Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin dariku buat semua..
Tak tahu kenapa, tahun ni ramadhan terasa cepat benar mahu berakhir. Mungkin, kesedaran tentang bermaknanya ramadhan semakin bertambah.. ALHAMDULILLAH. Semakin kesedaran itu timbul, semakin diri menyayangi ramadhan. Syukur ya ALLAH. Semoga ada rezeki untuk kita yang masih bernafas ini berjumpa dengan ramadhan yang mulia lagi barakah di tahun hadapan dengan kesihatan yang baik juga dengan iman dan amal yang lebih mantap.. insyaALLAH.
Tak tahu kenapa, tahun ni ramadhan terasa cepat benar mahu berakhir. Mungkin, kesedaran tentang bermaknanya ramadhan semakin bertambah.. ALHAMDULILLAH. Semakin kesedaran itu timbul, semakin diri menyayangi ramadhan. Syukur ya ALLAH. Semoga ada rezeki untuk kita yang masih bernafas ini berjumpa dengan ramadhan yang mulia lagi barakah di tahun hadapan dengan kesihatan yang baik juga dengan iman dan amal yang lebih mantap.. insyaALLAH.
Raya tahun ini kami isi dengan kesederhanaan. Raya tetap bermakna, namun kemeriahannya ada sedikit berkurang. Tahun ini aku kehilangan nenda mertua dan adinda tercinta. Jadinya raya tahun ini pastinya berlainan dari biasa. Tahun ini juga negara dilanda dugaan yang bertimpa. Pray for MH370 and MH17. Doa juga untuk saudara kita di Palestin. Semoga ALLAH melindungi mereka dan memberikan kekuatan untuk mereka.. insyaALLAH. Semoga ALLAH menerima doa-doa kita hendaknya.
Raya kami biasa-biasa saja. Namun tetap meriah dengan cara kami. Juga dengan keluarga besar kami. Havoc dan huru hara, itu biasa. Sebab itu cara kami bila dah lama tak berjumpa. Alhamdulillah.. silaturahim jadi semakin erat. Kasih sayang semakin bertambah. Hubungan kekeluargaan jadi lebih bermakna. Kehilangan insan-insan tersayang membuatkan kami lebih menghargai apa yang tinggal. Semoga keberkatan hidup akan dapat kami kecapi.
Raya kami biasa-biasa saja. Namun tetap meriah dengan cara kami. Juga dengan keluarga besar kami. Havoc dan huru hara, itu biasa. Sebab itu cara kami bila dah lama tak berjumpa. Alhamdulillah.. silaturahim jadi semakin erat. Kasih sayang semakin bertambah. Hubungan kekeluargaan jadi lebih bermakna. Kehilangan insan-insan tersayang membuatkan kami lebih menghargai apa yang tinggal. Semoga keberkatan hidup akan dapat kami kecapi.
My love..
Tak kira di mana pun aku beraya, berada disamping insan-insan kesayanganku ini, kebahagiaan sentiasa mengisi hati.. Syukur ALHAMDULILLAH..
Bersama keluarga mertua..
Tahun ini kami beraya bersama kedua mertuaku di kampung arwah nenek mertua di Parit Baru, Sabak Bernam. Kemeriahan raya sedikit berkurang dengan ketiadaan nenda mertua yang kembali ke rahmatullah hujung mac lalu. Rasa lain sangat beraya di kampung kali ini. Rasa sunyi dan sedikit kosong. Rindunya pada senyuman manis arwah embah.
Di kampung, ada beberapa rumah yang wajib pergi untuk kami pergi beraya. Yang seronoknya beraya di kampung, kuih raya mereka penuh meja. Itu yang anak-anak suka.
Hari raya kedua kami pulang ke kampung tok di Taiping. Alhamdulillah.. kami tidak menempuh kesesakan jalanraya yang teruk dalam waktu raya kali ini. Sampai di Taiping, rumah pakcik sudah penuh dengan saudara mara. Dah ramai-ramai, emak buatkan sekali kenduri tahlil untuk arwah adikku di sana. Sebak sangat jadinya bila makcik-makcik dan sepupu-sepupuku memelukku penuh erat untuk melepaskan rindu mereka pada arwah adikku.
Kenangan beraya sepupuku bersama arwah adikku. Allahuakbar.. rindunya.
Anak-anak arwah mummy bersama maksu mereka (adik bongsuku.. tinggal kami dua beradik saja sekarang ini). Alhamdulillah.. mereka berempat tetap menjadi keutamaan kami sekeluarga. Semoga kami dapat menjaga amanah ini sebaiknya.. InsyaALLAH.
Happy!!
