Bismilahirahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Bulan ni agak sibuk dengan kerja. Mengikut jadual macam banyak kena kerja di luar. Bila dah diberitahu jadualnya jadi awal-awal lagi dan sediakan diri agar lebih bersedia mental dan fizikal. Urusan di rumah pun cuba diatur dengan sebaiknya. Nak buat kerja kena selalu tenang-tenang. Bila tenang semua perkara akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.. In shaa ALLAH.
Minggu lepas out station ke Kelantan. Sejak PKP dah lama betul tak mengacara. Kiranya ini program besar yang pertama buatku selepas PKP. Adalah gubra sikit bila nak kembali bercakap di hadapan orang ramai. Alhamdulillah.. dengan izin dan bantuan ALLAH semuanya terkawal dan berjalan dengan lancar. Terima kasih juga buat team hebat yang terlibat. Syukur Ya ALLAH.
Dah lama betul tak ke Kota Bharu.
Ada acara ni dapatlah kembali ke KB.
Aku ke Kelantan naik bas bersama urus setia. Kami naik bas 2 tingkat. Mula-mula rasa macam gayat hahaha.. dah naik tu rasa okey aje. Seronok juga sekali-sekala naik bas dalam masa yang panjang sambil menikmati pemandangan tempat orang. Penat layan pemandangan layan mata pula sambil merehatkan badan.
Waktu dalam perjalanan balik, dah nak sampai KL dah masa tu, Is call. Selalu kalau call beritahu duit dah nak habis. Kali ni takde pulak dia cakap pasal tu. Tanyalah kenapa abang call mama ni? Sebab suara dia dengar macam lain. Abang rindu mama.. katanya. Allahu.. pandai rindu mama juga anak bujang mama tu. Ingatkan tak pandai nak rindu mama hehe.. ALLAHU.. besarnya rasa hati mendengarnya. Alhamdulillah.
Memang kebelakangan ini aku dan en.asben asyik bercerita pasal Is. Suka flashback cerita lama pasal anak kedua kami. Tengok gambar dia masa kecik-kecik terus teringat cerita lama. Is masa kecil kuat melalak. Takde hal pun dia suka menangis. Kalau ada hal lagilah dia menangis. Sampai muntah-muntah lagi. Memang jadi bahanlah sampai sekarang hehe.. Dah besar ni syukur dia tak banyak masalah. Alhamdulillah.. Terima kasih ALLAH.
Mama, ayah dan Is sebulan yang lalu.
Selalu tu paling lama pun 3 minggu tak jumpa. Musim PKP ni tak dapat balik. Dah lebih sebulan juga tak dapat jumpa. Itu yang dah pandai rindu mama. Cerita kat en.asben dah ayahnya jeles pulak. Kenapa dia tak call I cakap rindu juga? hehehe.. Tentulah dia rindu ayah juga. Cuma dengan ayah mungkin dia segan sikit nak cakap.
Waktu di KB, hotel kami sebelah supermarket. Selesai kerja petang tu ada masa sikit kami jalan-jalanlah ke situ. Sampai kat tempat kasut kami tengok-tengok kasut. Sekali ada kawan yang beritahu, hah.. ini style Kak Fea. Lepas tu ada yang lain cakap lagi macam tu juga sambil tunjuk fesyen kasut yang memang menjadi kesukaan aku. Hahaha.. Gelak aku dengar. Sebab kawan-kawan yang rapat kat ofis pun selalu cakap macam tu. Ini kasut Kak Fea hehe.. Semua tahu style kasut favourite aku.
Waktu kat surau ofis lepas balik dari KB pun ada yang cakap perkara yang sama. Tengok kasut dah tahu siapa yang punya. Aduhai.. Kasut aku mesti tapak dia wedges dan tinggi. Kiranya sekarang, kawan yang rapat memang dah tahu sangat pasal tu. Kawan yang tak rapat pun dah mula tahu itulah style aku. Alhamdulillah.. perkara kecil yang orang ingat tentang kita pun dapat buat diri rasa istimewa. Syukur Ya ALLAH.
Alhamdulillah.. kelmarin ada kejayaan yang ALLAH pinjamkan untukku. Tak pernah terfikir dan tak pernah termimpi aku akan memperolehinya. Sungguhlah yang rezeki ALLAH itu Maha Luas. Syukur atas rezekiMU Ya ALLAH. Pastinya aku rasa sangat gembira dan teruja. Tapi kegembiraan dan keterujaan En.asben tentang hal itu nampaknya melebihi dariku. Terasa seperti mendapat kejayaan berganda bila lihat reaksinya yang begitu. ALLAHU.. terima kasih ALLAH atas rezekiMU dan segala pinjamanMU untukku. Semoga aku dan kita semua terus direzekikan untuk menjadi hamba ALLAH yang selalu bersyukur.. in shaa ALLAH.
Alhamdulillah.. siap juga entry untuk kali ini. In shaa ALLAH.. sampai jumpa lagi. Bilangan pembaca nampaknya bertambah sekarang ini. Teringin sangat nak tahu siapalah mereka-mereka yang sudi membaca coretanku ini. Kalau dulu selalunya kawan-kawan blogger. Tapi sekarang aku dah tak boleh teka. Walau apa pun, untuk semua yang membaca, terima kasih banyak aku ucapkan. Yang baik dari ALLAH. Yang buruk pastinya dari kekurangan diriku sendiri. Salam sejahtera dan semoga kalian sentiasa berada dalam perlindungan ALLAH.. Aamiin Ya Mujib.
Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.
3 comments:
Salam singgah dan follow disini ya :)
As-salam ASTraveller,
Alhamdulillah.. Terima kasih.
ساخت مهر
مهر رنگی
مهر لیزری
مهر برجسته
مهر فوری
مهر ژلاتینی
Post a Comment