Monday, June 13, 2016

Boy cut..

Assalamualaikum..

Salam 8 Ramadhan..

Dah lama sangat-sangat aku tak potong rambut pendek. Maksud aku potong rambut yang betul-betul pendek. Paling pendek pun selalunya paras bahu sebab aku mesti nak kena ikat rambut bila pakai tudung. Kalau tak aku akan rasa tak selesa bila rambut asyik nak terkeluar dari tudung. Tak tahu kenapa sekarang ni rambut aku banyak sangat gugur. Bila dah banyak gugur, nak sikat rambut pun rasa tak best sebab asyik kena bersihkan sikat. Bangun pagi nak lurut-lurut rambut pun rasa tak syok sebab nanti kat jari-jari akan penuh dengan rambut. Bukan sikit-sikit pulak tu. Kalau buka getah ikat rambut tu jangan cakaplah. Dah jadi kerja pulak asyik nak kena bersihkan dulu getah tu sebelum ikat rambut semula. Kalau tak aku rasa macam getah tu serabut. Semua tu buat aku jadi stress.

Rambut aku jenis yang tebal. Jadi walaupun gugur, rambut aku masih tetap lebat. Jadi aku tak risau sangat kalau-kalau rambut aku akan jadi nipis sebab banyak sangat gugur. Yang buat aku risau ialah aku tak dapat nak belai-belai rambut aku. Bila tak dapat nak belai-belai akan terus terabailah rambut aku. Takut-takut jadi serabai pulak nanti he..he.. Bila syampu rambut pun berhelai-helai-helai-helai rambut gugur. Jadi seminggu dua sebelum ni aku dah minta izin dari en.asben untuk potong rambut. Dah minta izin juga untuk potong rambut  pendek sebab aku dah tak tahan sangat dengan masalah rambut gugur yang kelampauan sangat ni. Alhamdulillah.. en.asben beri keizinan. Jadi bolehlah aku teruskan rancangan untuk potong rambut tu. 

Sabtu minggu lepas sebelum puasa aku nak ke rumah pakcik aku di Pagoh. Pakcik aku buat kenduri tahlil dan kenduri sambut puasa. Tak pergi rasa tak best pulak sebab dah beberapa kali kenduri kami tak dapat penuhi. Waktu emak mertua pakcik aku meninggal dunia pun kami tak dapat pergi. Jadi bila waktu ni kami ada kesempatan dapat pergi jadi kami ambil peluang untuk pergi. Sebab lainnya, setiap kali pakcik aku buat kenduri tahlil, nama arwah adik aku tak pernah tertinggal untuk dimasukkan sekali. Bila dah macam tu, terasa sangat tak patut kalau kami asyik tak datang bila dijemput kenduri. Alhamdulillah.. kenduri kali ini dapat kami penuhi.

 Gambar kenangan kami bersama keluarga Abah dan Aunty Ya tersayang..

Pakcik aku buat kenduri selepas isyak. Jadi dah alang-alang nak ke Pagoh tu, dapatlah singgah rumah makcik aku dulu di Ayer Keroh. Petang selapas asar baru kami bertolak ke Pagoh. Makcik aku duduk flat. Kat bawah-bawah rumah tu memang ada banyak kedai-kedai. Termasuklah kedai gunting rambut. Tak tahu kenapa, macam dah jadi acara wajib pulak kalau kami ke rumah makcik aku, mesti ada yang nak kena singgah juga kedai gunting rambut kat kedai bawah rumah makcik aku tu. Tak kiralah aku ke, emak aku ke, adik-adik aku ke, anak-anak aku ke, mesti akan ada sorang yang terasa nak potong rambut waktu tu ha..ha.. Sampaikan aunty gunting rambut tu pun dah  kenal dengan kami sekeluarga.

