Nuffnang

Sunday, April 10, 2016

Gathering Geng Sales & Marketing Hitachi di Singgah Santai Resort..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. waktu cuti sekolah yang lepas, aku dan teman-teman ofis lama yang sekepala berkesempatan untuk bergathering. Sejak dari tahun lepas lagi kami sibuk merancang. Tapi biasalah bila dah ramai-ramai tu. Nak pilih tarikh yang sesuai untuk semua orang sangat-sangatlah susah. Apatah lagi nak pilih destinasi yang sesuai. Lebih-lebih lagi bila acara keluarga perlu kami utamakan terlebih dahulu. Alhamdulillah.. awal bulan mac tahun ni dan dipermulaan cuti sekolah kami dapat  melaksanakan perancangan tu. Syukur sangat-sangat sebab dah lama sangat tak jumpa dan berkumpul. Last berjumpa waktu open house raya di rumah aku tahun lepas. Itupun dapat jumpa sekejap aje. Tak puas borak. Bila dah macam tu, berusahalah kami untuk mengadakan gathering ni. Alhamdulillah.. dengan izin ALLAH semua yang dihajatkan dapat tertunai dengan baik. Terima kasih ALLAH.

Sebelum-sebelum ni, memang setiap tahun kami pergi outing bersama-sama. Walaupun ada yang tak cukup korum tapi masih juga dapat pergi berjalan dengan geng yang ini. Ke Pulau Pinang, ke Langkawi, ke Melaka, ke Bukit Merah, ke Terengganu, ke Krabi. Tapi sejak anak-anak dah semakin membesar dan mula sibuk dengan tahun peperiksaan, urusan asrama dan bermacam hal lagi, peluang untuk kami dapat pergi bercuti bersama-sama sangat terbatas. Itu yang bertahun juga tak dapat nak berjalan bersama. Jadi untuk tahun ni demi untuk melihat hajat berkumpul tu terlaksana, sengaja kami pilih untuk berkumpul dan bercuti di tempat yang dekat-dekat sahaja. Senang sikit. Setelah berbincang dan kami sepakat untuk berkumpul di Singgah Santai Resort, Hulu Langat. Pilih waktu awal cuti sekolah. Itu pun mana yang ada majlis perkahwinan keluarga tak dapat nak turut serta juga. Tak mengapalah. Mana yang berkelapangan kita teruskan dulu. Walaupun hanya percutian 2 hari 1 malam, asalkan dapat berkumpul ianya menjadi percutian yang terbaik juga buat kami semua. Syukur.. ALHAMDULILLAH.

Pasta goreng. 

Untuk hari pertama memang kami dah rancang untuk makan tengah hari bersama di Singgah Santai Resort. Janji pukul 12. Tapi sebab semuanya ada urusan yang perlu dibereskan hari tu, makanya janji tu tertunda jadi lewat sikit. Aku sendiri pun pukul 1 baru dapat keluar dari rumah. Tunggu anak-anak balik dari kelas tambahan di sekolah. Jalan di Hulu Langat yang jem pada hari itu membuatkan waktu perjalanan jadi lebih panjang. Menu makan tengah hari adalah pot luck. Barulah best bila setiap family bawa makanan masing-masing dan kita boleh makan bersama-sama. Aku bawak pasta goreng. Yang lain ada yang bawa roti jala, nasi dan lauk pauk seperti gulai ayam bersama maman, sushi serta kek. Air pun siap bawak. Jadinya dapatlah minum air oren sejuk sebab ais pun kawan aku bawa. Alhamdulillah.. semuanya sedap dan menyelerakan. Tapi yang tak bestnya adalah.. rupa-rupanya di Singgah Santai Resort tak boleh nak bawa makanan dari luar.. Kwang.. kwang.. kwang.. Err.. macam tak kena kan bila tak boleh bawa makanan dari luar ke tempat kita nak bercuti. Tapi itulah peraturannya. 

