Wednesday, August 10, 2016

Susun Atur Ruang Tamu Raya 2016

Assalamualaikum..

Lama tak bersiaran walaupun setiap hari ada banyak cerita yang nak dikongsikan di sini. Takpelah.. lupakan dulu tentang hal itu he..he..
Hari ni nak kongsi susun atur ruang tamuku untuk raya 2016. Bukan apa, aku jenis yang cepat jemu. Selalu asyik ada rasa nak tukar susunan susun atur setiap bahagian dalam rumah. Bila rumah tak besar mana,  kalau tukar susun atur pun masih gitu jugalah gayanya he..he.. Walaubagaimanapun, aku tetap sangat-sangat bersyukur. Rumah kecil itulah syurga buat aku dan keluarga.  Alhamdulillah.. sedikit perubahan dalam susun atur masih memberi kepuasan buatku. Rumah kita, kan. Ikutlah susunan gaya yang kita suka. Yang paling penting rumah bersih dan teratur. Sajalah nak simpan susun atur kali ini di dalam blog. Nanti-nanti kalau nak tukar susun atur lagi boleh bezakan susunan mana yang lebih kena dengan mata.


Tema coklat yang menjadi pilihan.. 
Untuk beberapa tahun ni tema coklat terpaksa menjadi pilihan sebab karpet coklat tu masih lagi elok untuk ditukar dengan yang baru. Alhamdulillah.. buat setakat ini, warna coklat masih serasi dengan mata.  

 Nak naikkan sikit warna coklat, aku tambahkan dengan kerusi maroon tu. Cadang nak beli sepasang. Tapi waktu nak beli kerusi tu hanya tinggal satu saja. Kalau nak beli dua, kena tunggu order baru masuk. Sebab dah berkenan kami beli satu dulu. Balik rumah bila letak di tepi meja tu nampak sesuai pulak dengan mata. Terus tak jadi nak beli pasangannya he..he..

Alhamdulillah.. buat masa ni berpuas hati dengan susun atur begini. 

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

9 comments:

Unknown said...

Cantiknya rumah kak Fea..bila nak dapat rumah cantik gini entah..sekarang ni dinding pun penuh conteng..tunggu anak pandai dah nanti kot baru nak hias2 cantik2 macam ni..

Qhaifa Nur said...

Cantik susun aturnya...selesa buat para tetamu yg datang bertandang

Hanis Azla said...

As-salam Diana,

Alhamdulillah.. anak dah besar2 bolehlah rumah akak nampak kemas sikit.. itu pun jenuh mulut ni dok bising bila rumah berselerak.. In shaa ALLAH.. bila anak2 diana dah besar sikit tentu boleh hias rumah cantik2 juga.. buat masa ni kena bersabar banyak dengan kekreatifan anak2.. tq diana

As-salam Qhaiha Nur,

Alhamdulillah.. bila tetamu selesa, tuan rumah pastilah rasa lebih senang hati, in shaa ALLAH.. TQ ya.

Juls Julie80 said...

Salam Ziarah dan follow sis..

cantik dah rumah sis tu... sejuk mata memandang,,x kisah la kecik ke besar ker..yg penting kita yg nak duduk dan menikmati hari2 bersama keluarga selagi hayat ada... :)

-julie

Izwa Kamaruddin said...

CANTIK DAN BESAR nyer rumah akak *tenganga*

alin said...

cantik kak.. sejuk mata memandang..

Hanis Azla said...

As-salam Juls Julie80,

Alhamdulillah.. betullah.. rumah kecil atau besar bukan halnya.. yang penting kita sekeluarga bahagia di dalamnya..

terima kasih ya Juls Julie80.. salam kenal juga.

As-salam izwa..

Alhamdulillah.. syukur dengan apa yang ada.. semuanya pinjaman yang sementara, kan.
terima kasih izwa.

As-salam Alin,

Alhamdulillah.. terima kasih Alin..

yayayuyu said...

salam kenal sis..blh tahu set sofa ni beli kat mana

Hanis Azla said...

As-salam yayayuyu,

Salam kenal juga :)
sofa tu akak beli di Jedai Perabot Bahagia aje..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...