Nuffnang

Thursday, May 19, 2016

Kenduri kahwin yang dah macam annual dinner Hitachi..

Assalamualaikum.. 

Hari ahad lepas, balik dari kampung kami terus menghadiri majlis perkahwinan anak ofismate en.asben waktu di Hitachi dulu. Aku pun pernah kerja di Hitachi selama  berbelas tahun. Jadi lepas en.asben resign dari Hitachi, ofismate en.asben  dah macam ofismate aku juga sebab hubungan tu rapat. (En.asben tak lama di Hitahi. Dalam 2~3 tahun aje kut. Tapi kami pernahlah berkongsi Japanese Manager yang sama, Mr. Akinori Hotta). Dari kampung lagi kami dah bersiap untuk menghadiri kenduri kahwin tu. Memang taknak singgah rumah dulu sebab kalau dah singgah rumah nanti tentu lambatlah pulak nak hadiri majlis perkahwinan tu. Majlis diadakan di dewan UKM. Alhamdulillah.. meriah sangat majlisnya dengan dua pasang pengantin (dua beradik) diraikan serentak. Waktu zaman aku dan en.asben bercinta dulu, pengantin ni kecik aje lagi he..he.. Sekarang ni seorang dah jadi doktor, seorang dah jadi cikgu kalau tak silap aku.  Dewannya besar dan lapang. Makanannya sedap. Side dishnya juga beraneka macam. Tetamunya ramai dan kebanyakannya adalah geng-geng Hitachi.

Seronok sangat rasanya dapat menghadiri majlis tersebut. Pertama sebab dapat meraikan jemputan dari teman lama. Emak pengantin pun waktu bersalaman masa nak balik siap ucap I love you padaku he..he.. Kedua sebab dapat jumpa teman-teman lama di sana. ALLAH.. indahnya perasaan bila dapat  berjumpa kembali dengan teman-teman lama dan pasangan mereka yang dah lama tak jumpa. Masuk aje dalam dewan dah meriah waktu bersalaman dengan emak pengantin. Lepas tu dah mula nampak wajah-wajah yang dikenali. Salam orang ni, tegur orang tu, peluk orang ni, lambai orang tu. Semua pun nampak excited dapat kembali bertemu. Ada yang dah bertahun juga tak pernah bersua muka. Selalu kalau pergi kenduri mesti nak terjah makanan dulu. Tapi kali ni lebih seronok nak cari kawan-kawan lama dulu. Teman-teman yang dah siap makan pun siap tak nak balik lagi sebab nak menyapa teman-teman yang baru sampai.

Waktu tengah ambil makanan pun sempat bertegur sapa lagi. Pinggan dah di tangan, nasi dah di pinggan tapi sempat juga pergi bersalaman dan menyapa geng-geng Hitachi yang dah riuh memanggil nama. Lepas tu baru sambung ambil lauk pulak he..he.. pun boleh! (Boleh bayangkan tak betapa meriahnya suasana tu). Ex-boss aku dan ex-boss en.asben  dulu pun ada juga di sana. (Local managerlah.. Japanese manager takde pulak yang datang he..he..). Anak ex-boss aku yang dah anak dara siap datang menyapa, salam cium tanganku bila nampak kami. ALLAH.. lama betul tak jumpa. Waktu makan pun duduk semeja dengan geng-geng Hitachi. Semeja juga dengan cikgu sekolah Han yang juga isteri geng Hitachi. Rata-rata berkongsi rasa yang sama. Rasa seronok dan gembira dapat bertemu teman-teman lama. Itu yang sampai ada geng keluarkan statement kata majlis kenduri kahwin anak Kak Norli dah macam Annual Dinner Hitachi he..he..

Kalau dulu sewaktu di Hitachi, memang setiap tahun diadakan majlis annul dinner. Waktu tulah nak berkumpul dan bermesra semuanya. Waktu kerja masing-masing sibuk dengan kerja. Waktu meeting pun kadang tak sempat nak borak he..he.. Waktu nak melangkah keluar dari dewan pun sempat bertemu lagi dengan geng Hitachi yang baru sampai. Maka riuh rendahlah kat depan pintu hehe.. Sempat juga berselisih dengan ex-boss pertama en.asben  lebih 20 tahun dulu. Punyalah lama tak jumpa. Siap anaknya pun dah kerja satu syarikat dengan en.asben sekarang. Alhamdulillah.. rasa bersyukur sangat kerana dapat mengenali mereka-mereka semua. Benarlah yang persahabatan itu merupakan satu nikmat. Ianya menjadi rezeki yang sangat perlu disyukuri. Betapa dapat bertemu sahabat lama pun menjadi satu kegembiraan yang tak ternilai harganya. Terima kasih ALLAH untuk kesempatan dan pertemuan yang indah ini. Syukur.. ALHAMDULILLAH.. 

*Gambar sekeping pun takde. Sebab excited dapat berjumpa sampai tak teringat nak ambil gambar. 

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua.

3 comments:

idzwa kamaruddin said...

Assalammualaikum kak..

hehehe..baca sambil gelak-gelak sebab rasa dah mcm reunion pulak kannnn ;)

zana-norzana said...

Hitachi Aircond ker

Hanis Azla said...

As-salam Zana-Norzana,

Hitachi Electronics he..he.. :)