Untuk ziarah kali ni, dapatlah aku penuhi misi nak potong rambut aku. Waktu masuk kedai, tengok cantik aje aunty tu berambut pendek. Terus rasa lagi semangat nak potong rambut pendek. Duduk aje kat kerusi, cakap kat aunty tu nak potong pendek. Terus aunty tu tunjuk gambar perempuan cun berambut boy cut kat dinding. Eh..eh.. macam tahu-tahu aje aunty ni aku nak potong rambut boy cut he..he.. Elok aje aku angguk terus zassss aunty tu potong rambut aku. Huwaaaaaaa... terus rasa macam betul ke keputusan aku ni??? Ha..ha.. Dalam pada semangat sangat nak potong rambut pendek, boleh pulak hati berbolak balik waktu tu.  Tapi nak patah balik ubah keputusan waktu tu memang tak dapatlah kan. Jadi aku sediakan aje hati untuk lihat hasilnya bersama doa agar ianya turn out to be very nice.

Last aku potong rambut boy cut ialah selapas aku bersalinkan Han. Iaitu 17 tahun yang lepas. Sebabnya adalah kerana rambut asyik gugurlah juga. Selepas 17 tahun, nak berambut pendek semula tentulah terasa gentarnya. Ha..ha.. over sangat kan. Aunty tu siap guna mesin untuk nipiskan rambut belah belakang. Dekat area sideburn pun potong guna mesin sebab nak betul-betul pendek. Aunty tu kata kalau tak betul-betul pendek nanti kalau pakai tudung rambut aku akan asyik nak terkeluar. Betul juga tu. So, dalam hati rasa tak tentu arah sebab tak tahu hasilnya akan jadi macam mana, aku tabahkan ajelah hati. Beberapa kali aunty tu suruh aku duduk tegak sebab aunty tu nak nipiskan beberapa bahagian rambut. Tapi aku yang cuak ni pulak lebih sibuk nak tengok cermin biar nampak macam mana jadinya rambut aku bila aunty tu menghadang cermin ha..ha..

Alhamdulillah.. setelah selesai,  hasilnya sangat memuaskan hatiku. Macam Misha Omar kata anak-anak. (Rambut ajelah. Bukan badan ha..ha..). En.asben pun kata cantik. Siap bila keluar bilik air dok usik aku kata eh.. Demi Moore ke ni??? (Konkonon macam Demi Moore dalam citer Ghost tu ha..ha..). Masa mula-mula potong rambut tu rasa peliklah juga bila tima mandi. Nak lurut-lurut rambut dah tak boleh dah he..he.. Tapi sekarang ni dah biasa. Nak sikat senang. Nak belai-belai rambut pun best. Paling best setiap kali mandi boleh cuci rambut. Rambut yang gugur masih ada sikit-sikit. Tapi bila rambut tu pendek takdelah terasa stress sangat. Alhamdulillah.. hilang satu stress. Setakat ni aku suka dengan fesyen rambut ni. Lagipun rambut akan panjang semula. Dah bosan pendek boleh terus simpan panjang semula.. in shaa ALLAH.

 Misha Omar & Demi Moore.. 
(Gambar dari Google)

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

Wednesday, June 8, 2016

3 Ramadhan..

Assalamualaikum... 

Ramadhan kareem.. Alhamdulillah.. berkesempatan lagi untuk merasai Ramadhan pada tahun ini. Syukur.. Terima kasih ALLAH untuk segala nikmat yang dipinjamkan. Salam Ramadhan buat semua. Alhamdulillah.. hari ni dah 3 hari dah kita berpuasa. Kalau panjang umur malam ni hari yang ke-4 kita bersolat terawikh. ALLAH.. terasa cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru aje semua orang countdown Ramadhan. Lepas tu ramai-ramai memohon kemaafan sebelum menjelangnya Ramadhan. Hari ini dah 3 Ramadhan.