Disebabkan kami dah bawa makanan sendiri dan semuanya tak makan lagi, jadi kami pun terpaksalah juga keluarkan makanan-makanan kami tu. Kena tegurlah dengan pihak pengurusan. Tapi kami minta izin baik-baik beritahu yang kami memang tak tahu langsung tentang tu. Waktu booking tidaklah kami go thru syarat-syarat tersebut di laman webnya. Sebab di tempat lain tiada masalah tentang perkara itu. Jadi kami memang terlepas pandang. Waktu booking juga hal itu tidak diberitahu. Waktu check-in baru aku diberitahu yang tak boleh bawa makanan atau memasak di dalam bilik. Siap ada sekuriti deposit separuh harga keseluruhan bilik yang kami booking. Oh.. oh.. Dah ada sekuriti deposit nak berani-berani buat hal pun jadi takut he..he.. Kang.. terburn pulak deposit yang bukan sikit-sikit tu huhu..  Bila dah macam tu kami ingatkan tak boleh makan di dalam bilik saja. Rupa-rupanya makan di tempat rehat sekitar kolam juga tidak dibenarkan. Kalau nak makan kena order di cafe yang telah mereka sediakan. Atau paling mudah booking saja pakej penginapan berserta dengan makan dengan mereka. 

Begitulah syarat-syaratnya. Dah kita pergi tempat orang kan. Terpaksalah akur dengan syarat-syaratnya.  Alhamdulillah.. mereka memberi pelepasan untuk kami keluarkan pot luck kami dengan janji kami akan membersihkan tempat tersebut selepas selesai makan. Dapatlah kami makan bekalan yang sudah kami masing-masing bawa. Sambil makan sambil berborak. Juga sambil mata perhatikan anak-anak yang mandi kolam penuh ceria. (Kolam di Singgah Santai Resort memang sangat menarik untuk anak-anak. Yang tu memang aku puji). Sambil-sambil tu juga kami berbincang untuk berBBQ di mana malam nanti. Sebab semua bahan-bahan untuk BBQ sudah kami bawa semuanya dari rumah. Sebelum ni waktu kami menginap di Singgah Santai Resort, elok aje aku dan keluarga boleh buat makan-makan dan masak-masak kat depan bilik. Tapi waktu tu kami dapat bilik di belah belakang-belakang yang jauh dari pejabat pengurusannya. Kali ini bilik kami betul-betul aje atas bilik pengurusan. memang burn gitu ajelah duit sekuriti deposit tu kalau kami cari pasal nak BBQ di situ. (Nak berBBQ di Singgah Santai Resort bukan tak boleh ya. Boleh! tapi kena ambil pakej BBQ dari mereka. Bukan kita buat BBQ sendiri huhu).

Macam kami yang tak tahu dan dah siap-siap bawa makanan sendiri ni jadi kalut jugalah bila tak boleh nak berBBQ di situ. Memang plan nak masak kat depan biliklah juga. Sebab bahan-bahan mentah semua dah bawa dan dah siap perap. Kawan aku siap dah bawa grill dan periuk stimbot eletrik. Tapi bila dah tak dibenarkan, terpaksalah kami fikir plan B pula he..he.. Itu yang paling best dengan geng-geng Hitachi aku ni. Kami semua suami isteri jenis yang tak banyak kerenah. Plan A boleh, B boleh C pun jalan juga he..he.. Semuanya bukan jenis yang suka nak condemn orang dan ikut kepala sendiri.  Semua jenis hormat idea dan pendapat orang lain. Siap boleh jayakan lagi buah fikiran yang dilontarkan tu dengan sehabis baik. Aku rasa sebab itulah kami boleh pergi bercuti bersama-sama ke merata tempat beberapa kali dan semuanya rasa seronok. Kata orang asalkan semuanya boleh bersatu hati dan saling hormat menghormati, setiap apa yang dilakukan pastinya akan memberikan hasil yang terbaik.. in sya ALLAH.

