Thursday, April 28, 2016

Tak off aircond..

Assalamualaikum.. 

Sekarang ni panas betul kan. Kalau dulu, aku berkira-kira juga kalau nak on aircond kat rumah. Berkira-kira tu bukan apa, takut bajet lari kalau kena bayar bil eletrik lebih dari biasa hehe.. Tapi dalam musim panas sesangat sekarang ni, memang aku dah jadi tak berkira dah. Kalau dulu, malam sebelum nak tidur baru on aircond. Lepas tu setkan siap-siap auto off selepas 2 atau 3 jam. Tapi sekarang ni, balik kerja aje kadang tu dah terus on aircond. Teruslah sampai ke pagi takde nak auto off lagi. Bila terjaga dan terasa kena tarik selimut, barulah offkan aircond tu. Bil letrik meningkat pun meningkatlah. Tak kisahlah asalkan tak rasa panas sangat kalau duduk kat rumah tu.  Sekarang ni, bukan kata tengah hari, petang atau malam saja yang panas. Pagi-pagi pun dah panas. Nak solat subuh tu, kalau lepas mandi atau lepas ambil wuduk, keluar aje dari bilik air, badan dah rasa berpeluh-peluh. Jadi kena on aircond semula waktu solat sampailah waktu nak bersiap-siap  pergi kerja. Kalau tak, belum apa-apa lagi badan dah rasa melekit. 

Hari khamis lepas kut, ke hari rabu lepas (aku dah lupa). Waktu dah keluar rumah nak pergi  kerja dan hantar anak ke sekolah, penyampai radio IKIM FM bercerita tentang kisah bil letrik yang melambung tinggi sejak dua menjak ni. Berkisah tentang hal itu termasuklah juga cerita tentang penggunaan aircond yang lebih panjang menjadi salah satu daripada penyebab bil letrik meningkat. Waktu tu terus aku teringat yang aku terlupa nak offkan aircond waktu nak keluar pergi kerja. Aduhaiii... Lepas hantar anak ke sekolah, terpaksalah patah balik ke rumah untuk off kan aircond dulu sebelum patah balik  semula ke pejabat. Kalau bil naik kerana  pasang aircond sebab panas, kira berbaloilah juga. Tapi kalau bil naik sebab terlupa nak offkan aircond sepanjang hari, dah jadi pembaziran pulak. Itu yang gigih juga patah balik semula ke rumah untuk offkan aircond tu. Itulah kuasa ALLAH. Petunjuk dan ingatan yang diberi untuk kita datang dari pelbagai cara. Kalau aku tak dengar topik pasal bil letrik meningkat dan pasal aircond di IKIM FM, tentu aku tak teringat langsung pasal aku tak offkan aircond di rumah sebelum keluar. 

Kiranya perkongsian dan cerita orang lain ada kalanya boleh jadi petunjuk dan beri kebaikan untuk kita. Jadi tak perlulah kita nak resah sangat kalau orang lain rajin update status di mana-mana tentang apa saja yang mereka suka. Tak perlu rasa terganggu sangat bila ada yang lain suka nak ulas dan bercerita tentang isu semasa. Mungkin apa yang dikongsi tak beri manfaat untuk kita. Tapi ianya beri manfaat dan jadi petunjuk untuk orang lain. Adakalanya bila orang share atau cerita tentang sesuatu perkara, kita rasakan orang itu nak berlagak atau nak menunjuk. Padahal orang yang share tu takde niat macam tu pun selain dari mengharapkan ada kebaikan daripada apa yang dikongsi. Tapi biasalah kita manusia ni, suka nak berprasangka. Suka nak fikir buruk pada orang lain padahal kalau kita tak suka dengan update orang lain yang buat kita rasa lemas, patutnya kita boleh abaikan saja. Tak perlu nak fikir buruk, mengutuk dan mengata orang lain tentang apa yang mereka mahu lakukan. Kalau ianya tak bawa kebaikan atau manfaat untuk kita, tak bermakna ianya tak bawa kebaikan dan beri manfaat untuk orang lain.

Salam hormat untuk semua. In sya ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

3 comments:

Kakzakie Purvit said...

Itulah kenapa dikatakan setiap yg terjadi ada hikmahnya. Mendengar topik dari radio pun ada hikmahnya kalau tak mahu sehari suntuk aircond on tanpa siapa pun yg menggunakannya..

Unknown said...

akak pasang hari2 bil naik ke tidak kak??

Hanis Azla said...

As-salam Diana,

Bila pasang hari2 memang bil naik juga Diana..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...