Alhamdulillah.. bersyukur sangat kerana dapat waktu kerja baru di bulan Ramadhan ni. Tahun ni dapat balik pukul 4.30 petang. Alhamdulillah.. pukul 5 petang dah selamat berada di rumah. Bila balik awal, ada lebih banyak masa sebelum masuknya waktu berbuka. Jadi semua kerja dapat dibuat dengan tenang tanpa perlu tergesa-gesa. Sebelum masuk waktu berbuka sempatlah nak mengaji sikit. Badan pun rasa tak letih sangat bila ada masa untuk merehatkan badan walaupun di hari berkerja.

Tahun ni, solat terawikh pertama  buat di rumah mertua. Puasa yang pertama adik aku dan suami berbuka di rumah. Alhamdulillah.. seronok dapat sambut Ramadhan bersama-sama dengan keluarga mertua dan juga keluargaku sendiri. Meriahnya lebih terasa. Syukur ya ALLAH. Untuk berbuka yang pertama tu, walaupun dah sediakan lauk lain tetap juga adikku nak emak masakkan rendang ayam. Dia sampai pun dah lambat sebab jalan jem dan singgah dulu beli barang untuk masak rendang. Jadinya, dah masuk waktu berbuka, rendang ayam masih tertenggek atas dapur. Bestnya bau rendang. Rasa macam nak raya pulak walaupun baru berbuka puasa hari pertama he..he..

Malam tu kami sekeluarga bersama adik dan suami berjalan kaki ramai-ramai ke surau taman. Balik dari solat, duduk berkumpul minum-minum sambil makan keropok cicah sos. Seronok rasanya dapat borak-borak dengan adik dan emak. Walaupun dekat, tapi aku dan adik jarang sangat nak dapat jumpa. Jadi bila dah jumpa tu rasa macam-macam nak kongsi kisah keluarga. Sehari sebelum Ramadhan, kami sempat menziarahi kubur arwah adik. Dah 3 kali ramadhan dah arwah takde bersama-sama kami. Tapi semestinya arwah tetap sentiasa di hati. Anak-anak arwah pun sempat menyambut Ramadhan bersama papa mereka. 

Aku dan teman-teman karib juga dah ada plan untuk Ramadhan tahun ini. Harap-harap apa yang dirancangkan akan menjadi.. in shaa ALLAH. Semakin meningkat usia, semakin aku menghargai hubungan  kekeluargaan, hubungan persaudaraan dan hubungan persahabatan. Terasa mahu menjaganya sebaik mungkin. Rasa sayang sangat kalau ianya dipersia-siakan. Aku tahu, bukan selamanya kita merasai kebahagiaan yang sama. Selagi direzekikan dengan kebahagiaan ini, kita berbahagialah sebaiknya. Doaku, semoga Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan yang terbaik buat kita semua. Semoga amalan-amalan kita diterima dan semoga kehidupan kita semua terus diberkati oleh ALLAH.

Salam Ramadhan dari kami sekeluarga..

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah..

Thursday, June 2, 2016

Stack by Las Vacas..

Assalamualaikum.. 

Pagi sabtu, aku ke sekolah anak buah aku Hafiy dan Firhan. Sekolah dia orang ada buat gotong royong. Beria budak-budak tu suruh neneknya datang.  Emak kata kalau emak yang pergi apalah sangat yang emak boleh buat pun. Lagipun emak sakit kaki kalau nak naik kelas anak-anak di tingkat 3 dan 4 tu. Jadinya aku pun pergilah sebagai wakil. Aku sampai sekolah pukul 9 pagi. Tak mula pun lagi programnya walaupun jadualnya kata start pukul 8. Pagi tu ada pelancaran gotong royong, ada tanam-tanam pokok dan taklimat dari Bank Rakyat dulu. Jadi aku sampai pukul 9 tu pun kena tunggulah juga sebelum gotong royong bermula. Dalam 9 lebih baru program bermula. Untuk kelas Hafiy takde buat apa pun. Cikgunya kata cuma ada projek nak pasang kipas baru. Tapi kipasnya tak dapat lagi. Dah alang-alang dah ada kat kelas tu, jadi aku dan seorang lagi ibu murid kelas tu pun tolonglah kemas-kemas sikit kelas tu. Sapu-sapu, lap-lap dan susun-susun kerusi meja sebab hari sebelum tu ada acara ambil report card. Dah siap kemas kelas Hafiy aku naik ke tingkat 4 untuk ke kelas Firhan pulak. Waktu tu guru kelas dan ibu bapa yang lain sedang mengecat kelas. Jadi aku pun join sekali mengecat kelas. Alhamdulillah.. bila buat kerja ramai-ramai kejap aje kerja mengecat tu dapat disiapkan. Itu pun aku tak tunggu untuk cat second layer sebab aku dah ada plan nak keluar selepas tu dan cikgu dan ibu bapa yang lain nak tunggu layer pertama betul-betul kering dulu. 