Ehem.. bila dah bersatu hati dapatlah kami berBBQ juga malam tu. Syukur ALHAMDULILLAH. Paling best bila kami dapat solat berjemaah bersama, juga dapat berbual santai hingga ke tengah makam di penginapan penuh selesa secara percuma. Tak habis di situ, kami juga menerima pelawaan yang cukup menarik juga selepas itu. (Tak sabar nak tunggu bulan Mei kalau jadi.. in sya ALLAH). Semuanya memang tak dijangkan. ALLAH.. semuanya menjadi rezeki kami. Syukur ALHAMDULILLAH. Lokasinya tak jauh dari Singgah Santai Resort juga. Di mana dan bagaimana kami mendapat tempat tersebut menjadi rahsia kami semua. Hikmah ALLAH itu ada dalam setiap ujianNYA. Dalam pada tidak dibenarkan untuk makan potluck dan berBBQ, siapa sangka akhirnya kami dapat juga makan-makan dan berBBQ di tempat yang lebih menarik juga dengan layanan yang Masya-ALLAH lebih baik. Semoga ALLAH merahmati, memberikan kesihatan yang baik juga memberikan kesejahteraan di dunia dan di akhirat buat tuan serta penjaga kawasan dan rumah  tersebut yang telah bermurah hati mengizinkan kami menumpang penuh ikhlas di tempatnya. Aamiin..

Lokasi terbaik buat kami.. Syukur..
Yang berdiri dekat meja tu kawan aku En. Mamat dan isterinya Taty, mastermind Projek BBQ dan Stimbot.. he..he.. Sebelah en.mamat tu, Fuad suami Nari. Sebelah Fuad tu en.asben I he..he.. (Aku dengan Nari sama-sama dapat jodoh dengan orang satu Hitachi he..he..).
Alhamdulillah.. hajat untuk kami berBBQ dan berstimbot bersama dapat juga tertunai.. Syukur.. Bakar ayam, bakar udang, bakar sojej. Siap dengan stimbot bebola ikan, udang, sotong dan maggie tomyam. Alhamdulillah.. sedap sangat semuanya..

Ehem... Kita orang dapat berpiknik tepi jolam ikan lagi you all.. :)
Nyaman, I tell you.. Yang tak nyamannya ialah bila anak-anak berdiri dekat tepi kolam tu. Yang tu seriau. Memang jerit-jerit kita orang suruh anak duduk jauh sikit dari kolam. Lapik alas tu apa yang ada dalam kereta aje. Sebab tak plan langsung nak berpiknik atas rumput tepi kolam macam ni. 

Alhamdulillah.. games juga dapat diadakan dengan penuh selesa. 
Buat game yang simple-simple aje untuk memeriahkan suasana.  Hadiah games ikut siapa yang nak sponser. Sebelum datang juga  memang kami dah sepakat untuk saling bertukar hadiah. Saja nak buat suka-suka. Bukan hadiah yang mahal-mahal pun. Hadiah yang asal mampu buat semua orang rasa suka sebab ingatan tu yang lebih bermakna kan. Setiap anak-anak bawa satu hadiah setiap seorang untuk acara bertukar-tukar hadiah. Setiap family juga bawa satu hadiah untuk kita bertukar-tukar hadiah. Sangat fun bila pergi balik kereta penuh dengan hadiah. Seronok anak-anak. Waktu pergi bawa hadiah untuk orang. Waktu balik bawa hadiah untuk diri sendiri.

Makan time. Bismillah. Siap ada air kelapa fresh lagi. 
ALLAH.. besarnya nikmatMU buat kami semua..

Alhamdulillah.. wajah anak-anak yang seronok. 
Kat belakang tu sahabatku Nari bersama ibunya.  Buah tembikai Nari bawak. Kita orang potong kat situ. Bermacam saiz jadinya he..he.. Alhamdulillah.. sedap manis buahnya. Buah-buahan di musim panas memang selalunya manis kan. Syukur..

Nyum.. nyumm..
Coleslaw dan whipped potato tu kak shida bawa..
Udang Nari bawa dari Kuala Selangor. Malam tu siap rebus kerang lagi. 
ALLAH.. memang puas sangat makan hari tu.


Yang baju pink tu sahabatku Kak Shida. Sori kak,  tak nampak muka pulak. Suami Kak Shida, Ustaz Pauzi pun takde dalam gambar ni. Ustaz Pauzi mastermind cari lokasi ni. Gigih dan semangat sungguh. Terbaiklah Abg. Pozi. Errr... bulan may nanti jangan lupakan kami semua ya.. he..he..
Kejap duduk makan. Kejap berdiri ambil makanan. Kejap ambil tugas bakar-bakar. Kejap tolong rebus stimbot. Semua ambil task bergilir-gilir. Semua orang tahu tugas masing-masing tanpa mementingkan diri sendiri. 

