Hari ni nak bercerita mengenai claim tiket Air Asia kami ke Hong Kong hari tu. Alhamdulillah, sehari selepas kami pulang dari Hong Kong selepas membeli tiket yang baru aku dah dapat semula pembayaran balik pembelian tiket pertama yang terpaksa dibatalkan kerana adik aku koma dan seterusnya meninggal dunia di Hospital. Staff Air Asia Insure siap puji lagi cakap you are very smart! Katanya, dalam banyak-banyak claim yang dia uruskan, claim aku paling senang untuk diuruskan. Ini kerana aku hanya buat 1 claim saja untuk kami sekeluarga. Entry ini bukanlah nak bercerita mengenai pujian tersebut. Tapi yang aku nak cerita ialah bagaimana urusan kita dipermudahkan bila kita memudahkan urusan orang lain.
Sebenarnya sebelum membuat claim tersebut aku tidak meletakkan sebarang harapan. Kalau boleh claim, Alhamdulillah. Jika tidak, tidak mengapa. Membaca terma dan syarat aku tak faham sangat secara detail. Bila tak faham aku memilih untuk mengajukan soalan kepada pihak Air asia secara direct saja. Namun dalam soalan itu sudah aku berikan segala butir dengan serba lengkap. Aku hantarkan soalan aku dengan membalas e-mail itenarary yang dikirimkan oleh Air Asia kepadaku selepas tiket perjalanan dibeli. Balasan dari mereka memberitahuku yang atas sebab-sebab yang aku berikan, aku sememangnya layak untuk membuat tuntutan. Mereka juga mengucapkan takziah dan memberitahuku bagaimana aku boleh membuat tuntutan tersebut menggunakan saluran yang betul iaitu membuat tuntutan kepada Air Asia Insure.
Sepanjang proses tuntutan itu, aku berhubung melalui e-mail dengan 3 orang staff. Staff pertama yang menjelaskan tentang bagaimana claim itu boleh dibuat. Staff kedua staff dari Air Asia Insure selepas aku mengisi borang claim bersama lampiran dokumen yang diperlukan secara online. Staff ketiga pula ialah staff yang menguruskan tuntutanku. (Alhamdulillah.. kesemuanya sangat membantu). Walaupun berkomunikasi dengan 3 staff yang berlainan, detail yang aku berikan semuanya detail yang sama. Claim aku tetap claim yang satu untuk kami berlima. Reference no. yang aku gunakan juga hanya satu. Bila sudah begitu jadi mudah untuk mereka menguruskan tuntutan tersebut. Selain itu segala dokumen yang diminta aku berikan kepada mereka dengan menjelaskan setiap satunya dengan lengkap. Bila segalanya lengkap, lebih mudah untuk mereka membuat pengesahan.
Melihat di FB Air Asia, aku baca ramai yang complaint kata claim mereka masih belum selesai dalam tempoh yang lama. Perkara itu sedikit sebanyak mempengaruhiku. Ianya membuatkan aku sangka claim aku juga akan jadi begitu. Tapi ianya tidak begitu. Dalam masa sebulan, tuntutan aku sudah selesai selepas beberapa kali berbalas email dan mendapat balasan yang sebaiknya. Sehari selepas itu, wangku sudah dimasukkan semula ke dalam akaunku. Sebelum wangku dipindahkan ke dalam akaun, mereka menelefon untuk membuat pengesahan terakhir secara verbal. Mereka bertanyakan secara detail kronologi pada hari kejadian yang menyebabkan kami terpaksa membatalkan perjalanan kami. Surat kelahiranku juga diminta sebagai bukti perhubungan aku dengan adikku. Ketika menghantarkan dokumen, aku masukkan sekali kronologinya secara bertulis agar mereka lebih faham.
Memang agak renyah bila segalanya perlu dilakukan dengan serba lengkap. Tapi hasilnya ia memudahkan kedua-dua pihak. Sangat mudah untuk mereka menguruskan tuntutanku dan aku pula dengan mudah mendapat tuntutanku tanpa sebarang masalah. Bila kita buat mengikut prosedur yang betul ianya akan jadi mudah untuk kita. Bila kita memudahkan tugas orang lain, urusan kita juga secara langsung dipermudahkan.. Apa yang lebih mengembirakan ialah orang lain berasa senang berurusan dengan kita. Alhamdulillah...
Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take cara and have a nice day!
11 comments:
alhamdullilah..semuanya di permudahkan..
good sharing kak..
syukur alhamdulillah...dipermudahkan...mmg btl kak,AA kdg complicated ckit ler...kira rezeki berpihak kt akak..
Proper documentation tu perlu ada kan ...dan tersusun in chronological orders, jadi pegawai yg nak uruskan pun rasa mudah..maka Insya Allah proses jadi cepat...Alhamdullilah..urusan dipermudahkan :)
Alhamdulillah..memang rezeki Hanis
Alhamdulillah...kalau sudah tertulis itu rezeki kamu tidak akan kemana kan sis...kamu juga telah berikan segala butiran dgn teratur dan jelas maka dipermudahkan segalanya buat kamu..
Alhamdulillah..
Bagus perkongsian Hanis ni, boleh jadi panduan kepada yang lain yang mengalami masalah yang sama.
Bole kongsikan procedure lebih details? We're are in the same shoes.
Feel free to contact me through my email if you have ample time.
zabrazerry@gmail.com
Salam. Hee mudah kan.
Alhamdulillah! Same goes to me. Sy book promo ticket ke Sabah satu family termasuk mak ayah. Then suddenly, sy preggy n ada baby. Holiday kami sekeluarga terpaksa kensel. Sepatutnya promo ticket ade polisi non-refundable. Tapi rezeki kami kot. Air Asia ada hantar SMS then minta sy msk website n choose mana satu yg kami nak. Refund or reschedule! Wahh!!! Of cos refund sbb tak plan nak pegi bila lagi. After a months, kami dpt refund tanpa rugi sesen pun.
=D
Post a Comment