Dalam pukul 11 lebih aku balik. Nampak ada grup yang buat mural kat luar pagar sekolah. Masya-ALLAH.. cantik. Sangat berbakat cikgu dan ibu bapa yang buat kerja tu. Tahniah ya! Sebelum balik rumah singgah rumah arwah adik hantar anak buah aku. Lepak kejap dan makan dulu he..he.. Biasalah kalau pergi rumah emak mesti kena makan dulu. Siap dapat bekalan lagi untuk orang -orang yang kat rumah. Dah settle lunch awal aku pun balik rumah. Siap-siap terus keluar ke IOI Mall. Misinya adalah untuk mencari baju pakai jalan untuk Han dan En. Asben. Sebab dua-dua orang tu asyiklah komplen dah takde baju jalan. (Baju jalan/raya anak-anak bujang dah settle aku belikan dua minggu lepas). Yang berdua tu bila ajak pergi beli malas sangat nak keluar. Jadi hari sabtu tu aku paksa ajak pergi beli he..he.. Alhamdulillah.. dapatlah Han beli baju 4-5 helai dan en. asben 2-3 helai. Dah siap membeli belah semua orang mengadu lapar. Jomlah kita pergi makan. (Takkan nak balik masak. Kan penat baru lepas gotong royong kat sekolah. Ha..ha.. Alasan sangat kan. Padahal lauk pun emak dah bagi). Tengah fikir-fikir nak makan kat mana aku teringatkan satu restoran  ni yang kawan aku kata sedap. Bolehlah kami try juga. Petang tu kami makan burger di Stack by Las Vacas. Tak ingat kat level berapa dalam IOI Mall tu. Tapi restoran tu berdepan dengan Magnum Cafe. Kat area Johnny Rocket juga. Waktu kami sampai tu dah pukul 3. Takde orang dalam restoran. Hanya kami anak beranak saja. Pekerjanya friendly. Takde foreign workers kalau tak silap aku. Semuanya orang kita.   

Eh... Sedaplah burger kat situ. Aku siap cakap kat adik waiter tu yang burger dia orang terbaikkkk!!! Aku suka dan kena dengan selera kami sekeluarga. Portion pun besar. Yang tak pernah makan kat Stack by Las Vacas dan suka burger korang kena try makan kat restoran tu. Aku order Cheesy Smoked Turkey Sandwich - RM20. Sedap! En. Asben order The Mediteranean Burger - RM25. Sedap! Lamb patty dan  ada humus untuk dressing. Lain sikitlah rasa burger tu dari burger biasa. Tapi sedap. Az order The Stack Cheeseburger RM20. Eh.. sedap jugak. Daging dia rasa juicy. Tak payah letak cili sos pun rasanya dah mantop. Han dengan Fareez order The Godfather Burger - RM25. Sedap!!! Sebab burgernya besar puas tekankan bila nak masukkan dalam mulut he..he.. Adalah dia orang bagi garfu dan pisau. Tapi tak feel rasanya nak makan burger dengan garfu dan pisau. Ha..ha.. melayu sangat ni. Minuman kami order Rutbir, Cream soda, Mango dan Gingerbir. Harga dalam RM10. Okey.. meh tayang sikit rupa burger tu. 

Letak cili sos untuk cicah kentang aje. Burger tu tak payah letak cili sos pun dah sedap dah.. 

