Monday, June 13, 2016

Boy cut..

Assalamualaikum..

Salam 8 Ramadhan..

Dah lama sangat-sangat aku tak potong rambut pendek. Maksud aku potong rambut yang betul-betul pendek. Paling pendek pun selalunya paras bahu sebab aku mesti nak kena ikat rambut bila pakai tudung. Kalau tak aku akan rasa tak selesa bila rambut asyik nak terkeluar dari tudung. Tak tahu kenapa sekarang ni rambut aku banyak sangat gugur. Bila dah banyak gugur, nak sikat rambut pun rasa tak best sebab asyik kena bersihkan sikat. Bangun pagi nak lurut-lurut rambut pun rasa tak syok sebab nanti kat jari-jari akan penuh dengan rambut. Bukan sikit-sikit pulak tu. Kalau buka getah ikat rambut tu jangan cakaplah. Dah jadi kerja pulak asyik nak kena bersihkan dulu getah tu sebelum ikat rambut semula. Kalau tak aku rasa macam getah tu serabut. Semua tu buat aku jadi stress.

Rambut aku jenis yang tebal. Jadi walaupun gugur, rambut aku masih tetap lebat. Jadi aku tak risau sangat kalau-kalau rambut aku akan jadi nipis sebab banyak sangat gugur. Yang buat aku risau ialah aku tak dapat nak belai-belai rambut aku. Bila tak dapat nak belai-belai akan terus terabailah rambut aku. Takut-takut jadi serabai pulak nanti he..he.. Bila syampu rambut pun berhelai-helai-helai-helai rambut gugur. Jadi seminggu dua sebelum ni aku dah minta izin dari en.asben untuk potong rambut. Dah minta izin juga untuk potong rambut  pendek sebab aku dah tak tahan sangat dengan masalah rambut gugur yang kelampauan sangat ni. Alhamdulillah.. en.asben beri keizinan. Jadi bolehlah aku teruskan rancangan untuk potong rambut tu. 

Sabtu minggu lepas sebelum puasa aku nak ke rumah pakcik aku di Pagoh. Pakcik aku buat kenduri tahlil dan kenduri sambut puasa. Tak pergi rasa tak best pulak sebab dah beberapa kali kenduri kami tak dapat penuhi. Waktu emak mertua pakcik aku meninggal dunia pun kami tak dapat pergi. Jadi bila waktu ni kami ada kesempatan dapat pergi jadi kami ambil peluang untuk pergi. Sebab lainnya, setiap kali pakcik aku buat kenduri tahlil, nama arwah adik aku tak pernah tertinggal untuk dimasukkan sekali. Bila dah macam tu, terasa sangat tak patut kalau kami asyik tak datang bila dijemput kenduri. Alhamdulillah.. kenduri kali ini dapat kami penuhi.

 Gambar kenangan kami bersama keluarga Abah dan Aunty Ya tersayang..

Pakcik aku buat kenduri selepas isyak. Jadi dah alang-alang nak ke Pagoh tu, dapatlah singgah rumah makcik aku dulu di Ayer Keroh. Petang selapas asar baru kami bertolak ke Pagoh. Makcik aku duduk flat. Kat bawah-bawah rumah tu memang ada banyak kedai-kedai. Termasuklah kedai gunting rambut. Tak tahu kenapa, macam dah jadi acara wajib pulak kalau kami ke rumah makcik aku, mesti ada yang nak kena singgah juga kedai gunting rambut kat kedai bawah rumah makcik aku tu. Tak kiralah aku ke, emak aku ke, adik-adik aku ke, anak-anak aku ke, mesti akan ada sorang yang terasa nak potong rambut waktu tu ha..ha.. Sampaikan aunty gunting rambut tu pun dah  kenal dengan kami sekeluarga.