Inilah yang dinamakan makan borak, duduk borak, berdiri borak, 
buat kerja borak he.. he.. Memang antara misi utama bergathering ni adalah untuk berborak-borakkan. Jadi disetiap kesempatan kami isi dengan berboraklah jawapnya. Maklumlah.. dulu kami semua satu ofis. Hari-hari jumpa. Itupun macam tak puas borak he..he.. Sekarang ni bila dah tak satu ofis lagi, lagilah banyak cerita yang nak dikongsi.


Mama ayah sibuk borak.. Anak-anak sibuk selfie dan main buat hal sendiri he..he..  Walau apapun, smile faces tanda happy!!!!
Alhamdulillah.. yang penting semua happy..

Seperti yang aku cerita kat atas tadi, sampai ke tengah malam kami lepak kat sini. Siap solat jemaah maghrib dan isyak sekali. ALLAH... macam-macam cerita yang menjadi kenangan plan ABC  suspen terindah buat kami he..he.. Memang semua dari kami bersetuju yang percutian ini memang antara yang lain daripada yang lain. Dari permulaan yang huru-hara, kesudahannya pula berakhir dengan kenangan yang sangat-sangat bermakna. Syukur ya ALLAH. Bangun pagi, Nari dan suaminya keluar beli makanan untuk kami semua. TQ Nari dan Fuad. Ingat nak makan Kafe di Singgah Santai tu. Tapi takde makanan untuk breakfast pulak. Ada minuman aje. Kalau nak sarapan di Singgah Santai Resort kena ambil pakej ya. Kalau tak, memang takde sarapan.  Pagi tu terpaksalah kami menumpang makan lagi di tempat rehat di tepi kawasan kolam. Makan nasi lemak dengan lebihan ayam dan sosej BBQ. ALHAMDULILLAH.. masing-masing kenyang sebelum pulang.

Bangun pagi-pagi aje anak-anak dah excited nak mandi kolam lagi. 
Sebab seperti yang aku katakan, kolam di Singgah Santai ni memang best untuk anak-anak mandi. InsyaALLAH.. kalau setakat nak bawa anak-anak pergi bercuti mandi-manda di situ memang aku tak kisah nak datang lagi ke tempat tu. (Untuk bergathering lagi di situ tidak lagi kut huhu..). Biliknya pun besar dan selesa untuk keluarga besar seperti kami. Setiap bilik ada satu katil king dan satu katil single. Siap ada ruangan yang cukup juga untuk bentang toto dia antara katil. Tambah-tambah lagi tempatnya pun tak jauh dari Bangi. 

Anak-anak yang seronok mandi kolam sebelum balik.. 

Ini pulak mama ayah yang masih tak puas borak lagi sebelum balik. Maklumlah.. kami dulu budak Hitachi. Sekarang ni semua dah ex-Hitachi. 
Walau macam manapun, Hitachi tetap selalu di hati. Jadi cerita-cerita pun masih banyak berkisar tentang kisah waktu di Hitachi. I love Hitachi <3 font="">
Tempat jatuh lagikan dikenang. Inikan pula tempat bertemu jodoh kan.. 
Eh!!!!!! he..he.. ;)

Family Photo sebelum balik. 
Panjang umur, murah rezeki, insya ALLAH kita bergathering lagi. 
Doaku semoga persahabatan kami terus diberkati dan dirahmati ALLAH. 
Kawan yang best dan boleh kekal sekepala sehingga bertahun-tahun bukan mudah untuk dicari. Jadi bila ada, akan aku jaga ianya dengan baik.
Thank you ALLAH. Terima kasih sahabat-sahabatku semua.

Salam Hormat untuk semua. In sya ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

1 comment:

idzwa kamaruddin said...

Alhamdulillah..seronok baca sambil terbayang-bayang sedap nyer udang tu..kekeke..