Yang kiri The Godfather Burger. Yang Kanan The Mediterranian  Burger. Nampak kan humus atas daging tu..

Hmmm... Sedapppppp!!!!
Aku minta tolong Han ambilkan gambar semua burger sebab hp aku habis batery. Sebelum nak makan aku tanyalah, dah ambil gambar? Han jawab dah. Rupanya dia ambil gambar burger dia aje. Burger yang lain dia tak ambil pun  huhu.. Tak sabar sangat nak makanlah tu he..he..  

Nanti korang try ya. Wah.. beria aku promote Stack by Las Vacas macamkan aku makan free pulak kat situ. (Eh.. aku memang makan free sebab en.asben yang bayar hehe..). Kenapa? Sebab rasanya semua yang kerja dalam tu orang kita dan mereka semua friendly. Paling utama makanannya sedap. Alasan lain, sharing is caring! Wah.. gitu. Okeylah.. sampai jumpa lagi kalau ada rezeki.

Salam hormat untuk semua.. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah..

Wednesday, June 1, 2016

SPM, PT3, UPSR..

Assalamualaikum..


In shaa ALLAH.. tahun ni ketiga-tiga orang anak aku akan menduduki peperiksaan besar. Han - SPM. Is - PT3. Az - UPSR. Dulu waktu muda-muda lepas dah dapat anak tiga, sukalah buat kira-kira umur kami sekeluarga. Waktu tu aku dah nampak bila aku berumur 40 tahun anak-anak aku akan ambil periksa besar serentak. Alhamdulillah.. ALLAH panjangkan umurku untuk bertemu dengan tahun ini. Terima kasih ALLAH. Kalau dulu cuma nampak bayangan tu di atas kertas saja. Tahun ini dengan izin ALLAH, aku dan anak-anakku akan melaluinya. Macam tak sangka dah boleh borak-borak dengan Han tentang perancangan selepas tamat SPM nanti. Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kami sekeluarga hendaknya.. in shaa ALLAH. Tahun ni memang tahun yang sibuk sikit buat kami. Kalau hari bekerja tu, dalam seminggu cuma ada satu malam aje yang aku dapat rehat sikit. Selain dari tu, setiap malam keluar hantar anak ke kelas tuisyen. Untuk tahun ni Han dan Is terpaksa berhenti dulu dari kelas muzik sebab jadualnya clash dengan jadual tuisyen. Sebab abang dah kakak tak dapat teruskan kelas muzik tahun ni, maka aku masukkan Az pula belajar keyboard ganti tempat Han sebab jadual tuisyennya tak clash dengan kelas muzik tu. Untuk kelas gitar Is, aku gantikan dengan anak buah aku Fareez. Semoga setiap ilmu yang dipelajari memberi manfaat buat anak-anak.. in shaa ALLAH.

Cuti sekolah pun anak-anak sibuk dengan kelas tambahan. Jadi sehari dua ni aku sibuk jugalah menghantar dan mengambil mereka pada waktu pagi sebelum pergi kerja, waktu rehat dan waktu balik kerja. Demimu anak, semua tu tak jadi hal pun.  En. asben pulak memang hanya nak anak-anaknya mengambil tuisyen untuk tahun peperiksaan besar saja. Tahun yang takde peperiksaan besar memang en.asben taknak anak-anaknya penat. Jadi tahun ni memang anak-anak penat sikitlah sebab tahun lepas semuanya relaks termasuklah aku he..he.. Tahun ni periksa besar semuanya. Tapi anak-anak semuanya nampak rileks aje. Yang terlebih gubranya cuma aku kut he..he.. Biasalah emak-emak, kan? Tentulah kita nak anak-anak dapat keputusan yang terbaik. Tipulah kalau kata aku tak kisah apa pun result anak-anak nanti. Sebagai ibu, tentunya aku mengharapkan keputusan yang cemerlang. Cemerlang mengikut kemampuan anak-anak. Juga cemerlang dengan usaha dan kesungguhan dari anak-anak sendiri. Bukan cemerlang untuk dibuat perbandingan dengan anak orang lain.  Sebab tu aku nak anak-anak berusaha. Biar penat sikit tahun ni pun tak mengapa. Bila dah berusaha, apa pun keputusannya nanti kita boleh terima dengan hati yang terbuka. Semoga anak-anakku diberikan kemurahan rezeki untuk mendapat keputusan yang cemerlang.. in shaa ALLAH.

