengan aktiviti makan, makan dan makan, berat masih maintain 59-60kg. Syukur sangat. Alhamdulillah.. masih dapat teruskan berpuasa isnin khamis. Kalau makan terlebih aku buat juga IF. Kerja rumah memang aku pulun buat semuanya sendiri. Sidai kain, angkat kain, sapu rumah, spa di dapur hehehe memasak dan buat kerja dapurlah tu. Memang itulah exercise yang paling senang untuk aku dan aku sangat happy dan enjoy melakukannya pada setiap hari. Suka juga ulang alik turun naik tangga banyak kali. Kadang turun sengaja tinggalkan hp kat atas. Nanti boleh naik ambil. Dah siap masak suka juga nak naik atas jemput en.asben turun makan. Sengaja ambil peluang biar banyak pergerakan. Itu juga satu senaman. Alhamdulillah.. Syukur atas izin dari Allah.
Alhamdulillah.. Walaupun duduk rumah tak habis dengan aktiviti makan, makan dan makan, berat masih maintain 59-60kg. Syukur sangat. Alhamdulillah.. masih dapat teruskan berpuasa isnin khamis. Kalau makan terlebih aku buat juga IF. Kerja rumah memang aku pulun buat semuanya sendiri. Sidai kain, angkat kain, sapu rumah, spa di dapur hehehe memasak dan buat kerja dapurlah tu. Memang itulah exercise yang paling senang untuk aku dan aku sangat happy dan enjoy melakukannya pada setiap hari. Suka juga ulang alik turun naik tangga banyak kali. Kadang turun sengaja tinggalkan hp kat atas. Nanti boleh naik ambil. Dah siap masak suka juga nak naik atas jemput en.asben turun makan. Sengaja ambil peluang biar banyak pergerakan. Itu juga satu senaman. Alhamdulillah.. Syukur atas izin dari Allah.
Tak tahu berapa lama lagi PKP ini akan berjalan. Sementara waktu itu stay at home and stay safe semua. Ambil peluang yang ada untuk perbaiki diri dan tambah baik kualiti amalan dan ibadat kita. Terima kasih buat semua frontliners dan para pemimpin. Semoga Allah lindungi dan rahmati kalian dan keluarga pada setiap masa. Semoga segala yang baik-baik Allah rezekikan untuk kita semua. Semoga kita semua dilindungi dari wabak covid 19. Dilindungi dari segala wabak dan penyakit. Semoga wabak corona virus ini akan segera pergi meninggalkan kita. Ya Allah.. Selamatkan kami dari kemurkaanMU. Selamatkan kami dari musibahMU.
Ramadan Kareem.
Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.
4 comments:
Wkmsalan
Semoga dipermudahkan semua urusan sehariannya
Aamiin Ya Mujib. Tq and stay safe.
Wahh maintain berat tu yang kagum tuuu...
As-salam Kak Azie,
Alhamdulillah.. Syukur sangat bila berat boleh maintain. Semoga terus maintain.. In shaa Allah
Post a Comment