Serba hijau mereka bersama maksu dan daddy. Thank you adikku Rita dan Zaid. Terima kasih juga untuk makcik, pakcik dan sepupu-sepupuku yang sama-sama menjaga anak-anak saudaraku ini. Tahun ini mereka empat beradik beraya bersama emak, maksu dan paksu juga sanak saudara di Taiping.
Family besar kami. Itu baru 1/3 dari anak-anak sendiri, anak-anak saudara dan sepupu. Pun dah sendat kereta. Kalau dah ramai tu, naiklah apa juga kenderaan.. Pastinya penuh. Malam raya kedua tu kami ramai-ramai pergi main bowling. Keluarga emak aku memang besar. Dah semuanya sangat rapat. Jadinya bila berkumpul memang macam-macam aktiviti yang boleh dibuat. Alhamdulillah.. suasana kekeluargaan yang erat ini sangat aku syukuri.
Hari raya ketiga kami ke Bukit Merah Laketown Resort pula. Penilaian aku, Bukit Merah dah tak berapa best. Pada harga RM38 untuk kanak-kanak dan RM48 untuk dewasa, bagi aku ianya sangat tidak berbaloi. Tapi kami yang pergi 20 orang tu tetap have so much fun there! Bayangkan, yang kecil yang besar semuanya berjemaah mandi manda bersama. Semua aktiviti kami buat bersama-sama. Mana tak best. Paling best bila semuanya (tak termasuk aku he..he..) berani nak cuba slide yang buat aku sangat gayat.
Anak-anakku.
Raya keempat kami balik ke Bangi. Sempatlah bawa anak-anak saudaraku beraya di rumah atuk dan nenek mereka di Kajang. Alhamdulillah.. keluarga bekas mertua arwah adikku sangat baik. Kebaikan dan kemesraan mereka membuatkan kami terasa macam berada dengan keluarga sendiri. Syukur. Lepas ni boleh beraya bersama papa pulak.
Ma, jom ambil gambar kat situ..
En.asben jarang nak ajak bergambar. Selalunya, aku yang sibuk-sibuk ajak bergambar. Tapi untuk gambar yang ini, dia pulak yang mengajak. So, gambar ini ada sentimental value untuk aku. Sebab di dalam bulan raya, kira macam gambar raya kami jugalah ni. Walaupun muka rentung sebab main panas kat Bukit merah, tapi lentok tetap lentok ha..ha.. I love you en.asben!
Bersama kesemua keluarga mertuaku tersayang.
Ini gambar semalam. Sebelum pergi beraya kami posing dulu seisi keluarga. Anak-anak sendiri dan anak-anak buah semuanya dah besar-besar. Itu tandanya, aku dah semakin tua. Alhamdulillah.. semalam, rumah wajib pergi beraya dapat kami kunjungi. Walaupun penat, hati rasa happy.
Itulah cerita raya kami. Meriah ikut cara kami. Sederhana, tapi kami happy. Hari raya bagi kami adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim. Indahnya persaudaraan. Indahnya persahabatan. Terima kasih ALLAH untuk nikmat silaturahim ini. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..
Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!
14 comments:
meriahnya..keluarga besar ye..
kita keluarga kecil tak rasa sgt meriah gitu..kena kumpl sepupu sepapt nak rasa meriah gini..
As-salam PetakBunga..
Alhamdulillah.. kami pun bila dah berkumpul sepupu sepapat barulah lebih terasa meriah.. seronok kan..
meriah n semuanya sporting bab bgambar...
semoga dpt menghilangkan kesedihan di hati anak2 saudara akak dgn kehadiran insan disekelilingnya
Salam aidilfitri...:)
Meriah sendat kereta tu masing2 nak gi main bowling! hihihihih..
Wahhh..raya ke 3 dah ke Bukit Merah ya...saya tak pernah masuk pun lagi :)
Salam Syawal, Fea... :)
selamat hari raya kak :)
umah baru nampak nyer kak ;)
Selamat hari raya kak fea.. Sayu hati tgk ank2 sedara kak.
Meriahnya raya Anies dan keluarga, baca pun terasa kemeriahannya.
Salam aidil fitri, maaf zahir dan batin.
As-Salam sis..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR BATIN
seronoknya tgk keluarga besar kamu ni...dan paling akk suka lihat wajah 4 beradik tu...mereka sgt beruntung ada ibusaudara seperti kamu dan adik kamu tu sis...
selamt hari raya Hanis, ceria meriah dan ini kan jadi memori yang indah....
Salam. Hee sungguh meriah suasana hariraya.
meriahnya... selamat hari raya
Setuju..
Tak kira mcm mana pun raya, atau di mana pun kita sambut... asalkan semua yg tersayang berkumpul bersama, mesti MERIAH!
Salam kenal,
Fara
Fara Menulis Tentang..
selamat hari raya kak fea and family
meriahsangat tengok gambar raya ni..suka
Post a Comment