Sekarang ni dah bulan 6. Maknanya anak-anak hanya ada beberapa bulan saja lagi untuk berusaha dengan bersungguh. Markah peperiksaan bulanan dan penggal ada yang buat aku senyum. Ada juga yang buatkan aku urut dada dan lap peluh huhu.. Anak-anak aku memang jenis yang tak konsisten. Tak boleh nak jangka juga apa yang akan mereka perolehi dalam peperiksaan sebenar nanti. Jadi selain dari banyakkan berdoa, aku kena sokong dan bimbing mereka apa yang aku mampu sedaya mungkin. Yang lain aku serahkan pada ALLAH. Itu semua soal rezeki. Apa yang penting dan yang aku tekankan adalah agar anak-anak kena terus tingkatkan usaha lagi dalam masa yang tak banyak mana ni. Tengok dari result peperiksaan baru-baru ni memang usaha kena lebih gigih lagi kalau nak result yang lebih baik dan memuaskan hati sendiri. Macam peperiksaan baru ni, dari B boleh turun C. Dari C boleh juga naik A. Ada tu dari B boleh turun D. Aduhai.. Tapi sebagai ibu tentunya aku sentiasa mengharapkan yang terbaik. Aku tahu, dalam nampak rileks, anak-anak sendiri mahukan keputusan yang terbaik. Sebab itu aku rasa dah jadi tugas aku untuk beri sokongan yang sewajarnya. Sokongan dalam bentuk verbal sebagai ingatan buat anak-anak Cehhh.. verbal konon padahal bebel ha..ha.. Jadi bertabahlah anak-anak dengar mama dok ulang-ulang ayat yang sama setiap hari. Buat latihan! Buat ulangkaji! Tengok tutor tv! Doa banyak-banyak! Jaga solat! Quran jangan tinggal! 

Sebab tahun ni istimewa sikit untuk aku dan anak-anak jadi aku nak update perkembangan anak-anak setakat ini untuk kenangan buat kami sekeluarga. Untuk Han, setakat ni  pencapaiannya masih sederhana. Resultnya setakat ni memang ada A, B dan C. Buat setakat ni dah takde dah D dan E. Untuk subjek sains dan add math ada nampak peningkatan.  Waktu peperiksaan yang lepas Han dapat nombor 1. Bila dah tingkatan 5, memang takde siapa pun yang akan kisah sangat dapat periksa nombor berapa dalam kelas, kan? Han pun tak ambil kisah pasal tu. Sebab selalu yang lebih penting dalam SPM ialah berapa A nya. Tapi ianya tetap jadi kenangan yang manis untuk aku sebab waktu darjah 5 pun aku tak pernah dapat nombor satu he..he.. Aku nampak Han bersungguh untuk dapat keputusan yang baik. Keputusan SPM yang baik juga penting untuk menempatkan dia di pusat pengajian tinggi selepas ini. Semoga usahanya diberkati dan ALLAH melimpahkan rezeki  buat Han dan semua pelajar yang mengambil peperiksaan SPM tahun ini untuk mendapat keputusan yang cemerlang.. in shaa ALLAH. Tolong doa-doakan sama ya. Terima kasih.  Untuk Is, pencapaiannya juga sederhana. BM dan sejarah dapat 90++. Math dah dapat B. Untuk bahasa arab dapat D. Aku dengan en.asben pesanlah kat dia. Dah ada peluang untuk belajar bahasa arab di sekolah maahad ni gunakanlah sebaiknya. Dia angguk aje. Doaku semoga dia akan memperolehi keputusan yang lebih baik lagi dan semoga bahasa arab yang dipelajari akan memberikan manfaat buatnya. Semoga IS dan semua pelajar tingkatan 3 yang lain akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam PT3.. in shaa ALLAH.
 