Untuk ziarah kali ni, dapatlah aku penuhi misi nak potong rambut aku. Waktu masuk kedai, tengok cantik aje aunty tu berambut pendek. Terus rasa lagi semangat nak potong rambut pendek. Duduk aje kat kerusi, cakap kat aunty tu nak potong pendek. Terus aunty tu tunjuk gambar perempuan cun berambut boy cut kat dinding. Eh..eh.. macam tahu-tahu aje aunty ni aku nak potong rambut boy cut he..he.. Elok aje aku angguk terus zassss aunty tu potong rambut aku. Huwaaaaaaa... terus rasa macam betul ke keputusan aku ni??? Ha..ha.. Dalam pada semangat sangat nak potong rambut pendek, boleh pulak hati berbolak balik waktu tu.  Tapi nak patah balik ubah keputusan waktu tu memang tak dapatlah kan. Jadi aku sediakan aje hati untuk lihat hasilnya bersama doa agar ianya turn out to be very nice.

Last aku potong rambut boy cut ialah selapas aku bersalinkan Han. Iaitu 17 tahun yang lepas. Sebabnya adalah kerana rambut asyik gugurlah juga. Selepas 17 tahun, nak berambut pendek semula tentulah terasa gentarnya. Ha..ha.. over sangat kan. Aunty tu siap guna mesin untuk nipiskan rambut belah belakang. Dekat area sideburn pun potong guna mesin sebab nak betul-betul pendek. Aunty tu kata kalau tak betul-betul pendek nanti kalau pakai tudung rambut aku akan asyik nak terkeluar. Betul juga tu. So, dalam hati rasa tak tentu arah sebab tak tahu hasilnya akan jadi macam mana, aku tabahkan ajelah hati. Beberapa kali aunty tu suruh aku duduk tegak sebab aunty tu nak nipiskan beberapa bahagian rambut. Tapi aku yang cuak ni pulak lebih sibuk nak tengok cermin biar nampak macam mana jadinya rambut aku bila aunty tu menghadang cermin ha..ha..

Alhamdulillah.. setelah selesai,  hasilnya sangat memuaskan hatiku. Macam Misha Omar kata anak-anak. (Rambut ajelah. Bukan badan ha..ha..). En.asben pun kata cantik. Siap bila keluar bilik air dok usik aku kata eh.. Demi Moore ke ni??? (Konkonon macam Demi Moore dalam citer Ghost tu ha..ha..). Masa mula-mula potong rambut tu rasa peliklah juga bila tima mandi. Nak lurut-lurut rambut dah tak boleh dah he..he.. Tapi sekarang ni dah biasa. Nak sikat senang. Nak belai-belai rambut pun best. Paling best setiap kali mandi boleh cuci rambut. Rambut yang gugur masih ada sikit-sikit. Tapi bila rambut tu pendek takdelah terasa stress sangat. Alhamdulillah.. hilang satu stress. Setakat ni aku suka dengan fesyen rambut ni. Lagipun rambut akan panjang semula. Dah bosan pendek boleh terus simpan panjang semula.. in shaa ALLAH.

 Misha Omar & Demi Moore.. 
(Gambar dari Google)

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

3 comments:

Sz said...

wahh kiutnyaaa kak mcm misya omar ..lhihih
samalah saya bermasalah juga keguguran rambut ..
dah segala macam jenis syampoo hairfall ... fall jugekkkk hair ni ...
proposal boy cut mmg confirm tak lepas .. tak dapat merasalah jadi demi moore kak ..hehehe

Anonymous said...

As salam tuan punya blog, saya mohon nak iklan sikit. Saya ada membuat perkhidmatan food delivery ke ofis ofis sekitar Ampang. Menu saya tak banyak tetapi bersih, sihat, halal dan sedap. 3 menu saya buat masa ini ia itu Teppanyakki daging/ayam, ayam penyet dan ayam goreng berempah. Harga setiap menu adalah RM8 sahaja termasuk air botol sekali.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan saya boleh lah memesan secara beramai ramai. Hubungi atau whatsapp saya di 019 6305920. penghantaran dibuat bagi makan tengahari ataupun makan malam.

Terima kasih.

Izwa Kamaruddin said...

wahhh saya pun dah lama tak boy cut kak ! mgkn sebab tak sesuai dgn muka saya kot..akak confirm cantik ;)

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...