Han & Is.. 

Untuk Az, dia ni memang manja sangat. Tahun lepas dapat naik kelas pertama. Jadi ketua darjah juga. So dia ada over confident sikit. Tahun lepas dalam hujung tahun cikgu kelas dia call en.asben beritahu yang  ketua darjah tak buat homework. Terima kasih banyak cikgu atas keprihatinan. Risau cikgu dia takut dia turun kelas lagi. Nasib baik Az bijak bagi nombor telefon ayah dia kat cikgu. Kalau dia bagi nombor telefon aku agaknya aku terus pergi sekolah time tu ha..ha.. So lepas dari tu dia memang gigih buat homework setiap hari. Macam tahun ni dah sibuk dengan tuisyen, balik tuisyen pulun buat homework. Rasa kesian juga. Tapi takpelah. At least bila buat homework dia dapat buat latihan lebih banyak lagi. (Sebab dia jenis yang tak rajin buat latihan). Tahun lepas dia ambil peperiksaan UPKK (Periksa sekolah agama). Tapi memang aku tak nampak pun dia belajar. Lagipun tahun lepas dia aktif dengan nasyid dan kelas keusahawanan. Awal tahun ni bila result keluar, boleh pulak dia confident akan dapat 8A macam Is. Sekali tak dapat. Dia punya menangis. Aku ingat dia tak kisah. Tapi dia nampak sedih sangat sebab nama dia takde dalam list yang dapat 8A. Bila tahu dia dapat 7A 1B barulah dia happy balik. Aku beritahulah, kalau nak berjaya memang kena usaha. Tak boleh berharap aje. Harap-harap dia dapat pengajarannya.  Tahun ni sekolah agama Az ada periksa PSRA juga. Semoga ada rezeki untuk dia mendapat keputusan yang lebih baik.. in shaa ALLAH.

Awal tahun ni dia dah tak dapat lagi jadi ketua darjah. Iyalah, homework tak buat macam mana nak jadi ketua darjah, kan? Tapi dalam minggu ni aku nampak dia pakai name tag ketua darjah waktu nak pergi sekolah. Agaknya cikgu dah lantik dia balik kut. Saja aje tayang name tag tu depan aku biar aku tahu. Bila aku tanya dia malas nak cerita  ha..ha.. Sekarang ni sekolah ada buat program champion. Kalau hujung minggu ada buat study grup dengan kawan-kawan. Buat setakat ni dah 2 kali dah buat belajar bersama tu. Sekali buat kat rumah kami. Sekali buat kat rumah kawannya. Keputusan peperiksaan Az masih lagi tak baik. BM pemahaman aje yang dapat A. Math dapat D. English penulisan pun D. Jadi sekarang ni aku kena terus support dia. Kena teman dia buat lebih banyak latihan. Takde lagi dah nak tengok tv lagi. Kalau tengok tv aku suruh tukar channel 601. Astro tutor tv. Malam tadi aku dah start ajak dia buat latihan sama-sama. Aku tak boleh biar aje dia buat sendiri. Ngantuk-ngantuk pun aku tahan jugak. Malam nanti nak ajak Is buat latihan sama-sama juga. Semoga aku dan anak-anak istiqamah hendaknya dan semoga usaha kami berhasil untuk meningkatkan lagi markah periksa anak-anak. Kalau dulu UPSR 5A aje. Tahun ni dah  6A. Soalan pun dengarnya soalan KBAT. ALLAH.. semoga Az dan semua pelajar tahun 6 yang lain dapat buat yang terbaik dan akan memperolehi keputusan yang cemerlang.. in shaa ALLAH. 

 SPM.. PT3.. UPSR..

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua.. Fi amanillah.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...